2.0 perbandingan.docx

12
Vivian Wong Ching Yee Perbandingan Pembelajaran Secara Kelas dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kelas Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dikenali sebagai strategi pengajaran langsung Dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung. Menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru Menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Kaedah pengajaran secara satu hala Kaedah pengajaran secara dua hala Pengetahuan sedia ada murid tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting Mewujudkan suatu pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran G uru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber utama ilmu pengetahuan Guru sebagai fasilitor dan memberi pilihan kepada murid Pelajar tidak digalakkan memberi pendapat mereka sendiri Guru lebih banyak mendengar pandangan murid M aklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada

Upload: vivian-wong-ching-yee

Post on 27-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 Perbandingan.docx

Vivian Wong Ching Yee

Perbandingan Pembelajaran Secara Kelas dan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme

Pembelajaran Secara Kelas Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Dikenali sebagai strategi pengajaran

langsung 

Dikenali sebagai strategi pengajaran

tidak langsung.

Menekankan kaedah pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru

Menekankan kaedah pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan murid

Kaedah pengajaran secara satu hala Kaedah pengajaran secara dua hala

Pengetahuan sedia ada murid tidak

dipertimbangkan sebagai sesuatu

yang penting

Mewujudkan suatu pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik

minat pelajar serta menggalakkan

penglibatan mereka dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

Guru sebagai pakar dalam mata

pelajaran dan sumber utama ilmu

pengetahuan

Guru sebagai fasilitor dan memberi

pilihan kepada murid

Pelajar tidak digalakkan memberi

pendapat mereka sendiri

Guru lebih banyak mendengar

pandangan murid

Maklumat, pengetahuan, contoh dan

perkembangan topik adalah

bergantung sepenuhnya pada guru

Pembelajaran baharu bergantung

pada pemahaman atau pengetahuan

sedia ada

Murid tidak perlu aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

Murid diberikan peluang untuk belajar

secara individu, kumpulan dan kelas

Page 2: 2.0 Perbandingan.docx

Guru bertanggungjawab sepenuhnya

ke atas bahan bantu mengajar yang

akan digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

Melibatkan murid dalam membentuk

proses pembelajaran melalui

rundingan berasaskan kekuatan dan

kelemahan pelajar

Guru menentukan sendiri tatacara

membuat penilaian terhadap prestasi

murid

Menentukan kriteria penilaian secara

kolaboratif antara guru dan murid

Murid hanya perlu mengulangi,

menghafal serta mencurahkan

kembali apa yang telah diajarkan

kepada mereka

Murid akan membina kefahaman

dengan menggunakan sumber yang

telah disediakan sebagai asas (teknik

scaffholding)

Jadual 1.0 Perbezaan Pembelajaran Secara Kelas dan

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Page 3: 2.0 Perbandingan.docx

Kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia

merangkumi cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar. Guru akan

menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru

atau pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar.

Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang

akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan

dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.

Perbezaan antara kaedah pembelajaran secara kelas dan kaedah

pembelajaran secara konstruktivisme boleh dilihat secara jelas melalui Jadual 1.0 di

atas. Kaedah pembelajaran secara kelas juga dikenali sebagai strategi pengajaran

secara langsung dan menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan guru. Manakala bagi pembelajaran konstruktivisme pula , kaedah ini

dikenali sebagai strategi pengajaran secara tidak langsung dan menekankan kaedah

pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Pembelajaran secara kelas merupakan kaedah yang meggunakan strategi di

mana guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif atau

boleh juga disebut sebagai komunikasi satu hala (guru sahaja bercakap). Bagi

pembelajaran konstruktivisme pula, kaedah ini membenarkan komunikasi dua hala

berlaku antara guru dan pelajar seterusnya dapat membina satu hubungan yang erat

antara guru dan pelajar. Guru lebih mudah mendekati pelajar dan pelajar lebih

mudah bertanyakan kepada guru mengenai perkara yang mereka tidak fahami atau

keliru serta persepsi mereka akan sama dan tidak berlainan daripada logik akal

biasa.

Selain itu, perbezaan antara dua jenis pembelajaran ini juga boleh dilihat dari

aspek berikut di mana dalam pembelajaran secara kelas, pengetahuan sedia ada

pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting dan guru memain

peranan sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber utama ilmu pengetahuan.

Pelajar tidak digalakkan memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka

berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka

melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri. 

Page 4: 2.0 Perbandingan.docx

Sebaliknya bagi kaedah konstruktivisme pula, suatu pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan

mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran diwujudkan. Guru sebagai

fasilitor dan memberi pilihan kepada pelajar. Sebelum sesebuah topik itu

diperbincangkan, guru terlebih dahulu akan menimbangkan pengetahuan sedia ada

pelajar berkaitan topik itu. maklumat yang salah atau salah faham akan

diperbetulkan melalui perbincangan dan sumbang saran.

Dalam pembelajaran secara kelas, maklumat, pengetahuan, contoh dan

perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Jika luas

pengetahuan guru mengenai topik ini, maka luas dan panjanglah penerangan guru.

Jika tidak, ia terjadi sebaliknya. Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di samping guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan

bantu mengajar yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar hanya bertanggungjawab dalam menyempurnakan aktiviti yang telah

ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik.

Dalam kaedah konstruktivisme, pembelajaran baharu bergantung pada

pemahaman atau pengetahuan sedia ada pelajara dan pelajar turut diberikan

peluang untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Pelajar juga dilibatkan

secara aktif dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan

kekuatan dan kelemahan murid.

