panduan cara-cara menghadapi temuduga bahagian 1 : temuduga

21
PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Upload: faiz-arrahman

Post on 14-Dec-2015

326 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA

Bahagian 1 : Temuduga

Page 2: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

APA ITU TEMUDUGA?

-Suatu proses di mana individu bertukar maklumat di mana ianya

mungkin berkenaan dengan permohonan pekerjaan, kenaikan

pangkat atau sebagainya.

Page 3: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

APAKAH TUJUAN TEMUDUGA?

-Untuk membolehkan penemuduga / majikan mendapatkan maklumat mengenai

diri anda- maklumat ini akan digunakan oleh mereka

bagi membuat keputusan yang tepat berhubung dengan kesesuaian anda dan

jawatan yang dipohon.

Page 4: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

TUJUAN LAIN TEMUDUGA

Untuk melihat ciri-ciri personaliti andaUntuk mengetahui dan membuktikan pengetahuan, kemahiran dan bakat andaUntuk mengetahui dan membuktikan pencapaian akademik dan latihan yang pernah anda ikuti.Untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman bekerja anda (jika ada)Untuk menilai motivasi dan keinginan anda bekerjaUntuk menanya / memberitahu anda akan jenis pekerjaan dan tanggungjawab pekerjaan yang dipohon / ditawarkan

Page 5: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

APAKAH TATACARA TEMUDUGA?

Struktur asas temuduga ialah perbualan (conversational) dengan matlamat yang tertentu iaitu untuk memperoleh maklumat-maklumat yang berkaitan.

Ianya merupakan satu interaksi berbentuk lisan dan visual di antara dua individu.

Page 6: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Bahagian 2

Persediaan Sebelum Temuduga

Page 7: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

1) Dapatkan maklumat asas yang tepat

Tentukan tarikh, hari, masa dan tempat temuduga.

Tentukan anda tiba 15 minit lebih awal. Buat kunjungan terlebih dahulu jika anda kurang arif akan tempat temuduga.

Sesetengah temuduga dijalankan secara individu, berkelompok atau dengan panel. Anda boleh menghubungi pihak majikan terlebih dahulu dan bertanya tentangnya.

Page 8: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

2) Mengkaji Bakal Majikan

Dapatkan dengan spesifik tentang nama, alamat, lokasi, saiz, perkhidmatan yang diberi, orang-orang utama yang menerajui dan lain-lain mengenai organisasi / syarikat berkenaan.

Page 9: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

3) Tentukan Anda Mengenali Diri Anda

Jelaskan mengenai kemahiran-kemahiran anda, kualiti peribadi dan latarbelakang diri anda.

Di antara kemahiran dan kualiti peribadi yang dicari oleh majikan ialah ciri perwatakan yang dilihat dari segi disiplin yang mantap, kematangan, kemahiran berkomunikasi, keupayaan berfikir dengan baik dan sikap yang positif.

Page 10: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

4) Sediakan Dokumen Anda

Dua hari sebelum temuduga tentukan segala dokumen, surat akuan dan surat-surat lain disusun dengan mengikut yang mana dahulu di dalam fail (clear folder).Pastikan surat panggilan temuduga disertakan bersama fail tersebut (belakang sekali).Buat semakan terakhir kepada keperluan yang diarahkan untuk dibawa ke hari temuduga.

Page 11: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Bahagian 3

Dalam Sesi Temuduga

Page 12: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

-Anda dipanggil temuduga kerana majikan mahu mengambil calon yang benar-benar layak bagi memenuhi keperluan penjawatan mereka.

- Disepanjang interaksi sewaktu temuduga, mereka akan menilai kekuatan dan kelemahan / kekurangan anda, melihat kelayakan, kemahiran dan kualiti intelektual dan menilai sikap, perwatakan, stabiliti., motivasi dan kematangan anda.

Page 13: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Proses temuduga

Peringkat 1 : Perbualan ringan di antara dua pihak. Penemuduga telah mula membentuk gambaran berkenaan perwatakan anda. Penilaian pertama ini amat besar pengaruhnya.

Peringkat 2 : Fokus kepada latar belakang dan kelayakan anda. Anda harus mengambil inisiatif untuk membuka diri dan ‘menjual’ diri serta mempamerkan kebolehan anda.

Page 14: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Proses temuduga

Peringkat 3 : Majikan / penemuduga dan anda saling bertukar-tukar maklumat. Anda menjelas dan mengukuhkan lagi kebolehan anda dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan dan organisasinya.

Peringkat 4 : Interaksi pada peringkat ini adalah ke arah penutupan perbualan.

Page 15: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Bahagian 4

Selepas Temuduga

Page 16: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Keesokan Hari

Sehari selepas temuduga, pastikan anda mengambil inisiatif dengan menulis surat terima kasih kepada majikan.Nyatakan penghargaan anda dan terima kasih kerana diberi peluang.Nyatakan juga bahawa anda mempelajari sesuatu yang berguna dari pengalaman tersebut.

Page 17: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Bagaimana Jika Anda Tidak Menerima Apa-apa Berita?

Berikan jangka masa yang bersesuaian untuk majikan membuat keputusan (selalunya 2 minggu).Anda boleh menghubungi pihak majikan untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.Pastikan anda menyatakan nama anda, jawatan yang dipohon, tarikh dan tempat temuduga ke Bahagian Penjawatan bagi membolehkan mereka membuat pengesahan.Jangan merasa kecewa seandainya mereka menyatakan bahawa tiada keputusan dibuat setakat ini.

Page 18: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Temuduga Kedua

Sesetengah syarikat menganjurkan temuduga kedua.Ianya dijalankan beberapa minggu selepas temuduga pertama.Pada peringkat ini, anda akan berhadapan dengan pegawai yang lebih kanan atau pengurus-pengurus jabatan di mana anda akan ditempatkan.Penemuduga akan meneliti laporan sesi pertama anda.Anda akan diajukan dengan soalan yang lebih spesifik dan mencabar.

Page 19: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Bahagian 5

Keputusan Penerimaan Jawatan

Page 20: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Menerima Jawatan

Anda akan diberi masa untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.Jika diwaktu yang sama, terdapat beberapa tawaran lain, anda perlulah mengkaji setiap satunya terlebih dahulu.Senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap tawaran dari agensi berkenaanKemudian lihat kembali kekuatan dan kelelmahan anda, jenis persekitaran kerja yang anda suka, faktor yang mendorong anda dan latar belakang jawatannya.Seterusnya buat pilihan yang mana anda lebih selesa dan tulis kepada majikan memberitahu penerimaannya.

Page 21: PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga

Jika Anda Tidak Diterima?

Jika jawapannya ‘mendukacitakan’ jangan sekali anda merasa kecewa dan berputus harapan.Hubungi kembali pihak penemuduga untuk mendapatkan sedikit maklum balas tentang prestasi anda di sesi temuduga yang lalu.Walau bagaimanapun, tidak semuanya akan bersedia memberi tahu anda atas sebab peraturan atau polisi.Teruskan usaha anda untuk mencuba lagi, sentiasa bersikap positif dan berkeyakinan.Jika sukar mendapat kerja tetap, anda boleh memikirkan bekerja separuh masa atau kerja-kerja sementara untuk mendapatkan pengalaman kerja.