sistem paten di malaysia

Upload: -

Post on 10-Jan-2016

162 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.

TRANSCRIPT

  • Sistem Paten di Malaysia

  • Siri Penerbitan Panduan Harta Intelek

    1. SistemPerlindunganHartaIntelekdiMalaysia2. Soalan-soalanLazimHartaintelek3. SistemPatendiMalaysia4. SistemCapDagangandiMalaysia5. SistemRekaBentukPerindustriandiMalaysia6. SistemPetunjukGeografidiMalaysia7. SistemHakciptadiMalaysia8. SistemRekaBentukSusunAturLitarBersepadu

    diMalaysia9. MaklumatAmMengenaiHartaIntelek

    Penafian

    Buku panduan ini mengandungi maklumat asasmengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidakbermaksud sebagai ganti kepada dokumen ataukhidmatnasihatperundanganprofesional.

    Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, namasyarikat, pertubuhan dan laman web tidakbermaksud sebarang sokonganataupengiktirafanolehMyIPO.

    Hakcipta MyIPO (2009)

    Tidak dibenar mengeluar ulang mana-manabahagianpenerbitaninidalamapajugabentukdandengan cara apa jua sama ada secara elektronik,fotokopi,mekanik,rakamanataucaralainsebelummendapat izin bertulis daripada Ketua PengarahPerbadananHartaIntelekMalaysia.

    MyIPOApril2009

  • Panduan Harta Intelek - 3Sistem Paten di Malaysia

    Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.

  • MAKLUMAT AM MENGENAI PATEN

    1. Maklumat Am

    1.1 Paten 1.2 Perbaharuan Utiliti1.3 Pemohon1.4 Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti1.5 Kepentingan Perlindungan Paten dan Perbaharuan Utiliti1.6 Kriteria untuk Mendapatkan Paten1.7 Rekacipta yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti1.8 Rekacipta yang Tidak Boleh Dipatenkan1.9 Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara1.10 Tempoh Perlindungan

    2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (Borang 1)

    2.1 Bahagian I: Tajuk Rekacipta2.2 Bahagian II: Pemohon2.3 Bahagian III: Perekacipta2.4 Bahagian IV: Ejen atau Wakil2.5 Bahagian V: Permohonan Terbahagi2.6 Bahagian VI: Penzahiran yang Diabaikan Sebagai Teknologi

    Terdahulu2.7 Bahagian VII: Tuntutan Prioriti2.8 Bahagian VIII: Senarai Semakan2.9 Bahagian IX: Tandatangan

    3. Spesifikasi Paten

    3.1 Perihalan3.2 Tuntutan3.3 Ringkasan3.4 Keperluan Fizikal dan Istilah Spesifikasi Paten3.5 Keperluan Fizikal3.6 Ukuran, Istilah dan Tanda

  • 4. Pemeriksaan

    4.1 Peringkat Proses Pemeriksaan4.2 Penentuan Tarikh Pemfailan4.3 Pemeriksaan Permulaan4.4 Semakan Awam4.5 Permintaan Pemeriksaan Substantif 4.6 Permintaan Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai4.7 Pemeriksaan Substantif 4.8 Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai4.9 Laporan Pemeriksaan Substantif atau Substantif yang Diubahsuai4.10 Pemberian Geran Paten atau Perakuan Perbaharuan Utiliti4.11 Carta Aliran Prosedur Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti

    5. Triti Kerjasama Paten (PCT)

    5.1 Pengenalan5.2 Carta Aliran Permohonan PCT5.3 Permohonan Antarabangsa PCT 5.4 Fi5.5 Laporan Carian Antarabangsa5.6 Penerbitan5.7 Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa5.8 Fasa Nasional

    6. Fi dan Borang Berkaitan

    6.1 Bahagian I6.2 Bahagian II6.3 Bahagian III

    7. Bayaran bagi Permohonan PCT (Mac 2009)

    7.1 Bayaran Transmital7.2 Bayaran Pemfailan Antarabangsa7.3 Bayaran Carian7.4 Dokumen Prioriti

    8. Klasifikasi Paten Antarabangsa (IPC)

    9. Contoh Borang Permohonan Paten (Borang 1)

    10. Pejabat Pendaftaran Paten

  • 1. Maklumat Am

    1.1 Paten

    Paten adalah satu hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada satu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, atau pun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi di bawah Akta Paten 1983 dan perlindungan paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.

    Contoh contoh paten:

    A storage means for a rainwater harvester

    system

    Material handling equipment having lifting,

    lowering and tipping capabilities

    Television receiver

    High reachharvesting pole

    The new technology of using the water from rainfall for

    industrial

  • 1.2 Perbaharuan Utiliti

    Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5 tahun, tertakluk kepada penggunaan.

    Contoh contoh perbaharuan utiliti:

    Combined toothbrush and tounge cleaner

    An air cinditioning system for a small enclosure

    Improvement made to a valve box or chamber

    Filter unit for use with washing machines

    1.3 Pemohon

    Semua orang boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama atau syarikat/organisasi.

    Pemohon tempatan atau residen di Malaysia boleh memfailkan permohonan paten sendiri atau melantik ejen paten berdaftar yang boleh mewakilinya. Pemohon dari luar negara yang ingin memfailkan permohonan patennya perlulah melantik ejen paten berdaftar di Malaysia untuk mewakilinya.

  • 1.4 Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti

    Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di dalam borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pemohon juga boleh memfailkan permohonan paten atau perbaharuan utiliti secara elektronik melalui laman web MyIPO.

    Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan paten atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986.

    1.5 Kepentingan Perlindungan Paten dan Perbaharuan Utiliti

    Perlindungan paten atau perbaharuan utiliti memberi hak eksklusif kepada pemunya untuk membuat, mengguna atau menjual rekaciptanya di Malaysia. Pemunya paten boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemunya paten.

