nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1).doc

271
NOTA PERSEDIAAN TEMUDUGA UNTU K JAWA TAN PEGAWAI PER KH IDMATAN P ENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 “Good Luck” S!o"# K$#%##& I'u M&$#d M k K '# S!u#

Upload: syahidanimohamed

Post on 07-Oct-2015

190 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

NOTA PERSEDIAAN TEMUDUGA UNTUK JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41Good LuckSemoga Kejayaan Itu Menjadi Milik Kita SemuaBAB 1BAB 2BAB 3

ISI KANDUNGAN

TERAS PENDIDIKAN NEGARA1.1 Rukun Negara

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.3 Wawasan 2020

1.4 Islam Hadhari

KEMENTERIAN 2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran

Kebangsaan

11

3

11

13

1616

18

2121

BAB 4 SISTEM PELAJARAN MASA KINI 4.1 Pendidikan Pra Sekolah

4.2 Program PERMATA

4.3 Pendidikan Rendah

4.4 Pendidikan Menengah

4.5 Pendidikan Khas

4.6 Program Pendidikan Khas

4.7 Sekolah Sukan

4.8 Sekolah Seni

4.9 Pembestarian Sekolah

4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

4.11 Institusi Pengajian Tinggi

4.12 Pendidikan Swasta

4.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

4.14 Sekolah Kluster

4.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

2424

26

27

28

28

29

30

31

31

33

34

37

38

44

45

BAB 5BAB 6BAB 7

KURIKULUM5.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum

5.2 Kurikulum Prasekolah

5.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah

5.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

5.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

5.6 Pengurusan Kurikulum

5.7 Program JQAF

5.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M)

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID 6.1 Asrama

6.2 Skim Pinjaman Buku Teks

6.3 Biasiswa dan Pinjaman

6.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat

6.5 Program Pemakanan Sekolah

6.6 Bimbingan dan Kaunseling

6.7 Standard Guru Malaysia (SGM)

6.8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

6.9 Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA7.1 Gerak Kerja Kokurikulum

7.2 Sekolah Harapan Negara

7.3 Hari Guru

i

5252

60

62

64

79

74

76

7878

79

79

80

80

80

89

91

9393

96

96

BAB 8BAB 9BAB 10

7.4 Projek Nilam

7.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

7.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

URUSAN PERKHIDMATAN8.1 Perintah-Perintah Am

8.2 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam

1993

8.3 Arahan Perbendaharaan

8.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

8.5 Arahan Perkhidmatan

8.6 Akta Acara Kewangan

8.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU9.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

9.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

9.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

9.4 Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa

Inggeris (MBMMBI)

9.5 1 Murid 1 Sukan143

9.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

9.7 Transformasi Pendidikan Vokasional

9.8 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

9.9 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

BAB TAMBAHAN

99

100

101

104104

105

108

110

110

110

110

111111

120

124

135

146

150

156

159

162A Dasar, Kurikulum & Sistem 10.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

10.2 LINUS & PROTIM

10.3 Tonggak 12

10.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI)

10.5 RMK - 10 ( Pendidikan)

B Isu Semasa Pendidikan 10.6 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar

10.7 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan

Politeknik

10.8 Isu Penempatan GSTT

10.9 Majlis Bahasa Inggeris

10.10 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

10.11 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C Isu Semasa Negara

162

170

174

178

192

226

227

228

229

232

283

10.12 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet,Komponen) 237

10.13 Isu Adam Adli 247

10.14 BR1M 248

10.15 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik 250

10.16 Bajet 2013 255

D Teori Pendidikan E Lain-Lain

10.17 Taksonomi Bloom

10.18 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

10.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

10.20 Sorotan Peristiwa 2011

ii

259

261

263

264

1.1 Rukun Negara

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 1TERAS PENDIDIKAN NEGARA1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.3 Wawasan 2020

1.4 Islam Hadhari

1.1 RUKUN NEGARAMaka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

(1) Kepercayaan kepada Tuhan

(2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

(3) Keluhuran Perlembagaan

(4) Kedaulatan Undang-undang

(5) Kesopanan dan Kesusilaan

1. Kepercayaan kepada TuhanBangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai

satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-

kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di

dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara

atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara

menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan

manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu

bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota

masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai

prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan kepada Raja dan NegaraMalaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan

kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja

juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak

beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan

lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap

warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki

1

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka

bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

3. Keluhuran PerlembagaanPrinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber

perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap

rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga

negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan

kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua

pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak

boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di

negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem

pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4. Kedaulatan Undang-undangKeadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya

di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara

Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu

kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup

bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara

dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara

memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang

aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota

masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana

semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan

dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara

sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang

dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada

dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan KesusilaanPrinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang

rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan

bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat

penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai

kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi

membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi

yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini

membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung

2

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu

darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan

bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara

dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

PengenalanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara

(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti

pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap

bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar

setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada

dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru

sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat

unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau

sebaliknya.

