persebaran naskhah-naskhah karya ulama-ulama...

12
1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU KOLEKSI PERIBADI DI SURAU-SURAU TAREKAT DI SUMATERA BARAT Pramono Pensyarah Fakulti Ilmu Budaya, Universitas Andalas, Padang, Indonesia dan Calon PHd pada Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Abstrak Khazanah naskhah di Sumatera Barat (minus Mentawai), tidak boleh dilepaskan dari keberadaan ‘surau’. Sebagai institusi tradisional, selain sebagai tempat bagi proses transmisi pelbagai pengetahuan Islam, surau juga merupakan pusat penulisan dan penyalinan naskhah-naskhah (skriptorium) Islam tempatan. Seiring dengan persebaran faham keagamaan Islam di surau-surau tersebut, tradisi penulisan dan penyalinan naskhah pun tumbuh dengan subur. Kondisi tersebut didukung pula dengan adanya dinamika wacana intelektual di kalangan ulama tempatan, iaitu dengan munculnya gerakan ulama Kaum Tua menghadapi serangan ulama Kaum Muda. Polemik keislaman ini sekali gus penyumbang penting terhadap punca tradisi kepenulisan di kalangan ulama Minangkabau. Para syeikh, ulama, buya, dan ungku yang mengajar di suatu surau, menyalin dan menulis naskhah untuk menyebarkan pengajian dan mendebat ataupun mengkritik pendapat orang lain serta untuk mengkritik keadaan sosial. Kesan dari dinamika wacana keislaman tempatan itu ialah ratusan naskhah yang hingga kini masih boleh ditemui di berbagai-bagai surau tarekat yang tersebar di wilayah Sumatera Barat. Dalam tulisan ini akan disenaraikan di mana saja keberadaan, sifat/ciri naskhah-naskhah tersebut, serta tawaran pengembangan terhadapnya. Kata kunci : naskhah, ulama, surau, tarekat, dan Minangkabau. A. Pendahuluan Setakat ini setidaknya telah tercatat dan dikenal pasti hampir seribu naskhah yang berada di Sumatera Barat, sama ada yang sudah tersimpan pada lembaga rasmi 1 mahupun yang masih tersebar di tangan masyarakat sebagai koleksi peribadi. Sebahagian besar dari naskhah yang ditemukan merupakan naskhah-naskhah Islam yang tersimpan di surau-surau tarekat sebagai impak dari tradisi intelektual di kalangan ulama-ulama Minangkabau. Pada perkembangannya, tradisi tulis tangan berkembang ke dunia cetakan bagi memenuhi keperluan umat, iaitu keperluan akan informasi, pengetahuan, ajaran, dan hiburan. Tradisi intelektual yang ditandai dengan tradisi penulisan di kalangan ulama-ulama Minangkabau—setidaknya mulai awal abad ke-20—tidaklah mungkin dilepaskan dengan keberadaan surau 2 1 Lembaga rasmi yang menyimpan naskhah di Minangkabau ialah Muzium Adityawarman Provinsi Sumatera Barat di Padang, Badan Perpustakaan dan Kearsipan Provinsi Sumatera Barat di Padang, Labor Filologi Fakultas Ilmu Budaya Universitas Andalas di Padang, Fakultas Adab, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol di Padang. . Surau merupakan lembaga peribumi yang menjadi pusat pengajaran Islam 2 Konsep surau dalam kebudayaan Minangkabau berbeza dengan masjid. Surau secara sosial-budaya Minangkabau memiliki fungsi melampaui masjid. Surau merupakan institusi tempatan yang digunakan tidak hanya urusan keagamaan, tetapi juga segala sesuatu yang berhubung kait dengan urusan sosial dan budaya. Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 11-Feb-2020

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

1

PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU KOLEKSI PERIBADI DI SURAU-SURAU TAREKAT DI

SUMATERA BARAT

Pramono Pensyarah Fakulti Ilmu Budaya, Universitas Andalas, Padang, Indonesia

dan Calon PHd pada Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Abstrak

Khazanah naskhah di Sumatera Barat (minus Mentawai), tidak boleh dilepaskan dari

keberadaan ‘surau’. Sebagai institusi tradisional, selain sebagai tempat bagi proses transmisi pelbagai pengetahuan Islam, surau juga merupakan pusat penulisan dan penyalinan naskhah-naskhah (skriptorium) Islam tempatan. Seiring dengan persebaran faham keagamaan Islam di surau-surau tersebut, tradisi penulisan dan penyalinan naskhah pun tumbuh dengan subur. Kondisi tersebut didukung pula dengan adanya dinamika wacana intelektual di kalangan ulama tempatan, iaitu dengan munculnya gerakan ulama Kaum Tua menghadapi serangan ulama Kaum Muda. Polemik keislaman ini sekali gus penyumbang penting terhadap punca tradisi kepenulisan di kalangan ulama Minangkabau. Para syeikh, ulama, buya, dan ungku yang mengajar di suatu surau, menyalin dan menulis naskhah untuk menyebarkan pengajian dan mendebat ataupun mengkritik pendapat orang lain serta untuk mengkritik keadaan sosial. Kesan dari dinamika wacana keislaman tempatan itu ialah ratusan naskhah yang hingga kini masih boleh ditemui di berbagai-bagai surau tarekat yang tersebar di wilayah Sumatera Barat. Dalam tulisan ini akan disenaraikan di mana saja keberadaan, sifat/ciri naskhah-naskhah tersebut, serta tawaran pengembangan terhadapnya. Kata kunci : naskhah, ulama, surau, tarekat, dan Minangkabau. A. Pendahuluan

