buletin 2005

20
Selamat Hari Ibu dan Bapa Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah mem- berikan dorongan dan kekuatan kepada kami untuk menyediakan Suara PUSPANITA. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi PUSPANITA SPA dan Ahli Jawatankuasa yang lain kerana telah melantik dan mem- beri kepercayaaan kepada saya mempengerusikan Biro Penerbitan buat pertama kalinya kerana menggantikan Cik Roszita Mohd Ahyar yang telah berpindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan pada 16 Januari 2005. Kami juga sedang membangunkan laman web yang baru yang boleh dilawati dari luar SPA antaranya berita terkini, koleksi resepi, petua, tip kesihatan, novel pilihan dan lain-lain akan dipaparkan. Sementara ini laman web PUSPANITA boleh dilawati di Intranet SPA. Suara PUSPANITA kali ini akan menyajikan beberapa topik yang menarik untuk menambahkan pengetahuan di kalangan ahli serta aktiviti yang telah dilaksanakan khusus untuk tatapan ahli PUS- PANITA SPA. Kami juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk mem- berikan sumbangan dalam bentuk pandangan, teguran, cadangan dan lain-lain kepada Biro Penerbitan. Semoga usaha-usaha kita akan diberkati Allah, insyaAllah. Wassalam Kami mengalu-alukan sumbangan penerbitan dan komen daripada semua ahli. Sumbangan boleh dihantar kepada Ahli Redaksi atau anda boleh e-melkan kepada [email protected] PENASIHAT Pn. Rohani bt. Saim KETUA PENGARANG Pn. Afidah bt. Hj Mohd. Isa PENGARANG Cik Nurul Fauzana bt. Kapi @ Kahbi Pn. Ani Fadilah bt. Dahri @ Abdul Latif Pn. Ai’sah bt. Hussin REKABENTUK/LAYOUT Pn. Afidah bt. Hj Mohd. Isa Pn. Ai’sah bt. Hussin CETAKAN/EDARAN Pn. Rosyatimah bt. Misnoh Cik Kamisah bt. Hamzah Cik Halina bt. Ibrahim REDAKSI Dari Ketua Pengarang Menarik Di Dalam: Senarai AJK 2 Aktiviti Biro 3-4 Sudut Motivasi 5 Sudut Kesihatan 6-7 Sudut Anakku 8-9 Sudut ICT 10-11 Sudut Gambar 12-15 Aktiviti 2005 16 Sudut Resepi 17 Sudut Petua 18 Sudut Novel 19 Sudut Puisi 20 TARIKH SUBUH SYURUK ZUHUR ASAR MAGHRIB ISYAK 1-5 5.39 7.02 1.14 4.38 7.22 8.37 6-10 5.39 7.02 1.15 4.39 7.23 8.38 11-15 5.40 7.03 1.16 4.41 7.24 8.39 16-20 5.40 7.05 1.17 4.42 7.25 8.41 21-25 5.41 7.06 1.18 4.43 7.26 8.42 26-29 5.42 7.07 1.19 4.44 7.27 8.43 30 5.43 7.08 1.20 4.45 7.28 8.44 BIL. 1/2005 JUN 2005 RABIULAKHIR 1426H JUN 2005

Upload: dangthuan

Post on 12-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Selamat Hari Ibu dan Bapa

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah mem-berikan dorongan dan kekuatan kepada kami untuk menyediakan Suara PUSPANITA.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi PUSPANITA SPA dan Ahli Jawatankuasa yang lain kerana telah melantik dan mem-beri kepercayaaan kepada saya mempengerusikan Biro Penerbitan buat pertama kalinya kerana menggantikan Cik Roszita Mohd Ahyar yang telah berpindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan pada 16 Januari 2005.

Kami juga sedang membangunkan laman web yang baru yang boleh dilawati dari luar SPA antaranya berita terkini, koleksi resepi, petua, tip kesihatan, novel pilihan dan lain-lain akan dipaparkan. Sementara ini laman web PUSPANITA boleh dilawati di Intranet SPA.

Suara PUSPANITA kali ini akan menyajikan beberapa topik yang menarik untuk menambahkan pengetahuan di kalangan ahli serta aktiviti yang telah dilaksanakan khusus untuk tatapan ahli PUS-PANITA SPA.

Kami juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk mem-berikan sumbangan dalam bentuk pandangan, teguran, cadangan dan lain-lain kepada Biro Penerbitan. Semoga usaha-usaha kita akan diberkati Allah, insyaAllah.

Wassalam

Kami mengalu-alukan sumbangan penerbitan dan

komen daripada semua ahli.

Sumbangan boleh dihantar kepada Ahli Redaksi atau

anda boleh e-melkan kepada

[email protected]

PENASIHAT

Pn. Rohani bt. Saim

KETUA PENGARANG

Pn. Afidah bt. Hj Mohd. Isa

PENGARANG

Cik Nurul Fauzana bt. Kapi @ Kahbi

Pn. Ani Fadilah bt. Dahri @ Abdul Latif

Pn. Ai’sah bt. Hussin

REKABENTUK/LAYOUT

Pn. Afidah bt. Hj Mohd. Isa Pn. Ai’sah bt. Hussin

CETAKAN/EDARAN

Pn. Rosyatimah bt. Misnoh Cik Kamisah bt. Hamzah

Cik Halina bt. Ibrahim

REDAKSI Dari Ketua Pengarang

Menarik Di Dalam:

Senarai AJK 2

Aktiviti Biro 3-4

Sudut Motivasi 5

Sudut Kesihatan 6-7

Sudut Anakku 8-9

Sudut ICT 10-11

Sudut Gambar 12-15

Aktiviti 2005 16

Sudut Resepi 17

Sudut Petua 18

Sudut Novel 19

Sudut Puisi 20

TARIKH SUBUH SYURUK ZUHUR ASAR MAGHRIB ISYAK

1-5 5.39 7.02 1.14 4.38 7.22 8.37

6-10 5.39 7.02 1.15 4.39 7.23 8.38

11-15 5.40 7.03 1.16 4.41 7.24 8.39

16-20 5.40 7.05 1.17 4.42 7.25 8.41

21-25 5.41 7.06 1.18 4.43 7.26 8.42

26-29 5.42 7.07 1.19 4.44 7.27 8.43

30 5.43 7.08 1.20 4.45 7.28 8.44

BIL. 1/2005 JUN 2005 RABIULAKHIR 1426H

JUN 2005

AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL SPA TAHUN 2004 — 2005

M/S. 2

AHLI JAWATANKUASA SUARA PUSPANITA

AHLI JAWATANKUASA Bil 1/2005

Cik Zatilaziya bt. Yahya

Tim. Setiausaha Pn. Sharifah Ruhani bt.

Syed Abu Bakar

Setiausaha

Pn. Faidzah bt. Arshad

Tim. Pengerusi

Pn. Rakizah bt. Ahmad

Bendahari

Pn. Rosniyati bt. Mansor

Tim. Bendahari

Pn. Muhibbah

Pengerusi

Kebajikan & Sosial

Pn. Salimah bt. Minin

Pengerusi

Biro Agama

Pn. Nooridah bt.

Abu Bakar

Pengerusi

Biro Ekonomi

Cik Norazlina bt.

Abdullah

Pengerusi

Biro Sukan

Pn. Ai ’ sah bt. Hussin

Tim. Pengerusi

Biro Penerbitan

Pn. Fatimah bt. Padali

Pengerusi

Biro Pendidikan

Pn. Nor Azwah bt. Mohd

Husain

Tim. Pengerusi

Biro Sukan

Pn. Baiyah bt. Ahmad

Tim. Pengerusi

Biro Agama

Pn. Norsuliha bt. Mohamad

Shahar

Tim. Pengerusi

Biro Ekonomi

Pn. Hafsah bt. Hj. Ismail

Tim. Pengerusi

Biro Pendidikan

Pn. Maryafatnin bt. Brahim

Pemeriksa Kira-kira

Pn. Rokiah bt. Awalluddin

Pemeriksa Kira-kira

Pn. Rohani bt. Saim

Pengerusi

Pn. Zaleha bt. Jisat

Waki Bahagian

PN

Pn. Salbiah bt. Arop

Waki Bahagian

PE

Cik Mahaniza bt.

