2017 kompilasi ringkasan kes -...

28
2017 KOMPILASI RINGKASAN KESKES FORENSIK KHIDMAT PAKAR JKR 20500-0060-18 CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PERKHIDMATAN MEKANIKAL DALAM BANGUNAN CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 2428, Menara KKR 2, Blok G No. 6, Jalan Sultan Salahuddin 50480 Kuala Lumpur

Upload: vuquynh

Post on 15-Aug-2019

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

2017  

KOMPILASI RINGKASAN KES‐KES FORENSIK 

KHIDMAT PAKAR 

JKR 20500-0060-18  

CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

PERKHIDMATAN MEKANIKAL DALAM BANGUNAN 

CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 24‐28, Menara KKR 2, Blok G No. 6, Jalan Sultan Salahuddin 50480 Kuala Lumpur 

Page 2: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

 

KANDUNGAN

KATA-KATA ALUAN ….. …………………………..…………………..…………2

PENGENALAN ...……………..…………………………………………….........3

KES-KES FORENSIK

i). SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENGALIHAN UDARA ...…………………...4

ii). SISTEM PAM PENGGALAK ………….……………………………………19

iii). SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN …………………..……………………..22

iv). SISTEM BEKALAN AIR DALAMAN ………………………………...……….24

PENGHARGAAN …. ………………………………………….…..…………….26

Page 3: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

KATA-KATA ALUAN Terlebih dahulu saya bersyukur dan berterima kasih kerana penemuan-penemuan masalah

forensik dapat kita jilidkan buat kali ketiga di dalam Naskhah Kompilasi Ringkasan Kes-kes

Forensik Perkhidmatan Mekanikal Di Dalam Bangunan untuk dijadikan pembelajaran dan

pengajaran kepada kita semua.

Naskhah ini merupakan kompilasi bagi penemuan masalah forensik yang melibatkan sistem

mekanikal di dalam bangunan bagi tahun 2017 dan ianya diterbitkan bertujuan untuk dijadikan

iktibar kepada semua di dalam merekabentuk, memasang dan menyenggara sistem mekanikal di

dalam bangunan.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam

menjayakan penerbitan buku ini. Semoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran

kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

I r . RAZDWAN BIN KASIM

Pengarah Kanan

Cawangan Ke ju ruteraan Mekanika l

Page 4: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

PENGENALAN

Naskhah Kompilasi Ringkasan Kes-kes Forensik Perkhidmatan Mekanikal Dalam Bangunan

merupakan kompilasi penemuan masalah forensik yang melibatkan sistem mekanikal di dalam

bangunan. Kompilasi kes forensik ini diambil daripada laporan forensik yang dilaksanakan di

sepanjang tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pakar Forensik, Bunyi & Senggara dan

Bahagian Pakar Penyaman Udara & Perlindungan Risiko Kebakaran, Cawangan Kejuruteraan

Mekanikal, Ibu Pejabat JKR.

Objektif penerbitan naskhah ini adalah untuk dijadikan panduan dan contoh pengajaran serta

rujukan di dalam pengendalian sistem mekanikal di dalam bangunan.

Sebanyak tiga belas (13) bilangan kes forensik yang telah dilaksanakan pada sepanjang tahun

2017 yang melibatkan sistem penyaman udara, sistem pencegah kebakaran, sistem pam

penggalak dan sistem bekalan air dalaman.

Page 5: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

 

SISTEM PENYAMAN UDARA

 &

 

PENGALIHAN UDARA

Page 6: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

PUNCA

Berlaku penyusupan udara luar masuk ke dalam bilik AHU di mana ruang siling bilik AHU hanya ditutup dengan kepingan papan lapis (plywood) secara ber-sambung-sambung

Lokasi supply diffuser yang berdekatan dengan return grille menyebabkan peredaran udara tidak sempurna

Angin bekal dari AHU tidak mencukupi

SIMPTOM

Suhu bilik yang tinggi dan tidak selesa kepada pengguna

LATAR BELAKANG

Sistem penyaman udara mengguna pakai sistem penyaman udara berpusat jenis water cooled chiller semenjak dari awal pembinaannya (1997)

