document2

16
2.0 Tugasan Individu 2.1 Pengenalan Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang. Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :- Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran 9

Upload: cva-raj

Post on 21-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

j,

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

2.0 Tugasan Individu

2.1 Pengenalan

Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka

yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal

bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan

mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar

seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum.

kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam

pembelajaran seseorang.

Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang

minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang

positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-

Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-

kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi

kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan

yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif

atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan,

mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-

kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan

sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang

memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap

pembelajaran juga berbeza.

Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah,

kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja

kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.

Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas

pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh

kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih

positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan

9

Page 2: Document2

belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan,

layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk

persekitaran pembelajaran merangsangkan.

Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik

darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru

dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka,

penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting

dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk

menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan

bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan

membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.

Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu

dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara

baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan

yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak

selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.

Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan

sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu

juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya,

pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan.

COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan,

percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai

perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling

berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi

sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk

kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan

semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses

mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran

sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar

dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari

secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

10

Page 3: Document2

Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri

berikut :-

Keahlian

Pengaruh

Memenuhi keperluan individu

Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan,

bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli

kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti

pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea,

saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik

darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar dalam komuniti pembelajaran

boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak. Persaingan yang sihat dapat

dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai

pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing

tanpa menindas rakan yang lain.

Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah

persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha

untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan teori

"Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem,

mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan

personaliti individu.

Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama

rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid

berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga

dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina

hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat

yang lebih luas.

Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar

pada suatu lingkungan belajar . Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik

agar dapat terjadi proses perolehan ilmu dan pengetahuan , penguasaan kemahiran dan tabiat ,

11

Page 4: Document2

serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik . Dengan kata lain ,

pembelajaran adalah proses untuk membantu peserta didik agar dapat belajar dengan baik .

Pembelajaran yang berkualiti sangat bergantung dari motivasi pelajar dan kreatifitas

pengajar . Pelajar yang mempunyai motivasi tinggi ditunjang dengan pengajar yang mampu

memudahkan motivasi tersebut akan membawa pada kejayaan pencapaian sasaran belajar .

Target belajar dapat diukur melalui perubahan sikap dan kemampuan pelajar melalui proses

belajar . Reka bentuk pembelajaran yang baik , ditunjangi kemudahan yang memandai ,

ditambah dengan kreativiti guru akan membuat peserta didik lebih mudah mencapai target

belajar .

12

Page 5: Document2

2.2 Soalan Individu

Berdasarkan petikan yang diterima, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti serta dapat dibuat

melalui kajian teori-teori dan model-model. Beberapa model dan cara penyelesaian diselitkan

dalam isu bagi mendapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Ri Zen.

Antara isu yang dapat dilihat dalam hal Zi Ren ialah dia kurang berkomunikasi dengan

kawan-kawan semasa berada di sekolah. Teori Gestalt ini menjelaskan bahawa Melalui prinsip

ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran,

kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka

melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir.

Dalam hal ini, pembelajaran di bilik –bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-

kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-

keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir,

menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada

dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya.

Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi,

ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.Melalui teori Gestalt

dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Zi Ren iaitu kurang berkomunikasi dengan

kawan-kawan di sekolah. Hal ini demikian, seorang guru dapat menyerapkan nilai-nilai positif

semasa sesi P&P melalui kaedah lakaran uji kaji cimpanzi yang dilakukan Kohler. Hal ini dapat

membantu Zi Ren berkawan dengan rakan sekelasnya ataupun sekolahnya. Hal ini dikatakan

dalam kisah Zi Ren iaitu’ Zi Ren semakin renggang dengan emaknya serta semakin erat

dengan neneknya. Keadaan ini berterusan sehingga beliau ke darjah satu di sebuiah Sekolah

Jenios Kebangsaan Cina. Semasa di sekolah, Zi Ren kurang komunikasi dengan kawan-kawan’

‘Pelajarannya juga lemah dan Zi Ren juga berani menyanpuk kata-kata gurunya apabila

memarahinya kerana tidak melengkapkan kerja rumahnya, Zi Ren menghadapi banyak

masalah dengan kerja rumah’

Teori kedua yang dapat diselitkan dalam hal Zi Ren adalah teori pelaziman Operan

B.F.Skinner yang menjelaskan bahawa Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang

dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas

adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat

bahawa tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal

tingkahlakunya.

13

Page 6: Document2

Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan

kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya

berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner

berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan

hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner.

Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan

dan direkodkan.

