buletin mpt062015

16
buletin TINTA MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH I JUN 2015 I EDISI 01

Upload: mptslideshare

Post on 16-Aug-2015

103 views

Category:

Government & Nonprofit


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin mpt062015

buletinTINTA M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H I J U N 2 0 1 5 I E D I S I 0 1

Page 2: Buletin mpt062015

2 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

KEPUTUSAN MGPWA TAHUN 2014

Tahniah !!! Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang di dalam Malaysia Government Portal Website

Assessment 2014 (MGPWA 2014) yang dikendalikan oleh MDEC dan MAMPU. Syabas kepada Bahagian Teknologi Maklumat MPT di atas kejayaan ini !!!

KEPUTUSAN PENILAIAN MGPWA IKUT TAHUN – MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

TAHUN 2011 2012 2013 2014BINTANG 5 BINTANG 5 BINTANG 5 BINTANG 5 BINTANG

KATA ALUAN DATO’ YDP MPTAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya, kita telah berjaya menghasilkan Buletin MPT pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sidang redaksi buletin MPT kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini dalam tempoh yang singkat iaitu 3 bulan.

Antara tujuan utama penerbitan buletin ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di MPT sepanjang tahun 2014 yang lalu. Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim MPT khususnya.

Saya menyeru agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan,bersama membentuk satu cita demi mencapai matlamat dan objektif jabatan serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan MPT sebagai satu jabatan yang Unggul dan Lestari. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Amin.

Page 3: Buletin mpt062015

3BULETIN TINTA

Exco KErAjAAN NEGErI PAHANG

EXCO ALAMAT JAWATANKUASA

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob,SDSA., SSAP., DSAP., DGSM.

Menteri Besar Pahang

Pejabat Menteri Besar,Wisma Sri Pahang,Aras 2, Blok A,25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5121682No.Faks: 09-5157766Emel: [email protected]

i) Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam Dan Pelajaran Negeri.

ii) Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian Negeri.

iii) Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat Negeri

iv) Pengerusi Jawatankuasa Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri

• Pengerusi (Jawatankuasa Khas)i) Jawatankuasa Perancangan, Kewangan,

Tanah, Perhutanan & Sistem Penyampaian Awam

ii) Jawatankuasa Khas Perpaduan

YB. Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin,SIMP., DSAP., DIMP.

Tingkat 7, Blok B,Wisma Sri Pahang,25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126607No.Faks: 09-5164971Emel:[email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

YB. Dato’ Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak,SIMP., DSAP., DIMP., AMP.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 KuantanNo.Telefon: 09-5178442No.Faks: 09-5178297Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri.

YB. Dato’ Wan Rosdy Bin Wan Ismail,DSAP., DIMP., SMP., AMP.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126606No.Faks: 09-5164917Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbadanan Negeri.

YB. Dato’ Haji Shafik Fauzan Bin Sharif,DSAP., SIMP., SMP.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126735No.Faks: 09-5363533Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri.

YB. Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin,SIMP., DSAP., DIMP., PKT.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126696No.Faks: 09-5126697Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri.

YB. Dato’ Abu Bakar Bin Haji Harun,DIMP., SMP.

Tingkat 2, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5161598No.Faks: 09-5159125Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri.

Page 4: Buletin mpt062015

4 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

YB. Dato’ Mohd Johari Bin Hussain,DIMP., PPA.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126603No.Faks: 09-5161753Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.

YB. Dato’ Norol Azali Bin Sulaiman,

DIMP.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126605No.Faks: 09-5163039Emel: norolazalipahang.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri.

YB. Dato’ Shahaniza Binti Shamsuddin,DIMP., AMP., BCM.

Tingkat 7, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5129414No.Faks: 09-5141837Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri.

YB. Dato’ Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,DIMP.,AMP., AMN.

Tingkat 3, Blok B,Wisma Sri Pahang25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126734No.Faks: 09-5145402Emel: [email protected]

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri.

AhLi-AhLi RAsMi MAjLis MesYUARAT KeRAjAAN PAhANg

Dato’ Sri Muhammad Safian Bin IsmailSSAP., SIMP., DSAP., DIMP., PJN., AAP., AMP.

Pejabat SetiausahaKerajaan Pahang

Tingkat 1, Blok A, WismaSri Pahang,

25503 KuantanNo.Telefon: 09-5126601

No.Faks: 09-5156106Emel: [email protected]

YB.Setiausaha Kerajaan Negeri

Shamsulbahari Bin Haji Ibrahim,AMP.

Pejabat Penasihat Undang-Undang N.PahangTingkat 3, Wisma

Sri Pahang.25503 Kuantan

No.Telefon: 09-5126611No.Faks: 09-5141729

Emel: [email protected]

YB.Penasihat Undang-Undang Negeri

Dato’ Dzul-Kifly Bin OsmanDSAP., DIMP., SMP., AAP., AMP.

Pejabat KewanganNegeri Pahang

Tingkat 6, WismaSri Pahang,

25503 Kuantan.No.Telefon: 09-5126801

No.Faks: 09-5134839Emel: [email protected]

YB.Pegawai Kewangan Negeri

Page 5: Buletin mpt062015

5BULETIN TINTA

1. YH. Dato’ Wong Tat Chee, DIMP2. YH. Dato’ Shivalingam a/l Athimulam, DIMP., KMN., AMN., AMP3. En. Mohd Sabri Bin Aziz, PKT4. Puan Hajah Norehan Binti Abu Bakar, AMN., AMP., PJK5. Puan Rosyatina Binti Wahab6. En. Gan Wee Kuan, AMP7. En. Razmi Bin Sudin8. En. Megat Asri Bin Abd. Jalil9. En. Jamaluddin Bin Ibrahim, PKT10. En. Wong Ting Fatt11. Puan Juhanis Binti Abdul Aziz12. En.Ridzuan Hazimin Bin Ramli13. Puan Suhaya Elly Binti Rosli14. En. Zainuddin Bin Izharulhaq15. En. Azril Rizal Yusof Bin Dato’ Hj. Mohd Sarit

Pada 10 Februari 2015 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis dan Ahli Turut Hadir, Majlis Perbandaran Temerloh di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran Temerloh.

Semua Ahli-Ahli Majlis dan Ahli Turut Hadir telah mengangkat sumpah di hadapan YH. Dato’ Syed Mohd Nor Bin Syed Jaafar, DIMP. Selaku Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh. Tempoh khidmat Ahli Majlis ini adalah dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016.

Senarai Ahli Majlis dan Ahli Turut hadir yang telah dilantik adalah seperti berikut :

16. En. Ahmad Zailani Bin Junoh17. En. Othman Bin Chik18. En. Mohd Ali Hanafiah Bin Hj. Ahmad19. Tuan Syed Aiduddin Bin Syed Yahya20. En. Lim Choon Chuan21. En. Tan Kong Fook22. En. Chan Ah Choy23. En. Yap So Sun24. En. Ramamorthy a/l S. Pechar25. Pegawai Daerah Temerloh26. Jurutera Daerah JKR Temelroh27. Ketua Polis Daerah Temerloh28. Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh29. Pegawai Agama Islam Daerah Temerloh

Majlis Angkat SumpahAHLI MAjLIS, MAjLIS PErBANDArAN TEMErLoH

BAGI TEMPoH 1 jANUArI 2015 HINGGA 31 DISEMBEr 2016

Page 6: Buletin mpt062015

6 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

MAjLIS ANUGErAH KHIDMAT cEMErLANG

& Majlis PerpisahanSETIAUSAHA MAjLIS PErBANDArAN TEMErLoH

ANUGErAH PErKHIDMATAN cEMErLANG 2013Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPT 2013.

1. Encik Lee Yoke Tham2. Puan Norehan binti Manab3. Puan Gusdan binti Tahir4. Puan Nazilah binti Abdul Ghafar5. Encik Makhozaini bin Lias6. Encik Ahmad Sabri bin Hussain7. Puan Salmiah binti Seman8. Puan Faizah binti Abu Bakar9. Encik Rohamat bin Abdul Rahman10. Encik Hazmi bin Mamat11. Puan Nurmaziah binti Mohd Nasir12. Encik Ismail bin Ramat @ Rahmat13. Tuan Haji Yusof bin Hussain14. Encik Hasanuddin bin Idris15. Puan Rope’ah binti Mohmad16. Puan Khalijah binti A. Malek17. Encik Hasbollah bin Ismail18. Encik Mohd Shahrul Azaharul bin Ismail19. Puan Norikhwana binti Jamaludin20. Encik Zulkeranain bin Mohamad21. Encik Ahmad Sapuri bin Rashid

22. Encik Indera Raizuan bin Arifin23. Puan Norhidayah binti Ismail24. Encik Mohamad Suhaimi bin Mohamad Idris25. Encik Muhammad Hanif bin Zainal Abidin26. Encik Mohd Qusyairy bin Kamaruzaman

ANUGErAH KHIDMAT SETIA

Serentak dengan APC juga, MPT telah mengiktiraf kakitangan yang setia bersama perkhidmatan awam selama 25 tahun. Pada tahun 2013, seramai 3 orang warga MPT telah mencapai perkhidmatan 25 tahun.

1. Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar2. Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohd Amin3. Puan Norita binti Abdullah Sani

PeRTUKARAN Yh DATO’ seTiAUsAhAPada tarikh 1 Mei 2014, Setiausaha MPT, YH Dato’ Hj Ahmad Salhi bin Hj Abdul Latif telah ditukarkan ke Majlis Daerah Pekan bagi menjawat jawatan Yang Dipertua. YH Dato’ mula bertugas di MPT mulai 16 April 2010.

Pemergian YH Dato’ ke Majlis Daerah Pekan menjawat jawatan Yang Dipertua sekaligus mencipta sejarah PBT Pahang sebagai perintis dimana Yang Dipertua dilantik dari kalangan kakitangan dalaman PBT.

Page 7: Buletin mpt062015

7BULETIN TINTA

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Perbandaran Temerloh telah bersidang sebanyak 24 kali pada tahun 2014 selaras dengan sasaran tahunan yang telah ditetapkan. Setiap bulan akan mengadakan sebanyak 2 kali mesyuarat bermula dari bulan Januari sehingga Disember. Pada tahun 2014 bahagian OSC , MPT telah memproses sebanyak 344 permohonan yang daripada Pelan kebenaran merancang, Pelan bangunan dan Pelan kejuruteraan.

Sumber : Bahagian OSC, MPT

Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP-1M) merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang mana majlis perlancarannya telah disempurnakan Oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Januari 2010. Pada 20 April 2012, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk diperluaskan ke seluruh Negara. TP-1 Malaysia terbuka kepada Perbadanan Pengurusan (Management Corporation- MC) atau badan pengurusan bersama (Joint Management Body –JMB) atau persatuan penduduk (sekiranya tiada MC atau JMB) bagi perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta di seluruh Malaysia.

Permohonan lesen dari bulan Januari – Disember 2014

Perjumpaan wakil Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Flat Jln Ponniah bagi penerangan TP1M

Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama (JMB – Join Management Body) telah dijalankan pada 8 Mei 2014 di Majlis Perbandaran Temerloh dengan usahasama COB.

Sumber : Unit COB, MPT

BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT (OSC) DAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

JABATAN PERLESENAN

Jabatan pelesenan Majlis Perbandaran Temerloh telah mengeluarkan sebanyak 9 kategori lesen perkhidmatan yang terdiri daripada Lesen premis berisiko tinggi, Lesen baru penjaja, Lesen baharu pekan sehari/ pasar malam/ pasar tani, Lesen hiburan, Premit sementara penaja pasar malam/ pekan sehari/ pasar tani/ kawasan lapang/ kaki lima, Permit sementara musim perayaan, lesen papantanda/ iklan/ kain rentang/ banting, pembaharuan lesen, pembatalan lesen dan rayuan permohonan lesen yang mana mematuhi prosedur ISO yang disediakan. Mesyuarat Jawatankuasa perlesenan akan dijalankan sebanyak sekali sebulan untuk meluluskan permohonan yang diterima. Pada tahun 2014, Jabatan Perlesenan telah menerima sebanyak 5,721 permohonan untuk diproses daripada pelbagai kategori lesen.

Sumber : Bahagian Perlesenan, MPT

Permit Sementara Musim Perayaan (Bazaar Ramadan 2014)

PERMIT MUSIM PERAYAAN 2014

Majlis Perbandaran Temerloh telah membuka peluang perniagaan sementara musim perayaan tahun 2014 iaitu melibatkan perniagaan di Bazaar Ramadhan dan perniagaan di musim perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha. Sejumlah 805 permit sementara Bazaar Ramadhan telah dikeluarkan yang melibatkan sebanyak 12 lokasi perniagaan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh. Sebanyak 330 permit sementara musim perayaan Aidil Fitri dan bagi musim perayaan Aidil Adha pula melibatkan pengeluaran sebanyak 200 permit sementara.

Sumber: Bahagian Pelesenan MPT

Lesen Baharu Pekan Sehari (Pasar Pagi Temerloh)

Page 8: Buletin mpt062015

8 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

Car Boot Sale Temerloh

KELAS MENGAjI MAjLIS PErBANDArAN TEMErLoH

Menuntut ilmu agama dan mendalami Al Quran adalah Fardu Ain kepada semua umat Islam. Oleh hal yang demikian, Majlis Perbandaran Temerloh telah membuat pendekatan dengan mengadakan kelas mengaji kepada seluruh kakitangan majlis. Usaha ini diambil bagi mengimbangi diantara keperluan fizikal dan rohani kakitangan yang mana berminat untuk mempelajari Al Quran secara lebih mendalam. Kelas mengaji ini telah diperkenalkan pada tahun 14.1. 2005 yang mana semua kakitangan lelaki dan perempuan dijemput untuk menghadirinya. Sehingga tahun 2014, kelas mengaji ini masih dijalankan pada setiap Jumaat pada pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi yang dipimpin oleh Ustaz Haji Abd Hamid b Isa.

Sumber : Jabatan Khidmat Pengurusan, MPT

MINGGU PEMErIKSAAN KESIHATAN WArGA MAjLIS PErBANDArAN TEMErLoH

Minggu Pemeriksaan Kesihatan Warga Majlis Perbandaran Temerloh telah dirasmikan oleh Dato’ Syed Mohd Nor b Syed Jaafar pada 12 Mac 2014. Minggu ini menepati kehendak yang terdapat di dalam agenda Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan dalam masa yang sama memastikan kesihatan kakitangan MPT di dalam keadaan yang baik. Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah pemeriksaan paras gula dalam badan, pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan lemak dalam badan, pemeriksaan peratusan otot dalam badan dan BMI. Semua kakitangan MPT diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rekod yang ada disimpan sebagai rujukan tahunan. Bagi kakitangan yang dikesan menghadapi masalah kesihatan, mereka dinasihatkan untuk merujuk doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan masyarakat dan perbandaran

KEMBArA BErAKIT SUNGAI PAHANG

Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama kerajaan negeri telah menganjurkan Kembara Berakit Sungai Pahang bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 pada 14 Mei sehingga 17 Mei 2014. Kembara ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang di Esplanade Temerloh. Melibatkan sejumlah 210 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta bagi mengemudi sebanyak 25 buah rakit tradisi untuk mengharungi arus Sungai Pahang sejauh 69 kilomater. Ekspedisi ini melibatkan 3 hentian dengan bermula di Dataran Esplanade Temerloh ke Guai, Bera sejauh 32 kilometer dan terus ke Kampung Batu Bor, Bera sebelum ke Jeti lama Chenor pada hari terakhir. Majlis Perbandaran Temerloh telah menghantar 10 orang peserta sebagai wakil bagi menghadapi cabaran ini.

Sumber : En Tarmizie b Ujang

Page 9: Buletin mpt062015

9BULETIN TINTA

gOTONg ROYONg esPLANADe TeMeRLOh 2014

Pada 30 April 2014 bertempat di Taman Esplanade Temerloh telah berlangsung gotong royong bagi meningkatkan keceriaan dan kebersihan kawasan berkenaan. Gotong royong kali ini melibatkan penyertaan semua kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh dan turut disertai oleh pihak Alam Flora Sdn Bhd selaku pihak kontraktor pembersihan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa gotong royong berkenaan seperti mengecat, pembersihan jalan, pemangkasan pokok, pembersihan sampah sarap termasuklah kerja-kerja pengindahan.

Sumber: Jabatan Khidmat Masyarakat Dan Perbandaran MPT

gOTONg ROYONg PeMBeRsihAN PErINGKAT DAErAH TEMErLoH 2014

Pada 1 November 2014 telah berlangsung aktiviti gotong royong pembersihan Peringkat Daerah Temerloh. YH Dato’ Hj Tarif bin Hj Abdul Rahman selaku Pegawai Daerah Temerloh telah menyempurnakan majlis perasmian pelancaran gotong royong ini bertempat di simpang Songsang Temerloh.

YH Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh berserta semua kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh turut menyertai gotong royong ini.

Gotong royong ini diadakan bagi meningkatkan komitmen dan kesedaran semua pihak bagi menjaga kebersihan dan mengambil langkah yang sesuai bagi menangani peningkatan kejadian demam denggi di daerah Temerloh.

Sumber : Jabatan Khidmat Masyarakat Dan Perbandaran MPT

PENGUATKUASAAN TErHADAP KErjA-KErjA TAMBAHAN / PINDAAN

Majlis Perbandaran Temerloh telah menguatkuasakan pemantauan bagi kerja-kerja tambahan / pindaan yang dijalankan agar pemohon mematuhi pelan yang telah diluluskan. Sebarang percanggahan / pelencongan uabahsuai akan dikenakan tindakan tegas sama ada :

i) Tindakan merobohkan binaan yang telah dibuat; atau ii) Tindakan mahkamah

KAEDAH PEMANTAUAN TErBAHAGI KEPADA 2 PErINGKAT :

1. Peringkat Mula Kerja

Lawatan pemeriksaan akan dijalankan dalam tempoh 2 minggu selepas kelulusan dikeluarkan bagi memastikan kedudukan bangunan mengikut Garis Panduan MPT yang telah ditetapkan.

2. Peringkat Akhir Kerja

Pemeriksaan akan dibuat semula bagi memastikan binaan yang siap mematuhi pelanyang diluluskan serta untuk tujuan pemulangan deposit.

Pemohon dikehendaki memastikan kerja-kerja binaan dijalankan pada hari Isnin hingga Sabtu sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada Hari Ahad dan Cuti Umum adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pemohon dikehendaki sentiasa mematuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan di dalam surat kelulusan pelan.

PErLAKSANAAN ProjEK PEMBANGUNAN 2014

Sepanjang tahun 2014, Majlis Perbandaran Temerloh melalui Jabatan Kejuruteraan telah berjaya melaksanakan berbagai projek pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Keseluruhan projek yang diterima sepanjang 2014 telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

Melalui kejayaan pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen MPT selaku pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan pelbagai prasarana bagi kemudahan penduduk setempat. Usaha sering dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan tahap perkhidmatan majlis sentiasa berada ditahap yang membanggakan.

Sumber: Jabatan Kejuruteraan MPT

Page 10: Buletin mpt062015

10 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

seNARAi PROjeK-PROjeK YANg DiLAKsANAKAN OLeh MPT

Membina Kompleks Ikan Patin, Bandar Lurah Semantan

Menaiktaraf Pasar Besar Temerloh Menaiktaraf Geraidi Taman Sri Kemuning

Pembinaan Padang Futsal Terbuka

Taman Bahagia Taman Temerloh Jaya Taman Setia Jasa

Penyelenggaraan PAKR Rumah Pangsa Sri Kemuning

Membina Dewan Serbaguna Di Kampung Penderas, Jenderak

Menaiktaraf Dewan Taman Saga, Mentakab

oPErASI PENGUATKUASAAN 2014

Sepanjang tahun 2014, Majlis Perbandaran Temerloh telah berjaya mengadakan beberapa siri operasi bagi menguatkuasakan undang-undang kecil yang digunapakai di kawasan Majlis Perbandaran Temerloh.

Antara beberapa operasi yang dijalankan melibatkan operasi bagi menangani iklan tanpa lesen, membasmi penjaja tanpa lesen, operasi premis perjudian, operasi menanggalkan iklan along, mengalihkan halangan, kacauganggu dan lain-lain. Operasi berkenaan diadakan bertujuan bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang kecil majlis.

Objektif tindakan penguatkuasaan ini adalah bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan undang-undang kecil berkaitan dan mendidik masyarakat di dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Tindakan yang diambil semasa operasi berkenaan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Temerloh.

Sumber: Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan MPT

Operasi membasmi penjaja tanpa lesen

Operasi menanggalkan iklan along

Operasi premis perjudian

Page 11: Buletin mpt062015

11BULETIN TINTA

isTiADAT DiRAjA BeRsAMA RAKYAT

Istiadat Berkhatan & Bertindik

Paduka-Paduka AnakandaYang Mulia Tengku Ameera Asya binti Tengku Abdul Rahman Al-HajYang Mulia Tengku Eddie Akasya bin Tengku Abdul Rahman Al-Haj

Yang Mulia Tengku Ahmad Firhan Shah bin Tengku Abdul Rahman Al-Haj

Pada 18 April 2014 yang lalu telah berlangsungnya Istiadat Berkhatan dan Bertindik Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang di Dataran Temerloh,Pahang.

ProDUK-ProDUK PELANcoNGAN DI TEMErLoH

Tempat-tempat yang menarik di sekitar Temerloh yang boleh dilawati oleh orang ramai.

Taman Esplaned Temerloh Kuala Gandah Elephant Santuary

Temerloh Water Park

Deerland Park, Lanchang Gunung Senyum

Page 12: Buletin mpt062015

12 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

Taman Bandar, Temerloh

Taman Tasik Chatin, Mentakab

Pekan Sehari Temerloh

Sangkar Ikan Temerloh

TEMErLoH 26-27 SEPTEMBER 2014

Pada 26 -27 September 2014 Harian Metro dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Majlis Perbandaran Temerloh telah menganjurkan siri perlumbaan basikal lasak Harian Metro Bike GP Cuti-cuti Malaysia 2014. Perlumbaan tersebut telah diadakan di Stadium Temerloh dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Shamsudin, Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Lanchang.

Bagi memeriahkan lagi acara selama 2 hari ini, telah diadakan juga pelbagai aktiviti sampingan seperti Klinik Basikal, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan gerai-gerai pameran oleh penaja dan para peniaga jemputan.

Page 13: Buletin mpt062015

13BULETIN TINTA

PUSAT PENTADBIrAN DI TEMErLoH

Balai Polis Temerloh Balai Bomba Temerloh Pejabat Tanah& Daerah Temerloh

Wisma Persekutuan Temerloh Hospital Temerloh JPS Temerloh

Mahkamah Temerloh JKR Temerloh

Page 14: Buletin mpt062015

14 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

AUDIT PEMANTAUAN MS ISo 9001:2008

Audit Pemantauan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Qas International Sdn. Bhd. bagi tahun 2013 telah dijalankan pada 3 & 4 Julai 2014. Audit ini merupakan satu prosedur Pensijilan bagi memastikan pelaksanaan yang berterusan daripada organisasi yang melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut standard yang telah ditetapkan.

Pasukan Audit diketuai oleh Tuan Haji Ali bin Borhan dan dibantu oleh Encik Mohamad Rafidi bin Mat Dahan. Audit dijalankan terhadap semua skop persijilan yang meliputi proses kerja di MPT.

BENGKEL PINDAAN DoKUMEN MS ISo 9001:2008

Bengkel ini telah diadakan pada 4 & 5 November 2014 bertempat di Bilik Latihan Kemuning, Majlis Perbandaran Temerloh. Bengkel ini dibimbing oleh Encik Mohd. Bakri bin Jali, Juruperunding Kanan, SIRIM Training Services Sdn. Bhd.

Program ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan dan pindaan secara keseluruhan bagi kesemua prosedur yang sedia ada. di MPT. Hasil dari Bengkel ini, 82 prosedur di MPT telah dikurangkan kepada 49 Prosedur. Ini berikutan pergabungan beberapa prosedur sedia ada dan penambahan beberapa prosedur baru. Prosedur-prosedur ini digunakapai berkuatkuasa 01 Disember 2014.

AUDIT PErSIjILAN SEMULA QE/5S

Audit Persijilan semula QE/5S telah diadakan pada 20 Mac 2014 oleh pihak MPC yang diwakili Encik Andra Syahrizal Mohamad. Audit ini diadakan berikutan Sijil QE/5S MPT telah tamat tempoh pada 30 Januari 2014. Antara Zon yang dilawati ialah Zon Hail Amir, Zon A. Ramlie, Zon Man Kidal dan Zon P. Ramlee.

MPT telah diperakukan untuk Persijilan Semula QE/5S selama setahun dari 20 Mac 2014 hingga 19 Mac 2015

KEjoHANAN cUBPrIx PETroNAS 2014

Pada 21 hingga 22 Jun 2014 telah berlangsung kejohanan Cubprix Petronas 2014 bertempat di Kawasan Perindustrian Temerloh.

YH Dato’ Syed Mohd Nor bin Syed Jaafar, DIMP selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh telah diberikan penghormatan bagi menyampaikan hadiah kemenangan kepada peserta kejohanan berkenaan.

Melalui penganjuran kejohanan sedemikian akan dapat memperkenalkan Temerloh kemata dunia melalui hebahan media dan menarik pengunjung ke Temerloh.

Sumber: Bahagian Perhubungan Awan MPT

Page 15: Buletin mpt062015

15BULETIN TINTA

MPT DIGErUNI oLEH PASUKAN LAWAN

TEMERLOH - Julai 2014 pasukan bolasepak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mencipta sejarah baru dan berhak digelar gergasi bolasepak daerah Temerloh kerana telah dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Bolasepak Piala Dato’ Shakar (Ketua UMNO Bahagian Temerloh) tahun 2014 yang memperolehi hadiah utama wang tunai RM4,000.00 serta piala iringan dan sebuah piala pusingan. Dalam kejohanan tersebut sebanyak 16 pasukan telah berentap yang mana terdiri dari agensi-agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Diantara pasukan yang berentap adalah Sematan Renjer, AADK, PPSPPA, UMNO Bahagian Temerloh, Pemuda UMNO Mentakab, Peladang dan lain-lain. Venue utama kejohanan adalah Stadium MPT Temerloh, Padang Besar Mentakab dan Padang Awam Buntut Pulau.

Menurut pengurus pasukan (Rozani), resipi kejayaan pasukan MPT adalah displin, latihan, gabungan pemain senior dan junior, perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan luar dari daerah Temerloh serta semangat kesukanan yang tinggi. Disamping itu juga kehadiran penyokong-penyokong dari warga MPT menambahkan keyakinan dan semangat pemain-pemain. Malah, dalam setiap perlawanan pemain menunjukkan prestasi yang memberansangkan yang mana tidak kenal erti penat dan putus asa. Dengan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain telah mendapat pujian dari Dato’ Yang Dipertua yang sentiasa memberi sokongan moral kepada pemain-pemain MPT. Dato’ Yang Dipertua juga sanggup meluangkan masa bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

CERIA…. Para pemain dan pegawai pasukan meraikan kejuaraan bersama piala kejohanan

SUKAN KESUMBA MAjLIS PErBANDArAN TEMErLoH 2014

Sukan Kesumba MPT adalah kejohanan sukan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Kelab KESUMBA. Kakitangan MPT telah dibahagikan kepada rumah sukan, melalui undian nama mengikut kemahiran kakitangan dalam setiap acara oleh Ahli Jawatankuasa Kesumba. Rumah sukan tersebut pula diberikan nama, setiap nama kumpulan ada warnanya. Setiap rumah sukan juga dilantik ketua dan penolong.

Tahun 2014 sebanyak empat(4) rumah sukan antaranya ialah Rumah Ferarri(Merah), Rumah Lamborghini(Kuning), Rumah Bugatti(Biru) dan Rumah Porsche(Hijau). Beberapa acara sukan yang dipertandingan iaitu Bolasepak, Bolajaring, Badminton, Sepak Takraw, Futsal, Petanque, Pingpong, Dart , Karom, Dam, Batu Saremban dan lain-lain lagi. Syarat dan peraturan setiap acara adalah menjadi tanggungjawab AJK Kelab Kesumba.

Tujuan Sukan Kesumba ini diadakan kerana bagi merapatkan silaturahim di antara jabatan-jabatan dalaman, kakitangan sesama kakitangan, menguji mental dan fizikal, kemesraan ketua-ketua jabatan dan kakitangan bawahan serta menghilangkan rasa beban kerja harian. Secara tidak langsung dapat memerhatikan bakat-bakat baru bagi mewakili MPT dalam sukan di peringkat negeri Pahang dan seterusnya ke peringkat sukan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia.

Sepanjang sukan berlangsung setiap peserta menunjukkan semangat kesukanan yang amat tinggi dan tidak tahu penat dan putus asa. Semoga Sukan Kesumba ini dapat dikekalkan sampai bila-bila, mudah-mudahan hubungan lebih erat sesama kakitangan dipupuk melalui sukan dan dapat menjaga kesihatan demi kecergasan dalam melakukan pekerjaan, In Shaa Allah……….

Page 16: Buletin mpt062015

16 BULETIN TINTA

EDISI

01 M A J L I S P E R B A N D A R A N T E M E R L O H

16

Belakang Dari kiri Pn. Khairul Aimi bt. Mohd Ali, En Nor Hisham b. Abd Hadi, En. Fazran b AhmadEn. Hairudin b. Abu Hanipah, En. Azhar b. Ibrahim, Pn. Ayu Suzila bt. Abu Bakar

Depan Dari kiri Pn. Aslinda bt. Kamaluddin, En Subhan b. Shahudin (Ketua Editor) En. Hamizai @ Hamizzi b. Mohamad

Di ambil daripada bentuk Tengkolok Diraja, Konsep bangunan ini telah di olah bagi menjadikan konsep bangunan yang ikonik dan unik. Konsep ini di pilih kerana ianya menggambarkan institusi ini adalah institusi yang perlu dipatuhi.

METAPHOR