Udara sejuk dibekalkan dengan menggunakan AHU

Bilik mesyuarat ini telah diubahsuai pada tahun 2016 daripada rekabentuk asal termasuk perubahan kepada sesalur udara sistem penyaman udara sedia ada

KES 1 : MASALAH SUHU BILIK YANG TINGGI

Ruang siling AHU ditutup dengan papan lapis 

Page 7: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

PENGAJARAN

Sistem yang telah berusia perlu ditukar baru dan dinaiktaraf mengikut kesesuaian teknologi terkini memandangkan:

a. Kesukaran mendapatkan alat ganti di pasaran

b. Tiada jaminan kesempurnaan sistem seper-ti sediakala

c. Sistem tidak dapat berkomunikasi dengan sistem penggera sedia ada

CADANGAN PENYELESAIAN

Menutup siling bilik AHU dengan sempurna / binaan konkrit bagi mengelakkan penyusupan udara luar masuk ke dalam bilik AHU

Meningkatkan kapasiti angin dari 13,000 m3/s ke 30,000 m3/s dengan cara menukar pulley beserta motor dan contactor

Mengubah supply diffuser dari linear kepada jet diffuser pada lokasi baru dan dicadangkan di sebelah tepi dinding

Memperbaiki semula sesalur udara di bilik mesyuarat

KES 1 : MASALAH SUHU BILIK YANG TINGGI

Page 8: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  7 

KES 2 : SISTEM PENYAMAN UDARA TIDAK SEJUK

SIMPTOM

Aliran udara ke dewan tidak mencukupi dan tidak menunjukkan prestasi sepertimana rekabentuk asal

LATAR BELAKANG

Sistem penyaman udara mengguna pakai sistem penyaman udara berpusat jenis water cooled chiller.

Udara sejuk dibekalkan ke dewan dengan menggunakan dua (2) unit AHU

PUNCA

Rekabentuk lengkungan saluran udara bekal selepas AHU agak tajam hingga menyebabkan turbulent flow yang mengakibatkan gangguan kepada pengaliran udara ke dalam dewan

CADANGAN PENYELESAIAN

Menyemak semula rekabentuk sesalur udara keluar dari AHU

Memasang guide vane untuk mengurangkan berlakunya turbulent flow pada sesalur udara keluar dari AHU

Pengimbangan udara perlu dilakukan supaya jumlah udara dihantar mengikut spesifikasi rekabentuk

PENGAJARAN

Pemasangan di tapak perlu mengikut spesifikasi dan amalan kejuruteraan yang baik agar sistem dapat berfungsi sepertimana rekabentuk asal

Lengkungan sesalur udara selepas AHU agak tajam dan menyebabkan

turbulent flow

 

Page 9: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  8 

KES 3 : MASALAH KULAT BERULANG

SIMPTOM

Pertumbuhan kulat yang sekata di sesetengah kawasan

LATAR BELAKANG

Pemeriksaan masalah kulat dan pengesyoran kaedah pencegahan telah dibuat sebelum ini pada awal tahun 2016

Pertumbuhan kulat di sesetengah kawasan masih berlaku walaupun setelah penambahbaikan dilaksanakan oleh pihak kontraktor ke atas permasalahan kulat di bangunan ini

PUNCA

Pembentukan kulat masih terjadi disebabkan oleh suhu operasi di sesetengah bilik dan kawasan yang terkesan amat rendah dan merekodkan kelembapan bandingan yang tinggi

CADANGAN PENYELESAIAN

Langkah pencegahan yang dicadangkan sebelum ini perlu diteruskan iaitu memastikan semua pintu dan tingkap di kawasan yang mempunyai sistem penyaman udara sentiasa ditutup rapat

Memastikan suhu operasi tidak kurang daripada 24  ̊C

Kerja-kerja membersih kulat dan mengecat semula permukaan dinding berkulat dibuat sepenuhnya.

PENGAJARAN

Penetapan suhu bilik perlulah mematuhi MS 1525 iaitu 24  ̊C - 26  ̊C

Sampul bangunan (building envelope) perlu diberi perhatian agar tiada udara luar masuk ke ruang berhawa dingin

Kesan kulat pada dinding bangunan

Bukaan dinding pada laluan sesalur udara

Page 10: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  9 

KES 4 : PEMERIKSAAN KEROSAKAN SISTEM PENYAMAN UDARA

SIMPTOM

Kerap berlaku kerosakan pada water cooled chiller di Blok Perpustakaan dan Blok Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE)

Terdapat pertumbuhan kulat di Bilik Pensyarah

Suhu bilik panas dan tidak selesa di Bilik Kuliah 

LATAR BELAKANG

Terdapat 12 buah bangunan yang dilengkapi dengan sistem penyaman udara pelbagai jenis sistem

Blok Perpustakaan, Bilik Pensyarah dan Bilik Kuliah kesemuanya menggunakan sistem penyaman udara dari jenis water cooled chiller

PUNCA

Dua (2) daripada lima (5) chiller tidak beroperasi disebabkan oleh kegagalan compressor untuk berfungsi

Ketiadaan bukaan untuk penyenggaraan ke ruang siling menyebabkan air filter FCU tidak dapat diselenggara hingga mengakibatkan air filter tersumbat dan menghalang angin sejuk dibekalkan ke dalam Bilik Kuliah

Pertumbuhan kulat disebabkan oleh kondensasi dan kelembapan udara yang tinggi akibat daripada kemasukan air dari luar tingkap yang tidak ditutup rapat. Kadar alir chilled water ke FCU perlu diselaraskan sesuai dengan kapasiti FCU sedia ada

Kerosakan pada compressor chiller

Kesan kulat pada dinding Bilik Pensyarah

Page 11: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

KES 4 : PEMERIKSAAN KEROSAKAN SISTEM PENYAMAN UDARA

CADANGAN PENYELESAIAN

Membuat penilaian bekalan kuasa untuk semua chiller plant

Beban setiap chiller dipantau setiap hari dan pastikan beban dalam julat yang sesuai

Memastikan safety features setiap chiller berfungsi dan ditentu ukur (calibrated)

Pastikan low and high pressure refrigerant dalam julat yang dibenarkan oleh pengeluar

Pastikan evaporator & condenser approach dalam julat yang dibenarkan oleh pengeluar

Pastikan flow switch untuk condenser & evaporator (cooler) diset dan dilaras dengan betul dan tepat untuk memastikan chiller tidak beroperasi ketika chilled/ condenser water kurang dari yang dibenarkan

Sekiranya terdapat penggantian minyak chiller, minyak tersebut mestilah yang disyorkan oleh pengeluar

Pastikan kadar alir chilled water ke FCU mengikut kapasiti unit tersebut

Sampul bangunan (building envelope) bagi kawasan berhawa dingin perlu di-tutup sepanjang masa terutama ketika system off kerana ini akan menyumbang kepada masalah kulat

PENGAJARAN

Penyenggaraan sistem penyaman udara perlu dilakukan mengikut jadual/ berkala sepertimana spesifikasi dan saranan pengeluar

10 

Page 12: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  11 

KES 5 : MASALAH KULAT AKIBAT KEROSAKAN SISTEM PENYAMAN UDARA

SIMPTOM

Masalah kulat di siling terutama di Bilik Stor

LATARBELAKANG

Sistem penyaman udara mengguna pakai water cooled chiller. Udara sejuk dibekalkan menggunakan AHU

PUNCA

AHU beroperasi 50% lebih rendah daripada kapasiti rekabentuk asal

Kadar aliran udara lebih tinggi daripada julat yang boleh diterima

Kerosakan pada modulating valve menyebabkan aliran air masuk ke dalam AHU tidak dapat dikawal

CADANGAN PENYELESAIAN

Membuat pengimbangan udara (air balancing) di setiap ruang supaya kadar pertukaran udara berada di dalam julat yang diterima

Membaiki cooling coil dalam AHU supaya dapat menyahlembap dengan lebih efisyen

Control valve pada AHU perlu diperbaiki/ diganti supaya dapat berfungsi mengikut kehendak beban yang sebenar

PENGAJARAN

AHU perlu diselenggara mengikut jadual seperti saranan pengeluar dan diperbaiki apabila berlaku sebarang kerosakan agar masalah kulat tidak berulang

Kerosakan pada modulating valve

Kesan kulat di siling Bilik Stor

Page 13: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  12 

KES 6 : MASALAH SUHU BILIK YANG TINGGI

SIMPTOM

Suhu bilik tinggi dan tidak selesa untuk kakitangan terutamanya di Aras 2, Left Wing

LATARBELAKANG

Sistem penyaman udara baharu dinaiktaraf melibatkan pemasangan baharu air cooled package, 2 unit AHU dan pemasangan ducting di dalam bilik AHU

Pihak pelanggan memohon pemeriksaan air flow bagi sistem penyaman udara kerana sistem yang dipasang gagal memberikan keselesaan kepada penghuni

 

PUNCA

Suhu pejabat lebih rendah daripada saranan MS1525

Kemasukan udara luar yang tinggi ke dalam bangunan

Air balancing tidak dibuat selepas kerja-kerja naiktaraf. Sesalur udara jugak tidak dilengkapi peralatan untuk melaksanakan kerja-kerja air balancing

Kebocoran pada sesalur udara bekal menyebabkan udara tidak dapat dibekalkan dengan sempurna

Terdapat banyak bukaan di laluan return air (siling dan riser) yang menyebabkan keselurahan udara bekal tidak dapat kembali ke AHU

Bukaan pada laluan return air

Tiada splitter damper atau turning vane di duct main branch

Page 14: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  13 

CADANGAN PENYELESAIAN

Suhu pejabat dilaraskan kepada 24°C sepertimana saranan MS1525

Memasang splitter damper dan turning vane dan seterusnya membuat air balancing di sesalur udara bekal

Menutup semua bukaan pada laluan return air bagi mengelakkan udara luar bersuhu tinggi daripada memasuki AHU melebihi jumlah yang sepatutnya

Memasang capacitor bank di panel sistem penyaman udara bagi mendapatkan power factor tidak kurang daripada 0.9

PENGAJARAN

Rekabentuk sesalur udara perlu dilengkapi dengan peralatan seperti splitter damper dan turning vane agar air balancing dapat dibuat

Penetapan suhu ruang pejabat perlu mematuhi saranan MS1525

Laluan return air perlulah kedap udara dan tiada bukaan agar udara dapat kem-bali ke AHU dengan baik

KES 6 : MASALAH SUHU BILIK YANG TINGGI

Page 15: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  14 

SIMPTOM

Masalah bunyi bising berterusan (tonal noise) yang terhasil dari sistem penyaman udara

LATARBELAKANG

Sistem penyaman udara mengguna pakai jenis air cooled chiller. Bunyi bising yang terhasil telah mengganggu keselesaan pendengaran penduduk kejiranan

Sistem air cooled chiller adalah sebagai sokongan kepada sistem penyaman udara dari jenis water cooled chiller

Sistem penyaman udara berdekatan dengan kawasan perumahan dan turut beroperasi pada hujung minggu

PUNCA

Bunyi bising berterusan yang terhasil daripada sistem penyaman udara yang dikenali sebagai tonal noise mengganggu keselesaan pendengaran manusia

CADANGAN PENYELESAIAN

Memasang penebat bunyi iaitu penghadang akustik (weatherproof acoustic wall) pada perimeter air cooled chiller

PENGAJARAN

Pemasangan sistem penyaman udara jenis air cooled chiller perlu dikaji lebih mendalam dan disesuaikan dengan keadaan tapak kerana isu bising sering berlaku

KES 7 : MASALAH BUNYI BISING SISTEM AIR COOLED CHILLER

Cadangan pemasangan Acoustic Wall

Lokasi pengambilan data bunyi

Page 16: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  15 

KES 8 : MASALAH PERTUMBUHAN KULAT

SIMPTOM

Terdapat masalah kulat pada dinding di pejabat pentadbiran, siling di ruang pejalan kaki aras G dan dinding Makmal