Oleh hal demikian, isu yang terdapat dalam kisah Zi Ren adalah dia tidak

bertanggungjawab iaitu tidak melengkapkan kerja rumah yang diberi oleh guru

matapelajarannya. Melalui teori ini, masalah Zi Ren dengan memberi kerja rumah yang kurang

dan berinteraktif serta mudah untu kemampuan muridnya. Melalui ini mereka dapat menyiapkan

tugasan yang diberinya.Buktinya yang ditunjukkan dalam petikan adalah ‘di sekolah pula,

dimarahi oleh guru dan dihantar kepada Guru Besar kerana tidak mahu melengkan ker

rumahnya yang banyak itu.’ dan ‘Pelajarannya juga lemah dan Zi Ren juga berani menyanpuk

kata-kata gurunya apabila memarahinya kerana tidak melengkapkan kerja rumahnya, Zi Ren

menghadapi banyak masalah dengan kerja rumah’

Teori konstruktivisme sosial juga dapat membantu masalah Zi Ren iaitu dia tidak

menghormati guru serta melawan gurunya. Teori ini menjelaskan bahawa Konstruktivis ini

dikritik oleh Vygotsky, yang menyatakan bahwa murid dalam mengkonstruksi suatu konsep

perlu memperhatikan lingkungan sosial. Konstruktivisme ini oleh Vygotsky disebut

konstruktivisme sosial (Taylor, 1993; Wilson, Teslow dan Taylor,1993; Atwel, Bleicher &

Cooper, 1998).

Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada murid selama tahap-tahap

awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan kesempatan untuk

mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya (Slavin,

1997).Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada murid untuk belajar dan

memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan, peringatan,

menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan contoh, dan

tindakan-tindakan lain yang memungkinkan murid itu belajar sendiri.

Hal ini dapat membantu Zi Ren dengan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri

sebagai seorang murid, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih

mesra bergaul. Sebagai buktinya dalam kisah Zi Ren ‘‘Pelajarannya juga lemah dan Zi Ren juga

14

Page 7: Document2

berani menyanpuk kata-kata gurunya apabila memarahinya kerana tidak melengkapkan kerja

rumahnya’.

Seterusnya adalah model personal juga membantu Zi Ren. Model personal adalah

Berdasarkan sumber buku Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan oleh Choong Lean Keow menjelaskan bahawa model personal adalah model yang

berpegang kepada unsur keperibadian individu. Oleh yang demikian, model-model yang

terkandung cuba membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih memahami diri kita,

bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan seterusnya mencapai tahap perkembangan

yang jauh melebihi tahap maksimum ke arah kualiti hidup yang tinggi. Dengan kata lain,

kesemua model tersebut menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat

berdikari yang produktif demi peningkatan kesedaran kendiri dan tanggungjawab terhadap

nasib masing-masing.

Justeru, kita boleh menggunakan model personal bagi mengubahsuai persekitaran

pembelajaran murid-murid kita. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh

berpandukan kepada teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka,

menggunakan kaedah synectics (sinektik) untuk meningkatkan kreativiti mereka,dan

perjumpaan kelas bagi membina pembelajaran komuniti.

Melalui model ini masalah yang dihadapi Zi ren dapat diselesaikan. Sebagaimana

termaktub dalam pengajaran mengikut Roger, pertemuan dengan pelajar harus wujud suatu

persekitaran yang penuh dengan kasih sayang, keyakinan empati dan saling memahami.

Sebagai seorang guru harus menyediakan ruangan untuk anak murid agar mereka akan

bergaul dengan bebas dan bermain secara bebas untuk menwujudkan siluturahim antara

mereka.

Tambahan pula model pembelajaran koperatif juga membantu ZI Ren.Model

pembelajaran koperatif adalahPembelajaran kooperatif atau cooperative learning merupakan

istilah umum untuk sekumpulan strategi pengajaran yang dirancang untuk mendidik kerja sama

kumpulan dan interaksi antarsiswa.Tujuan pembelajaran kooperatif setidak - tidaknya meliputi

tiga tujuan pembelajaran , iaitu hasil belajar akademik , penerimaan terhadap kepelbagaian ,

dan pembangunan kemahiran sosial.Strategi ini berlandaskan pada teori belajar Vygotsky

( 1978 , 1986 ) yang menekankan pada interaksi sosial sebagai sebuah mekanisme untuk

menyokong perkembangan kognitif.Selain itu , kaedah ini juga disokong oleh teori belajar

information processing dan cognitive theory of learning.Dalam pelaksanaannya kaedah ini

15

Page 8: Document2

membantu pelajar untuk lebih mudah memproses maklumat yang diperoleh , kerana proses

encoding akan disokong dengan interaksi yang berlaku dalam Pembelajaran Kooperatif .

Pembelajaran dengan kaedah Pembelajaran Kooperatif dilandasakan pada teori Cognitive

kerana menurut teori ini interaksi boleh menyokong pembelajaran .

Kaedah pembelajaran kooperatif learning mempunyai manfaat - manfaat yang positif

apabila digunakan di ruang kelas . Beberapa keuntungannya antara lain : mengajar pelajar

menjadi percaya pada guru , kemampuan untuk berfikir , mencari maklumat dari sumber lain

dan belajar dari pelajar lain ; mendorong pelajar untuk mendedahkan idea secara lisan dan

membandingkan dengan idea temannya ; dan membantu pelajar belajar menghormati pelajar

yang pintar dan pelajar yang lemah , juga menerima perbezaan ini .

Ironisnya , model pembelajaran kooperatif belum banyak diterapkan dalam pendidikan

walaupun orang Indonesia sangat membanggakan sifat gotong royong dalam kehidupan

bermasyarakat. Dalam hal Zi Ren adalah dia selalu mengeja dengan sususnan terbalik dan

tertinggal.

Selain itu model pengajaran behaviorisme juga membantu masalah Zi Ren. Model ini

mendefinisikan teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak

balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan.

Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas

pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.

Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan

pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala

pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan,

maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala

tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat

bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan

gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai

pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman

klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang

dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik

dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa. Dalam kisah Zi Ren

dinyatakan iaitu ‘dia juga masih kurang berkawan dan berasa dirinya dibuli di sekolah baharu

16

Page 9: Document2

kerana dia masih tidak bertutur dalam bahasa Melayu’ serta guru tuisyennya mengadu bahawa

dia tidak boleh duduk diam dan kurang fokus’.

Bersama Richard Wakters sebagai penulis kedua, Bandura menulis. Adolescent

Aggression (1959) mengenai suatu laporan terinci tentang sebuah lapangan dimana prinsip-

prinsip pembelajaran sosial digunakan untuk menganalisis perkembangan kepribadian

sekelompok remaja lelaki delinkuen dari kelas menengah, disusuli dengan Sosial Learning and

personality development (1963), sebuah buku dimana beliau dan Walters memaparkan prinsip-

prinsip pembelajaran sosial yang telah mereka perkembangkan beserta dengan eviden atau

bukti yang menjadi asas bagi teori tersebut. Pada tahun 1969, Bandura menerbitkan Principles

of behavior modification, dimana ia menguraikan penerapan teknik-teknik behavioral

berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaranan dalam memodifikasikan tingkah laku dan pada

tahun 1973,”Aggression: A sosial learning analysis”.

Teori belajar sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan yang dihadapkan pada

seseorang secera kebetulan; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang

itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana yang dikutip oleh (Kardi, S.,

1997: 14) bahawa “sebagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan

mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari teori pembelajaran sosial adalah pemodelan

(modelling), dan permodelan ini merupakan salah satu langkah paling penting dalam

pembelajaran terpadu.

Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning). Pertama,

pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain atau

vicarious conditioning. Contohnya, seorang pelajar melihat temannya dipuji atau ditegur oleh

gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan perbuatan lain yang

tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan contoh dari penguatan

melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious reinforcement. Kedua, pembelajaran

melalui pengamatan meniru perilaku suatu model meskipun model itu tidak mendapatkan

penguatan atau pelemahan pada saat pengamat itu sedang memperhatikan model itu

mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari oleh pengamat tersebut dan mengharapkan

mendapat pujian atau penguatan apabila menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu.

Model tidak harus diperagakan oleh seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga

menggunakan seseorang pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model (Nur, M. 1998a:4).

17

Page 10: Document2

Dalam kisah Zi Ren juga dinyatakan dalam situsi ‘dia juga masih kurang berkawan dan berasa

dirinya dibuli di sekolah’.

Disamping itu, dalam bukunya yang diterbitkan pada 1941, Sosial learning and imitation,

Miller dan Dollard telah mengakui tentang peranan penting mengenai proses imitatif dalam

perkembangan keperibadian dan seterusnya menjelaskan beberapa jenis tingkah laku imitatif

tertentu. Walaupun begitu, hanya sedikit pakar lain yang meneliti keperibadian individu cuba

memasukan gejala pembelajaranan melalui pemerhatian ke dalam teori-teori pembelajaranan

mereka. Bandura juga memperluaskan analisis beliau terhadap pembelajaranan melalui

pemerhatian.

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model

boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran

daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu

jika dia memperoleh kepuasaan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran

meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas

yang sesuai diakhiri dengan peneguhan positif.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu

diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan

kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner

membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu:

i. pengukuhan positif,

ii. pengukuhan negatif,

iii. dendaan,

iv. prinsip Premack dan

v. pelupusan.

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,

yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,

peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah

ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau

18

Page 11: Document2

menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan

sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan

yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi

anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu

dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak

(membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan

berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang

membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Di daam bilik darjah, keberkesanan pengajaran-pengajaran dapat dicapai melalui

beberapa cara penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang

gemar dicontohi oleh pelajar. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar

membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat.hasilan guru atau contoh-contoh

seperti kraf tangan, senilukis, karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah

mempunyai mutu yang tinggi. Guru juga gunakan rakna sebaya yang cemerlang menjadi role

model untuk membuat demonstasi dalam kelas atau di luar bilik darjah. Guru boleh mengajar

nilai-murni dan watak-watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan

simulasi. . Sebagai contoh dalam kisah Zi Ren, walaupun neneknya cuba menghantarnya ke

kelas tuisyennya juga selalu mengadu bahawa dia tidak boleh dududk diam dan kurang fokus.

19