Setakat ini setidaknya telah tercatat dan dikenal pasti hampir seribu naskhah yang berada

di Sumatera Barat, sama ada yang sudah tersimpan pada lembaga rasmi1

mahupun yang masih tersebar di tangan masyarakat sebagai koleksi peribadi. Sebahagian besar dari naskhah yang ditemukan merupakan naskhah-naskhah Islam yang tersimpan di surau-surau tarekat sebagai impak dari tradisi intelektual di kalangan ulama-ulama Minangkabau. Pada perkembangannya, tradisi tulis tangan berkembang ke dunia cetakan bagi memenuhi keperluan umat, iaitu keperluan akan informasi, pengetahuan, ajaran, dan hiburan.

Tradisi intelektual yang ditandai dengan tradisi penulisan di kalangan ulama-ulama Minangkabau—setidaknya mulai awal abad ke-20—tidaklah mungkin dilepaskan dengan keberadaan surau2

1Lembaga rasmi yang menyimpan naskhah di Minangkabau ialah Muzium Adityawarman Provinsi Sumatera Barat di Padang, Badan Perpustakaan dan Kearsipan Provinsi Sumatera Barat di Padang, Labor Filologi Fakultas Ilmu Budaya Universitas Andalas di Padang, Fakultas Adab, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol di Padang.

. Surau merupakan lembaga peribumi yang menjadi pusat pengajaran Islam

2Konsep surau dalam kebudayaan Minangkabau berbeza dengan masjid. Surau secara sosial-budaya Minangkabau memiliki fungsi melampaui masjid. Surau merupakan institusi tempatan yang digunakan tidak hanya urusan keagamaan, tetapi juga segala sesuatu yang berhubung kait dengan urusan sosial dan budaya.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

2

dan menjadi titik tolak Islamisasi di Minangkabau. Di samping itu, surau juga menjadi pusat tarekat, seperti tarekat Samaniyah, Naqsabandiyah dan Syattariyah. Sebagai pusat tarekat, surau juga menjadi benteng pertahanan Minangkabau terhadap berkembangnya dominasi kekuatan Belanda. Surau juga dijadikan tempat konsentrasi gerakan bagi masing-masing golongan yang sedang berpolemik tentang faham keislaman yang terjadi di Sumatera Barat pada akhir abad ke-19 sampai awal abad ke-20 (Azyumardi Azra, 2003:34).

Pada waktu itu surau menjadi institusi penting dalam proses transmisi pengetahuan

dan keterampilan, sama ada yang terkait dengan Islam mahupun kebudayaan tempatan. Dalam konteks transmisi pengetahuan agama Islam, di surau inilah para ulama dari masing-masing golongan tarekat membangun jaringan guru-murid sehingga tercipta saling-silang hubungan keilmuan yang sangat kompleks. Seiring dengan persebaran faham keagamaan Islam di surau-surau tersebut, tradisi penulisan dan penyalinan serta kepengarangan di kalangan ulama Minangkabau pun tumbuh bak cendawan di musim hujan.

Para syeikh, ulama, buya, atau ungku yang mengajar di suatu surau, menyalin dan

menulis naskhah. Di samping itu, para ulama itu juga membawa berbagai kitab sebagai buah tangan ketika “pulang kampung” dari surau di mana ia belajar. Kitab-kitab tersebut selanjutnya digunakan sebagai bahan bacaan atau sumber pengetahuan yang penting bagi pengajaran di surau-surau. Selanjutnya, di tempat yang baru, naskhah-naskhah itu sering kali juga disalin dan digubah oleh murid-murid yang belajar di surau tersebut. B. Surau Sebagai Skriptorium

Sebenarnya, jika dilihat ke belakang, tradisi penyalinan dan penulisan naskhah memang pernah marak di Sumatera Barat. Terutama di era transmisi gagasan dan gerakan pembaharuan Islam yang dimulai pada paruh pertama abad XIX. Dalam konteks itu, lahir dua macam golongan keagamaan, iaitu “Kaum Tua” atau “Kaum Tradisionalis” dan “Kaum Muda” atau “Kaum Moden” yang saling berpolemik. Dalam perkembangannya, dinamika polemik keislaman tersebut menjadi lebih kompleks. Kaum Tradisionalis yang juga penganut tarekat tidak hanya harus menerima “serangan” dari Kaum Moden, melainkan pada saat yang sama juga dihadapkan pada pertentangan antar sesama kumpulan Islam golongan penganut tarekat sendiri (Fathurahman, 2004).