Bagi penilaian dalam kaedah belajar secara kelas, guru menentukan sendiri

tatacara membuat penilaian terhadap prestasi murid. Segala hasil kerja murid akan

dinilai sepenuhnya oleh guru. Murid hanya mengulangi, menghafal serta

mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Manakala dalam

kaedah konstruktivisme, penilaian yang dilakukan melibatkan murid secara

berterusan dan menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan

murid. Murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah

disediakan sebagai asas (teknik scaffholding).

Page 5: 2.0 Perbandingan.docx

Pengaplikasian Jenis Pembelajaran yang Dipilih

Sebagai seorang bakal pendidik, keadah pembelajaran yang akan saya pilih

untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah

kaedah pembelajaran secara konsruktivisme.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima

dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Umumnya, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang

melihat murid sebagai pembina pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-

masing. Teori ini mempunyai asas kognitif dengan penekanan diberikan kepada

bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Sebagai

contoh, untuk memainkan peranan dalam mencungkil bakat murid yang mempunyai

pelbagai kecerdasan. 

Saya akan mengaplikasikan konsep ini seperti mana yang terdapat dalam

teori pembelajaran konstruktivisme. Murid-murid berasa sangat gembira apabila

bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan dikembangkan.

Sebagai contoh, aktiviti pertandingan melukis. Hadiah juga akan diberikan kepada

pemenang dan memberikan murid lima bintang sekiranya berjaya melukis dengan

cantik sebagai peneguhan tingkah laku yang positif. Pengetahuan sedia ada ini saya

kembangkan dengan memberi peluang kepada yang berjaya mengajar murid yang

belum dapat menguasainya pula. Saya membenarkan murid mengajar rakannya

kerana teori ini mengatakan kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakannya yang

membimbingnya. Saya gunakan strategi berpusatkan murid, kumpulan,

sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam

setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini secara tidak langsung dapat

mengawal suasana di dalam bilik darjah dengan berkesan.

Selain itu juga, sebagai seorang bakal guru, saya perlulah merancang

pembelajaran dan pengajaran mengikut tahap keupayaan murid.. Guru juga perlulah

menyediakan banyak contoh dan bahan sumber untuk membuat perkaitan dan

membina pemahaman baharu. Kanak-kanak juga lebih mudah faham apabila rakan

Page 6: 2.0 Perbandingan.docx

yang membimbingnya dan dengan membuat perbincangan dalam kumpulan, murid

dapat berkongsi idea dan mendapat pengetahuan yang lebih jelas.Tambahan lagi,

guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar misalnya tugasan

yang berkaitan dengan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks

sebenar serta simulasi. Semasa perbincangan, guru perlulah memberi arahan

dengan jelas selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.

Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif dalam

kalangan murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memastikan keperluan asas murid

telah dipenuhi dengan sewajarnya kerana kesempurnaan kendiri hanya boleh

dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi. Saya juga akan memberi layanan

yang mesra kepada mereka agar hubungan antara saya dan  mereka dapat 

dierat dan diperkukuhkan. Apabila guru berhubung rapat dengan pelajar, mereka

akan menunjukkan motivasi intrisik yang tinggi. Dengan ini, perasaan rendah diri

dapat diatasi. Sikap guru seperti ini akanmewujudkan hubungan yang baik antara

guru dan murid. Justeru, pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang

selesa dan kondusif.

Selain itu, guru juga perlulah memberikan fokus kepada murid bukannya

subjek tertentu. Dengan kata  lain, guru perlulah melayani murid sebagai insan

terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai murid. Murid juga perlu diberi

peluang untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran. Untuk membina hubungan

sosial dan kemahiran emosi, guru hendaklah melibatkan murid dalam gerak kerja

kumpulan. Guru juga bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan kumpulan.

Selain itu, guru menjadi role-model kepada pelajar bertujuan memupuk sikap dan

tabiat baik. Guru juga perlulah memberi pujian dan gerak balas yang sesuai dengan

isi pelajaran dengan aras pemikiran dan keperluan murid. Murid  juga menentukan

aktiviti pembelajaran yang seterusnya. Aktiviti pemulihan juga tidak terkecuali bagi

pelajar lemah untuk pembinaan konsep kendiri positif serta perancangan pengajaran

mengambil kira minat kecenderungan dan kesediaan pelajar . Nilai murni seperti

hormat-menghormati antara guru dan murid juga diterapkan.

Page 7: 2.0 Perbandingan.docx

Penilaian Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme

Secara umumnya, konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang

cuba menerangkan bagaimana manusia belajar. Intipatinya adalah meneliti

bagaimana manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman

pembelajaran dan melihat semula (membuat refleksi) pengalaman tersebut.

Saya telah membuat penilaian ke atas kaedah pembelajaran konstruktivisme

yang telah saya pilih ini. Antara kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme yang

pertama adalah guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru

hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan

pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan

prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna pelajar memainkan peranan

utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan

penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan

kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam

kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu

topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah

sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan

pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau

teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu

pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka

bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan

alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid

mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri

murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan

mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam

kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan

murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan

teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

Page 8: 2.0 Perbandingan.docx

Namun, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya

yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah menjadi penghalang

kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan

pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid

untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru. Menurut Mok Soon Sang

(2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang

strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman

sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa

yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea

sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih

saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid.

Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa

secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.

Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivisme adalah melalui

peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-

soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan

menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain

itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu

akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid

itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang

lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham.

Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan

digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan

peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam

kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data

dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana

idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina

pengetahuan.

Page 9: 2.0 Perbandingan.docx

Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan

idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak

menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu

murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui

mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk

ujian bertulis. Guru juga perlu menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk

penyelesaian,menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis serta

menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping

menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan

menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa

yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah

dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan.

tertentu.