document2

2
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Semasa saya menjalani pratikum, penggunaan kaki bukan dominan boleh dikatakan sangat rendah dalam kalangan sampel semasa permainan bola sepak, mereka hanya akan menggunakan kaki dominan sahaja untuk menendang bola sama ada untuk membuat hantaran, tendangan deras dan sebagainya. Hal ini mendorong saya membuat kajian mengenai kesan penggunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak. Penggunaan kaki bukan dominan adalah penting bagi permainan bola sepak. Jika seseorang murid itu menggunakan kaki dominannya adalah kaki kanan maka kaki kanan adalah yang digunakan untuk menendang. Pergerakan kaki kanan akan lebih aktif penggunaannya dan kekuatan hanya akan tertumpu pada kaki kanan iaitu kaki yang dominan, ini akan menyebabkan kaki kiri iaitu kaki yang bukan dominan kurang bergerak secara aktif semasa bermain bola sepak, sama ada untuk melakukan hantaran atau gelecekan. (Wee Eng Hoe, (2005). Panduan Pengajaran Bola Sepak, (Kepegawaian dan Kejurulatihan). Seperti mana yang diketahui umum, kemahiran yang banyak digunakan dalam bola sepak adalah kemahiran hantaran dan mengelecek. kemahiran ini sangat penting dalam permainan bola sepak kerana ia adalah di antara beberapa kemahiran asas permainan ini. Sesuatu keputusan perlawanan juga dipengaruhi jika hantaran dalam sesuatu pasukan berjaya dilakukan dengan baik. Oleh itu, Kemahiran yang ingin dilihat adalah kemahiran menghantar dan mengelecek sampel tahun 4 dengan sampel menggunakan kaki bukan dominan mereka. Hanya lima orang sampel sahaja akan digunakan untuk kajian tindakan ini, iaitu sampel yang berpotensi bermain bola sepak dengan baik tetapi tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka. Secara amnya, permainan bola sepak adalah salah satu sukan yang memerlukan kekutan, kepantasan dan ketangkasan kaki. Beim ( 1977) menegaskan ketangkasan bergantung kepada koordinasi, kekuatan dan reaksi individu mengatasi momentum berat badan. Jika sampel dapat menguasai hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan maka corak persembahan yang pantas dan tangkas dapat dilakukan semasa bermain bola sepak. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja malah mereka juga dapat menunjukkan kemahiran mereka semasa mereka menghadiri pemilihan dan semasa perlawanan bola sepak, sehubungan dengan itu, sudah pasti jurulatih akan memilih pemain yang dapat menguasai kedua-dua belah kaki sebagai pemain sekolah atau di mana-mana peringkat. Kemahiran hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan adalah sangat penting untuk mengubah corak permainan bola sepak. Kemahiran hantaran dan mengelecek bukan sahaja melakukan secara individu malahan ia juga memerlukan kerjasama yang baik dengan rakan sepasukan. Hal ini kerana permainan bola sepak adalah permainan secara berpasukan. Oleh itu, fokus kajian saya semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam kemahiran bola sepak ialah membuat aktiviti hantaran dan menerima serta menggelecek dengan menggunakkan kaki bukan dominan. Sepanjang saya mengajar aktiviti yang melibatkan permainan bola sepak saya dapati

Upload: hasidah-idasha

Post on 22-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

W

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Semasa saya menjalani pratikum, penggunaan kaki bukan dominan boleh dikatakan sangat rendah dalam kalangan sampel semasa permainan bola sepak, mereka hanya akan menggunakan kaki dominan sahaja untuk menendang bola sama ada untuk membuat hantaran, tendangan deras dan sebagainya. Hal ini mendorong saya membuat kajian mengenai kesan penggunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak.

Penggunaan kaki bukan dominan adalah penting bagi permainan bola sepak. Jika seseorang murid itu menggunakan kaki dominannya adalah kaki kanan maka kaki kanan adalah yang digunakan untuk menendang. Pergerakan kaki kanan akan lebih aktif penggunaannya dan kekuatan hanya akan tertumpu pada kaki kanan iaitu kaki yang dominan, ini akan menyebabkan kaki kiri iaitu kaki yang bukan dominan kurang bergerak secara aktif semasa bermain bola sepak, sama ada untuk melakukan hantaran atau gelecekan. (Wee Eng Hoe, (2005). Panduan Pengajaran Bola Sepak, (Kepegawaian dan Kejurulatihan).

Seperti mana yang diketahui umum, kemahiran yang banyak digunakan dalam bola sepak adalah kemahiran hantaran dan mengelecek. kemahiran ini sangat penting dalam permainan bola sepak kerana ia adalah di antara beberapa kemahiran asas permainan ini. Sesuatu keputusan perlawanan juga dipengaruhi jika hantaran dalam sesuatu pasukan berjaya dilakukan dengan baik. Oleh itu, Kemahiran yang ingin dilihat adalah kemahiran menghantar dan mengelecek sampel tahun 4 dengan sampel menggunakan kaki bukan dominan mereka. Hanya lima orang sampel sahaja akan digunakan untuk kajian tindakan ini, iaitu sampel yang berpotensi bermain bola sepak dengan baik tetapi tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Secara amnya, permainan bola sepak adalah salah satu sukan yang memerlukan kekutan, kepantasan dan ketangkasan kaki. Beim ( 1977) menegaskan ketangkasan bergantung kepada koordinasi, kekuatan dan reaksi individu mengatasi momentum berat badan. Jika sampel dapat menguasai hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan maka corak persembahan yang pantas dan tangkas dapat dilakukan semasa bermain bola sepak. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja malah mereka juga dapat menunjukkan kemahiran mereka semasa mereka menghadiri pemilihan dan semasa perlawanan bola sepak, sehubungan dengan itu, sudah pasti jurulatih akan memilih pemain yang dapat menguasai kedua-dua belah kaki sebagai pemain sekolah atau di mana-mana peringkat.

Kemahiran hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan adalah sangat penting untuk mengubah corak permainan bola sepak. Kemahiran hantaran dan mengelecek bukan sahaja melakukan secara individu malahan ia juga memerlukan kerjasama yang baik dengan rakan sepasukan. Hal ini kerana permainan bola sepak adalah permainan secara berpasukan.

Oleh itu, fokus kajian saya semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam kemahiran bola sepak ialah membuat aktiviti hantaran dan menerima serta menggelecek dengan menggunakkan kaki bukan dominan. Sepanjang saya mengajar aktiviti yang melibatkan permainan bola sepak saya dapati ada sesetengah sampel langsung tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dengan

Page 2: Document2

menggunakkan kaki bukan dominan. Kebanyakan mereka lambat untuk melakukan hantaran kerana terpaksa menukar kaki dominan untuk membuat hantaran kepada rakan.

Apabila seseorang sampel itu dapat menguasai kemahiran hantaran dan menerima dengan menggunakan kaki bukan dominan, sampel berkenaan tentu berasa yakin semasa bermain dan cara permainan pantas dapat dilakukan selaras dengan corak permainan yang dimainkan oleh mana-mana pasukan handalan seluruh dunia, turut menjadi fokus kajian saya ini ialah dapat mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak dan secara tidak langsung dapat melahirkan satu pasukan bola sepak sekolah yang berkualiti dan menjamin masa depan yang cemerlang dalam sukan bola sepak di Sekolah Seremban 2A ini.