20140903090155_05 bbrc4103 topik 1

15
PENGENALAN Tujuan sains adalah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Ia dapat dicapai apabila pengkaji melakukan kajian bagi membangunkan teori tertentu. Peramalan dan kefahaman ialah dua tujuan utama sesuatu teori. Kedua- dua tujuan ini biasanya saling melengkapi. Untuk tujuan ramalan, kita perlu tahu dan memahami mengapa sesuatu perkara terjadi. Penjelasan ini biasanya boleh diperoleh daripada teori. Teori adalah satu set usul umum yang diguna pakai sebagai prinsip bagi menerangkan dengan jelas hubung kait sesuatu perkara. Kaedah saintifik pula mengandungi siri berperingkat bagi membangunkan dan memperhalus teori-teori. Kaedah saintifik dan pemikiran saintifik adalah berdasarkan konsep-konsep tertentu. Konsep-konsep ini dicipta bagi membantu kita berfikir dan menterjemah perkara-perkara yang abstrak. Konsep bertahap tinggi digunakan bagi penjelasan yang bersifat saintifik dan khusus dan tidak dapat diperhatikan T T o o p p i i k k 1 1 Pemikiran Saintifik dalam Penyelidikan Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan pelbagai pendekatan bagi menyelesaikan masalah; 2. Membandingkan proses induktif dan deduktif dalam kaedah saintifik; dan 3. Menilai komponen yang diperlukan dalam kajian saintifik. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: skamis-sk-agama

Post on 27-Sep-2015

91 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

topik 1

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN Tujuan sains adalah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Ia dapat dicapai apabila pengkaji melakukan kajian bagi membangunkan teori tertentu. Peramalan dan kefahaman ialah dua tujuan utama sesuatu teori. Kedua-dua tujuan ini biasanya saling melengkapi. Untuk tujuan ramalan, kita perlu tahu dan memahami mengapa sesuatu perkara terjadi. Penjelasan ini biasanya boleh diperoleh daripada teori. Teori adalah satu set usul umum yang diguna pakai sebagai prinsip bagi menerangkan dengan jelas hubung kait sesuatu perkara. Kaedah saintifik pula mengandungi siri berperingkat bagi membangunkan dan memperhalus teori-teori. Kaedah saintifik dan pemikiran saintifik adalah berdasarkan konsep-konsep tertentu. Konsep-konsep ini dicipta bagi membantu kita berfikir dan menterjemah perkara-perkara yang abstrak. Konsep bertahap tinggi digunakan bagi penjelasan yang bersifat saintifik dan khusus dan tidak dapat diperhatikan

    TTooppiikk

    11 Pemikiran

    Saintifik dalam Penyelidikan

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan pelbagai pendekatan bagi menyelesaikan masalah;

    2. Membandingkan proses induktif dan deduktif dalam kaedah saintifik; dan

    3. Menilai komponen yang diperlukan dalam kajian saintifik.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    2

    secara terus. Konsep dan konstruksi digunakan pada peringkat teoretikal, manakala pemboleh ubah digunakan pada peringkat empirikal. Proses kajian saintifik digunakan bagi membangunkan dan menguji pelbagai usul menggunakan pemikiran refleksi berbentuk induktif atau deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tersusun yang menggabungkan induksi, deduksi, pemerhatian dan pengujian usul dalam aktiviti-aktivitinya. Kita menyelesaikan masalah dengan cara berbeza disebabkan oleh persepsi selektif dan pengaruh keadaan persekitaran. Jenis soalan yang ditanya berbeza, bergantung kepada cara kita melihat dunia. Siasatan saintifik adalah salah satu cara untuk menganalisis masalah. Memahami hubungan antara sains dan penyelidikan akan membantu penyelidik membuat rumusan.

    KAEDAH SAINTIFIK

    Sains ialah subjek yang boleh diukur. Ia cuba menggambarkan realiti setepat mungkin. Ia juga adalah institusi, sistem dan cara bagi menghasilkan ilmu pengetahuan. Sains juga ialah produk sesuatu sistem. Bagi kebanyakan orang, sains boleh diklasifikasikan sebagai ssains tulen (fizik/sains biologi) dan ssains sosial (sains kemanusiaan). Jenis sains menentukan teknik dan instrumen yang digunakan dalam kajian saintifik. Kaedah saintifik adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk menimba ilmu. Kajian bisnes adalah saintifik kerana ia mengkaji tindakan dan interaksi dengan tepat, sepertimana juga dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi, pendidikan dan lain-lain. Tujuan asas sains adalah untuk mendapatkan generalisasi yang sah dan mewujudkan hubung kait antara pemboleh ubah dengan yakin. Kefahaman tentang hubungan ini akan membantu para saintis memahami sesuatu fenomena dalam bentuk corak hubungan, membuat ramalan dan mengenal pasti sebab dan kesannya. Sains biasanya menggunakan kaedah saintifik dan mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Berbentuk eempirikal di mana ia boleh dibandingkan dengan realiti; (b) Boleh ddijadikan replika atau oobjektif di mana pendapat pengkaji tidak

    mempengaruhi hasil kajian dan pengkaji lain yang mengulang kajian yang sama akan mendapat keputusan yang sama;

    (c) Berbentuk aanalitis di mana ia dilaksanakan menggunakan kaedah saintifik bagi menjelaskan fakta empirikal;

    1.1

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    3

    (d) Berpaksikan teori di mana ia bergantung kepada kajian-kajian lepas yang telah dilakukan;

    (e) Ia bersifat llogik di mana rumusan dapatan berasaskan logik akal; dan (f) Mempunyai kketelitian di mana terdapat usaha untuk mengurangkan

    kesilapan. Terdapat perbezaan antara sains tulen dan sains sosial. Terutama dari aspek kawalan terhadap pemboleh ubah gangguan. Sebagai contoh, di dalam bisnes, terdapat faktor yang tidak boleh dikawal oleh seseorang pengurus. Oleh itu, perlu ada tolak ansur antara ketelitian sains dan bisnes yang pragmatik dan antara kemahuan pengkaji dan peniaga. Walaupun situasi ini boleh menyebabkan kesilapan, selagi pengkaji memaklumkan kepada pembuat keputusan tentang kekangan kajian, dapatan kajian masih boleh diterima dan diterbitkan. Kajian saintifik yang baik menurut prinsip parsimoni ialah; penyelesaian yang mudah adalah lebih baik dari yang kompleks. Kajian parsimoni bermaksud mengaplikasikan pendekatan yang paling mudah bagi menjawab persoalan kajian dengan baik.

    SUMBER ILMU PENGETAHUAN TRADISI

    Terdapat banyak cara untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang didapati daripada sumber biasa tidak saintifik dan mungkin mempunyai banyak kesilapan. Berikut adalah sumber-sumber ilmu pengetahuan yang biasa: (a) Logik Akal Maklumat dan ilmu pengetahuan boleh diperoleh dari apa yang semua

    orang tahu dan yang masuk akal. Logik akal adalah penting dalam kehidupan seharian. Bagaimana pun ia boleh menyebabkan kesilapan tanggapan. Logik akal mungkin mengandungi idea yang bercanggah, yang tidak disedari oleh orang ramai kerana digunakan pada masa berbeza. Logik akal berasal daripada tradisi. Ia berguna dan mungkin betul, tetapi mungkin juga mengandungi kesilapan, maklumat yang salah, atau percanggahan. Ia juga mungkin bersifat prejudis, disebabkan kepercayaan

    1.2

    Apakah ciri-ciri sains? Jelaskan.