Mior Nazri

Waki Bahagian

PG

Pn. Kamariah bt.

Ahmad

Wakil Bahagian

NT

Pn. Amnah bt.

Yunan

Wakil Bahagian

TM

Pn. Latipah bt.

Ahmad

Wakil Bahagian

PK

Pn. Rokiah bt. Omar

Wakil Bahagian

KT

Pn. Afidah bt. Hj. Mohd Isa

Pengerusi

Biro Penerbitan

1) PUSPANITA SPA telah menghantar wakil ke Per-tandingan Bowling Peringkat JPM pada 22 April 2005. Bagi kategori berpasukan, pasukan SPA telah meraih tempat ke 2 dan bagi Kategori Indi-vidu pula Cik Norazlina bt. Abdullah telah meraih tempat pertama.

Senarai nama pemain yang mewakili Kejohanan Bowling : · Pn Muhibbah bt. Abdul Manap

· Pn. Rosnani bt. Abdul Rahman

· Pn Nor Haslin bt. Yusof

· Cik Norazlina bt. Abdullah

2) Bagi acara yang berikutnya pada 14 Mei 2005 PUSPANITA JPM akan menganjurkan per-tandingan Congkak dan Karom. Pemilihan pemain-pemain akan diadakan pada hari Ju-maat 06 Mei 2005 pada pukul 12.15 tengah hari di Aras 6, Bahagian Pengam-bilan. Seramai 5 orang pemain congkak dan 5 orang pemain karom diperlukan.

3) Pada bulan Jun pula PUS-

PANITA JPM akan men-ganjurkan Pertandingan Bola Jaring pada 24 Jun 2005 bertempat di INTAN Bukit Kiara. Pemilihan pemain akan diadakan untuk memilih 10 orang wakil ke pertandingan tersebut.

4) Bagi acara pada bulan Julai pula dijadualkan perlawanan Badminton. Tarikh perlawanan pada 30 Julai 2005. 6 orang peserta diperlukan bagi mewakili PUSPANITA SPA ke perlawanan tersebut dan pemilihan pemain akan diadakan. Tarikh pemilihan akan dimaklumkan ke-mudian.

5) Pertandingan Ping-pong pula dijadualkan pada 10 September 2005 bertempat di Balai Felda Kuala Lumpur. 7 orang pemain diper-lukan dan pemilihan pemain akan diadakan.

6) Pengerusi Biro Sukan telah

mencadangkan kepada Pengerusi Sukan JPM su-paya menganjurkan per-tandingan Batu Seremban di peringkat JPM. Ini ker-ana PUSPANITA SPA memiliki ramai pemain-pemain yang berbakat dan berkemungkinan kita mampu mendapat tempat dalam acara ini tetapi cadangan ditolak disebabkan terda-pat Jabatan yang tidak bersetuju.

7) Bagi acara sukan dalaman PUSPANITA SPA.

Oleh Kerana JPM tidak men-ganjurkan pertandingan Batu Seremban, Pertandingan terse-but kita anjurkan untuk acara sukan dalaman PUSPANITA SPA. Tarikh pertandingan be-lum diputuskan dan akan di-maklumkan kemudian. Terdapat juga permintaan di kalangan ahli untuk mengan-jurkan pertandingan Bowling dan acara-acara sukan dala-man yang lain bagi tahun 2005.

Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA

AKTIVITI BIRO

BIRO SUKAN

BERANI menegakkan keadilan walaupun

terkena diri sendiri adalah puncak segala

keberanian

- HAMKA -

Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah nes-

caya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagai-

mana Dia memberi rezeki kepada burung di mana ia ke-luar dengan perut yang kos-

ong pada waktu pagi dan kem-bali dengan peut yang ken-yang pada waktu petang.

SUARA PUSPANITA Bil 1/2005 AKTIVITI BIRO

M/S. 3

BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

Pada tahun 2005 Biro Kebajikan dan Sosial telah mengadakan senamrobik atau poco-poco pada setiap Jumaat bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang di Aras 9, Bilik Latihan. Pada masa ini ahli-ahli PUSPANITA yang beminat sedang belajar tarian poco-poco dengan berpandukan VCD.

Menjalankan kempen “Lawatan ke Vietnam” pada Bulan Mei dengan melekatkan poster bagi tujuan pengiklanan.

Lawatan ke Vietnam pada 20—24 Mei 2005. Bayaran dikenakan RM1,700 seorang termasuk tambang dan tempat penginapan 4 hari 3 malam. Wang Deposit sebanyak RM200.00.

Badan Kebajikan telah bersetuju memberi pinjaman kepada Ahli PUSPANITA yang berminat untuk ke Vietnam dengan membayar RM200—250 sebulan sehingga selesai.

Mengadakan kelas kraftangan pada setiap bulan seperti mengubah bunga, buah-buahan hantaran dan sebagainya.

Satu pertandingan gubahan dijangka pada bulan Julai 2005.

TABUNG LATIHAN PUSPANITA

LATAR BELAKANG

Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan pada 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 ogos 1998 oleh Y. A. Bhg. Datin Paduka Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, selaku Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan.

TUJUAN TLP

Memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan kepada pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti kursus kenda-lian:

≈ Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

≈ Kementerian Pelajaran Malaysia

≈ Kementerian Sumber Manusia

≈ Kementerian Pembangunan Usahawan

dan Koperasi

≈ Kementerian Belia dan Sukan

≈ Kolej Universiti Lim Kok Wing

≈ ELS Language Centre Malaysia

OBJEKTIF TLP

Tabung ini ditubuhkan untuk memberi bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia amnya dan anak-anak ahli PUSPANITA khususnya. Objektif TLP adalah seperti berikut:

• Memberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif tetapi kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi terpilih.

• Memberi maklumat dan panduan berkenaan bidang-bidang kursus yang ditawarkan oleh Institusi terpilih.

• Mengenalpasti Institusi Penganjur yang bersedia memberikan kursus/membiayai pelajar-pelajar.

• Memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus-kursus tertentu di Institusi terpilih.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TLP

1. Ahli PUSPANITA (Keutamaan kepada ahli yang aktif)

2. Bukan Ahli PUSPANITA

3. Ibubapa Kurang Mampu

4. Anak yang mempunyai kelayakan akademik yang ditetapkan

Permohonan hendaklah dihantar satu minggu se-belum tarikh tutup kepada Pengerusi Biro Pela-jaran Pn. Fatimah binti Padali di samb. 6304

AKTIVITI BIRO

BIRO PENDIDIKAN

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA AKTIVITI BIRO

M/S. 4

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT MOTIVASI

Kebanyakan lelaki yang berumahtangga mahu-

kan seorang isteri. Suami tidak peduli

samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh ber-tahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan is-teri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak ter-dapat gejala-gejala yang mengambil alih tu-gas isterinya di rumah untuk melayan makan minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."

Suami yang longgar pengetahuan agama-nya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatut-nya dia membantu dan faham keadaan is-teri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa men-jadi isteri". Sambut suami balik dari peja-bat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk ba-gaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua

tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perem-puan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keingi-nan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada

wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari is-teri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Petikan Dari Pakar Motivasi Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

M/S. 5

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA

Become bosom buddies with your breasts

Knowing your breasts can save your life. If you are a woman aged 20 or older, a monthly breast self-exam is imperative to your health. It will help you know exactly how your breasts normally look and feel. It will also make it easier for you to discover any abnormalities and report them to your doctor.

If you think you don't have time or aren't at risk, think again:

• Breast cancer is the second highest cause of cancer-related deaths in women.

• One out of every eight women living in the United States will be diagnosed with breast cancer in her lifetime.

• 90 to 95 percent of breast cancer that is de tected early can be cured.

• Most breast lumps are found by women doing breast self-exams.

You owe it to yourself to take the time to do it right.

If you perform your breast self-exam on the same day each month, it will become an easy routine to remember. If you menstruate, the best time to do an exam is two to three days after your period ends. This is when your breasts are at their least tender. If you no longer menstruate, you should pick the same day each month (the date that matches your birthday is an easy-to-remember choice). If you take hormones, check with your doctor about the best time to do it. No matter what date you pick, you should also have your doctor check your breasts each year.

Another important factor is to find the right place. Many women prefer a warm, private room where they feel comfortable, such as the bathroom or bedroom. The room should have a well-lit mirror and plenty of space to lie down.

The most common signs of breast cancer in-clude:

• A painless lump in the breast or under the arm

• Abnormal thickening of the breast tissue

• A change in breast density

Less common signs include:

• Redness, puckering, scaling or dimpling of the skin over the breast

• Nipple discharge or inversion

SUDUT KESIHATAN

Learn2 Perform a Breast Self-Exam

M/S. 6

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT KESIHATAN

Choose your pattern

You can choose from three different patterns to exam-ine your breasts--each works equally well. Just pick the one that makes you feel the most comfortable and is easiest for you to examine all the necessary areas, which include both breasts, your underarms, and your upper chest (up to your collarbone). You can combine patterns if doing so makes it easier to check everything. The explanations below describe how to cover the breasts with each pattern.

Circles: Begin at the very outer edge of the breast, moving your fingers slowly around the entire breast until you complete a cir-cle. Then move inward a little and make a smaller circle. Con-tinue making smaller and smaller circles, working toward the nip-ple until you've covered the entire breast.

Lines: Starting at the bottom edge of one side of your breast, move your fingers slowly upward until you hit the uppermost edge of the same side. Then move your

fingers slightly over toward the center of the breast. Slowly move them down-ward until you are at the base of your breast once again. Cover the whole breast using this up and down pattern.

Wedges: Start at the outer edge of the breast and move your fingers slowly toward the nipple and then back to the edge again. Check the whole breast, covering one wedge-shaped section at a time.

A small percentage of men are diagnosed with breast cancer each year. All men should be aware of the risk factors (family history, growing older, Klinefelter's syn-drome, Gynecomastia, testicular dysfunction) and re-port any changes in their breasts to their physician.

Stand in front of a mirror

Stand in front of a mirror in a well-lit area so you can see your breasts clearly. Look at each breast for anything unusual such as:

• Nipple discharge or inversion

• Skin that is red, puckered, dimpled, or scaly

Next, check for changes in your breasts' shape. To do this, clasp your hands behind your head and press them forward. Pay attention to how this effects each breast. Then put your hands firmly on your hips, and bend slightly forward. As you bend, hunch your shoulders and pull your elbows forward. This will give you a good idea of your breasts' natural contours, and will make it easy for you to detect any changes.

A woman's risk for breast cancer increases with age. Mammograms can reveal breast cancer up to two years before it can be felt. If you are age 40 to 49, you should get a mammogram every one to two years. If you are age 50 or above, you should get a mammogram once per year.

M/S. 7

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT ANAKKU

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

: “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”

(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang ti-dak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata :

“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ra-mai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi keman-

faatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

(Maksud Al-Hadith)

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamal kan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al- Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat ( A l -Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)

* Doa supaya nama anak membawa kebai-kan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan se masa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam men-didik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak se-cara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama se-masa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), ro-hani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidi-kan minda dari pendidikan rohani.

Samb m/s 9

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA

DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

M/S. 8

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT ANAKKU

Samb. dari m/s 8. 6. Kesilapan keenam : Kurang memberi

sentuhan kepada semua anak-anak se-dangkan Rasulullah kerap dilihat mendu-kung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku

belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ ke-mudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi

tidak akan dikasihi.”

(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara ber-pakaian yang kemas dan yang me-nepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : S u s u n a n rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengaki-batkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan se-lekeh.

9. Kesilapan kesembilan : K u r a n g m e n -ghidupkan sunnah di rumah seperti mem-beri salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggan-tungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sun-nah.

11. Kesilapan kesebelas: K u r a n g m e n d -edahkan anak-anak dengan model yang ce-merlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiv-iti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : M e m b e n a r k a n orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan ran-cangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

(Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 )

(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa) Wallahu a’lam.

M/S. 9

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT ICT

N o t e b o o k k i n i s a m a pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mu-dah dibawa kemana sahaja. Pada ma sa ini notebook bu-kan sahaja digunakan oleh

golongan professional malah para pelajar turut meng-gunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan teru-tamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation). Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya guna-kan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang.

1. Perlu tahu keperluan, kenapa beli notebook.

Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering mem-buat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawa-pannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desk-top sahaja agar tidak membazirkan wang. Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diper-lukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.

Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ru-ang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlu-kan untuk grafik. Pada ketika artikel ini ditulis, kebanya-kan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb.

Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi dengan pe-

macu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih mu-rah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disa-sarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.

2. Sediakan peruntukan (budget)

Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mem-punyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misal-nya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini se-benarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.

Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mem-punyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang ber-jenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, To-shiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebi-asaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah meng-gunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelang-gan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.

3. Buat kajian ke pusat-pusat IT utama

Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang di-tawarkan disana.

Samb m/s 11

10 Tips penting membeli notebook

M/S. 10

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT ICT

Samb. dari m/s 10.

4. Dapatkan senarai harga

Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, ke-mudian cuba buat perbandingan harga ber-dasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.

5. Tanya penjual

Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifi-kasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati cita-rasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, sena-raikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga den-gan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan. Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga note-book biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote se-benarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.

6. Tanya jika ada promosi

Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, kata-kan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan per-cuma sahaja.

Begitu juga dengan menambah bebrapa akse-sori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pem-proses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda mem-beli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu ra-jin bertanya kepada penjual.

7. Bayar pendahuluan

Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti lang-kah 8 dan 9 terlebih dahulu.

8. Periksa semula notebook

Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua kom-ponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaikta-raf) adalah betul.

9. Periksa samada perkakasan sampingan adalah lengkap

Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).

10. Pulang dengan hati gembira

Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu dari alah membeli menang memakai kepada menang membeli menang memakai. Ingat,rajin-rajinlah bertanya kepada penjual!

Dipetik dari Artikel Web Majalah PC

10 Tips penting membeli notebook

M/S. 11

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT GAMBAR

PERADUAN MELUKIS ANAK-ANAK TASKA PUSPANITA SPA

22 April 2004 - Peraduan melukis telah diadakan untuk anak-anak TASKA PUSPANITA SPA bertempat di Aras 1, Blok C7, Parcel C, Putrajaya. Seramai 3 pemenang mengikut setiap kategori umur 4, 5 dan 6 tahun telah dipilih. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj. Luey Bin Putih, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Kanak-kanak sedang khusyuk mendengar taklimat yang sedang disampaikan.

Setiausaha SPA sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Lukisan yang telah terpilih

Tahniah kepada pemenang !!!

M/S. 12

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA

Bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan hasil kraftangan masing-masing

Peserta-peserta sedang khusuk mendengar cara-cara mengubah tudung saji

Peserta-peserta sedang sibuk membuat kraftangan men-ghias bekas kuih

Bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan hasil kraftangan masing-masing

SUDUT GAMBAR

KELAS KRAFTANGAN MENGHIAS TUDUNG SAJI DAN BEKAS KUIH

Kelas kraftangan membuat tudung saji dan balang kuih telah diadakan di Aras 6, Bilik Me-syuarat, Blok C7, Parcel C, Putrajaya.

M/S. 13

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT GAMBAR

JUALAN HARI KANTIN DI PERKARANGAN BLOK C6 DAN C7

Jualan Hari Kantin SPA bertempat di ruang kosong Blok C6 dan C7, Parcel C, Putrajaya telah berjaya mendapat sambutan terutamanya semasa hari perayaan. Syabas kepada Ahli Jawa-tankuasa yang terlibat.

Pilih jangan tak pilih !!!!

Macam-macam ada…. Buah-buahan dari FAMA.

Kurma ni banyak khasiatnya terutama untuk yang hen-dak berbuka puasa.

