laporan ulbs bahasa melayu 2008

29

Upload: cicero

Post on 18-Jan-2016

168 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008. Pengenalan. Dimulakan pada tahun 2002 Dua taksiran dilaksanakan iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pelajar ditaksir berasaskan aktiviti individu dan aktiviti kumpulan. Dilaksanakan semasa P&P atau semasa aktiviti kokurikulum. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008
Page 2: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Pengenalan

• Dimulakan pada tahun 2002

• Dua taksiran dilaksanakan iaitu Tingkatan 4

dan Tingkatan 5.

• Pelajar ditaksir berasaskan aktiviti individu

dan aktiviti kumpulan.

• Dilaksanakan semasa P&P atau semasa

aktiviti kokurikulum.

Page 3: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Objektif Pentaksiran• Membolehkan pelajar berkomunikasi

dengan fasih dan lancar.

• Membolehkan pelajar berinteraksi dalam

aktiviti individu dan aktiviti berkumpulan.

• Membolehkan pelajar menggunakan

sistem tatabahasa dan kosa kata yang

tepat.

• Membolehkan pelajar membaiki

kelemahan semula ULBS yang

dijalankan.

Page 4: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Laporan Prestasi Calon Tatabahasa dan kosa kata - Kekuatan :

1.Dapat berkomunikasi dengan ayat yang gramatis dan bermakna.

2.Kosa kata luas dan tepat penggunaannya serta relevan dengan tajuk yang dibicarakan.

3.Dapat menyerlahkan kematangan melalui idea yang disampaikan.

4.Dapat mengemukakan pendapat yang relevan dengan tajuk perbincangan.

Page 5: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kelemahan :1.Lemah dalam pembinaan ayat.

2.Kosa kata terhad dan kadangkala salah penggunaannya.

3. Menggunakan dialek atau pengaruh bahasa ibunda.

4. Menggunakan kosa kata bahasa Inggeris semasa berlisan.

5. Tidak menjawab soalan kerana tidak mengetahui kosa kata.

Page 6: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

6. Kurang atau tidak mampu membina ayat majmuk atau ayat kompleks.

7. Menggunakan bahasa slanga dalam ULBS.

8. Melakukan kesalahan bahasa termasuklah kata hubung, kata sendi nama, dan imbuhan.

Page 7: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kesilapan :1.Contohnya : Itu remaja makan kopi setiap

pagi.

2. Contohnya : Saya suka main basikal dengan kawan

bila petang.

3. Contohnya : Bapa teman pegi mesjid subuh tadi.

Kita olang suka tolong semua bangsa.

4. Contohnya : Rakan saya ‘fed up’ dengan kerja rumah

yang guru beri.

: Mereka tak setuju ‘so’ mereka tak ambil

bahagian dalam pertandingan itu.

Page 8: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

5. Contohnya : Antara pelajar-pelajar.

6. Contohnya : Saya datang satu kali latihan koko.

7. Contohnya : Emak mereka turun ke Bau.

8. Contohnya : Perkara itu tidak bagus untuk kesihatan.

Page 9: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Sebutan Baku / Tidak Baku / Intonasi dan nada

- Kekuatan : 1. Pelajar yang baik dapat menggunakan bahasa

baku dalam taksiran.

- Sebutannya jelas dan tepat.

- Intonasi dan nada tepat.

- Pelajar dapat menguasai semua aspek dan

bertutur seperti penutur jati berdasarkan

aktiviti dan model yang digunakan.

Page 10: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kelemahan :

1. Pelajar terpengaruh dengan dialek daerah.

2. Pelajar terpengaruh dengan bahasa ibunda.

3. Pelajar tidak dapat membezakan sebutan huruf.

4. Sukar menyebur perkataan yang diakhiri dengan imbuhan ‘I’

Page 11: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kesilapan :

1. Contohnya : “Loli”, “terpengaluh”, “olang”.

2. Contohnya : “fed up”, “then”, dan “so”

3. Contohnya : “memperoleh” tetapi disebut “memperolehi”

4. Contohnya : Perkataan “menganggap” tetapi disebut “menggangap”.

Page 12: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Keupayaan Berkomunikasi / Kefasihan- Kekuatan :1.Komunikasi sesama ahli kumpulan dengan

pentaksir berlangsung dengan baik, lancar dan berkesan.

2.Pelajar yang baik dapat bertutur dengan sangat petah, fasih, dan lancar.

3.Idea yang disampaikan matang, sesuai, dan disertai contoh-contoh yang terperinci.

4.Pelajar yang baik dapat berkomunikasi dengan berkesan.

5.Tiada kelihatan tanda-tanda pelajar berkenaan menghafal.

Page 13: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kelemahan :1.Komunikasi agar terhad dan pelajar

menggunakan bahasa yang tidak gramatis.

2.Pelajar menggunakan ayat tunggal atau satu / dua patah perkataan sahaja.

3. Pelajar dalam kumpulan kurang bersedia dan tidak bersungguh-sungguh semasa ujian dijalankan.

4. Sebilangan pelajar membaca teks dan ada juga yang terlalu bergantung pada teks yang disediakan.

5. Banyak murid kurang mengusai tajuk yang dibincangkan terutamanya dalam aktiviti kumpulan.

Page 14: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kesilapan :1.Contohnya : Masyarakat hari ini tidak

gemar

semangat jiran.

2.Contohnya : Pelajor mase ni gemo tiru budaya barat.

3. Contohnya : Mengapakah anda berminat untuk

bermain badminton?

Suka-suka

Page 15: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Bermakna

- Kekuatan :

1.Murid yang baik dapat mengemukakan idea dengan cemerlang.

2.Keseluruhan idea mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

3.Idea yang dikemukakan mengikut urutan dan disertakan dengan contoh yang sesuai.

Page 16: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kelemahan :

1. Jawapan yang dikemukakan tidak memenuhi makna yang dikehendaki.

2. Murid tidak dapat memahami tugasan soalan ketika berlisan.

3. Murid bergantung penuh kepada teks yang telah disediakan.

Page 17: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

- Kesilapan :1.Contohnya : Kenapakah remaja pada

masa ini

kurang bertatasusila?

Sebab mereka tidak memahami

tatabahasa.

2. Contohnya : Mengapakah sebab masyarakat pada

masa ini kurang mengamalkan sikap

berbaik-baik dengan jiran ?

Sebab jiran tak tahu sesama jiran.

Page 18: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

PRESTASI KESELURUHAN CALON BERDASARKAN SKOR

Peringkat Skor Bil. Calon Peratus

Sangat Baik 36-40 66835 20.99

Baik 28-35 106171 50.31

Memuaskan 20-27 75659 23.75

Kurang Memuaskan

12-19 13725 4.31

Pencapaian Minimum

4-11 1995 0.63

Jumlah Besar

318387 100%

Page 19: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Komen Tentang Instrumen Pentaksiran Model

7.1 Model yang digunakan oleh murid

- Ulasan komsas untuk aktiviti idividu dan kumpulan sangat

berkesan.

- Model individu dapat menguji kemahiran berbahasa murid

secara berkualiti-

- Model berkumpulan dapat mewujudkan interaksi yang

sihat dan sikap tolong menolong dalam kalangan ahli.

- Murid dapat memupuk sikap jati diri dan yakin ketika

berlisan.

Page 20: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

7.2 Kesesuai Model Dengan Murid

- Bagi Murid yang lemah , model satu dan tiga dapat digunakan dengan berkesan.

- Model empat sesuai untuk murid yang lemah kerana

guru turut serta dalam perbincangan dan dapat membantu murid.

- Bagi murid yang cemerlang mereka dapat menyesuaikan diri dalam mana-mana model yang telah disediakan.

Page 21: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Saranan Kepada Calon

1.Murid mesti membuat persediaan awal dan memilih tajuk yang sesuai sebelum sesi ULBS.

2.Murid perlu berbincang dengan guru tentang tajuk yang telah dipersetujui.

3.Murid perlu berlatih di rumah sebelum menjalani ULBS di kelasnya.

4. Murid perlu banyak membaca bahan ilmiah sebagai persediaan untuk menghadapi ULBS.

Page 22: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Saranan Kepada Guru

1. Para guru mesti menguasai dan memahami model dan aktiviti dalam ULBS Bahasa Melayu.

2. Aktiviti ULBS mestilah dilaksanakan secara berterusan sejak tingkatan 4 hingga tingkatan 5

3. Guru sebaik-baiknya memberi tajuk tugasan lebih awal supaya pelajar bersedia.

Page 23: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Isu Dan Saranan Penambahbaikan ULBS

1. Mewnganjurkan kursus dalaman bagi memantapkan pengurusan dan pengendalian ULBS

2. Pentaksir kawasan mesti menjalankan aktiviti

penyelarasan dan penataran sepanjang tahun

bagi tingkatan 4 dan 5.3. Pemantauan mestilah dilakukan mengikut ketetapan yang disarankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

4. Jawatankuasa Kes Khas Sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua mesti berfungsi dalam membuat keputusan.

Page 24: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Hal-hal Lain :1.Masih terdapat calon yang menggunakan

borang lama.

2.Pentaksir sekolah bersikap tidak serius dalam menjalankan ULBS walaupun sudah diberikan pendedahan.

3.Murid kurang memberikan kerjasama terhadap taksiran ke3 setelah mengetahui bahawa dia mendapat markah yang tinggi.

4.Sekolah agama persendirian menjalankan ULBS sendiri tetapi guru yang melaksanakannya tidak terlatih.

Page 25: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

5. Pentaksir ragu-ragu untuk memberikan markah maksimum iaitu 40 markah kepada murid yang layak menerima markag itu.

6. Pelaksanaan ULBS disarankan agar menjadi kaedah kaedah yang menjamin keesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Page 26: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

SKOR ULBS

SANGAT BAIK 9-10 BAIK 7-8 MEMUASKAN 5-6 KURANG MEMUASKAN 3-4 LEMAH 1-2

Page 27: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

Pemarkahan BaruCemerlang / Sangat Baik – (34 – 40)

Baik – (25 – 33)

Memuaskan – (16 – 25)

Kurang Memuaskan – (07 – 15)

Pencapaian Minimum – (01 – 06)

1.Perubahan skor dan kriteria perlu dilakukan secara holistik agar keupayaan berlisan calon dapat ditaksir dengan lebih cepat.

2.Perubahan borang profil indiividu perlu dilaksanakan untuk disesuaikan dengan perubahan skor dan kriteria permakahan yang baru.

3.Perubahan borang penyelarasan skor perlu dilaksanakan untuk tujuan pemantauan agar pengiraan markah menjadi lebih mudah.

Page 28: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008

ALAMAT KPK

EN MUSTAFA KAMAL BIN RAMLEESMK TANJONG RAMBUTAN

31250 TANJONG RAMBUTAN PERAK

TEL: 012 5780699

Page 29: Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008