2.0 penerimaan [acceptance] (plk)

36
Muhammad Hafiz Badarulzaman Kolej Undang – Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Upload: ariesito-watanabe

Post on 18-Dec-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penerimaa buss law

TRANSCRIPT

  • Muhammad Hafiz Badarulzaman Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

    Universiti Utara Malaysia

  • Wujud Kontrak apabila Cadangan itu diterima.

    Kontrak=Cadangan+Penerimaan

    S.2(b) Apabila org kpd siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dgn cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima; sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.

  • S.7: untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka penerimaan itu mestilah:

    (a) Mutlak dan tidak bersyarat

    (b) dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan

    jika cadangan itu menetapkan cara penerimaanya, dan penerimaan itu tidak dibuat menurut cara yang ditetapkan itu maka pencadang dalam tempoh yang munasabah sesudah penerimaan itu dikomunikasikan kepadanya boleh menegaskan bahawa cadangan itu hendaklah diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak sebaliknya tetapi, jika ia mungkir berbuat demikian, maka ia adalah menerima penerimaan itu.

  • Sekiranya penerimaan bersyarat seperti tertakluk kepada kontrak atau tertakluk kepada kontrak formal yang bakal dibuat oleh peguam kami Mahkamah: tiada kontrak yang mengikat mana mana parti.

    Sekiranya penerimaan dibuat sebahagian kontrak dan ditolak sebahagian yang lain=Bukan satu penerimaan mutlak.

    Menyebabkan wujud cadangan balas. Cadangan balas membatalkan Cadangan asal.

  • Df-Cadangan menjual ladang dengan harga 1000 pound ditolak dan diberi cadangan balas sebanyak 950 pound. Beberapa hari kemudian Pf meminta untuk dijualkan pada harga 1000 pound. Df enggan. Pf memohon perlaksanaan spesifik.

    DIPUTUSKAN: Cadangan balas membatalkan cadangan terdahulu. Tiada Kontrak.

  • Melainkan sekiranya pencadang menetapkan suatu cara dan kaedah tertentu.

    KES: Eliason v Hanshow

    E membuat cadangan membeli tepung dari H. E mencadangkan jawapan dari H melalui kereta kuda. H menghantar melalui pos dengan menyangkakan lebih cepat penerimaannya. Surat tiba selepas waktu diharapkan oleh E.

    DIPUTUSKAN: E berhak menolak penerimaan H.

  • Pf memohon jawatan guru besar di sebuah sekolah. Seorang ahli lembaga memaklumkan pada Pf. Tetapi surat perlantikan tidak dikeluarkan. Lembaga pengurus tidak jadi melantik Pf.

    DIPUTUSKAN: Tiada penerimaan yang sah. Tiada bukti ahli lembaga yang menyampaikan berita diberikan kuasa.

  • Boleh melalui tiga medium:

    1. Bertulis;

    2. Lisan;

    3. Perbuatan

  • KES: Western Electric lwn Welsh Development Agency Df menawarkan penyewaan selama 12bulan

    dengan syarat penerimaan mestilah melalui salinan akuan terima.

    PF gagal berbuat demikian.

    DIPUTUSKAN: Tiada kontrak kerana tiada penerimaan. Namun Pf telah terus menduduki kilang-dianggap cadangan baru-Dengan membenarkan Pf menduduki, Mahkamah menganggap pemilik kilang menerima cadangan Pf.

  • KES: Felthouse v Bindley

    Df-Jurulelong untuk harta John Felthouse. Bapa saudara John-Pf berminat untuk membeli kuda.

    Pf menulis surat berbunyi jika saya tidak mendengar apa-apa berita tentang kuda itu, maka saya menganggapkan bahawa kuda itu adalah milik saya dengan harga 30pound dan 15 syiling.

  • John Felthouse tidak menjawab surat itu walaupun dia berniat menjual kuda berkenaan pada harga cadangan Pf.

    DIPUTUSKAN: Berdiam diri dengan tidak menjawab surat bukan merupakan satu penerimaan.

  • KES: Weatherby v Banham

    DIPUTUSKAN: perbuatan mendiamkan diri selepas menerima dan membaca sebuah majalah setelah langganan luput adalah satu penerimaan.

  • S. 6 (b):

    Sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan

    luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam

    cadangan itu mengenai penerimaannya, atau

    apabila wakti tidak ditetapkan sedemikan,

    dengan luputnya waktu yang munasabah tanpa

    komunikasi penerimaan.

  • Cadangan mestilah diterima dalam tempoh yang munasabah sekiranya tiada tempoh masa yang ditetapkan.

    Jika tempoh masa ditetapkan cadangan, penerimaan mestilah dibuat sebelum tempoh berakhir.

  • DIPUTUSKAN: Cadangan yang dibuat oleh pembeli saham luput kerana penerimaan tidak dibuat dalam waktu yg munasabah oleh syarikat saham.

  • Df memohon untuk membeli saham dari sebuah syarikat melalui telegram pada bulan Mac. Syarikat tersebut menerima dan membuat penghantaran saham hanya pada bulan Mei.

    DIPUTUSKAN: Tempoh terbabit tidak munasabah.

  • Kaedah AM: Penerimaan lengkap apabila wujud komunikasi dengan pembuat cadangan.

    CONTOH: Ahmad membuat cadangan untuk menjual kereta kepada Ali. Ali bersetuju untuk membeli. Penerimaan Ali mestilah sampai ke pengetahuan Ahmad. Barulah penerimaan itu lengkap

  • S.4(2) Komunikasi penerimaan lengkap;

    a) terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana ianya berada di luar kuasa penerima,

    b) terhadap penerima, bila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.

  • Misalan (b) S. 4:

    B menerima cadangan A yang dibuat dengan surat melalui pos. Komunikasi itu telah lengkap-

    Terhadap A, apabila surat telah diposkan;

    Terhadap B, apabila surat telah diterima oleh A

  • KES: Entores Ltd. Lwn. Miles Far East Corp

    Df membuat penerimaan melalui telex di Amsterdam.

    Pf terima telex di London

    Isu: Kontrak terjadi di mana?

    DIPUTUSKAN: Kontrak terjadi bila penerimaan berada dalam pengetahuan pencadang. Kontrak berlaku di London.

  • KES: Byrne lwn Van Tienhoven

    DIPUTUSKAN: suatu cadangan yang dibuat dan diterima secara surat-menyurat yang dihantar melalui pos, kontrak adalah sempurna terbentuk sebaik sahaja surat penerimaan cadangan itu diposkan walaupun surat itu tidak sampai ke destinasinya.

  • KES: Ignatius lwn Bell

    Df buat cadangan jual tanah

    Terbuka sehingga 20 Ogos 1912

    Pf menghantar penerimaan pada 16 Ogos 1912

    Df terima 25 Ogos 1912

    DIPUTUSKAN: Komunikasi penerimaan lengkap apabila diposkan pada 16 Ogos 1912

  • KES: Holwell Securities Ltd lwn Hughes

    Pembuat cadangan mensyaratkan penerimaan dibuat secara bertulis dan dihantar sendiri ke pihak penjual.

    Penerimaan telah dibuat melalui pos dan surat tidak sampai ke pengetahuan pembuat cadangan.

    DIPUTUSKAN: Kontrak tidak berlaku kerana perbuatan penerimaan tidak mengikut perjanjian cadangan.

  • Adakah penerimaan boleh dibatalkan?

    Bilakah penerimaan boleh dibatalkan?

    Bagaimanakan penerimaan boleh dibatalkan?

  • S.5(2) Suatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu adalah lengkap terhadap penerima, tetapi tidak selepasnya.

  • S.4(3) komunikasi pembatalan lengkap:-

    (a) Terhadap org yg membuat pembatalan, apabila pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat, di mana ianya adalah di luar kuasa org yg membuatnya,

    (b) Terhadap org kepada siapa yang ianya dibuat, apabila pembatalan itu sampai kpd pengetahuan.

  • KES : Byrne lwn Tienhoven

    Df membuat cadangan pada 1 Oktober

    8 Oktober Df membatalkan cadangan

    11 Oktober Pf terima cadangan (1 Oktober) terus hantar melalui telegram hari yang sama

    Pada 20 Oktober terima surat pembatalan.

  • ISU: bilakah berlaku pembatalan?

    DIPUTUSKAN: Pembatalan berlaku pada 20 Oktober. Walaubagaimanapun kontrak terjadi pada 11 Oktober

  • Telex

    Telegram

    Pos - Bryne lawn Van Tienhoven

    Apa sahaja yang difikirkan boleh sebagai medium komunikasi.

    Mestilah sampai kepada penerima sebelum komunikasi penerimaan (S. 5(2))

  • 1. Ebay, online catalogue, online tender, online auction

    2. Cadangan @ pelawaan cadangan?

    3. Kesahihan mesej dari penghantar.

    4. Keperluan transaksi dalam bentuk bertulis.

    5. Tandatangan Digital

    6. Perubahan mesej tanpa pengetahuan penghantar.

    7. Bila penerimaan lengkap kontrak terbentuk?

    8. Bidangkuasa undang2/Konflik undang2.

    9. Isu hakcipta terpelihara (protected right)

    10. Pemeliharaan data/ Jenayah komputer.

  • ISU: Kontrak melalui laman web

    Laman web hanyalah ruangan untuk pelawaan cadangan, bukan cadangan

    KES: Webber lwn Jolly Hotels

    laman web mengandungi gambar hotel dan kemudahan (pelawaan cadangan), Pf membuat tempahan (cadangan), dan pihak hotel mengesahkan tempahan (penerimaan)

  • ISU: Adakah e-mel satu kaedah hubungan serta-merta? Seperti telefon, teleks, chat etc.

    E-mel apabila dihantar akan tersimpan di dalam server. Apabila pengguna membuka akaun e-mel kepunyaannya, barulah e-mel akan dihantar dari server ke akaun e-mel.

    Oleh itu, e-mel bukanlah kaedah hubungan serta-merta, maka kaedah pos akan terpakai.

  • KES: KODAK

    Iklan special deal melalui website

    Kamera bernilai 329 pound telah tersilap diiklankan pada harga 100 pound (pelawaan cadangan)

    Pengguna menempah dalam talian (online) (cadangan) dan server syarikat membuat pengesahan secara otomatik melalui e-mel (penerimaan)

    DIPUTUSKAN: Kontrak telah terbentuk, Kodak diarahkan menjual kamera pada harga yang ditawarkan i.e. 100 pound