buletin pulakop

12
EDISI KHAS 2014 Mei - Disember 2014 ISSN 2180-3641 ISSN 2180-3641 YB Dato’ Seri Hassan Malik , Menteri Perdagangan, Kepenggunaan dan Koperasi , YBhg. Dato' Sri Alias Bin Haji Ahmad, Ketua Seausaha KPDNKK , YBhg. Dato’ Nik Ali Nik Mat , Pengerusi Eksekuf Suruhanjaya Koperasi Malaysia bergambar bersama-sama pegawai kanan SKM dan Kumpulan Penari “Rentak D’Bayu” PULAKOP “MEMPERKUKUH KERJASAMA MEMPERKASA EKONOMI” HARI KOPERASI NEGARA 2014

Upload: zaythe-saiman

Post on 16-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2/2014

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin PULAKOP

EDISI KHAS 2014 Mei - Disember 2014 ISSN 2180-3641

ISSN 2180-3641

YB Dato’ Seri Hassan Malik , Menteri Perdagangan, Kepenggunaan dan Koperasi , YBhg. Dato' Sri Alias Bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha

KPDNKK , YBhg. Dato’ Nik Ali Nik Mat , Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia bergambar bersama-sama pegawai kanan SKM dan

Kumpulan Penari “Rentak D’Bayu” PULAKOP

“MEMPERKUKUH KERJASAMA

MEMPERKASA EKONOMI”

HARI KOPERASI NEGARA 2014

Page 2: Buletin PULAKOP

SIDANG REDAKSI PENASIHAT : MATIAS KUNDAPIN

KETUA EDITOR

Asnijah Ibin

EDITOR

Norzaythe Saiman Azmaniansyah Bacok

JURUFOTO

Mohd Hasrol bin Sinol

REKABENTUK GRAFIK

Norzaythe Saiman Harriet justine

PERCETAKAN

JJ Cerroline Juni

ISI KANDUNGAN

3

Galeri lawatan Kerja Pengarah Akademi

4

5

6

7

8

MAJLIS MAKAN MALAM KUCPB

GALERI KURSUS

STATISTIK KURSUS PULAKOP

TINTA PENGARANG

FOKUS

HARI KOPERASI NEGARA 2014

Sekitar HKN 2014

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Koperasi

Setinggi-tingi kesyukuran kerana dengan izin-Nya

jawatankuasa Redaksi berjaya menerbitkan Edisi

Khas Buletin PULAKOP Bil 2, 2014.

Sepanjang tahun 2014 banyak aktiviti yang telah

dijalankan termasuk program-program lawatan

kursus yang banyak membantu para peserta dari

segi praktikal disamping teori di kelas. Tahun 2014

ini juga PULAKOP mula mengorak langkah menuju

kearah Pelaksanaan EKSA. Beberapa lawatan

penandaarasan EKSA ke agensi yang telah

mendapat persijilan EKSA seperti Jabatan

Pendidikan Daerah Sipitang dan INTAN Sabah

merupakan langkah pertama bagi memulakan EKSA

di PULAKOP.

Semoga PULAKOP terus Cemerlang .

Kursus Pegawai dan Kursus Dewasa

SOROTAN PROGRAM LATIHAN PULAKOP

9

10

11

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA

LAPORAN PENANDAARASAN EKSA PPD SIPITANG

GALERI AMALAN EKSA Aktiviti EKSA , sebelum dan selepas

11 CETUSAN KARYA

INFO SABAH

DITERBITKAN OLEH : Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP) Lot 573,KM 25 Jln Papar Baru, Peti Surat 569, 89608, Sabah Tel : +6088 – 755 646 / 755890 Faks: +6088 – 754017 Email: [email protected] web: www.skm.gov.my

Rafflesia, merupakan

bunga terbesar di dunia,

yang boleh ditemui di

Sabah. Bunga parasit ini

mengambil masa kira-

kira 9 bulan untuk

mekar, tetapi hanya

hidup untuk 3-4 hari

dengan mengeluarkan bau yang tidak

menyenangkan untuk menarik serangga

seperti lalat untuk pendebungaan

Rujukan: http://www.sabah.gov.my/main/ms-

MY/Home/About

Page 3: Buletin PULAKOP

HARI KOPERASI NEGARA 2014

BULETIN

PULAKOP

SEKITAR HKN 2014 22 - 24 OGOS 2014 STADIUM MINI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

GAMBAR KENANGAN KUMPULAN TARIAN RENTAK

D’BAYU (PULAKOP) DI BOOTH GERAKAN

KOPERASI NEGERI SABAH

KUMPULAN TARIAN RENTAK D’BAYU (PULAKOP)

BERSAMA PENGARAH PULAKOP DAN PENGARAH

SKM SABAH

SEBAHAGIAN ACARA YANG DISERTAI OLEH KUMPULAN RENTAK D’BAYU DI

BOOTH GERAKAN KOPERASI SABAH

Ahli Kumpulan Rentak Bayu terdiri daripada kakitangan

PULAKOP. Rentak Bayu bermaksud “Irama dan tarian budaya

etnik Negeri Sabah di mana BAYU merupakan simbol Negeri

Sabah memandangkan SABAH dikenali sebagai Negeri di

Bawah Bayu”

EDISI KHAS 2014

Page 4: Buletin PULAKOP

FOKUS

LAWATAN KERJA EN.ZAHARI BIN OMAR, PENGARAH AKADEMI SKM KE PULAKOP PADA 09 JULAI 2014

EDISI KHAS 2014

Gambar kenang-kenangan bersama warga PULAKOP dengan Pengarah Akademi SKM semasa lawatan terakhir ke PULAKOP selaku Pengarah Akademi SKM

Mesyuarat Pengurusan PULAKOP bersama

Pengarah Akademi

En. Zahari Omar merupakan Pengarah Akademi SKM

(ASKM) pertama. PULAKOP yang diletakkan secara

langsung dibawah ASKM ingin merakamkan setinggi

penghargaan dan terima kasih diatas bimbingan beliau

selama berkhidmat di ASKM.

Warga PULAKOP juga mengucapkan selamat bertugas

dan selamat maju jaya kepada En. Zahari Omar yang

berpindah tempat bertugas selaku Pengarah,

Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Negeri

Kedah. Jasa, sumbangan dan bimbingan beliau kepada

ASKM dan PULAKOP akan terus terpahat dalam sejarah

ASKM dan PULAKOP.

En. Matias Kundapin, Pengarah PULAKOP

menyampaikan taklimat perkembangan

PULAKOP kepada Pengarah Akademi SKM

BULETIN

PULAKOP

Penyampaian cenderahati kenangan kepada

Pengarah Akademi SKM, Encik Zahari Omar oleh

Encik Matias Kundapin, Pengarah PULAKOP

Page 5: Buletin PULAKOP

SOROTAN PROGRAM LATIHAN PULAKOP

KURSUS PEGAWAI ANTARA KURSUS PEGAWAI YANG DIADAKAN

KURSUS KOPERATOR ANTARA KURSUS KOPERASI YANG TELAH DIJALANKAN

Kursus TANAMAN GETAH Kursus PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAH

Kursus TANAMAN HALIA Kursus MULTIMEDIA DAN VIDEO EDITING

EDISI KHAS 2014 BULETIN

PULAKOP

Kursus PRISKOP Bengkel PERUNDANGAN KOPERASI

Page 6: Buletin PULAKOP

GALERI KURSUS

Kursus Tanaman Getah

dengan kerjasama

Lembaga Getah Sabah

Kursus Pengurusan

Kewangan Berhemah

Kursus Komputer MS

Powerpoint 2010

Kursus Ternakan Burung

Walit

Kursus Pembuatan Mee

Kursus Pembuatan Makanan

Berasaskan Ikan dengan

kerjasama MARDI

Kursus Pemborongan &

Peruncitan

Kursus Komputer MS

Excel 2010

Kursus Analisis Penyata

kewangan

Kursus Ternakan Itik dengan

kerjasama dengan Jabatan

Perkhidmatan Haiwan &

Perusahaan Ternak Negeri Sabah

Kursus Komputer Workshop

“Computer Maintenance”

Kursus Pembuatan Coklat

dengan kerjasama

Sekolah Sains Makanan &

Pemakanan , Universiti

Malaysia Sabah (UMS)

Kursus Fertigasi

( Rock Melon)

Kursus Asas Pengurusan

Perniagaan

Kursus Pembuatan Bun

dan Roti Siri 2 dengan

kerjasama Sekolah Sains

Makanan & Pemakanan ,

Universiti Malaysia Sa-

bah (UMS)

Kursus Photoshop CS3

Siri 2

EDISI KHAS 2014 BULETIN

PULAKOP

Page 7: Buletin PULAKOP

SOROTAN AKTIVITI KOPERASI DAN KELAB

Majlis Makan Malam Koperasi Usahawan Cemerlang Papar Berhad Koperasi Usahawan Cemerlang Papar Berhad (KUCPB) telah ditubuhkan pada 05 Mac 2010 dianggotai oleh

warga PULAKOP. KUCPB telah mengadakan Majlis Makan Malam Koperasi pada 29 Mei 2014 bertempat di

Shangri-La Tanjung Aru Resort. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Matias Kundapin selaku Pengarah Pusat Latihan

Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP). Majlis adalah merupakan majlis hari penghargaan kepada semua anggota

koperasi terutama kepada Ahli Lembaga Koperasi dan anggota yang telah berkerja keras menguruskan koperasi

bagi tahun 2013/2014.

