nota temuduga

Click here to load reader

Post on 24-May-2015

487 views

Category:

Career

21 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tips dan panduan untuk temuduga spp untuk jawatan ppps gred dg41.

TRANSCRIPT

  • 1. NOTA PERSEDIAAN TEMUDUGA UNTUK JAWATANPEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKANSISWAZAH (PPPS) DG41Good LuckSemoga Kejayaan Itu Menjadi Milik Kita Semua

2. ISI KANDUNGANBAB 1 TERAS PENDIDIKAN NEGARA 11.1 Rukun Negara 11.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 31.3 Wawasan 2020 111.4 Islam Hadhari 13BAB 2 KEMENTERIAN 162.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 162.2 Kementerian Pengajian Tinggi 18BAB 3 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 213.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran 21KebangsaanBAB 4 SISTEM PELAJARAN MASA KINI 244.1 Pendidikan Pra Sekolah 244.2 Program PERMATA 264.3 Pendidikan Rendah 274.4 Pendidikan Menengah 284.5 Pendidikan Khas 284.6 Program Pendidikan Khas 294.7 Sekolah Sukan 304.8 Sekolah Seni 314.9 Pembestarian Sekolah 314.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari) 334.11 Institusi Pengajian Tinggi 344.12 Pendidikan Swasta 374.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 384.14 Sekolah Kluster 444.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional 45BAB 5 KURIKULUM 525.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum 525.2 Kurikulum Prasekolah5.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah 605.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 625.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 645.6 Pengurusan Kurikulum 795.7 Program JQAF 745.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M) 76BAB 6 PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID 786.1 Asrama6.2 Skim Pinjaman Buku Teks 786.3 Biasiswa dan Pinjaman 796.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat 796.5 Program Pemakanan Sekolah 806.6 Bimbingan dan Kaunseling 806.7 Standard Guru Malaysia (SGM) 806.8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 896.9 Skim Baucer Tuisyen 91BAB 7 PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 937.1 Gerak Kerja Kokurikulum 937.2 Sekolah Harapan Negara 967.3 Hari Guru 96i 3. 7.4 Projek Nilam 997.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 1007.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran 101BAB 8 URUSAN PERKHIDMATAN 1048.1 Perintah-Perintah Am 1048.2 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 105ii19938.3 Arahan Perbendaharaan 1088.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor 1108.5 Arahan Perkhidmatan 1108.6 Akta Acara Kewangan 1108.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 110BAB 9 DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU 1119.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 1119.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 1209.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1249.4 Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa 135Inggeris (MBMMBI)9.5 1 Murid 1 Sukan1439.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 1469.7 Transformasi Pendidikan Vokasional 1509.8 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) 1569.9 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 159BAB 10 BAB TAMBAHAN 162A Dasar, Kurikulum & Sistem10.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 16210.2 LINUS & PROTIM 17010.3 Tonggak 12 17410.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam 178Bahasa Inggeris (PPSMI)10.5 RMK - 10 ( Pendidikan) 192B Isu Semasa Pendidikan10.6 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar 22610.7 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan 227Politeknik10.8 Isu Penempatan GSTT 22810.9 Majlis Bahasa Inggeris 22910.10 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah 23210.11 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional 283C Isu Semasa Negara10.12 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet,Komponen) 23710.13 Isu Adam Adli 24710.14 BR1M 24810.15 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik 25010.16 Bajet 2013 255D Teori Pendidikan10.17 Taksonomi Bloom 259E Lain-Lain10.18 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 26110.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) 26310.20 Sorotan Peristiwa 2011 264 4. Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTMBAB 1TERAS PENDIDIKAN NEGARA11.1 Rukun Negara1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan1.3 Wawasan 20201.4 Islam Hadhari1.1 RUKUN NEGARAMaka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kamiuntuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:(1) Kepercayaan kepada Tuhan(2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara(3) Keluhuran Perlembagaan(4) Kedaulatan Undang-undang(5) Kesopanan dan Kesusilaan1. Kepercayaan kepada TuhanBangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagaisatu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkanbahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaanlain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian didalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegaraatas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negaramenyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupanmanusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatubangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggotamasyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagaiprinsip pertama dalam Rukun Negara.2. Kesetiaan kepada Raja dan NegaraMalaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan denganSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengankedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem berajajuga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidakberaja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakanlambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiapwarganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki 5. Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTMmenumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat merekabermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.3. Keluhuran PerlembagaanPrinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumberperundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiaprakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dankandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semuapihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidakboleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat dinegara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistempemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.4. Kedaulatan Undang-undangKeadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnyadi sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegaraMalaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itukedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidupbermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negaradijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negaramemerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yangaman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggotamasyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di manasemua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkandengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkarasebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yangdijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama adadengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.5. Kesopanan dan KesusilaanPrinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorangrakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun danbersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amatpenting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagaikaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagimembentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggiyang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila inimembenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung2 6. Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTMperasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatudarjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupanbernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpeliharadan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagipotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilandan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."PengenalanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktivitipendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiapbakal gu