sistem kurikulum malaysia

33
1.0 Konsep Kurikulum Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman terancang yang seelok- eloknya ditimba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Kerr, 1983 (Choong Lean Keow, 2009),berpendapat kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di luar bilik darjah. Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapatlah kami merumuskan bahawa kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai matlamat pendidikan. 2.0 Sinopsis Untuk mencapai visi serta matlamat transformasi negara yang mahukan pembentukan status negara maju, perubahan dasar-dasar kurikulum pendidikan harus digubal dari masa ke semasa seiring dengan tahap pemikiran pelajar pada ketika itu. Transformasi 1

Upload: fadhlah-senifoto

Post on 02-Aug-2015

2.494 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem kurikulum Malaysia

1.0 Konsep Kurikulum

Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman

terancang yang seelok- eloknya ditimba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang

dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Kerr, 1983 (Choong Lean

Keow, 2009),berpendapat kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh

institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di

luar bilik darjah. Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapatlah kami merumuskan bahawa

kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai

matlamat pendidikan.

2.0 Sinopsis

Untuk mencapai visi serta matlamat transformasi negara yang mahukan pembentukan status

negara maju, perubahan dasar-dasar kurikulum pendidikan harus digubal dari masa ke semasa

seiring dengan tahap pemikiran pelajar pada ketika itu. Transformasi tersebut diharap dapat

melonjakkan mikro ekonomi negara kita dalam kalangan negara maju termasuk menjelang

wawasan 2020.

Senario kehidupan rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang

bangsa, agama dan budaya, dasar kurikulum pendidikan di Malaysia haruslah menekankan

kepada keseimbangan perpaduan di antara kaum supaya kestabilan ekonomi negara dapat

dipertahankan dan dikekalkan.

1

Page 2: sistem kurikulum Malaysia

Oleh sebab itu, kedudukan sosioekonomi serta latar belakang pendidikan harus

diutamakan dan diberi pertimbangan terutamanya yang tinggal di luar bandar supaya sama

dengan tahap pendidikan di bandar untuk mengelakkan wujud risiko jurang ekonomi antara

kaum. Jika keadaan itu berlaku, ia boleh pada bila-bila masa bertukar menjadi ancaman kepada

perpaduan nasional yang telah terbina sejak sekian lama.

Susulan tragedi 13 Mei, Kerajaan Malaysia pada 1971 di bawah pimpinan Tun Abdul

Razak telah merangka pertimbangan sosioekonomi yang kemudiannya membentuk asas kepada

rumusan serta perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Isu mengenai pendidikan telah diberi

keutamaan ketika itu demi mendidik rakyat supaya lebih cintakan negara serta berdaya saing

secara adil untuk memajukan ekonomi negara.

Secara kesimpulannya, salah satu saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan

bidang ini berperanan sebagai wahana utama dalam membentuk perpaduan masyarakat dan

seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa. Persoalan-persoalan sensitif mengenai

sentiment masyarakat yang berbilang kaum seperti hak-hak keistimewaan, persoalan ketuanan

serta peranan mahupun sumbangan setiap kaum sering ditimbulkan. Justeru itu, setiap

permasalahan yang timbul haruslah diubah dan bidang pendidikan sebagai sektor penting

mendidik anak bangsa. Sistem pendidikan dijadikan sebagai agen perubahan supaya persepsi

masyarakat berbilang kaum dapat diubah bagi mencapai hasrat membentuk sebuah negara

bangsa sepunya melalui penggubalan system kurikulum pendidikan negara.

2

Page 3: sistem kurikulum Malaysia

3.0 Pendahuluan

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan Kurikulum Lama Sekolah

Rendah (KLSM), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kita harus mengetahui

terlebih dahulu sejarah pendidikan negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Tanpa mengetahui

sejarah tersebut, kita tidak akan dapat menghubung kait semua perkara yang berlaku dalam

setiap element transformasi yang berlaku dalam setiap perubahan kurikulum pendidikan negara.

4.0 Pendidikan Sebelum Merdeka

4.1 Pendidikan Pondok

Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu lebih kepada bentuk

bukan formal. Corak pendidikan pada masa itu berjalan mengikut kelapangan guru dan tidak ada

sesuatu tempat khas disediakan dan pengajaran berlaku di rumah guru tersebut. Pengajaran yang

di ajar pada masa itu ialah bacaan Al-Quran, pengajaran yang menitik beratkan tingkah laku dan

akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.

Sistem Pendidikan Pondok pula dimulakan dan dikendalikan oleh ulama Islam yang

datang berdagang di tanah Melayu ketika itu dan juga penuntut ilmuwan Islam yang telah belajar

di timur tengah mengenai hal-hal agama.

3

Page 4: sistem kurikulum Malaysia

Menurut (Abdullah Sani Yahya, 2003: 1) , pelajar-pelajar akan menuntut di madrasah-

madrasah dan akan tinggal di pondok-pondok yang dibina di sekelilingnya. Menurut fahaman

kami, pelajar-pelajar yang datang belajar ketika itu terdiri dari pelajar yang datang dari seluruh

pelosok tanah Melayu. Untuk memudahkan pengajian, mereka telah membina pondok-pondok

kecil di sekeliling madrasah tempat mereka belajar ilmu agama.

4.2 Pendidikan Era Penjajah

Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku lebih jelas semasa zaman penjajahan

British. Pendidikan pada peringkat ini mengamalkan sistem pecah dan perintah dan ini telah

memudahkan pentadbiran British mengawal keamanan berbagai kaum ketika itu. Menurut bahan

rujukan yang kami temui sekolah-sekolah ini hanya dibuka di perkampungan yang majoritinya

dihuni oleh hanya satu kaum sahaja dan atas inisiatif mereka sendiri.

4.3 Pendidikan Vernakular

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Free School

ditubuhkan pada tahun 1816 dan sekolah Inggeris di negeri-negeri Melayu yang lain ditubuhkan

agak lewat. Antaranya ialah King Edward VII di Taiping (1883) dan Victoria Institution di Kuala

Lumpur (1894).

Kebanyakan sekolah Inggeris telah ditubuhkan di kawasan-kawasan bandar dengan

bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulum sekolah Inggeris ini bercorak Grammar School of Great

4

Page 5: sistem kurikulum Malaysia

Britain yang mana bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi

keperluan pentadbiran ketika itu.

Amalan dan dasar kurikulum pendidikan pada zaman penjajah adalah sangat berbeza dan

Kerajaan British pada masa itu mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan yang

telah menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan British. Jenis-

jenis persekolahan tersebut ialah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah

Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Inggeris, dan Sekolah Agama Madrasah.

4.4 Pendidikan Sekolah Melayu

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 adalah bagi

membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa-desa, mewarisi kemiskinan keluarganya dan

membantu ibu bapa mereka. Mereka sekadar diharapkan dapat ’menjadi petani dan nelayan yang

lebih baik’ daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa

Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kurikulum yang terhad. Mereka

diajar Al-Quran, membaca, menulis dan mengira serta kemahiran kerja tangan seperti

menganyam.

4.5 Pendidikan Sekolah Cina

Dasar tertutup dan tidak campur tangan dalam hal ehwal sosial kaum pendatang oleh kerajaan

Inggeris ketika itu menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini

dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada Inggeris sehinggalah

5

Page 6: sistem kurikulum Malaysia

kepada tahun 1920-an. Ketika itu kurikulum mereka hanya menumpukan kebudayaan serta

identiti bangsa masyarakat Cina dan mengikut kurikulum pendidikan di negara China.

Pada tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan kerajaan Inggeris

tentang kuasa kaum Cina ketika itu yang mana telah mendominasi pendudukan kaum-kaum di

tanah Melayu ketika itu. Kerajaan Inggeris telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan

suatu undang-undang bagi mengelakkan sekolah itu daripada terasing serta dapat mengawal

aktiviti sekolah-sekolah kaum Cina.

Bermula pada tahun 1924, sebahagian daripada sekolah-sekolah Cina telah menerima

bantuan kewangan daripada kerajaan Inggeris.

4.6 Pendidikan Sekolah Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar terdiri dari

keturunan India ditempatkan di situ. Pada tahun 1923, Negeri-negeri Melayu bersekutu telah

meluluskan suatu rang undang-undang yang dinamakan Ordinan Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu 1923. Suatu peruntukan dimasukkan ke dalam ordinan, iaitu majikan ladang-ladang

getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.

Dari segi pentadbiran, sekolah-sekolah Tamil ini diuruskan oleh komuniti kaum India itu

sendiri. Sekolah-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi beberapa

kekurangan daripada segi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan kurikulum di sekolah-

sekolah pendidikan mereka. Pendidikan ketika itu lebih berdasarkan mengikut negeri di negara

6

Page 7: sistem kurikulum Malaysia

asal mereka, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks yang mana telah dibawa masuk

dari India. Kurikulumnya juga menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira seperti sekolah kaum-kaum lain.

4.7 Laporan Barnes 1950

Pada tahun 1950 jawatankuasa Barnes telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah

kebangsaan dan sekolah yang berbilang kaum yang ada menggunakan bahasa Inggeris atau

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.

Sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur

kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran kebangsaan.

Jawatankuasa Barnes juga telah mengesyorkan kepada kerajaan ketika itu untuk

menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan. Antara lain, menyarankan supaya persekolahan

di peringkat rendah dijadikan sebagai asas pendidikan untuk menyatukan perpaduan dan

masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

Berasaskan pandangan itu, Jawatankuasa Barnes telah mengeluarkan satu laporan penuh

kepada kerajaan British yang dikenali sebagai laporan Barnes pada tahun 1951.

7

Page 8: sistem kurikulum Malaysia

Antara syor yang dikemukakan ialah:

1 . Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-

sekolah rendah di peringkat sekolah menengah.

2. Memansuhkan sekolah rendah vernakular mengikut kaum dan digantikan dengan Sekolah

Kebangsaan.

3. Menubuhkan satu sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan yang dibuka kepada semua murid

daripada berbagai-bagai kaum yang mana diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan.

4 .Umur murid diseragamkan di semua sekolah mulai umur mereka enam tahun.

5. Didikan di sekolah diberikan secara percuma.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes telah mencetuskan

penentangan yang hebat oleh kumpulan-kumpulan masyarakat yang ada terutamanya masyarakat

Cina yang menganggapnya sebagai satu percubaan bagi menindas dan menghapuskan bahasa

dan kebudayaan mereka.

Bagi mengurangkan ketegangan penentang-penentang kaum Cina, pentadbiran British

telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pendidikan Cina pada tahun 1951 di bawah seliaan Dr.

Fenn dan Dr. Wu bagi membuat laporan mengenai pendidikan sekolah-sekolah Cina di tanah

Melayu.

8

Page 9: sistem kurikulum Malaysia

4.8 Laporan Fenn-Wu 1951

Jawatankuasa Fenn-Wu telah membuat kajian mengenai sosial persekolahan Vernakular Cina dan

mengemukakan laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu. Menurut mereka sekolah

vernakular Cina boleh berperanan untuk membina bangsa yang bersatu padu secara berasingan.

Antara penambahbaikan yang dikemukakan ialah;

1. Penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar diteruskan.

2. Menyokong penggubalan sistem pendidikan kebangsaan, tetapi sekolah aliran Cina perlu

dikekalkan dengan sukatan pelajarannya dan disesuaikan mengikut persekitaran masyarakat

tempatan.

4.9 Ordinan Pelajaran 1952

Jawatankuasa Penasihat Pusat berkenaan pendidikan telah dibentuk bagi mengkaji pendapat-

pendapat yang bercanggah yang dicadangkan oleh kedua-dua laporan yang membangkitkan

perdebatan yang meluas serta hebat di seluruh negara. Perdebatan jawatankuasa ini yang

merupakan satu kompromi di antara pendapat-pendapat yang berlainan dan seterusnya menjadi

asas kepada Ordinan Pelajaran 1952.

Ordinan pelajaran 1952 merupakan satu usaha yang unggul dibuat oleh British dalam

usaha untuk memperundangkan satu dasar pelajaran yang mempunyai bidang dan ciri-ciri

kebangsaan.

9

Page 10: sistem kurikulum Malaysia

Dasar-dasar penting yang terdapat dalam Ordinan 1952 adalah;

• Bagi memajukan suatu sekolah kebangsaan dengan pengenalan dwibahasa secara beransur-

ansur kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Tamil melalui pengenalan kelas-kelas

bahasa kebangsaan.

• Mengehadkan kadar kemasukan pelajar ke sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris.

• Mengembangkan sekolah-sekolah menengah vokasional.

Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan menghadapi masalah

kewangan berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang mana wang tersebut terpaksa

dibelanjakan untuk menghadapi keadaan darurat ketika itu. Ordinan pelajaran 1952 ini tidak

mendapat sambutan yang baik, menyebabkan majlis Tertinggi Persekutuan sekali lagi melantik

Jawatankuasa Khas untuk mencari penyelesaian bagi melaksanakan dasar yang tercatat dalam

Ordinan 1952.

5.0 Kesimpulan awal.

Kesimpulan awal yang boleh dibuat mengenai sistem pendidikan kurikulum di Tanah Melayu

pada awalnya lebih menumpukan kepada kestabilan sosial masyarakat yang mana telah

menggunakan pendidikan sebagai agen menyatupadukan berbagai-bagai kaum yang ada di tanah

Melayu.

10

Page 11: sistem kurikulum Malaysia

6. Sejarah Asas Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

Sebaik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha ditumpukan untuk mewujudkan

satu sistem pelajaran kebangsaan selaras untuk mengatasi masalah perkauman yang telah dib-

iarkan meluas pada zaman penjajahan Inggeris. Tugas utama kerajaan ketika itu ialah untuk

menyatupadukan kaum-kaum yang terbesar supaya dapat membentuk perpaduan kaum.

Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak

(1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Per-

akuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan

jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Ba-

hasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggu-

naan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Permasalahan bahasa telah wujud ketika itu kerana bahasa rasmi kerajaan Malaya ketika

itu ialah bahasa Inggeris. Bahasa itu juga telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah

dasar dan sekolah menegah Inggeris. Sesudahnya merdeka, kehendak-kehendak kerajaan ketika

itu supaya bahasa penjajah ini digantikan dengan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu yang mana

ketika itu telah diangkat menjadi bahasa rasmi negara.

Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini mengenai kurikulum sebelum merdeka,

tidak ada satu pun dasar kurikulum yang menekankan pembelajaran melalui bahasa Melayu. Ba-

hasa Melayu hanya diajar pada peringkat dasar sahaja dan tidak diangkat untuk berkembang di

peringkat lebih tinggi.

11

Page 12: sistem kurikulum Malaysia

Dasar kerajaan ketika sengaja mengabaikan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, usul

yang dibuat oleh Laporan Razak tentang bahasa Melayu telah mengukuhkan kedudukan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi negara apabila mencapai kemerdekaan. Laporan Razak telah dise-

mak oleh penyemak mata pelajaran 1960 dan usul itu kemudiannya termaktub dalam akta pela-

jaran 1961 berhubung taraf kedudukan Bahasa Kebangsaan. Antara usul laporan pelajaran 1960

ialah bahawa semua peperiksaan umum hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi negara

Kami dengan sebulat suara berpendapat bahawa segala peperiksaan awam hendaklah

diadakan dalam bahasa rasmi negara.... Untuk menyatupadukan negara, matlamat pendidikan

hendaklah menghapuskan sekolah menengah yang bercorak perkauman daripada sistem ke-

bangsaan sekolah bantuan penuh dan menjamin supaya murid-murid daripada berbagai-bagai

keturunan menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan. Satu keperluan

bagi dasar ini ialah bahawa segala peperiksaan awam di peringkat menengah diadakan dalam

bahasa rasmi negara.( Report of Education Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46)

Dalam hal ini jawatankuasa penyemak mata pelajaran telah mengusulkan supaya kelas-

kelas khas yang disebut ‘Tingkatan Peralihan” ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah bertu-

juan untuk menyediakan murid-murid mengambil peperiksaan dalam satu bahasa rasmi negara

iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Untuk pelajar kelas pemulihan ini, murid yang dipilih

ialah dalam kalangan murid yang belajar di sekolah aliran Cina yang mana ingin menyambung

ke sekolah menengah aliran Melayu. Mereka yang memasuki kelas pemulihan ini diberikan tem-

poh masa selama setahun dan pelajaran yang diajar di kelas pemulihan lebih tertumpu pada pen-

gajaran Bahasa Melayu.

12

Page 13: sistem kurikulum Malaysia

Antara lain perkara yang diusulkan oleh jawatankuasa penyemak pelajaran 1960 menge-

nai usul Laporan Razak ialah mengenai sebilangan kanak-kanak akan tamat secara rasminya apa-

bila mereka mencapai umur 12 atau 13 tahun. Setelah mendapat pandangan daripada

jawatankuasa Penasihat Am, Ikhtisas dan Kewangan (Professional and the Finance General

Consultative Committee), jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960, mengusulkan supaya umur

berhenti sekolah dinaikkan kepada umur 15 tahun. Pada ketika itu, Sekolah Pelajaran Lanjutan

telah diwujudkan dan sekolah ini menyediakan tiga tahun pendidikan yang mana menitikber-

atkan pendidikan vokasional bagi murid yang tidak mendapat tempat di sekolah menengah

akademik.

Lanjutan dari usul ini juga pada tahun 1962, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Pela-

jaran Lanjutan yang memberikan kursus tiga tahun dengan menitikberatkan pendidikan voka-

sional manakala bagi pendidikan dasar pula, kelas diambil selama enam tahun dan proses naik

turun darjah adalah secara automatik. Berdasarkan keputusan peperiksaan, hanya 30% daripada

murid-murid darjah 6 terbaik sahaja yang di tempatkan di sekolah-sekolah menengah akademik

termasuklah sekolah lanjutan kampung.

7.0 Kurikulum Lama Sekolah Rendah

Apabila Akta Pelajaran 1961 dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara,

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Pengenalan sistem ini telah

memberi impak kepada pendidikan di negara pada ketika itu.

13

Page 14: sistem kurikulum Malaysia

Antara mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah;

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tem-

patan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pen-

didikan Jasmani.

Permasalahan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah ialah isi kandungan pelajaran

kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran

yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini telah menyebabkan

murid menjadi bosan dan tidak gemar untuk belajar.

Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan

kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran

melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman be-

haviorism . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian

yang sewajarnya.

Dalam aspek peperiksaan pula, semua murid-murid haruslah lulus dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam. Selain dari itu juga, mata pelajaran KLSR lebih

kepada pembasmian buta huruf. Peperiksaan LCE telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP

pada tahun 1978.

Peperiksaan Umum yang wujud pada masa itu ialah Peperiksaan Malayan Secondary

School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah

Tiga, SRP, SPMV dan MCE.

14

Page 15: sistem kurikulum Malaysia

Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga

dan pada tahun 1973, Ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan da-

pat dilaksanakan awal.

8.0 Sejarah Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983

susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar

Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan Sistem KLSR kepada KBSR;

1. Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara

satu sama lain. Ini telah menyebabkan murid cepat menjadi bosan dan susah untuk

memahami satu-satu isi mata pelajaran yang di ajar oleh guru.

2. Sukatan Pelajaran KLSR terlalu banyak dan mengambil banyak masa untuk guru

menghabiskan satu-satu isi pelajaran yang telah ditetapkan.

3. Guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Ini

menyebabkan murid - murid terbeban dengan mata pelajaran yang ada.

4. Pengajaran dan pembelajaran hanya bertumpu kepada buku teks yang dibekalkan

tanpa menggunakan bahan bantu belajar yang lain.

15

Page 16: sistem kurikulum Malaysia

5. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara berasingan dan tiada kaitan dengan pembela-

jaran bilik darjah.

Pada asasnya, percubaan KBSR telah dimulakan di 305 sekolah di seluruh Malaysia

merangkumi sekolah yang berada di dalam dan di luar bandar pada tahun 1982.

Menurut sumber hasil daripada maklumat guru-guru yang sudah bersara, mereka meny-

atakan bahawa pada tahun 1982, guru-guru ketika itu telah dihantar berkursus secara berper-

ingkat-peringkat untuk memulakan pengajaran KBSR. Sistem pendidikan KBSR telah dilak-

sanakan sepenuhnya pada tahun 1983.

9.0 Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukarkan nama kepada

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pada asasnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini

masih sama dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kandungan Kurikulumnya masih sama

seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah murid

perlu menguasai serta mengetahui dengan baik dan memuaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan di samping menjadikannya sebagai alat perpaduan. Fokus terhadap aspek 3M

16

Page 17: sistem kurikulum Malaysia

ditekankan iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain dari itu juga, murid yang lemah

diberikan pemulihan ataupun untuk mengulangi ujian.

Selain dari itu fokus terhadap perkembangan individu secara menyeluruh telah diberi

penekanan iaitu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembaharuan Kuriku-

lum Bersepadu Sekolah Rendah ini amat berfaedah kepada murid-murid terutamanya dalam

mencapai matlamat pembentukan sahsiah diri dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat,

akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara.

Selain dari itu juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini juga telah menyemai per-

paduan kaum serta memperkukuhkan lagi kesepaduan integrasi nasional melalui sistem pen-

didikan.

10. Sejarah Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah diwujudkan atas dasar ucapan Perdana Menteri ketika itu

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam Perhim-

punan Agung UMNO pada tahun 2006. Dalam dasar ucapannya, beliau telah menuntut supaya

pendidikan lebih menekankan kepada pembangunan modal insan, melahirkan pelajar yang lebih

cerdik mindanya dan pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran serta mak-

lumat melalui pendidikan.

17

Page 18: sistem kurikulum Malaysia

Dalam hal ini, matlamat beliau ialah untuk membangunkan modal insan yang mempun-

yai pengetahuan dan kemahiran serta boleh menghayati nilai-nilai murni. Selain dari itu, beliau

juga berhasrat untuk memastikan anak bangsa Malaysia dapat memupuk semangat cintakan ilmu

pengetahuan, kemahiran serta boleh menerapkan nilai dalam setiap aspek kehidupan.

Atas dasar ucapannya itu, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan

kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan

dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Proses dalam pembentukan KSSR ini telah mengalami bentuk perubahan yang holistik

kepada organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan

pengurusan kurikulum di sekolah.

Hasil usaha kementerian pelajaran, pegawai-pegawai pendidikan yang berkelayakan telah

dihantar ke setiap negara maju untuk mengkaji sistem pendidikan di negara-negara tersebut. Atas

dapatan laporan yang diterima, mesyuarat di peringkat atasan telah memutuskan supaya sistem

kurikulum diubah mengikut tahap kebolehan murid semenjak dari awal pra persekolahan.

Bermula dari tahun 2009, perkara utama yang ditekankan ialah mewujudkan sebanyak

mungkin kelas pra-sekolah di sekolah-sekolah milik kerajaan supaya pembelajaran di peringkat

awal boleh dimulakan di peringkat sekolah rendah. Penekanan utama mengikut tahap kematan-

gan murid ini telah di bahagikan secara sistematik iaitu;

18

Page 19: sistem kurikulum Malaysia

1. Pra-sekolah: Penekanan terhadap sosio-emosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah

serta perkara asas persediaan murid untuk ke sekolah rendah yang mana memberi

pendedahan kemahiran 3M dan menaakul.

2. Tahap 1 ( Tahun1-3 ). Murid diajar menguasai kemahiran 3M dan menaakul, kemahi-

ran asas Teknologi Maklumat Komunikasi, perkembangan sosio-emosi, kerohanian,

fizikal, kognitif dan nilai.

3. Tahap II ( Tahun 4-6 ). Pengukuhan dan mengaplikasikan kemahiran 3M dan

menaakul, kemahiran asas Teknologi Maklumat Komunikasi, Perkembangan sosio-

emosi, kerohanian, fizikal, sikap serta nilai-nilai murni.

Dalam masa yang sama juga, pakar-pakar pendidik telah dijemput bersama-sama dengan

bahagian peperiksaan untuk berbincang serta menggubal isi mata pelajaran supaya bersesuaian

dengan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan dikelolakan oleh bahagian Pen-

didikan Guru dan juga Bahagian Pembangunan Kurikulum di Kementerian Pelajaran Putrajaya.

Tahun 2010, pembangunan rangkaian peperiksaan telah dibangunkan bersama pakar-

pakar pengaturcaraan komputer bersama-sama Bahagian Peperiksaan untuk mewujudkan satu

sistem Penilaian Peperiksaan yang mana kini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah un-

tuk menggantikan sistem peperiksaan UPSR.

19

Page 20: sistem kurikulum Malaysia

Hasil dari perbincangan tersebut, satu laporan telah dibuat dan diserahkan kepada

Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Seterusnya Tan Sri

Muhyidin Yassin telah mengumumkan penukaran kurikulum baru dari Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010.

Kurikulum KSSR ini telah dijalankan secara berperingkat dan mula diperkenalkan

kepada murid-murid tahun1. Program ini terus dilaksanakan dari tahun ke tahun semasa dan

tahun ini merupakan tahun ke dua dilaksanakan. Pendedahan mengenai KSSR disebarkan

kepada guru-guru yang telah dibuat secara berperingkat mengikut mata pelajaran mulai Januari

2011. Penyebaran maklumat ini dilakukan secara besar-besaran ke seluruh negeri termasuk se-

mua daerah.

Dari masa ke semasa, penambahbaikan KSSR telah dilaksanakan dari segi mata pelajaran

dan juga isi kandungan buku teks mengikut kesesuaian persekitaran pelajar sehinggalah ke hari

ini.

Menerusi sistem pendidikan KSSR, semua murid dinilai berdasarkan kebolehan,

penglibatan, tahap penguasaan, pencapaian serta kematangan mereka. Suatu skala standard untuk

pengukuran pencapaian telah disediakan dan semua murid dikehendaki melepasi standard yang

telah ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai murid hendaklah diukur dengan jelas, adil

dan telus supaya boleh mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran.

20

Page 21: sistem kurikulum Malaysia

11. Kesimpulan

Berdasarkan kepada sumber-sumber yang telah kami dapati melalui bahan rujukan, pendapat,

perbincangan serta isu-isu semasa dapatlah kami simpulkan bahawa sistem pendidikan di

Malaysia telah melalui beberapa fasa transformasi. Apa yang jelas transformasi ini telah mem-

bawa banyak perubahan positif yang membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan di ne-

gara kita.

Melalui pembangunan kurikulum, rakyat Malaysia boleh dibentuk untuk menjadi war-

ganegara yang lebih relevan dengan cabaran yang semakin mencabar ke abad 21 seiring dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana telah menyatakan bahawa pendidikan itu

suatu proses yang berterusan. Proses ini akan membantu negara untuk membentuk modal insan

yang seimbang di samping menitikberatkan soal agama, nilai-nilai murni dan semangat patrio-

tisme cintakan negara.

Kurikulum merupakan rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran

dan pembelajaran. Kurikulum juga boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam

pengajaran dan pengajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun

Negara. Kandungan kurikulum telah banyak membantu guru dalam membina perancangan

pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.

21

Page 22: sistem kurikulum Malaysia

Perubahan kurikulum yang sentiasa berlaku dari semasa menunjukkan telah berkalu

pemanbahbaikan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun begitu kita

harus jelas bahawa segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah

pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et

al. 1999).

Justeru itu, sebagai warga pendidik kita harus sentiasa peka dan mengikuti

perkembangan kurikulum di negara kita terutama yang berkaitan dengan penambahbaikan hal-

hal yang berkaitan dengan pendidikan. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus

kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan

pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan. Kejayaan transformasi kurikulum

memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah penggubal dasar,

pengurusan kurikulum ibu bapa serta juga pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan

dan negara.

22

Page 23: sistem kurikulum Malaysia

12. RUJUKAN

1)Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM

Tingkatan 4 & 5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan

Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3) Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003

4)Tiada Penulis. Sukatan Pelajaran KBSR.

http://www.ppk.smkdpk.com/hsp/hsp_seni.html#. Dilayari pada 09 Februari 2010.

5)Tiada penulis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )

http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm. dilayari pada 09 Februari 2010

6) Report of Education Review Committee, 1960: op. cit., m.s. 46

7) Report of the Committee on Malay Education: op. cit., m.s. 73

8) Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

23