M/S. 14

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT GAMBAR

LAWATAN KE MARDI, SERDANG

21 Julai 2004 - Beberapa orang ahli PUSPANITA telah mengadakan lawatan ke MARDI, Ser-dang.

KEJOHANAN BADMINTON SPA

3 Julai 2004 - SPA pertama kali telah mengadakan kejohanan Badminton di Dewan Serba-guna, Komplek Kejiranan, Presint 16, Putrajaya, anjuran bersama PUSPANITA SPA dan PASPA. Kejohanan berlangsung selama 2 hari sehingga 4 Julai 2004.

Ramai juga yang berminat dengan herba kerana khasiat-nya untuk kesihatan.

Macam nak peraga baju je..

Yah!!! Nampaknya nak menang ni.. Kenapalah bola ni rendah sangat !!!

M/S. 15

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA AKTIVITI 2005

12 Mac 2005 :

☺ Ceramah Agama oleh Y. Bhg. Ustaz Mat Jais bin Kamus dari JAKIM bertajuk ‘Peringatan, Cabaran dan Ujian Bagi Manusia.

03 April 2005 :

☺ Pasukan SPA telah memenangi pertandingan Bowling Peringkat JPM dan Cik Norazlina Bt. Ab-dullah telah memenangi tempat pertama bagi acara individu. Tahniah diucapkan semoga akan ada lagi jaguh-jaguh yang akan menyahut cabaran di masa akan datang.

22 April 2005 :

☺ Ceramah ‘Pemakanan Kesihatan’ oleh Puan Mary Easaw dari Institut Jantung Negara telah disampaikan bersempena dengan Mesyuarat Tahunan PUS-PANITA SPA kali ke-19. Dapatkan fail ‘attachment’ persembahan beliau di laman web PUSPANITA yang akan diadakan sedikit masa lagi...tunggu...

20 — 24 Mei 2005 :

☺ Lawatan ke Vietnam telah berjaya diadakan dengan penyertaan seramai 11 orang. Bayaran yang dikenakan hanya RM1,700 seorang termasuk tambang dan tempat penginapan selama 4 hari 3 malam. Acara yang diaturkan seperti melawat ke Hoi Truong, terowong bawah tanah, muzium Vietnam tempat tinggalan sejarah serta membeli-belah.

27 Mei 2005 :

☺ Pertandingan Bakat Antara Kelas Nasyrah Child Care Centre Putrajaya bagi kategori 5 dan 6 tahun. Persembahan sungguh mencuit hati dan menghiburkan tetamu termasuk ibu bapa pela-jar. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA SPA dan ahli jawatankuasa PUSPANITA yang lain. Acara diakhiri dengan persembahan khas daripada pela-jar 4 tahun iaitu pertunjukan fesyen.

03 Jun 2005 :

☺ Kelas kraf tangan gubahan Hiasan Potpuri telah diadakan di Aras 6, Blok C7, SPA.

Tahukah anda AJK PUSPANITA SPA sudah mempunyai emel sendiri, sekiranya ada masalah atau cadangan yang hendak

disampaikan boleh hantarkan emel kepada [email protected]. Ahli PUSPANITA SPA juga akan

mempunyai emel sendiri, sila daftar segera melalui wakil bahagian supaya nama tidak terkecuali.

M/S. 16

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT RESIPI

Resepi Mak Saya Bubur barli jagung Bahan-bahan : 1 cwn barli

1 cwn jagung

3 cwn santan

2 cwn gula

1 cwn susu cair

3 helai daun pandan

Cara membuatnya :

• Didihkan air, kemudian masukkan barli dan jagung, rebus selama ½ jam.

• Masukkan santan, susu cair, gula dan daun pandan.

• Kacau sehingga masak.

• Angkat dan hidangkan.

Bandung ice blended Bahan-bahan :

1 gelas air batu

½ cwn air sirap

4 sudu kecil susu pekat

½ ais krim soda

Hiasan :

1 biji laici dalam tin

Cara membuatnya :

• Bancuh sirap bersama susu dan ais krim soda.

• Masukkan bancuhan tadi bersama air batu ke dalam alat pengisar.

• Kisar bahan tersebut hingga halus.