Lebih kompleks lagi, konflik keislaman juga terjadi di dalam tubuh satu penganut tarekat

yang sama. Akan tetapi, justeru polemik keislaman itu memiliki impak positif terhadap suburnya tradisi penyalinan dan penulisan naskhah. Banyak ulama atau syeikh dari masing-masing golongan menulis dan menyalin naskhah untuk mendebat pendapat yang menurutnya tidak benar, tidak berdasar3

Selain itu, pada masanya surau juga digunakan sebagai tempat tidur bagi anak laki-laki yang telah akil baligh dan orang tua yang telah uzur. Hal ini berkaitan dengan ketentuan adat Minangkabau bahawa rumah gadang hanya diperuntukkan untuk anak perempuan sahaja. Akan tetapi, untuk saat ini tidak lah berlaku seperti itu, sama halnya telah berubah pula peran rumah gadang dalam kebudayaan Minangkabau saat ini. Untuk lebih jauh tentang konsep surau baca Azyumardi Azar, Surau: Pendidikan Islam Tradisional dalam Transisi dan Modernisasi (Penterjemah: Iding Rasyidin), (Jakarta: Logos Wacana Ilmu), hlm. 7-16.

. Hal ini sekali gus memberikan gambaran bahawa surau bukan

3 Naskhah-naskhah yang disalin dan ditulis oleh para syeikh dari masing-masing golongan yang sedang berpolemik di Sumatera Barat jumlahnya puluhan. Naskhah-naskhah yang berisi perdebatan faham keislaman seperti (1) “Risalah Naqsyabandiyah fi Asas istilah an-Naqsyabandiyah min Zikril Khafi wa Rabithah wal Muraqabah wa Daf’il i’tiradh bi zalika” karya Syaikh Khatib Ali al-Minangkabawi; (2) “Miftah as-Shadiqiyah fi Istilah an-Naqsyabandiyah” karya Syaikh Khatib Ali al-Minangkabawi; (3) “Irgham Unufil Muta’annitin fi Inkarihim Rabithatal Washilin” karya Syeikh Muhammad Sa’ad Mungka; (4) “Tanbih al-Awam ‘ala Taghrirat

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

3

sekadar tempat belajar membaca al-Quran atau belajar adab, melainkan surau juga merupakan tempat yang digunakan sebagai pusat kecendekiaan (Azyumardi Azra, 2003). Kesan dari tradisi intelektual itu tampak dari berbagai-bagai pengetahuan yang terakam di dalam naskhah-naskhah yang boleh ditemui di surau-surau hingga kini.

Sebagaimana telah pun disebutkan di atas bahawa surau-surau yang menjadi skriptorium ialah surau-surau ulama Kaum Tua yang beraliran tarekat tertentu. Tarekat yang dimaksudkan di sini ialah tarekat yang ada dan pernah berkembang di Minangkabau, iaitu tarekat Samaniah, Naqsabandiyah dan Syattariyah. Surau-surau tarekat ini tersebar di berbagai-bagai wilayah Sumatera Barat (minus Mentawai).

Bagi menemukan persebaran naskhah-naskhah yang berada di surau-surau itu, bisanya

boleh ditelusuri melalui salasilah guru-berguru dalam suatu tarekat. Hal ini kerana tradisi penulisan dan penyalinan naskhah pada suatu surau mengikut kebiasaan yang telah dihuraikan di atas. Masing-masing surau tarekat juga memiliki beragam corak yang khas dan perbezaan kuantiti naskhah yang dimiliki.

Semua bergantung pada kadar intelektual seorang syeikh yang pernah memimpin suatu

surau. Semakin tinggi intelektual seorang syeikh, maka semakin ramai pula naskhah yang ditinggalkan. Mudah sahaja ditafsirkan, jika seorang syeikh yang terkenal mestilah akan ramai orang yang datang di surau yang dipimpinnya. Semakin ramai orang yang belajar, maka semakin ramai pula kitab yang diperlukan dan ramai pula proses penulisan dan penyalinan naskhah, sama ada yang dilakukan oleh para murid mahupun syeikh yang mengajar.

Untuk sekadar contoh, berikut ini akan disenaraikan beberapa surau tarekat Syattariyah

(jadual 1) dan tarekat Naqsabandiyah (jadual 2).

Ba’dhil Anam” karya Syeikh Muhammad Sa’ad Mungka; (5) “Burhanul Haq” karya Syeikh Khatib Ali al-Minangkabawi; (6) “Risalah al-Aqwalul Wasithah fi Zikri war Rabithah” karya Syeikh Sulaiman ar-Rasuli Candung; (7) “Tsamaratul Ihsan fi Wiladah Sayyidil Ihsan” karya Syeikh Sulaiman ar-Rasuli Candung; dan ramai lagi yang lain. Paparan yang luas tentang naskhah-naskhah yang berisi polemik keislaman di Sumatera Barat dapat dibaca dalam Sanusi Latief, “Gerakan Kaum Tua di Minangkabau”, Disertasi Doktoral, (Jakarta:IAIN Syarif Hidayatullah, 1988).

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

4

Jadual 1: Persebaran naskhah yang tersimpan di surau-surau tarekat Syattariyah di Minangkabau

No. Nama Surau Jumlah

Naskhah Keterangan

1. Surau Nurul Huda 25 buah Di Batang Kabung, Tabing, Padang; Buya Imam Maulana Abdul Manaf (w. 2006).

2. Surau Paseban 23 buah Di Ikua Koto, Koto Tangah, Padang; Syeikh Paseban.

3. Surau Gadang Ampalu 22 buah Di Nagari VII Koto, Kecamatan Sungai Sarik, Kabupaten Padang Pariaman; Syeikh Tuanku Khali.

4. Surau Ampalu Tinggi 25 buah Di Ampalu Tinggi, Kecamatan VII Koto, Kabupaten Padang Pariaman

5. Surau Gadang Tandikek 7 buah Di Nagari Tandikek, Kecamatan Patamuan, Kabupaten Padang Pariaman; Syeikh Madinah.

6. Surau Lubuk Ipuh 82 buah Di Kuraitaji, Kabupaten Padang Pariaman; Syeikh Lubuk Ipuh.

7. Surau Bintungan Tinggi 36 buah Di Kuraitaji, Kabupaten Padang Pariaman; Syeikh Bintungan Tinggi.

8. Surau Tuo Syeikh Imam Pasang

5 buah Di Dusun Pasar Ampalam, Jorong Kamumuan, Nagari Kuranji Hilir, Sungai Limau, Padang Pariaman; Syeikh Imam Pasang.

9. Surau Mato Aia 17 buah Di Jorong Sarang Gagak, Nagari Pakandangan, Padang Pariaman; Syeikh Aminullah atau Syeikh Mato Aia.

10. Surau Tanjung Medan 21 buah Di Tanjung Medan, Padang Pariaman.

11. Surau Lintang 26 buah Di Jorong Koto Padang, Nagari Sialang Gaung, Dharmasraya.

12. Surau Parak Pisang 22 buah Di Jalan Lintas Sumatera-Jawa, Nagari Sumani, X Koto Singkarak, Solok; Syeikh Parak Pisang

13. Surau Parak Laweh/ Surau Pariangan

33 buah Di Pariangan, Kabupaten Tanah Datar.

14. Surau Tanjung Limau Sundai

23 buah Di Nagari Ampek Koto Hilia, Batang Kapeh, Pesisir Selatan.

15. Surau-surau di Malalo 79 buah Di daerah Malalo, Kabupaten Solok.

16. Surau Darussalam 5 buah Di Nagari Batagak, Sungai Puar, Agam.

17. Surau Koto Tuo 12 buah Di Koto Tuo, Agam; Syeikh

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

5

Aluma Koto Tuo. 18. Surau Syeik Yasin 20 buah Di Tanjung Ampalu, Koto VII,

Sijunjung. 19. Surau Calau 99 buah Di Jorong Subarang Sukam,

Nagari Muaro, Sijunjung; Syeikh Abdul Wahab atau Syeikh Calau.

Dari jadual 4.1 tampak bahawa surau-surau tarekat Syattariyah lebih ramai ditemui di wilayah Padang Pariaman (nombor 3-10). Hal ini sangat dimungkinkan kerana wilayah itu merupakan asal mula tarekat Syattariyah tumbuh dan berkembang di Minangkabau, iaitu yang pertama kali dikembangkan oleh Syeikh Burhanuddin Ulakan (1646·1699 M). Surau-surau tarekat Syattariyah yang tersebar di Minangkabau itu didirikan oleh murid-murid dari para syeikh tarekat Syattariyah, sama ada murid langsung Syikh Burhanuddin Ulakan ataupun murid dari murid beliau.

Jadual 2: Persebaran naskhah yang tersimpan

di surau-surau tarekat Naqsabandiyah di Minangkabau

No. Nama Surau Jumlah Naskhah

Keterangan

1. Surau Simpang 7 buah Di Jorong Ampek Surau, Nagari Matua Hilie, Kecamatan Matur, Agam.

2. Surau Tuo Taram 7 buah Di Jorong Cubadak, Nagari Taram, Kecamatan Harau, Limapuluh Kota; Syeikh Ibrahim Mufti atau dikenal juga dengan Beliau Taram.

3. Surau Gadang Ampalu 22 buah Di Nagari VII Koto, Kecamatan Sungai Sarik, Kabupaten Padang Pariaman; Syeikh Tuanku Khali.

4. Surau Suluk 9 buah Di Nagari Katinggian, Kecamatan Harau, Limapuluh Kota; Dt. Mali Putih Alam.

5. Surau Syeikh Abdurrahman

11 buah Di Akabiluru, Limapuluh Kota; Syeikh Abdurrahman.

6. Surau al-Amin 3 buah Di Nagari Kinali, Pasaman Barat. 7. Surau Lubuk Landur 101 buah Di Lubuk Landur, Pasaman Barat;

Syeikh Muhammad Bashir 8. Surau [sekarang masjid]

Syeikh Said Bonjol 16 buah Di Bonjol, Pasaman Timur;

Syeikh Said Bonjol. 9. Surau Tinggi 3 buah Di Nagari Kumpulan, Pasaman

Timur; Syeikh Maulana Syeikh Ibrahim Khalidi.

10. Surau Lamo Tuanku Mudiak Tampang

32 buah Di Mudiak Tampang, Rao, Pasaman Timur; Syeikh Mudiak Tampang.

11. Surau Ongga 5 buah Di Padang Besi, Padang; H. Ismail Rahmat.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

6

Sayangnya, ramai surau tarekat Naqsabandiyah tidak lagi menyimpan naskhah kerana sudah rosak dan hilang. Selain itu, ramai naskhah juga tidak lagi berada di tempat asal kerana diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu. Maknanya, naskhah dijual, sama ada di dalam negara mahupun ke luar negara. Surau tarekat Naqsabandiyah di Batusangkar misalnya, tidak lagi boleh ditemui naskhah-naskhahnya kerana rosak dan sebahagiannya (sangat mungkin) “diselamatkan” oleh pedagang barang antik. Praktik perdagangan ini pun masih terus berlaku hingga kini4

. Lebih terok lagi, kondisi naskhah yang dulu ditemukan masih baik, belum tentu saat ini boleh ditemui masih baik pula. Hal ini kerana iklim dan kurangnya pengetahuan pemilik naskhah tentang cara pemuliharaan fizik naskhah.

Selain tersimpan di surau, naskhah-naskhah yang berasal dari kegiatan intelektual di kalangan ulama Syattariyah dan Naqsabandiyah juga ada kalanya disimpan secara perseorangan. Berbagai-bagai latar belakang kenapa naskhah tersebut disimpan sebagai miliki peribadi. Ada kalanya orang yang menyimpan naskhah itu ialah keturunan dari syeikh yang memiliki dan atau juga menulis naskhah tersebut. Ada kalanya juga ia menyimpan naskhah kerana untuk menyelamatkannya dari kemusnahan, sama ada kerana surau tempat asal naskhah rosak mahupun bencana alam.

Informasi keberadaan naskhah yang terdapat pada Jadual 1 dan 2 belumlah seluruh

surau tarekat Syattariyah dan Naqsabandiyah yang ada di Minangkabau. Selain itu juga, sangat disayangkan, belum semua naskhah didaftar dan disusun katalognya. Namun demikian, upaya mengenal pasti naskhah-naskhah yang tersebar di berbagai-bagai surau masih terus diusahakan oleh para pengkaji tempatan. Upaya pendigitalan naskhah juga sudah dilakukan, meskipun belum ramai. Sangat dikhuatirkan jika dalam waktu mendatang ramai naskhah yang lenyap, sama kerana rosak ataupun dijual, maka akan lenyap juga pengetahuan ulama-ulama tempatan yang terakam di dalamnya.

Fakta di atas sudah membuktikan bahawa tradisi intelektual di kalangan ulama

Minangkabau telah menyumbang terhadap warisan kebudayaan tertulis berupa naskhah-naskhah. Hal yang menarik pula bahawa naskhah-naskhah itu juga lahir impak positif dari dinamika polemik keislaman tempatan di Minangkabau. Sudah tentu bahawa ulama yang mengambil bahagian dalam perdebatan dan polemik keislaman tersebut telah menunjukkan kebolehan mereka dalam ilmu-ilmu keagamaan. Hal ini mengisyaratkan bahawa penguasaan akan kitab dan model pendidikan surau telah melahirkan banyak ulama yang memiliki kemampuan keagamaan yang luar biasa.

C. Gambaran Am Koleksi dan Pengkaji

Dari segi jumlah, tidak kurang dari 500 buah manuskrip koleksi surau-surau tarekat di Sumatera Barat yang sudah diketahui gambaran am isi dan kondisi fizik naskhahnya. Dilihat dari jenis isi atau teksnya, kebanyakan naskah yang ditemukan ialah naskhah tentang keislaman, kemudian berturut-turut dengan jumlah yang lebih sedikit mengandung teks-teks adat dan undang-undang Minangkabau, azimat, perobatan, mantra dan surat-surat perjanjian. Dari segi fizik naskhah, semuanya tertulis di atas kertas, sama ada kertas Eropah ataupun kertas tempatan (misalnya kertas daluwang).

