265490645 contoh kertas kerja penubuhan prasekolah pra3103

20
Tutorial Minggu 2 Disediakan oleh Kumpulan 1 KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH MENTARI Taman Perumahan Sri Kenanga Disediakan Oleh : 1

Upload: nor-azizah

Post on 13-Jul-2016

87 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

pusat pakk

TRANSCRIPT

Page 1: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

KERTAS KERJA PENUBUHAN

PRASEKOLAH MENTARI

Taman Perumahan Sri Kenanga

Disediakan Oleh :

1

Page 2: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

BAHAGIAN I

a Latar Belakang

Pendidikan Awal Kanak-kanak sangat penting dalam melahirkan dan

membentuk modal insan yang berguna dan mampu mencapai kesejhateraan hidup

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek sepertinya jasmani, rohani, emosi,

intelek dan sosial. Penubuhan Prasekolah Matahari ini bertujuan untuk memberikan

persediaan awal kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun

sebelum memasuki alam persekolahan di Tahun Satu. Pendidikan prasekolah ini

juga penting untuk memperkembangkan lagi tahap pembelajaran dan pemikiran

kanak-kanak secara berkesan melalui pembelajaran deria sepertimana pandangan

yang diutarakan oleh tokoh pendidikan awal kanak-kanak iaitu Montessori.

Permohonan untuk membina pusat prasekolah ini bertujuan untuk

menampung pusat tadika yang berdekatan apabila ibubapa mulai sedar akan betapa

pentingnya pendidikan di peringkat awal seperti prasekolah dan tadika khasnya.

Sebagai contoh, Tadika Kemas Taman Perumahan Sri Senangka yang sudah tidak

dapat menampung pelajar lagi apabila permintaan ibubapa untuk menyekolahkan

anak-anak mereka di tadika itu sangat tinggi. Keadaan ini telah membuka mata kami

tentang betapa pentingnya sebuah pusat prasekolah yang baru bagi menampung

permintaan ramai dari penduduk kampung. Maka dengan itu, amatlah bersesuaian

motto yang cuba ditampilkan iaitu Ilmu Cahaya Hidup yang membawa maksud

bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan bagi menghadapi cabaran dunia pada

zaman era global ini.

2

Page 3: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

b Rasional Penubuhan

Rasional penubuhan Prasekolah Mentari :

Untuk menampung keperluan dan permintaan yang tinggi dari penduduk

tempatan. Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menghantar anak-anak

mereka untuk mendapatkan peluang pendidikan awal. Untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak secara menyeluruh dari

kecil lagi. Untuk memberi persediaan awal kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke

Tahun Satu. Untuk memberi pendedahan dan membantu kanak-kanak untuk menguasai

kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul seiring

dengan perkembangan pendidikan pada zaman sekarang.

c Profil Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

1. Nama Pusat Prasekolah Prasekolah Mentari

2. Tema Prasekolah dalam Taman. Ini bertujuan untuk menyokong konsep yang

dibawa iaitu pembelajaran secara sensori deria. Maka, pembelajaran di

luar bilik darjah dapat dilaksanakan bagi menyokong perkembangan dan

pembelajaran tersebut.

3. Visi Prasekolah Mentari menjadi pusat prasekolah contoh bagi peringkat

Daerah XXX pada tahun 2020

4. Misi Prasekolah Mentari berusaha meningkatkan dan mengembangkan

potensi murid secara menyeluruh disamping menyediakan persekitaran

yang kondusif bagi menyokong pembelajaran dan penglibatan komuniti

secara menyeluruh.

5. Motto Ilmu Cahaya Hidup

6. Logo

3

Page 4: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Logo Prasekolah Mentari.(Penerangan logo boleh dirujuk pada bahagian Lampiran 1)

d Objektif Penubuhan

Memberikan asas pendidikan prasekolah dengan menggunakan

pendekatan pembelajaran secara deria dengan konsep bermain sambil

belajar. Memastikan murid prasekolah mempunyai kemahiran kognitif untuk

berfikir dan menyelesaikan masalah Dapat membantu dan mengembangkan konsep pembelajaran kendiri dan

“obsorbent mind” Membentuk murid yang mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan

konsep kendiri yang positif. Untuk melahirkan murid prasekolah yang seimbang dan harmonis dari

segi JERIS

e Lokasi Tapak

Lokasi yang dicadangkan ialah di kawasan Taman Perumahan Sri Kenanga

kerana ketiadaan pusat prasekolah lagi. Ini kerana, penduduk di kawasan

perumahan ini akan menghantar anak-anak mereka di Tabika Kemas Taman

4

Page 5: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Perumahan Sri Senangka yang terletak satu kilometer dari Taman Perumahan Sri

Kenanga. Berikut merupakan peta lokasi tapak prasekolah :

Peta 1.2 Peta Lokasi Prasekolah di Taman Perumahan Sri Kenanga

5

Page 6: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

f Tarikh Mula Operasi

Prasekolah Mentari dijangka akan beroperasi pada 5 Januari 2016 dengan

pembukaan empat buah kelas sahaja yang terdiri daripada 2 buah Kelas Mentari (A) – Untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun

dan ke atas 2 buah Kelas Mentari (B) – Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun

dan ke atas.

6

Page 7: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Bahagian II

a Pelan bangunan atau lantai

Pihak prasekolah telah mengikut beberapa kriteria yang telah digariskan

dalam penubuhan suatu pusat prasekolah ataupun tadika. Berikut merupakan

kriteria-kriteria yang telah digariskan :

Keperluan keluasan minimum 1.4 meter persegi bagi setiap kanak-kanak Maksimum satu kelas ialah 25 orang per kelas. Keperluan tempat letak kereta adalah mengikut Garis Panduan Tempat Letak

Kereta (TLK) 1 tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak

Melalui garis panduan tersebut, pihak prasekolah telah menyediakan satu pusat

prasekolah yang kondusif dan selesa serta bersesuaian dengan konsep atau tema

yang diketengahkan oleh Prasekolah Mentari. Sila rujuk Lampiran 2 untuk melihat

melihat pelan bangunan dan pelan lantai bilik darjah bagi prasekolah ini.

b Kemudahan atau Prasarana yang disediakan.

Pihak prasekolah telah menyediakan beberapa kemudahan atau prasarana

yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan diharapkan

kemudahan seperti ini dapat membantu lagi perkembangan kanak-kanak. Berikut

merupakan kemudahan yang telah disediakan :

Kemudahan asas – Bekalan elektrik, bekalan air, jalan masuk, papan tanda, tiang

bendera Ruang dapur Ruang makan Ruang aktiviti – Bilik Bacaan, Ruang Kering, Ruang Basah, Ruang Bising, Aktiviti

Manipulatif, ruang senyap dan aktiviti pasir Taman Permainan Taman Pembelajaran (di luar bilik darjah) Ruang rehat atau bilik rehat Stor Penyimpanan Barang Pejabat Am dan Bilik Guru Tandas

7

Page 8: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Tempat Menunggu Tempat meletakkan kenderaan

c Cadangan Inventori

Berikut merupakan cadangan inventori berdasarkan ruang:

i. Bilik darjah Meja dan kerusi pelajar – 25 set setiap kelas Papan tulis (putih) – 2 buah setiap kelas Rak Kasut – 1 buah setiap kelas Rak Beg – 1 buah setiap kelas Komputer – 1 buah setiap kelas Meja dan kerusi guru – 1 set setiap kelas Rak atau kabinet – 4 buah setiap kelas Permaidani – 2 set setiap kelas Tempat penyimpanan alat permainan (Manipulatif Storage) – 5 set setiap

kelas Peti kecemasan – 1 set setiap kelas

ii. Bilik rehat Katil – 2 buah Rak – 1 buah Peti Kecemasan – 1 buah

iii. Dapur dan ruang makan Meja dan kerusi makanan – pelajar Napkin – 1 set setiap pelajar Alas makanan (pinggan, sudu dan gelas) – 25 setiap kelas Meja hidangan makanan – 1 buah Peralatan memasak Cermin (besar) – 2 set Alas kaki – 1 set Papan notis – 2 set setiap ruang makan Bekas tempat simpan makanan – 10 set setiap ruang makan Peti sejuk – 1 buah setiap dapur Dapur gas – 1 buah setiap dapur

iv. Pejabat am dan bilik guru Meja untuk guru / penyelia – 7 buah Rak atau kabinet – 7 buah Alas kaki – 1 set Meja mesyuarat – 1 buah Komputer – 2 buah Alat pencetak – 1 buah Telefon sekolah – 1 buah

8

Page 9: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Fail Alat tukang kebun

v. Luar bilik darjah Taman permainan (Playhouse climber, riorocer, jongkang-jongkit, buaian) – 1

set untuk setiap blok. CCTV - 2 buah

d Kriteria Pengambilan Murid

Berikut merupakan syarat pengambilan murid Prasekolah Matahari Taman

Perumahan Sri Kenanga :

Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun sahaja. Keutamaan diberikan kepada penduduk terdekat seperti Taman Perumahan Sri

Kenanga dan Sri Senangka. Keutamaan diberikan kepada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan RM

1,500.00 dan ke atas. Namun, sekiranya ada kekosongan, ianya akan dibuka

kepada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan RM1,500.00 dan ke bawah. Sihat tubuh badan. (Sekiranya ada penyakit kronik, ibubapa wajib memaklumkan

kepada pihak pentadbiran)

(Sila rujuk Lampiran XX untuk Borang Permohonan Kemasukkan Murid Prasekolah

Mentari)

e Model Kurikulum

Model kurikulum yang digunakan di pusat prasekolah ini ialah Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sepertimana yang disarankan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu, beberapa unsur kurikulum yang

cuba diterapkan dalam proses pembelajaran di prasekolah ini bagi mencapai objektif

pusat prasekolah ini. Antara kurikulum yang cuba diterapkan ialah Kurikulum

Montessori dan Frobel yang mana menerapkan penggunaan sensori deria dan

bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

9

Page 10: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Bahagian III

a Aspek Pemakanan

Aspek pemakanan amat dititikberatkan dalam membantu proses

perkembangan kanak-kanak demi mencapai kesihatan dan peribadi yang unggul.

Maka, prasekolah ini mengamalkan pemakanan yang seimbang sepertimana yang

disarankan dalam pengambilan nutrien iaitu kanak-kanak perlu mengambil nutrien

sebanyak 1300kcal sehari Aspek pemakanan secara seimbang ini amat

menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan

termasuklah pengendali makanan, pengurusan peralatan memasak, menghidang

dan etika dalam penghidangan makanan. Aspek-aspek seperti ini boleh dirujuk pada

dokumen atau garis panduan yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan

Masyarakat iaitu Garis Panduan Pengurusan Makanan dan Minuman, Pekeliling

Bahagian Pengurusan dan Pemakanan Jabatan Kemajuan Masyarakat Bil 07 Tahun

2009. Lampiran 4 turut disediakan bagi menu makanan yang disediakan untuk murid

Prasekolah Mentari.

b Aspek Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan

Bukan sahaja aspek pemakanan diambil kira, aspek kebersihan, keselamatan

dan kesihatan di pusat prasekolah termasuklah tenaga pengajar dan murid turut

diambil kira. Berikut merupakan huraian terperinci mengenainya:

i. Aspek Kebersihan Pihak prasekolah akan menekankan aspek kebersihan makanan

dari segi pengendali makanan, pemilihan, penyediaan,

penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman di

prasekolah. Kanak-kanak akan diajar, dibimbing dan mengamalkan aspek

kebersihan diri sama ada di prasekolah ataupun di luar sekolah. Pusat prasekolah Mentari bersih dan bebas daripada suasana

yang membahayakan dan serangga (makhluk perosak dan

sebagainya) Alat mainan sentiasa bersih dan dalam keadaan selamat.

10

Page 11: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

ii. Aspek Keselamatan – Prasekolah Mentari berkolaborasi bersama

Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan Pusat prasekolah mendapat Perakuan Keselamatan daripada

pihak keselamatan Buku Pelawat dan Buku Penjaga disediakan bagi ibu bapa atau

penjaga yang datang untuk menghantar atau mengambil anak-

anak mereka Pembakaran secara terbuka adalah dilarang sama sekali di

bangunan prasekolah manakala aktiviti memasak diadakan

ditempat yang berasingan yang mempunyai ketahanan api yang

dibenarkan. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam ruang penyediaan

makanan Point Socket yang rendah ditutup dengan kemas Penggunaan extension cable tidak digalakkan Sistem peparitan bertutup Pili bomba dan alat pemadam api disediakan di dalam dan luar

bangunan prasekolah. Pihak prasekolah turut menitikberatkan 12 skop utama yang

terdapat di prasekolah agar keselamatan kanak-kanak dan pihak

prasekolah terjaga. Contohnya, lantai, dinding, tangga, siling,

tangki air, bumbung, pengudaraan, persekitaran, keceriaan dan

pintu, tingkap serta jeriji besi. Penyediaan kit kecemasan disetiap kelas dan ruang guru. Pihak prasekolah juga akan melaksanakan aspek-aspek

keselamatan yang lain sekiranya perlu.

iii. Aspek Kesihatan – Prasekolah Mentari sentiasa berkolaborasi bersama

Jabatan Kesihatan atau Hospital Daerah Prasekolah Mentari menggunakan garis panduan atau peraturan

yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Pengendali makanan (tukang masak) akan menjalani

pemeriksaan kesihatan sebanyak 2 kali setahun sebagai langkah-

langkah berjaga disamping mendapatkan suntikan Typhoid 6 di

Pejabat atau Klinik Kesihatan Sri Kenanga. Murid-murid akan disaring sebelum masuk ke kelas agar tiada

penyakit berjangkit. Prasekolah Mentari menyediakan ruang sakit atau ruang rehat

bagi murid yang mengalami gejala-gejala sakit agar ianya tidak

tersebar di kalangan murid lain.

11

Page 12: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Kanak-kanak akan diajar dan mengamalkan kebersihan diri

seperti mencuci tangan dan kaki sebelum dan selepas

menjalankan aktiviti Persekitaran prasekolah Mentari sentiasa bersih dan selamat

serta bebas daripada serangga, makhluk perosak dan haiwan

peliharaan serta bersih dari sampah sarap.

[ Sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Bangunan dan Kemudahan Tabika, Pekeliling

Bahagian Pengurusan dan Keselamatan Jabatan Kemajuan Masyarakat, Bil 03

Tahun 2007 ]

c Pengurusan Staf

Bagi melicinkan pengurusan pentadbiran dan proses pengajaran dan

pembelajaran, beberapa jawatan telah diwujudkan disamping menetapkan syarat

kelayakan bagi setiap jawatan tersebut. Antara jawatan yang disediakan di

prasekolah ini ialah :

Bi

l

Jawatan Bilangan Kelayakan

1 Pengarah atau Penyelia

Pusat Prasekolah

1 orang Peringkat Ijazah / Diploma dalam

ECCD dan KAAKK2 Guru Prasekolah 4 orang Peringkat Ijazah / Diploma dalam

ECCD dan KAAK3 Pembantu Tadbir 2 orang Peringkat Diploma dalam

pentadbiran, ECCD dan KAAK

serta SPM4 Tukang Masak 3 orang SPM, Lulus Kursus Makanan dan

Keselamatan5 Tukang Kebun atau

Tukang Cuci

2 orang SPM, PMR

(ECCD – Penjagaan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak, KAAK – Kursus Asuhan

Kanak-kanak)

[Kadar bayaran gaji tertakluk kepada tahap atau taraf pendidikan]

12

Page 13: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Tambahan, pekerja bagi jawatan seperti Pengarah atau Penyelia Pusat

Prasekolah, Guru Prasekolah, pembantu tadbir dan tukang masak akan diberikan

latihan tambahan bagi membantu keberkesanan proses hal-hal pentadbiran dan

pendidikan terkini. Ini akan memastikan visi, misi dan objektif penubuhan prasekolah

dapat dicapai.

13

Page 14: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Bahagian IV

a Pengurusan Kewangan dan Kos Penubuhan

i. Sumber kewangan atau modal

Bi

l

Perkara Kuantiti dan

Jumlah (RM)

Jumlah sebenar

(RM)1 Modal permulaan (Perkongsian 5

orang rakan kongsi)

RM 150 000.00 RM 200 000.00

2 Yuran pendaftaran murid Yuran kemasukkan pelajar Bayaran baju uniform

prasekolah Baju t-shirt dan seluar

prasekolah

RM50.00RM50.00

RM50.00

= RM 150 X 100= RM 15 000.00

3 Yuran Bulanan Yuran pelajar Buku aktiviti atau buku kerja Alat tulis Aktiviti

RM300.00RM50.00RM50.00RM100.00

= RM500 X 100RM 50 000.00

JUMLAH RM265 000.00

ii. Belanjawan penubuhan

Bi

l

Perkara Kuantiti dan

Jumlah (RM)

Jumlah sebenar

(RM)1 Peralatan Keselamatan dan

Kesihatan

RM 10 000.00

2 Kelengkapan / Perabot / Perhiasan RM 50 000.003 Perabot bagi pusat aktiviti kanak-

kanak

RM 15 000.00

4 Peralatan pejabat, pentadbiran dan

alat tulis permulaan

RM 20 000.00

5 Peralatan ruang rutin (dapur / bilik

mandi / stor)

RM 8 000.00

6 Sumber kurikulum, mainan dan

peralatan mainan serta taman

permainan

RM 50 000.00

7 Lesen RM 1000.008 Insuran RM 1500.00

JUMLAH RM 155 000.00

iii. Belanjawan Pengendalian

14

Page 15: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Bi

l

Perkara Jumlah (RM) /

bulan

Jumlah (RM) /

tahun1 Makanan RM 5000.00 RM 10 000.002 Kemudahan :

Elektrik Air Telefon

RM 500.00RM 150.00RM 200.00

RM 6000.00RM 1600.00RM 2400.00

3 Insuran kanak-kanak RM 80.00 RM 960.004 Isian semula – Kit Pertolongan

Cemas / Tandas

RM 80.00 RM 960.00

5 ABM / Alat Tulis RM 100.00 RM 1200.006 Aktiviti pelajar (Lawatan) RM 500.00 RM 5500.007 Latihan Staf / Kakitangan RM 300.00 RM3600.008 Program bersama ibubapa RM 150.00 RM 1800.009 Penyelenggaraan RM 150.00 RM 1800.001

0

Luar jangkaan RM 500.00 RM 6000.0

JUMLAH RM 41 820.00

Kos Gaji :

Bi

l

Perkara Kuantiti dan

Jumlah (RM)

Jumlah sebenar

(RM)1 Pengarah atau Penyelia RM 3000.00 RM 36 000.002 Guru Prasekolah RM 2000.00 RM 96 000.003 Pembantu Tadbir RM 1000.00 RM24 000.004 Tukang Masak RM 800.00 RM 19 200.005 Tukang Kebun RM 800.00 RM 19 200.00

JUMLAH RM 117 400.00

Jumlah Keseluruhan

Bi

l

Perkara Kuantiti dan Jumlah (RM)

1 Jumlah Perbelanjaan Modal RM 155 000.002 Jumlah Perbelanjaan Operasi

Pentadbiran Gaji

RM 41 820.00RM 117 400.00

JUMLAH RM 314 200.00

15

Page 16: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Penutup

Adalah diharapkan agar kertas kerja penubuhan Prasekolah Mentari ini mendapat

persetujuan daripada pihak yang berwajib agar penduduk tempatan terutamanya di Taman

Sri Kenanga dapat menghantar anak-anak mereka ke pusat prasekolah. Setinggi harapan

kami sandarkan agar kertas kerja ini diluluskan serta dapat dilaksanakan dengan jayanya

sepertimana yang terkandung dalam rasional dan objektif penubuhan pusat prasekolah

yang dapat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis daripada pelbagai aspek selain

daripada menyediakan murid prasekolah yang berkemahiran serta mampu mengharungi

cabaran dan dugaan pada masa kini.

16

Page 17: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

LAMPIRAN

Lampiran 1. Huraian mengenai logo

i. Simbol matahari – Kanak-kanak yang ceria, bertenaga dan bersemangatii. Warna kuning – warna ceriaiii. Simbol A,B,C – perlambangan kepada prasekolahiv. “Ilmu Cahaya Hidup” – Motto Prasekolah

17

Page 18: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Lampiran 2. Pelan Bangunan

18

Tandas

Tandas

Tapak Perhimpuan atau RuangFizikal

Page 19: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Lampiran 3. Pelan Lantai

19

Page 20: 265490645 Contoh Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah PRA3103

Tutorial Minggu 2Disediakan oleh Kumpulan 1

Lampiran 4. Menu Makanan

Minggu MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4Hari

ISNIN Susu + kokokrunch + kismis

Nasi gorengMilo

Susu + Biskut +kismis

Nasi GorengMilo

Susu + HoneyStar + kismis

Nasi GorengMilo

Susu + Biskut +kismis

Mihun goringMilo

SELASA Susu + Biskut +kismis

Laksa + NuggetJus oren

Susu + BuburNasi + Kismis

Cucur udangJus oren

Susu + Biskut +kismis

Nasi TomatoJus Oren

Susu + Kuih +kismis

Mi gorengJus Oren

RABU Susu + Biskut +kismis

Mi SupJus Tembikai

Susu

Susu + HoneyStar + kismis

Nasi Lemak BilisJus Tembikai

susu

Susu + Biskut +kismis

Mi supJus Tembikai

susu

Susu + Kokokrunch + kismis

Nasi Lemak AyamJus Tembikai

susuKHAMIS Susu + Bubur

nasi + kismis

Nasi AyamJus Tembikai

Susu + Biskut +kismis

Mi gorengJus Tembikai

Susu + HoneyStar + kismis

Nasi MinyakJus Tembikai

Susu + Biskut +kismis

Mi hailamJus Tembikai

JUMAAT Susu + Kuih +kismis

SandwichSardinMilo

Susu + Biskut +kismis

Kuew TeowGoreng

Milo

Susu + Kuih +kismis

Sandwich TelurMilo

Susu + Biskut +kismis

Mi GorengMilo

20