    SEMAK KENDIRI 1.1

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    4

    dan sosiobudaya yang berbeza. Seseorang boleh mengelakkan daripada membuat keputusan yang salah, dengan menerima kenyataan bahawa, terdapat kekurangan dalam ilmu pengetahuan yang bersumberkan logik akal. Bagi mengatasi kelemahan ini, kita perlu memperhalus ilmu dari logik akal, secara sistematik bagi mengetahui punca sebenar. Punca sebenar ini dapat diketahui dengan menjalankan eksperimen bagi pengujian bersistematik, atau mengumpul data secara berterusan, bagi mengenal pasti kejadian yang berulang. Oleh itu, kemajuan saintifik bergantung kepada kajian saintifik dan bukanlah logik akal. Ilmu pengetahuan yang benar boleh dihasilkan daripada kajian yang bersistematik.

    (b) Pengalaman Peribadi Apabila sesuatu perkara terjadi, kita merasai dan menerimanya sebagai

    satu realiti. Pengalaman peribadi, atau seeing is believing adalah sumber ilmu yang amat berpengaruh. Namun begitu, pengalaman peribadi boleh menyesatkan kita. Apa yang dilihat sebagai benar-benar berlaku, mungkin disebabkan oleh kesilapan kecil atau penilaian yang terpesong. Manusia membuat kesilapan dan berilusi. Kita mungkin percaya apa yang kita lihat atau alami walaupun ia mungkin satu kesilapan. Pengalaman peribadi diperkukuhkan dengan empat jenis kesilapan iaitu:

    (i) Generalisasi Terlampau Ini terjadi apabila kepercayaan adalah berdasarkan bukti dan

    menganggap semua keadaan adalah sama. Terdapat pelbagai individu, tempat dan situasi yang tidak kita ketahui. Oleh yang demikian, generalisasi sering digunakan sebagai asas maklumat. Namun begitu, generalisasi terlampau boleh mengakibatkan kesilapan.

    (ii) Pemerhatian Selektif Kita memberi perhatian pada individu atau situasi yang menarik dan

    membuat generalisasi darinya. Fokus bertambah tinggi apabila apa yang terjadi adalah seperti yang dijangka. Ini menjadikan kita lebih sensitif terhadap perkara-perkara yang kita lihat dan memperkukuhkan persepsi kita.

    (iii) Penamatan Pra Matang Ini selalu berlaku dan diperkukuhkan oleh kedua-dua kesilapan di

    atas. Penamatan pra matang berlaku apabila kita merasakan telah mempunyai semua jawapan dan tidak perlu lagi mendengar, mencari maklumat dan mempersoalkannya lagi.

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    5

    (iv) Kesan Halo Ini adalah kesan berat sebelah atau bias kognitif yang berlaku dalam

    penilaian disebabkan oleh kecenderungan menilai atau membuat rumusan umum berasaskan tanggapan menyeluruh terhadap ciri atau salah satu karakter yang dinilainya. Ia terjadi apabila kita membuat generalisasi terlampau tentang sesuatu perkara sebagai terlalu positif atau terlalu bagus.

    FALSAFAH KAJIAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK

    Sains bercirikan dua tunggak utama iaitu logik dan pemerhatian. Pemahaman saintifik mestilah masuk akal, dan berkait dengan apa yang diperhatikan. Pemerhatian digunakan untuk mengesahkan apa yang dilihat melalui pengukuran. Kedua-duanya adalah penting dalam sains dan berkait rapat dengan aspek utamanya iaitu: (a) Teori saintifik Berkait dengan aspek logik di dalam sains;

    (b) Pengumpulan data Berkait dengan aspek pemerhatian dalam sains; dan

    (c) Analisa data Melihat corak pemerhatian dan membandingkannya dengan

    apa yang logik dan apa yang sebenarnya berlaku. Sains masih lagi satu bidang yang tidak sempurna dalam kerangka ilmu yang sedia ada. Dari semasa ke semasa, konsep baru wujud dan membatalkan konsep yang lama. Konsep baru wujud daripada dapatan kajian, set data atau perspektif kajian yang baru. Ini bermaksud, walaupun satu konsep telah dapat dibuktikan pada ketika ini, ia boleh terbatal pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, dalam sains, ilmu perlu dilihat sebagai sesuatu yang tentatif bukan mutlak. Teori-teori yang dibangunkan dalam sains ialah peraturan yang tentatif dan tidak mungkin memberi penjelasan kekal bagaimana sesuatu berlaku. Undang-undang saintifik tidak bersifat universal. Ia hanya menunjukkan secara kasar sesuatu kejadian dalam keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, penemuan teknik pengukuran, instrumen eksperimen atau pemerhatian yang baru akan mengubah peraturan saintifik. Rumusannya, peraturan saintifik adalah usul yang tentatif dan mungkin berubah.

    1.3

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    6

    Sila lihat Rajah 1.1. Teori adalah kenyataan atau usul umum yang menjelaskan sebab dan kesan sesuatu perkara terjadi dalam keadaan tertentu. Teori di hasilkan daripada analisa fakta-fakta dan perhubungan di antaranya yang menjelaskan sesuatu keadaan. Fakta-fakta ini diperoleh dari pemerhatian dan dianalisis. Model kemudiannya dibangunkan untuk menjelaskan hubungan yang dilihat dalam sesuatu fenomena. Hasilnya, satu teori yang tentatif dibangunkan daripada model tersebut.

    Rajah 1.1: Seorang penyelidik sedang menyiasat tentang satu fenomena

    Berdasarkan teori yang tentatif, ramalan dan hipotesis dibina untuk dikaji atau diuji. Proses mengkaji dan menguji diteruskan hingga teori dan peraturan yang dihasilkan diperhalusi. Peraturan dan teori ini adalah tentatif. Sekiranya terdapat percanggahan disebabkan penemuan yang tidak konsisten dengan kerangka ilmu yang sedia ada, pengubahsuaian perlu dilakukan. Ini merupakan proses yang berterusan apabila ilmu baru dihasilkan daripada pemerhatian yang dilakukan.

    MODEL INDUKTIF DAN DEDUKTIF

    Kajian melibatkan penggunaan teori. Dalam proses mereka bentuk sesuatu kajian, teori kadangkala dinyatakan dengan jelas atau sebaliknya. Namun begitu, semasa membincangkan dapatan dan kesimpulan kajian, hubung kait dengan teori perlu dinyatakan.

    1.4

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    7

    (a) Model Induktif Bermula dari spesifik kepada umum. Berpandukan pemerhatian yang

    spesifik kepada penemuan corak yang menunjukkan satu turutan antara perkara-perkara yang berlaku. Model yang logik terhasil berdasarkan prinsip-prinsip umum yang dibangunkan daripada pemerhatian spesifik.

    (b) Model Deduktif Bermula dari umum kepada spesifik. Bermula daripada corak yang logik

    atau jangkaan teori kepada pemerhatian yang diuji. Model yang logik dihasilkan berdasarkan jangkaan hipotesis yang dibangunkan daripada prinsip umum.

    Rajah 1.2 menunjukkan perbezaan antara model deduktif dan induktif.

    Rajah 1.2: Perbezaan antara model deduktif dan induktif

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    8

    Dalam model induktif, teori yang sedia ada akan digunakan untuk membina hipotesis. Hipotesis kemudiannya diuji secara empirikal menggunakan data yang dikumpulkan. Data tersebut kemudiannya di analisa dan dapatan kajian digunakan untuk mengesahkan hipotesis. Sekiranya hipotesis tidak dapat disahkan, ia akan ditolak. Sekiranya dapatan adalah seperti jangkaan, maka hipotesis akan diterima. Akhirnya, teori akan disemak semula berdasarkan dapatan kajian. Dalam model induktif, pemerhatian dilakukan untuk membangunkan konsep awalan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu fenomena. Konsep ini kemudiannya digunakan untuk membangunkan soalan kajian yang lebih relevan bagi pengumpulan data yang seterusnya. Dapatan kajian digunakan untuk mengesahkan konsep awalan. Konsep yang telah disahkan digunakan sebagai asas pembangunan teori baru. Seterusnya, teori akan dibandingkan dengan dengan teori yang sedia ada. Sekiranya teori yang baharu sama dengan yang sedia ada, teori yang sedia ada telah disahkan. Sekiranya terdapat percanggahan semasa perbandingan, teori yang sedia ada akan mengalami pemurnian yang sewajarnya.

    HUBUNGAN ANTARA TEORI DAN PENYELIDIKAN

    Teori mengandungi konsep, definisi dan usul yang berkait secara sistematik, untuk menjelaskan dan meramal sesuatu fenomena (fakta). Ia adalah penjelasan berstruktur berdasarkan pemerhatian yang dibuat dari aspek tingkah laku tertentu. Teori menjadi asas kepada semua operasi, kerana ia mengandungi kenyataan umum tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah dan kaitan antaranya. Generalisasi ini digunakan untuk membuat keputusan dan meramal dapatan kajian. Teori mempunyai banyak peranan di dalam kajian: (a) Ia mengecilkan skop yang perlu dikaji. Sesuatu isu boleh dikaji dari

    pelbagai cara, dan teori dapat membantu mengusulkan cara terbaik untuk melakukannya.

    1.5

    Bincangkan kaedah induktif dan deduktif menggunakan contoh-contoh yang sesuai.

    AKTIVITI 1.1

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    9

    (b) Ia mengusulkan satu sistem untuk pengkaji dan memproses data agar dapatan lebih bermakna.

    (c) Ia merumuskan perkara yang perlu diketahui berkenaan sesuatu objek.

    (d) Ia memberi keseragaman bagi perkara yang tidak dapat diperhatikan secara terus.

    (e) Ia membantu meramal fakta yang mungkin terjadi. Berikut adalah komponen teori: (a) Konsep Konsep ialah satu ikatan makna atau ciri-ciri yang berkaitan dengan

    sesuatu peristiwa, keadaan dan situasi. Konsep boleh dibangunkan berdasarkan penggunaan yang kerap dalam tempoh yang lama. Ia boleh diperoleh melalui pengalaman. Sesetengah konsep adalah unik bagi budaya tertentu dan tidak mudah diterjemahkan dalam bahasa yang lain.

    Dalam kajian, konsep mestilah digunakan dalam bentuk yang tepat dan

    mudah difahami. Hipotesis dirumuskan menggunakan konsep. Pengukuran konsep digunakan bagi mengumpul data. Konsep baru mungkin dicipta untuk melahirkan idea. Kejayaan sesuatu kajian bergantung kepada kebolehan pengkaji mengkonseptualisasikan idea dan memberi kefahaman kepada orang lain yang ingin menggunakan konsep yang sama. Konsep mempunyai tahap abstraksi yang berperingkat, iaitu sejauh mana konsep mempunyai rujukan yang objektif. Sehelai kemeja T ialah konsep yang objektif manakala personaliti ialah konsep yang mempunyai tahap abstraksi yang tinggi. Konsep sebegini dipanggil konstruksi.

    (b) Konstruksi Konstruksi merupakan gambaran atau idea yang dicipta khusus untuk

    sesuatu kajian ataupun pembangunan teori. Konstruksi dibangunkan dengan menggabungkan konsep yang mudah terutamanya apabila idea atau gambaran yang cuba disampaikan tidak dapat dilihat secara kasar. Sebagai contoh, IQ diukur daripada jawapan yang diberikan kepada soalan-soalan dalam ujian IQ. Tiada siapa yang dapat melihat IQ walaupun ia ialah ciri yang benar-benar wujud.

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    10

    (c) Definisi Apabila makna sesuatu konsep menjadi keliru, nilai kajian mungkin

    terjejas. Konsep yang mempunyai maksud yang berbeza-beza mengikut individu akan menjejaskan komunikasi di antara mereka. Satu konsep boleh didefinisikan dengan menggunakan perkataan seerti. Dalam kajian, definisi mestilah amat terperinci agar ia mampu mengukur konsep.

    Definisi operasi ialah definisi yang dinyatakan dalam bentuk kriteria yang

    boleh diukur. Terma yang digunakan mestilah mempunyai rujukan empirikal (mestilah boleh dihitung, diukur atau dikumpulkan dalam bentuk yang objektif). Definisi operasi perlu memperincikan ciri-ciri yang ingin dikaji, dan cara untuk memerhatikan ciri-ciri tersebut. Definisi operasi yang efektif memastikan individu yang berbeza akan mempunyai kefahaman yang sama tentang sesuatu perkara. Tujuan definisi operasi adalah untuk memastikan konsep difahami dan diukur dengan jelas.

    (d) Pemboleh ubah Pada tahap teoretikal, konstruksi dan konsep digunakan untuk memahami

    usul dan teori. Pada tahap ini, konstruksi tidak boleh dilihat secara kasar. Pada tahap empirikal, usul berubah menjadi hipotesis dan diuji. Pada tahap ini, konsep di beri nama pemboleh ubah. Pemboleh ubah biasanya berangka atau nilai yang menggambarkan tahap kecenderungan. Berikut adalah pemboleh ubah kuantitatif yang biasa digunakan:

    (i) Pemboleh ubah dikotomi mempunyai dua nilai yang menunjukkan

    kewujudan atau ketiadaan sifat tertentu. (ii) Pemboleh ubah diskret (discrete) mempunyai nilai-nilai yang

    mewakili kategori tertentu. (iii) Pemboleh ubah selanjar mempunyai nilai dalam langkau tertentu

    atau dalam kes yang sama, satu set infiniti. Pemboleh ubah kualitatif pula tidak mempunyai nilai berangka dan

    biasanya dijelaskan dalam bentuk yang subjektif. (e) Usul

    Usul ialah kenyataan tentang konsep yang boleh diterima atau ditolak berdasarkan pemerhatian yang dibuat.

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    11

    (f) Hipotesis Hipotesis adalah usul yang dirumuskan untuk ujian empirikal:

    (i) Hipotesis Deskriptif ialah usul yang menyatakan saiz, bentuk dan taburan sesuatu pemboleh ubah.

    (ii) Hipotesis Hubungan ialah kenyataan yang menggambarkan

    hubungan di antara dua pemboleh ubah dalam keadaan tertentu. Hubungan boleh menjadi korelasi ataupun sebab-kesan (penerokaan).

    Peranan hipotesis dalam kajian

    Hipotesis mempunyai beberapa fungsi dalam kajian

    Memberi panduan hala tuju kajian;

    Menetapkan skop yang perlu dikaji;

    Mengenal pasti data yang relevan atau sebaliknya;

    Mengusulkan reka bentuk kajian yang paling sesuai; dan

    Menyediakan kerangka kerja bagi membuat rumusan.

    Kriteria hipotesis yang baik

    Mencukupi untuk tujuannya. Hipotesis deskriptif mestilah dengan jelas menerangkan keadaan, saiz dan taburan pemboleh ubah dalam bentuk nilai yang bermakna.

    Boleh diuji: Hipotesis tidak boleh diuji sekiranya ia memerlukan penggunaan teknik yang belum wujud.

    (g) Model Model ialah representasi satu sistem yang digunakan untuk mengkaji

    aspek tertentu, sesuatu sistem atau keseluruhan sistem. Ia adalah berbeza daripada teori, kerana teori mengandungi penjelasan tentang hubungan di dalam sistem sedangkan model hanya menunjukkan representatifnya sahaja.

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    12

    (h) Kerangka Kerja Kerangka kerja ialah representasi abstrak sesuatu fenomena. Ia

    menerangkan tentang pemboleh ubah yang dikaji serta hubungan di antaranya. Ia boleh dijelaskan dalam bentuk gambar rajah. Pada tahap awal kajian, kerangka kerja teoretikal dibangunkan berdasarkan kajian awal atau sorotan literatur. Kerangka kerja teoretikal digunakan untuk memberi penjelasan tentang hubungan yang perlu dikaji dan diuji. Rangka kerja yang telah berjaya diuji dianggap sebagai rangka kerja akhir. Laporan dapatan kajian biasanya akan memberikan rangka kerja akhir.

    (i) Proses Proses dibangunkan untuk tujuan yang spesifik dalam organisasi biasa.

    Tujuannya adalah untuk membuat perubahan dalam organisasi. Sebagai contoh, sebuah syarikat ingin melaksanakan proses penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi kualiti. Proses ini akan melibatkan perubahan struktur (contohnya, penukaran pekerja dari satu jabatan ke jabatan yang lain) atau operasi (contohnya prosedur pemeriksaan kualiti diubah) di dalam organisasi. Dalam kajian, satu proses dibangunkan untuk membantu menyelesaikan masalah organisasi atau meningkatkan prestasi. Hasil kajian adalah dalam bentuk proses baru dan bukannya kerangka kerja atau model. Proses juga boleh dikatakan sebagai alat, prosedur, kaedah atau sistem.

    1. Apakah perbezaan antara usul dan hipotesis?

    2. Apakah perbezaan antara konsep dan konstruksi?

    3. Apakah berbezaan antara model dan rangka kerja?

    SEMAK KENDIRI 1.2

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    13

    1. Mengapakah perlu menjalankan kajian jika kajian dalam sains sosial tidak boleh menjadi 100% saintifik?

    2. Tanda BBetul atau SSalah bagi penyataan di bawah. No. Soalan Betul Salah

    1. Dalam deduksi, kita bermula dengan pemerhatian, membuat generalisasi dan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang diperhatikan.

    2. Teori membantu memberi makna pada corak-corak pemerhatian.

    3. Model lama sains menggunakan logik induktif.

    4. Penyiasatan saintifik adalah proses yang melibatkan pemindaan deduktif dan induktif.

    5. Hipotesis yang baik boleh diuji. Ini bermakna ia mestilah ringkas, memerlukan hanya beberapa andaian dan keadaan.

    6. Peranan teori ialah representasi sementara model ialah penjelasan.

    7. Pembolehubah pengantara mempunyai pengaruh terhadap hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas.

    8. Apabila pendapatan meningkat, umur akan meningkat adalah contoh hipotesis sebab-kesan/penjelasan.

    9. Dalam deduktif, kita memerhati fakta dan membuat rumusan darinya.

    10. Kasut, Kerusi, Permintaan dan roti ialah konsep.

    SEMAK KENDIRI 1.3

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    14

    Penyelidikan saintifik adalah kaedah untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat; kaedah lain termasuklah pihak berkuasa, tradisi, logik akal, mitos media dan pengalaman peribadi.

    Walaupun penyelidikan saintifik tidak memberikan maklumat 100% betul, ia kurang mengandungi kesilapan dan kecacatan.

    Model sains yang lama mempunyai tiga komponen iaitu teori, operasional dan pemerhatian.

    Model induktif dan deduktif menggabungkan induksi, deduksi, pemerhatian, pengujian hipotesis dalam proses menyelesaikan masalah.

    Kaedah saintifik berasaskan konsep dan konstruksi yang digunakan di peringkat empirikal. Konsep dan konstruksi diwakili oleh nilai atau bentuk berangka bagi tujuan pengukuran.

    Hipotesis menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah.

    Hipotesis yang baik adalah menjelaskan apa yang ingin dicapai, boleh diuji dan mempunyai kepelbagaian.

    Teori ialah kenyataan umum yang menjelaskan sesuatu fenomena.

    Teori mengandungi konsep, definisi, usul yang menjelaskan dan meramal fenomena.

    Model ialah representasi aspek tertentu dalam sistem atau keseluruhan sistem.

  • TOPIK 1 PEMIKIRAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN

    15

    Usul

    Definisi

    Empirikal

    Generalisasi

    Hipotesis

    Konsep

    Konstruksi

    Model

    Model deduktif

    Pemboleh ubah

    Proses

    Rangka kerja

    Replika