e buletin spp - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/pdf/spp/e-buletin...

22
e-BULETIN SPP SEMPURNA.PANTAS.PATUH. Keluaran 1 : Januari April 2017 TUAN KS : Teruja pertama kali beraksi dalam aplikasi Boomerang Perasmian SPPians Cycling Club PENDAFTARAN PEPERIKSAAN CALON PERSENDIRIAN : Bukti SPP Warga JPS Terbilang Tuan Pengarah dan Tuan KS Muncul di NTV7?!!

Upload: vuongnga

Post on 27-Jun-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

e-BULETIN SPP SEMPURNA.PANTAS.PATUH.

Keluaran 1 :

Januari – April 2017

TUAN KS :

Teruja pertama kali

beraksi dalam

aplikasi

Boomerang

Perasmian

SPPians

Cycling

Club PENDAFTARAN

PEPERIKSAAN

CALON

PERSENDIRIAN :

Bukti SPP Warga

JPS Terbilang

Tuan Pengarah dan Tuan

KS Muncul di NTV7?!!

Page 2: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Salamullahialaikum dan Salam Sejahtera.

Akhirnya, terbit jua sebuah bingkisan yang tidak

seberapa hasil usaha beberapa individu atas aspirasi

dan idea daripada Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid,

Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan dalam

menzahirkan buletin ini.

Tujuan buletin ini diwujudkan ialah untuk

memudahkan perkongsian berita-berita penting,

peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mutakhir

yang dapat ditatap dan disimpan sebagai rujukan dan

bacaan santai warga SPP, JPS dan UPP, PPD.

Buletin ini juga adalah amanat Tuan KS dibawah

perancangan Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR), SPP

supaya menjadi wadah setiap 4 bulan sekali.

Doakan agar kami akan terus beristiqamah

dalam menerbitkan buletin ini. Wassalam..

Mukadimah Isi Kandungan

Amanat Tuan Haji Abdul Talib, Ketua Sektor SPP.

Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) 2017

Tuan KS Teruja Beraksi dalam Aplikasi Boomerang!

Perasmian SPPians Cycling Club

Pendaftaran Peperiksaan Calon Persendirian : SPP Warga Terbilang

JOM STPM : Kejayaan Program Julung Kali Diadakan.

Page 3: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

AM

AN

AT

TU

AN

H

AJ

I A

BD

UL

T

AL

IB

B

IN

H

AM

ID

KE

TU

A S

EK

TO

R,

SE

KT

OR

P

EN

ILA

IA

N D

AN

P

EP

ER

IK

SA

AN

Assalamualaikum & salam sejahtera.

“PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA

DENGAN SATU LANGKAH”

Saya merakamkan ucapan syabas dan

tahniah serta jutaan terima kasih kepada

Jawatankuasa Buletin SPP yang telah

berjaya menghasilkan e-Buletin SPP

sulung untuk suku tahun pertama 2017.

Sesungguhnya kejayaan memaparkan

pelbagai aktiviti SPP, JPN Selangor

menunjukkan usaha dan kerja buat yang

melangkaui batasan tenaga serta masa

yang sibuk.

Saya berharap e-Buletin SPP ini akan

terus dimantapkan melalui idea yang

bernas dan membina daripada warga SPP.

E-Buletin ini juga diharapkan dapat

mengisi slogan „TERBILANG‟ JPN

Selangor.

Terima kasih.

Page 4: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

JAWATAN KUASA KELAB SUKAN

DAN REKREASI (KSR) 2017

Pada 3 Februari 2017 yang lalu bertempat

di Akademik Kastam Diraja Malaysia Akmal

Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan Rekreasi

2016 telah dibubar bagi memberi laluan

kepada muka-muka baharu untuk

mengemudi Kelab Sukan dan Rekreasi

(KSR) sesi 2017.

Ucapan syabas dan tahniah kepada

Encik Muhamad Saadan bin Mat Daris serta

barisan jawatan kuasa KSR 2016 yang telah

berjaya menganjurkan pelbagai program dan

aktiviti yang menarik sepanjang tahun 2016.

Semoga berjaya diucapkan kepada

barisan jawatan kuasa KSR 2017 yang

baharu dibawah kepimpinan Puan Norzaidah

binti Abdul Ghani dalam memastikan KSR

sentiasa relevan dalam menjaga kebajikan

serta merapatkan ukhwah komuniti kecil

SPP melalui program-program menarik.

Penaung : Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid

Penasihat : En. Rozman bin Baharudin

Pengerusi : Pn. Norzaidah bt. Abdul Ghani

Setiausaha : En. Saipul Azhar bin Ramli

Bendahari : Pn. Azliza bt. Mohd. Sariff

Pen. Bendahari : Mohd. Zackie b. Muaiyad

Ahli Jawatan Kuasa :

1. Noor Ismahisham bin Ismail

2. Hasnor Hizan bt. Hanafi

3. Mohd Najib b. Hj. Samsari

4. Akashah bin Ismail

5. Nurul Fadzilah bt. Hussein

6. Mohd Zuraidi b. Komari

Page 5: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Tuan KS Teruja Beraksi Dalam

Aplikasi BOOMERANG.

Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid; Tuan KS

kita begitu teruja dengan aplikasi

boomerang. Sejak beraksi dalam aplikasi

tersebut, beliau akan memastikan setiap

sesi fotografi di SPP akan ada selingan

aksi boomerang. Boomerang ialah aplikasi

yang dibangunkan oleh Instagram yang

membolehkan anda mencipta video pendek

dan dinamik yang boleh di”share’ di

Intagram atau media sosial lain. Video

yang dihasilkan boleh bertahan selama 5

saat ataupun gabungan pantas 10

fotografi. Hasil akhirnya sangat

menghiburkan.

Sekarang tuan KS mula berjinak-jinak pula

dengan Mannequin Challenge. Jika anda

mahu melihat hasilnya, anda tahu siapa

yang perlu dicari. (akan disertakan

bersama emel)☺☺

M

U

T

I

A

R

A

K

A

T

A

Page 6: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Perasmian SPPians Cycling Club.

Pada 23 & 24 Februari 2017 yang lalu, Taklimat Pendaftaran

Peperiksaan Awam 2017 Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di

Pusat Ko-Kurikulum Negeri, Tekali. Taklimat tersebut telah dihadiri

oleh semua pegawai SPP dan UPP, PPD Daerah Negeri Selangor.

Pada malam 23 Februari 2017 tersebut juga, satu majlis penghargaan

dan perpisahan telah diadakan kepada En. Amiluddin yang telah

bertukar dari Unit Penilaian dan Peperiksaan ke Unit Pembangunan di

PPD Hulu Langat.

Kemuncak acara pada malam tersebut, Tuan KS telah merasmikan

penubuhan kelab berbasikal pertama SPP yang lebih dikenali sebagai

SPPians Cycling Club sebagai menyahut seruan gaya hidup sihat.

Kelab ini juga telah diinspirasikan dari kalangan pegawai di beberapa

daerah yang aktif berbasikal di waktu lapang.

Dalam ucapan perasmian Tuan KS pada malam tersebut, beliau

menyatakan hasrat supaya setiap pegawai dan kakitangan di SPP,

JPS dan UPP, PPD sentiasa sihat dan aktif agar dapat menjalankan

tugas dengan berkesan. Selain itu, aktiviti berbasikal ini juga dapat

dijalankan semasa waktu petang apabila mesyuarat peringkat negeri

dijalankan untuk membina ukhwah SPP dan UPP lebih mantap dan

jelekit.

Encik Mohd. Khusaini b. Supardi dari PPD Sabak Bernam telah

dilantik sebagai Pengerusi pertama kelab tersebut hasil persetujuan

dan kata sepakat semua. Aktiviti berbasikal pertama telah diadakan

semasa mesyuarat Inden Peperiksaan Awam di BTPN, Negeri

Sembilan. Apa lagi? Kepada mereka yang belum ada basikal, segera

hubungi Encik Khusaini. Hehehe!

Page 7: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut
Page 8: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN CALON PERSENDIRIAN :

BUKTI SPP WARGA JPS TERBILANG

1 – 30 Mac merupakan antara masa yang paling sibuk buat

warga SPP setiap tahun. Pada tarikh inilah semua pegawai

dan kakitangan akan berhempas-pulas, bekerjasama,

berganding-bahu untuk memastikan calon persendirian

seluruh negeri Selangor dapat mendaftarkan diri dalam

peperiksaan PT3, SPM JUN, SPM NOVEMBER dan STAM.

Dianggarkan seramai lebih daripada 5000 orang calon

persendirian didaftarkan setiap tahun tidak terkecuali

untuk tahun 2017 ini.

Dalam tempoh ini juga, Majlis Pengumuman Keputusan

SPM 2017 dan Sidang Media bersama wartawan telah

berjaya dianjurkan. Melengkapkan program tahunan SPP

bulan Mac dengan jayanya.

Berikut ialah sedikit ucapan daripada En. Rozman bin

Baharuddin selaku Ketua Penolong Pengarah; “Saya

merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua

warga SPP yang telah berjaya menyempurnakan satu

tanggungjawab yang besar dalam memastikan pendaftaran

calon persendirian SPM, STAM dan PT3 diurus dengan

cemerlang. Pencapaian terbilang ini hasil dari komitmen

semua bagi memastikan slogan SPP iaitu „SEMPURNA,

PANTAS & PATUH‟ serta kerjasama warga SPP ibarat kata

pepatah „bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana

muafakat‟. Tahniah dan syabas.”

Turut teruja ialah Tuan Pengarah JPS, Tuan Haji Mohd.

Salleh bin Mohd Kassim yang turun padang melihat sendiri

proses pendaftaran yang berlaku. Beliau turut

ditemuramah oleh wartawan yang telah bersiaran di

saluran NTV7 sebagai usaha memberi informasi kepada

warga negeri Selangor tentang pendaftaran ini.

Tuan Haji Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim, Pengarah JPS

semasa bersiaran di saluran NTV7. Bersama beliau ialah tuan

Haji Abdul Talib bin Hamid, Ketua Sektor SPP.

Page 9: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Timbalan Pengarah turut bersama turun padang

memberi sokongan kepada SPP semasa

pendaftaran peperiksaan calon persendirian.

Encik Akashah bersama bunga-bunga di

taman. Namun Encik Zuraidi lebih mekar

di hati menerima kunjungan bunga-

bunga pan asia

Page 10: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Barisan pegawai dan staf yang bertungkus-lumus

menjayakan pendaftaran calon persendirian.

Bersama pendaftar calaon persendirian terakhir

secara rasmi pada 31 Mac 2017, jam 7:00

malam. Encik Zakaria masih mampu tersenyum

walau dihati.. hanya tuhan yang tahu.

Page 11: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

MAJLIS

PENGUMUMAN

KEPUTUSAN SPM

2016 DAN SIDANG

MEDIA BERSAMA

WARTAWAN

Page 12: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Jom STPM dan e-KOMPEG ialah 2 program yang berbeza tetapi berjalan dalam tempoh masa hampir

serentak dan kedua-duanya ialah program anjuran SPP dibantu oleh SPA, SPS, SPK dan PPD yang

diadakan di seluruh negeri Selangor. Berikut ialah maklumat ringkas tentang kedua-dua program.

Nama Program : JOM STPM

Penyelaras : Puan Maisarah binti Abdullah

Jawatan : Penolong Pengarah Kanan, SPP

(Ketua Unit STPM/ STAM/ MUET/ PLN)

Tujuan : Membuka minda dan mengubah persepsi

orang ramai tentang kelebihan STPM.

Peserta : Guru Tingkatan 6, murid Tingkatan 6,

Kaunselor Sekolah

Lokasi :

17 April 2017

SAMT Tengku Ampuan Rahimah

17 April 2017

SAMT Hisamuddin

18 April 2017

SMK Raja Muda Musa

19 April 2017

SAM Rawang

Nama Program : e-KOMPEG

e-KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU

Penyelaras : Puan Norzaidah bt. Abdul Ghani

Jawatan : Penolong Pengarah Kanan, SPP

(Ketua Unit PBS)

Tujuan : Meningkatkan kemahiran guru dalam pentaksiran

sekolah menggunakan ICT

Peserta : wakil Guru Sekolah Rendah dan Menengah

Lokasi :

13 April 2017

PPD Kuala Selangor

17 April 2017

PPD Klang

18 April 2017

PPD Hulu Langat

25 April 2017

PPD Gombak

26 April 2017

PPD Petaling Utama

Page 13: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Gambar atas : Pengarah JPS merasmikan JOM STPM di SAMT

Hisamuddin. Gambar bawah : Timbalan Pengarah bergambar

bersama peserta di SAMT Tengku Ampuan Rahimah

Bersama tulang belakang

JOM STPM.

JOM STPM

Page 14: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

E-KOMPEG

Page 15: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Pada 25 April 2017 (Selasa) baru-baru ini, SPP telah berkunjung ke SK Telok Gong yang merupakan

sekolah angkat Sektor Penilaian dan Peperiksaan bagi memberi semangat dan motivasi kepada

murid-murid sekolah tersebut dalam Program Peningkatan Akademik 2017. Tuan Haji Abdul Talib bin

Hamid, Ketua Sektor SPP telah dijemput untuk merasmikan Bengkel Pemantapan Subjek Sains UPSR,

Program Peningkatan Akademik 2017 yang telah diadakan di Dewan Seri Payang, SK Telok Gong.

Turut hadir ke program berkenaan ialah Encik Rozman b. Baharudin (Ketua Penolong Pengarah SPP),

Puan Maisarah bt. Abdullah (Penolong Pengarah Kanan SPP) dan Encik Mohd. Zuraidi b. Komari

(Penyelia SPP). Pentadbir sekolah dan murid-murid kelihatan gembira dan sangat berbesar hati di atas

kesudian Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid memenuhi jemputan memeriahkan program berkenaan.

Kehadiran beliau dan warga SPP lain menunjukkan betapa SPP komited dalam program sekolah

angkat demi membantu apa yang termampu dalam kesibukan urusan peperiksaan yang semakin

menjelang tiba. Berikut dikongsikan bersama bibit-bibit kemeriahan program berkenaan.

Page 16: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Karya

Erti Harga Sebuah Perjuangan

Perjuangan itu, gerun dan mengerikan.

Hebat dan dasyat menggerunkan hati.

Bagi mukmin, di sini harga dan nilainya.

Bagi mukmin, di sini harga dan nilainya.

Perjuangan itu bagai sampan di laut.

Di atas lapang tiada perlindungan.

Di bawah air melambung dan menggunung.

Menongkah gelombang yang datang melanda.

Kiri kanan depan dan belakang,

Angin yang menderu tidak tahu bila datang.

Hujan badai yang datang menyerang.

Bak singa lapar yang garang.

Kadang-kadang terdampar di batu karang.

Penumpang menerima nasib berlainan.

Ada yang jatuh dan ada yang tenggelam.

Yang pandai berenang berpaut ke sampan.

Ada yang berjaya berenang ke tepian.

Sekali lagi dia melayar sampan.

Walau pelayaran mungkin tidak berjaya

Namun harapannya tetap pada usaha dan doa pada yang

Esa.

-e-PENA-

Page 17: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

IMBAUAN DETIK-DETIK SEKTOR PENILAIAN DAN

PEPERIKSAAN JANUARI – APRIL 2017

Page 18: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut
Page 19: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut
Page 20: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut
Page 21: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut
Page 22: e BULETIN SPP - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/PDF/spp/E-BULETIN SPP.pdf · Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mut

Selesai sudah sebuah amanah kecil yang datang dengan harapan yang menggunung – ismahisham ismail