20130911130903unit 8

74
UNIT 8 TANAMAN MINUMAN

Upload: zahir-zahid

Post on 27-Oct-2015

71 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20130911130903UNIT 8

UNIT 8 TANAMAN MINUMAN

Page 2: 20130911130903UNIT 8

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

Menerangkan perkembangan tanaman-tanaman minuman

di Malaysia.

Membincang jenis strategi yang dirancang kerajaan bagi

memperkasakan industri tanaman minuman.

Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi mundur

majunya sektor tanaman minuman sejak merdeka lagi.

Page 3: 20130911130903UNIT 8

PENGENALAN

Tanaman minuman atau baverage merangkumi 3

tanaman, iaitu koko, kopi dan teh.

Antara ketiga-tiga tanaman ini, koko dan teh banyak

ditanam di Sabah dan Semenanjung, manakala kopi kini

sangat berkurangan sebab faktor ekonomi yang tidak

memberangsangkan.

Page 4: 20130911130903UNIT 8

KOKO

Theobroma cacao (Malvaceae; sn. Sterculiaceae)

Page 5: 20130911130903UNIT 8

ASAL

Koko berasal dari kawasan hutan hujan neotropika di lembah Amazon dan Dataran Guyana.

Di dalam hutan pokok koko tumbuh hingga setinggi 25 m, berbuah lenggai seberat 500 g yang mengandungi antara 30-60 biji di dalam manisan musilaj.

Setelah dikeringkan, biji (beans) diproses menjadi mentega koko.

Pokoknya jenis saka, di tanam di bawah pokok naungan seperti petai belalang.

Kepadatan tanaman ialah antara 400-2500 pokok ha-1 dengan hasil di antara 200-800 kg biji koko kering ha-1 setahun.

Terdapat 2 subspesies, iaitu:

1. Theobroma cacao cacao (kv. Criollo, baka komersil), dan

2. Theobroma cacao sphaerocarpum (kv. Forastero, biji kecil)

Page 6: 20130911130903UNIT 8

SENARIO SEJARAH DI MALAYSIA

Pada tahun 1778 pertama kali koko ditanam di Melaka.

Dalam tahun-tahun berikutnya ujian kesesuaian telah dijalankan to Stasyen Penyelidikan Persekutuan di Serdang, Selangor serta Pusat Penyelidikan Pertanian Silam. Koko mula ditanam secara estet di Jerangau, Terengganu (1853-1959) dengan jenis Amelonado seluas 403 Ha dan kekal hingga tahun 70an.

Tanaman koko mula merebak ke Quoin Hill di Sabah dalam 1960an dan mula berkembang lewat tahun 70an hingga Malaysia menjadi pengeluar koko ke-3 terbesar (80an) di dunia suatu masa dahulu.

Page 7: 20130911130903UNIT 8

Keluasan tanaman koko mencapai puncaknya seluas 414,236 Ha

pada tahun 1989 dan menghasilkan sebanyak 247,000 tan biji.

Mulai tahun 1994 keluasan koko menurun kepada 270,000 Ha

kerana penurunan harga koko kering yang menjadikan industri ini

tidak lagi memberangsangkan.

Keadaan ini bertambah membebankan kerana gunatenaga yang

intensif serta serangan teruk oleh kepinding nyamuk Helopeltis

theivora dan serangan wabak oleh ulat pengorek lenggai koko

Conopomorpha cramerella yang tidak dapat dibendung di Sabah

dan Semenanjung.

Ini ditambah lagi dengan serangan penyakit matirosot vaskular oleh

kulat Oncobasidium theobromae dan penyakit lenggai hitam oleh

kulat Phytophthora palmivora.

Page 8: 20130911130903UNIT 8

Kini hanya tinggal 33,000 Ha, tetapi terdapat 10 kilang

pengisar yang masih beroperasi di seluruh Malaysia.

Maka oleh itu Malaysia perlu mengimport biji koko dari

Indonesia, Ghana, Cote D’Ivoire dan Papua New Guinea.

Dalam 76% koko dihasilkan oleh pekebun kecil dan

selebihnya oleh estet; purata Sabah mengeluarkan 63%,

Semenanjung 30%) dan Sarawak 7%.

Dalam masa yang sama hasil kelapa sawit agak lebih

lumayan berbanding koko.

Page 9: 20130911130903UNIT 8

Klon kacukan (hybrid) di Malaysia dijejaki berasal dari empat jenis klon, iaitu:

1. Amelonado (Afrika Barat)

2. Forastero (Amazon Brazil dan Guyana)

3. Trinitario (Lembah Amazon)

4. Criollos (Nicaragua)

Page 10: 20130911130903UNIT 8

Berikut ialah beberapa klon koko yang terdapat di Malaysia:

KKM 1, 15, 17, 22, 27, 28;

PBC 123, 159 (Sabah); MHP 78, 79, 296;

AMA 2; GS 29; EET 339; MJS 47; IMC 23;

BAL 244; BR 25; PA 13, 300; TAP 1-2; dan NA 33.

Semaian

Tujuannya ialah untuk mendapatkan anak benih dalam polibag yang berdaun lebar dan pengakaran baik dan berbatang tegap. Anak benih didapati dalam bebrapa saiz polibag seperti berikut:

a. 15 x 20 cm = tanam umur 3 bulan

b. 20 x 30 cm = ” ” 5 bulan

c. 25 x 40 cm = ” ” 8 bulan

d. 30 x 55 cm = ” ” >12 bulan

Page 11: 20130911130903UNIT 8

Tanah campuran yang diguna ialah sandy clay loam + 30 g CIRP +

30 g GML bagi polibag kecil, dan meningkat kepada 60 g polibag

besar.

Polibag dijarakkan 30 x 30 cm (6 bulan dalam semaian) dan 60 x 60

cm (> 12 bulan).

Pokok dalam semaian perlu disiram selalu, disusun di bawah

lindungan 80-90% dan kemudian mengurang kepada 70% serta

seterusnya menurun kepada 50%.

Respon anak semaian ini kepada pembajaan adalah sedikit-sedikit

tetapi diulangi selalu (little-and-often).

Pada mulanya baja foliar diguna sebagai cecair, dan selepas 3 bulan

baja sebatian digunakan.

Page 12: 20130911130903UNIT 8

PENANAMAN DI LAPANGAN

Lazimnya penanaman dilakukan dari biji klon terpilih.

Kini sudah mula mengguna klon cantuman dengan mata tunas klon terpilih dibuat ke atas pokok lama sebagai pokok penanti di ladang sedia ada sebagai langkah pemuliharaan.

Langkah pertama ialah menanam tanam kekacang penutup bumi dan dalam masa yang sama elok juga ditanam dengan pokok naungan mengikut arah Utara-Selatan 9 -12 bulan sebelum mengubah anak koko ke ladang.

Antara pokok naungan ialah petai belalang Leucaena leucocephala, Gliricidia sepium dan Sesbania punctata.

Koko ditanam di bawah naungan agar bioekologi agak serupa seperti di hutan hujan tropika Amerika Selatan.

Biasanya square planting (3 x 3 m) diamalkan secara berselang-seli 3 pokok dengan pokok naungan.

Page 13: 20130911130903UNIT 8

Jika di bawah naungan pokok kelapa, jaraknya ialah 3 x 2

m dengan pokok koko ditanam 2 baris, 3 m antara baris dan

2 m di dalam baris; cara begini mendapat 550 pokok Ha-1.

Pokok perlu dibuat cantasan dan dahannya diandam selalu

supaya tidak tumbuh kulat atau lumut kerana koko

berbunga pada dahan yang bersih dan sihat.

Jadi di bawah pokok koko adalah lapang tiada rumpai dan

di atas tanah berlambak dengan daun-daun kering.

Page 14: 20130911130903UNIT 8

MENCANTAS

Tahun 1 - cantas tunas air atau chupon (suckers) serta kutil tunas

pucuk pada batang dan ranting seraya melarikan dengan tangan

supaya tinggal 1 batang sahaja.

Tahun 2 - akan terbentuk jorquette pada ketinggian 90-180 cm (3-

6’) dengan 3-5 cabang sisian bertemu menjadi kanopi. Apabila

terdapat 2 jorquette, iaitu yang pertama pada ketinggian 150 cm dan

180 cm bagi yang kedua. Selepas pokok berumur setahun nisbah

50% akan tercapai bagi berat batang : daun.

Page 15: 20130911130903UNIT 8

MEMBAJA

Pokok koko banyak mengguna nutrien N,P,K,Ca.

Bagi tahun pertama 30 g baja sebatian (cth. CHB 25) +

GML diperlukan diberi sepokok berselang 2 bulan dan

meningkat hingga 120 g pada bulan ke-12.

Dalam tahun kedua baja CHB 44 diberi dan menaik hingga

240 g pada bulan ke-24.

Seterusnya pada tahun ketiga catuan baja adalah stabil

sebanyak 300 g CHB44 + GML mengukut keperluan

bersamaan pH tanah.

Page 16: 20130911130903UNIT 8

MENUAI

Untuk mengeluarkan bijinya, biasanya pokok tidak digalakkan berbunga/buah hingga memasuki tahun ketiga.

Bunga koko yang digelar cushions tumbuh di atas dahan dan batang, menjadi putik bergelar cherelles yang mana kemudiannya membesar menjadi buah atau lenggai dan matang dalam 5.5 - 6 bulan selepas berbunga.

Lenggai dipetik setiap minggu dengan berhati-hati memotong tangkainya; tidak direntap kerana pokok koko sangat sensitif.

Untuk mengeluarkan bijinya, lenggai koko dibelah dua melintang, biji diperahkan manisan plasenta dan seterusnya diperam semalaman.

Page 17: 20130911130903UNIT 8

Pada keesokannya biji ini dijemur selama seminggu hingga

kering (<6% MC).

Tidak digalak mengeringkan biji di atas atap zink kerana biji

akan menjadi hitam da bermutu rendah.

Senario koko di Malaysia kini didominasi kegiatan hiliran yang

amat menguntungkan dengan mengimport biji koko kering dari

Indonesia, Papua New Guinea, Ghana dan Cote D’Ivoire.

Usaha-usaha inovatif dalam pengeluaran coklat seperti pasaran

specialties untuk hadiah dan perhiasan sesuatu keramaian.

Penyelidikan kini tertumpu kepada klon berhasil tinggi, klon

resistan terhadap pengorek lenggai koko, sistem cantasan baik,

penanaman kepadatan tinggi dan tanaman selingan.

Page 18: 20130911130903UNIT 8

PEROSAK DAN PENYAKIT

Diversiti penanaman klon koko tidak tidak digalakkan

erana ditakuti bertapak kepelbagaian spesies perosak.

Begitupun insektisid lazim digunakan berpilih bagi

mengawal serangga dan fungisid untuk penyakit.

Semut hitam Dolichoderus thoracicus juga diguna

sebagai agen biologi.

Page 19: 20130911130903UNIT 8

1. Kepinding nyamuk Helopeltis theivora yang

terdapat di Semenanjung dan H. clavifer di

Sabah adalah perosak penting koko.

Kedua-dua peringkat dewasa dan juvana

serangga ini menghisap cairan sap dari daun

pucuk selain menyuntik telurnya ke dalam tisu

daun yang mana akan mati jika teruk.

Perkembangan pucuk baharu juga terjejas.

Serangan ini lebih membahayakan apabila

disertakan penghisapan dengan suntikan

telurnya ke dalam cherelle dan lenggai muda

mengakibatkan cherelle terbantut dan gugur

dan lenggai muda berselirat dengan

kecederaan tompok-tompok hitam yang

kelihatan kotor.

Kecederaan membahayakan apabila ruang

terbuka untuk dijangkiti kulat yang sudah tentu

merosakkan lenggai dan seterusnya biji koko.

Page 20: 20130911130903UNIT 8

2. Ulat pengorek lenggai koko Conopomorpha cramerella adalah

serangga perosak utama koko di rantau Asia Tenggara.

Sejurus selepas menetas, larvanya terus mengorek ke dalam lenggai.

Lenggai muda menjadi kuning pramatang.

Biji koko yang rosak tersimen keras dan tidak dapat diguna,

biasanya juga diserang kulat.

Selain semburan insektisid terarah ke bawah dahan di mana rama-

rama berehat di waktu siang, membalut lenggai dan membuat

rampasan menunjukkan sedikit kejayaan. Adanya semut hitam

Dolichoderus thoracicus membantu melarang serangga bertelur.

Page 21: 20130911130903UNIT 8

3. Ulat pengorek batang Zeuzera coffeae dan pengorek dahan

Conopia sp. jarang-jarang memusnahkan pokok Koko.

Lazimnya memadai mencantas dahan yang diserang, tetapi boleh

mengakibatkan kematian pokok jika lewat bertindak.

Page 22: 20130911130903UNIT 8

4. Apabila berlaku serangan ulat beluncas Setora nitens, semburan

insektisid perlu dilaku secepat mungkin kerana perosak ini berupaya

cepat meranggas daun tinggal ranting sahaja.

Serangan hebat jarang-jarang berlaku tetapi jika lalai boleh menjadi

serangan wabak seperti yang terjadi kepada kelapa sawit.

Page 23: 20130911130903UNIT 8

5. Seperti biasa kumbang kaboi Apogonia sp. serta Adoretus sp. memakan

daun hingga berlubang-lubang yang lama-kelamaan akan bercantum dan

mengakibatkan daun terkoyak-koyak. Serangan yang teruk akan

menunjukkan daun-daun pucuk dimakan tinggal tulang daun.

6. Terdapat juga hamama lelabah merah Tetranychus urticae. Biasanya

daun kanopi sebelah atas yang diserangnya, tetapi ini jarang-jarang

serius dan semburan dengan racun akarisid biasa seperti propargite akan

dapat mengawalnya.

Page 24: 20130911130903UNIT 8

7. Perosak vertebrat terdiri daripada perosak lazim yang memakan

lenggai koko seperti tikus belukar Rattus tiomanicus yang

mengorek lubang seluas 5 cm garis pusat, manakala lubang yang

dikorek tupai dada merah Callosciurus notatus agak sedikit besar

dan tidak nampak kemas, dan lenggai yang dimakan musang

pandan Paradoxurus hermaphroditus biasanya terbelah dua dengan

biji koko habis dimakannya.

Page 25: 20130911130903UNIT 8

8. Matirosot vaskular yang disebabkan oleh kulat Oncobasidium

theobromae menjadikan daun kering dan luruh bermula dari bahagian

atas kanopi. Keratan dahannya menunjukkan bahagian vaskular

sudahpun reput dijangkitinya. Akhirnya pokok ini mati kering. Kini

sudah terdapat klon yang agak resistan terhadap penyakit ini, oleh itu

tanaman koko mulai berkembang semula.

Page 26: 20130911130903UNIT 8

9. Penyakit lenggai hitam yang disebabkan oleh Phytophthora palmivora

adalah yang kedua merbahaya pada tanaman koko. Kulat ini juga

menyerang daun dan menyebabkan daun luruh.

10. Cendawan angin yang disebabkan oleh Corticium salmonicolor

adalah kulat yang sama menyerang pokok getah. Miselium putih mula-

mula menutupi cabang, dan kemudian bertukar kepada merah samar

apabila spora mula dihasilkan. Keadaan lembab akan mengalakkan

dahan serkah.

Page 27: 20130911130903UNIT 8

11. Penyakit akar putih yang disebabkan oleh Rigidoporus lignosus

adalah juga kulat yang sama menyerang akar akar pokok getah. Akar

pokok yang diserang perlu diselamatkan d engan cara merawat sama

seperti pada pokok getah.

12. Penyakit hawar bebenang putih yang disebabkan oleh Marasmiellus

scandens yang berupa miselium bebenang putih (rizomorf) yang

menyaluti ranting dan daun koko. Dahan dan ranting yang diserang

tidak akan mengeluarkan bunga cushions dan oleh itu kurang

menghasilkan lengai koko akibat kurangnya bunga koko. Dahan yang

dijangkiti mudah dirawat dengan racun fungisid.

Page 28: 20130911130903UNIT 8

Negara Malaysia amat bertuah kerana tidak terdapat penyakit

merbahaya seperti penyakit kulat witches’ broom oleh kulat

Moniliophthora perniciosa (sn. Crinipellis perniciosa)

dan penyakit frosty pod rot oleh kulat Moniliophthora roreri yang

kedua-duanya terdapat di Amerika Selatan, Panama dan Caribbean,

Page 29: 20130911130903UNIT 8

serta penyakit virus swollen shoot yang dibawa oleh

koya Pseudococcus calceolariae terdapat hanya di

Afrika Barat.

Page 30: 20130911130903UNIT 8

Pemprosesan

Malaysia adalah negara kelima terbesar di dalam pemprosesan koko

seperti cocoa paste (nyah lelemak), lelemak koko, cocoa powder dan

cokelat. Cokelat mampu merangsang otak yang akan merembeskan

hormon andorphene yang akan memberi ketenangan jiwa kepada

sesiapa yang memakannya. Lelemak koko diguna sebagai ramuan

dalam bahan solekan. Barang makanan mengandungi koko seperti

minuman, gula-gula, cookies, kek dan bakeri serta bar cokelat banyak

dijual dan menjadi kegemaran ramai di Malaysia.

Page 31: 20130911130903UNIT 8

KOPI

(Rubiaceae)

Page 32: 20130911130903UNIT 8

Asal

Pokok kopi berasal dari negara Ethiopia-Abyssinia (Kaffa) di tanah tinggi

kawasan timur Afrika.

Sejarah.

Pada kurun ke-14, orang Inggeris telah bawa keluar pokok kopi dan tanam

luas mula-mula di Yaman, kemudian Arabia dan Mesir. Kemudian sebatang

anak pokok diberi sebagai hadiah kepada Ratu Victoria (England). Pokok

ini ditanam di Kew Garden. Dalam pertengahan kurun ke-15 minuman kopi

mula dijual di Eropah (Venice, Italy), diimport dari Mesir dan Asia.

Seterusnya kegemaran meminum kopi merebak ke merata dunia oleh kuasa

kolonial di Asia Tenggara (British dan Belanda) dan di Amerika (Spanyol

dan Portuguese) serta Martinique dan Antilles (Perancis).

Di Asia, kopi mula ditanam pada awal kurun ke-16 di India; kuasa koloni

Belanda berjaya menanam kopi yang subur dan seterusnya pada 1699 telah

mewujudkan perkebunan kopi di Sri Lanka dan pulau Jawa. Berikutnya

kopi mula disebar ke koloni Belanda seperti di Surinam dan kepulauan

Carribean dan di Amerika Tengah.

Page 33: 20130911130903UNIT 8

Pada tahun 1727 kopi mula ditanam di utara Brazil, kemudian

berpindah ke Rio de Janeiro dan akhirnya ke arah selatan Brazil, iaitu

di San Paolo dan Minas (1800-1850). Dari sini tanaman kopi merebak

ke Amerika Tengah, Columbia, Jamaica, dll.

Kini terdapat 76 buah negara pengeluar kopi; Brazil No. 1, Indonesia

No. 4 (iklim sesuai untuk kopi), Vietnam, Columbia, Ethiopia (Sidana),

Jamaica (Blue Mt.), Hawaii (Kana), dll. Kebanyakannya melibatkan

pekebun kecil dan sistem tanaman bercampur dengan kelapa, pisang,

nanas, dsb.

Di Eropah minuman kopi mula bersaing dengan minuman anggur,

selain bermanfaat untuk mengubati penyakit. Namun, pengambilan

yang berlebihan akan memberi kesan sampingan seperti ketegangan

dan kadar denyutan jantung yang tinggi.

Page 34: 20130911130903UNIT 8

MORFOLOGI

Terdapat 16 spesies pokok kopi yang tumbuh melata di seluruh dunia,

tetapi hanya 10 spesies yang ditanam secara komersil, biasanya dikawal

atau diandam rendah, setinggi 2-3 m sahaja.

Batangnya tegak dengan dahan keras bagi Robusta dan melampai bagi

Arabica. Daun tebal dan licin, hijau tua hingga hijau perang, teratur

dan berpasangan. Kopi biasanya berbunga lebat sekali dua setahun.

Bunganya putih, teratur berjambak (star) pada setiap ruas pada dahan

yang bersih daripada lumut dan berbau harum.

Page 35: 20130911130903UNIT 8

Buah mengandungi kulit luar epikarpa yang nipis dan lapisan dalam

mesokarpa yang tebal. Terdapat 2-3 biji kopi (Robusta bean) yang disalut

dengan kulit nipis endokarpa yang apabila dikopek dapat biji kopi atau

coffee bean yang diselaputi kulit nipis lutcahaya. Biji kopi berwarna

kehijauan. Jangka masa bunga menjadi buah ialah 9 bulan.

biji kopi

kulit nipis epikarpa

mesokarpa endokarpa

Page 36: 20130911130903UNIT 8

Kopi komersil kini berasal dari 3 spesies berikut:

Coffea arabica (Arabian coffee) –

Tumbuh baik pada altitude 1,000-2,000 m; refined flavour; hasil

1-1.5 pound kopi hijau yr-1; 75% daripada pengeluaran dunia;

mengandungi 1% caffeine; mudah diserang penyakit, terutama

karat dan tidak tahan kemarau, mengeluarkan hasil sebanyak . Di

negara Colombia pokok kopi ini terdapat hingga 4,000 m atas

paras laut.

Ia mendapat harga pasaran terbaik. Terdapat beberapa sub-

varieti seperti Moka, Maragogipe, San Ramon, Columnaris,

Biurbon, Brazilian, Milds (Colombia, Venezuela, Peru,

Guatemala, Salvador, Haiti, Santo Domingo), Blue Mt.

(Jamaica), Kana (Hawaii), dan Sidana (Ethiopia).

Page 37: 20130911130903UNIT 8

Coffea canephora (Robusta coffee) -

Tahan lasak dan tumbuh di tanah rendah (< 600 m); hasil 2-3 pound

kopi hijau yr-1; 2% caffeine; dijual sebagai kopi dan blend komersil. Ia

mengandungi lebih caffeine dan lebih tahan kepada penyakit

berbanding Arabica. Ia mula berbuah 3-4 tahun selepas ditanam dan

mula lebat berbuah pada tahun ke-5.

Coffea liberica (Liberian coffee) -

Tahan lasak dan tumbuh di tanah rendah, sama seperti Robusta.

Pokoknya besar tetapi tidak menjadi pilihan komersial. Lain-lain

spesies dikira tidak ekonomik untuk dikomersilkan

Page 38: 20130911130903UNIT 8

Penanaman

Pokok kopi adalah tanaman tropika dan memerlukan banyak cahaya

matahari, suhu >24°C (75°F) dan hujan melebihi 127 cm setahun.

Altitude yang sesuai ialah dari paras laut hingga 2000 m. Tanah

dalam dan subur, dan jarak tanaman ialah 3 x 3 m.

Benih mestilah dari biji terpilih, disemai dalam nurseri, kemudian

diubah pada umur 1 tahun ke ladang. Pada lazimnya pokok mula

berbuah selepas 3-4 tahun dan terus berbuah sehingga mencapai 30

tahun. Benih boleh juga disediakan dari keratan pucuk, dan dijaga

selama 3-4 bulan di dalam nurseri. Ada juga mengamalkan sistem

tanam terus ke ladang menggunakan 4-5 biji satu point dari pokok

terpilih dan setelah tumbuh anak benih yang paling subur dipilih dan

yang lainnya dibuang, sama seperti amalan orang jawa Banting,

Selangor menanam kopi.

Page 39: 20130911130903UNIT 8

Pembajaan

Pembajaan amat penting. Baja compound sama seperti tanaman koko

diguna. Di Indonesia tanahnya lebih subur kerana tanah volcano yang

cukup sesuai untuk kopi dan koko.

Cantasan

Cantasan dilakukan pada ketinggian 2-2.5 m supaya mudah memetik

buah. Dahan-dahan sentiasa dibersihkan daripada lumut dan yang

sepertinya sebagai amalan senggaraan. Dahan berdaun yang

berpenyakit karat dicantas dan dimusnahkan, sama juga dilakukan

kepada buah berpenyakit

Page 40: 20130911130903UNIT 8

Serangga perosak dan penyakit

1.` Rama-rama helang Cephonodes hylas dalam keadaan wabak

boleh memakan daun hingga tinggal ranting dan mengakibatkan

pengurangan buah kopi. Begitupun semburan insektisid jarang

diperlukan

2. Kumbang buah kopi Hypothenemus hampei ialah satu-satunya serangga yang mengorek buah kopi, terutamanya Robusta. Buah kopi yang dikorek menunjukkan lubang halus pada tampuk buah.

Page 41: 20130911130903UNIT 8

Ini dilakukan oleh kumbang betina apabila hendak meletakkan

telurnya. Sejurus menetas larva terus mengorek masuk dan

memakan biji kopi. Akhirnya buah kopi ini menjadi busuk, gugur

atau kering di dahan. Bagaimanapun, kebanyakan serangan tidak

seteruk ini, sebiji dua di dalam buah masih lagi elok.

Page 42: 20130911130903UNIT 8

3. Kumbang pengorek batang Xyleborus fornicatus dan Xylosandrus

compactus adalah 2 spesies kumbang kecil yang mengorek ke dalam

batang dan dahan yang

boleh melemahkan dan akhirnya dahan menjadi rapuh dan patah.

Dengan demikian bunga kopi tidak dihasilkan

Page 43: 20130911130903UNIT 8

4. Kumbang kaboi Apogonia sp. dan Adoratus sp. memakan daun

hingga berlubang-lubang terutamanya daun-daun pucuk yang mana

lama-kelamaan akan bercantum dan mengakibatkan daun terkoyak-

koyak. Bagaimanapun serangan tidak pernah teruk hingga

menjejaskan hasil

5. Teritip hijau Coccus viridis menghisap sap dahan, buah dan daun daun menyebabkan peluruhan daun. Dahan yang diserang akan menjadi kering kerana kehilangan sap dan tidak mengeluarkan bunga; dahan akhirnya patah. Buah yang diserang akan kering dan gugur.

Page 44: 20130911130903UNIT 8

6. Karat daun kopi Hemileia vestatrix adalah penyakit kulat daun

kopi yang mampu membinasakan industri kopi jika lambat

dibendung. Ia berupa selaput oren atau warna karat kemerahan pada

bawah daun. Daun yang diserang akan kering dan gugur, dan pokok

tinggal ranting sahaja. Jika jangkitan dikesan awal, bahagian pokok

terlibat boleh dicantas dan dimusnahkan. Terdapat bioagen kulat

antagonis tetapi kurang berkesan.

Page 45: 20130911130903UNIT 8

7. Penykit akar putih Rigidoporus lignosus adalah kulat yang sama

menyerang lain-lain pokok saka termasuk buah-buahan. Cara

rawatan adalah serupa dengan yang disyorkan untuk tanaman getah.

Pungutan hasil.

Buah dikutip 3-4 kali seminggu kerana pokok kopi yang subur tidak berhenti berbunga, berputik dan berbuah. Buah Robusta matang merah bercampur hijau, biasanya dipetik atau dikutip sekali raut dengan tangan dari batang/dahan, jadi bercampur buah merah+hijau. Jika berpilih, mengikut warna masak, tetapi yang belum masak atau yang terlalu masak dibiarkan.

Page 46: 20130911130903UNIT 8

Di negara Amerika Latin di mana terdapat Ladang besar seperti di

Brazil, penuaian kopi dlakukan selang 8-10 hari dengan bantuan

mesin harvester, tetapi 20-30% buah yang digegar-gugur masih hijau

lagi. Di India, buah dibiarkan masak di atas pokok hingga jadi keras

dan kering, warna bertukar menjadi perang atau hitam, dinamakan

kopi semulajadi.

Risikonya jika hujan pada akhir musim menuai, buah Menjadi rapuh

dan rosak jatuh ke tanah. Secara konvensional, buah kemudiannya

dijemur selama 3-4 minggu, selepas mana kulitnya mudah tertanggal.

Seterusnya biji kopi dikeringkan lagi hingga 12-13% MC sebelum

digredkan. Jika hanya buah merah dipetik, proses seperti yang

dilakukan kepada kopi Arabica dibuat bagi menjaga mutu dan harga.

Page 47: 20130911130903UNIT 8

Pemprosesan

Pemilihan buah masak dilakukan secara teliti untuk mengasingkan

buah superior yang seragam daripada buah inferior (cacat,

hitam,pecah, berlubang dan berpenyakit). Kini terdapat mesin yang

boleh mengasingkan biji kopi mengikut warna di mana setiap biji

kopi diukur mengguna kamera CCD (Spectrum).

Terdapat 3 cara proses pengupasan, iaitu :

Page 48: 20130911130903UNIT 8

1. Cara basah (basuh-peram-basuh-keringkan) -

Buah dibasuh, dikupas kulitnya dengan bantuan mesin, dan bijiknya

kemudian diperam selama 24-72 jam untuk tanggalkan endokarpa

serta mencuci lendir mucilage. Pemeraman kering hanya melibatkan

longgokan buah kopi ditutup dalam karung guni, manakala

pemeramanbasah memerlukan rendaman dalam bekas yang diselangi

dengan penggantian air rendaman. Terlebih lama rendaman akan

menjadikan kopi terlebih asid. Biji diproses baik jika buah yang

dikupas sudah cukup masak. Terdapat tiga perubahan yang berlaku

kepada biji kopi semasa pemeraman, iaitu a) pemecahan komponen

mucilage menjadikan keasidan beransur menurun daripada pH 5.5 -

6.0 kepada 3.65 - 4.0 bagi menggalakkan tindakan enzim

protopectinase, b) pemecahan gula berlaku dan mengalir keluar dari

isi biji kopi, dan c) perubahan warna kulit menjadi seakan-akan coklat

akibat oksidasi polifenol.

Page 49: 20130911130903UNIT 8

2. Cara kering (jemur) - Buah dijemur selama 3-4 hari hingga

kulit epikarpa dan mesokarpa menjadi kering, kemudian kulitnya

dikupas dengan bantuan mesin (hulling). Biji kopi yang disediakan

begini agak kurang berasid.

Page 50: 20130911130903UNIT 8

3. Separa basah (dibasuh-jemur) -

Di Sulawesi, Indonesia, buah dibasuh tetapi tidak diperam, sebaliknya terus dijemur, dan kemudian digelek (milling) untuk membuang kulit yang sudah kering bagi mendapatkan kualiti biji kopi yang baik.

Pengeringan biji kopi paling mudah dilakukan dengan menjemur. Dalam operasi besar mesin pengering tray dryer digunakan secara berterusan. Kandungan air dalam biji kopi perlu mencapai 12% MC bagi mengelak daripada rosak semasa dalam simpanan. Pemilihan biji kopi yang kering dilakukan mengikut saiz dengan mengguna mesin getar bagi operasi yang besar.

Pemasaran

Biasanya biji kopi dijual untuk instant coffee dan juga blend seperti expresso sebagai minuman, dan adunan dalam cokolat, cookies, candies dan bakeries.

Page 51: 20130911130903UNIT 8

TEH

Camellia sinensis (Theaceae)

Page 52: 20130911130903UNIT 8

Asal

Orang Cina sudah minum teh sejak 5000 tahun dahulu. Ia dikatakan untuk kesihatan dan berseronok serta bersantai. Orang India pula mula menikmati minuman teh agak 1000 tahun kemudiannya.

Sejarah

Penjajah Belanda di Indonesia dan Portuguese di Macao telah memperkenalkan teh ke Eropah semasa minuman kopi sedang diminati ramai.

Terdapat banyak variety di China dan India. Antaranya ialah:

Bancha, Chun Mee, Darjeeling, Dimbula, Doars, Dragon pearl, English breakfast, Genmaicha, Green monkey, Green Mu Dan, Green pekoe, Gu Zhang Mao Jian, Gunpowder, Hyokuro, Hazelbank, Highgrown, Hui Ming, Jasmine tea, Java, Keemun, Kokicha, Kwai flower, Lapsang Souchong, Lung Ching, Matcha, Muscatel, Pai Mu Tan, Pettiagalla, Pi Lo Chun, Pu ErhSencha, Silver sprout, Snow buds, White tea, Young Hyson, dan Yunnan.

Produk teh yang dihasilkan bergantung kepada bagaimana teh diproses untuk mendapatkan Black tea, Green tea, Oolong tea, Red Tea dan White tea.

Page 53: 20130911130903UNIT 8

Senario industri teh di Malaysia

BOH Tea adalah estet yang terbesar di Malaysia. Dimulakan pada

tahun 1929 oleh J.A. Russell, kini cucunya Caroline mengurus 4 buah

Taman Teh di Cameron Highlands-Ringlet dan Sungei Palas di

Gunung Brinchang, Pahang dan sebuah di tanah rendah Bukit

Cheeding di Selangor. Pesawat digunakan untuk membaja, manakala

mesin pemetik daun diguna secara meluas sama ada jenis pegang

tangan atau sangkut dengan traktor. BOH Tea menghasilkan Black Tea

yang mana meliputi 90% daripada pasaran dunia. Kini teh juga

ditanam di Sabah untuk pasaran dunia.

Page 54: 20130911130903UNIT 8

MORFOLOGI

Pokok teh adalah tumbuhan malar hijau. Daun teh berwarna hijau

muda dan gelap apabila matang, mengilap, kecil berukuran 4 -15 cm

panjang dan 2.5 cm lebar. Daun segar mengandungi 4% unsur

caffeine. Teh berakar tunjang yang kuat dengan akar rerambut di

permukaan tanah. Batangnya besar dan kukuh dan banyak bercabang.

Biji benih teh terhasil daripada pendebungaan oleh serangga. Bunga

teh tumbuh axillary, satu atau sekelompok menjadi satu, berwarna

putih kekuningan atau kemerahan harum dan terbuka hanya 2 hari

untuk antesis. Buah teh agak kecil sebesar 1.5 cm berwarna hijau dan

perang apabila matang dalam 9-12 bulan selepas pendebungaan. Biji

teh perlu disemai segera jika hendak digunakan kerana ketahanannya

agak singkat. Tedapat sekitar 1500 jenis teh yang berasal dari 25

negara di dunia ini, tetapi banyak sebagai tanaman hiasan. Terdapat

dua jenis spesies yang ditanam komersil, iaitu:

Page 55: 20130911130903UNIT 8

1. Camellia sinensis var. sinensis yang berdaun kecil, tirus dan padat,

ditanam di tanah tinggi bercuaca dingin, dan terdapat di negeri China

dan Jepun. Ketinggian tanaman dapat mencapai 9 m dalam keadaan

semulajadi.

2. Camellia sinensis var. assamica yang berdaun lebar, hijau tua

bersinar, sesuai dengan iklim tropika dan udara lembab, dan terdapat

di utara dan timur India, Szechuan dan Yunnan di China. Ketinggian

tanaman boleh mencecah antara 12-20 m dalam keadaan semulajadi.

Page 56: 20130911130903UNIT 8

Penanaman

Kawasan dunia yang sesuai ialah dalam lingkungan khatulistiwa di antara Garisan Sartan (Tropic of Cancer) dan Garisan Jadi (Tropic of Capricorn). Selain memerlukan >1000 mm hujan th-1 dan suhu 14-25°C, tanah tinggi amat sesuai pada altitude hingga 2400 m di atas paras laut.

Anak semaian dalam nurseri di bawah naungan apabila berumur 3-4 tahun perlu dipotong akar tunjangnya sepanjang 10 cm sebelum diubahkan ke ladang. Anak benih keratin hijau dipilih dari pokok berhasil tinggi dengan memotong dahan muda yang beruas dan bermata tunas dan meninggalkan sehelai daun sebelum ditanam di dalam tapak semaian. Anak benih keratan berumur setahun boleh dipindahkan ke ladang.

Pokok semaian dari biji atau keratan batang hijau ditanam dalam baris atau kontur dengan jarak 1.2 x 1.5 m antara pokok untuk memberi kepadatan sebanyak 5000-7000 pokok Ha-1. Bagi tanaman baharu, lazimnya 10 g NPKMg 12:12:17:2 diberi setiap pokok pada minggu ke-2, diulangi pada minggu ke-4 dan seterusnya pada minggu ke-6. Pokok perlu dicantas balik menjadi renik ke paras dada, iaitu aras plucking table. Selang 4-5 tahun pokok disegarkan semula (rejuvenate) untuk merimbun dengan membuat cantasan terkawal dan membuang bahagian berpenyakit dan dahan mati. Ini dituruti dengan pembajaan. Lazimnya pokok berguna hingga 50-70 tahun selepas mana penanaman semula dilakukan.

Page 57: 20130911130903UNIT 8

Kutipan hasil

Daun pucuk teh mula dipetik 2 tahun selepas ditanam. Bagi teh tanah

rendah daun dipetik tidak bermusim, manakala bagi teh tanah tinggi

daun tidak dipetik pada musim sejuk. Daun muda dipetik selang 7-12

hari; 1 kilo daun segar bersamaan >2000 daun. Seorang pekerja boleh

memetik daun dengan tangan sebanyak 30 kg sehari atau mengguna

mesin gunting pemetik (120 kg sehari) atau mengguna mesin two-men

hand-held yang dibantu dengan winch yang boleh menuai hingga 300

kg sehari. Di lereng bukit curam, sistem zipwire dipasang untuk

memudahkan pemindahan teh yang telah dipetik

Page 58: 20130911130903UNIT 8

Serangan serangga dan penyakit

1. Kepinding nyamuk Helopeltis sp. menyerang dengan

menghisap sap pucuk daun mengakibatkan pucuk mati kering.

Serangan awal menunjukkan

bintik-bintik kering pada daun dan ranting muda.

Page 59: 20130911130903UNIT 8

2. Anai-anai Coptotermes curvignathus berupaya menyerang

batang pokok teh hidup-hidup dengan tiada membina busut, seperti

serangan pada pokok getah. Oleh itu pengesanan awal perlu bagi

melakukan rawatan batang dengan insektisid secepat mungkin.

3. Kumbang pengorek batang Xyleborus fornicatus mengorek

batang pokok teh, seperti serangan pada pokok kopi, di mana

batang yang diserang berselirat dengan lubang-lubang halus. Pokok

akan mati kering jika tidak dirawat dengan insektisid secepat

mungkin.

Page 60: 20130911130903UNIT 8

4. Hawar lepuh disebabkan kulat Exobasidium

vexans (Blister blight). Kejadian penyakit ini amat ditakuti. Pada

daun bintik-bintik berupa terbenam dan daun bengkak hipertrofi,

nampak lebih jelas pada bahagian bawah daun muda. Rawatan

fungisid perlu dilakukan seberapa segera yang mungkin bagi mengelak

perebakan ke pokok berdekatan.

Page 61: 20130911130903UNIT 8

5. Cendawan angin disebabkan kulat Corticium salmonicolor.

Miseliumnya berwarna putih, kemudian bertukar warna merah

samar (warna spora). Kulat ini cenderung merebak pada cabang

dahan dan ranting. Amalan cantasan yang baik akan mengurangkan

kejadian penyakit ini.

6. Reput akar putih disebabkan kulat Rigidoporus lignosus. Selain

itu terdapat juga reput akar perang oleh Phellinus noxius dan reput

akar merah oleh Ganoderma philippii. Penyakit-penyakit ini tidak

akan menjadi masalah jika kejadian awal dapat dibendung supaya

tidak mudah merebak. Jika perlukan rawatan prosedur yang

diamalkan pada tanaman getah boleh diikuti.

Page 62: 20130911130903UNIT 8

7. Hawar perang disebabkan kulat Glomerella cingulata menyerang

daun dan mengakibatkan kemerosotan pokok jika lambat dibendung.

8. Reput kolar disebabkan oleh Rhizoctonia solani jarang berlaku,

lebih ke atas tanaman kekacang seperti kacang buncis.

9. Reput hitam disebabkan oleh Corticium theae menyerang daun

dan ranting muda mengakibatkan pokok lemah, lama-kelamaan mati

kering. Lazimnya cantasan dilakukan ke atas bahagian pokok yang

berpenyakit serta memperbaiki pengudaraan dengan membuat

trimming.

10. Antraknos disebabkan oleh kulat Colletotrichum theae-sinensis.

Penyakit bintik berpusar ini mudah dikawal dengan semburan

fungisid. Simptom adalah serupa yang terdapat pada daun mangga

dan cili.

Page 63: 20130911130903UNIT 8

11. Bintik mata burung disebabkan oleh kulat Cercoseptoria ocellata yang menyerang daun menunjukkan bintik-bintik pada daun, daun akhirnya kekringan.

12. Keruping daun disebabkan oleh kulat Elsinoe theae (leaf scab). Tiada rekod penyakit ini di Malaysia.

13. Kanker disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris pv. theicola menunjukkan bengkak cerana kepada batang. Tiada rekod di Malaysia.

14. Hawar pucuk disebabkan oleh bakteria Pseudomonas avellanae pv. theae (shoot blight) yang menyerang ranting, merosakkan xylem dan menyebabkan kekeringan dan kematian pada anak-anak pokok. Lazimnya pokok berpenyakit dihapuskan.

15. Puru silara disebabkan oleh bakteria Agrobacterium tumefaciens (crown gall) biasanya berlaku pada batang mengakibatkan pokok terbantut. Ada juga yang terdfapat pada akar tunjang, selain terbantut tanda-tanda lain ialah tumbuh sulur air.

Page 64: 20130911130903UNIT 8

Pemprosesan.

Terdapat 2 cara, iaitu:

1. Crush Tear and Curl (CTC).

Daun-daun digelek antara 2 roller yang berputar arah berlawanan,

mengakibatkan sel-sel daun berkecai menjadi lumat hingga

menghasilkan serbuk teh. Ini melibat tindakan biokimia yang lengkap

di mana polifenols (flavonoids, antioxidants) bercampur dengan

enzim polifenol oxidases dalam keadaan terdedah kepada oksigen

(atmosfera) dan menghasilkan sebatian polifenol teroxida dengan

blend rasa serta aroma yang unik. Ini melibatkan 8 langkah, iaitu:

Page 65: 20130911130903UNIT 8

a. Pelayuan (Withering) di mana daun dalam dulang berlubang-lubang

(30kg daun m2 di kilang) dikeringkan hingga layu udara, agak lebih

cepat jika mengguna blower udara hangat (<35°C); daun dibalik-

balikkan beberapa kali supaya layu serata bagi proses pemeraman

yang baik kelak.

Page 66: 20130911130903UNIT 8

b. Menapis daun hijau (Green Leaf Sifting) dengan membuang

kotoran seperti batu, pasir, ranting, dsb. yang bukan daun, kemudian

daun ini diayak atau melalui alat penapis bergerak menggetar supaya

daun sahaja lolos untuk dikisar.

c. Membaikpulih daun (Reconditioning) dengan mencampurkan

residu teh dan teh gred rendah (kitar semula) digaul bersama-sama

daun layu yang baru, kini 2-3% MC. Daun ini kemudian melalui

silinder berputar di mana dinding dalamnya bergerigi (rotovane) di

mana daun-daun dicarik-carikkan hingga halus, kini dipanggil chutney

Page 67: 20130911130903UNIT 8

d. Pengisaran (Rolling) melibatkan roller bergigi berputar (rotovane) arah bertentangan masing-masing dengan kelajuan berlainan (70-75 rpm dan 700-750 rpm) di mana yang perlahan mengoyakkan lagi daun sementara yang laju melumat-gemburkan

Page 68: 20130911130903UNIT 8

e. Pemeraman (Fermentation) atau penapaian dibuat dalam tong

drum berputar selama 60-90 min dengan dipamkan udara sejuk dan

segar O2 (aeration). Dalam teknik terkini disertakan sinar UV untuk

membunuh kuman dan mempercepatkan tindakan enzim polifenol

oxidase.

Page 69: 20130911130903UNIT 8

f. Pengeringan (Drying) diperlukan bagi menghentikan proses

pemeraman serta mengurangkan kelembapan supaya kualiti terjamin

melalui penyejatan. Secara konvensional daun dipindah-pindah ke

dalam dulang (berlubang-lubang) dengan melalui udara panas

beberapa kali hingga capai 2.5-3.0% MC; tetapi tidak terlalu kering

hingga menjejaskan kualiti, sebaliknya jika tidak cukup kering tidak

tahan lama pula. Kini cara Fluidized Bed diguna di mana daun-daun

dikeringkan dalam 3 zone ruang pengering bersiri (udara panas) dan

diakhiri dengan 1 ruang pendingin (udara biasa) supaya

menghasilkan aroma serta bloom berkualiti.

Page 70: 20130911130903UNIT 8

g. Penggredan dan jenis (Grading and Sorting) melibatkan pembersihan serat dan kepingan-kepingan daun, menggred dan menampi (winnow) untuk kelihatan menarik (blooming).

RED

BLACK GREEN

Page 71: 20130911130903UNIT 8

h. Pembungkusan (Packing/Packaging ) dibuat mengikut penampilan

Syarikat.

Page 72: 20130911130903UNIT 8

2. Ortodoks

Daun-daun digelek oleh roller yang berputar dan menghancurkan

daun-daun hingga sel-sel daun berkecai (maceration), kemudian

dikering udara atau mengguna blower panas untuk menghasilkan rasa

dan aroma yang baik. Kesemua ini melalui proses Pengeringan dan

Blend mengikut bermacam-macam kualiti jenama di pasaran.

Penggredan

Ini dilakukan sama ada ke atas seluruh daun atau sebahagian daun, sepeti

berikut:

1. Fannings – Ialah cebisan daun, Broken Orange Pekoe (Sri lanka,

Indondsia dan India Selatan).

2. Serbuk – Terdapat 2 jenis di pasaran, iaitu:

a. Serbuk 1 (Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, China, Afrika,

Amerika Selatan dan India Selatan).

b. Serbuk Pekoe 1 (India sahaja).

Page 73: 20130911130903UNIT 8

Kepelbagaian nama teh.

Berikut adalah nama-nama sesetengah teh dalam pasaran dunia:

Pekoe, Broken Pekoe, Broken Orange Pekoe, Broken Pekoe

Souchong, Broken Pekoe 1, Flowery Pekoe, Orange Fannings,

Pekoe Fannings, Pekoe Fannings One, Broken Orange Pekoe

Fannings, Pekoe Dust, Dust, Churamani Dust, Pekoe Dust One,

Dust One, Red Dust, Fine Dust, Golden Dust Super Fine Dust,

Supper Red Dust.

Lain-lain jenis teh.

Chrysanthemum tea, Medicinal tea, Mulberry tea, dsb.

Page 74: 20130911130903UNIT 8

TAMAT