20122011 - sistem elektoral di malaysia
DESCRIPTION
Artikel adalah berkaitan dengan sistem Pilihanraya yang diamalkan di Malaysia sejak 1957.TRANSCRIPT
PENGENALAN
Setelah 54 tahun mengecap kemerdekaan, rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega dan
bersyukur dengan segala kenikmatan fizikal yang telah dikecapi sehingga kini. Segala
kemakmuran yang diperolehi ini adalah hasil daripada kerjasama di antara pemimpin dan rakyat
jelata yang sama – sama berganding bahu membangunkan negara terutama dari segi ekonomi,
sosial dan juga politik. Peranan rakyat adalah sangat signifikan kerana mempunyai kuasa untuk
memilih pemimpin yang dipercayai dan mampu menggalas tanggungjawab memastikan negara
mencapai kemakmuran tidak kiralah dari sudut fizikal mahupun spiritual.
Pemimpin yang silih berganti telah melalui satu proses pemilihan yang sama di mana rakyat
mengundi melalui sistem yang dipanggil pilihanraya. Proses ini dijalankan sejak Malaysia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 untuk memilih pemimpin yang mewakili parti politik
yang dirasakan mampu merealisasikan segala kehendak rakyat jelata. Sehingga hari ini sistem
pilihanraya masih dikekalkan kerana melalui proses tersebut, rakyat tidak dapat mempersoalkan
kreadibiliti pemimpin yang dilantik secara majoriti. Sistem pemilihan eksekutif seperti ini
dianggap sebagai berkesan bagi melambangkan kedaulatan negara kerana rakyat diberi kuasa
secara langsung untuk membuat pemilihan siapakah pemimpin yang boleh diharapkan.
Tidak dapat dinafikan bahawa pilihanraya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan
mengisi kemerdekaan sesebuah negara. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pilihanraya
merupakan satu proses dan sistem yang membolehkan rakyat di sesebuah Negara yang
1
mengamal sistem demokrasi memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan.
Umum sedia maklum bahawa pilihanraya merupakan salah satu asas utama dalam pengamalan
sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka. Bagi Persekutuan Tanah Melayu,
peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948
yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu masa yang sesuai. Ternyata ia
bukan disebabkan oleh National Convention Perikatan UMNO-MCA tetapi merupakan
kesedaran semua pihak orang Melayu yang telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan
pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
Setiap kali berlangsungnya pilihanraya, pelbagai isu yang jarang – jarang disebut sebelum ini
akan berbangkit sehinggakan wujudnya perang mulut mahupun penggunaan jentera media untuk
menjatuhkan moral pemimpin lawan. Namun demikian jarang sekali berlaku pergaduhan
mahupun krisis yang teruk seperti di negara – negara luar yang berkelakuan ekstrem. Kali
terakhir berlakunya pilihanraya umum di Malaysia adalah pada tahun 2008 di mana ianya
merupakan pilihanraya kali ke 12. Pilihanraya umum ketika itu dilihatkan mempertaruhkan
banyak isu yang melibatkan pihak kerajaan dan pembangkang. Tidak dapat dinafikan bahawa isu
– isu yang diutarakan melambangkan kelemahan – kelemahan yang bukan sahaja wujud di dalam
pentadbiran negara yang lalu bahkan turut menggambarkan ketidaksempurnaan di dalam sistem
pilihanraya atau elektoral di Malaysia.
Kelemahan – kelemahan yang masih wujud di dalam proses pilihanraya di Malaysia masih lagi
dapat ditangani sedikit demi sedikit. Namun demikian ianya akan menemui jalan sukar tanpa
2
kerjasama daripada kedua – dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Setelah 12 kali
menghadapi proses pilihanraya rakyat Malaysia dan pemimpin khususnya perlu bersikap lebih
matang supaya dapat menangani gejala – gejala kurang sihat semasa proses pilihanraya berlaku.