    1.6 Kriteria untuk Mendapatkan Paten

    Bagi pemberian paten, suatu rekacipta mestilah :

    - Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia;

    - Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan

    - Dapat digunakan dalam mana-mana industri.

  • 1.7 Rekacipta yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti

    Untuk mendapat Sijil Perbaharuan Utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru dan dapat digunakan dalam mana-mana industri.

    1.8 Rekacipta yang Tidak Boleh Dipatenkan

    - Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik;

    - Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran-keluaran proses mikro-organisma itu;

    - Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;

    - Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang.

    1.9 Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara

    Demi kepentingan dan keselamatan negara, sesiapa yang tinggal atau bermastautin di Malaysia yang ingin memohon paten atau perbaharuan utiliti di luar negara, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar Paten.

    Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis ini tidak perlu jika permohonan telah dibuat di Malaysia selepas 2 bulan.

    Seksyen 62A: Perlanggaran Seksyen 23A merupakan satu kesalahan dan jika bersabit boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit (RM 15,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

  • 1.10 Tempoh Perlindungan Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan tertakluk kepada pembayaran fi tahunan. Manakala perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan selama 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya.

    2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (Borang1)

    2.1 Bahagian I: Tajuk Rekacipta

    Pemohon perlu menyatakan tajuk rekacipta yang dipohon.

    2.2 Bahagian II: Pemohon

    Pemohon perlu menyatakan nama. Nama syarikat atau nama individu atau kedua-duanya sekali boleh digunakan sebagai nama pemohon.

    2.3 Bahagian III: Perekacipta

    Pemohon perlu menyatakan nama perekacipta. Nama syarikat atau pertubuhan tidak boleh digunakan sebagai nama perekacipta. Jika pemohon bukan perekacipta, Statement Justifying the Applicants Right to the Patent hendaklah dikemukakan.

    2.4 Bahagian IV: Ejen atau Wakil

    Pemohon tempatan perlu menyatakan nama ejen paten berdaftar yang dilantik sekiranya permohonan dibuat melalui ejen paten. Bagi permohonan dari luar negara, setiap permohonan hendaklah melalui ejen paten yang berdaftar di Malaysia. Borang 17 iaitu perlantikan sebagai ejen paten yang mewakili pemohon hendaklah difailkan.

  • 2.5 Bahagian V: Permohonan Terbahagi

    Sekiranya terdapat lebih daripada satu rekacipta di dalam satu permohonan, pemohon perlu membahagikan permohonan tersebut kepada dua atau lebih permohonan. Setiap permohonan terbahagi adalah layak memperolehi tarikh pemfailan permohonan yang terawal.

    2.6 Bahagian VI: Penzahiran yang Diabaikan Sebagai Teknologi Terdahulu

    Pemohon boleh memohon untuk mengabaikan penzahiran sebagai teknologi terdahulu dengan mengemukakan pengakuan yang berkaitan. Peruntukan ini hanya dibenarkan sekiranya penzahiran rekacipta yang sama berlaku dalam tempoh 1 tahun sebelum tarikh pemfailan di Malaysia.

    2.7 Bahagian VII: Tuntutan PrioritI Pemohon boleh membuat tuntutan prioriti ke atas tarikh pemfailan permohonan yang terdahulu. Permohonan yang terdahulu hendaklah difailkan tidak melebihi 12 bulan sebelum tarikh pemfailan permohonan di Malaysia.

    2.8 Bahagian VIII: Senarai Semakan

    Pemohon perlu melengkapkan senarai semakan untuk memastikan borang dan spesifikasi yang hendak difailkan adalah lengkap.

    2.9 Bahagian IX: Tandatangan

    Pemohon atau ejen yang dilantik perlu menandatangani dan menyatakan nama individu yang berkenaan (bukan nama syarikat atau pertubuhan).

  • 3. Spesifikasi Paten

    3.1 Perihalan

    Rekacipta/ inovasi hendaklah dinyatakan dengan jelas dan lengkap bagi membolehkan seseorang yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang teknologi menjalankan pemeriksaan ke atas rekacipta tersebut. Perihalan hendaklah dinyatakan dengan menggunakan turutan tajuk di bawah:

    (i) Tajuk

    - Tajuk hendaklah terang dan ringkas bagi menyatakan subject matter berhubung dengan rekacipta/inovasi dan hendaklah serupa dengan tajuk dalam borang permohonan dan ringkasan (abstrak).

    (ii) Bidang Teknikal

    - Ia adalah pernyataan umum menerangkan tentang seni atau teknologi berhubung rekacipta/ inovasi.

    (iii) Latarbelakang Teknologi

    - Ia harus mengandungi ringkasan latar belakang teknologi yang diketahui oleh pemohon yang berguna bagi memahami rekacipta/ inovasi tersebut.

    (iv) Penzahiran Rekacipta

    - Lazimnya ia mengandungi pernyataan mengenai ciri-ciri yang diperlukan dan alternatif rekacipta serta kelebihan rekacipta/ innovasi terhadap teknologi yang terdahulu.

  • (v) Contoh Spesifikasi

    - Termasuklah Penerangan Tentang Lukisan (jika ada) Ia hendaklah mengandungi penerangan tentang mod terbaik bagi pemohon untuk menonjolkan hasil rekacipta, menggunakan contoh yang sesuai dan rujukan gambarajah, sekiranya ada.

    (vi) Pemakaian dalam Mana-mana Industri

    Cara bagaimana rekacipta dapat digunakan di industri hendaklah dinyatakan dengan jelas. Lazimnya kepenggunaan di industri adalah jelas dari perihalan rekacipta dan contoh-contoh spesifik. Walau bagaimanapun di dalam kes-kes yang tertentu sebagai contoh rekaciptanya adalah kandungan bahan kimia yang baru, kepenggunaan di industri adalah mungkin tidak jelas.

    3.2 Tuntutan

    Fungsi utama tuntutan adalah untuk menjelaskan skop perlindungan paten. Tuntutan hendaklah jelas, ringkas dan mesti disokong oleh perihalan yang dizahirkan di bahagian penerangan di dalam perihalan paten [Peraturan 13 dan14]. Tuntutan adalah bahagian yang terpenting dari spesifikasi paten dan disebab oleh sifat perundangannya, adalah mungkin yang paling sukar untuk disediakan. Tuntutan boleh dibatalkan sekiranya dideraf terlalu umum menyebabkan ia tidak baru atau tiada langkah merekacipta. Tuntutan juga mungkin dideraf terlalu terhad sehingga mudah bagi pesaing untuk mendapatkan faedah dari rekacipta tersebut tanpa pelanggaran tuntutan.

    Tuntutan mesti dimulakan pada muka surat baru dan setiap tuntutan hendaklah ditulis sebagai satu ayat. Di mana

  • bersesuaian, tuntutan harus menerangkan rekacipta/ inovasi terlebih dahulu dengan menyatakan latarbelakang teknologi terdahulu, diikuti oleh bahagian characterizing. Bahagian ini menerangkan tentang ciri-ciri rekacipta/ inovasi yang ingin dilindungi. Setiap ciri-ciri teknikal yang dinyatakan di dalam tuntutan dan diilustrasikan dalam lukisan harus diikuti oleh rujukan angka tanda kurungan. Hanya satu tuntutan dibenarkan di dalam spesifikasi perbaharuan utiliti manakala lebih dari satu tuntutan dibenarkan di dalam spesifikasi paten. Walau bagaimanapun tuntutan-tuntutan di dalam spesifikasi paten hendaklah berkaitan dengan rekacipta yang sama.

    3.3 Ringkasan

    Ringkasan adalah penerangan ringkas mengenai penzahiran yang terkandung di dalam perihalan dan tuntutan. Ringkasan hendaklah dideraf dengan efisyen untuk tujuan carian teknikal. Ia tidak harus mengandungi pernyataan tentang merit atau nilai rekacipta/inovasi [Peraturan 16].

    Ringkasan hendaklah dimulakan pada muka surat baru dengan tajuk rekacipta dan seringkas yang mungkin dari perihalan (tidak melebihi dari 150 perkataan). Pemohon harus menyatakan lukisan yang sesuai (jika ada) untuk disertakan bersama ringkasan, seharusnya dalam kurungan di penghujung ringkasan. Setiap ciri-ciri utama yang dinyatakan dalam ringkasan dan diillustrasikan di dalam lukisan hendaklah diikuti oleh angka rujukan di dalam kurungan.

    PERHATIAN :

    Sebelum menyediakan perihalan, tuntutan dan lukisan, pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat carian ke atas dokumen paten yang terdahulu dan dokumen teknikal di dalam bidang teknologi yang berkaitan dengan tujuan untuk memperolehi petunjuk tentang kebaharuan rekacipta/ inovasi.

  • 3.4 Keperluan Fizikal dan Istilah Spesifikasi Paten

    1. Di bawah adalah ringkasan kepada keperluan fizikal dan istilah berkaitan dengan penyediaan dokumen permohonan paten dan perbaharuan utiliti.

    2. Pemohon perlu menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Pejabat Pendaftaran Paten dan pejabat-pejabat cawangan. Sebagai contoh, Permohonan Bagi Pemberian Paten harus menggunakan Borang 1 dan Permohonan bagi Perakuan Perbaharuan Utiliti harus menggunakan Borang 14.

    3.5 Keperluan Fizikal

    i) Permohonan dan sebarang pernyataan atau dokumen yang disertakan hendaklah difailkan dalam 2 salinan.

    ii) Semua dokumen permohonan yang dikemukakan hendaklah jelas untuk penghasilan semula melalui fotografi, proses elektrostatik, photo offset dan mikrofilem.

    iii) Semua helaian hendaklah dipastikan tiada kerosakan atau kesan lipatan dan hanya menggunakan sebelah muka surat sahaja pada setiap helaian.

    iv) Semua dokumen permohonan hendaklah menggunakan kertas A4 (29.7cm x 21 cm) yang tahan, kuat, putih, licin dan tidak berkilat.

    v) Dalam keadaan tertentu Pendaftar boleh menerima kertas selain saiz A4.

    vi) Margin minima bagi helaian adalah 2 cm.

  • vii) Semua helaian hendaklah dinomborkan pada sebelah atas, tengah helaian berkenaan dalam urutan angka Arab.

    viii) Teks permohonan tersebut hendaklah dicetak dalam warna hitam yang tidak luntur, sekurang-kurangnya 1.5 ruang baris, tetapi simbol grafik, formula kimia atau matematik dan simbol tertentu dibenarkan. Lukisan dan tulisan tangan juga dibenarkan jika perlu.

    ix) Dalam permohonan, setiap baris ke lima, setiap helaian perihalan dan tuntutan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab di sebelah kiri baris yang berkaitan tetapi di sebelah kanan margin.

    x) Permohonan dan sebarang pernyataan yang berkaitan atau dokumen hendaklah difailkan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.

    3.6 Ukuran, Istilah dan Tanda

    i) Unit berat dan ukuran hendaklah dinyatakan dalam terma sistem metrik.

    ii) Suhu hendaklah dinyatakan dalam darjah Celsius.

    iii) Kepadatan hendaklah dinyatakan dalam unit metrik.

    iv) Bagi kepanasan, tenaga, cahaya, bunyi, kemagnetan, juga formula matematik dan unit elektrikal, undang-undang amalan antarabangsa haruslah dilaksanakan.

    v) Bagi formula bahan kimia, simbol, berat atom, dan formula molekular dalam penggunaan secara umum akan diguna pakai.