4Berkenaan dengan fenomena perdagangan naskhah baca lebih jauh Pramono, “Fenomena Jual Beli Naskah dan Upaya Penyelamatan Naskah Melayu-Minangkabau”, Jurnal Ilmu Budaya Fakultas Ilmu Budaya Univ. Lancang Kuning, Pekanbaru, 2008, 5 (2), hlm. 1-13.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

7

Sayangnya, belum semua naskhah koleksi surau-surau di Sumatera Barat terdaftar dan disusun katalog naskhahnya. Untuk naskhah-naskhah di Sumatera Barat juga sudah beberapa peneliti yang telah menyusun katalog dan melakukan pendigitalan naskhah-naskhah koleksi masyarakat. Pada tahun 2006 melalui bantuan TUFS terbit Katalogus Manuskrip dan Skriptorium Minangkabau yang disunting oleh M. Yusuf. Selain katalog ini, terdapat satu katalog lagi yang juga berisi deskripsi naskhah-naskhah yang tersimpan di surau-surau di Pasaman, iaitu Katalog Naskah Pasaman: Surau Lubuk Landur dan Mesjid Syekh Bonjol yang disusun oleh Ahmad Taufik Hidayat, dkk. (2011).

Gambar 1: Buya Rasyidin (72 tahun) memperlihatkan

puluhan naskhah Masjid Syeikh H. Muhammad Said Bonjol dan salah satu contoh lembaran naskhah koleksi surau tersebut

Dalam bentuk laporan kajian, seperti yang dilakukan Yusri Akhimuddin (2007) dengan tajuk “Pemetaan Naskhah-naskhah Keagamaan di Padang Pariaman” telah mengupayakan deskripsi 36 naskhah koleksi perseorangan di Kabupaten Padang Pariaman. Dari 36 naskhah tersebut, kandungan naskhah yang dominan berisi kajian tasawuf sebanyak 12 naskhah, kemudian diikuti oleh bidang fiqah sebanyak 8 naskhah, bahasa dan kumpulan doa masing-masing 7 naskhah, dan naskhah Quran ditemukan 2 naskhah dalam bentuk lembaran.

Setahun kemudian, Zuriati, dkk. (2008) juga melakukan penyelidikan dengan tajuk

“The Digitisation of Minangkabau’s Manuscript Collections in Suraus”. Penyelidikan yang dibiayai Programme Endangered, British Library, London ini berjaya membuat deskripsi dan mendigitalkan 220 naskhah Minangkabau yang disimpan di 5 surau tarekat di Sumatera Barat. Sama halnya dengan penyelidikan-penyelidikan sebelumnya, dalam penyelidikan ini sebahagian besar naskhah yang ditemukan juga naskhah-naskhah yang mengandung teks keislaman.

Masih dengan sponsor yang sama, Irina Katkova & Pramono (2009) juga melakukan

penyelidikan dengan tajuk “Endangered Manuscripts of Western Sumatra: Collections of Sufi Brotherhoods”. Penyelidikan ini berjaya mendeskripsikan 90 naskhah koleksi masyarakat di Sumatera Barat, khususnya di wilayah Pasaman dan Agam. Penyelidikan ini hanya menyajikan deskripsi naskhah dan sejarah koleksi di masing-masing lokasi penyelidikan.

Selain itu, terdapat dua kegiatan penelusuran dan pendigitalan naskhah koleksi

masyarakat di Sumatera Barat yang pernah dilakukan oleh tim peneliti Balai Bahasa Padang. Pertama, penyelidikan yang dilakukan oleh M. Yusuf, Andriana Yohan dan Fitria Dewi (2008) dengan tajuk “Penelusuran Naskhah di Kota Sawahlunto dan Kabupaten Sijunjung”. Kedua, penyelidikan yang dilakukan oleh Yusri Akhimuddin, Andriana Yohan dan Fitria

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

8

Dewi (2009) dengan tajuk, “Penelusuran dan Deskripsi Naskhah-naskhah Koleksi Pribadi di Kabupaten Dharmasraya”. Penyelidikan ini telah mendeskripsikan dan mendigitalkan 40 naskhah koleksi perseorangan di Kabupaten Dharmasraya. Dua penyelidikan ini masih diramaikan dengan pencatatan, penyusunan katalog dan pendigitalan naskhah-naskhah di Sumatera Barat yang dilakukan oleh Badan Perpustakaan dan Kearsipan Sumatera Barat semenjak 2008 hingga sekarang. Selain itu, juga ada kegiatan penyelidikan naskhah yang dilakukan oleh Tim Pusat Studi Naskhah Islam (TPSNI), Fakultas Adab Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol semenjak 2009 hingga sekarang.

Penyelidikan naskhah-naskhah di atas, masih diperkaya dengan beberapa

penyelidikan diarahkan pada naskhah-naskhah koleksi masyarakat di Sumatera Barat dan wilayah-wilayah terdekat di berbagai tempat di provinsi-provinsi tetangganya. Penyelidikan naskhah-naskhah Melayu di Sumatera Barat (minus Mentawai), Riau dan Kepulauan Riau pernah dilakukan oleh Pramono (2009). Dari penyelidikan ini, dideskripsikan 100 naskhah kuno koleksi masyarakat di Sumatera Barat dan 60 naskhah kuno Koleksi Museum Nila Utama Pekanbaru, Riau. Koleksi museum tersebut pada awalnya merupakan koleksi masyarakat di beberapa wilayah di Kepulauan Riau dan Riau. Penyusunan katalog dan pendigitalan koleksi peribadi di Sumatera Barat dan Jambi pernah dilakukan oleh Irina Katkova & Pramono (2011) dengan tajuk penyelidikan “Endangered manuscripts of Western Sumatra and the province of Jambi. Collections of Sufi brotherhoods”. Melalui penyelidikan ini dan berhasil menyusun katalog dan mendigitalkan naskhah sebanyak 95 naskhah.

Hingga kini, masih terus berlangsung upaya penelusuran naskhah-naskhah koleksi

peribadi di berbagai-bagai wilayah di Sumatera Barat, seperti yang dilakukan oleh Kelompok Kajian Poetika, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Andalas, dengan dukungan pendanaan dari pihak pemerintah Jepun. Namun demikian, selain deskripsi naskhah, hal yang diperlukan sekali ialah pemuliharaan dan pengkajian isi naskhahnya. Jika naskhah-naskhah yang rosak terus dibiarkan, maka akan hilanglah pengetahuan yang tersimpan di dalam naskhah-naskhah itu.

Gambar 2: Bangunan Surau Calau tampak dari atas

dan sebahagian naskhahnya

Koleksi naskhah yang tersimpan di surau masih menjadi mutiara yang terpendam. Ramai temuan-temuan menarik berkenaan dengan karya ulama masa lampau yang masih belum dilakukan kajian secara serius dan mendalam. Padahal, dalam konteks wacana Islam tempatan (Islamic local discourse), naskhah-naskhah karya ulama Minangkabau tersebut di atas menarik dan penting untuk dilakukan kajian terhadapnya. Sebagai bentuk penggubahan dari teks-teks sumber, naskhah-naskhah tersebut tidaklah seragam dalam penjelasan, interpretasi dan penjelasan atas doktrin-doktrin, konsep-konsep atau wacana tertentu. Sesuai

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

9

dengan lingkungan sosial, budaya dan keagamaan yang ditemuinya, para penulis naskhah menunjukkan usaha-usaha kontekstual dan indigenises Islam tanpa harus mengorbankan prinsip-prinsip dasar Islam, khususnya dalam bidang aqidah, kalam dan bahkan fiqah (Azyumardi Azra, 2004: 3).

Melalui kajian terhadap naskhah-naskhah tersebut tidak hanya dapat merekonstruksi

sejarah dan wacana keislaman tempatan Minangkabau, tetapi juga boleh mengungkapkan ekspresi keagamaan masyarakat yang sangat beragam. Tidak boleh dinafikan juga bahawa naskhah-naskhah tersebut telah menyumbang dalam pembentukan pandangan hidup, sistem nilai dan gambaran dunia masyarakat Minangkabau. Naskhah-naskhah itu juga bukti bagaimana tradisi berdebat dan intellectuality yang baik yang dimiliki oleh ulama-ulama Minangkabau. Dalam konteks polemik itu juga telah memperlihatkan tingkat kefahaman penguasaan pengetahuan agama yang dimiliki oleh ulama Minangkabau pada masa itu, termasuk kebolehan di antara ulama tersebut dalam kesusasteraan. Hal ini kerana ramai juga ditemukan naskhah-naskhah karya ulama tempatan dalam bentuk syair, iaitu syair-syair polemik keislaman tempatan.

Selain daripada itu, beberapa di antara koleksi naskhah di surau-surau tarekat di

Sumatera Barat merupakan naskhah-naskhah dengan kekayaan iluminasi. Iluminasi yang terdapat di dalam naskhah-naskhah kebanyakan di antaranya merupakan ragam hias tempatan. Sayangnya juga, temuan-temuan ini masih belum memikat para pengkaji tempatan. Padahal, kajian berkenaan dengan ragam hias tempatan tidak hanya menarik dan penting bagi kajian-kajian bidang naskhah sahaja, namun bidang-bidang lain, seperti seni dan kebudayaan juga berkepentingan terhadap objek-objek seperti itu.

Baru-baru ini, misalnya, tim peneliti dari Kelompok Kajian Poetika Poetika, Fakultas

Ilmu Budaya, Universitas Andalas menemukan naskhah beriluminasi yang ukuran fizik naskhahnya cukup panjang, iaitu berukuran panjang 630cm dan lebar 25 cm. Naskhah yang bersisi khutbah hari raya ini merupakan koleksi Surau Syeikh Mato Aia di Pakandangan, Padang Pariaman.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

10

Gambar 3: Naskhah “Khutbah Hari Raya” dengan ukuran panjang dan beriluminasi koleksi Surau Syeikh Mato Aia, Padang Pariaman

Menariknya lagi, naskhah koleksi surau-surau tarekat di Sumatera Barat tidaklah selalu berkenaan dengan Islam. Teks pengubatan tradisional (kitab tib) dan teks kesusasteraan juga ramai ditemukan di berbagai-bagai surau. Kandungan isi yang khas tempatan ini perlu dilakukan kajian secara mendalam agar kandungannya boleh relevan untuk kehidupan masa kini.

D. Penutup

Ramainya naskhah yang sudah ditemukan atau bahkan sudah dibuat salinan digitalnya, masih belum “memancing” para pengkaji untuk memanfaatkan isi kandungan naskhah sebagai sumber atau bahan kajian. Hal ini boleh jadi kerana anggapan bahawa kajian teks klasik tidak lagi relevan untuk kehidupan masa kini. Hasil kajiannya tidak boleh langsung dimanfaatkan untuk kemaslahatan hidup orang ramai. Anggapan ini tidak selalunya salah –sebagaimana para pengkaji naskhah yang selalu bersemangat menyatakan bahasa kajian terhadap naskhah itu penting dilakukan—jika melihat kecenderungan kurangnya relevannya hasil kajian teks klasik untuk kehidupan masa kini.

Padahal, jika naskhah dikelola dan dikembangkan, maka hasilnya dapat menyejahterakan kehidupan orang ramai. Bukankah dewasa ini peradaban umat manusia telah memasuki peradaban yang lazim disebut dengan Era Ekonomi Kreatif? Sebuah peradaban di mana kebudayaan boleh menjadi sebuah deposit mata tambang yang baru jika dikelola secara baik (PaEni, 2009). Salah satunya ialah, mengemas kembali teks klasik menjadi teks yang terbaca oleh generasi hari ini. Komik, senario drama/film, film kartun dan sederet kemasan terkini yang dibuat berdasarkan kajian teks-teks klasik merupakan salah satu contoh “membuka tambang” kebudayaan yang baru. Selain itu, menjadikan iluminasi yang

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

11

terdapat dalam naskhah kuno menjadi reka bentuk motif kain batik juga sebuah tawaran yang menarik dan menjanjikan (lihat contoh ini dalam gambar pada lampiran).

Tawaran ini sekali gus menutup tulisan pendek ini. Sekilas tampak tidak sesuai

dengan tajuk artikel, namun ini merupakan salah satu usaha yang dicuba untuk memberi sumbangan untuk lebih memanfaatkan naskhah bagi kehidupan masa kini. Oleh kerana itulah, bahagian akhir tulisan ini tidak diberi nama “kesimpulan”, tetapi justeru “penutup”. Dengan “penutup” akan lebih leluasa untuk mengakhiri tulisan ringan ini.

Daftar Pustaka Akhimuddin, Yusri. 2007. “Pemetaan Naskhah-naskhah Keagamaan di Padang Pariaman”.

Artikel Laporan Penyelidikan. Batusangkar : STAIN Batusangkar. Akhimuddin, Yusri dkk. 2009. “Penelusuran dan Deskripsi Naskah-naskah Koleksi Pribadi di

Kabupaten Dharmasraya”. Laporan Penelitian. Padang : Balai Bahasa Padang. Azyumardi Azra. 2003. Surau: Pendidikan Islam Tradisional dalam Transisi dan

Modernisasi. (Penterjemah Iding Rasyidin). Jakarta: Logos Wacana Ilmu. -----------------------. 2004. “Naskah dan Rekonstruksi Sejarah Sosial-Intelektual Nusanatra”

Makalah Simposium Internasional Pernaskahan VIII di Wisma Syahida UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta 26-28 Juli 2004.

Katkova, Irina & Pramono. 2009. “Endangered Manuscripts of Western Sumatra: Collections

of Sufi Brotherhoods”. (Laporan Penyelidikan pada Programme Endangered, British Library, London).

M. Yusuf (Penyunting). 2006. Katalogus Manuskrip dan Skriptorium Minangkabau. Tokyo :

Centre for Documentation and Area-Transcultural Studies, Tokyo University of Foreign Studies.

M. Yusuf, Andriana Yohan & Fitria Dewi. 2008. “Penelusuran Naskhah di Kota Sawahlunto

dan Kabupaten Sijunjung”, Laporan Penyelidikan. Padang : Balai Bahasa Padang.

Pramono. 2009. “Inventarisasi, Katalogisasi dan Digitalisasi Naskhah-naskhah Melayu di

Sumatera Barat, Riau dan Kepulauan Riau. Laporan Penyelidikan. Padang : Lembaga Penyelidikan Universitas Andalas.

Zuriati. 2008. “The Digitisation of Minangkabau’s Manuscript Collections in Suraus”.

(Laporan Penyelidikan pada Programme Endangered, British Library, London).

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1628/1/PAMM... · 2016-03-30 · 1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU

12

Lampiran : Salah satu contoh dari iluminasi naskhah ke reka bentuk batik

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia