buletin 2010

16
Negeri Pulau Pinang U uletin http://puspanita.penang.gov.my emel : [email protected]

Upload: ngoxuyen

Post on 28-Dec-2016

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin 2010

Negeri Pulau Pinang 

U uletin

http://puspanita.penang.gov.my

emel : [email protected]

Page 2: buletin 2010

Kandungan Perutusan Penasihat    2    Perutusan Pengerusi    3  AJK Induk PUSPANITA   4 2009‐2011  Aktiviti Utama 2010    5  Rumah PUSPANITA    6  Aktiviti Biro 2010    6  Cetusan Selera    9  Aneka Petua      10  Tips ICT      11  Tips Ketrampilan Diri    12  Puisi & Sajak      13  Mutiara Kata      14  

   

Penasihat : Y.B. Dato’ Haji Zainal Rahim b. Seman  

Pengerusi : Y.Bhg. Datin Hajah Nik Hasmah bt. Nik Kadir  

Ketua Editor : Pn. Hajah Badriah bt. Ali Timbalan Pengerusi II & Pengerusi Biro ICT  

Penolong Editor : Pn. Jahara bt. Bidin Timbalan Pengerusi Biro ICT  

Editor/Rekabentuk Grafik: Pn. Noor Hadzila bt. Zainol Pn. Salbiah bt. Mat Pn. Jamilah bt. Mohamad Pn. Latifah bt. Shaari  

Jurufoto : Biro ICT  

Penyumbang Berita :  Timbalan Pengerusi I & Pengerusi Biro Ketrampilan Diri & Pembangunan Keluarga 

Timbalan Pengerusi III & Pengerusi Biro Agama,         Pendidikan & Pengetahuan Am 

Pengerusi Biro Kepenggunaan  Pengerusi Biro Ahli Seumur Hidup  Pengerusi Biro Alam Bina & Hiasan Dalaman  Pengerusi Biro Keusahawanan  Pengerusi Biro Kesihatan  Pengerusi Biro Khidmat Masyarakat  Pengerusi Biro Sukan  Pengerusi PUSPANITA Majlis Perbandaran Pulau Pinang  Pengerusi PUSPANITA Majlis Perbandaran Seberang Perai 

Pengerusi PUSPANITA Daerah Barat Daya  Pengerusi PUSPANITA Daerah Timur Laut  Pengerusi PUSPANITA Daerah Seberang Perai Utara  Pengerusi PUSPANITA Daerah Seberang Perai Tengah  Pengerusi PUSPANITA Daerah Seberang Perai Selatan  

Setiausaha : Cik Yusbita bt. Yaacob 

Sidang Editor

Tel : 04‐6505146 | Fax : 04‐2276115 

       Cetakan : PUSPANITA Negeri Pulau Pinang | http://puspanita.penang.gov.my Rumah PUSPAHOMES, 135 Jalan Masjid Negeri, 11600 George Town, Pulau Pinang 

Page 3: buletin 2010

Perutusan Penasihat Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya PUSPANITA Negeri Pulau Pinang pada julung-julung kalinya telah berjaya menerbitkan Buletin PUSPANITA bagi tahun 2010.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Jawatankuasa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang yang membantu dan menyokong Biro ICT PUSPANITA dalam menyediakan input kepada Buletin ini. Saya percaya dengan adanya Buletin PUSPANITA ini, ianya akan menjadi platform yang membolehkan Ahli-Ahli PUSPANITA memberikan sumbangan idea dan buah fikiran bagi kebaikan bersama dalam memastikan PUSPANITA Pulau Pinang akan terus memacu kejayaan. Oleh yang demikian, semua Ahli PUSPANITA Pulau Pinang akan berusaha dengan penuh dedikasi dan bersemangat waja serta berkerjasama sebagai satu pasukan dalam menerajui kecemerlangan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang. Sentiasalah bermuafakat dan berhemah dalam melaksanakan perancangan Biro masing-masing supaya akan terserlah kewanitaannya yang penuh kemesraan. Diharapkan faedah dari penerbitan Buletin ini dapat dimanfaat secara yang berkesan. Sanjungilah apa jua sumbangan idea dan buah fikiran yang dimangkinkan oleh ahli kerana ianya akan melonjakkan keupayaan cemerlang PUSPANITA Negeri Pulau Pinang. SALAM HORMAT, DATO’ HAJI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN Penasihat PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

2

Page 4: buletin 2010

Perutusan Pengerusi SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG SEPATAH KATA DARI PENGERUSI PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG MENCETUS SUMBER INSPIRASI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan idea dan buah fikiran serta kerjasama yang telah diberikan oleh semua AJK setiap Biro PUSPANITA Negeri dan Daerah-Daerah dalam menjalankan aktiviti bagi mencapai visi dan misi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang di sepanjang tahun 2010. Alhamdulillah, pada tahun 2010, kita telah mendapat sebuah rumah PUSPANITA @ PUSPAHOMES yang telahpun beroperasi dengan jayanya. Pada tahun 2011, kita telah melahirkan sebuah BULETIN yang sulung bagi Negeri Pulau Pinang untuk tatapan semua. Adalah diharapkan dengan adanya Buletin ini, warga PUSPANITA dapat menyumbangkan berita dan melaporkan pelaksanaan program/aktiviti di sepanjang tahun. Semoga semua warga PUSPANITA akan memanfaatkan Buletin ini dari masa ke semasa. “SELAMAT MEMBACA” DATIN HAJAH NIK HASMAH BINTI NIK KADIR Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

3

Page 5: buletin 2010

Penasihat Y.B. Dato’ Haji Zainal Rahim b. Seman

Pengerusi Y.Bhg. Datin Hajah Nik Hasmah bt. Nik Kadir

Timbalan Pengerusi I Y.Bhg. Datin Hamidah bt. Mat Daud (Pengerusi Biro Ketrampilan Diri &

Pembangunan Keluarga)

Timbalan Pengerusi II Pn. Hajah Badriah bt. Ali

(Pengerusi Biro ICT)

Timbalan Pengerusi III Y.Bhg. Datin Siti Khatijah bt.

Zakaria (Pengerusi Biro Agama,

Pendidikan & Pengetahuan Am)

Setiausaha Cik Yusbita bt. Yaacob

Bendahari Y.Bhg. Datin Siti Zaleha bt.

Bakar

Penolong Bendahari Pn. Hajah Zawyah bt. Nik Mat

Penolong Setiausaha Pn. Siti Saniah bt.

Mohd Ridzwan

Pengerusi Biro Kepenggunaan

Y.Bhg. Datin Asliza bt. Abd. Jalil

Pengerusi Biro Kesihatan

Y.Bhg. Datin Hajah Zainab bt. Ismail

Pengerusi Biro Alam Bina & Hiasan Dalaman

Pn. Rohaya bt. Yaacob (Pengerusi PUSPANITA Majlis Perbandaran Seberang Perai)

Pengerusi Biro Khidmat Masyarakat Y.Bhg. Datin Hajah Che

Hasnah bt. Abdullah

Pengerusi Biro Seumur Hidup

Y.Bhg. Datin Noraini bt. Jaafar

Pengerusi Biro Sukan Pn. Batiyah bt. Bakar

Pengerusi Biro Keusahawanan

Pn. Ramnah bt. Ahmad

4

Page 6: buletin 2010

5

Page 7: buletin 2010

6

Biro ICT 

135 Jalan Masjid Negeri 11600 George Town                            

Pulau Pinang  : 012-4889116 : [email protected]

Page 8: buletin 2010

7

Biro Seumur Hidup 

Biro Agama, Pendidikan & Pengetahuan Am 

Biro Kepenggunaan 

Biro Alam Bina & Hiasan Dalaman 

Biro Sukan  Biro Keusahawanan  Biro Khidmat Masyarakat 

Page 9: buletin 2010

8

Biro Ketrampilan Diri & Pembangunan Keluarga : Biro Kesihatan 

PUSPANITA Majlis Perbandaran Pulau Pinang 

PUSPANITA Daerah Seberang Perai Utara 

PUSPANITA Daerah Barat Daya 

PUSPANITA Daerah Timur Laut 

PUSPANITA Daerah Seberang Perai Tengah 

PUSPANITA Daerah Seberang Perai Selatan 

Page 10: buletin 2010

Amos Biscuits Bahan-Bahan: 250g butter 6 oz gula halus 6 oz gula perang[brown sugar] 1tsp vanilla essence 2 biji telor [2 kuning &1 putih] 450g self-raising flour 6 oz hersey chocolate chips 150g walnut atau badam suku sudu teh bicabonate of soda Cara: (1) pukul butter hingga gebu masukan kedua-dua jenis gula tadi,vanilla dan telor dan d kacau rata (2) masukan tepung,chocolate chips dan walnut serta kacau rata (3) ambil sesudu adunan tadi dan letak di atas dulang pembakar (4) bakar pada suhu 150-170 selama 15-20 minit

Bubur Biji Salak Bahan-Bahan: 500 gm keledek (dibuang kulit dan direbus hingga empuk) 100 gm tepung sagu Air untuk merebus Bahan-bahan kuah: 500 ml santan daripada ½ biji kelapa 100 gm gula merah 150 gm gula pasir 2 helai daun pandan Cara: Lecek keledek hingga lumat. Masukkan tepung sagu dan uli rata. Bentukkan tepung seperti biji salak. Didihkan air dan rebus tepung seperti merebus buah melaka. Angkat dan sejat. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula merah dan gula pasir serta daun pandan hingga mendidih. Masukkan biji salak. Kacau dan angkat. Hidangkan.

Acar Nyonya Bahan-Bahan: 1 biji timun (dipotong memanjang) 1 batang lobak merah (dipotong memanjang) 5 sm halia (dimayang) 4 biji cili merah (dibelah enam) 2 ulas bawang putih 15 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar Sedikit cuka dan gula 1 camca besar udang kering 6 biji cili kering Sedikit belacan Cara: Panaskan air hingga menggelegak kemudian celurkan timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih. Cili kering digiling halus bersama udang kering dan belacan. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan yang digiling tadi kemudian masukkan cuka, gula dan sedikit garam hingga naik baunya. Masukkan bahan-bahan yang dicelur tadi kemudian bolehlah diangkat.

Bebola Ayam Tauhu Bahan-Bahan: 2 keping dada ayam 4 keping tauhu 2 biji cili merah (cincang) daun sup daun bawang 2 biji telur tepung gorengan serbaguna/tepung goreng ayam serbuk lada sulah garam Cara: 1. tauhu dilecek dan dada ayam dicincang 2. campurkan semua bahan kecuali telur dan tepung 3. bulat² kan adunan, celup dlm telur ,salut dengan tepung dan goreng sehingga kekuningan. 4. pilihan lain.. telur boleh digaul sekali dengan adunan.

9

Page 11: buletin 2010

Petua Menghilangkan Semut Di Dalam Balang Gula

Masukkan beberapa bunga cengkih di dalam balang tersebut. Selain menghilangkan semut, ia juga meninggalkan aroma yang harum pada gula dan dalam minuman teh atau kopi.

Petua Untuk Menghalang Semut Di Atas Meja Makan Bila menghidangkan makanan yang manis di atas meja makan, kadangkala semut akan datang ke makanan tersebut. Untuk menghindarkan ianya berlaku, anda boleh menyapu sedikit minyak masak di keempat-empat kaki meja anda.

Hasil Nukilan : Y.Bhg.Datin Hajah Siti Khatijah Zakaria Timbalan Pengerusi III

(Pengerusi Biro Agama, Pendidikan dan Pengetahuan Am) PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

Menurunkan Berat Badan

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Menghilang Sakit Kepala Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

Elak Tepung Mudah Hapak Untuk mengelakkannya. Bungkus seketul arang dengan kain bersih dan letakkannya di dalam

tepung. Insyaalah selama mana anda simpan tepung itu tidak akan rosak.

Mengelakkan Beras Berkutu Ada dua cara, iaitu dengan menyimpan beberapa helai daun limau purut di dalam tempat beras dan menyimpan beberapa batang cili kering dalam tempat beras.