Dengan cara ini pihak yang berkuasa dapat mengurangkan kelemahan – kelemahan yang sedia
ada supaya setiap pengundi dapat menjalankan tanggungjawab masing – masing.
3
SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA
Sejarah telah membuktikan bahawa kuasa rakyat menjadi senjata utama dalam menentukan
kepimpinan di dalam sesebuah negara di dunia. Jika wujudnya persepakatan, kuasa rakyat juga
mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memegang tampuk pemerintahan. Di
Malaysia ianya tidak terkecuali kerana sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar
demokrasi dan kerajaan berparlimen rakyat mempunyai hak dan kuasa untuk memilih siapakah
pemimpin yang mereka harapkan. Melalui kaedah ini masyarakat atau rakyat bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas pilihan calon pemimpin mereka.
Sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya untuk memilih
calon dan parti yang sesuai untuk mewakili rakyat di Parlimen. Melalui perspektif takrifnya
pilihanraya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih tetapi mempunyai perbezaan dengan
perbuatan melantik. Menurut K. Ramanathan (1988), dalam konteks yang lebih luas pilihanraya
boleh didefinisikan sebagai pemilihan umum ke atas seseorang untuk memegang sesuatu
jawatan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan undian terhadap sesebuah perkumpulan atau dari segi
bahasanya adalah constituent body. Manakala menurut Syed Ahmad Hussein (1994) pula,
pilihanraya diertikan sebagai satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan
wakil – wakil untuk merangka dasar dan keputusan politik.
Pilihanraya adalah alat atau kaedah bagi memilih wakil rakyat dengan cara yang adil dan bebas.
Ia turut menjadi bukti bahawa demokrasi adalah subur di sesebuah negara. Fungsi pilihanraya
adalah untuk menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik.
4
Di samping itu, pilihanraya juga diadakan adalah untuk mengekalkan pucuk kepimpinan dalam
proses pilihanraya dan pemilihan calon – calon bagi mengisi jawatan tertinggi dalam pentadbiran
kerajaan melalui parti yang mendapat kemenangan majoriti. Pilihanraya yang diadakan di
Malaysia adalah untuk memilih wakil rakyat untuk menjadi pembuat undang – undang samada di
Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Pilihanraya berlaku di dalam dua bentuk iaitu
pilihanraya umum yang dijalankan 5 tahun sekali dan pilihanraya kecil sekiranya terdapat ahli
perwakilan yang meninggal dunia atau meletak jawatan (A. Rashid Rahman, 1994).
Menurut Syed Ahmad Hussein (1994) pula, pilihanraya turut diertikan sebagai satu proses di
mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil
yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang - undang
masyarakat atau dalam perkataan yang lebih mudah, pilihan raya ialah satu proses di mana ahli
masyarakat memilih dan mengesahkan wakil-wakil untuk membuat dasar dan keputusan politik.
Lazimnya, pilihan raya dan perwakilan nasional adalah berdasarkan unit geografi iaitu
perwakilan yang berdasarkan kependudukan dan taburan kependudukan. Dengan kaedah ini
dapat meminimumkan penguasaan pemimpin di dalam satu – satu kawasan dan ini membolehkan
mereka memantau kebajikan serta keperluan masyarakat setempat secara lebih khusus.
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan yang
demokrasi di mana terdapat sebuah parlimen dan 13 buah Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pilihanraya ini diselia oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di mana ianya berfungsi
untuk kajian dan persempadanan semula bahagian – bahagian pilihanraya Parlimen dan Dewan
5
Undangan Negeri pada setiap 8 tahun sekali selepas persempadanan semula yang terdahulu (Tun
Mohamed Suffian, 1984). SPR juga berperanan menjalankan urusan pendaftaran serta semakan
daftar pemilih di samping bertanggungjawab menjalankan pilihanraya umum Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pilihanraya kecil jika wujudnya kekosongan kerusi.
Secara realitinya pentadbiran negara diterajui oleh Parti Barisan Nasional (BN) yang telah dipilih
oleh rakyat dengan gabungan beberapa parti komponennya iaitu MCA, MIC, Gerakan, PPP dan
sebagainya. Sehingga hari ini Barisan Nasional berjaya membentuk sebuah kerajaan yang
mantap melalui penggabungan kuasa politik. Di Malaysia kuasa pemerintahan dipegang oleh
Barisan Nasional sejak pilihanraya selepas kemerdekaan lagi. Sehingga kini rakyat masih lagi
menaruh kepercayaan kepada parti ini untuk memerintah negara. Meskipun pada pilihanraya
2008, lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor dapat ditawan
oleh pembangkang, tetapi kepimpinan Barisan Nasional tetap releven di hati kebanyakan rakyat
Malaysia (Mohd Noor Yazid, 2008).
6
KELEMAHAN – KELEMAHAN SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA
Walaupun sudah 12 kali Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengendalikan pilihanraya
samada secara umum atau kecil, tetapi masih banyak lompang – lompang kelemahan yang dapat
dikesan bukan sahaja oleh pihak pembangkang malahan juga kalangan rakyat yang celik minda
politiknya. Tidak dapat dinafikan bahawa proses pilihanraya sangat penting untuk menentukan
masa depan negara di tangan pemimpin yang benar dan boleh dipercayai. Rakyat jelata masih
lagi berharap supaya Malaysia mempunyai pemimpin yang ikhlas mengambil berat dan bijak
dalam menangani pelbagai situasi atau krisis yang mungkin timbul secara tiba – tiba misalnya
krisis kewangan, polemik antara kaum, perbalahan antara parti politik dan sebagainya.
Namun demikian, sebagai manusia biasa sudah pasti tidak lepas daripada melakukan kesilapan
ataupun wujudnya kelemahan dalam mengendalikan sesuatu perkara atau melaksanakan sistem –
sistem tertentu. Begitu juga dengan perlaksanaan sistem pilihanraya atau elektoral di Malaysia
ini di mana masih timbul kelemahan di sana sini meskipun sudah banyak kali dilakukan.
Kelemahan ini sebenarnya bukan dianalisa oleh pihak kerajaan tetapi dari kaca mata pihak
pembangkang yang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai check and balance dalam
institusi ini. Meskipun dilihat sebagai perkara yang negatif tetapi demi kepentingan rakyat
khususnya, kerajaan perlu mengambil perkara ini sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan negara.
Seiring dengan perubahan zaman, dunia teknologi telah banyak membantu dalam pelbagai
perkara termasuk berperanan sebagai penyimpan informasi atau data berkenaan para pengundi
7
yang layak mengundi di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, kelemahan dalam pengurusan
data masih wujud sehinggakan masih wujud nama pengundi yang telah lama meninggal dunia.
Isu ini bukanlah satu perkara baru yang wujud di dalam SPR bahkan pihak pembangkang telah
lama memainkan isu tersebut untuk mencari kelemahan pihak kerajaan. Walaupun pihak
kerajaan mungkin menganggap perkara ini bukanlah perkara yang luar biasa tetapi lama
kelamaan jika dibiarkan akan menyebabkan ketidakadilan dan ada yang mengambil kesempatan
dengan mewujudkan ‘pengundi hantu’ untuk kepentingan politik peribadi. Terdapat beberapa
kriteria yang merujuk kepada pengundi hantu iaitu pengundi yang berumur lebih 120 tahun,
beralamatkan rumah yang mengandungi lebih dari 20 orang, pengundi tersebut tiada kaitan
dengan pemilik alamat yang didaftarkan ataupun pengundi yang didaftarkan lebih daripada
sekali (Wikipedia, 2009). Di dalam PRU ke 12 juga isu ini sangat popular sehinggakan pihak
pembangkang mengambil inisiatif dengan membuat kawalan ketat sepanjang pilihanraya
berlangsung.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud beberapa kelemahan di dalam sistem
elektoral di Malaysia. Salah satu daripadanya adalah bila dikaitkan dengan undian secara pos
terutama di kalangan anggota tentera, polis dan juga mereka yang berada di luar negara. Selama
hari ini pihak pembangkang begitu lantang sekali dalam mengkritik dan berusaha untuk meminta
pihak SPR menghapuskan undi pos kerana ianya merupakan satu bentuk penipuan yang tidak
dapat dibuktikan secara fizikal. Ini kerana sehingga hari ini ada pihak – pihak terutama bekas
pegawai – pegawai tentera yang telah membuat pengakuan bahawa berlakunya penipuan semasa
undian dilakukan. Wujudnya pihak – pihak tertentu atau hidden hand yang cuba
memanipulasikan kaedah undian pos untuk memberi kemenangan kepada pihak yang tertentu.
8
Meskipun sehingga kini belum ada siasatan yang dijalankan oleh SPR tetapi undian secara pos
dianggap sudah tidak releven dan perlu diadakan satu perubahan untuk memberi situasi menang
– menang kepada semua pihak.
Paling ketara setiap kali menjelang pilihanraya setiap parti politik akan berkempen untuk
membantu mereka memenangi pilihanraya. Melalui media masa para calon akan membahaskan
manifesto masing – masing untuk memenangi hati para pengundi. Ketika inilah para calon yang
bertanding akan menabur pelbagai janji dan melakukan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan diri
dengan para pengundi. Pihak kerajaan menggunakan media secara besar – besaran samada
televisyen mahupun surat khabar untuk berkempen manakala pihak pembangkang dinafikan
haknya untuk menggunakan salurannya yang sama kecuali internet. Hal ini merupakan
kelemahan sistem yang paling ketara sehingga menimbul rasa ketidakadilan di kalangan para
pembangkang.
Isu ini telah menunjukkan kelemahan di dalam sistem elektoral di Malaysia sehinggakan
wujudnya ketidakadilan kepada parti yang merupakan pembangkang kepada kerajaan. Akses
kepada media merupakan satu perkara yang sangat penting kerana manifesto atau berita – berita
yang hendak disampaikan kepada penyokong parti dapat diketahui oleh semua pihak. Dalam
masa yang sama pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberikan tempoh yang agak singkat
untuk mereka berkempen. Di sini jelas menunjukkan kelebihan berpihak kepada pihak kerajaan
kerana setelah 12 tahun memerintah negara mereka mampu mempengaruhi para media untuk
berpihak kepada mereka sedangkan pihak pembangkang tidak mempunyai akses kepada mana –
9
mana media perdana kecuali melalui penggunaan Internet. Hanya blog dan juga laman – laman
sosial yang lain seperti Facebook, Twitter, laman web dan lain – lain dapat memberi ruang
kepada mereka untuk berhubung dengan masyarakat. Berbeza dengan negara – negara luar yang
mempunyai kebebasan media dan kedua – dua belah pihak mendapat hak penggunaan yang
sama. Kelemahan ini masih berlaku dan mungkin akan berterusan sekiranya tidak diambil
tindakan yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, kelemahan – kelemahan yang wujud di dalam sistem elektoral di
Malaysia masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk diperbaiki. Umum mengetahui bahawa
segala kuasa dan pengaruh untuk memperbaiki kepincangan ini terletak bukan sahaja di tangan
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahkan juga kerajaan yang memerintah turut berperanan untuk
mengubah sistem pilihanraya sekiranya ada kemahuan. Inilah yang dipersoalkan oleh pihak
pembangkang dan pro pembangkang kerana isu ini sudah lama dibahaskan.
10
MENGATASI KELEMAHAN SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA
Kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengambil inisiatif yang pragmatik
untuk mengatasi kelemahan – kelemahan yang wujud semasa sistem elektoral dijalankan. Ini
kerana wujudnya kritikan – kritikan bukan sahaja daripada pihak pembangkang malahan juga
respon daripada golongan – golongan terpelajar yang menjadi pemerhati bebas sistem elektoral
yang dijalankan di Malaysia. Sistem elektoral di Malaysia masih ditakuk lama di mana wujudnya
kelemahan – kelemahan yang sama setiap kali pilihanraya berlangsung. Tidak dapat dinafikan
bahawa terdapat kritikan – kritikan yang kurang enak didengar sehingga menimbulkan
perbalahan terutama di antara pihak pemerintah dan juga pembangkang.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah membuat cadangan untuk mengatasi kelemahan
sistem undian melalui pos yang seringkali menjadi polemik di kalangan kebanyakan masyarakat
yang mengikuti perkembangan politik Malaysia. Beberapa kelemahan teknikal akan ditukar dan
diganti dengan satu konsep undian yang diberi nama Pengundian Awal. Sistem ini dijangka akan
dimulakan pada pilihanraya umum yang ke tiga belas. Berdasarkan sistem ini, proses pengundian
akan dipermudahkan di mana pengundi yang terbabit tidak perlu memasukkan kertas undi di
dalam sampul. Sebaliknya, pengundi terbabit layak mengundi awal melalui proses pengundian
biasa sepertimana di Thailand (Berita Harian, 2010).
Tidak dapat dinafikan setiap kali menjelang pilihanraya, isu pengundi hantu seringkali menjadi
isi perbahasan di kalangan masyarakat terutama pihak pembangkang. Sepertimana yang telah
berlaku pada pilihanraya kali yang ke 11 pada tahun 2004, polemik berkaitan isu pengundi hantu
11
menimbulkan kekacauan dan salah faham. Punca berlakunya salahfaham mengenai isu tersebut
adalah disebabkan oleh beberapa faktor tertentu iaitu persempadanan semula kawasan
pilihanraya, wujudnya dua senarai daftar pengundi, masih terdapat lagi nama si mati di dalam
daftar pengundi, berlaku pemindahan nama pengundi tanpa dimaklumkan terlebih dahulu dan
juga terdapat pengundi yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya itu akibat senarai
daftar pengundi yang belum diwartakan (Wikipedia, 2011).
Walau bagaimanapun, permasalahan ini mungkin dapat diselesaikan melalui penggunaan
teknologi yang lebih sofistikated dan dinamik. Penciptaan portal atau laman sesawang atau
perisian yang lebih komprehensif dalam menyenaraikan para pengundi yang benar – benar sah
identitinya dapat membantu dalam sistem pilihanraya di masa hadapan. Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) boleh berkerjasama dengan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahupun
melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lebih dekat supaya dapat mengemaskini data
berkenaan dengan pengundi yang telahpun meninggal dunia. Jadi tidak timbul persoalan
mengapa pengundi yang telah lama meninggal dunia masih tersenarai sebagai pengundi yang sah
di dalam sistem.
Walhal perkara itulah yang paling dipersoalkan pembangkang hingga menampakkan kelemahan
yang nyata di dalam system electoral di negara kita sejak sekian lama. Sebagai negara yang
sudah lama mengecapi pembangunan dan mempunyai fasiliti serta gunatenaga mahir dalam
bidang teknologi tidak mustahil dapat mewujudkan perisian yang mampu memadam secara
automatik data pengundi yang telah tiada supaya tidak berlaku sebarang pertindihan data yang
12
seringkali berlaku di dalam sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setiap kali menjelang
pilihanraya.
Selain daripada itu, penggunaan dakwat kekal sepertimana yang telah lama diminta oleh pakatan
pembangkang dapat membantu meningkatkan kebolehpercayaan di kalangan masyarakat dan
sekaligus mengatasi kelemahan dalam sistem elektoral. Dakwat kekal ini mengandungi
kandungan argentum nitrat sebanyak 4 peratus untuk digunakan oleh pengundi biasa manakala
pengundi awal akan menggunakan dakwat kekal yang mengandungi 7 peratus kandungan
argentum nitrat. Tujuannya adalah untuk memastikan dakwat itu kekal lebih lama pada kulit dan
kuku pengundi (Utusan Malaysia, 2011). Dengan kaedah penggunaan dakwat kekal ini dapat
mengelakkan penipuan sewaktu membuang undi kelak. Melalui laporan arus perdana baru – baru
ini, pilihanraya yang ke 13 bakal menyaksikan perubahan di dalam sistem elektoral di mana
penggunaan dakwat kekal mungkin akan diperkenalkan dan diimplementasikan secara
menyeluruh. Kesungguhan yang bakal dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya
mampu mengatasi kelemahan di dalam sistem elektoral di Malaysia (Berita Harian, 2011).
Walau bagaimanapun, dalam mengatasi kelemahan dan kepincangan yang seringkali wujud di
dalam sistem elektoral Malaysia perkara yang paling utama adalah dengan penubuhan
Suruhanjaya Diraja (Royal Commission of Inquiry). Suruhanjaya ini merupakan satu badan
tertinggi yang bersifat bebas di mana berperanan untuk menyiasat kelemahan kelemahan yang
mungkin wujud dan kemudian mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.
Menurut Wikipedia (2011), Suruhanjaya Diraja mempunyai bidang kuasa yang lebih luas
13
daripada seorang hakim tetapi dihadkan oleh “syarat rujukan” suruhanjaya di mana ianya
ditubuhkan oleh Ketua Negara atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat
paten. Ramai pihak terutama parti pembangkang yang menyarankan agar suruhanjaya ini
ditubuhkan supaya sistem elektoral di Malaysia akan lebih telus dan adil untuk semua pihak.
Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan Suruhanjaya Diraja yang bersifat bebas dapat
menjernihkan kembali perselisihan di antara parti sehingga menimbulkan permusuhan.
Ternyata fakta – fakta yang telah diutarakan sebelum ini mampu mengatasi kelemahan –
kelemahan yang ada pada sistem electoral di negara kita. Sedikit sebanyak jika tidak
keseluruhannya dapat memperbaiki dan sekaligus menyaksikan kematangan di dalam sistem
elektoral yang bakal masuk kali ke 13 tidak lama lagi. Mungkin sedikit perhatian dan
kesungguhan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat membuktikan komitmen
mereka yang sebenarnya kepada kepentingan rakyat jelata atau pengundi. Bukan sekadar
menjadi pak turut ataupun hanya boneka kepada pihak tertentu sehingga boleh menimbulkan
kebencian mahupun keresahan di hati masyarakat.
14
KESIMPULAN
Realitinya proses pilihanraya di Malaysia masih belum mencapai kesempurnaan dari segi teori
dan perlaksanaannya. Kelemahan – kelemahan yang wujud di dalam sistem pilihanraya atau
elektoral ini membuatkan kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan khususnya
kerana didakwa menimbulkan ketidakadilan kepada pihak – pihak yang lain terutama pihak
pembangkang yang berperanan sebagai check and balance kerajaan Malaysia. Masih ramai yang
kurang mempercayai pemimpin – pemimpin kerajaan yang pada pandangan pihak pembangkang
bersikap tidak telus dan menjaga kepentingan sendiri. Kepimpinan kerajaan dikritik kerana
wujudnya pelbagai isu yang menyebabkan mereka dituduh sebagai penyebab kepada kelemahan
sistem pilihanraya di Malaysia.
Walau bagaimanapun kerajaan masih bersikap terbuka dalam beberapa perkara walaupun dikritik
oleh pihak pembangkang. Ini termasuklah tuduhan sesetengah pihak yang beranggapan media
arus perdana dikawal oleh kerajaan iaitu kepimpinan Barisan Nasional (BN), tetapi parti
pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media apabila Kementerian Dalam Negeri
(KDN) masih memberikan permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan
1984 dalam menghebahkan manifesto dan menjana propaganda mereka menerusi akhbar parti
masing – masing. Kelemahan yang wujud di dalam sistem pilihanraya atau elektoral di Malaysia
masih ditahap yang rendah. Cuma apa yang diperlukan adalah pemantauan secara khusus
daripada semua pihak yang terlibat terutama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menjadi nadi
utama dalam perjalanan pilihanraya dalam negara.
15
Seperti yang telah dinyatakan, peranan Suruhanjaya Pilihan (SPR) wajar ditingkatkan supaya
dapat memperbaiki kelemahan – kelemahan yang tampak ketara di mata rakyat. Sudah tiba
masanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sepertimana misi yang telah menjadi
pegangan suruhanjaya tersebut iaitu mendukung sistem demokrasi berparlimen dan menjamin
hak rakyat untuk memilih wakil mereka. Sehubungan dengan itu, suruhanjaya tersebut perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani kelemahan yang terdapat dalam sistem
elektoral di Malaysia. Dengan cara yang demikian permasalahan yang timbul sepanjang tempoh
pilihanraya di lakukan dapat diselesaikan. Hasilnya dapat mengurangkan rasa tidak puas hati di
kalangan para pro parti pembangkang dan kepemimpinan mereka.
Boleh dikatakan semua warganegara Malaysia terutamanya para pengundi mendambakan proses
electoral atau pilihanraya dapat dijalankan secara telus, adil dan teratur. Selama ini kita masih
mendengar tentang kritikan yang dilemparkan oleh kebanyakan pihak setiap kali bermulanya
pilihanraya sehinggalah ianya selesai bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.
Oleh sebab itulah, pihak – pihak yang berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
khususnya mencari alternative penyelesaian terhadap kelemahan - kelemahan yang wujud di
dalam proses electoral selama ini. Jika tidak, makin ramai rakyat Malaysia yang akan terus
mengkritik dan lebih teruk lagi jika ada yang berani memulau proses electoral yang akhirnya
akan merugikan semua pihak.
16
BIBLIOGRAFI
A. Rashid Rahman. (1994). The Conduct of Elections in Malaysia. Kuala Lumpur: Berita
Publishing Sdn. Bhd.
Berita Harian, (2008). Pilihan Raya. Dawama, No. 22, pp. 5
Berita harian, (2010). Sistem undi pos ditukar kepada pengundian awal. Rujuk laman web -
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/413-bicara-
rakyat-jasa-sistem-undi-pos-ditukar-kepada-pengundian-awal.html
Berita Harian, (2011). Peraturan Penggunaan Dakwat Kekal Diketahui 1 Februari Depan. Rujuk
laman web -
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peraturanpenggunaandakwatkekaldiketahu
i1Februari/Article/index_html
Graham Brown, (2005). Playing (Non) Ethnic Card: The Electoral System and Ethnic Voting
Patterns in Malaysia. Crise Working Paper, University of Oxford, No. 21
K. Ramanathan (1988). Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
K. Ramanathan, (2003). Institusi Politik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Mohd Noor Yazid, (2008). Keputusan Pilihan Raya Umum 2008: Mungkinkah Terbentuknya
Sistem 2 Parti Di Malaysia. Seminar Politik Malaysia, Shah Alam: Universiti Teknologi
MARA
17
Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka
Tun Mohamed Suffian Hashim (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Utusan Malaysia, (2011). Dakwat kekal, undi awal pasukan keselamatan. Rujuk laman web -
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Wikipedia, (2011). Suruhanjaya Diraja. Rujuk laman web -
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Diraja
Wikipedia, (2011). Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Rujuk laman web -
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008
Wikipedia, (2009). Pengundi Hantu. Rujuk laman web -
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengundi_hantu
18