aziela ramli kbkk de borno de souza

23
DEFINISI Menurut Edward De Bono (1976), kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Menurut tokoh pemikir lain pula, iaitu Chaffee (1988), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Berdasarkan beberapa definisi di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran adalah proses menggunakan minda umtuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. 1

Upload: azielaramli

Post on 18-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

DEFINISI

Menurut Edward De Bono (1976), kemahiran berfikir dengan pemikiran

lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,

malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi

menyelesaikan masalah. Menurut tokoh pemikir lain pula, iaitu Chaffee (1988),

pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah. Mayer (1977) pula melihat pemikiran

sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam

minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Berdasarkan beberapa definisi di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa

pemikiran adalah proses menggunakan minda umtuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan

dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap

proses yang dialami. 

TUJUAN

Terdapat beberapa tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

iaitu:

i. membolehkan pelajar mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

ii. mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara

lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

iii. menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

1

Page 2: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

iv. mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur

dan sempit

v. meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan

intelek mereka

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri

untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta

berani memberi pandangan dan kritik.

2

Page 3: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Pelajaran Berfikir Cognitive Research Trust

Pelajaran Berfikir Cognitive Research Trust telah diperkenalkan oleh Dr.

Edward De Bono. Cognitive Research Trust ini atau lebih dikenali sebagai CoRT ini

terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk

meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan

masalah. Alat-alat tersebut adalah:

3

6. APC

7. OPV

5. FIP 4. AGO

2. CAF

3. C & S

1. PMI

CoRT

Page 4: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

“sekolah tidak perlu ada pengawas (prefect)”

Gunakan PMI untuk mengkaji idea teesebut. Refleksi dan metakognitif  Adakah

pandangan anda terhadap isu atas sama  seperti sebelum aktiviti ini? Adakah

pandangan positif / negatif / menarik anda terhadap isu ini bertambah. 

CAF (Consider All Factors – Mengambil kira Semua Faktor ) 

Pengenalan 

Apabila anda terpaksa memilih atau membuat sesuatu, selalunya terdapat banyak

faktor yang harus anda mengambil kira.Sekiranya anda tidak mengambil

kira beberapa faktor, pilihan anda mungkin betul pada masa itu tetapi terbukti salah 

kemudiannya.Apabila anda meneliti pemikiran orang lain anda boleh melihat factor -

faktor yang telah tertinggal. 

Contoh: 

Sebuah zoo mini telah dibina dengan pembiayaan RM5,OOO.OO daripada PIBG.

Program itu gagal selepas tiga bulan kerana kebanyakan haiwan dan tumbuhan

peliharaan mati. Program itu gagal kerana pihak berkenaan tidak mengambil kira

semua faktor yang berkait dengan penyelenggaraan zoo tersebut.Contohnya,kos

jangka panjang makanan haiwan,tenaga untuk menjaga kebersihan dan keperluan

haiwan dan tumbuhan, pemantauan kesihatan haiwan dan faktor penyelenggaran

semasa cuti sekolah.

4

Page 5: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Aktiviti M

Pihak EON merancang untuk mengeluarkan kereta pemandu sebelah kiri untuk

pasaran luar negara.Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum kereta

berkenaan dikeluarkan?

Gunakan CAF untuk tujuan ini. 

Refleksi 

• Adakan CAF menolong anda mengkaji sesuatu Candangan atau idea lebih teliti. 

• Adakah anda dapat menentukan lebih banyak faktor yang perlu diambil kira

sebelum membuat keputusan tentang satu candangan atau idea? 

Kalau ya apakah yang menolong anda buat demikian?

C & S (Consequence And Sequel – Kesan Mengikut Jangka Masa) 

Pengenalan 

Pencipta enjin petrol telah memungkinkan kewujudan kereta=kereta, kapal terbang

dan perusahaan minyak. Penciptaan itu juga mengakibatkan pencemaran.

Sekiranya semua kesan dapat diramalkan pada masa itu rancangan atau peraturan

atau keputusan semuanya mempunyai kesan-kesan yang berterusan untuk suatu

masa yang panjang. Dalam memikirkan sesuatu tindakan, kesan-kesanya patut

dipertimbangkan. 

5

Page 6: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Terdapat 4 kesan :

1. Kesan serta merta

2. kesan jangka pendek ( 1 – 5 tahun)

3. kesan jangka serdehana ( 5 – 25 tahun)

4. kesan jangka panjang ( lebih daripada 25 tahun)

contoh :

sebuah negara kecil yang pesat membangunan sedang merancang

memperkenalkan undang-undang Perancangan Keluarga bertujuan mengawal kadar

pertumbuhan penduduk. Seorang ahli Parlimen membantah usul yang dibawa itu

dengan mengemukakan kesan jangka panjang terhadap negara itu. Bantahan beliau

adalah berasaskan hujah bahawa sumber tenaga manusia akan berkurangan dan

akan menjejaskan keselamatan dalam negara. Walaubagaimanapun, beliau

mengakui kesan jangka pendek yang positif akan dialami oleh negara. Antara

kesan-kesan positif yang beliau kenal pasti adalah kerajaan menjimatkan

perbelanjaan negaar,ibu bapa dapat memberi tumpuan layanan yang lebih berkualiti

kepada ahli keluarga yang lebih kecil, ibu bapa sendiri dapat memberi perhatian

kepada perkembangan kerjaya mereka sendiri.Seiring dengan ini, pendapatan

mereka dapat ditingkatkan dan keadaan dapat meningkatkan taraf hidup yang lebih

mewah.

6

Page 7: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Refleksi 

• Apakah pendapat anda tentang faedah menggunakan alat C&S? 

• Adakah mengambil kira kesan jangka panjang mengubah pendapat awal 

anda terhadap sesuatu isu atau cadangan ?

AGO (Aims, goals, objectives – Tujuan, Matlamat,Objektif) 

Pengenalan 

Sesuatu yang kita lakukan mempunyai sebabnya; mungkan disebabkan oleh

kebiasaan atau mungkin kerana melihat reaksi daripada orang lain, atau mungkin

kerana disebabkan oleh semua orang melakukannya. Tetapi ada kalanya kita

melakukan sesuatu bukan kerana “sebab-sebab” , tetapi kerana hendak mencapai

sesuatu hajat atau objektif. Kalau kita tahu apa sebenarnya yang cuba kita ‘capai’ ,

ini akan dapat membantu fikiran kita dan dapat membantu kita memahami fikiran

orang lain terhadap objektif masing-masing. 

Aktiviti N 

Kerajaan mengeluarkan undang-undang melarang memotong pokok yang tingginya

melebihi 1 meter.Jangkakan apa yang akan terjadi dengan menggunakan C&S.

Dalam situasi-situasi tertentu, A (Aims) G (Goals) dan O (Objectives) menunjukkan

makna yang sama sahaja. Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita

membuat keputusan dan merancang tindakan yang perlu diambil. 

Contoh: 

Guru sains di sebuah sekolah rendah memulakan kempen membaca majalah sains

di kalangan mueudnya dalam usaha mempertingkatkan keputusan peperiksaan.

7

Page 8: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Usha ini juga secara tidak langsung bertujuan meningkatkan minat terhadap mata

pelajaran sains. Matlamat tambahannya pula adalah untuk meluaskan pengetahuan

murid dalam bidang sains serta mengukurkan lagi kemahiran membaca dan

berbahasa. Susulan daripada program ini timbul objektif baru untuk mengadakan

pertandingan kuiz sains ke arah melibatkan lebih ramai murid sekolah dalam daerah

tersebut. 

Refleksi 

Adakah dengan menggunakan AGO menolong anda memahami tujuan, matlamat

atau objektif tindakan orang lain? Adakah mengetahui objektif sesuatu usaha itu

akan menolong anda dalam pencapaian objektif itu? Adakah semua objektif yang

kenal pasti dengan pertolongan AGO itu mempunyai keutamaan yang

sama? Bilakah penting sekali kita mempastikan objektif? 

Aktiviti O 

Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah anda bercandang melancarkan kempen

kebersihan sekolah. Anda pihak tertentu meragui hasrat persatuan tersebut.

Gunakan AGO untuk meneliti kemungkinan tujuan, matlamat atau objektif persatuan

berkenaan. 