Menghilangkan Kesan Kunyit @ Kotor Pada Blender Jika anda ingin menghilangkan kesan kuning kunyit di dalam blender, masukkan sedikit peluntur ? bleach ke dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan air itu sehingga kesan kuning hilang. Anda juga boleh memasukkan dua sudu makan cuka dicampur dengan air panas ke dalam blender dan kemudian kisarkan air tersebut. Bilas dengan air panas dan keringkan. Cara ini juga berkesan jika anda ingin menanggalkan kesan karat teh, kopi dan sebagainya pada cawan dan gelas atau pinggan. Masukkan peluntur di dalam air panas dalam bekas pilihan anda dan masukkan cawan atau gelas tersebut. Biarkan sehingga daki atau karat itu hilang sendiri. Ini mengambil masa kurang sepuluh minit. Selepas itu, bilas pinggan mangkuk anda dengan perahan limau nipis atau pun pencuci pinggan yang biasa anda gunakan. Lihatlah hasilnya.

Ingin Nasi Tahan Lebih Lama Beras jika dicuci sekali sahaja maka nasi anda akan cepat basi. Tetapi, beras yang dibilas sekali ini mempunyai lebih karbohidrat kerana kanjinya tidak hilang semasa dibasuh. Untuk mengelakkan nasi anda cepat basi, pastikan nasi anda betul-betul kering airnya dan jika menggunakan periuk nasi elektrik, bilas beras anda hingga bersih.

Hilangkan Bau Durian Dari Peti Sejuk Jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.

10

Page 12: buletin 2010

Kecilkan kb/mb Imej Anda

Cuba bayangkan ketika anda sedang sibuk menyiapkan

poster design, gambar dan sebagainya. Setelah berpuas hati

dengan karya anda, anda save dan ingin upload hasil design

anda tadi ke laman web seperti facebook, deviantart dan

sebagainya. Sedang imej/design anda tadi dimuat naik,

muncul satu pop-up yang mengatakan "sorry, you image

exceed limit" atau erti kata lain, gambar anda melebihi saiz

kb/mb yang dibenarkan untuk upload. Apa perasaan anda

ketika itu? Kelam kabut? Ingin mencari Image Resizer?

Jangan Risau!

Ikuti 5 langkah mudah untuk mengecilkan saiz kb/mb imej

anda....

1. Buka imej anda

2. Click File, kemudian Click Save as Web & Devices.

3. Satu window baru akan "pop up"

4. Pilih filetype yang anda mahu save. (dimana crusor

berada)

5 Kemudian, tekan save (right bottom of the new window)

Mudah bukan?

Jadi, untuk mereka yang mahu "ringankan" blog anda, anda

digalakkan upload gambar yang tidak terlalu besar, minima

saiznya, tetapi mantap kualitinya.

Diharap secebis ilmu ini sedikit sebanyak memberi manfaat

Tips Keselamatan ICT 1. Rahsiakan kata laluan (password). Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password) 2. Salin maklumat lengkap. Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat. (contoh: simpan dalam cd, external harddisk Dan sebagainya) 3. Gunakan perisian anti-virus yang sah. (elak menggunakan perisian cetak rompak).

5. Berwaspada apabila memuat turun (download) program atau fail dari internet. 6. Jangan buka emel dari penghantar yang tidak dikenali. 7. Jangan biarkan komputer anda berada atas talian (online) jika tidak digunakan. 8. Shutdown komputer anda sebelum meninggalkan pejabat.