LATARBELAKANG

Sistem penyaman udara mengguna pakai jenis water cooled chiller. Satu unit AHU membekalkan udara ke setiap aras

PUNCA

Masalah kulat berpunca daripada resapan air dari tingkat atas/aras bumbung

Saluran air hujan di bumbung rata juga telah tersumbat

CADANGAN PENYELESAIAN

Menghentikan resapan air dari bumbung rata dengan memperbaiki lapisan kalis air sedia ada dan membuat pemantauan dengan cekap

Memastikan sistem penyaman udara sentiasa dalam keadaan baik dan mematikan AHU semasa chiller tidak beroperasi

PENGAJARAN

Kerja-kerja penyenggaraan bagi sistem kalis air di bumbung perlu dilaksanakan

Sistem penyaman udara perlu diselenggara mengikut jadual dan mematuhi spesifikasi yang disyorkan oleh pihak pengeluar bagi mengelakkan berlaku masalah kulat

Kesan kulat pada dinding

Kesan kebocoran pada lapisan kalis air bumbung

Page 17: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  16 

KES 9 : KEROSAKAN CHILLER AKIBAT PART LOAD RENDAH

SIMPTOM

Water cooled chiller kerap mengalami kerosakan terutamanya chiller no. 1 (dari tiga unit) yang mengalami kerosakan pada compressor dan kebocoran pada cooler

 

LATARBELAKANG

Sistem penyaman udara mengguna pakai jenis water cooled chiller. Udara sejuk dibekalkan dengan menggunakan AHU dan FCU

Operasi chiller adalah secara intermittent mengikut keperluan majlis

PUNCA

Pengoperasian chiller di bawah minimum load menyebabkan pembekuan berlaku di dalam cooler

Chiller set point dan mekanisme perlindungan chiller didapati tidak berfungsi apabila part load terlalu rendah

CADANGAN PENYELESAIAN

Penambahan differential pressure flow switch bersama controller memandangkan ianya berupaya untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan mempunyai komponen yang kurang terdedah kepada masalah oxidation berbanding penggunaan flow switch

Leak test untuk mengenalpasti kebocoran pada cooler

Chiller masih beroperasi pada part load rendah

Page 18: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  17 

CADANGAN PENYELESAIAN

Penambahan plant control termasuk:

a. Master/ slave chiller control agar salah satu chiller bertanggungjawab memantau serta memberi arahan untuk pengoperasian chiller yang lain berdasarkan beban haba bangunan

b. By-pass valve dibaikpulih untuk menjamin aliran chilled water ke dalam chiller sentiasa mencukupi. By-pass valve juga perlu dihubungkan dengan chiller control system agar proses pembukaan dan penutupan sentiasa selari dengan keperluan chiller

c. Setting semula chiller setpoint dan remote setpoint agar chiller tidak beroperasi di luar norma rekabentuk yang ditetapkan

PENGAJARAN

Aktiviti penyenggaraan chiller perlu mengikut planned preventive maintenance (PPM) yang dicadangkan pengeluar chiller dan dilaksana oleh kontraktor penyenggaraan yang berpen-galaman

Elakkan chiller di reset secara manual apabila berlaku masalah berulang. Punca masalah perlu diperiksa dan dikenalpasti untuk mengelakkan kerosakan berulang pada chiller

KES 9 : KEROSAKAN CHILLER AKIBAT PART LOAD RENDAH

Page 19: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  18 

KES 10 : MASALAH FALSE SIGNAL FIRE ALARM

SIMPTOM

Addressable system module yang berada di bilik sprinkler kerap rosak dan memberi false signal kepada fire alarm panel 

LATARBELAKANG

Bilik sprinkler terletak di aras basement di dalam bilik rintangan api tertutup

PUNCA

Bilik sprinkler tidak dilengkapi dengan sebarang sistem pengudaraan

Kelembapan bandingan bilik sprinkler adalah melebihi julat kelembapan bandingan yang dicadangkan pembekal

CADANGAN PENYELESAIAN

Menambah exhaust fan bagi meningkatkan kadar pengudaraan bilik

Memindahkan addressable system module ke lokasi berlainan yang mempunyai pengudaraan dan kelembapan bandingan yang lebih baik

PENGAJARAN

Sistem pengudaraan perlu disediakan di dalam bilik sprinkler bagi melindungi peralatan mekanikal daripada rosak

Bilik sprinkler tidak dilengkapi sistem pengudaraan

Pemeriksaan Addressable system module

Page 20: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

 

SISTEM PAM PENGGALAK

19 

Page 21: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  20 

KES 11 : KEGAGALAN FLEXIBLE JOINT PAM

LATARBELAKANG

Empat unit pam beroperasi bergilir-gilir setiap lapan jam

Pam beroperasi menggunakan inverter pre-set secara manual untuk menetapkan kelajuan

Pam dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti berikut:

a. flow switch di discharge pipe

b. Electrode dalam suction tank

c. Surge pressure vessel

PUNCA

Terdapat pergerakan paip yang disebabkan oleh water hammer yang menghala ke pam pada ketika tertentu dan memberi kesan pada penyambungan flexible joint

Kaedah ikatan paip air menggunakan rod yang diikat pada angle iron adalah kurang sesuai sekiranya terdapat tekanan yang kuat kerana ia membenarkan kepada pergerakan paip

Pemasangan paip suction dan discharge tidak menepati amalan kejuruteraan yang baik di mana straight length yang diperlukan adalah minima dua kali saiz paip yang menyebabkan berlakunya kavitasi di dalam paip

Kesan pecah pada case ware ring

Jarak flange to flange kurang dari 2 kali saiz paip

SIMPTOM

Masalah flexible joint pam penggalak selalu pecah

Page 22: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  21 

PUNCA

Case ware ring (CWR) pada pam no. 2 pecah disebabkan oleh pump dry run iaitu ketidakcukupan kadar alir yang menyebabkan ring tersebut overheating

CADANGAN PENYELESAIAN

Menambah thrust block di setiap bend dan tee

Memasang orifice plate di paip bekalan utama

Memastikan flow switch dipasang dengan sempurna dan diuji semula

Electrode perlu diangkat lebih tinggi bagi memastikan tekanan positif sepanjang masa pam beroperasi

Menanggalkan inertia block sepernuhnya

Menanggalkan flexible joint di semua paip dan diikat secara tetap

Memasang check valve swing non slam type di incoming pipe ke surge vessel

Pam diikat terus ke lantai

PENGAJARAN

Pemasangan pam perlu mengikut spesifikasi dan amalan kejuruteraan yang baik

Pam perlu dibuat ujian water hammer selepas pemasangan untuk memastikan tekanan air berada pada julat yang ditetapkan

Bekalan elektrik perlu dikekalkan kepada pam sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya kejadian water hammer

KES 11 : KEGAGALAN FLEXIBLE JOINT PAM

Page 23: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

 

SISTEM PENCEGAH

KEBAKARAN

22 

Page 24: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  23 

KES 12 : MASALAH SISTEM PENGGERA KEBAKARAN TIDAK BERFUNGSI

SIMPTOM

Sistem penggera kebakaran (addressable) tidak berfungsi dengan sempurna

LATARBELAKANG

Main fire alarm panel melaporkan 9 komponen mengalami fault/error. Pihak pelanggan memaklumkan bahawa isu ini kerap berlaku walaupun komponen yang rosak telah diganti baharu atau dibaiki

PUNCA

Sistem pendawaian tidak dilengkapi dengan surge protective device (SPD) dan pembumian (earthing) tidak disambung secara berasingan

Bangunan terdedah kepada ancaman kilat memandangkan ianya struktur tertinggi di sekitar kawasan tersebut

CADANGAN PENYELESAIAN

Setiap zon fire alarm system perlu dilengkapi dengan surge protective device (SPD)