8

Page 9: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Jika ibu bapa boleh memiliki sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka. Apakah

lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan? Aplikasikan FIP

untuk soalan ini.

FIP mengambil kira perkara-perkara penting sahaja dalam menentukan priority serta

mengelakkan perkara yang tak patut diutamakan.

Namun, ada antara sifatnya yang menjadi keutamaan serta prioriti. Kita boleh

menyenaraikannya seperti di bawah:

9

F - First Utama

I – Important Penting

P- Priorities Priorit

Baik hati Tegas

Penyayang Penyabar

Amanah Tidak putus asa

Bijaksana Berintegriti

Berdisiplin Berjiwa kental

Page 10: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

Sifat - sifat guru yang penting, utama dan prioriti:

1. Amanah

Rasional : Seorang guru hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Jesteru itu,

guru mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa

penyelewengan dan cuai. Seorang guru juga hendaklah mempunyai sikap jujur dan

setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. masa

dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan serta

tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Seorang guru juga hendaklah

berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yang

membolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya.

2. Penyabar

Rasional : Ini paling penting kerana seorang guru yang tidak mempunyai kesabaran

akan senang marah dan ini akan menjejaskan pembelajaran di kelas. Peribahasa

“harimau betina beranak muda” bermaksud seorang itu sangat garang dan cepat

marah. Ini juga akan membuat murid-murid membenci guru itu dan lama-kelamaan

membuat murid-murid bersikap kurang ajar terhadap guru itu. Sifat ini amatlah

penting kerana jikalau guru asyik marah sahaja, anak murid tidak dapat

menumpukan perhatian yang sepenuhnya.

3. Tidak putus asa

Rasional: Sifat inilah yang amat penting untuk menjadi seorang guru kerana sifat

inilah yang akan membangunkan semangat seorang guru agar lebih berkobar-kobar.

Sifat ini akan memberi murid semangat untuk belajar tanpa putus asa juga. Ini

10

Page 11: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

adalah kerana guru adalah inspirasi semua murid. Guru juga adalah contoh bagi

murid-murid yang diajarnya. Jadi, jikalau sebagai guru, kita menunjukkan sifat

pemalas,tidak bertanggungjawab dan lain lagi-lagi, ini akan menjejas pemikiran dan

semangat belajar murid-muridnya.

4. Penyayang

Rasional: Seorang guru mestilah memahami, menghargai, tidak berdendam, dan

mengambil berat terhadap anak muridnya., Guru seharusnya menganggap setiap

orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk.

Ia bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.

5. Bijaksana

Rasional : Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam

membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Ia haruslah

menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan

sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah

berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa

mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalismenya. Ia juga mestilah

mempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalam

menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi.

Pemilihan sifat-sifat yang penting, utama dan prioriti ini telah saya tentukan

dengan membuat kajian dan penyelidikan dengan menemubual beberapa orang ibu

bapa serta meminta pandangan daripada rakan-rakan sekelas. Sifat-sifat ini dipilih

11

Page 12: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

kerana rasionalnya yang lebih penting berdasarkan sifat-sifat guru yang perlu

disemai dalam jiwa pelajar.

Pada sesetengah negara pengguna jalan raya membayar tol. Apakah cara-cara

lain intuk mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya. Buat APC.

Terdapat banyak cara yang digunakan oleh negara di dunia ini untuk memperoleh

sumber kewangan. Di sesetengah negara, terdapat peraturan yang menetapkan

bahawa rakyat perlu membayar tol. Namun, terdapat banyak lagi cara yang boleh

digunakan untuk mengutip bayaran dari pengguna jalan raya.

Cara pertama adalah dengan menaikkan harga minyak yakni petrol, diesel dan

gas petroleum.

Kesan positif daripada cara ini ialah negara akan mendapat keuntungan yang lebih.

Wang yang digunakan untuk membayar minyak akan lebih meningkat dan

seterusnya akan menjimatkan belanjawan negara. Selain itu, kadar pencemaran

udara yang dihasilkan oleh kenderaan akan menurun kerana jumlah kenderaan di

12

A - Alternatives Alternatif

P – Possibilities Kemungkinan

C- Choices Pilihan

Page 13: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

atas jalan raya akan berkurangan. Hal ini disebabkan oleh pengguna tidak mampu

membayar harga minyak yang mahal dan mereka akan bertindak untuk berkongsi

kenderaan.

Kesan negatif daripada cara ini ialah memberi bebanan kepada rakyat. Terutamanya

terhadap mereka yang sentiasa menggunakan kenderaan untuk bekerja, mereka

akan berasa tertekan kerana harga minyak yang mahal. Di samping itu, barang-

barang seperti barang keperluan dan lain-lain akan turut naik. Hal ini juga mungkin

menyebabkan kehidupan rakyat tidak tenteram. Mesti ada pelbagai protes yang

disampaikan kepada tampuk pemerintahan. Peluang pekerjaan juga akan hilang

disebabkan oleh pemansuhan tol-tol. Dengan itu, kadar pengangguran akan

meningkat.

Cara kedua adalah dengan menaikkan harga cukai jalan.

Kesan positif daripada cara ini ialah dapat menjimatkan belanjawan negara. Hal ini

disebabkan oleh kerajaan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membina tol-tol di

jalan raya. Seterusnya, wang kerajaan juga dapat dijimatkan kerana tidak perlu

menggaji pekerja di tempat tol. Selain itu, jumlah kenderaan yang bergerak di jalan

raya akan berkurang. Harga cukai jalan yang tinggi mungkin menyebabkan

pengguna jarang keluar. Oleh itu, kesesakan lalu lintas dapat dielakkan dan

kemalangan dapat dihindari.

Kesan negatif daripada cara ini ialah membebankan pengguna jalan raya. Hal ini

disebabkan oleh mereka tidak mampu untuk membayar harga cukai jalan yang

tinggi. Tekanan akan lebih dirasai oleh golongan miskin dan sederhana. Selain itu,

pendapatan negara akan turut berkurang kerana pengguna jalan raya berkurang. Di

samping itu, mungkin akan timbulnya kes-kes jenayah seperti kes pempalsuan cukai

13

Page 14: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

jalan raya. Kes ini merupakan tanda protes rakyat terhadap kerajaan yang

mengenakan harga cuikai jalan yang tinggi.

Cara ketiga adalah dengan menaikkan harga saman.

Kesan positif daripada cara ini ialah pengguna akan lebih berhati-hati di jalan raya.

Mereka akan memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Sikap buruk mereka dapat dikikis dan secara tidak langsung disiplin mereka apabila

berada di atas jalan raya dapat dipupuk. Selain itu, jumlah kemalangan jalan raya

dapat dikurangkan. Mengikut kajian, hampir 100 % kejadian kemalangan di dunia ini

berlaku kerana kecuaian pengguna jalan raya, yakni etika-etika yang tidak

dihiraukan. Melalui cara ini, pengguna akan takut untuk memandu dengan

berbahaya, kerana bimbang jika terpaksa membayar harga saman yang mahal.

Kesan negatif daripada cara ini ialah membebankan pengguna jalan raya. Harga

saman sehingga mencapai RM 1000 menunjukkan jumlah ini terlalu besar. Kadang-

kadang, walaupun hanya kesalahan yang kecil, harga saman mampu mencapai

sehingga beratus-ratus ringgit. Golongan yang tidak berkemampuan sudah tentu

tidak mampu untuk membayar, seterusnya memilih untuk dikenakan hukuman

penjara. Selain itu, kes-kes jenayah seperti mencuri dan merompak mungkin

berlaku. Hal ini disebabkan oleh pesalah jalan raya tidak mampu untuk membayar

saman dan seterusnya mereka bertindak untuk mencari wang tidak kira melalui jalan

halal mahupun jalan haram. Tekanan dari pihak polis contohnya mungkin

mengakibatkan mereka nekad untuk mencuri wang, demi membayar saman tepat

pada masanya.

Melalui tiga cara yang dinyatakan seperti di atas, cara yang dianggap terbaik ialah

dengan menaikkan harga saman kepada pengguna yang melakukan salah laku jalan

14

Page 15: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

raya. Melalui cara ini, wang dapat diperoleh dengan mudah daripada pengguna jalan

raya. Cara ini dianggap terbaik untuk memperoleh bayaran daripada pengguna jalan

raya. Sekiranya terdapat kesulitan dalam pembayaran saman, pengguna jalan raya

tersebut dapat memohon pengurangan nilai saman tersebut melalui saluran yang

betul.

OPV(Other People′s Views-Pandangan Orang Lain) 

Pengenalan 

Banyak situasi berfikir melibatkan orang ramai.Apa yang difikirkan oleh mereka

kebanyakannya terdiri daripada aspek-aspek faktor, akibat-akibat yang mungkin

timbul, objektif-objektif dan lain-lain. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang

berbeza walaupun situasi yang dihadapi adalah sama. Salah satu aspek dalam

kemahiran berfikir ini ialah supaya kita dapat melihat dan mengetahui apa fikiran dan

pandangan orang lain terhadap sesuatu situasi yang wujud.Sesetengahnya akan

mempertimbangkan semua faktor yang terliabat (CAF),ada pula mengkaji akibat

daripadanya(C&S),ada yang mempunyai objektif - objektif yang berlainan (AGO) dan

ada pula yang mempertimbangkan keperluan mustahak sahaja (FIP). Sebenarnya

apa yang kita fikirkan sama dengan apa yang difikirkan oleh orang lain Cuma

pandangan sahaja yang berbeza.

Contoh: 

Sebuah lembaga elektrik swasta mencadang membina sebuah empangan jana

15

Page 16: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

kuasa hidro di sebuah kawasan hutan simpan. Pandangan pihak lembaga terhadap

projek ini adalah untuk:

• menghasilkan keperluan tenaga elektrik yang mencukupi bagi penduduk tempat

• menambahkan pendapatan

• mendokong usaha pembangunan Negara

• mengurangkan pencemaran akibat penggunaan bahan api organic

• menambahkan peluang pekerjaan

Pandangan golongan pencinta alam adalah:

- negara kehilangan warisan semulajadi

- mengurangkan kawasan tadahan air

- kemusnaahn kehidupan liar dan fauna

Pihak lain Yang terlibat seperti penduduk tempatan,Jabatan Perhutanan dan

Jabatan Perhilitan sudah tentu mempunyai pandangan tersendiri yang perlu diambil

kira. 

Aktiviti R 

Kemeterian Pendidikan telah membenarkan pihak sekolah melaksanakan jadual

waktu anjal. Kemeterian berpendapat jadual waktu anjal dapat mengatasi beberapa

masalah pihak sekolah.

Gunakan OPV untukmendapat sudut pandangan pihak berikut:

i. Guru Besar/Pengetua

16

Page 17: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

ii. Guru

iii. Pelajar

Refleksi 

- Adakah menggunakan OPV dalam situasi di atas memaksakan anda melihat

semula isu dari sudut pandangan orang lain?

- Adakah dengan mengambil kira yang lain itu membolehkan anda memperoleh

perspektif baru terhadap isu berkenaan?

- Apakah kelebihan OPV apabila anda menghadapi sesuatu masalah?

- Adakah OPV menolong mengesan persamaan dan perbezaan pandangan anda

dengan pandangan orang lain?

Aktiviti S 

i. Adakah alat-alat CoRT berbeza dengan Pengurusan Grafik?Sekiranya ya,

bagaimanakah ia berbeza?

ii. Di dalam kumpulan berempat isi ruang yang disediakan di dalam kertas

majong (sila lihat bawah ).Apabila visel dibunyikan sila beredar dari stesen

anda ke stesen yang berikutnya sehingga sampai ke stesen permulaan

(jig-saw carousel). Jangan ulang maklumat/idea yang sedia ada (yang

ditulis oleh kumpulan lain) di dalam kertas majong.

iii. Fikirkan cara-cara bagaimana teknik penyoalan boleh digunakan bersama

alat – alat CoRT untuk meningkatkan keberkesanannya?

iv. Bagaimanakah anda boleh mengubahusuaikan alat-alat CoRTι supaya

menjadi lebih praktikal dan berkesan bagi situasi sekolah anda?Jika perlu

gunakan komputer

17

Page 18: Aziela Ramli Kbkk de Borno de Souza

18