Konsep FPKFalsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi

yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme,

progresivisme dan eksistensialisme. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal

daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara

sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan,

termasuk Rukun Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses

pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah

ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara

Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan

prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia

3

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu

entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Matlamat FPKBerlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan

pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Ini

adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan

yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna

Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat

Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

percaya dan patuh kepada Tuhan;

berilmu pengetahuan;

berakhlak mulia;

bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;

memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

KPM juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu

secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia

dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:

melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya

sebagai seorang warganegara;

menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi

memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;

melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan

prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;

melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;

melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun

Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat

berbilang kaum; dan

mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan

kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Peranan FPKMenurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam KPM (2001), Falsafah Pendidikan

Kebangsaan memainkan peranan yang sangat penting seperti:

sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha

mengembangkan dan memajukan pendidikan;

menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan

Negara;

4

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan

negara;

sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas -

tugas pendidikan;

sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan

pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;

sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan;

dan menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang

usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

UNSUR-UNSUR PENTING FPK Menjadi warganegara Malaysia yang baik

Unsur intelek

Unsur rohani dan emosi

Unsur jasmani

Memperkembangkan potensi individu

Menyeluruh dan bersepadu

Insan yang seimbang

Kepercayaan kepada Tuhan

Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

Elemen-elemen dalam FPK dan Implikasinya terhadap PendidikanFalsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis

yang merujuk kepada beberapa elemen yang penting. Berikut adalah elemen-elemen

penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Elemen-elemen FPKpendidikan suatu usaha

berterusan

Implikasi Terhadap Pendidikan Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan

dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai

murni;

Proses pemerolehan dan pemindahan

berlangsung secara berterusan bermula dari

kecil sehingga ke akhir hayat;

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting

untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak

yang berada dalam lingkungan umur antara

satu hingga enam tahun;

Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang

sepanjang tempoh persekolahan;

Setelah tamat persekolahan, setiap individu

masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran

dan akhlak mereka;

Proses pendidikan yang berterusan bagi

5

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

membantu individu menyesuaikan diri dengan

pelbagai perubahan.

perkembang potensi

individu

perkembangan individu

secara menyeluruh dan

bersepadu

insan yang seimbang dan

harmonis

Setiap individu telah dikurniakan oleh Tuhan

dengan bakat, potensi dan kebolehan yang

mungkin terpendam;

Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya

dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan

dipertingkatkan;

Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma

melalui interaksi sosial dengan orang lain dan

alam sekeliling;

Pendidikan seharusnya memberi peluang

individu untuk berkembang bakat, potensi dan

kebolehan mereka.

Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh

dikembangkan secara berasingan; sebaliknya

perlu dikembangkan secara bersepadu;

Perkembangan dan peningkatan seharusnya

merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani,

emosi dan jasmani perlu disepadukan.

Amat penting bagi individu memiliki ilmu

(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya

kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang

baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik

(jasmani);

Keseimbangan antara keempat-empat aspek di

atas akan menghasilkan individu yang

mampu hidup secara harmonis dengan diri

dan orang lain;

Syarat untuk mendapat bimbingan dan

hidayah dari Allah adalah setiap manusia perlu

seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu

manusia yang jujur, benar, baik tutur dan

amalannya;

Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk

menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup

berhadapan dengan apa jua masalah

yang timbul.

6

unsur intelek

unsur rohani

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,

menulis dan mengira;

Sering berusaha untuk memperoleh dan

mengembang ilmu yang benar;

Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif

kritikal dan reflektif;

Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang

lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

Cintai ilmu pengetahuan;Berusaha memupuk

budaya ilmu dan budaya membaca;

Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Menyedari dan percaya kepada Tuhan;

(kepercayaan dan

kepatuhan kepada

Tuhan)

unsur emosi

unsur jasmani

rakyat Malaysia yang

berketrampilan

Bersyukur dengan pemberian Tuhan;

Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai

murni.

Mengakui tentang kewujudan Tuhan;

Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan

alam;

Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam

merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan;

Menyedari bahawa individu bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap segala perbuatan dan

tindakannya;

Mengamalkan segala ajaran agama yang

dianuti.

Mempunyai emosi yang matang dan stabil;

Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang;

Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan;

Mampu mengawal emosi dan nafsu serta tidak

sombong atau hipokrit.

Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal;

Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,

manipulatif dan sosial;

Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk

memanfaatkan masyarakat.

Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;

Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan

sempurna;

Berpandangan jauh dan berinisiatif;

Memupuk pembawaan diri yang baik.

7

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

rakyat Malaysia yang

berakhlak mulia

rakyat Malaysia yang

bertanggungjawab

rakyat Malaysia yang

berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri

rakyat Malaysia yang

dapat memberi

sumbangan terhadap

keharmonian dan

kemakmuran

masyarakat dan negara

sumbangan terhadap

keharmonian dan

kemakmuran

keluarga, masyarakat

dan Negara

Mempunyai perwatakan diri yang baik;

Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral

sebagai prinsip hidup.

Boleh dipercayai;

Menyedari bahawa setiap tugas dan

tanggungjawab merupakan amanah dan harus

dilaksanakan dengan baik;

Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan

cekap;

Mematuhi peraturan dan undang-undang negara;

Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Berfikiran waras dan berjiwa tenang;

Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk

menghadapi cabaran hidup.

Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat

melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan,

hormat-menghormati dan sebagainya;

Berusaha untuk memajukan ekonomi negara

berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan;

Sering mengekalkan kestabilan politik dan

keamanan negara.

Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara;

Mempertahankan maruah diri, profesion, agama,

bangsa dan negara.

Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup;

Memupuk persefahaman keluarga;

Mematuhi norma masyarakat;

Cintakan negara.

Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysiai)

Implikasi Terhadap Kurikulum.Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan

kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan

selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana

setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang

seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-

8

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu

untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang

mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula

diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

ii)

Implikasi Terhadap Pendidik.Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan

selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi

di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk

mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan

matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru

mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem

pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab

sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa

yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang

sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan

dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti,

menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.

iii) Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-

kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk

merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini

adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga

diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling

bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan

keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar

yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik danVokasional di Malaysia (PTV)* Nota Tambahan pengkhususan bidang i)

Implikasi terhadap kurikulum PTVPerubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Ini meliputi;

Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program

bersepadu.

Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni

9

ii)

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV.

Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis.

Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam

pekerjaan.

Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam

bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi terhadap guru PTVPerubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan

tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar

memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang

positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik

akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan

insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia. Oleh yang

demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan

tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan memahami sepenuhnya

kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan PTV setanding dengan aliran sains.

iii) Implikasi terhadap institusi PTVPerubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk

melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini

meliputi:

Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan

jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.

Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai

murni dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang

cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan

mereka.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFalsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara"

10

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik

dengan mengemukakan ciri-ciri:

Percaya dan patuh kepada tuhan

Berilmu pengetahuan

Berakhlak mulia

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin."

1.3 WAWASAN 2020Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi

sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang

dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-

bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial,

antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik,

sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga

keyakinan.

9 CABARAN UTAMADalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis

Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama

wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsibersama;Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di

peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama

sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia

yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada,dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah;Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai

kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah

kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

11

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahamanmatang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapabanyak negara membangun.4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, denganwarganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilaietika paling tinggi.5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysiapelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agamamereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satunegara.6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyaidaya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadipengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologimasa depan.7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosialyang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikaninsan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekelilingsistem keluarga yang kukuh. 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakanmasyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dansaksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya

menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang.

Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa

berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak

5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama

Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an,

akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam

12

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun

yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah

tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi

Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion

dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini

memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar)

setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar

pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan

kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah

ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK

Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

1.4 ISLAM HADHARI Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori

kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia

bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam

al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

VisiMenjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

MisiMelaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam

yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

ObjektifMelahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),

akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,

inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,

praktikal dan damai.

Prinsip(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.

(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.

(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

(6) Kehidupan Berkualiti.

13

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

(7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

(8) Keutuhan Budaya dan Moral.

(9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.

(10) Kekuatan Pertahanan.

KonsepKerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan

Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan,

kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam

bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal

iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu,

suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk

membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran

Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan

usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah

sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan

anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam,

sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak

sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam,

malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi

menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan

bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi

mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan

pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview)

dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui

penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun

Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan

dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda

umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan,

yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam.

Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja

sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua

bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip

matlamat Pensyariatan syariat Islam (maqasid al-syariah) yang sentiasa berkembang dan

diantara lain yang menjadi pokok seperti;

14

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Menjaga, memartabat dan memperkasakan ;

Agama

Maruah

Alam Sekitar

Akal

Institusi Keluarga

Nyawa

Keturunan

Harta

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai

sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan

(wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara

yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan

2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari

menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan

konteks masyarakat majmuk.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari

bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam

kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung

dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan

menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan

bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55

di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

pada 23 September 2004

15

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 2KEMENTERIAN2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

2.1 Kementerian Pelajaran MalaysiaPengenalanKementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk

membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara

Malaysia. Matlamatnya ialah untuk;

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu

berketerampilan, dan sejahtera

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

Malaysia

VisiSekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MisiMembangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MatlamatMelahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan

sejahtera.

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan wajibPendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa

warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur

enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah

selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa

memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi

undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak

melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

16

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Menteri Dan Timbalan MenteriMenteri PelajaranY.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri 1Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri 2Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Ketua SetiausahaY.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaY.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

SENARAI MANTAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA#

Nama

Tempoh Perkhidmatan1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

2 Mohamed Khir Johari

3 Abdul Rahman Talib

4 Mohamed Khir Johari

5 Tun Hussein bin Dato' Onn

6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

7 Tun Musa Hitam

8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud

9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

10 Tun Abdul Rahman Yakub

11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim

12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud

13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak

14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad

15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

17

1955 - 1957

1957 - 1959

1959 - 1965

1965 - 1968

1970 - 1973

1974 - 1978

1978 - 1981

1982 - 1984

1984 - 1986

1969-1970

1986 - 1991

1991 - 1995

1995 - 1999

1999 - 2004

2004 - 2009

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

2.2 Kementerian Pengajian TinggiPengenalanMula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan

oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2

kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie

Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004,

Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat

Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-

jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan

Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor

pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-

agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN, Yayasan TAR dan 20

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UNIMAS,

UMS, UPSI, UiTM, UIAM, UDM, UMK, UMP, UniMAP, UMT, UPNM, USIM, UteM dan UTHM .

VisiMenjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020.

MisiMembangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah

mewujudkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta

berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Moto"Meneraju Kegemilangan Ilmu"

Objektif KPT1. Memastikan 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 100 universititerbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan antara 50 universiti terbaik di dunia.2. Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf

diperingkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikandikomersialkan.3. Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam

mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya, dan 30%pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.

18

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4. Menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna

tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat

pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

5. Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarik

kemasukan pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% daripada

keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah.6. Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajiantinggi kepada 50%, dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat

bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukankonvensional.7. Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan daripada sumber-sumber

lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh

universiti komprehensif/berfokus, 40% bagi universiti penyelidikan dan bakinya

akan disediakan oleh kerajaan.

8. Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik yang digunakan diperingkat antarabangsa.

9. Menyediakankemudahan pembiayaan untuk pelajar yang

berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

10. Meningkatkan jalinan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi

tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusipenyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan,pembangunan dan pengkomersialan.LIMA TERAS UTAMA1. Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.

2. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.

3. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.

4. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat

antabangsa.

5. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

SENARAI MANTAN MENTERI PENGAJIAN TINGGIDatuk Shafie Mohd Salleh 20042006

Dato' Mustapha Mohamed 2006200819

D.S Mohamed Khaled Nordin2008-KiniDisusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

PENGURUSAN TERTINGGI20

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 3SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran KebangsaanPerkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran KebangsaanSistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan

dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

a)b)c)d)e)a)

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); danZaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat

aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap

sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara

satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan

satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji

sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan

kaum Melayu;

Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;

Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai

corak sistem persekolahan kebangsaan; dan

Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem

pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran

Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan

yang sama bagi semua sekolah.

b)

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem

pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan

perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras

Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa

Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada

penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa

21

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan

peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi

penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan

mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan

masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan

pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar

ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan

universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

c)

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan

keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti

Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk

menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang

pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,

antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan

sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun

1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta

Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan

bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata

pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.

Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi

menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan

pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-

an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan

kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah

Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan

matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan

bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek.

d)

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.

Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui

penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya

22

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis

Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada

tahun 1999;

Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI); dan

Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

e)

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan

dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf

ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam

perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan

2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003

(Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)

diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan

diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,

Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,

2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah

penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan

pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan

prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

23

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

BAB 4SISTEM PELAJARAN MASA KINI4.1 Pendidikan Pra Sekolah

4.2 Program PERMATA

4.3 Pendidikan Rendah

4.4 Pendidikan Menengah

4.5 Pendidikan Khas

4.6 Program Pendidikan Khas

4.7 Sekolah Sukan

4.8 Sekolah Seni

4.1 Pendidikan Pra SekolahPengenalan

4.9 Pembestarian Sekolah

4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

4.11 Institusi Pengajian Tinggi

4.12 Pendidikan Swasta

4.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

4.14 Sekolah Kluster

4.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-

kanak sebelum memasuki sekolah.Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem

pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan

prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun

memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan

berpendapatan rendah.

Latar belakang18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran

Malaysia melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah

KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan

program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolahPendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

KonsepPendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau

lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah

"Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah

pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

24

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti

kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.

Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi

pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

ObjektifMenyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4

hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,

menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke

sekolah rendah

LokasiBangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan

sekolah rendah.

PengurusanSetiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau

DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan

jawatan Pembantu Tadbir.

MuridSetiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun.

Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di

bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat

kekosongan.

KurikulumKurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan

tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai

tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh

Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Kriteria Pemilihan SekolahTiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak

atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan

berkanun lain.

Kriteria Pemilihan Murid Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.

25

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.2 Program PERMATA PengenalanSegalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan

kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka

Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu. Pada

pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar

daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

Kerana begitu terganggu, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu

yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar.

Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan

Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar

PERMATA Negara, apabila idea itu datang, beliau tidak teragak-agak untuk

melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik

kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi terganggu dengan laporan-laporan

jenayah disiarkan hampir saban hari.

Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang

dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan

hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan

mereka juga senada bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya

dimulakan lebih awal lagi. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai

kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar

kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini

dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas

dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan

bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak

berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-

kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan

modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada

pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

Falsafah dan Fokus PERMATA NegaraAsuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK

PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan

kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk

kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

i. Berumur satu hingga empat tahun

26

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

ii. Menetap di pinggir atau luar bandar

iii. Keluarga berpendapatan rendah

iv. Berbilang kaum dan agama

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak

dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan

kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai

aspek perkembangan

Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-

kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

Kurikulum PERMATASehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model

Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan

budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi

kandungannya.

Tema Setiap Anak PERMATA Negara juga telah dipilih untuk menggambarkan

kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar

pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan

ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh

kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan

menyeluruh kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya

telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai

anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka

sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

4.3 Pendidikan RendahWalaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal

anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang

diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini,

satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan

nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi

kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.

Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan

mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.

Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah

rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk

27

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi

sekolah-sekolah yang berdekatan di kawasan anda.

Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas

alasan-alasan tertentu.

4.4 Pendidikan MenengahPendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana

asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah

dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi

pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional. Pendidikan di tahap ini di kawal oleh

Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam telah diaturkan bagi memastikan

pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai

melalui beberapa peringkat peperiksaan am.

Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan

berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat

rendah ke menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah

mereka. Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah

lain jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh.

4.5 Pendidikan KhasPendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai

keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik P&P

mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

- Perkembangan mental

- Kestabilan emosi

- Integrasi sosial

Kanak-Kanak Khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh

pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses

pembelajaran.

Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-

ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal

(4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam

pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang

diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh

berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .

28

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.6 Program Pendidikan KhasProgram pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

1.

2.

3.

4.

5.

Sekolah Khas

Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)

Pemulihan Khas

Program Disleksia

Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

Kategori Pendidikan KhasKanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang

menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran iaitu:

-Masalah Pembelajaran

-Masalah Pendengaran

-Masalah Penglihatan

Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:-

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan

khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Antara program yang ditawarkan ialah:

PrasekolahSyarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

- berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

ialah:

- berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan

khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di

peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma.

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti

kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pelajaran MenengahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

29

ialah:

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

-Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2

jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasionali) Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan

elektif mata pelajaran vokasional (MPV)

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan

Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah PendengaranSekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, KedahSekolah Menengah Teknik Batu Pahat, JohorSekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, PerakSekolah Menengah Teknik Tanah Merah, KelantanSekolah Menengah Vokasional Keningau, SabahTempoh Pengajian Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat

iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

4.7 Sekolah Sukan Malaysia (SSM)Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan

pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang.

Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang

kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil2. Sekolah Sukan Bandar PenawarSistem PembelajaranPelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem

persekolahannya berbeza sedikit. Disamping pembelajaran akademik, pelajar-pelajar

dilatih untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan disiplin.

30

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.8 Sekolah Seni MalaysiaSekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi

dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua

sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi"Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan

insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah

diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia

Tahun 2004. Y.B Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia

mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9

iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

KonsepKonsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian

murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang

iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini,

kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi

apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan

kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan

nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:

1.

2.

3.

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Sejarah

7.

8.

9.

Geografi

Seni Tari

Seni Muzik

4.

5.

6.

Pendidikan Islam

Sains

Matematik

10. Seni Teater

11. Kreativiti

Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:

1. Sekolah Seni Johor Bahru, Johor2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak4.9 Pembestarian SekolahPengenalanPembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang

31

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah

ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,

kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan

pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar

kendiri (self-paced).

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai

aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan

relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario

dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi,

sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah

institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa

aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada

pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Sekolah bestariSekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa

kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka

yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuat atau

lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai

mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan

membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan

menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang

direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah

yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya

dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan

teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan

pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

32

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan

pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah

Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik

dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi

cabaran-cabaran Wawasan Negara.

4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat

pendidikan menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.

PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan

selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada

peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institut

latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusi

pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara

memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang

termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya

maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya taraf

negara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.

Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru

ini, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu

dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menangani

cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju

sepenuhnya.

Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan

kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12

kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun

2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik

sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung

1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akan

dilaksanakan segera.

Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada

segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti

melalui peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej

33

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

universiti serta universiti swasta baru.

4.11 Institusi Pengajian TinggiBagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan

percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah

dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia

sudah bermula.

Penubuhan IPTA di MalaysiaUniversiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada

kertas cadangan Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan

sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat

bersama.

Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan

persetujuan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi

penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan pada

tahun 1969.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970

membuktikan bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa

pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa kejayaan

yang telah dikecapi oleh universiti ini.

Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di MalaysiaDewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka,

kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti

dan bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan

perkembangan industri di negara ini.

Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:

1.

2.3.

Universiti PenyelidikanUniversiti KomprehensifUniversiti Berfokus Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh

universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM)

sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti

awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk

menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti

awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing

dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta

34

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

Latar BelakangKementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan

bermatlamat membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang

menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang

kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan

antarabangsa. KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi

yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta

(IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama

ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan,

sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan

institusi pengajian tinggi iaitu:

1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS

2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik

3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan KolejKomuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting

dalam pengajian tinggi iaitu:

1. Malaysian Qualification Agency (MQA) Badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi

pendidikan tinggi negara.

2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Badan yamg mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)Teras Utama PSPTNDalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan

menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:

Teras 1Teras 2

Meluaskan Akses dan Meningkatkan EkuitiPendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50%akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikantertiari)Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa

berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan

tertentu)

Menambah baik Kualiti Pengajaran dan PembelajaranDasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah

di industri

Penambahbaikkan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran

35

Teras 3Teras 4Teras 5Teras 6Teras 7

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan

Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran

100,000 PhD atau setaraf

Memperteguh Penyelidikan dan InovasiMembina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap10,000 tenaga kerja)6 buah Universiti Penyelidikan

20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa

Budaya inovasi di kalangan pelajar

10% hasil penyelidikan dikomersialkan

Memperkasa Institusi Pengajian TinggiSatu atau dua buah Universiti Apex daripada kalangan IPT

dalam tempoh terdekat

Tiga IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara

50 universiti terbaik di dunia

Kuasa autonomi mengikut KPI

75% pensyarah berkelayakan PhD

Penarafan IPT mengikut KPI

Mempergiat PengantarabangsaanJaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara

Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa

5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif

Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di

Universiti Penyelidikan

Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit

Biasiswa Antarabangsa Malaysia

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayatPengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui

MQF

Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu

Peningkatan penyertaan golongan dewasa

Laluan alternatif dan mobiliti program

Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian TinggiKPT sebagai pemudah cara

Sistem penyampaian terbaik

Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan

KPI - berdasarkan prestasi

Perbelanjaan berhemah

Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

36

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

4.12 Pendidikan SwastaKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan untuk

proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnya

di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang

dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi meja, buku teks, makmal

komputer dan guru bertauliah serta bilangan guru yang mencukupi.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk semua,

sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi

pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan

peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa.

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi

pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan

dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan

pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan

1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Sejarah PerkembanganPendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketik