segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · pdf filesegala cadangan, penjelasan dan ......

43
Makluman Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh dalamdokumen ini masih pada peringkat awal dan bukan kenyataan undang-undang. Sebarang kesimpulan dan pandangan pada waktu ini berkemungkinan untuk berubah berdasarkan maklum balas yang diterima atau mengikut perubahan keadaan semasa.

Upload: duonglien

Post on 05-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

Makluman

Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh dalamdokumen ini masih pada

peringkat awal dan bukan kenyataan undang-undang. Sebarang kesimpulan dan

pandangan pada waktu ini berkemungkinan untuk berubah berdasarkan maklum

balas yang diterima atau mengikut perubahan keadaan semasa.

Page 2: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

2

Perutusan Pengerusi

TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan

S.P.A.D. menggubal dasar dan membentuk

perkhidmatan yang responsif terhadap keperluan

masyarakat dan industri teksi, S.P.A.D. ingin

menjemput semua pihak untuk turut serta dalam

kajian kadar tambang teksi yang akan dijalankan.

Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ini

adalah julung-julung kalinya S.P.A.D. mengadakan

kajian kadar tambang teksi dan kami berharap

kajian ini mendapat penglibatan umum dan

kerjasama daripada semua pihak.

Pendapat dan pandangan masyarakat sangat

penting bagi S.P.A.D. Ini adalah kerana S.P.A.D.

percaya bahawa penglibatan aktif semua pihak

adalah perlu dalam penggubalan dasar-dasar

utama negara, seperti kajian semula kadar

tambang teksi, agar industri pengangkutan awam dapat ditambah baik secara lebih

holistik.

Seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk Nasional

Pengangkutan Awam Darat yang telah diterbitkan

oleh S.P.A.D., setiap mod pengangkutan awam

memainkan peranan penting dalam menyediakan

mobiliti dan akses kepada seluruh rakyat Malaysia.

Industri teksi menawarkan perkhidmatan mobiliti

yang berbeza dengan menyediakan khidmat dari

pintu ke pintu dan menjadi pilihan mod

pengangkutan yang berdaya maju di luar waktu operasi bas dan rel. Selain itu,

perkhidmatan teksi yang baik juga turut meningkatkan imej negara, kerana boleh

menjadi tanggapan pertama kepada mana-mana pelancong ke Malaysia.

Page 3: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

3

Bagi pihak Ahli Suruhanjaya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian kadar tambang teksi. Akhir kata, di

samping menyediakan perkhidmatan yang dipercayai dan berkualiti kepada

penumpang, usaha dan kerjasama yang berterusan adalah penting dalam

menyumbang kepada kemampanan dan daya maju jangka panjang industri teksi.

Terima kasih,

TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Page 4: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

4

Pendahuluan Ketua Pegawai Eksekutif

MOHD NUR ISMAL MOHAMED KAMAL

Hari ini, industri teksi di Semenanjung Malaysia

mempunyai lebih 60, 000 pemandu teksi yang memainkan

peranan penting dalam memadankan permintaan mobiliti

yang berbeza untuk rakyat Malaysia dan juga para

pelancong.

Menurut maklumat yang diperoleh dari kajian permintaan

teksi baru-baru ini, di Lembah Klang sahaja, berdasarkan

hasil kutipan tambang yang dijana oleh 91 juta trip

perjalanan teksi, nilai pasaran pada tahun 2013 adalah

dianggarkan sebanyak RM 960 juta. Statistik ini jelas

menunjukkan betapa pentingnya industri teksi di negara ini.

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 di mana perkhidmatan teksi

berkualiti tinggi menjadi salah satu fokus utama, S.P.A.D. telah melaksanakan

beberapa inisiatif berkaitan teksi bagi

membolehkan industri teksi menyampaikan

perkhidmatan teksi yang lebih baik justeru itu

mewujudkan industri teksi yang sihat dan

mampan. Teksi 1Malaysia, atau lebih dikenali

sebagai TEKS1M, merupakan salah satu inisiatif

terbaru S.P.A.D. dalam usaha memberikan

perkhidmatan teksi yang lebih selamat dan

selesa untuk pengguna teksi di Malaysia.

Sistem pengangkutan awam yang optimum hanya dapat dicapai melalui industri

perkhidmatan teksi yang cekap. Permintaan penumpang yang mahukan perkhidmatan

teksi yang selamat, boleh dipercayai, dan bertanggungjawab adalah seiring dengan

industri yang berdaya maju. Oleh itu, langkah ini amat wajar untuk mencari

keseimbangan antara kehendak dan keperluan pengguna dan industri teksi.

Semakan kadar tambang teksi yang terakhir

telah dijalankan empat tahun yang lalu pada

tahun 2009. Kini, S.P.A.D. mengambil peluang

untuk menjalankan kajian kadar tambang teksi

bagi semua jenis perkhidmatan teksi.

Sehubungan dengan itu, S.P.A.D. amat

berminat untuk mendengar daripada semua

lapisan masyarakat dengan mendapatkan

maklum balas melalui pelbagai cara termasuk

mengadakan sesi dialog dengan pihak-pihak

berkepentingan.

Page 5: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

5

Langkah yang diambil oleh S.P.A.D. melalui kerjasama seperti ini diharapkan mampu

mendapatkan hasil yang memuaskan hati semua pihak dengan bukan sahaja menjamin

masa depan industri teksi sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat

semua pengguna.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua

pihak yang mengambil bahagian dalam kajian kadar tambang teksi ini. Terima kasih

juga diucapkan kepada rakan sekerja di S.P.A.D. atas kerja keras mereka dan usaha

mengtransformasi industri teksi demi kebaikan semua.

Yang ikhlas,

MOHD NUR ISMAL MOHAMED KAMAL

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

URUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Page 6: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

6

Kandungan

1 Mengenai Dokumen Ini.......................................................................................... 7

2 Latar Belakang – Industri Teksi................................................................................ 9

2.1 Peranan S.P.A.D. .......................................................................................... 9

2.2 Peranan Teksi ............................................................................................ 10

2.3 Statistik Utama .......................................................................................... 11

2.4 Inisiatif Penambahbaikan Teksi (2013- 2015) ...................................................... 15

2.5 Teksi 1Malaysia – Pemangkin Transformasi Teksi .................................................. 19

3 Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi .............................................. 23

3.1 Objektif ................................................................................................... 23

3.2 Proses Interaksi .......................................................................................... 23

3.3 Langkah Pertama: Dengar ............................................................................. 24

3.4 Prosedur Pengemukaan Maklum Balas ............................................................... 28

4 Kajian Kadar Tambang Teksi ................................................................................ 30

4.1 Struktur Kadar Tambang Semasa ..................................................................... 30

4.2 Tambang Teksi Hari Ini ................................................................................. 31

4.3 Keperluan untuk Mengkaji Semula ................................................................... 33

4.4 Pendekatan Kajian Kadar Tambang Teksi ........................................................... 34

4.5 Kos Komponen Teksi .................................................................................... 37

5 Lampiran ........................................................................................................ 41

5.1 Senarai Jadual ........................................................................................... 41

5.2 Senarai Rajah ............................................................................................ 41

5.3 Format Maklum Balas ................................................................................... 42

Page 7: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

7

1 Mengenai Dokumen Ini

1.1.1 Tambang teksi di Semenanjung Malaysia disemak semula dan ditetapkan

oleh S.P.A.D. berdasarkan Seksyen 15 (f), Akta Suruhanjaya Pengangkutan

Awam Darat 2010.