Beberapa acara telah diadakan sepanjang malam tersebut, antaranya ada pertandingan merebut “King and Queen

of the Night”, acara ini telah dimenangi oleh Encik Suderman Salim dan Puan Noor Cahaya Hj. Tahir. Turut hadir

pada malam tersebut adalah Encik Asmawi Asik , mantan Pembantu Am Pejabat PULAKOP yang dinaikkan

pangkat dan telah bertukar ke SKM Sarawak.

EDISI KHAS 2014 BULETIN

PULAKOP

Page 8: Buletin PULAKOP

LAWATAN PENANDARASAN EKSA

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE INTAN SABAH

17 NOVEMBER 2014

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

SIPITANG

10 OKTOBER 2014

BULETIN

PULAKOP EDISI KHAS 2014

Page 9: Buletin PULAKOP

LAPORAN PENANDARASAN EKSA

Pada 10 Oktober 2014 warga PULAKOP telah membuat rombongan lawatan Penandarasan Ekosistem

Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang yang diketuai oleh Pengarah

PULAKOP. Selain lawatan ke PPD Sipitang, lawatan penandarasan ke Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN) Sabah juga telah dibuat pada 17 November 2014. PULAKOP juga telah menjemput pegawai

INTAN Sabah untuk memberi taklimat mengenai Pelaksanaan EKSA pada 17 Oktober 2014.

Tujuan lawatan dan sesi taklimat berkenaan adalah bagi melihat sendiri serta belajar dari agensi yang

telah melaksanakan EKSA serta telah menerima persijilan EKSA daripada MAMPU. PULAKOP telah

memulakan usaha membudayakan EKSA bermula dengan 5S sejak tahun 2013 lagi . Hasil daripada

lawatan tersebut pembudayaan EKSA di PULAKOP akan diperhebatkan sehinggalah mendapat persijilan

dari MAMPU. Diantara elemen penting dalam EKSA adalah penonjolan imej korporat, diharapkan

dengan pemahaman, komitmen dan penglibatan aktif semua warga PULAKOP ianya dapat dilaksanakan.

Elemen-elemen “Go-Green”, penjimatan dan kreativiti juga akan diamalkan dalam pelaksanaan EKSA

di PULAKOP.

Penerangan oleh Encik Aliamat di

Sudut EKSA PPD Sipitang

Tempat Letak kenderaan OKU antara syarat

prasarana yang perlu diwujudkan

“Persekitaran Kondusif, Pemangkin Produktivi” BULETIN

PULAKOP EDISI KHAS 2014

Pengarah PULAKOP bersama Encik Abdul Razak Bin

Abdul Karim, Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang

Pengarah PULAKOP menandatangan Buku Pelawat PPD

Sipitang

MOTO EKSA PULAKOP

Page 10: Buletin PULAKOP

GALERI AMALAN EKSA

Puan Norhafizah Abdullah daripada INTAN Sabah memberi taklimat berkenaan Ekosistem Kondusif Sector Awam (EKSA) pada 17 Oktober 2014 di Bilik Misompuru, PULAKOP

SEBELUM DAN SELEPAS

AKTIVITI EKSA

SEBELUM SELEPAS

SEBELUM

SEBELUM

SELEPAS

SELEPAS

BULETIN

PULAKOP

EDISI KHAS 2014

Oktober 2014 November 2014

Oktober 2014

Oktober 2014

November 2014

November 2014

Page 11: Buletin PULAKOP

STATISTIK PENCAPAIAN KURSUS PULAKOP

BULETIN

PULAKOP

EDISI KHAS 2014

BIL KURSUS TARIKH KURSUS

TEMPOH KURSUS (HARI)

BIL. PESERTA

BIL. PESERTA JUMLAH

KOP SKM SABAH SRWK SM

1 PEGAWAI SKM JAN - DIS

22

- 160 112 32 16 160

2 KOPERASI JAN - DIS 180 1702 1457 245 - 1702

JUMLAH 202 hari 1,702 160 1,569 277 16 1,862

JADUAL 1 : Jumlah Peserta Kursus yang dihadiri oleh Pegawai SKM dan Anggota Koperasi

Kursus Pegawai = 8 kursus (160 Orang)

Kursus Koperasi = 62 kursus (1,702 orang)

JADUAL 2 : Kursus yang dilaksanakan mengikut unit dan jumlah peserta

BIL UNIT BIL. KURSUS JUMLAH PESERTA

1

2

3

4

5

Keusahawanan dan Perniagaan

Pengurusan dan Perundangan

Perakaunan dan Pengauditan

Teknologi Maklumat

Pegawai

29

10

7

16

8

910

296

206

290

160

JUMLAH 70 1862

Sepanjang tahun 2014, sebanyak 62 kursus telah berjaya dilaksanakan kepada koperator daripada Sabah

dan Sarawak. Manakala itu, sebanyak 8 kursus pula diadakan untuk Pegawai Suruhanjaya Koperasi

Malaysia. Ini menjadikan sebanyak 70 kursus secara keseluruhannya. Maklumat terperinci mengenai

program latihan anjuran PULAKOP adalah seperti di jadual 1 dan Jadual 2.

Page 12: Buletin PULAKOP

PANTUN SELOKA

Menyapa senyum, salam diberi Orangnya baik lagi pemurah

Sungguh segak tak terperi Itulah dia Tuan Pengarah

Anggun sidia berwajah mulus Tinggi lampai berambut lurus

Menjaga bajet dengan telus Agar Jabatan lebih terurus

Ilmu dikumpul lalu diedar

Untuk dikongsi bersama kawan Memang tahu memang sedar

Komitmen tugas Penolong Pustakawan

Orangnya peramah teman berbual sangat baik sopan bertutur

Sungguh tekun mengatur jadual Kursus dibuat dengan teratur

Wang ringgit bertan-tan

Bukan milik tapi amanah Memegang jawatan penolong akauntan

Dijaga dengan penuh sempurna

Orangnya gagah lagi bergaya Tugas ICT kerja hakiki

Sangat pakar semua percaya PC rosak senang dibaiki

Manis sungguh empunya senyuman Orangnya tegas belum berpunya Gemar membaca untuk pedoman Penyelidikan tugas utamanya Sungguh manis berbaju kebaya Bertudung litup semakin lawa Latihan dijaga dengan jaya Kakitangan & koperator jangan ambik lewa Sungguh wangi sibunga kasturi Untuk dimasak lemak santan Orangnya segak bijak bestari Penolong Jurutera nama jawatan PPT jawatan dipegang Berambut perang ikal mayang Orangnya tegas tapi tak garang Senyum selalu semua sayang Sudah berpunya anak satu Warna biru warna dipuja Orangnya bijak mengurus waktu Sangat efisien membuat kerja Tinggi lampai segak menawan Namun hati sudah berpunya Pendiam bukannya rawan Semua orang jadi kawannya Bilik kemas sungguh cantik Tersusun indah bukan kepalang Fasilitator EKSA suda dilantik Harap tercapai dengan cemerlang Tinggi lampai asal Sarawak Datang ke Sabah jiwa nan pasrah Suka senyum suka berlawak Sopan santun hati permurah Asal Perak berhijrah ke Sabah Agar sinar beri cahaya Baru berkhidmat dengan tabah Semoga maju dengan jaya Dedikasi dan komited dengan tugas Amanah dibuat tak kira masa Pemandu cekap serta tegas Serba tahu isu semasa Asalnya Ranau datang ke mari Datang ke PULAKOP mencari rezeki Warden asrama tugas diberi Tapi Cuma untuk lelaki

Orangnya kecik ingat remaja Sangat cantik bila bersolek

Boleh buat semua kerja Memang bijak juga berintelek

Teman mengira si penolong akauntan

Sambil mengira minum sebentar Jangan silap nanti bentan

Elaun tak masuk terketar-ketar

Menjaga aset bagai nak rak Satu kompleks bukan nak riak Melaksana tugas dengan bijak

Tanggungjawab sempurna bukan lawak

Berkaca mata dari Semporna Memandu kereta proton wira

Jangan dikata buta warna Semua kerja tidak berkira

Orang Harapan menjaga asrama

Asrama wanita tiada hama Kerap bertugas bersama-sama

Rajin dan dedikasi amalan utama

Hasil Nukilan

Norzaythe Saiman

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi