3.0 ciri-ciri gbksm

3
3.0 Ciri-ciri Guru Bimbingan dan Kaunseling Ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling merupakan satu unsur yang penting dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Seorang guru bimbingan dan kaunseling itu perlu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membezakan diri mereka daripada profe yang lain. Seorang guru yang baik tidak semestinya seorang guru bimbingan dan kaunse yang berkesan tanpa ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling. Menurut Sapora Sipon dan Hapsah Yusof (!"#$%&' guru bimbingan dan kaunseling perlu mempunyai ciri kecerdikan. )ecerdikan yang perlu ada pada guru bimbingan dan kaunseling termasuklah kebolehan bertutur dengan fasihdan mempunyai keupayaan kauntitatif yang cukup untuk berfikir mencari alasan dan membantu menyelesaikan masalah dengan logik. Seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu menguasai teori-te agar mereka dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam situasi yang ber Contohnya guru bimbingan dan kaunseling boleh memberi alternatif yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dialami oleh klien. Seorang *uru +imbingan dan )aunseling perlu mematuhi )od ,tika erkhidmatan +imbingan dan )aunselingseperti yang disenaraikan dalam anduan elaksanaan erkhidmatan +imbingan dan )aunseling di Sekolah Menengah dan endah (!$"!'. )od ,tika dapat memberikan garis panduan kepada *uru +imbingan dan )aunseling Sepenuh Masa dan menggariskan pia/aian perlakuan dalam menjalin perhubungan professi dengan klien rakan-rakan *uru +imbingan dan )aunseling Sepenuh Masa majik indi0idu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. ,tika perlakuan dan tat perlu menunjukkan kedudukan dan identiti seorang *uru +imbingan dan )aunseling Sepenuh Masa. Selain mematuhi )od ,tika erkhidmatan+imbingan dan )aunseling *uru +imbingan dan )aunseling Sepenuh Masa perlu berusaha untuk mencapai 1alsafah 2isi erkhidmatan Misi erkhidmatan dan Motto erkhidmatan. *uru +imbingan dan )aunseling Sepenuh Masa perlu sentiasa menguruskan program dan akti0iti yang berkait dengan bimbingan dan kaunseling bagi melahirkan murid yang seimbang dalam as intelek jasmani emosi dan rohani serta berimam dan beramal soleh. 3engan melahirkan murid yang seimbang sudah pasti suasana terapeutik dan kondusif di sekolah di/ujudkan dan mencapai 2isi erkhidmatan. 3i samping itu guru bimbingan dan kaunseling mesti menerima klien mereka tanpa syarat. Sapora Sipon dan Hapsah Yusof (!"#$%4' menyatakan baha/a guru bimbingan perlu melayan klien mereka sebagai manusia yang bermaruah dan unik /alaupun latar

Upload: zenzenblue

Post on 04-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ciri-ciri Guru Bimbingan dan Kaunseling

TRANSCRIPT

3.0 Ciri-ciri Guru Bimbingan dan Kaunseling

Ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling merupakan satu unsur yang penting dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Seorang guru bimbingan dan kaunseling itu perlu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membezakan diri mereka daripada profesion yang lain. Seorang guru yang baik tidak semestinya seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan tanpa ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling.

Menurut Sapora Sipon dan Hapsah Yusof (2013:75), guru bimbingan dan kaunseling perlu mempunyai ciri kecerdikan. Kecerdikan yang perlu ada pada guru bimbingan dan kaunseling termasuklah kebolehan bertutur dengan fasih dan mempunyai keupayaan kauntitatif yang cukup untuk berfikir, mencari alasan dan membantu menyelesaikan masalah dengan logik. Seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu menguasai teori-teori agar mereka dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam situasi yang berlainan. Contohnya, guru bimbingan dan kaunseling boleh memberi alternatif yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dialami oleh klien.

Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mematuhi Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling seperti yang disenaraikan dalam Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah (20:10). Kod Etika dapat memberikan garis panduan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Etika perlakuan dan tatalaku perlu menunjukkan kedudukan dan identiti seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Selain mematuhi Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa perlu berusaha untuk mencapai Falsafah, Visi Perkhidmatan, Misi Perkhidmatan, dan Motto Perkhidmatan. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa perlu sentiasa menguruskan program dan aktiviti yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta berimam dan beramal soleh. Dengan melahirkan murid yang seimbang, sudah pasti suasana terapeutik dan kondusif di sekolah dapat diwujudkan dan mencapai Visi Perkhidmatan.

Di samping itu, guru bimbingan dan kaunseling mesti menerima klien mereka tanpa syarat. Sapora Sipon dan Hapsah Yusof (2013:76) menyatakan bahawa guru bimbingan perlu melayan klien mereka sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun latar belakang klien adalah berbeza. Penerimaan klien memerlukan keikhlasan dan ketulenan seorang guru bimbingan dan kaunseling serta menyambut klien dengan mesra. Penglibatan klien dalam sesi kaunseling adalah agak penting. Klien akan berasa selesa dan memberi kepercayaan kepada guru bimbingan dan kaunseling serta dapat meluahkan masalah mereka secara jujur tanpa sebarang penipuan.Menurut Lee Keok Cheong et. al. (2012:278), seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu berusaha untuk memupuk ciri-ciri nilai moral semasa memberi perkhidmatan. Guru bimbingan perlu mempunyai nilai empati terhadap klien mereka dengan mempunyai kebolehan untuk menyampaikan kefahaman tentang seseorang itu daripada perspektif kliennya. Guru bimbingan juga perlu mempunyai nilai integriti, kesedaran kendiri, keberanian dan nilai spiritualiti dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Menurut Sidek Mohd Noah (2005:1750), etika Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) memberikan garis panduan yang perlu diikuti oleh para kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling. Guru bimbingan perlu memberi penerangan yang lengkap, tepat dan berhati-hati semasa menjalankan ujian terhadap klien. Keputusan segala ujian adalah tidak dibenarkan untuk diubahsuai dan perlu memberitahu klien secara jujur. Senarai Rujukan Buku

Lee Keok Cheong et. al. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin. (2010). Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan Rendah. Diterbitkan oleh: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sapora Sipon dan Hapsah Yusof. (2013). Pengenalan kepada Profesion Kaunseling. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling Teori & Aplikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Senarai Rujukan InternetAzhar b Abdul Razak. (3 April 2005). PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING. Retrived at 8 April 2013: http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=89