bagaimana sistem pendidikan di malaysia membiakkan struktur sosial

21
Bagaimana Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial dan Kebudayaan Golongan Dominan? Kritikan Tentang Teori Penentangan dan Contoh dalam konteks Malaysia. PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH Muhammad Sabri Bin Haron P- PM0084/07 Mohamad Termizi Bin Borhan P- PM0289/08

Upload: nurkasihsirna

Post on 07-Jun-2015

4.623 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Bagaimana Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial dan Kebudayaan Golongan Dominan? Kritikan Tentang Teori Penentangan dan Contoh dalam konteks

Malaysia.

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKANINSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

Muhammad Sabri Bin Haron P-PM0084/07Mohamad Termizi Bin Borhan P-PM0289/08

Page 2: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Pierre Bourdieu (1973)

Mentakrifkan peranan sosiologi pendidikan sebagai sains yang

menghubungkan struktur sosial dan kebudayaan

Hubungan sekolah dengan

Budaya DominasiKelas / Struktur Sosial

Pembiakan budaya Proses nilai dan norma budaya yang sedia ada diturunkan dari

generasi ke generasi yang seterusnya. Menghasilkan pembiakan sosial, atau proses memindahkan

aspek masyarakat (seperti kelas) dari generasi ke generasi. Diperkenalkan oleh Pierre Bourdieu dan Passeron dalam

Cultural Reproduction and Social Reproduction

Page 3: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Struktur Sosial

•Entiti atau kumpulan yang mempunyai perhubungan yang jelas antara satu sama lain, yang mempunyai corak kelakuan dan perhubungan dalam sistem sosial,

• Masyarakat dikelompokkan dalam kumpulan yang berkaitan yang melakukan fungsi yang berbeza.

•Salah satu contoh struktur sosial ialah stratifikasi sosial, yang merujuk kepada masyarakat yang mempunyai strata yang berbeza, berdasarkan perbezaan sosial seperti bangsa, kelas dan jantina.

Page 4: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Stratifikasi Masyarakat

Raja

Pembesar

Rakyat

Hamba

Staratifikasi masyarakat tradisional Staratifikasi masyarakat moden

Kelas bawah

Kelas Pekerja

Kelas Menengah

Kelas Atasan

Page 5: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Stratifikasi masyarakat moden

Kelas Bawah

Kelas Pekerja

Kelas Menengah

Kelas Atasan

Golongan yang kaya dari segi wang dan aset harta

-Golongan profesionaldan pentadbir-Kolar putih seperti pensyarah, guru, kerani dan jururawat

Kolar biru yang melakukan pelbagai bentuk kerja manual seperti operator pengeluaran

Terbahagi kepada 4 golongan-miskin pasif yang meminta sedekah-Hostile iaitu penjenayah jalanan-Hustlers yang mempunyai pendapatan secara haram tapi tak ganas -Traumatic yang sentiasa mabuk dan tidak berumah (lumpenproletariat)

Page 6: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Teori Pembiakan Terumpu kepada aspek struktur (structural) masyarakat. Melihat bagaimana struktur sosial dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi (theory of tramsmissions). Melihat bagaimana struktur sosial membantu fungsi umum masyarakat. Sekolah bukan agen yang mengalakkan amalan demokrasi, mobiliti sosial dan kesamaan (equality) – sebaliknya sekolah menjadi tempat membiakkan ideologi masyarakat dominan dan hiraki struktur kelasUntuk melihat bagaimana teori ini mempengaruhi sistem pembiakan di Malaysia, ianya dijelaskan mealui tiga model pembiakan iaitu model pembiakan ekonomi, model pembiakan kebudayaan dan model pembiakan hegemoni negara.

Model Pembiakan Ekonomi

Model Pembiakan Ekonomi

Model Pembiakan Kebudayaan

Model Pembiakan Kebudayaan

Model Pembiakan Hagemoni Negara

Model Pembiakan Hagemoni Negara

Page 7: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Model Pembiakan Ekonomi Model Pembiakan Ekonomi

Juga berasaskan ras, dimana wujudnya sekolah kebangsaan (Melayu), SKJ (Cina) dan SKJ Tamil (India).

Dari segi pilihan subjek juga memperlihatkan kelas sosial yang berlainan dalam menengah rendah. Pelajar lelaki mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 1,pelajar perempuan pula mengambil subjek Kemahiran Hidup Pilihan 2

Sekolah berfungsi sebagai gatekeeper

Kanak-kanak dari kelas sosial yang rendah dipaksa untuk bertaat setia, berpatuh kepada peraturan dan undang-undang sekolah, menepati masa dan membiasakan diri untuk sentiasa mengikut arahan.

Bagi kanak-kanak dari kelas sosial atasan dan pertengahan, mereka berpeluang untuk membuat keputusan, menaakul, berfikir secara analitikal dan kritis, serta kreatif dan boleh bekerja tanpa pengawasan.

Page 8: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Pihak sekolah terima dan amal modal budaya kumpulan-kumpulan sosial dominan dan meneruskannya seolah-olah ianya diagihkan secara saksama kepada semua pelajar. Autoriti guru adalah mewakili authoriti kelas dominan.

Kriteria mengadili murid -berasaskan budaya dominan. “guru sendiri merupakan hasil sistem pendidikan yang bertujuan untuk memindahkan budaya golongan dominan” (Bourdieu, 1966) dalam Amir Hasan Dawi (2002).

Sistem memaksa secara arbitari memasukkan budaya dominan kepada murid kelas rendah. Kelas bawah yang merupakan kelas golongan subordinat tidak mempunyai modal budaya (pengetahuan). Budaya dianggap sebagai satu ”modal”. Modal budaya adalah berbentuk simbolik bukan seperti modal ekonomi yang berbentuk material (wang).

Model Pembiakan Kebudayaan Model Pembiakan Kebudayaan

Page 9: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Sambungan..........

Sekolah kekalkan ketidaksamaan dan menghukum mereka yang tidak menuruti atau tidak sesuai kepada piawaian kelas menengah semasa ia menentukan kriteria kelas pencapaian yang memihak kepada murid yang mempunyai modal budaya kelas menengah.

Dominan kelihatan lebih cemerlang. Akhirnya penganiyaan simbolik iaitu penindasan terhadapa kelas pekerja atau kelas sosial yang lebih rendah oleh dominasi budaya berlaku. Dengan itu hieraki sosial dalam masyarakat akan dihasilkan semula dan terus berkembang.

Sekolah berperanan dalam menghasilkan dominan cultural capital (modal budaya dominan adalah seperti ketangkasan, kelulusan akademik dan kemahiran. Sebagai contoh, budaya kerja yang dominan dibiakkan dalam sistem persekolahan ialah setiap pelajar sekolah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

Page 10: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Sambungan..........

”Sistem pendidikan melengkapkan keseluruhan proses reproduksi mengikut struktur pengagihan modal di kalangan kelas-kelas” (Bourdieu, 1973).

Disimpulkan, kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas dominan mempunyai kelebihan dalam pendidikan. Mereka mempunyai modal budaya untuk mencapai kehendak-kehendak pendidikan masing-masing. Sementara itu mereka dari latar belakang kelas pekerja perlulah mendapat modal budaya yang sewajarnya untuk bersaing.

Page 11: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Pendidikan adalah sebagai salah satu alat kerajaan untuk mengagihkan pekerjaan kepada rakyatnya mengikut kelulusan akademik-stratifikasi sosial dikekalkan.

Peranan pendidikan - membiakkan indoktrinasi pemerintah sangat penting selepas kemerdekaan. Pendidikan telah dirancang sedemikian rupa supaya dapat menghasilkan rakyat yang patuh kepada sistem pentadbiran negara. Pemikiran rakyat dalam sistem pendidikan telah diorientasikan kepada sistem demokrasi moden.

Pembiakan ideologi pemerintah penting untuk mencapai matlamat-matlamat negara seperti perpaduan dan guna tenaga.

Model Pembiakan Hagemoni NegaraModel Pembiakan Hagemoni Negara

Page 12: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Sambungan.....

Ibrahim Saad (1990) melihat sekolah memainkan peranan utama sebagai alat negara dalam sosialisasi politik. Terdapat beberapa cara sosialisasi politik dilakukan. Cara-cara berkenaan adalah melalui kurikulum sekolah yang membiakkan nilai-nilai kebangsaan, amalan-amalan atau ritual yang terdapat di sekolah dan melalui tingkahlaku guru.

Pembiakan nilai-nilai kebangsaan dalam kurikulum sekolah- subjek tertentu seperti sejarah, pendidikan moral, agama, geografi dan kajian tempatan. Ia dilakukan menerusi penulisan semula buku teks.

Buku teks adalah berbentuk Malaysia dan tidak menyanggahi dasar-dasar kerajaan.

Page 13: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Sambungan.....

Contoh- setiap pelajar dari pelbagai latar sekolah diwajibkan mengambil matapelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan. Bermula pada Pernyata Razak (1956) dan kemudian Penyata Rahman Talib (1960).

Penyata-penyata ini dilihat sebagai langkah awal kerajaan Perikatan untuk membiakkan budaya perpaduan dikalangan rakyat.

Pada akta Pendidikan 1961, bahasa Malaysia diperkukuh sebagai bahasa pengantar utama di sekolah tanpa mengabaikan penggunaan bahasa ibunda lain. Bahasa Malaysia telah dijadikan alat perpaduan untuk membiakkan perpaduan.

Keduanya adalah melalui amalan-amalan atau ritual yang terdapat di sekolah. Contoh amalan ini adalah seperti perhimpunan setiap pagi sebelum memasuki kelas, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri sambil diiringi upacara menaikkan bendera, lafaz persetiaan dan ikrar rukun negara (Amir Hasan Dawi, 2002).

Page 14: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Teori Penentangan dalam Pendidikan “ Resistance Theory in Education ” (Henry A. Giroux)

Menjelaskan tentang konflik, perjuangan dan penentangan berhubung dengan masyarakat dominan dan sekolah .

Teori penentangan ini bermula sebagai lanjutan kepada kritikan teori Pembiakan Sosial dan Budaya ( Giroux, 1997 & Mc Laren 1998 )

Penentangan yang ditunjukkan terutamanya oleh golongan pelajar kelas bukan dominan / bawahan yang melihat bagaimanakah sekolah yang sepatutnya menjadi agen kepada transformasi dan mobiliti sosial serta penggerak kepada amalan demokrasi dan kesamaan dalam masyarakat tetapi telah bertukar menjadi tempat untuk membiakkan ideologi sosial dan struktur hierarki kelas pertengahan dan atasan.

Page 15: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Kelemahan Teori Penentangan yang Boleh Dikritik Bagi Membentuk Kerangka Teori yang Lebih Efisyen Antaranya

Kritikan 1 Penyelidik teori penentangan gagal untuk menyoroti dan

mengaitkan secara terperinci pembentukan sikap penentangan tersebut dengan sejarah latarbelakang golongan penentang berkenaan

Aksi penentangan dan bentuk penentangan yang gagal dikenalpasti sama ada benar-benar penentangan kepada sistem ketidaksamaan atau tidak

Contohnya , pelajar kelas bawahan yang sering melanggar peraturan sekolah mungkin sebagai protes kepada amalan ketidaksamarataan bangsa dan jantina bukannya mempunyai tahap disiplin yang rendah

Page 16: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Kritikan 2

Teori penentangan tidak langsung memberikan ruang untuk dikaitkan dengan isu jantina dan bangsa .

Kajian sedemikian juga telah gagal untuk mengaitkan secara signifikan bahawa kuasa penentangan kepada kuasa dominasi yang wujud dalam pelbagai bentuk persekitaran dan kelas sosial hanyalah dalam kalangan pelajar lelaki semata-mata

Tanpa isu wanita dan bangsa walaupun kedua-dua golongan tersebut juga memiliki kuasa penentangan kepada sebarang bentuk dominasi , teori tersebut adalah tidak lengkap dan relevan .

Page 17: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Kritikan 3 Teori penentangan menurut Jim Walker lebih

memfokuskan ke arah aksi pemberontakan secara keterlaluan , terbuka dan terang-terangan terhadap sesetengah golongan pelajar.

Teori penentangan telah mengabaikan sikap penentangan secara tersembunyi oleh sesetengah golongan pelajar yang lain.

Realitinya amat sukar bukan sahaja kepada golongan biasa malahan kepada pengkaji teori penentangan sendiri untuk mengenalpasti dengan tepat sebarang bentuk perlakuan yang ditunjukkan oleh individu tertentu sama ada boleh dikategorikan sebagai sebenarnya penentangan ataupun tidak .

Page 18: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Beberapa Contoh yang Relevan Dengan Isu yang Dikritikkan yang Melibatkan Soal Jantina dan Kaum Utama dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Contoh 1 Jenis-jenis sekolah yang diwujudkan sekian lama

dalam sistem persekolahan di Malaysia boleh mencipta aksi penentangan

Penentangan pelajar akibat proses pengasingan merujuk teori ’neo-maxist’ yang memfokuskan tentang bagaimana pelajar menunjukkan penentangan akibat pengasingan daripada proses persekolahan yang normal ( Giroux, 1983 ; McLaren, 1999 ; Willis, 1981 ).

Page 19: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Contoh 2 Golongan pelajar kaum Cina yang cemerlang

akademiknya akan mempamerkan sikap penentangan yang agresif terhadap identiti politik etnik yang diwujudkan dalam sistem pendidikan di Malaysia

Golongan pelajar Cina menunjukkan penentangan terhadap peluang pendidikan yang telah termaktub dalam Undang-undang Persekutuan yang memberikan kelebihan kepada golongan pelajar kaum Bumiputera

Page 20: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Contoh 3 Penetangan keras pada tahun 1997 selepas kabinet meluluskan

penubuhan Sekolah Wawasan. Pertubuhan utama kaum Cina, Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina , menentang pelaksanaan Sekolah Wawasan

Gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan yang dirasakan akan menguburkan identiti SRJK

Dong Jiao Zhong menganggap Sekolah Wawasan tidak perlu kerana Sukatan Pelajaran yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua aliran sekolah termasuk SRJKC adalah berlatarbelakangkan Malaysia dan semua pelajar Melayu, Cina dan India akan belajar bersama ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Page 21: Bagaimana Sistem Pendidikan di Malaysia Membiakkan Struktur Sosial

Rumusan

Kesimpulannya, konsep kritikan pedagogi walaupun dari satu sudut tidak berfungsi untuk merawat isu bangsa dan etnik, tetapi boleh disandarkan sebagai alat yang cukup bernilai untuk mengembalikan semula amalan persekolahan dan pendidikan yang tulen yang memberikan lebih ruang dan kebebasan bersuara kepada golongan guru, pelajar dan penyelidik pendidikan alam.