36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

9
PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 1.0 Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas- tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Upload: alene-juel

Post on 10-Jun-2015

21.600 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

1.0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih

menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini

menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan

konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik

serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya

seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan

refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun

dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat

keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek

yang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai

tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas

kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang

guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan

ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah

menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak

didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah

tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.

Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.

Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara

yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh

bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang

diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Page 2: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional

(initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk

disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak

mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai

pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah

bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru

seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru

itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru

seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara

(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya

imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan

menyeronokkan.

Page 3: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual

2.1 Guru Sebagai Pengurus

Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.

Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas

pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan

mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma

hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini

membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan

sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar

dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang

guru seni ialah:

1) Menguruskan rutin bilik darjah.

2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.

3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.

4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.

5) Mengurus aktiviti kumpulan.

6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.

7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.

8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.

9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

seni yang menyeronokkan.

10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

Page 4: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.2 Guru Sebagai Pembimbing

Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam

pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru

kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta

mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni

Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam

kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil

pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah

untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.

Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan

perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika

seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi

pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid

mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-

murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai

perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut

dengan bimbingan guru.

Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai

sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni

Visual:

1) Bersopan santun

2) Menghormati pandangan murid

3) Peramah

4) Jujur

5) Prihatin

Page 5: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan

lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara

bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani

dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.

2.3 Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan

guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini

dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia

pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?

Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru

memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu

berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi

pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan

kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat

meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang

terbaik dalam penghasilan karya seni.

Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:

1) Memberi komentar yang positif.

2) Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.

3) Memilih alat dan bahan.

- Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan

yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

Page 6: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

4) Masa

- Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai

masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan

meneroka.

5) Rangsangan

- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan

berterusan.

- Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk

menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

6) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel

- Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka

seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat

idea dan cadangan daripada murid.

7) Hormat-menghormati

- Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati

murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

8) Memberikan Galakan dan Motivasi

- Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah

semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

9) Penghargaan

- Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan

komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Page 7: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.4 Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira

kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-

murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling

penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk

belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan

dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud,

pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan

mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang

mudah dan berkesan?

Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai

pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat

kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti

murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan

tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.

Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah

cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai untuk membuat kain

rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah

disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk

menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.

Page 8: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

2.5 Guru Sebagai Inisiator

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang

sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya

mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-

muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan

dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk

melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?

1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh

semua murid.

2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.

3) Memahami dinamika kumpulan.

4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni.

5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid

menjalani aktiviti P & P seni mereka.

6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik

perhatian murid.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para

guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara

tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha

melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Page 9: 36887748 contoh-assignment-peranan-guru-seni (1)

PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008

3.0 RUMUSAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan penyataan yang

menjadi penentu arah haluan, asa serta sumber inspirasi kepada semua usaha

dan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap FPK

merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang

meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan

khususnya sekolah.

Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian

falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. Suasa

persekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman

hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina

persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di

samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat

menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara

lisan dan bertulis.

Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid

secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu

sahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu

meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani pelajar.

Pengitlakkannya, semua pihak sewajarnya bersama-sama berusaha

untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak

bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan di

Malaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia.