format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

15
DISEDIAKAN OLEH : SITI RAIHANA BT ZAINAL KHATIJAH BT ABDULLAH.

Upload: aii-raihana

Post on 16-Apr-2015

670 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

harap dapat membantu

TRANSCRIPT

Page 1: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

DISEDIAKAN OLEH :SITI RAIHANA BT ZAINALKHATIJAH BT ABDULLAH.

Page 2: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

ASPEK-ASPEK PENULISAN KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH

1.0 Latar Belakang/ Pengenalan2.0 Rasional3.0 Nama,misi dan Visi Prasekolah4.0 Objektif Penubuhan5.0 Lokasi Tapak dan Bangunan6.0 Pelan lantai Bahagian Dalam dan Luar

Prasekolah7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran8.0 Aspek Pemakanan 9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan10.0 Aspek Kesihatan11.0 Kos Penubuhan12.0 Staf13.0 Penutup

Page 3: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

1.0 Latar Belakang/ Pengenalan

Pengenalan melibatkan serba sedikit apa itu pendidikan di

peringkat Prasekolah.

Pengenalan juga menekankan kepentingan pendidikan awal

kepada kanak-kanak.

Motto Prasekolah juga dinyatakan iaitu “Ke arah Pembentukan

Peribadi Muslim” dan bertemakan “Fun In Learning”.

Turut diterangkan ialah Dasar Prasekolah Kebangsaan yang

menyatakan bahawa “kerajaan menyediakan pendidikan

prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras

dengan peruntukan “Akta Pendidikan 1996” : Seksyen 2

menyatakan “Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan

murid-murid yang berumur 4-6 tahun.

Page 4: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

2.0 Rasional

• Titik tolak mengapa perlunya prasekolah ini ditubuhkan.

• Rasional juga merupakan sesuatu yang difikirkan dimana pada akhirnya nanti semuanya akan beroleh manfaat.

• Antaranya ialah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak serta mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.

Page 5: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

3.0 Nama, Misi dan Visi Prasekolah

• Nama dipilih sebagai menandakan bagaimanakah

sesebuah prasekolah itu akan menjalankan operasinya.

• Sebagai contoh, Cadangan nama prasekolah yang

dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih

adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam

bahasa Arab dan hampir dengan sebutan ‘dinar’ yang

membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep

keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin dibina.

• Misi dan visi pula merupakan matlamat yang ingin

dicapai sepanjang proses pendidikan di prasekolah

tersebut.

Page 6: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

4.0 Objektif Penubuhan

• Objektif merupakan tujuan atau pun matlamat utama

mengapa sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.

• Antaranya ialah membentuk perkembangan mental

dan intelektual kanak-kanak serta membantu

perkembangan sosial dan perhubungan serta

melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan

inovatif dan mendidik kanak-kanak menyedari tentang

kepentingan penampilan dan keyakinan diri.

Page 7: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

5.0. Lokasi Tapak dan Bangunan

• Lokasi Tapak dan Bangunan merupakan cadangan di

mana tempat sesebuah prasekolah itu akan didirikan.

• Pelan lantai yang dicadangkan terdiri daripada 2 iaitu

bahagian dalam dan luar.

• Pelan merangkumi keluasan kawasan, sekiranya

disewa berapakah jumlahnya, bilik-bilik yang

terdapat dalam premis tersebut, serta sudut-sudut

pembelajaran.

Page 8: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran

• Kurikulum sebagai satu pelan atau program untuk

segala pengalaman pembelajaran di bawah

bimbingan sekolah.

• Terdiri daripada Kurikulum Utama (KSPK),

Kurikulum Tambahan (Cth : Ilmu Fardhu

Ain,Iqra’,Muqaddam), Jadual Pembelajaran, Buku-

Buku Khas yang digunakan, serta Program

Tambahan seperti Sambutan Hari Kebangsaan.

Page 9: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

8.0 Aspek Pemakanan

Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan (menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)

Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Dimasak? Ditempah?

Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu

Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan 

Page 10: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan

Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah

Langkah-langkah kebersihan:  Panduan cuci tangan, menggosok gigi dll

Langkah-langkah keselamatan:  Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, plug elektrik, fibre di kawasan permainan, pengawasan dari kawasan jalan raya dll.

Page 11: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

10.0 Aspek Kesihatan Mendapatkan surat sokongan 3 agensi

Jabatan Bomba dan PenyelamatPihak berkuasa TempatanPejabat Kesihatan Daerah

Masalah kesihatan yang dikenalpastiKudis butaObesitiRabun warnaJangkitan cacing

Page 12: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

Kanak-kanak menerima perkhidmatan pencegahan

penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan

rujukan ke klinik atau hospital. Tujuannya adalah :

Mengekalkan tahap kesihatan murid secara optima melalui

pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

Mengesan masalah-masalah kesihatan murid yang boleh

menghalang pencapaian akademik dan menlakukan

pencegahan pada peringkat awal untuk menjalankan

intervensi dan penempatan murid dalam pendidikan khas.

Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi bagi

membentuk sekolah sebagai satu tempat yang selamat

dan sihat bagi membolehkan pembelajaran berjalan

dengan berkesan.

Page 13: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

11.0 Kos Penubuhan

Kos bangunanKos penyediaan sudut-sudut pembelajaran

(alat bantu mengajar)Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak

memperoleh pengalaman.

Page 14: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

12.0 Staf

Menyatakan berapa orang staf

Menyediakan carta organisasi staf

Kelulusan pendidikan staf

Program pembangunan profesionalisme staf

(kursus dll)

Page 15: format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

13.0 Penutup

Menyatakan harapan kertas kerja diangkat

bagi kelulusan

Menyatakan harapan sokongan daripada

pihak yang dipohon

Menyediakan aspek kepentingan pendidikan

awal kanak-kanak kepada negara.