Pembumian (earthing) perlu berasingan dan tidak disambungkan kepada sistem pembumian bangunan

PENGAJARAN

Pemasangan main fire alarm panel perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar dan mengikut amalan kejuruteraan yang baik

Error code pada main fire alarm panel

Page 25: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

 

SISTEM BEKALAN AIR

DALAMAN 

24 

Page 26: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

                                KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  25 

KES 13 : KEBOCORAN TANGKI AIR

SIMPTOM

Terdapat kebocoran pada tangki air (suction tank) di bahagian lantai, dinding dan bucu-bucu panel tangki air

LATARBELAKANG

Tangki air diperbuat daripada bahan stainless steel

Tangki ditukar pada tahun 2014 untuk menggantikan tangki air yang lama

PUNCA

Kebocoran berpunca daripada bolt & nut yang telah longgar disebabkan pergerakan turun dan naik tangki apabila kuantiti air bertambah dan berkurang yang berpunca dari kedudukan plinth yang tidak sekata

CADANGAN PENYELESAIAN

Membaikpulih dan meratakan plinth tangki supaya tangki berkedudukan seimbang dan beban tangki adalah sekata pada setiap plinth

Mengetatkan semua bolt & nut yang mengikat panel tangki dan stay/truss bar berpandukan spesifikasi pengeluar

PENGAJARAN

Tangki air perlu diletak di atas plinth yang sekata untuk mengelakkan berlakunya sebarang pergerakan apabila wujud proses pengembangan dan penguncupan tangki air

Kesan kebocoran pada bolt & nut panel tangki

Kedudukan tangki tidak sekata di atas plinth

Page 27: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

 

TERIMA KASIH KEPADA AHLI JAWATANKUASA

Ir. RAZDWAN BIN KASIM Pengarah Kanan

Ir. ISMAIL BIN A. RAHMAN Pengarah Khidmat Pakar

Ir. ZULKIFLI BIN ABDUL RASHAD Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

En. AMIRRUDIN BIN MOHAMED Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

Ir. Dr. ABDUL MURAD BIN ZAINAL ABIDIN Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

Cik NOOR’AIN BT. ZAINAL ABIDIN Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

Pn. AISHAH BT. TAHA Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

En. AMIRUDIN BIN MOHAMAD ALI Jurutera Mekanikal Penguasa

Ir. Dr. TUAN SUHAIMI BIN SALLEH Jurutera Mekanikal Penguasa

Ir. WAN SHAH WALIALLAH BIN Jurutera Mekanikal Penguasa WAN MAT ZAIN @ WAN SENIK

Pn. SHARIFAH DZAIN BT. SYED YUSOF Jurutera Mekanikal Kanan

En. FAIZ BIN FADZIL Jurutera Mekanikal Kanan

En. MOHD HAIRIE BIN ABDUL HALIM Jurutera Mekanikal

En. MOHAMAD HAFEZ BIN KHAIRAN Jurutera Mekanikal

En. MOHD ZAMRI BIN ABD MANAF Jurutera Mekanikal

Ir. ABDUL QAYYUM BIN ABDUL HALIM Jurutera Mekanikal

En. MOHD YUSOF AIZAD BIN MUKHTAR Jurutera Mekanikal

En. AFIQ BIN MOHD JOHARI Jurutera Mekanikal

En. WAN MOHD SULHANIZAN BIN Penolong Jurutera Mekanikal Tertinggi WAN SULAIMAN

En. WAN ISMAIL BIN WAN YUSOF Penolong Jurutera Mekanikal Tertinggi

En. ZAHRIN BIN MOHD ZAIN Penolong Jurutera Mekanikal Kanan

26 

Page 28: 2017 KOMPILASI RINGKASAN KES - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/6/6f/Final_Kompilasi_Kes_Forensik_2017.pdfSemoga naskhah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita

CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 24‐28, Menara KKR 2, Blok G No. 6, Jalan Sultan Salahuddin 50480 Kuala Lumpur    03‐2610 8888 03 2168 9510 JKR CAW. MEKANIKAL