buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/buletin/buletin rencah mutiara edisi 2...

35
BULETIN RENCAH MUTIARA BIL 2/2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang Paras 55, KOMTAR, 10000,Penang Pulau Pinang, Malaysia +604 650 5280 +604 261 3435 1) Program Ihya Ramadhan 2) Lawatan KSU 3) Sambutan Hari Air Sedunia

Upload: hanhan

Post on 29-Aug-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN RENCAH MUTIARA

BIL 2/2018

Jabatan Pengairan Dan SaliranNegeri Pulau PinangParas 55, KOMTAR, 10000,PenangPulau Pinang, Malaysia

+604 650 5280+604 261 3435

1) Program Ihya Ramadhan

2) Lawatan KSU

3) Sambutan Hari Air Sedunia

KURSUS PROFESIONALISME DAN PERSONALITI DIRI

Pada 3 April 2018 (Selasa), Bahagian

Khidmat Pengurusan, Jabatan

Pengairan dan Saliran Negeri Pulau

Pinang telah menganjurkan Kursus

Profesionalisme Dan Personaliti Diri

bertempat di Dewan Kecemerlangan,

Jabatan Pengairan Dan Saliran

Daerah Seberang Perai Utara.

Penceramah merupakan Puan Khairul

Intan binti Daud pegawai daripada

Kampus INTAN Wilayah Utara

(INTURA).

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada semua gred jawatan di

JPSPP telah menghadirkan diri ke kursus berkenaan.

Kursus ini secara tidak langsung memberi kesedaran bahawa

keterampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai

kepada seseorang. Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan

berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi

penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti bukan sahaja merujuk

kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaan fizikal seseorang.

Kursus ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi

yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan

ketrampilan diri dan personalitinya

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Peserta tekun mendengar ceramah

Penceramah sedang menyampaikan ceramah.

BAHAGIAN PENGURUSAN

KURSUS PROFESIONALISME DAN PERSONALITI DIRI

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PROGRAM BACAAN YASSIN, CERAMAH AGAMA & UJIAN SARINGAN OLEH AADK

Pada 6 April 2018 (Jumaat) Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan

Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu

Program Bacaan Yassin, Ceramah Agama serta Ujian Saringan oleh

Pihak Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Malaysia bertempat di Ibu

Pejabat, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang,

KOMTAR.

Program ini dimulai dengan bacaan yassin yang diketuai oleh Tuan

Mohd Azmin bin Hussin, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran

Negeri Pulau Pinang. Bacaan Yassin merupakan program kerohanian

selalu diadakan pada hari Jumaat setiap minggu.

Program diteruskan lagi dengan pengisian Ceramah Agama bertajuk

'Ubat Hati” oleh penceramah jemputan Ustaz Wan Zaharuddin bin

Wan Ismail, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Pulau Pinang bertempat di Bilik Mesyuarat, JPSPP.

Penghayatan yang penuh khusyuk

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Ujian Saringan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan juga diadakan

pada program berkenaan sebagai langkah pencegahan awal bagi

mengelakkan kakitangan kerajaan yang menghadapi tekanan hidup

terjerumus ke dalam penagihan dadah sehingga menjadi penagih

tegar.

Pihak AADK sedang

menjalankan Ujian Saringan

PROGRAM BACAAN YASSIN, CERAMAH AGAMA & UJIAN SARINGAN OLEH AADK

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

TAKLIMAT PENGENALAN DAN FUNGSI AHLI AKRAB JPSPP

Pada 14 Mei 2018 (Isnin) Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan

Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu

Taklimat Pengenalan Dan Fungsi Ahli AKRAB Jabatan Pengairan Dan

Saliran Negeri Pulau Pinang bertempat di Auditorium A, Tingkat 55,

KOMTAR.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Siti Najihah binti Sheikh Ahmad,

Pegawai Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(PSUKPP). Talimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi

utama ahli AKRAB di jabatan.

5 elemen Kompetensi :

⚫ Kompetensi Peribadi menggambarkan bagaimana mengurus diri

sendiri,sama ada menerima atau menghargai diri sendiri dan kebolehan

untuk mengurus emosi dan motivasi berkesan.

⚫ Kompetensi Sosial merujuk tentang bagaimana menguruskan

perhubungan melalui interaksi sosial. Proses sosial ini mengandungi

elemen empati iaitu kesedaran mengenai perasaan, keperluan dan

keprihatinan orang lain. Kemahiran bersosial iaitu kebolehan berhubung

dan bekerjasama dengan orang lain.

⚫ Kompetensi Budaya merujuk tentang bagaimana menguruskan perubahan

organisasi yang mengandungi elemen kesedaran tentang budaya

organisasi lain (enlightment) serta pengurusan budaya kerja organisasi.

⚫ Kompetensi Profesional merujuk kepada pengetahuan dan pendekatan ahli

AKRAB semasa memberi latihan atau bimbingan. Kecekapan

menggunakan kaedah dan pendekatan yang profesional dan mencari jalan

penyelesaian masalah sesuatu isu yang dihadapi oleh rakan sekerja.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Kakitangan JPSPP sedang khusyuk mendengar ceramah

Penyampaian cenderahati oleh

Encik Yogendran A/L Ganapathy,

Penolong Pengarah Pengurusan Banjir

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

CERAMAH AGAMA “ INDAHNYA CAHAYA KEHADIRAN RAMADHAN”

Pada 18 Mei 2018 (Jumaat) Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan

Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan

Ceramah Agama “ Indahnya Cahaya Kehadiran Ramadhan”

bertempat di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR. Ceramah berkenaan

telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanif bin Omar@Wahab,

Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Pulau

Pinang.

Ustaz Mohd Hanif bin Omar@Wahab sedang

menyampaikan ceramah

Pengacara Majlis, Cik Suhaida binti Ishak.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

INFO KELEBIHAN

BULAN RAMADHAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

BAHAGIAN KORPORAT

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN (JPPP), JPS PULAU PINANG BIL 2/2018

Pada 11 April 2018, bertempat di Pulau Aman,

Batu Kawan, Daerah Seberang Perai Selatan,

JPS Pulau Pinang telah mengadakan

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek

Pembangunan, (JPPP) kali ke 2 dalam tahun

2018.

Mesyuarat tersebut diPengerusikan oleh Tuan

Pengarah JPS Pulau Pinang dan ahli

mesyuarat terdiri daripada Timbalan

Pengarah(Sungai/ Pantai, Timbalan Pengarah

(Pengairan dan Saliran), semua ketua

bahagian dan jurutera-jurutera daerah.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memantau

perkembangan kemajuan fizikal dan kewangan

projek-projek yang dijalankan dibawah seliaan

JPS Pulau Pinang

Peserta mesyuarat menaiki bot menuju ke Pulau Aman

Tuan Pengarah mempengerusikan mesyuarat

BAHAGIAN KORPORAT

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN (JT) JPS PULAU PINANG DAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

Pada 31 Mei 2018 (Khamis), Bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Daerah

Seberang Perai Tengah, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa

Tindakan (JT) JPS Pulau Pinang dan Program Ihya Ramadhan.

Mesyuarat tersebut diPengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Pulau

Pinang dan ahli mesyuarat terdiri daripada Timbalan Pengarah(Sungai /

Pantai, Timbalan Pengarah (Pengairan dan Saliran), semua ketua

bahagian dan jurutera-jurutera daerah.

Mesyuarat ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 5 petang.

BAHAGIAN KORPORAT

Selepas solat Asar, Program Ihya

Ramadhan diadakan. Semua peserta

bekumpul di dalam Surau JPS SPT.

Pihak JPS SPT telah menjemput rumah

Anak-anak Yatim Permata Kasih,

Permatang Pauh beserta Maahad

Tahfiz Darul Ansar.

Sementara menunggu masa berbuka

puasa, program Ihya Ramadhan di isi

dengan ceramah agama oleh Ustaz

Hafiz.

PELAKSANAAN MESYUARAT MAKMAL KAJIAN NILAI(VA) PROGRAM RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA

(FASA 2)

Pada 2-6 April 2018 (Isnin-Jumaat) lalu. Bertempat di Mahkota Hotel Melaka, JPS MALAYSIA telah menjemput wakil BSAH dari setiap negeribagi menghadiri sesi makmal kajian nilai(VA) Ramalan Dan AmaranBanjir Negara (fasa 2).

Bagi JPS BSAH Pulau Pinang, sesi tersebut diwakili oleh PegawaiHidrologi Negeri Pn.Norfaizah Bt Saaidin dan Penolong Jurutera BSAH En.Mohamed Shukri Bin Abdullah. Manakala negeri-negeri yang lain diwakili oleh Pegawai Hidrologi Negeri masing-masing.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Mesyuarat makmal ini di adakan bertujuan untuk mengkaji keperluan sebenarprojek disamping memuktamadkan skop serta mendapatkan kos/nilaisesebuah projek. Salah satu modul pengurusan nilai adalah sesi mengumpuldan mendengar input dari agensi/jabatan berkaitan perlaksanaan projek.

PELAKSANAAN MESYUARAT MAKMAL KAJIAN NILAI(VA) PROGRAM RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA

(FASA 2)

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.

Pada 23 Jun 2018 (Sabtu). Bertempat di Taman Bandaraya (Yourth

Park) Pulau Pinang. Dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB. Tn. Chow

Kon Yeow.

Orang ramai juga dijemput menghadiri sambutan ini yang

menampilkan pertandingan lukisan kanak-kanak, permainan, aktiviti

“Selamatkan Ulu Muda” dan ucapan oleh YAB Tuan Chow.

Sambutan ini telah dianjurkan oleh Water Watch Penang (WWP).

Turut menjadi penganjur bersama adalah Perbadanan Bekalan Air

Pulau Pinang (PBAPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Pulau Pinang

“SELAMATKAN ULU MUDA”

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Turut hadir di dalam sambutan ini adalah Pengarah Pengairan

dan Saliran Negeri Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Husin.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Sesi Bergambar Bersama Ketua Menteri YAB. Tn. Chow Kon Yeow danKakitangan JPSPP

.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Teh hijau mempunyai banyak kelebihan. Ini adalah senarai

teh hijau yang mempunyai manfaat yang sangat baik dan

anda mungkin tidak sedar. Berikut merupakan manfaat yang

anda boleh dapat dari teh hijau ini:

1. Kurangkan berat badan

Teh hijau meningkatkan metabolisme dalam badan.

Poliphenol yang terdapat dalam teh hijau membolehkan teh

hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan

lemak dan menukarkan makanan kepada kalori.

2. Diabetes/ kencing manis

Teh hijau membantu mengawal tahap glukosa untuk

melambatkan peningkatan gula dalam darah selepas

makan. Ini dapat mencegah insulin meningkat tinggi dan

menyebabkan lemak terkumpul.

3. Penyakit jantung

Saintis berfikir bahawa teh hijau berfungsi pada lapisan

saluran darah, membantu saluran darah kekal tenang dan

mampu untuk lebih bertahan apabila terdapat sebarang

perubahan dalam tekanan darah. Ia juga boleh melindungi

daripada pembentukan gumpalan, yang merupakan

penyebab utama serangan jantung.

4. Kanser Esofagus

Teh hijau boleh mengurangkan risiko kanser esofagus.

Tetapi, ia juga mampu membunuh sel-sel kanser secara

amnya tanpa merosakkan tisu-tisu sihat sekeliling sel-sel

kanser ini.

5. Alzheimer dan Parkinson

Teh hijau berfungsi untuk menangguhkan kerosakan yang

berpunca daripada Alzheimer dan Parkinson. Kajian yang

dilakukan ke atas tikus menunjukkan teh hijau dapat

melindungi sel-sel otak daripada mati dan membina semual

sel-sel otak yang rosak.

MANFAAT TEH HIJAU UNTUK KESIHATAN

CERAMAH AGAMA BERSAMA USTAZ AHMAD HUSAM BIN DATO BADERUDIN

Pada 20 April 2018 JPS SPU telah menjemput Ustaz Ahmad Husan

bin Dato Baderudin untuk memberi ceramah agama di Pusat

Kecemerlangan JPS SPU. Kira-kira 110 orang kakitangan telah hadir

pada ceramah tersebut. Ceramah beliau sedikit sebanyak terlah

memberi ilmu pengetahuan kepada semua kakitangan yang hadir.

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Ramai kakitangan yang hadir.

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Pada 8 Jun 2018 (Jumaat) bertempat di Dewan Kemerlangan JPS SPU

telah diadakan program Taklimat Aman Palestin. Taklimat ini bertujuan memberi

sokongan padu pada rakyat Palestin bahawasanya warga JPS SPU mengambil

berat dan prihatin dengan isu yang sedang berlaku di sana. Agenda utama

program ini adalah mengutip dana daripada sumbangan ikhlas warga JPS.

Seramai kira-kira 80 warga JPS SPU dan JPS Daerah hadir ke taklimat ini.

Taklimat ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat tolong-menolong

antara satu sama lain dan menyedarkan kakitangan tentang kehidupan di

sesebuah negara terutamanya negara islam di luar dari Malaysia. Taklimat ini

telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zulfikar Azlan Bin Mohd Shariff,

Pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan P.Pinang. Ceramah beliau telah

menyentuh hati warga JPS yang hadir tentang kesengsaraan rakyat Palestin

dan perjuangan mereka untuk mempertahankan Al-Aqsa untuk umat Islam.

Semoga sumbangan warga JPS sedikit sebanyak ini akan memberi manfaat

kepada rakyat .

Taklimat Aman Palestin

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

LAWATAN KE RUMAH PUAN ZULIANAWATI DI ATAS KELAHIRAN BAYI KE-3

Satu lawatan santai bersama bersama Jurutera Daerah ke

rumah Puan Zulaianwati Binti Mad Desa di atas kelahiran bayi ke-3

beliau pada 16 Mei 2018 di Kg. Besar, Permatang Pauh jam 11.00

pagi.

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi menyampaikan

cenderahati dan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan.

Lawatan Mesra dan Penyampaian cerderahati.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN TAZKIRAH RAMADHAN

Satu Majlis Khatam Al-quran bagi kakitangan Jabatan yang mengikuti

tadarus pada setiap pagi dan Tazkirah ramadhan telah diadakan bagi

mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini, majlis telah diadakan

pada 08 Jun 2018 di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong Tebal jam

10.00 pagi. Jemputan khas, Ustaz Nazri Bin Hanafi yang tidak asing lagi

dengan kemerduan alunan bacaannya.

Majlis kerohanian ini dapat diteruskan lagi ditahun mendatang dan

dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara kakitangan jabatan.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Majlis Khatam Al-quran dan Sesi Bergambar Bersama Ust. Nazri.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan SistemSaliran Mesra Alam

Satu Mesyuarat Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran

Mesra Alam Bagi Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan pada 26 Jun

2018 di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong Tebal jam 10.00 pagi. Majlis turut

menjemput KADUN kawasan bagi bagi Daerah Seberang Perai Selatan. Majlis

turut dihadiri Timbalan Pengarah JPS PP ( Ir. Zainuddin bin Yusoff ), Jurutera

Daerah SPS ( Mohd Fadhil Bin Ahmad ) dan Penolong Jutera Kawasan.

Penerangan diberikan oleh Wakil Perunding ( Design Pro Consult Sdn Bhd

) sebagai wakil jabatan dalam Kajian Pelan Induk Daerah Seberan Perai

Selatan. Mesyuarat ini sedikit sebanyak membantu dalam penjelasan skop

jabatan kepada KADUN kawasan daerah Seberang Perai Selatan.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Sesi Penerangan Oleh Design Pro Consult Sdn Bhd.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PROGRAM BACAAN YASSIN DI BULAN RAMADHAN

DAERAH TIMUR LAUT

KURSUS PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO

DAERAH TIMUR LAUT

DAERAH TIMUR LAUT

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KE DAERAH

BARAT DAYA, PULAU PINANG

Pada 20 APRIL 2018 pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari telah

diadakan lawatan Oleh Ybhg. Dato’ Azizan Bin Ahmad Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Serkitar, di Muara Teluk Kumbar

bersama Dato Ketua JPS Malaysia YBhg. Dato' Dr. Ir. Haji Md. Nasir bin Md.

Noh dan Agensi Kerajaan yang lain. Tujuan lawatan ini diadakan bagi

melihat lokasi banjir dan mengenalpasti masalah penduduk yang sering

mengalami banjir di kawasan berkenaan.

DAERAH BARAT DAYA

DAERAH BARAT DAYA

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG

Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang telah mengadakan Majlis

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 11 Julai 2018 pada pukul 1.00

petang hingga 4.00 petang bertempat di Perkarangan Pejabat

JPSDBD.

DAERAH BARAT DAYA

Turut memeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu dan warga kerja Jabatan

Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang serta jabatan-jabatan kerajaan yang

lain. Pelbagai menu dan juadah yang disediakan. Semua tetamu berasa

gembira.

DAERAH BARAT DAYA

LAWATAN BANJIR OLEH YB ZAIRIL KHIR JOHARI EXCO KERJA RAYA, UTILITI DAN

TEBATAN BANJIR

Pada 21 MEI 2018 pukul 4 petang telah diadakan lawatan banjir

ekoran dari kejadian banjir pada 20 Mei 2018 di Teluk Kumbar. Lawatan

banjir ini diadakan bagi memberikan taklimat mengenai kejadian banjir

yang telah berlaku.

DAERAH BARAT DAYA

DAERAH BARAT DAYA