11

Page 13: buletin 2010

Apabila disebut tentang keteramplan diri, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza, ada yang sependapat, ada pula yang mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri. Ini adalah disebabkan setiap individu mempunyai cita rasa yang berlainan dan dia berhak untuk menilai apakah sebenarnya keterampilan diri itu se-benarnya. Walau bagaimanapun, keterampilan diri tidak boleh lari dari aspek berpakaian atau berfesyen. Bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum, perkara pakaian ini sudah bercampur aduk dan bagi menuju ke arah integrasi nasional adalah digalakkan semua kaum memakai pakaian Melayu bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian. Namun begitu ada orang yang langsung ti-dak mengambil berat tentang pakaian yang dipakainya, asalkan berpakaian sahaja sudah malahan ada pula yang sangat mengambil berat tentang pakaian. Ada yang ber-pakaian dengan cukup baik dan kemas apabila menghadiri majlis atau acara tertentu sahaja tetapi tidak mengambil berat tentang pakaian dalam keadaan lain. Ada pula orang yang menjadi tumpuan perhatian disebabkan pakaian yang dipakainya. Begitulah besarnya peranan yang dimainkan oleh pakaian yang dipakai oleh seseorang dalam membentuk keterampi-lan dan peribadi seseorang. Dalam komunikasi non-verbal pakaian memainkan peranan penting kerana dengan sekali pandangan setiap orang akan mudah mengetahui siapa sipemakainya atau tugas-tugasnya. Semua orang mahu kelihatan segak, tampan, cantik dan bergaya apabila ber-pakaian dan akan berasa bangga jika pakaiannya mendapat perhatian daripada orang lain. KESESUAIAN PAKAIAN WANITA Berpakaian adalah untuk keselesaan dan bukan untuk dipertontonkan dan kesederhanaan adalah yang paling se-suai. Pakaian untuk bertugas hendaklah disesuaikan den-gan tugas yang dijalankan. Jika penjawat jawatan yang memerlukan tugas rasmi dengan pakaian seragam, maka hendaklah pakaian seragam lengkap dan bukan dipakai hanya sebahagian sahaja. Bagi yang lain, pakaian jenis labuh adalah paling sesuai terutama bagi mereka yang ber-tugas di pejabat. Seluar panjang bagi wanita adalah kurang sesuai kecuali pakaian seragam di mana seluar adalah seba-hagian daripadanya. PEMILIHAN JENIS Fesyen sentiasa berubah-ubah, begitu juga dengan bentuk badan seseorang. Tidak semua fesyen itu sesuai dengan kita dan tidak juga dalam pelbagai keadaan. Sesuaikan pakaian seragam dengan tugas yang dijalankan supaya selesa dan elakkan daripada menjadi tumpuan orang lain. PADANAN WARNA Panduan asas bagi padanan warna wanita dalama berpakaian adalah seperti berikut:- 1. Elakkan daripada memakai pakaian yang

menggunakan kain jenis berkilat atau berkilau pada waktu siang. Jenis kain tersebut sesuai bagi acara waktu malam.

2. Elakkan memakai satu warna sahaja. Pakaian dari satu rumpun warna adalah sesuai. Biasakan menggunakan dua skim warna yang agak berlawanan.

3. Bagi pakaian yang berwarna-warni, cuba elakkan

daripada menggunakan lebih daripada empat warna pada satu-satu jenis pakaian.

4. Bentuk badan perlu diambil kira dalam pemilihan kain

kerana jenis kain tertentu boleh membantu dalam menggayakannya.

5. Gunakan kain jenis tipis yang lembut dan serap. Kain

jenis tebal tidak sesuai bagi iklim negara kita. 6. Pemilihan lining (jika ada) hendaklah jenis yang sesuai. ALAT HIASAN TAMBAHAN Pelbagai alat hiasan sama ada yang tulen atau tiruan banyak terdapat di pasaran dan kita perlu mengetahui cara menggunakannya walaupun ia murah dan tidak tulen, tetapi jika kena dengan masa dan pakaiannya, ia akan kelihatan berseri. Hiasan yang keterlaluan tidak sesuai kerana ia menjadi tumpuan orang dan boleh memalukan. Biasanya hiasan pada leher tidak lebih daripada dua jenis rantai dan penggunaan banyak cincin pada jari adalah tidak digalakkan. Hiasan tangan jenis berbunyi seperti loceng tidak boleh digunakan kerana ini tidak sesuai bagi majlis rasmi dan majlis pada waktu malam. Gunakan hiasan berlian yang berkilat. Pewangi yang lembut hanya sesuai di siang hari dan pewangi yang kuat baunya atau yang kuat daya tarikannya digunakan di sebelah malam. Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu pewangi pada satu-satu masa kerana ini akan berlawanan. BEG TANGAN DAN KASUT Sesuaikan warna beg tangan dengan kasut. Padanan warna pasangan ini lebih sesuai dan mudah. Beg tangan yang digunakan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil. Beg tangan yang sederhana besarnya sesuai digunakan di sebelah siang semasa bertugas dan jenis bertali atau jenis kepit bagi menghadiri majlis rasmi. Beg tangan yang kecil bertali pendek adalah sesuai untuk ke majlis makan dan bawa bersama penyangkut supaya senang menyangkutkan beg tersebut di meja makan. Beg tangan yang berwarna-warni tidak begitu sesuai dibawa untuk menghadiri majlis yan gpenuh istiadat atau majlis rasmi. Gunakan kasut yang sewarna dan sesuaikan warna kasut dengan kain yang dipakai. Bagi majlis rasmi, kasut berwarna gelap adalah lebih sesuai. Pemilihan jenis kasut juga perlu diambil kira sesuai dengan majlis yang dihadiri. Jika majlis itu banyak berdiri, elakkan memakai kasut yang tumitnya terlalu halus dan runcing kerana ia mudah memenatkan kaki. Bagi mereka yang menggunakan sarung kaki jenis yang lembut dan mengikut warna kulit adalah yang paling sesuai. Disediakan oleh YUSRI BIN MD YUSOF IMAN EVENT CONSULTATIONS