• Masukkan bahan tadi ke dalam cawan dan letak laici di atasnya sebagai hiasan.

Masak Daging Bahan-bahan : 1 kati daging

1 tin kacang peas

1 sudu lada

1 sudu gula

3 sudu rempah

1 sudu tepung gandum

½ cawan minyak kelapa

bawang besar

bawang merah dihiris

bawang putih

halia

lada hitam digiling

lada manis

sos tomato

kicap

Bahan-bahan perap : Sedikit bawang putih, bawang merah, halia, lada hitam, lada manis, kerisik dan rempah.

Cara membuatnya :

• Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu dan angkat.

• Masukkan tepung gandum, kacau dan masukkan halia, bawang putih goreng hingga garing.

• Masukkan bahan yang diperap tadi biar garing sedikit.

• Masukkan air sedikit

• Apabila daging empok, masukkan tomato, kicap, garam secukupnya.

• Masukkan kacang dan masak hingga ker-ing.

• Masukkan bawang goreng dan angkat.

M/S. 17

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT PETUA

Udang Sentiasa Segar Supaya udang tidak busuk dan kelihatan sentiasa segar, anda boleh cuba amalkan petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama.

Kelapa Parut Tahan Lama

Ada petua mudah menyimpan kelapa parut tanpa menyim-pannya dalam peti sejuk. Apa yg perlu dilakukan ialah ambil selembar daun pisang dan letakkan dlm satu bekas. Letakkan kelapa parut atas daun pisang, kemudian kukus sebentar. Cara begini, puan boleh menyimpan kelapa parut itu sebelum diperah santannya. Ia tahan lama.

Mengelakkan Tauhu Melekat Dikuali Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permu-kaan atas dan bawah tauhu atau gaul dgn garam sebelum digoreng. Ha-silnya, tauhu tidak melekat lagi.

Membersihkan minyak gorengan Jika anda menghadapi masalah kehitaman da minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama ba-han gorengan anda.

Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak.

Petua Melembutkan Daging Liat Kadang-kala anda tersilap membeli daging yg sudah liat. Ini amat menyukarkan utk dimasak. Kerana terpaksa direbus sehingga la lembut. Untuk memudahkan memasaknya, anda hanya perlu menum-buk halia sebesar ibu jari dgn bawang putih. Gaulkan ramuan terse-but bersama daging sehingga sebati dan biarkan seketika. Insya-Allah..Daging tersebut akan menjadi lembut ketika memasak.

M/S. 18

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT NOVEL

“Hanya sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam” Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Ma-langnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri. Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal. Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya. Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara,

Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.

Halaman : 552 Harga : RM 19.90 Penulis : Fauziah Ashari Keluaran : Alaf 21 Rating SUARA PUSPANITA : **** boleh buat koleksi dan baca berulang kali.

"Aku orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah di tepi pantai paling bergelora"

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang

kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya

beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku ser-

ingnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang

memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya.

Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... se-

layaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang ser-

ing kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu men-

jadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempur-

naanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal…

Halaman : 350 Harga : RM 18.90 Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid Keluaran : Creative Enterprise Rating SUARA PUSPANITA : **** best!!!

NOVEL PILIHAN

M/S. 19

Bil 1/2005 SUARA PUSPANITA SUDUT PUISI

WOMEN They smile when they want to scream. They sing when they want to cry. They cry when they are happy and laugh when they are nervous They fight for what they believe in. They stand up for injustice. They don't take "no" for an answer when they believe there is a bet-ter solution. They go without new shoes so their children can have them. They go to the doctor with a frightened friend. They love unconditionally. They cry when their children excel and cheer when their friends get awards. They are happy when they hear about a birth or a new marriage. Their hearts break when a friend dies. They have sorrow at the loss of a family member, yet they are strong when they think there is no strength left. They know that a hug and a kiss can heal a broken heart. Women come in all sizes, in all colors and shapes. They'll drive, fly, walk, run or e-mail you to show how much they care about you. The heart of a woman is what makes the world spin! Women do more than just give birth. They bring joy and hope. They give compassion and ideals. They give moral support to their family and friends.

M/S. 20