  • vi) Secara umumnya, hanya istilah teknikal tertentu, tanda dan simbol yang diterima umum di dalam bidang yang berkaitan hendaklah digunakan.

    vii) Istilah dan tanda hendaklah konsisten sepanjang permohonan.

    4. Pemeriksaan

    4.1 Peringkat Proses Pemeriksaan

    1. Terdapat tiga peringkat dalam proses pemeriksaan :

    (i) Penentuan tarikh pemfailan yang dijalankan oleh pemeriksa formaliti paten selepas permohonan diterima [Seksyen 28].

    (ii) Pemeriksaan permulaan dijalankan sekiranya permohonan diberi tarikh pemfailan [Seksyen 29].

    (iii) Pemeriksaan substantif dilakukan selepas menerima permohonan untuk pemeriksaan substantif atau substantif diubahsuai dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan dengan bayaran fi yang ditetapkan [Seksyen 29A, Seksyen 30].

    4.2 Penentuan Tarikh Pemfailan

    1. Adalah penting bagi pemohon untuk mendapatkan tarikh pemfailan yang terawal bagi permohonannya. Sebarang penzahiran atau pemfailan permohonan paten yang lain, selepas pemfailan pemohonan beliau, tidak boleh digunakan untuk membatalkan kebaharuan permohonannya.

  • 2. Permohonan akan diberi tarikh pemfailan tertakluk kepada permohonan mengandungi :

    (i) nama dan alamat pemohon;(ii) nama dan alamat perekacipta;(iii) perihalan;(iv) tuntutan atau tuntutan-tuntutan; dan(v) bayaran fi yang ditetapkan dibuat semasa

    pemfailan.

    PERINGATAN:

    Fi tambahan dikenakan bagi setiap tuntutan yang melebihi 10 [Seksyen 28, Peraturan 25].

    3. Pemohon akan dimaklumkan tentang sebarang pindaan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan untuk pembetulan. Pemohon akan diberikan tarikh pemfailan yang baru mengikut tarikh pembetulan yang diterima.

    4. Tarikh pemfailan, akan diberi dan Pendaftar Paten akan mengeluarkan Sijil Pemfailan kepada pemohon.

    4.3 Pemeriksaan Permulaan

    1. Pemeriksaan permulaan akan dijalankan selepas permohonan diberi tarikh pemfailan [Seksyen 29].

    2. Permohonan akan diperiksa bagi memastikan bahawa ia memenuhi keperluan formaliti mengikut Peraturan-Peraturan Paten. Seperti dinyatakan dalam Peraturan 5, 6, 7 (1 ), 8, 9, 11, 18 dan 51 pemeriksaan ini dikaitkan kepada perkara-perkara bukan teknikal seperti pengisian borang dengan lengkap dan betul, penggunaan saiz kertas yang betul, margin yang betul dan dokumen adalah sesuai untuk salinan semula

  • melalui percetakan atau mikrofilem. Pemohon akan dimaklumkan mengenai sebarang kekurangan atau kesilapan dan diberi tempoh 3 bulan untuk pembetulan [Peraturan 26].

    4.4 Semakan Awam

    Selepas 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan, permohonan akan dibuka untuk semakan awam dengan bayaran fi yang ditetapkan.Maklumat yang Boleh Disemak Ialah: Nama dan alamat pemohon Nama dan alamat ejen (jika ada) Nombor permohonan Tarikh pemfailan dan maklumat prioriti (jika ada) Spesifikasi permohonan paten termasuk perihalan,

    tuntutan, lukisan dan ringkasan Sebarang maklumat berkaitan pemohon dan perlesenan

    (jika ada)

    Semakan Awam Tidak Dibenarkan Sekiranya: Permohonan ditarikbalik oleh pemohon atau ditolak oleh

    Pendaftar sebelum tamat tempoh 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan.

    Pendaftar berpendapat bahawa permohonan mengandungi maklumat yang bertentangan dengan ketenteraman awam dan nilai-nilai moral.

    Selepas permohonan dibuka untuk semakan awam, pemohon boleh membuat amaran bertulis kepada mana-mana pihak yang telah secara komersil dan industri menggunakan rekacipta tersebut.

    Pemohon berhak mendapat bayaran gantirugi daripada mana-mana pihak yang telah secara komersial atau industri menggunakan rekacipta tersebut setelah paten diberi geran.

  • 4.5 Permintaan Pemeriksaan Substantif

    Selepas lulus pemeriksaan permulaan, pemohon boleh memohon pemeriksaan substantif. Pemeriksaan substantif hendaklah dibuat oleh pemohon melalui Borang 5 dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Seksyen 29A dan Peraturan 27].

    Permohonan bagi pemeriksaan substantif boleh disertakan dengan maklumat berkaitan dengan apa-apa hasil carian atau pemeriksaan yang dijalankan ke atas permohonan paten luar negara yang ditetapkan. Pemohon digalakkan untuk mengemukakan hasil carian dan pemeriksaan luar negara pada bila-bila masa, dan juga mengemukakan sebarang pindaan dengan mengambil kira perundangan Malaysia [Seksyen 29A (4)]. Di bawah peruntukan Seksyen 29A(8) Akta Paten, tempoh 2 tahun untuk mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan substantif tidak boleh dilanjutkan di bawah Seksyen 82. Walau bagaimanapun, di atas permintaan yang dibuat oleh pemohon sebelum tamat tempoh 2 tahun, penangguhan untuk memfailkan permintaan pemeriksaan substantif boleh dibuat dengan mengemukakan Borang 5B [Seksyen 29A(6)]. Tempoh maksima penangguhan yang ditetapkan adalah 5 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Peraturan 27B(2)].

    4.6 Permintaan Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai

    Bagi permohonan paten yang telah mendapat geran paten luar negara, pemohon boleh meminta pemeriksaan substantif yang diubahsuai dengan mengemukakan Borang 5A dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan dengan fi yang ditetapkan [Seksyen 29A, Peraturan 27A]. Pemeriksaan substantif yang diubahsuai hendaklah disertakan dengan salinan geran paten luar negara yang

  • diperakui seperti yang ditetapkan. Jika perlu, ia juga hendaklah disertakan dengan pindaan bagi memastikan permohonan paten di Malaysia adalah mematuhi Akta Paten 1983 [Peraturan 27A(3)].

    Di bawah peruntukan Seksyen 29A(8) Akta Paten, tempoh 2 tahun untuk mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai tidak boleh dilanjutkan di bawah Seksyen 82.

    Walau bagaimanapun, di atas permintaan yang dibuat oleh pemohon sebelum tamat tempoh 2 tahun, pemohon boleh mengemukakan permohonan penangguhan untuk memfailkan permintaan pemeriksaan substantif yang diubahsuai dengan mengemukakan Borang 5B [Seksyen 29A(6)]. Tempoh maksima penangguhan yang ditetapkan adalah 5 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Peraturan 27B(2)].

    4.7 Pemeriksaan Substantif

    Di bawah pemeriksaan substantif, permohonan paten/perbaharuan utiliti akan diperiksa dengan tujuan membuat laporan samada permohonan tersebut mematuhi kehendak Akta dan Peraturan Paten. Carian dibuat untuk perbandingan teknologi terdahulu (prior art) bagi menentukan kebaharuan dan langkah-langkah merekacipta. Pemeriksaan juga dijalankan bagi menentukan perihalan yang lengkap, tuntutan yang jelas dan menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan [Seksyen 30 dan Peraturan 27C].

    Carian untuk teknologi terdahulu yang dibuat adalah ke atas semua maklumat paten yang diterbitkan dari Malaysia, USA, Jepun, UK, Eropah dan Triti Kerjasama Paten (PCT) yang didapati di Pejabat Pendaftaran Paten.

  • 4.8 Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai

    Di bawah pemeriksaan substantif yang diubahsuai, pemeriksa melaporkan kesamaan di antara permohonan paten Malaysia dan pemberian paten luar negara. Pemeriksa paten hanya membuat carian lanjutan ke atas dokumen paten Malaysia dan keperluan Akta Paten 1983 [Seksyen 30 dan Peraturan 27D].

    4.9 Laporan Pemeriksaan Substantif atau Substantif yang Diubahsuai

    Sekiranya pemeriksa mendapati permohonan tidak memenuhi kehendak bagi pemberian paten maka pemohon akan menerima laporan pemeriksaan tidak memenuhi syarat yang menyatakan kehendak-kehendak yang tidak dipatuhi. Pemohon akan diberi tempoh 3 bulan untuk menjawab laporan tersebut, samada dengan mengemukakan alasan bertulis atau meminda tuntutan yang berkenaan [Seksyen 30 (3), Peraturan 27C (4); 27D (5)].

    4.10 Pemberian Geran Paten atau Perakuan Perbaharuan Utiliti

    1. Apabila permohonan mematuhi kehendak Akta dan Peraturan, Pendaftar akan mengeluarkan pemberian geran paten [Seksyen 31] atau perakuan perbaharuan utiliti.

    2. Paten memberi hak kepada pemunya ke atas rekaciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan. Manakala perbaharuan utiliti diberi untuk tempoh 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya. Walaubagaimanapun, paten/ perbaharuan utiliti mestilah diperbaharui setiap tahun mengikut fi yang ditetapkan.

  • 4.11 Carta Aliran Prosedur Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti

    CARTA ALIRANPROSEDUR PERMOHONAN PATEN/PERBAHARUAN UTILITI

    (AKTA PATEN 1983)

    PERMOHONAN(Borang 1 - RM200)/(Borang 14 RM100)

    Tidak diterima

    Tidak mematuhi

    Akta

    * Sila rujuk Manual Paten untuk prosedur terperinci.

    PEMBERIAN TARIKHPEMFAILAN

    PEMERIKSAANPERMULAAN

    PERMOHONAN DIBUKA UNTUK PEMERIKSAAN AWAM

    (18 bulan dari tarikh prioritiatau tarikh pemfailan)

    PERMINTAAN UNTUK PEMERIKSAANSUBSTANTIF/SUBSTANTIF DIUBAHSUAI

    (Borang 5 - RM700)/(Borang 5A - RM450)

    PEMERIKSAAN SUBSTANTIF

    SIJIL PEMBERIAN PATEN(Sijil - RM150/RM100)

    PEWARTAAN

    PEMBETULAN(Tempoh diberi

    3 bulan)

    Lengkap

    PEMBETULAN(Tempoh diberi

    3 bulan)

    DITOLAK

    PEMBETULAN/HUJAHAN

    (Tempoh diberi 3 bulan)

    DITARIKBALIK

    RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI

    (HARTA INTELEK)

    Tidak lengkap

    Diterima

    Tidak memenuhisyarat

    Tiada permintaan

    DITOLAK

    TIDAKSAH

    Diterima

    Tidak diterima

    Diterima

    Tidak diterima

  • 5. Triti Kerjasama Paten (PCT) 5.1 Pengenalan

    Malaysia menjadi ahli PCT pada 16 Mei 2006. Triti ini yang dimeterai pada 1970. Ia terbuka kepada negara-negara anggota Konvensyen Paris bagi Perlindungan Harta Industri (1883). PCT menyediakan satu mekanisma pemfailan permohonan paten antarabangsa untuk memudahkan pemfailan paten di setiap negara ahli PCT.

    Permohonan PCT boleh difailkan oleh sesiapa yang merupakan warganegara atau residen kepada negara-negara anggota, di Pejabat Paten Nasional negara-negara anggota, atau ke Biro Antarabangsa (IB), WIPO di Geneva, Switzerland.

    Permohonan Paten antarabangsa seterusnya ini tertakluk kepada carian antarabangsa. Carian ini dijalankan oleh salah satu pejabat paten utama yang dilantik oleh WIPO sebagai Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (International Searching Authority - ISA). Keputusan carian tersebut mengandungi senarai rujukan dokumentasi yang mungkin mempengaruhi kelayakan mempaten rekacipta yang dipohon dalam permohonan antabangsa. Pada masa yang sama, ISA akan menyediakan pendapat bertulis tentang kelayakan paten bagi rekacipta itu.

    Maklumat terperinci mengenai PCT boleh didapati daripada laman web WIPO: www.intl/patentscope.

  • 5.2 Carta Aliran Permohonan PCT

    FailPermohonan

    FailPermohonan PCT

    Laporan CarianAntarabangsa

    PenerbitanAntarabangsa

    PermintaanBagi Pemeriksaan

    Permulaan Antarabangsa

    Laporan PemeriksaanPermulaan dan

    Kebolehanpaten

    Fasa Nasional

    Bulan ke 12

    Bulan ke 16

    Bulan ke 18

    Bulan ke 22

    Bulan ke 28

    Bulan ke 30

  • 5.3 Permohonan Antarabangsa PCT

    Sistem PCT membolehkan pemohon memfailkan satu permohonan paten antarabangsa di Malaysia dan kemudian memilih sebanyak mana negara anggota kepada PCT yang mana pemohon ingin mendapatkan perlindungan. Sistem PCT adalah sistem pemfailan paten, ia bukan sistem pemberian paten. Pemberian paten adalah di bawah bidang kuasa setiap negara anggota. Tiada pemberian paten PCT atau paten antarabangsa diberikan.

    Di Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertindak sebagai Pejabat Penerima (Receiving Office). Untuk menerima pemfailan Permohonan Paten mengikut Sistem PCT permohonan PCT hendaklah mengandungi seperti berikut:

    Permohonan yang dikemukakan di MyIPO hendaklah di dalam Bahasa Inggeris; samada menggunakan borang PCT/RO/101 (3 salinan), atau secara permohonan elektronik (menggunakan perisian PCT-SAFE (WIPO)

    Perihalan rekacipta bersama tuntutan, ringkasan dan lukisan (jika ada)

    Fi-fi yang ditetapkan oleh Triti dan MyIPO Sila lawati laman web WIPO bagi maklumat lanjut mengenai perisian PCT-SAFE (WIPO)(http://www.wipo.intpct/en). Borang permohonan boleh diposkan terus kepada MyIPO atau melalui serahan tangan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, atau di mana-mana pejabat cawangan di Sabah atau Sarawak.

  • 5.4 Fi

    Terdapat tiga fi utama yang mesti dibayar apabila mengemukakan permohonan. Ia adalah fi penghantaran, fi pemfailan antarabangsa dan fi carian. Fi penghantaran adalah bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh MyIPO, fi pemfailan antarabangsa bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh WIPO dan fi carian bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (ISA). MyIPO menerima fi penghantaran manakala dua fi lain akan dihantar, masing-masing ke WIPO dan ISA. Semua fi hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM).

    5.5 Laporan Carian Antarabangsa

    ISA akan menjalankan carian untuk memastikan samada rekacipta tersebut baru dan menepati ujian langkah merekacipta. Keputusan ke atas carian antarabangsa dapat membantu pemohon menilai peluang mendapatkan paten di negara-negara di mana pemohon ingin mendapatkan perlindungan patennya kelak.

    ISA yang diakreditasi oleh MyIPO bagi carian antarabangsa adalah seperti berikut :

    Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO) Pejabat Harta Intelek Australia (IP Australia) Pejabat Paten Eropah (EPO)

    5.6 Penerbitan

    Semua permohonan akan diterbitkan 18 bulan selepas tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika pemohon membuat tuntutan prioriti. WIPO mengeluarkan jurnal yang dikenali sebagai PCT Gazette, yang diterbit pada setiap minggu. Ia mengandungi halaman ringkasan bagi semua permohonan. PCT Gazette juga boleh diakses di laman web WIPO.

  • 5.7 Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa Pihak Berkuasa Pemeriksaan Permulaan (IPEA) akan melaksanakan pemeriksaan permulaan sekiranya pemohon memilih untuk meminta pemeriksaan permulaan antarabangsa. Pemohon hendaklah mengemukakan permintaan khusus dan hendaklah dikemukakan ke IPEA. IPEA akan mengeluarkan laporan pemeriksaan permulaan yang akan memberi pendapat kepada pemohon sama ada rekaciptanya sesuai untuk pemberian paten.

    IPEA yang ditentukan oleh MyIPO bagi pemeriksaan permulaan antarabangsa adalah seperti berikut:

    Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO) Pejabat Harta Intelek Australia (IP Australia) Pejabat Paten Eropah (EPO)

    5.8 Fasa Nasional

    Pemohon hendaklah memasuki fasa nasional bagi meneruskan permohonan antarabangsanya secara berasingan pada mana-mana negara-negara anggota PCT. Pemohon diberi tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti untuk memasuki fasa nasional di Malaysia.

    Pemohon hendaklah mengemukakan kepada MyIPO perkara berikut:

    Satu salinan permohonan antarabangsa dalam Bahasa Inggeris

    Fi untuk fasa nasional menggunakan Borang 2A

    Permohonan yang memasuki fasa nasional hendaklah memenuhi syarat-syarat mengikut Akta Paten. Keputusan bagi pemberian paten adalah di bawah bidang kuasa MyIPO.

  • 6. Fi Dan Borang Berkaitan

    6.1 Bahagian I

    Borang

    Borang 1

    Borang 2 Borang 2A

    Borang 2A

    Borang 5

    Borang 5A

    Borang 5B

    Borang 5C

    Borang 5D

    Borang 5E

    Borang 5F

    Borang 5G

    Borang 6

    Borang 7

    Perkara

    (a) Permintaan bagi pemberian paten (b) Tuntutan-tuntutan (i) bagi sepuluh tuntutan pertama (ii) bagi tiap-tiap tuntutan tambahan

    Akuan penarikan balik permohonan

    Memasuki fasa nasional (i) bagi sepuluh tuntutan pertama (ii) bagi tiap-tiap tuntutan tambahan

    Permintaan bagi menghidupkan semula paten dibawah seksyen 78OA

    Permintaan bagi pemeriksaan substantif

    Permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai

    Permintaan bagi penangguhan pemfailan permintaan bagi pemeriksaan atau pemberian maklumat

    Permintaan bagi salinan diperakui atau cabutan diperakui

    Permohonan untuk meminda Daftar

    Permintaan bagi menghidupkan semula paten yang luput

    Permintaan bagi lesen untuk mengeksploitasi rekacipta yang dipaten

    Permintaan untuk menukarkan permohonan bagi mendapatkan paten menjadi permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti atau vice versa

    Permohonan bagi merekodkan penyerahhakan atau pemindahan

    Permohonan bagi catatan dibuat dalam daftar bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen

    No.

    1.

    2.

    2A.

    2B.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    Fi (RM)

    200.00

    Tiada10.00 setiap

    tuntutan-

    200.0010.00 setiap

    tuntutan

    500.00 bagi setiap bulan

    yang lewat

    700.00

    450.00

    -

    50.00

    50.00

    100.00

    -

    200.00

    100.00

    50.00

  • BorangPerkaraNo. Fi (RM)

    Borang 8

    Borang 9

    Borang 10

    Borang 11

    Borang 12

    Borang 13

    Borang 14

    Borang 15

    Borang 16

    Borang 16A

    Borang 17

    Borang 18

    Borang 18A

    Borang 18B

    Borang 19

    Borang 20

    Borang 21

    Permohonan bagi pembatalan catatan dalam Daftar bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen

    Permintaan bagi merekodkan butir-butir kontrak lesen dalam Daftar

    Permintaan bagi merekodkan habis tempoh atau penamatan kontrak lesen dalam Daftar

    Permohonan bagi lesen wajib

    Permintaan bagi pindaan keputusan untuk memberi lesen wajib

    Permohonan bagi pembatalan lesen wajib

    Permohonan bagi pemberian perakuan bagi perbaharuan utiliti

    Permohonan untuk melanjutkan tempoh perakuan bagi perbaharuan utiliti

    Pemintaan untuk meminda permohonan bagi pemberian paten

    Permintaan untuk meminda paten

    Perlantikan atau pertukaran ejen paten

    Permohonan bagi pendaftaran ejen paten

    Permohonan bagi pendaftaran sebagai calon bagi peperiksaan

    Permohonan bagi mengambil semula peperiksaan

    Permohonan bagi membaharui pendaftaran ejen paten

    Pemberian alamat penyampaian

    Permintaan bagi perlanjutan masa

    13.

    14.

    15.

    16.

    17.

    18.

    19.

    20.

    21.

    22.

    23.

    24.

    25.

    26.

    27.

    28.

    29.

    50.00

    100.00

    75.00

    75.00

    75.00

    75.00

    100.00

    100.00

    50.00

    50.00

    -

    2000.00

    100.00

    100.00

    400.00

    100.00

    200.00

  • 6.2 Bahagian II

    PerkaraNo. Fi (RM)

    Salinan paten

    Salinan laporan pencarian

    Pemeriksaan Daftar

    Cabutan diperakui daripada Daftar

    Salinan atau akuan dari pendaftar

    Fi bagi pemeriksaan awam maklumat yang berhubungan dengan permohonan paten

    Salinan cabutan apa-apa maklumat yang diperakui:- (a) bagi lima mukasurat yang pertama (b) bagi tiap-tiap mukasurat tambahan

    Fi tahunan bagi paten selepas di beri geran : a) bagi tahun ke - 2b) bagi tahun ke - 3c) bagi tahun ke - 4d) bagi tahun ke - 5e) bagi tahun ke - 6f ) bagi tahun ke - 7g) bagi tahun ke - 8h) bagi tahun ke - 9 i) bagi tahun ke - 10j) bagi tahun ke - 11k) bagi tahun ke - 12l) bagi tahun ke - 13 m) bagi tahun ke - 14 n) bagi tahun ke - 15o) bagi tahun ke - 16p) bagi tahun ke 17q) bagi tahun ke - 18r) bagi tahun ke - 19s) bagi tahun ke - 20

    Surcaj bagi menghidupkan semula paten

    Penyerahan lesen wajib

    Penyerahan paten

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    30.00

    20.00

    10.00 sejam

    10.00 setiap mukasurat

    2.00 setiap mukasurat

    10.00 sejam

    100.00 setiap mukasurat2.00 setiap mukasurat

    200.00250.00300.00350.00400.00450.00500.00550.00600.00650.00700.00800.00900.00

    1,000.001,200.001,400.001,600.001,800.002,000.00

    100 % daripada fi bagi tahun yang berkenaan

    60.00

    60.00

  • PerkaraNo. Fi (RM)

    Fi tahunan bagi perakuan bagi perbaharuan utility selepas di beri geran: (a) bagi tahun ke - 3(b) bagi tahun ke - 4(c) bagi tahun ke - 5(d) bagi tahun ke - 6 (e) bagi tahun ke - 7(f ) bagi tahun ke - 8 (g) bagi tahun ke - 9 (h) bagi tahun ke -10 (i) bagi tahun ke - 11 (j) bagi tahun ke - 12 (k) bagi tahun ke - 13 (l) bagi tahun ke - 14 (m) bagi tahun ke -15 (o) bagi tahun ke - 16 (p) bagi tahun ke - 17 (q) bagi tahun ke - 18 (n) bagi tahun ke - 19 (r) bagi tahun ke - 20

    Pendengaran

    Perakuan bagi pemberian paten

    Perakuan terhadap perbaharuan utiliti

    Rayuan terhadap keputusan peperiksaan

    Perlanjutan masa (bagi tiap-tiap bulan atau sebahagian daripada suatu bulan)

    Surcaj bagi fi pembayaran lewat fi tahunan

    Carian awam melalui komputer

    Cetakan komputer (Data Bibliography)

    Maklumat yang dibenarkan (atas permintaan)

    Fi bagi menyediakan salinan permohonan antarabangsa

    12.

    13.

    14.

    15.

    16.

    17.

    18.

    19.

    20.

    21.

    22.

    120.00 160.00 160.00 200.00 200.00 240.00 240.00 280.00 400.00 600.00 700.00 800.00

    1,000.00 1,100.00 1,200.00 1,300.00 1,400.00 1,500.00

    100.00

    150.00

    100.00

    200.00 setiap subjek

    50.00 sebulan

    100 % fi bagi tahun yang berkenaan

    20.00 sejam

    5.00 setiap mukasurat

    100.00 bagi kurang dari 10 muka surat

    5.00 untuk mukasurat yang berikutnya

    2.00 setiap mukasurat

  • 6.3 Bahagian III

    PerkaraNo. Fi (RM)

    Fi penghantaran di bawah Kaedah 14 dan 19 Peraturan-peraturan di bawah Triti: (a) bagi 30 helaian pertama (b) bagi setiap helaian melebihi 30 helaian

    Fi bagi mengemukakan lewat terjemahan bagi maksud pencarian antarabangsa

    Fi bagi kelewatan terjemahan bahasa bagi dalaman penerbitan

    Kelewatan fi di bawah undang-undang 16 bis.2 dari peraturan dibawah perjanjian

    Fi bagi mematuhi kehendak nasional daripada sesuatu jemputan

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    375.0045.00 bagi setiap helaian

    25% daripada fi pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Triti

    25% daripada fi pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Triti (i) 50% daripada jumlah fi

    yang belum dibayar; atau (ii) Satu jumlah yang sama

    dengan fi penghantaran;

    Mengikut mana-mana yang lebih tinggi dengan syarat bahawa jumlah fi pembayaran lewat tidak boleh melebihi 50% daripada fi pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Ttriti

    100.00

  • 7. Bayaran bagi Permohonan PCT (Mac 2009)

    7.1 Bayaran Transmital

    Item

    Bayaran Transmittal bagi 30 helaian pertama

    Bagi setiap helaian bagi 30 mukasurat

    Amaun (RM)

    375.00

    45.00

    7.2 Bayaran Pemfailan Antarabangsa

    Item

    Bayaran Pemfailan antarabangsa bagi 30 helaian pertama Pengurangan

    a) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pengurangan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak tidak dalam format character-coded.

    b) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pemotongan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak adalah dalam format character-coded.

    Untuk setiap capaian bagi 30 helai Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan potongan 90% sekiranya permohonan antarabangsa diisi oleh pemohon yang biasa.

    a) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan potongan sekiranya permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak tidak dalam format character-coded.

    b) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pemotongan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik dimana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak adalah dalam format character-coded.

    Untuk setiap capaian bagi 30 helai

    Amaun (RM)

    4,405.00

    3,743.00

    3,411.00

    50.00 setiap helai

    441.00

    374.00

    341.00

    5.00 setiap helai

  • 7.3 Bayaran Carian

    Australia (RM)

    4,041.00

    EPO (RM)

    8,348.00

    Item

    Bayaran Carian dibawah undang-undang 16/ 40.2

    Korea (RM)

    2,885.00

    7.4 Dokumen Prioriti

    Amaun (RM)

    500.00

    2.00 setiap helai

    Item

    Amaun Tetap (5 helai pertama)

    Bagi setiap helaian tambahan

    8. Klasifikasi Paten Antarabangsa (IPC)

    Seksyen A: Keperluan Manusia

    Seksyen B: Pelaksanaan Operasi, Pengangkutan

    Seksyen C: Kimia, Logam

    Seksyen D: Tekstil, Kertas

    Seksyen E: Binaan Tetap

    Seksyen F: Kejuruteraan Mekanikal, Cahaya, Haba

    Seksyen G: Fizik

    Seksyen H: Elektrik

  • 9. Contoh Borang Permohonan Paten (Borang1)

  • * Delete whichever does not apply ** Type name under signature and delete whichever does not apply

  • 10. Pejabat Pendaftaran Paten

    Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Kuala Lumpur atau di pejabat cawangan di Sabah dan Sarawak. Permohonan, surat-menyurat dan pertanyaan hendaklah dimajukan kepada:

    Ibu Pejabat

    Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Tingkat 32, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50623 Kuala Lumpur.No. Telefon : 603-2263 2100 (Operator) : 603-2274 5113 (Meja Bantuan) : 603- 2263 2198/2199 (Perkhidmatan Kaunter)No. Faks : 603-2274 1332 E-mel Korporat : [email protected]

    Cawangan

    Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sarawak),Lot 9936, (Sub Lot 5), Tingkat 3, Queens Court, Block E, Jalan Wan Alwi,93350 Kuching, Sarawak.No. Telefon : 6082-459075No. Faks : 6082-455052

    Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sabah),Tingkat 6, Blok C, Kompleks KUWASA,49, Jalan Karamunsing,88000 Kota Kinabalu, Sabah.No. Telefon : 6088-233571No. Faks : 6088-257046