12

Page 14: buletin 2010

ISTERI Dia…. Cuma seorang wanita biasa Dari pandangan matamu…. Tapi kau tidak pernah melihatnya Jiwanya selalu berkorban Kerenahmu dia terima seadanya Garang mu dia sabar Taatnya tiada penghujong Tapi dia reda dengan jodoh Katanya dia telah bina istana Dia telah miliki sebuah masjid Yang diimpi sejak mengenalimu Dia....adalah....isteri. Isteri bukannya sebuah ladang Isteri bukannya sebuah kilang Tapi.... Isteri adalah jambatan kasih sayang Dia perlukan kasih dan sayang Dia mahukan belaian Dia mahu bahagia.. Dari.... seorang bernama suami Isteri itu bukannya hak milik Isteri adalah anugerah dariNya Mempunyai jiwa yang halus tapi kental Tabah...Iklas...Jujur...penoh setia, Kejayaanmu adalah satu kesinambungan Kesinambungan keluarga yang bahagia Walau apa pun jua, Belaian mu amat berharga Dari seorang yang bernama...suami. Hasil nukilan, Bada/Dis 2006

 Yakinkan Aku dalam kebimbangan malam  Tegakkan Aku dalam rapuhnya dunia..  Berikan Aku mimpi Indah….   Meski kehidupanku sedang menangis   Sebuah cita penuh harapan..  Kau beri Aku sebuah arti hidup   Meski hidupku tak bearti lagi….   Kau cuba sebarkan salju di gurun pasir  Meski langkahmu terseok‐seok….  Kau bantu Aku mencari emas   Dalam samudra kehidupan 

Jasa Dalam Kenangan Puspanita Negeri Pulau Pinang Diterajui oleh Datin Hajah Nik Hasmah Kalau berurusan sangatlah senang Berbudi bahasa amatlah ramah Banyak agenda telah dilaksana Kunjungan dibuat lawatan merata Dalam Mesyuarat semua terkena Demi kemajuan matlamat Puspanita Dalam ucapan ada jenaka Kalau berkhidmat tak kira masa Kenangan manis suka dan duka Cuit-cuit sikit janganlah terasa Kini perpisahan kian menghimpit Jasa dan ilmu menabur bakti Kini Buletin telah diterbit Untuk tatapan semua ahli

Hasil nukilan : Badriah/Jan 2011

13

Kalau Indah Pulau Langkawi

Jangan Lupa Untuk Berkunjung

Kalau Ada Silap Terperi

Jangan Diri Bersifat Murung

Hasil Nukilan : Y.Bhg. Datin Hajah Nik Hasmah bt. Nik Kadir

Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

Page 15: buletin 2010

Akal Setipis Rambutnya Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa olehNya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi. Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja – negarawan, karyawan, jutawan dan ’wan-wan’ lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.....

Jadikan dirimu madu dan jangan jadikan dirimu racun dalam menjalinkan persahabatan.

Hasil Nukilan : Y.Bhg. Datin Hajah  Siti Khatijah bt. Zakaria  Timbalan Pengerusi III  

(Pengerusi Biro Agama, Pendidikan dan Pengetahuan Am) PUSPANITA Negeri Pulau Pinang 

14

Page 16: buletin 2010

Puan Ramnah bt. Ahmad

Puan Hajah Badriah bt. Ali

Puan Hajah Zouyah bt. Nik Mat

Puan Rohaya bt. Yaacob

Tahniah diucapkan…..