20140221110252unit 5 tinjauan literatur

12
63 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah UNIT 5 TINJAUAN LITERATUR HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengetahui kepentingan tinjauan literatur dalam penyelidikan 2. Mengenalpasti sumber primer dan sekunder kajian literatur 3. Menilai secara kritikal tinjauan literatur 4. Menjalankan tinjauan literatur PETA KONSEP PENGENALAN Unit ini menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tinjauan literatur dalam penyelidikan, perbezaan tinjauan literatur kuantitatif dan kualitatif serta langkah- langkah yang perlu diambil kira semasa mengendalikan tinjauan literatur. Tinjauan Literatur Apa itu tinjauan literatur? PerbezaanTinjauan Literatur Langkahlangkah mengendalikan tinjauan literatur

Upload: zuraida-ariff

Post on 13-May-2017

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 63 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 5

TINJAUAN LITERATUR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengetahui kepentingan tinjauan literatur dalam penyelidikan

2. Mengenalpasti sumber primer dan sekunder kajian literatur

3. Menilai secara kritikal tinjauan literatur

4. Menjalankan tinjauan literatur

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit ini menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tinjauan literatur dalam

penyelidikan, perbezaan tinjauan literatur kuantitatif dan kualitatif serta langkah-

langkah yang perlu diambil kira semasa mengendalikan tinjauan literatur.

Tinjauan Literatur

Apa itu tinjauan literatur?

PerbezaanTinjauan Literatur

Langkah‐langkah mengendalikan tinjauan literatur

Page 2: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 64 Unit 5 Tinjauan Literatur

ISI KANDUNGAN

Apa itu Tinjauan Literatur?

Tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku,

prosiding dan lain dokumen yang menjelaskan makumat lepas dan terkini berkaitan

yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan. Proses in juga bertujuan mengenal

pasti samada sesuatu kajian yang hendak dijalankan pernah dilakukan oleh

penyelidik lain sebelum ini. Di samping itu juga, tinjauan literatur dibuat bertujuan:

1. Memperjelaskan masalah kajian

2. Melihat justifikasi masalah yang dikaji

3. Mengenal pasti kaedah kajian yang akan digunakan

4. Mengenalpasti teori atau dapatan kajian lepas

5. Membina hipotesis kajian

6. Mempelajari pengetahuan baru

Perbezaan Tinjauan Literatur Kuantitatif dengan Tinjauan

Literatur Kualitatif

Jadual 5.1: Perbezaan antara tinjauan literatur kuantitatif dengan literatur kualitatif

Perbezaan Penyelidikan kuantitatif

Penyelidikan kualitatif

Jumlah literatur yang dirujuk di permulaan kajian

Banyak dan menyeluruh Minima dan hanya sekadar yang diperlukan

Kegunaan literatur di awal kajian

Hanya yang diperlukan sahaja dalam kajian

Menyediakan rasional kepada kajian (i.e. matlamat kajian dan persoalan kajian atau hipotesis)

Hanya yang diperlukan sahaja dalam kajian

Kegunaan literatur di akhir kajian

Menyokong atau menolak pernyataan yang telah dibuat dalam kajian literatur sebelum ini

Menyokong atau mengubahsuai dapatan dalam kajian literatur

Page 3: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 65 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Langkah-langkah dalam mengendalikan tinjauan literatur 1. Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

2. Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta

pengkalan data.

3. Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian.

4. Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

5. Menulis kajian literatur.

(Creswell, 2008)

1) Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

Mulakan tinjauan literatur dengan mengenal pasti beberapa kata kunci topik

kajian. Pemilihan kata kunci perlu dibuat dengan teliti bagi memudahkan

pencarian literatur di perpustakaan atau pencarian di internet. Berikut adalah

beberapa strategi bagi mengenal pasti kata kunci yang sesuai:

a) Tuliskan tajuk-tajuk utama dalam kajian dan pilih dua atau tiga kata kunci

yang merupakan idea utama kajian.

b) Tuliskan secara umum persoalan kajian yang hendak dijawab. Pilih dua atau

tiga perkataan dalam persoalan ini yang benar-benar menjurus kepada

matlamat utama kajian.

c) Gunakan perkataan, istilah-istilah atau ayat-ayat yang telah digunakan oleh

penyelidik lain penyelidikan mereka sebagai kata kunci untuk memulakan

pencarian literatur.

d) Rujuk katalog istilah bagi mendapatkan perkataan yang sesuai dengan topik

kajian. Lawati pengkalan data seperti Education Resources Information

Center (ERIC) atau EBSCO Information Servives serta yang terdapat di kolej

atau universiti untuk mencari artikel yang sesuai.

Page 4: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 66 Unit 5 Tinjauan Literatur

Rajah 5.1: Laman web ERIC

e) Semak isi kandungan jurnal di rak buku dalam perpustakaan kolej atau

universiti dan lihat kata kunci tajuk pada setiap artikel.

2) Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan

serta pengkalan data termasuk internet.

Setelah memperolehi istilah yang dikehendaki, proses pencarian literatur yang

sesuai boleh dimulakan.

a) Gunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder

Kajian literatur selalunya mengandungi kedua-dua sumber primer dan

sekunder. Sumber primer literatur mengandungi kajian yang ditulis oleh

penyelidik yang melakukan sendiri penyelidikan tersebut atau yang

mencetuskan sendiri idea berkenaan. Artikel dari jurnal merupakan salah satu

contoh sumber primer. Manakala sumber sekunder literatur pula,

merupakan literatur yang merumuskan sumber utama. Ianya bukan

merupakan bahan utama dari penyelidik asal atau pencetus idea asal. Antara

sumber sekunder adalah ensklopedia, buku panduan dan ulasan jurnal.

Page 5: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 67 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

b) Carian menggunakan pelbagai sumber literatur

Sumber Literatur Kandungan

Jurnal Rujukan utama yang baik dan terkini.

Buku Prinsip, teori, konsep dan penyelidikan lepas.

Ensklopedia Menjadi rujukan awal penyelidik yang mempunyai pengetahuan

yang terhad dalam sesuatu bidang.

Kamus dan Glossari Mengandungi banyak istilah semasa.

Buku Panduan Memberi panduan kepada penyelidik terutama buku panduan

yang membincangkan topik-topik berkaitan penyelidikan.

Pengkalan Data Mempunyai pelbagai sumber artikel jurnal yang mudah diperolehi

terutama pengkalan data elektronik seperti ERIC dan EBSCO.

Tesis atau Disertasi Laporan kajian pelajar di peringkat Sarjana dan PhD.

Prosiding Seminar Kertas kerja berdasarkan kajian yang dibentangkan di seminar.

Sumber Internet Artikel terkini yang boleh menjadi rujukan awal penyelidik.

Rajah 5.2: Sumber literatur

3) Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk

kajian.

Setiap literatur yang telah dikenal pasti, tidak semestinya datang dari sumber

yang baik dan sesuai dengan penyelidikan yang hendak dibuat. Oleh itu

penyelidik perlu melihat kembali kesesuaian kajian literatur yang telah diperolehi.

a) Adakah sumber baik dan tepat?

Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan literatur adalah

AKTIVITI 5.1 Selain daripada sumber literatur yang disenaraikan seperti di atas, apakah lagi sumber lain yang boleh membantu anda di dalam menjalankan tinjauan literatur. Sila bincangkan.

Page 6: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 68 Unit 5 Tinjauan Literatur

i) Dapat sumber dari artikel jurnal yang telah diterbitkan terutama yang

mempunyai sidang editor dan dinilai secara kritikal sebelum boleh

diterbitkan.

ii) Pilih sumber mengikut keutamaan bermula dengan artikel jurnal berwasit

(refereed journal), artikel jurnal yang tidak berwasit (nonrefereed journal)

buku, disertasi dan tesis dan kertas persidangan.

iii) Mengabungkan sumber dari kajian kualitatif dan kuantitatif.

b) Adakah sumber sesuai?

Berikut adalah kriteria yang perlu diambilkira semasa memilih literatur untuk

digunakan:

i) Topik ada kaitan atau sama dengan cadangan penyelidikan yang hendak

dibuat.

ii) Sampel kajian dan lokasi kajian relevan.

iii) Masalah dan persoalan kajian relevan.

iv) Capaian yang relevan.

4) Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

Proses ini melibatkan membuat salinan, memuat turun, pengumpulan serta

membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas, dan membentuk

pemetaan literatur.

a) Membuat salinan, memuat turun dan pengumpulan

Selepas mengenal pasti sumber literatur samada buku, jurnal serta lain-lain

dokumen, proses berikut adalah melibatkan kerja-kerja membuat salinan atau

mencetak bahan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Meletakkan bahan

ke dalam fail mengikut abjad merupakan salah satu kaedah mudah bagi

mengurus maklumat atau bahan. Selain dari itu, bahan tersebut juga boleh

dikumpulkan mengikut topik, kata kunci atau sumber diperolehi bagi

memudahkan pencarian kelak.

Page 7: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 69 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

b) Membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas

Semasa proses membaca sumber literatur, penyelidik akan membuat nota

ringkas serta rumusan bertujuan mengenal pasti idea penting yang di

tampilkan dalam bahan atau artikel tersebut. Antara perkara yang perlu diberi

perhatian adalah (a) persoalan kajian yang dikemukakan, (b) pengumpulan

data, dan (c) dapatan penyelidikan.

c) Membentuk pemetaan literatur

Semasa proses membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas,

penyelidik akan mula memahami kandungan tinjauan literatur dan seterusnya

boleh melihat gambaran konseptual yang akan membantu dalam membentuk

pemetaan literatur. Pemetaan literatur adalah gambarajah atau lukisan yang

menunjukkan perkaitan kandungan literatur yang telah dikenal pasti dengan

topik-topik penyelidikan.

Rajah 5.3: Pemetaan literatur diadaptasi daripada http://m-gordon.blogspot.com

/2012/02/literature-map.html.

Page 8: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 70 Unit 5 Tinjauan Literatur

5) Menulis tinjauan literatur.

Penulisan tinjauan literatur meliputi penulisan rujukan literatur serta format

penulisan yang sesuai.

a) Penulisan rujukan

Mengikut The Publication Manual ofThe American Psychological Association

edisi ke 6 (APA 6th), terdapat 3 cara dalam penulisan rujukan iaitu; (i) rujukan

di penghujung teks, (ii) rujukan di dalam teks, dan (iii) judul.

i) Rujukan di penghujung teks

Merupakan senarai rujukan yang digunakan dalam penyelidikan. Contoh

penulisan rujukan mengikut format APA.

Jurnal

Kertas persidangan

Buku

ii) Rujukan di dalam teks

Merupakan cara penulisan rujukan yang ringkas serta member

penghormatan kepada penulis asal.

Merujuk kepada seorang penulis

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5thed.). New York: Free Press.

Wangpipatwong, S. (2008). Student perception and intention to use e-learning: A full online course perspective. In K. McFerrin et al. (Eds), Proceeding of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2008, 791-797.

Pena-Shaff, J., Altman, W., & Stephenson, H. (2005). Asynchronous online discussions as tool for learning: Students’ attitudes, expectation, and perceptions. Journal of Interactive Learning Research, 16(4).409-430.

Page 9: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 71 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Merujuk kepada beberapa orang penulis

Merujuk kepada beberapa sumber oleh penulis yang berbeza

iii) Judul

Dalam penulisan literatur, jumlah judul serta subjudul penting dalam

membantu pembaca memahami sesuatu penyelidikan. Manakala

pemeringkatan judul pula bergantung kepada jumlah judul dan subjudul

dalam sesuatu tinjauan literatur. Kebanyakan penulisan tinjauan literatur

hanya mempunyai dua atau tiga judul.

Rajah 5.4: Contoh aras judul pertama, kedua dan ketiga mengikut format APA 6th.

Kajian tahap kesediaan guru (Siti Salbiah, 2010;Nor Hafiza Azne, 2010;

Akma Nurashikin et al., 2011;Shamsuddin, 2011) mendapati....

Mohd Izham, Saiful, dan Rusnah (2007) telah menjalankan kajian untuk

melihat kesan atau hubungan kepimpinan teknologi dengan pentadbiran

Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap

peranan mereka....

Page 10: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 72 Unit 5 Tinjauan Literatur

b) Format penulisan

Semasa menulis tinjauan literatur, terdapat beberapa elemen tambahan yang

perlu diberi perhatian: keluasan tinjauan, jenis tinjauan, dan rumusan

pernyataan tinjauan literatur.

i) Keluasan tinjauan literatur

Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus tentang jumlah bilangan

perkataan bagi sesuatu tinjauan literatur. Namun apa yang penting ialah

tinjauan literatur tersebut hendaklah meliputi keseluruhan rangka kerja

penyelidikan dan juga isu yang dibangkitkan dalam permasalahan

penyelidikan.

ii) Jenis tinjauan literatur

Terdapat dua jenis model yang digunakan dalam tinjauan literatur iaitu

bertema di mana penyelidik akan menulis secara ringkas bahan bacaan

yang berkaitan berdasarkan tema yang telah dikenal pasti dalam tinjauan

literatur yang telah dibuat seperti contoh di bawah:

Manakala mengikut kajian demi kajian penulisan tinjauan literatur akan

memperincikan setiap kajian yang telah dikumpul mengikut tema yang

telah disusun dan diringkaskan mengikut subtopik seperti contoh di

bawah:

Sikap guru adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi penerimaan

teknologi. Davis (1989) dan Mc Donald (2004) mendapati bahawa penerimaan guru

dipengaruhi oleh aspek, sejauh mana kepercayaan mereka terhadap kelebihan

teknologi itu melebihi daripada teknologi yang sedia ada, keserasian dengan

amalan-amalan biasa, kebergunaanya dan mudah. Manakala Becker dan Watt

(1996) mendapati bahawa guru sukar mengubah gaya PdP dan ianya disokong oleh

Arbaat (2008), yang mendapati guru tidak berani mengambil risiko, takut untuk

mencuba inovasi.

Page 11: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 73 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

iii) Rumusan pernyataan tinjauan literatur

Dalam tinjauan literatur, rumusan hendaklah berfokus kepada kesimpulan

idea utama yang telah dikenalpasti, dibincangkan dan dirujuk. Sekiranya

perbincangan dalam tinjauan literatur telah dibuat berdasarkan tema-tema

yang telah dikenal pasti, maka rumusan setiap tema perlulah dibuat.

RUMUSAN

Tinjauan literatur merupakan salah satu komponen yang penting dalam

penyelidikan. Di samping memberi maklumat yang betul berkaitan topik yang dikaji,

ianya juga membantu di dalam mengenal pasti permasalah kajian, teori dan model

AKTIVITI 5.2 Dengan merujuk kepada laman web https://owl.english.purdue.edu/owl/, Sila dapatkan bentuk penulisan rujukan di penghujung teks bagi jenis rujukan berikut:

sumber elektronik senarai penulis yang melebihi tujuh orang dua atau lebih artikel atau buku oleh penulis yang sama

Kajian Noraini (2012) mendapati kekerapan Guru Perpustakaan Media (GPM)

menggunakan bahan video daripada EduwebTV sebagai bahan untuk set induksi,

pengembangan pembelajaran, penilaian dan aktiviti pengayaan adalah pada

tahap rendah. Ini di sebabkan GPM tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan

membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan sedia ada dalam

EduwebTV. Kajian beliau juga mendapati 72.4% daripada GPM yang dikaji,

kurang berpengetahuan untuk mengubahsuai bahan sumber daripada Internet

mengikut kreativiti sendiri. Manakala kajian oleh Sulaiman dan Azizah (2008)

juga mendapati bahawa bahan sahaja tidak dapat menentukan kejayaan

penggunaanya…

Page 12: 20140221110252UNIT 5 Tinjauan Literatur

 74 Unit 5 Tinjauan Literatur

kajian, metodologi serta menjadi panduan dalam membuat perbincangan hasil

dapatan dan rumusan kajian.

PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah tinjauan literatur penting dalam menjalankan penyelidikan?

2. Apakah perbezaan antara sumber primer dan sumber sekunder?

3. Apakah langkah yang perlu diambil dalam mengenalpasti sumber literatur

yang baik dalam penyelidikan?

RUJUKAN

American Psychological Association (2010). Publication manual of the American Psychological Association (6th ed.). Washington: Author.

Creswell, W. J. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating

Quantitative and Qualitative Research (3rded). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Kumar, J. (2005). Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners (2nd

ed). London: SAGE Publications. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.