3 pentaksiran berasaskan sekolah

Upload: khairi-azmi

Post on 14-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    1/5

    PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

    Muhammad Khairi Bin Azmi| Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 20

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

    Pengenalan

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat

    bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi

    memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan.

    Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik

    dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap

    progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaituUPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara

    sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mana

    terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah

    yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan

    menengah.

    Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang

    bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan

    psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua

    bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik

    terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang

    bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti

    Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan

    dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang

    berasaskan sekolah.

    Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid

    menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama

    ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak

    dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan

    mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah

    lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan

    ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat

    pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu

  • 7/27/2019 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    2/5

    PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

    Muhammad Khairi Bin Azmi| Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 21

    dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh

    instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain

    ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian

    dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan

    pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

    Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,

    kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

    merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil

    penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

    Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.

    Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

    Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada

    konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PBS

    lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu

    peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari

    semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan

    memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di

    samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan

    serta potensi murid.

    Sejauh manakah pelaksanaan PBS di sekolah anda berpraktikum

    bertepatan dengan transformasi system pentaksiran di sekolah yang

    diperkenalkan oleh KPM

    Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS) di sekolah saya menjalani praktikum, saya mendapati bahawa guru masih

    lagi tidak jelas dengan tujuan sebenar atau objektif utama pelaksanaan PBS ini secara

    langsung iaitu membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan

    penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan

    pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.

  • 7/27/2019 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    3/5

    PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

    Muhammad Khairi Bin Azmi| Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 22

    Secara keseluruhannya, saya melihat pelaksanaan PBS di sekolah hanyalah

    sekadar memaksukkan markah ke dalam sistem talian online khas yang disediakan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memasukkan semua markah-markah

    pentaksiran yang telah dilaksanakan. Hal ini telah mendapat rungutan banyak guru-guru

    yang terpaksa meluangkan masa yang terlalu lama untuk mengakses ke dalam laman

    sesawang tersebut yang lazimnya sukar untuk diakses. Masa guru banyak terbuang untuk

    mengisi markah murid sedangkan bayak lagi kerja atau tugasan lain yang perlu dilakukan

    seperti menyemak buku murid dan menyelesaikan pelaporan lain. Ada diantara mereka

    juga terpaksa tidur lewat kerana ingin menunggu waktu-waktu yang kurang orang

    menggunakan talian online tersebut supaya lebih mudah untuk diakses. Hal ini

    menyebabkan kurangnya kualiti kerja guru kerana mereka letih untuk meneruskan

    perjuangan mendidik anak bangsa keesokan paginya.

    Masalah perisian online untuk mengisi markah PBS ini adalah kerana perisian ini

    masih baru dan masih tidak stabil. Oleh sebab itulah guru selalu menghadapi masalah untuk

    memasuki laman tersebut dan hal ini menyebabkan proses memasukkan markah selalu

    tergendala. Lebih rumit lagi apabila markah sudah diisi namun proses untuk memasukkan

    atau save tergendala dan guru harus mengisi semula semua markah tersebut. Oleh itu,

    perkara ini haruslah diambil perhatian untuk menaik taraf sistem tersebut secepat mungkin

    supaya pelaksanaan PBS in berjalan dengan lancar supaya memudahkan semua pihak.

    Dalam masa yang sama, guru jugalah perlu memasukkan segala kertas-kertas

    pentaksiran dalam portfolio murid-murid. Bebanan kerja guru semakin bertambah di mana

    merekalah yang menyediakan pentaksiaran yang perlu disemak dan juga perlu diisikan

    markah dalam sistem online dan perlu didokumentasikan dalam portfolio. Segala urusan di

    bawah tanggungan guru. Hal ini menjadi lebih rumit apabila seorang guru bukan hanya

    menguruskan 1 kelas sahaja tetapi 2 hingga 3 kelas. Kerja guru kini lebih kepada

    pengkeranian daripada mendidik. Lebih banyak lembaran pentaksiran yng perlu disediakan,lebih banyak lembaran pentaksiran yang perlu disemak, lebih banyak markah yang perlu

    dimasukkan dalam sistem online dan lebih bayak fail yang perlu diuruskan.

    Apabila wujudnya sistem PBS, guru sekolah dikerah untuk menghabiskan satu-

    satu topik dengan segera agar ujian PBS dapat dijalankan. Tambahan pula, guru tidak dapat

    menerangkan kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian PBS.

    Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar, guru terlebih dahulu menyediakan evidens

    (soalan-soalan yang akan diuji). Kemudian,guru juga akan menyemak kertas evidens

    berkenaan. Selepas itu,aktiviti merekod dan dokumentasikan pencapaian.

  • 7/27/2019 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    4/5

    PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

    Muhammad Khairi Bin Azmi| Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 23

    Persoalannya di sini ,Bagaimanakah seorang guru dapat menghabiskan kesemua

    kerja berkenaan dalam masa berada di sekolah yang agak terhad?. Kerja yang perlu

    dihabiskan di sekolah akhirnya dibawa ke rumah untuk menyediakan kertas pentaksiran

    kerana kesuntukan masa di sekolah dengan jadual kelas yang padat. Oleh yang demikian

    masa untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menjadi terhad kerana perlu

    melaksanakan pentaksiran setiap kali satu-satu topik selesai diajar. Hal ini demikian

    menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkualiti kerana

    terpaksa mengejar topik yang perlu dihabiskan. Hasilnya, murid tidak dapat menjawab

    soalan pentaksiran dengan baik kerana tidak mengusasi kemahiran atau tajuk yang diajar

    oleh guru tersebut.

    Antara masalah lain yang sering dihadapi oleh guru semasa melaksanakan

    pentaksiran ialah ketidakhadiran murid yang sering berlaku. Hal ini lebih teruk berlaku pada

    kelas belakang yang lazimnya setiap hari kehadiran tidak pernah penuh. Apabila keadaan ini

    berlaku, guru terpaksa merekodkan ketidakhadiran murid dan terpaksa menulis nama pada

    kertas pentaksiran murid yang tidak hadir. Kemudian, gurulah juga perlu memberi semula

    pentaksiran tersebut apabila mereka hadir dan guru jugalah perlu membimbing semula

    mereka di luar waktu pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan mereka menguasai

    pentaksiran tersebut.

    Guru terpaksa melakukan semua ini demi memastikan semua murid menguasai dan

    lebih bermasalah lagi jika murid tersebut berada di kelas belakang. Guru terpaksa

    membimbing seorang demi seorang sekiranya mereka tidak menguasai topik tersebut dan

    semua bimbingan ini akan dilakukan di luar waktu kelas. Persoalannya di sini, bagaimana

    guru ingin mencuri masa untuk membimbing murid lemah atau murid yang tidak hadir?

    Sedangkan bebanan kerja guru untuk menyemak, memaksukkan markah dalam talian

    online dan memasukkan dalam portfolio murid. Perkara ini boleh disifatkan membebankan

    guru kerana semuanya terletak pada guru tersebut untuk menguruskan semua urusan.

    Walaupun pelaksanaan PBS ini dikecam hebat oleh sesetengah pihak, namun

    mereka harus sedar bahawa pelaksanaan PBS ini juga banyak mendatangkan kebaikan

    kepada murid-murid jika dilaksanakan dengan sisematik. Antara kebaikannya ialah pelajar

    dapat mengetahui kedudukan pencapaiannya dan akan berusaha untuk meningkatkan

    prestasi pembelajarannya secara kawalan kendiri. Hal ini demikian dapat dilihat daripada fail

    portfolio PBS yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Oleh itu, murid-murid dapat melihat

    perkembangan pencapaian mereka sendiri melaui pentaksiran-pentaksiran yang diljalankan

    dan melaui sistem BAND yang diperkenalkan.

  • 7/27/2019 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    5/5

    PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

    Muhammad Khairi Bin Azmi| Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 24

    Tambahan pula, melalui pengenalan sistem PBS ini juga dapat membolehkan guru

    boleh mengetahui prestasi pencapaian pelajarnya serta keberkesanan proses pengajaran

    dan pembelajaran. Dengan ini guru dapat memperbaiki strategi penyampaian bahan-bahan

    pengajaran dan merancang tindakan susulan seperti menyediakan bahan-bahan

    pengayaan, pengukuhan atau bahan pemulihan yang bersesuaian dengan keadaan pelajar.

    Kini guru juga dapat memotivasikan diri untuk memperbaiki diri kearah pengajaran yang

    lebih berkualiti secara tidak langsung berpandukan pencapaian murid-murid melaui sistem

    PBS.