1.1.2 Fokus utama dokumen ini adalah untuk menggariskan inisiatif S.P.A.D.

berkaitan kajian kadar tambang iaitu program penglibatan interaksi

bersama pengguna dan industri teksi.

1.1.3 Di samping itu, dokumen ini membentangkan gambaran keseluruhan

industri teksi, inisiatif-inisiatif berkaitan teksi dan keperluan kajian kadar

tambang teksi.

1.1.4 Dokumen ini berfungsi sebagai rujukan kepada aktiviti-aktiviti S.P.A.D.

pada masa akan datang yang telah dirancang dengan penglibatan utama

pihak berkepentingan.

1.1.5 Borang soal selidik turut dikepil bersama dokumen ini dalam Bahagian 5

untuk mengumpul maklum balas daripada pihak-pihak yang berminat. Sila

rujuk Bahagian 5.

1.1.6 Maklum balas yang diterima sepanjang sesi interaksi akan digunakan dalam

kertas cadangan S.P.A.D. sebagai keputusan muktamad tambang teksi yang

baharu.

Page 8: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

8

Latar Belakang

Industri Teksi

Page 9: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

9

2 Latar Belakang – Industri Teksi

2.1 Peranan S.P.A.D.

2.1.1 Pada 3 Jun 2010, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

ditubuhkan setelah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

2010 diluluskan di Parlimen, dan berkuatkuasa sepenuhnya pada 31 Januari

2011.

2.1.2 S.P.A.D. mengambil alih dan menggabungkan fungsi yang sebelum ini

dipertanggungjawabkan kepada tiga belas (13) jabatan termasuk

menggubal polisi, merancang dan mengawal atur perkhidmatan-

perkhidmatan kereta api, bas dan teksi serta kenderaan kargo melalui

jalan raya dan rel.

2.1.3 S.P.A.D. juga mempunyai kuasa pengkuatkuasaan dan tanggungjawab ini

dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa lain yang

berkaitan.

2.1.4 S.P.A.D. berkuasa untuk mengawal kesemua kelas teksi: kereta sewa,

teksi, teksi lapangan terbang dan teksi limosin. S.P.A.D. juga

bertanggungjawab untuk mengawal lesen dan juga menetapkan peraturan

dan taraf perkhidmatan bagi kelas-kelas perkhidmatan teksi.

2.1.5 Kadar tambang teksi disemak semula dan ditetapkan oleh S.P.A.D.

berdasarkan Seksyen 15 (f), Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

2010.

2.1.6 Sehingga hari ini, S.P.A.D. mengawal selia tambang untuk tiga (3) kelas

teksi, iaitu kereta sewa, teksi dan teksi lapangan terbang. Kelas teksi

termasuk teksi bajet, premier dan eksekutif.

Page 10: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

10

2.2 Peranan Teksi

2.2.1 Peranan teksi telah dikaji dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat

bagi kawasan Kuala Lumpur/Lembah Klang. Teksi menawarkan

perkhidmatan dari pintu ke pintu sebagai mod pengangkutan terutamanya

bagi perjalanan dalam pusat bandar di mana kos bukanlah suatu faktor

penentu.

2.2.2 Selain itu, teksi juga memenuhi kehendak mobiliti yang berbeza dalam

pasaran yang berlainan. Antara keperluan pengguna yang berbeza meliputi

perkara-perkara berikut:

a. Teksi menyediakan perkhidmatan bagi batu pertama dan terakhir

dengan menghubungkan mod pengangkutan awam lain, samada

perkhidmatan rel atau bas.

b. Teksi juga dapat menawarkan perkhidmatan di luar waktu operasi lazim

pengangkutan awam yang lain lantas menjadi alternatif yang selamat

untuk perjalanan yang dilakukan pada waktu-waktu tersebut.

c. Sebagai satu perkhidmatan yang menyediakan pendekatan komersil

yang lebih baik berserta kemudahan perjalanan bagi tuntutan kerja,

berikutan nilai masa yang sangat tinggi.

2.2.3 Teksi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej negara.

Hal ini demikian kerana teksi mencerminkan tanggapan pertama pelancong

terhadap sistem pengangkutan awam di negara ini.

Page 11: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

11

2.3 Statistik Utama

2.3.1 Pada pecahan keseluruhan lesen teksi, Teksi Bajet membentuk majoriti

dalam industri sebanyak 64%, dengan 39,056 jumlah lesen. Kereta Sewa

adalah kedua terbanyak iaitu sebanyak 26%, diikuti dengan Teksi Eksekutif,

5%, Teksi Lapangan Terbang, 3% dan Teksi 1Malaysia, atau lebih dikenali

sebagai TEKS1M sebanyak 2%. Sementara itu, Teksi Premier memegang

peratusan terkecil jumlah lesen iaitu hanya sebanyak 0.3%.

Rajah 1: Peratus pecahan bilangan lesen bagi setiap

kelas perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia

Bajet 64%

Eksekutif 5%

Premier 0.3%

TEKS1M 2%

Kereta Sewa 26%

Lapangan Terbang

3%

Perkhidmatan Teksi

Jumlah Lesen

Bajet 39,056

Eksekutif 2,884

Premier 171

TEKS1M 1,000

Kereta Sewa 16,012

Lapangan Terbang 2,226

JUMLAH 61,349

Jadual 1: Bilangan lesen bagi setiap perkhidmatan teksi di Semenanjung

Malaysia

Sumber: Pangkalan data SIKAP

pada 22/7/2013

Page 12: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

12

2.3.2 Bagi pemilik lesen syarikat dan individu, Teksi Premier mempunyai

bilangan tertinggi lesen milik syarikat sebanyak 99% (170 lesen) dan hanya

1% lesen dimiliki individu. Lesen Teksi Lapangan Terbang pula sebanyak

80% dimiliki oleh syarikat manakala 20% dimiliki oleh individu, diikuti

dengan Teksi Eksekutif di mana 67% daripada lesen adalah hak milik

syarikat manakala 33% adalah milik individu. Teksi Bajet mempunyai

pemilikan yang lebih seimbang dengan 52% milik syarikat dan 48% dimiliki

individu. Hanya 13% Kereta Sewa menggunakan lesen yang dimiliki oleh

syarikat, manakala majoriti dimiliki oleh individu iaitu sebanyak 87%.

Untuk TEKS1M, 100% lesen adalah hak milik individu.

Rajah 2 Bilangan lesen mengikut jenis perkhidmatan teksi

Rajah 3 Peratus pecahan bilangan lesen yang dimiliki oleh syarikat

dan individu untuk setiap kelas dan jenis perkhidmatan

Bajet Eksekutive Premier TEKS1M Kereta Sewa

Lapangan Terbang

Individu 18,759 957 1 1,000 13,923 435

Syarikat 20,297 1,927 170 0 2,089 1,791

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

Pera

tus

Pem

ilik

an

%

Page 13: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

13

2.3.3 Bagi statistik pemandu teksi pula, lebih separuh daripada jumlah pemandu

berdaftar memandu Teksi Bajet. Ini diikuti oleh pemandu Kereta Sewa

dengan peratusan sebanyak 26%. Baki 9% terdiri daripada pemandu Teksi

Eksekutif, Teksi Lapangan Terbang dan pemandu Teksi Premier.

2.3.4 Jadual di bawah menunjukkan pecahan lesen teksi mengikut negeri.

Lembah Klang mempunyai bilangan tertinggi lesen teksi sebanyak 39,043

jumlah lesen, dengan majoriti lesen teksi Bajet.

Jadual 2 Bilangan lesen di setiap negeri bagi setiap kelas teksi di Semenanjung Malaysia

Negeri

Perkhidmatan Teksi

Bajet Eksekutif Premier TEKS1M Kereta

Sewa

Lapangan

Terbang JUMLAH

Johor 5,735 109 0 251 2,056 97 8,248

Kedah 0 7 0 0 3,135 2 3,144

Kelantan 0 0 0 0 1,602 76 1,678

Melaka 20 11 0 0 1,140 0 1,171

Negeri

Sembilan 0 56 0 0 1,238 4 1,298

Pahang 0 7 0 0 1,622 39 1,668

Perak 0 4 0 0 2,212 0 2,216

Perlis 0 0 0 0 358 0 358

Pulau Pinang 1,224 156 0 52 657 375 2,464

Terengganu 11 0 0 0 723 100 834

Lembah Klang

(Selangor,

WP Kuala

Lumpur &

WP Putrajaya)

32,053 2,534 171 697 1,269 1,533 38,257

JUMLAH 39,043 2,884 171 1,000 16,012 2,226 61,336

Rajah 4 Peratus pecahan bilangan pemandu teksi

berdaftar di Semenanjung Malaysia

Bajet 65%

Eksekutif 5%

Premier 0.3%

Kereta Sewa 26%

Lapangan Terbang

4%

Sumber: Pangkalan data SIKAP

pada 22/7/2013

Page 14: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

14

2.3.5 Industri teksi di Semenanjung Malaysia didominasi oleh lelaki pada 98%

(59,174 pemandu), manakala hanya 2% terdiri daripada pemandu teksi

wanita.

Rajah 5 Peratus pecahan jantina pemandu teksi di

Semenanjung Malaysia

Lelaki 98%

Perempuan 2%

Jantina Bilangan

Lelaki 59,174

Perempuan 1,298

JUMLAH 60,472

Jadual 3 Pecahan jantina pemandu teksi di Semenanjung Malaysia

Sumber: Pangkalan data SIKAP

pada 22/7/2013

Page 15: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

15

2.4 Inisiatif Penambahbaikan Teksi (2013- 2015)

2.4.1 S.P.A.D. telah membangunkan Pelan Transformasi Industri Teksi yang

terdiri dari empat teras dengan satu tujuan iaitu menambahbaik mutu

perkhidmatan teksi di Malaysia.

Rajah 6 Pelan Transformasi Industri Teksi

2.4.2 Beberapa inisiatif penambahbaikan teksi telah dikenalpasti untuk

melaksanakan penambahbaikan yang telah disenaraikan. Inisiatif-inisiatif

ini adalah seperti di bawah.

TEKS1M

TEKS1M adalah kelas teksi yang baharu di Malaysia bertujuan sebagai satu

standard baru teksi di Malaysia dari segi spesifikasi kenderaan, keupayaan

pemandu, dan standard operasi. Ciri-ciri TEKS1M termasuklah pemanduan yang

lebih selamat, kenderaan yang lebih selesa dan kemudahan yang lebih bagus

seperti kemudahan bayaran tanpa tunai. TEKS1M telahpun memulakan operasi

sejak 1 Oktober 2013.

Page 16: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

16

Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (Centralised Taxi Service System,

CTSS)

CTSS adalah suatu inisiatif yang akan menggabungkan pemantauan dengan

perkhidmatan menempah dan menyediakan perkhidmatan teksi. Ia

bertujuan untuk meningkatkan pematuhan kepada mutu perkhidmatan

teksi dan pada masa yang sama meningkatkan keselamatan penumpang

apabila mengambil teksi.

Sistem 2-Tier Teksi KLIA

Waktu menunggu yang lama bagi penumpang di lapangan terbang yang

disebabkan oleh bilangan teksi yang tidak mencukupi adalah faktor utama

projek ini dilaksanakan. Sejak 15 Mei 2013, teksi bandar telah mula

dibenarkan untuk mengambil penumpang di lapangan terbang bagi

menjamin bilangan teksi yang mencukupi.

Sistem Maklumat Pemandu (Driver Information System, DIS)

DIS bertujuan meningkatkan tahap keselamatan penumpang semasa

menaiki teksi dengan membolehkan pengesahan status pemandu teksi dan

teksi yang dinaiki. Penumpang juga boleh membuat laporan berkaitan

perjalanan secara langsung kepada S.P.A.D. menggunakan telefon bimbit.

DIS akan mula diperkenalkan pada umum mulai Suku Tahun Pertama 2014.

Pentauliahan Pemandu

Program Pentauliahan Pemandu akan membantu untuk memastikan para

pemandu mempunyai reputasi yang bagus dan diiktiraf sebagai pemandu

kenderaan perkhidmatan awam. Komponen-komponen di bawah program ini

termasuklah pemeriksaan profil, penilaian tingkah laku, latihan

perlindungan dan keselamatan, kursus khidmat pelanggan dan sesi taklimat

tentang laluan dan kawasan tarikan pelancong.

Bayaran Tanpa Tunai

Sistem Bayaran Tanpa Tunai membolehkan pemandu teksi untuk menerima

bayaran yang dibuat melalui kad kredit, kad debit ataupun cara bayaran

yang lain. Kaedah ini memudahkan urusan pembayaran tambang teksi

antara pemandu dan penumpang.

Page 17: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

17

Sistem Merit Demerit

Sistem Merit Demerit ini akan memberi mata kepada mana-mana pemandu

yang disabit apa-apa kesalahan termasuk jenayah, kesalahan lalu lintas,

atau mana-mana kesalahan yang disenaraikan di bawah Akta Pengangkutan

Awam Darat 2010. Tindakan akan dikenakan terhadap pemandu berdasarkan

mata yang terkumpul. Inisiatif ini bertujuan untuk mendidik para pemandu

teksi dan operator teksi agar mematuhi undang-undang. Jika pemandu

masih ingkar, pada masa akan datang, sistem merit demerit akan

mengesyorkan bagi penggantungan lesen dan pembatalan kerja bagi

mengelakkan pemandu tegar melanggar undang-undang berulang kali.

Kerjasama Penguatkuasa

Kerjasama penguatkuasaan antara JPJ, PDRM dan lain-lain pihak berkuasa

tempatan dipersetujui dan akan dipertingkatkan pada masa akan datang.

Memorandum Persefahaman (MoU) bagi bidang kuasa penguatkuasaan telah

ditanda tangani pada 9 Oktober 2013.

Panduan Kadar Tambang Teksi

S.P.A.D. telah memperkenalkan Panduan Tambang Teksi yang menetapkan

kos sewaan teksi pemandu semasa berunding dengan operator teksi.

Tujuan panduan ini adalah untuk menggalakkan perjanjian kontrak yang

lebih adil antara pemandu teksi dan operator.

Pengurangan Kos Operasi

Berdasarkan keadaan semasa, para pemandu teksi terpaksa menanggung kos

operasi teksi sepanjang perkhidmatan mereka. Antara inisiatif yang diambil

untuk mengurangkan kos adalah pengecualian cukai jalan, subsidi tol,

bantuan penukaran tayar, serta insuran kereta dan kos penyenggaraan yang

berpatutan.

Bantuan Pembelian Kereta

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos untuk menceburi industri

teksi dengan menyediakan bantuan pembelian kereta. Bantuan ini meliputi

100% pengecualian cukai eksais dan cukai jualan. Pinjaman kereta

bersubsidi mempunyai faedah 2% untuk dua tahun serta bantuan

penyelenggaraan kenderaan.

Page 18: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

18

Mudah Berurusan dengan S.P.A.D. dan Pihak Berkuasa Lain

S.P.A.D. kini dalam proses membangunkan satu rangka perlesenan baru

untuk memperkemas dan memperkukuh urusan antara S.P.A.D dan

pemohon lesen. Salah satu daripada kaedahnya adalah memastikan kad

pemandu lebih mudah diakses pemandu teksi dan operator teksi.

Kajian Kadar Tambang Teksi

Kajian kadar tambang teksi pada tahun 2013 dikendalikan oleh S.P.A.D.

untuk mengkaji kadar tambang bagi kesemua kelas perkhidmatan teksi. Ini

bagi memastikan kadar tambang teksi adalah selari dengan kos peningkatan

hidup dan kos operasi teksi, justeru itu menjanjikan pemandu teksi

memperoleh pendapatan yang sewajarnya.

Penambahbaikan Operasi Kereta

Inisiatif ini bertujuan menambahbaik operasi kereta bagi mengurangkankan

gangguan semasa perkhidmatan. Penambahbaikan ini meliputi kemudahan

bengkel, bantuan atas jalan, dan pengisian NGV yang lebih baik.

Pendapatan Sampingan

Para pemandu juga berupaya untuk memperoleh pendapatan sampingan

dari pelbagai sumber. Melalui Program Duta Teksi Pelancongan yang

dikendali oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, pemandu teksi

terpilih akan dilatih menjadi duta pelancongan dan diberi elaun bulanan.

Selain itu, usaha ini juga meneliti sumber lain yang boleh dijadikan sebagai

pendapatan sampingan pemandu teksi.

Page 19: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

19

2.5 Teksi 1Malaysia – Pemangkin Transformasi Teksi

2.5.1 Perkhidmatan ‘Teksi 1Malaysia’ atau pendeknya TEKS1M telah diperkenalkan

untuk menjadi salah satu pemangkin transformasi perkhidmatan teksi di

negara ini. Ciri-ciri dan syarat-syarat berkaitan TEKS1M adalah seperti

berikut:

Rajah 7 Ciri-ciri dan syarat-syarat TEKS1M

Page 20: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

20

2.5.2 TEKS1M bermula dengan idea yang telah diketengahkan oleh Y.A.B. Dato’

Sri Mohd Najib Tun Razak semasa Program Pelancaran Perdana pada awal

2013.

2.5.3 Semasa program tersebut dijalankan, 1,000 lesen TEKS1M telah diumumkan

bagi pemandu teksi individu yang layak di sekitar Lembah Klang, Johor

Bahru dan Pulau Pinang.

2.5.4 Program ini dilengkapi dengan Skim Pemilikan Khas yang mempunyai

kelebihan berikut:

a. Geran bernilai RM 5,000 daripada Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M)

sebagai duit pendahuluan untuk pembelian kenderaan

b. Kadar faedah tetap sebanyak 2% setahun sehingga tujuh (7) tahun

tempoh pinjaman oleh Bank Simpanan Nasional (BSN)

c. Pengecualian cukai jualan dan duti eksais.

2.5.5 S.P.A.D. telah bekerjasama dengan banyak pihak berkepentingan dari

pihak industri bagi melancarkan TEKS1M. Perjalanan TEKS1M adalah

seperti di bawah:

Rajah 8 Peristiwa penting berkaitan TEKS1M

Page 21: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

21

2.5.6 Pada masa ini, TEKS1M hanya beroperasi di Lembah Klang. Walau

bagaimanapun, TEKS1M dijangka mula berkhidmat di bandar-bandar utama

seluruh negara bermula suku tahun pertama 2014.

2.5.7 Langkah seterusnya adalah untuk memberi tumpuan kepada penghijrahan

semua teksi bandar sedia ada, iaitu Bajet, Eksekutif, Premier ke TEKS1M.

Pelan migrasi ini diharapkan dapat memenuhi sasaran GTP 7,500 “ASEAN

best in class taxis” pada tahun 2015.

Page 22: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

22

Program Interaksi

Bersama Pengguna

dan Industri Teksi

Page 23: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

23

3 Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi

3.1 Objektif

3.1.1 Objektif interaksi adalah untuk mendapatkan input dari semua pihak-pihak

berkepentingan industri teksi mengenai pendekatan kajian kadar tambang

teksi.

3.1.2 Memandangkan ini adalah kali pertama kajian kadar tambang teksi

dijalankan oleh S.P.A.D., aktiviti ini juga bertujuan untuk mendapatkan

maklumbalas daripada orang ramai.

3.2 Proses Interaksi

3.2.1 Proses interaksi terdiri daripada tiga (3) langkah utama: Dengar,

Penambahbaikan dan Maklum.

Rajah 9 Proses Interaksi

Page 24: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

24

3.2.2 Objektif bagi langkah pertama, Dengar, adalah untuk memperoleh pelbagai

isu, jalan penyelesaian, idea dan input dari setiap pihak berkepentingan.

Langkah ini meliputi semua pihak berkepentingan dari setiap negeri dan

akan berlangsung selama empat (4) minggu.

3.2.3 Langkah kedua, Penambahbaikan, bertujuan untuk memperhalusi cadangan

penyelesaian untuk dipertimbangkan dalam kajian kadar tambang teksi.

3.2.4 Setelah maklum balas diterima, S.P.A.D. akan mengumpulkan dan

memuatnaikkan kesemua respon yang diterima ke laman web S.P.A.D.

3.2.5 Seterusnya, S.P.A.D. akan mengkaji semula dan menilai jawapan yang

dikemukakan. Sebagai susulan, perjumpaan satu dengan satu dan

perbincangan kumpulan kecil akan dibuat bersama. Semua maklum balas

yang diterima akan diambil kira untuk cadangan semakan akhir kadar

tambang teksi.

3.2.6 Langkah terakhir, Maklum, adalah untuk menyampaikan keputusan

tambang teksi kepada semua. Ini akan dilaksanakan melalui pelbagai

kaedah seperti sesi taklimat, pekeliling, media massa, media sosial dan

laman web.

3.3 Langkah Pertama: Dengar

3.3.1 Terdapat tujuh (7) pihak berkepentingan berbeza yang telah dikenalpasti

yang mewakili sama ada industri teksi atau pihak pengguna. Sila rujuk

jadual di bawah.

Jadual 4 Pihak Berkepentingan

Kategori Pihak Berkepentingan

Industri Teksi

Persatuan Pemandu

Pemandu Teksi Individu

Operator Teksi

Pengguna

Kumpulan Pengguna

Belia dan Persatuan Pelajar

Kumpulan Orang Kelainan Upaya

Industri Hospitaliti dan Pelancongan

Page 25: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

25

3.3.2 Untuk kategori industri teksi, terdapat tiga (3) kumpulan yang telah

dikenalpasti termasuk Persatuan Pemandu, pemandu teksi individu dan

operator teksi.

3.3.3 Empat (4) kategori pengguna pula adalah Persatuan Pengguna, Persatuan

Belia dan Persatuan Pelajar, Kumpulan Orang Kelainan Upaya, dan wakil-

wakil industri Hospitaliti dan Pelancongan.

3.3.4 Berikut adalah kaedah interaksi yang akan digunakan:

a. Perbincangan kumpulan fokus

b. Sesi taklimat

c. Paparan galeri umum

d. Hebahan di Pejabat S.P.A.D. Negeri

e. Media sosial

f. Laman sesawang

3.3.5 Perbincangan kumpulan fokus akan diadakan di empat (4) bandar utama:

Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru and Penang. Perbincangan kumpulan

fokus digunakan untuk memudahkan perbincangan bersama kumpulan

umum yang kecil. Sesi ini akan dikendalikan oleh pegawai atasan daripada

S.P.A.D. Platfom ini disasarkan kepada kumpulan berkepentingan.

3.3.6 Pemandu dan operator teksi dari empat (4) bandar utama akan berinteraksi

melalui perbincangan kumpulan fokus.

3.3.7 Sementara itu, sesi taklimat pula akan dijalankan di lain-lain negeri

sebagai sebahagian daripada usaha S.P.A.D. untuk menyampaikan

maklumat kepada seberapa ramai pemandu dan operator teksi yang

mungkin. Sesi taklimat akan merangkumi kumpulan yang lebih besar dan

juga akan dikendalikan oleh pegawai atasan S.P.A.D.

3.3.8 Sesi taklimat akan diadakan di Melaka, Ipoh, Alor Setar, Langkawi,

Temerloh, Kuantan dan Kota Bharu.

3.3.9 Program interaksi ini juga akan dilakukan melalui paparan galeri umum di

kawasan orang ramai. Galeri paparan umum akan merangkumi terminal

kereta api utama, terminal bas dan teksi, lapangan terbang dan pusat

membeli belah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 4.

Page 26: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

26

Jadual 5 Senarai lokasi bagi paparan galeri umum

Negeri Bil Terminal

Lembah Klang

1 Terminal Bersepadu Selatan

2 Hentian Duta

3 Hentian Putra

4 Pudu Sentral/UTC Pudu

5 KL Sentral

6 LRT Stesen Masjid Jamek

7 LRT KLCC Station

8 Suria KLCC

9 Putrajaya Sentral

10 KTM Stesen Sg. Buloh

11 KTM Stesen Kajang

12 KTM Stesen Subang Jaya

13 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

14 Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT)

15 Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang

Melaka 16 Melaka Sentral

Negeri

Sembilan

17 Seremban Bas & Teksi Terminal 1

18 UTC Seremban

Johor

19 Larkin Terminal

20 JB Sentral

21 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai

22 Terminal Bas Ekspress Batu Pahat

Pahang

23 Terminal Indera Mahkota, Kuantan

24 UTC Pahang

Perlis 25 Terminal Bas Ekspress Kuala Perlis

Kelantan

26 Terminal Bas Kota Bahru, Lembah Sireh

27 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu

Page 27: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

27

Terengganu

28 Perhentian Bas & Teksi, Kuala Terengganu

29 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Perak

30 Terminal Aman Jaya

31 UTC Perak

Kedah

32 Terminal Shahab Perdana, Alor Setar

33 UTC Kedah

34 Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Pulau Pinang

35 Terminal Bas Ekxpress, Sg. Nibong

36 Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas

3.3.10 Maklumat mengenai interaksi ini akan dikongsikan juga melalui poster,

risalah, dan kaji selidik di pejabat negeri dan laman sesawang S.P.A.D.

3.3.11 Langkah kedua dan ketiga akan dijalankan setelah langkah pertama selesai.

Page 28: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

28

3.4 Prosedur Pengemukaan Maklum Balas

3.4.1 Kertas kerja ini boleh didapati semasa perbincangan kumpulan fokus, sesi

taklimat dan pejabat S.P.A.D. negeri seluruh Malaysia. Kertas kerja ini juga

boleh dimuat turun dari laman sesawang S.P.A.D. di www.spad.gov.my.

3.4.2 Borang maklum balas yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan terus

semasa perbincangan kumpulan fokus, sesi taklimat dan di paparan galeri

umum serta di pejabat S.P.A.D. negeri seluruh Malaysia. Borang maklum

balas juga boleh dimuat turun dari laman sesawang S.P.A.D. di

www.spad.gov.my.

3.4.3 Kepada yang ingin mengemukakan maklum balas secara berasingan, format

maklum balas adalah seperti Lampiran 5.3.

3.4.4 Semua maklum balas perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 17

November 2013 melalui saluran-saluran berikut:

a. Pos : Kajian Kadar Tambang Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)

Block D, Platinum Sentral

Jalan Stesyen Sentral 2

Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur.

b. Emel : [email protected]

c. Telefon/Faks : 1-800-22-7723 / 603-2726 7150

Page 29: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

29

Kajian Kadar

Tambang Teksi

Page 30: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

30

4 Kajian Kadar Tambang Teksi

4.1 Struktur Kadar Tambang Semasa

4.1.1 Terdapat dua (2) jenis struktur kadar tambang teksi yang digunakan pada

masa kini: bermeter dan tidak bermeter.

Teksi Bermeter

4.1.2 Setiap teksi yang bermeter akan dilengkapi dengan alat dalam kenderaan

untuk mengukur jarak perjalanan dan masa menunggu, sekali gus mengira

tambang teksi pada akhir perjalanan.

4.1.3 Teksi dibawah kelas teksi dikehendaki menggunakan meter. Kelas teksi

meliputi Bajet, Premier, Eksekutif dan Teksi 1Malaysia.

4.1.4 Meter teksi yang dipasang pada teksi akan diperiksa setiap enam (6) bulan

di pusat-pusat pemeriksaan PUSPAKOM bagi memastikan keadaan operasi

meter yang lebih tepat.

Teksi Tidak Bermeter

4.1.5 Terdapat dua (2) kategori teksi tidak bermeter pada masa ini: sistem point

to point dan adalah sistem zon.

4.1.6 Sistem point to point diguna pakai oleh Kereta Sewa di seluruh

Semenanjung Malaysia.

4.1.7 Sistem zon digunakan di lapan (8) Lapangan Terbang utama1:

a. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kuala Lumpur;

b. Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), Kuala Lumpur;

c. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang;

d. Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai;

e. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu;

f. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu;

g. Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan; dan

h. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

1 Warta Kerajaan Malaysia Seri Paduka Baginda, Jil.54 No.13, 1 Julai 2010

Page 31: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

31

4.1.8 Kedua-dua sistem tersebut menggunakan mekanisme caj yang sama, di

mana tambang akan dikenakan berdasarkan jarak yang dilalui oleh

penumpang.

4.1.9 Semua tambang teksi diterbitkan berdasarkan kadar siling seperti yang

diwartakan dalam Peraturan Kenderaan Motor (Kenderaan Perdagangan),

1959.

4.1.10 Pada kebiasaannya, penumpang perlu membayar tambang mereka sebelum

memulakan perjalanan.

4.2 Tambang Teksi Hari Ini

4.2.1 Tambang teksi di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan kelas dan jenis

perkhidmatan teksi yang berbeza seperti yang dinyatakan dalam jadual

dibawah:

Jadual 6 Tambang teksi hari ini

Kelas / Jenis Perkhidmatan

Kadar Semasa (RM) Jumlah tambang bagi

jarak perjalanan 10km (RM)

Flag Fall / Kadar

Permulaan

Kadar Jarak /km2

Kadar Masa

Bajet 3.00 0.87 0.10 / 21 saat 10.80

Bajet Penang 4.00 0.87 0.10 / 21 saat 11.80

Premier 4.00 2.00 0.20 / 45 saat 22.00

Eksekutif 6.00 2.00 0.20 / 21 saat 24.00

Kereta Sewa (Hawa dingin)

2.00 1.00 N/A 11.00

Kereta Sewa (Tanpa Hawa dingin)

2.00 0.87 N/A 9.80

Lapangan Terbang (KLIA dan LCCT)

Zon 101 ( dalam lingkungan jarak 0 ke 16 km) 32.20

Lapangan Terbang (Lain-lain)

Lapangan Terbang Senai ke Kulai (10 km) 33.00

2 Jadual di atas menunjukkan kadar jarak berdasarkan jarak satu kilometer.Hari ini, setiap perkhidmatan teksi mempunyai caj tambang berdasarkan jarak berbeza. Contohnya, teksi bajet caj RM 0.10 untuk setiap 115 meter.

Page 32: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

32

4.2.2 Bagaimanapun, Teksi Bajet di Pulau Pinang, mempunyai flag fall yang lebih

tinggi berbanding teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru.

4.2.3 Perjalanan sepuluh (10) kilometer yang paling murah adalah menggunakan

Kereta Sewa tanpa pendingin hawa dengan harga RM 9.80. Teksi Lapangan

Terbang adalah yang paling mahal dengan harga RM 33.00 untuk pergi ke

Lapangan Terbang Senai dan RM 32.20 bagi KLIA dan LCCT.

4.2.4 Bagi perjalanan di Lembah Klang, Teksi Bajet menawarkan harga yang

paling murah pada RM 10.80. Tambang teksi Eksekutif pula adalah dua kali

ganda tambang teksi bajet, iaitu RM 24.00.

4.2.5 Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, tambang teksi bajet di

Lembah Klang dan Pulau Pinang masih berpatutan jika dibandingkan

dengan kadar tambang teksi di bandar-bandar utama lain di Asia. Walau

bagaimanapun, kadar tambang teksi Teksi Eksekutif adalah lebih tinggi.

Rajah 10: Perbandingan tambang teksi di bandar-bandar utama di seluruh Asia

0

5

10

15

20

25

30

35

KL - Budget KL - Penang KL - Executive

Jakarta Singapore Hong Kong

RM

Bandar-bandar Utama

Tambang Teksi bagi Jarak Perjalanan 10 km

Page 33: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

33

4.3 Keperluan untuk Mengkaji Semula

4.3.1 Semakan kadar tambang teksi yang terakhir telah dijalankan empat (4)

tahun lalu pada tahun 2009 oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan (LPKP)3. Sebelum itu, kadar tambang teksi telah dikaji semula

pada tahun 2005.

4.3.2 Di bandar-bandar utama dunia, tambang teksi dikaji semula dengan lebih

kerap. Sebagai contoh, di London dan Sydney4, kajian tambang teksi dibuat

setiap tahun sementara tambang teksi di Dublin5 dikaji semula setiap dua

(2) tahun.

4.3.3 Hasil penyelidikan kajian dengan bengkel-bengkel teksi 6 menunjukkan

bahawa kos mengendalikan teksi telah meningkat sejak 2009.

4.3.4 Kadar inflasi purata pada 2.5% setahun7 sejak tahun 2009 menyukarkan

pemandu teksi untuk menyara hidup. Pada tahun 2009, pemandu teksi yang

berpendapatan antara RM 1,500 hingga RM 2,200 bulanan 8 berada pada

aras lebih rendah berbanding perbelanjaan isi rumah purata kebangsaan

sebanyak RM 2,19 9 . Jelas bahawa pemandu-pemandu teksi perlu

mendapatkan pendapatan yang lebih wajar.

4.3.5 Oleh itu, adalah tepat pada masanya S.P.A.D. mengkaji semula tambang

teksi untuk semua kelas teksi supaya tambang tidak kekal rendah kerana ia

boleh memberi kesan kepada daya saing industri teksi.

4.3.6 Harapan S.P.A.D. adalah untuk memastikan kadar tambang teksi adalah

pada tahap yang optimum bagi menjanjikan perkhidmatan yang terbaik

dapat disediakan bagi penumpang teksi.

4.3.7 Oleh itu, sebagai hasil daripada proses kajian kadar tambang teksi ini,

kadar tambang teksi yang baru perlu pada minimum:

a. Mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi;

b. Memberikan pulangan yang wajar bagi memastikan dan mengekalkan

individu yang cekap berada dalam profesion; dan

c. Mempengaruhi pengendalian operasi teksi yang betul.

4.3.8 Kadar tambang teksi yang rasional dan munasabah bagi pihak pengguna dan

juga industri teksi akan memastikan pengguna dilindungi daripada

dikenakan caj berlebihan.

3 Pekeliling Bilangan 8 Tahun 2009, 20 Julai 2009 4 Transport for London (TFL) official website [http://www.tfl.gov.uk/], 10 May 2013 ; Final Report and Recommendations; Reviews of Fares for Taxi, [http://www.ipart.nsw.gov.au], July 2013 5Final Report on Review of the National Maximum Taxi Fare, Ireland, November 2010. 6 S.P.A.D. Taxi Drivers Survey, Spare Parts and Car Maintenance, July 2013 7 Department of Statistics, 1995 - 2013 8 S.P.A.D. Taxi Drivers Survey, Average Standard Operating Profiles, July 2013 9 S.P.A.D. Taxi Drivers Survey, Household Income and Expenditure, July 2013

Page 34: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

34

4.4 Pendekatan Kajian Kadar Tambang Teksi

4.4.1 Sebelum ini, pelarasan kadar tambang teksi dilakukan berdasarkan indeks

kos dalaman.

Kaedah Baseline Semula Kos Teksi

4.4.2 Oleh kerana kali terakhir kadar tambang teksi disemak semula adalah

empat (4) tahun lepas, iaitu pada tahun 2009, adalah bersesuaian bagi

S.P.A.D. untuk melakukan pelarasan kadar tambang teksi secara holistik

yang melibatkan kos sebenar dalam menyediakan perkhidmatan teksi dan

memastikan tambang teksi terkini adalah berpatutan.

4.4.3 Semakan holistik ini juga dikenali sebagai kaedah baseline semula yang

merangkumi semakan atas kos komponen teksi dan nilai kos.

4.4.4 Terdapat enam (6) kos komponen yang diambil kira bagi kaedah baseline

semula iaitu: kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, overhead

dan kos buruh. Rujuk Seksyen 4.5 bagi Kos Komponen Teksi yang

dicadangkan.

4.4.5 Baseline semula kos teksi dicadangkan untuk dilakukan setiap lima tahun

bagi memastikan kos masih relevan dengan harga semasa.

4.4.6 Apabila baseline semula dilakukan, teknik pengiraan yang sama perlu

diaplikasikan bagi setiap jenis perkhidmatan teksi bagi memastikan

keadilan dan konsistensi.

Mewujudkan Indeks Kos Teksi

4.4.7 Setelah kesemua kos teksi melalui proses baseline semula, sebuah Indeks

Kos Teksi perlu dibangunkan bagi mengesan pergerakan kos.

4.4.8 Ini adalah penting agar tahap kewangan mengoperasi teksi dapat menjadi

mampan bagi menjamin kualiti perkhidmatan teksi pada tahap optimum.

4.4.9 Indeks Kos Teksi dicadangkan dikaji semula setiap tahun untuk mengesan

perubahan kos tahunan, sekiranya ada.

Page 35: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

35

Aplikasi Kos Baseline dalam Struktur Kadar Tambang Teksi

4.4.10 Semua kos barangan pada Seksyen 4.5 harus diperuntukkan kepada

komponen kadar tambang teksi yang betul.

4.4.11 Bagi struktur kadar tambang teksi bermeter, terdapat tiga komponen: flag

fall, caj jarak dan caj masa.

4.4.12 Flag fall adalah apabila tambang minimum yang perlu dibayar oleh

penumpang sebaik sahaja menaiki teksi. Flag fall meliputi perjalanan

kilometer pertama dan komponen ini menggalakkan perjalan jarak dekat

dengan memastikan pemandu mendapat pulangan minimum bagi setiap

perjalanan yang dilakukan. Komponen ini juga dapat meliputi kos

komponen kenderaan dan kos komponen peralatan.

4.4.13 Caj bagi jarak adalah mekanisme caj utama bagi mana-mana perjalanan.

Penumpang perlu membayar caj berdasarkan jarak perjalanan. Caj ini

bermula selepas kilometer pertama perjalanan.

4.4.14 Caj jarak mestilah dapat menampung kos perjalanan dan kos buruh bagi

perjalanan. Ini termasuk kos komponen bahan api, penyenggaraan,

overhead dan kos buruh.

Flag fall menggalakkan trip

jarak dekat kerana pemandu

dapat memperoleh pulangan

minimum untuk setiap trip

Page 36: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

36

4.4.15 Caj masa pula menggalakkan pemandu teksi untuk mengambil penumpang

semasa waktu-waktu puncak. Ini adalah kerana caj masa dapat

menampung opportunity cost pemandu apabila membuat perjalanan

semasa kesesakan lalu lintas.

4.4.16 Caj masa bermula apabila kenderaan tidak bergerak ataupun bergerak

pada kelajuan sangat rendah, iaitu di bawah tahap kelajuan yang telah

ditetapkan.

4.4.17 Pada satu-satu masa, caj jarak atau caj masa akan digunakan untuk

mendapatkan jumlah tambang yang perlu dibayar oleh penumpang.

4.4.18 Bagi teksi yang tidak menggunakan meter, komponen kadar tambang teksi

terdiri dari bayaran awal (bersamaan dengan konsep flag fall) dan caj

jarak. Kedua-dua caj ini kemudiannya digunakan untuk mendapatkan

jumlah tambang yang tetap.

Caj jarak adalah komponen

utama dalam tambang teksi,

dan perlu menampung jumlah

kos buruh dan operasi

Caj masa menggalakkan pengambilan

penumpang pada waktu sesak, dan

mengkompensasi pemandu untuk

‘opportunity cost’ mereka

Page 37: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

37

4.5 Kos Komponen Teksi

4.5.1 Jadual di bawah menyenarikan kos-kos komponen dan kos barangan yang

terlibat dalam mengoperasi teksi. Sebahagian kos barangan hanya

digunakan dalam pengiraan perkhidmatan teksi yang berkenaan sahaja.

Kos Komponen Kos Barangan Keterangan

1. Kenderaan Bayaran Sewa Harian

Terdapat dua (2) perbezaan model operasi pemandu teksi.

Pertama, model sewaan: kos kenderaan meliputi sewa harian yang dibayar kepada operator teksi.

Kedua, model sewa beli: kos kenderaan meliputi ansuran bulanan yang dibayar kepada institusi kewangan.

2. Kelengkapan Sistem Gas Asli Mampat (Compressed Natural Gas, CNG)

Meliputi kos pembekal dan pemasangan sistem CNG.

Meter Teksi Meliputi kos pembekal dan pemasangan meter teksi.

Terminal Kad Kredit

Meliputi kos pembekal dan pemasangan terminal kad kredit. Kos bagi kelengkapan ini hanya melibatkan TEKS1M sahaja pada masa ini.

3. Bahan Api Gas Asli Mampat (CNG)

Meliputi kos penggunaan CNG berdasarkan profil operasi teksi yang berlainan perkhidmatan. Pada masa kini, majoriti teksi di Lembah Klang dan Johor Bahru menggunakan CNG sebagai bahan api. Penggunaan CNG dipacu oleh ekonomi semasa dan bukanlah dasar yang wajib dipatuhi.

Petrol

Meliputi kos penggunaan petrol berdasarkan profil operasi teksi yang berlainan perkhidmatan. Majoriti teksi di luar Lembah Klang dan Johor Bahru menggunakan petrol sebagai bahan api. Kenderaan yang menggunakan CNG sebagai bahan api turut menggunakan petrol untuk perjalanan jarak dekat dan juga untuk menghidupkan enjin.

Page 38: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

38

4. Penyenggaraan Jadual Penyenggaraan Kenderaan

Meliputi kos penyenggaraan kenderaan seperti yang dicadangkan oleh syarikat pengeluar kereta. Kos barangan meliputi kedua-dua kos alat ganti dan kos buruh. Antara alat-alat ganti yang perlu diambil kira termasuk minyak enjin, penapis udara, palam pencucuh, penapis bahan bakar, pad brek, timing belt, absorber, spring, cecair stereng berkuasa, minyak gear, auto oil, top overhaul enjin, penukaran engine head, overhaul penuh enjin, gasket palam , cecair brek, penyejuk radiator, tali FEAD, adan oil seal crank shaft.

Penyelengaraan Pendingin Hawa

Meliputi kos mengisi semula gas pendingin hawa dan penyenggaraan normal serta penyenggaraan utama sistem pengdingin hawa. Ia juga termasuk kos menggantikan pemeluwap pendingin hawa dan motor.

Penyenggaraan CNG

Hanya bagi kenderaan yang menggunakan sistem CNG. Meliputi penyenggaraan normal dan utama seperti yang dicadangkan oleh pembekal CNG. Kos barangan meliputi tuning sistem CNG, kos alat ganti dan tenaga kerja.

Penyenggaraan Meter Teksi

Hanya bagi kenderaan yang menggunakan meter teksi. Kos barangan meliputi perkhidmatan penentukuran meter, penggantian alat ganti dan tenaga kerja.

Tayar

Kenderaan yang berbeza dilengkapi dengan saiz tayar yang berbeza, seperti yang diluluskan dalam spesifikasi kenderaan. Meliputi kos penggantian tayar, perkhidmatan penyelarasan dan tenaga kerja.

Bateri Meliputi kos penggantian bateri.

Kos Pembersihan Meliputi kos pembersihan kenderaan.

Lain-lain Pembaikan Meliputi kegagalan bahagian-bahagian mekanikal yang lain yang tidak dilindungi dalam penyenggaraan berjadual utama atau

Page 39: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

39

normal yang boleh memberi kesan kepada kualiti tahap perkhidmatan.

5. Overhead Insuran Kereta

Meliputi kos polisi insuran menyeluruh sepanjang hayat kenderaan. Perlindungan yang menyeluruh adalah penting untuk meneruskan perniagaan.

Insuran Kemalangan Diri

Meliputi kos insuran kemalangan diri untuk pemandu teksi dan penumpang teksi.

Cukai Jalan Meliputi kos cukai jalan

Yuran Perkhidmatan PUSPAKOM

Meliputi kos pemeriksaan PUSPAKOM. Setiap teksi perlu menjalankan pemeriksaan PUSPAKOM setiap enam (6) bulan untuk memastikan teksi berada dalam keadaan yang baik.

Yuran Lesen Merangkumi yuran pelesenan yang dikenakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.

Penyelenggaraan Terminal Kad Kredit

Merangkumi yuran penyelenggaraan terminal kad kredit. Hanya bagi perkhidmatan TEKS1M sahaja.

6. Kos Buruh Gaji Pemandu Meliputi gaji seorang pemandu teksi yang mengendali kenderaan.

Page 40: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

40

Lampiran

Page 41: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

41

5 Lampiran

5.1 Senarai Jadual

Jadual 1: Bilangan lesen bagi setiap perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia ................... 11

Jadual 2: Bilangan lesen di setiap negeri bagi setiap kelas teksi di Semenanjung Malaysia .......... 13

Jadual 3: Pecahan jantina pemandu teksi di Semenanjung Malaysia ...................................... 14

Jadual 4: Pihak Berkepentingan .................................................................................. 24

Jadual 5: Senarai lokasi bagi paparan galeri umum .......................................................... 26

Jadual 6: Tambang teksi hari ini ................................................................................. 31

5.2 Senarai Rajah

Rajah 1: Peratus pecahan bilangan lesen bagi setiap kelas perkhidmatan teksi di Semenanjung

Malaysia ............................................................................................................... 11

Rajah 2 Bilangan lesen mengikut jenis perkhidmatan teksi ................................................. 12

Rajah 3 Peratus pecahan bilangan lesen yang dimiliki oleh syarikat dan individu untuk setiap kelas

dan jenis perkhidmatan ............................................................................................ 12

Rajah 4 Peratus pecahan bilangan pemandu teksi berdaftar di Semenanjung Malaysia .............. 13

Rajah 5 Peratus pecahan jantina pemandu teksi di Semenanjung Malaysia ............................. 14

Rajah 6 Pelan Transformasi Industri Teksi ..................................................................... 15

Rajah 7 Ciri-ciri dan syarat-syarat TEKS1M .................................................................... 19

Rajah 8 Peristiwa penting berkaitan TEKS1M .................................................................. 20

Rajah 9 Proses Interaksi ............................................................................................ 23

Rajah 10: Perbandingan tambang teksi di bandar-bandar utama di seluruh Asia ....................... 32

Page 42: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

42

5.3 Format Maklum Balas

5.3.1 Bagi tujuan pengesahan oleh S.P.A.D., maklumat berikut diperlukan

daripada responden yang member maklum balas:

a. Nama Penuh

b. Persatuan atau Nama Syarikat

c. Nombor utk dihubungi

d. Alamat Emel

e. Tarikh Penyerahan (hari/bulan/tahun)

f. Pekerjaan

5.3.2 Bagi memudahkan rujukan semula oleh S.P.A.D., maklum balas perlu

dibuat berdasarkan perkhidmatan teksi seperti di bawah:

a. Teksi Bajet – Lembah Klang / Johor Bahru

b. Teksi Bajet - Penang

c. Teksi Premier

d. Teksi Eksekutif

e. Teksi 1Malaysia

f. Kereta Sewa

g. Teksi Lapangan Terbang

Page 43: Segala cadangan, penjelasan dan contoh-contoh · PDF fileSegala cadangan, penjelasan dan ... Sejak penubuhan S.P.A.D. tiga tahun yang lalu, ... KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS

KAJIAN KADAR TAMBANG TEKSI – KERTAS INTERAKSI

43

5.3.3 Komen dan maklum balas berdasarkan soalan-soalan di bawah juga boleh

dikemukakan:

No Soalan

1

Berapakah pendapatan yang wajar diperolehi oleh pemandu teksi? Sila nyatakan

kawasan operasi dan/atau kelas teksi.

(maklum balas berkenaan lebih dari satu kawasan operasi dan/atau jenis kelas

teksi adalah dibenarkan)

2 Apakah pekerjaan yang setaraf dengan pemandu teksi? Mengapakah anda

berpendapat sebegitu?

3 Apakah tempoh pekerjaan setiap hari yang wajar bagi seorang pemandu teksi?

4 Apakah pandangan anda tentang kadar tambang teksi pada masa kini? Adakah

kadar tambang murah, berpatutan atau mahal? Nyatakan kelas teksi dan bandar.

5

Kini, perjalanan sejauh 10km menggunakan Teksi Bajet menelan kos sebanyak

RM11. Sekiranya kualiti perkhidmatan teksi bertambah baik, berapakah nilai yang

sewajarnya bagi perjalanan 10km menggunakan Teksi Bajet?

6 Adakah anda setuju agar teksi menjadi perkhidmatan premium dari pintu ke

pintu? Sila huraikan.

7 Adakah anda setuju dengan pendekatan S.P.A.D. untuk berinteraksi dengan orang

ramai dan industri teksi? Sila huraikan.

8 Sekerap manakah kajian kadar tambang teksi perlu dibuat? Sila huraikan.