document2

1
Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita tahui, perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.

Upload: mohd-syukur-abdullah

Post on 15-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ED

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu

kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru

bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita tahui, perkhidmatan

bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan

kaunseling sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas

mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira

pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing.

Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan

kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan

maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling

untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan

nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.