vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/sampleasgmnt 2 kom... · web viewtidak lupa juga...

25
Kandungan Muka surat 1.0 Penghargaan 1 2.0 Pengenalan 2 3.0 Profil Syarikat 3.1 Latarbelakang 3 3.2 Carta Organisasi 4 4.0 Keratan Akhbar 5 5.0 Prospektus 6 6.0 Laporan Tahunan 10 7.0 Rumusan 14 8.0 Rujukan 15 9.0 Lampiran 17 9.1 Lampiran Keratan Akhbar 9.2 Lampiran Prospektus 9.3 Lampiran Laporan Tahunan 0

Upload: lamkhuong

Post on 10-Jul-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

Kandungan Muka surat

1.0 Penghargaan 1

2.0 Pengenalan 2

3.0 Profil Syarikat

3.1 Latarbelakang 3

3.2 Carta Organisasi 4

4.0 Keratan Akhbar 5

5.0 Prospektus 6

6.0 Laporan Tahunan 10

7.0 Rumusan 14

8.0 Rujukan 15

9.0 Lampiran 179.1 Lampiran Keratan Akhbar

9.2 Lampiran Prospektus

9.3 Lampiran Laporan Tahunan

0

Page 2: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

1.0 Penghargaan

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diatas segala nikmat yang telah diberikan serta selawat

dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan kudrat dan iradat

yang telah dikurniakan maka tugasan dua komunikasi kewangan ini telah dapat disiapkan

dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pensyarah saya iaitu Dr. Nor Azura

Adzharuddin yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa perjumpaan

bersemuka pertama dan kedua serta dengan ikhlas hati sudi berkongsi ilmu berkaitan subjek

Komunikasi Kewangan disamping memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.

Sebenarnya tidak mudah untuk menyiapkan tugasan ini dan mudah untuk disempurnakan

dengan berkat petunjuk yang diberikan oleh Dr. Azura sepanjang berada dibawah bimbingan

beliau. Jutaan terima kasih yang ikhlas dari saya untuk Dr. Azura dan restukanlah ilmu yang

telah dicurahkan oleh Dr. kepada kami.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan

kesejahteraan dan kejayaan anaknya dari jauh serta sokongan dan dorongan oleh isteri

tercinta sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan menyediakan segala kelengkapan dan

keselesaan semasa di rumah.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

membantu memberi pandangan semasa menyiapkan tugasan ini samada secara langsung

dan tidak langsung. Harapan semoga rakan-rakan seperjuangan berjaya menamatkan

pengajian ini dengan jayanya dan dapat memberi perkhidmatan dalam kerjaya yang telah

disandang dengan lebih baik lagi kerana berkat ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah-

pensyarah Fakulti Komunikasi Bahasa Moden amnya dan oleh Dr Azura dalam subjek

Komunikasi Kewangan khasnya.

1

Page 3: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

2.0 Pengenalan

Sesebuah negara boleh dikatakan maju salah satunya adalah disebabkan oleh

keadaan ekonomi yang stabil. Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, kebanyakan

ekonomi negara banyak disumbangkan oleh syarikat-syarikat koprat yang menjadi pendukung

dalam memajukan ekonomi negara selain dibantu oleh pihak kerajaan. Peranan mereka

bukan sekadar menjana ekonomi dalam negara malah operasi perniagaan mereka

menjangkau ke pelusuk dunia bagi meluaskan lagi empayar perniagaan yang ada dengan

membuka beberapa jaringan cawangan untuk memudahkan pengurusan. Prestasi syarikat-

syarikat korporat ini terbukti kukuh setelah berjaya meletakkan nama syarikat di dalam senarai

papan utama Bursa Malaysia. Berdasarkan senarai syarikat yang tersenarai di papan utama

Bursa Malaysia, terdapat 805 buah syarikat berjaya mendapat tempat tersebut. Ini

membuktikan bahawa kesungguhan pihak pengurusan di sokong oleh golongan pelaksana

bagi memastikan syarikat terus maju kehadapan. Kemajuan sesebuah syarikat juga didokong

oleh beberapa perkara melalui perancangan yang strategik dan sistematik. Biasanya

sesebuah syarikat mempunyai maklumat korporat yang mengandungi latarbelakang syarikat,

visi dan misi yang menjadi halatuju syarikat, senarai ahli lembaga pengarah dan pengurusan,

rangkaian syarikat di dalam dan juga di luar negara. Selain itu, perkara yang di kira sangat

penting adalah hubungan pelabur. Maklumat yang perlu ada dalam hubungan pelabur

termasuklah maklumat kewangan, pengumuman bursa, pengurusan krisis, audit dalaman dan

laporan mesyuarat tahunan. Terdapat juga beberapa perkara lain yang perlu diambil kira

dalam sesebuah syarikat termasuklah hubungan dengan media, strategi, perancangan

dinamik dan persekitaran. Faktor-faktor yang telah dinyatakan ini perlu diurus dengan baik

dan sistematik bagi memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar berdasarkan halatuju

yang telah dirancangkan. Justeru itu pihak pengurusan juga perlu bijak dalam mengemudikan

syarikat dengan menyediakan prasarana yang lengkap berteraskan teknologi-teknologi terkini,

menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja bagi memantapkan lagi pengoperasian

disamping menjaga kebajikan pekerja dan yang paling penting adalah menjaga hubungan

dengan pihak pelabur kerana mereka merupakan golongan yang berada dibelakang tadbir

dalam memainkan peranan menyediakan dana yang secukupnya kepada syarikat. Bagi

menjelaskan lagi maksud yang terkandung dalam sesebuah syarikat, Syarikat Serba Dinamik

Holdings Berhad telah dipilih dari senarai syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa

Malaysia bagi menerokai maksud konteks komunikasi kewangan yang terdapat dalam

syarikat tersebut.

2

Page 4: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

3.0 Profil Syarikat

3.1 Latarbelakang

Serba Dinamik Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan

perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan terutama dalam industri O&M (penyediaan &

penyelenggaraan) dan EPCC (Engineering, Procurement, Construction, Commisioning).

Syarikat ini yang berpengkalan di Malaysia telah melebarkan sayap perkhidmatan mereka di

beberapa buah negara seperti di Indonesia, Bahrin, UAE dan United Kingdom. Syarikat ini

dikatakan mempunyai prospek yang cerah dalam perniagaan sehingga tersenarai di papan

utama Bursa Malaysia. Berbekalkan visi dan misi yang jelas, syarikat ini dipandu kearah

reputasi yang cemerlang. Visi syarikat adalah untuk cemerlang di peringkat global sebagai

pembekal kejuruteraan teknikal dan perkhidmatan komersial yang diiktiraf manakala misi

syarikat pula adalah secara berterusan dalam memberi nilai tambah yang tinggi dalam terma

keselamatan, kualiti dan keberkesanan, sebagai pilihan utama pelanggan tanpa perlu melihat

alternatif yang lain dan memberi sumbangan keuntungan kepada pelabur. Syarikat ini

mempunyai sejumlah 8 buah sub syarikat manakala salah sebuah sub syarikat tersebut yang

dikenali sebagai ‘Serba Dinamik International’ mempunyai 5 buah anak syarikat yang

bernaung dibawahnya dan berpengkalan di beberapa buah negara termasuklah Indonesia,

London dan Qatar. Sejarah penubuhan Syarikat Serba Dinamik ini bermula pada tahun 1993

sebagai pembekal perkhidmatan MRO dan seterusnya mengembangkan perniagaan kepada

IRM sebagai pembekal peralatan statik pada tahun 1998. Syarikat Serba Dinamik ini

kemudiannya telah diperbadankan di Malaysia mengikut akta pada 02 Disember 2015 yang

dikenali sebagai Serba Dinamik Holdings Sdn Bhd dan pada 13.05.2016 syarikat ini telah

maju setapak lagi dimana ianya dikenali sebagai Serba Dinamik Holdings Berhad. Kejayaan

demi kejayaan telah ditempa oleh syarikat ini bermula sejak tahun 2011 sehingga 2016

dimana telah mendapat pengiktirafan oleh badan-badan yang diiktiraf. Pada tahun 2016,

syarikat ini telah diiktiraf dan telah di anugerahkan sebagai ‘SME Best Brand President’s

Awards 2015 – 2016 oleh The Brand Laureate’, ‘Certificate of Achievement oleh CIDB

Malaysia’, ‘PGB MD/CEO Award oleh PETRONAS Gas Berhad’ dan ‘The Green Era Award

for Sustainability oleh Association Otherways Management & Consulting, France’.

3

Page 5: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

3.2 Carta Organisasi

Carta organisasi bagi Syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad ini terbahagi kepada 2

bahagian iaitu Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Utama.

Ahli Lembaga Pengarah

Pengurusan Utama

Sumber : Portal Serba Dinamik, Info koprat 2016

4

Dato’ Mohamed Nor Bin Abu Bakar

(Chairman/Independent Non-Executive Director)

Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Bin Abdullah

(Non-Independent Executive Director)

Dato’ Awang Daud Bin Awang Putera

(Non-Independent Executive Director)

Tuan Haji Abdul Kadier Bin Sahib

(Non-Independent Non-Executive Director)

Sharifah Irina Binti Syed Ahmad Radzi

(Independent Non-Executive Director)

Tengku Dato’ Seri Hasmuddin Bin Tengku

Othman(Independent Non-ExecutiveDirector)

Hasman Yusri Bin Yusoff(Independent Non-Executive

Director)

Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim Bin Abdullah

(Group Managing Director/ Group Chief Executive Officer)

Dato’ Awang Daud Bin Awang Putera

(Executive Director/Deputy Chief Executive Officer)

Syed Nazim Bin Syed Faisal(Group Chief Financial Officer)

Ir Abdul Halim Bin MohdDamiah

(Vice President, EPCC Business Unit)

Afandi Bin Abd Hamid(Vice President, O&M

Business Unit)

Page 6: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

4.0 Keratan Akhbar

Syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad ini telah mendapat perhatian oleh pihak media

dalam beberapa siri kejayaan yang telah ditonjolkan oleh syarikat tersebut samada didalam

negara dan juga di luar negara. Sebanyak 10 artikel akhbar telah diambil secara ‘online’ yang

dipetik dari bulan Disember 2016 sehingga November 2017 berkenaan syarikat ini adalah

seperti berikut.

4.1 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik peroleh projek lebih RM500j’ telah disiarkan

pada 25 Julai 2017. Sumber Berita Harian Online.

4.2 Artikel akhbar bertajuk ‘Perolehan Serba Dinamik RM649.7 juta’ telah disiarkan pada

12 Ogos 2017. Sumber Utusan Online.

4.3 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik yakin pendapatan kukuh disebalik sektor O&G

perlahan’ telah disiarkan pada 22 November 2017. Sumber Astro Awani.

4.4 Artikel akhbar bertajuk ‘Unjuran pertumbuhan kukuh lonjak saham Serba Dinamik’

telah disiarkan pada 19 September 2017. Sumber Berita Harian Online.

4.5 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik dijangka pertingkat modal pasaran kepada

RM2 bilion’ telah disiarkan pada 31 Disember 2016. Sumber My Metro.

4.6 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik to set up joint-venture plant in Tanzania’ telah

disiarkan pada 10 Oktober 2017. Sumber The Star Online.

4.7 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik Holdings officially listed on Bursa Main Market’

telah disiarkan pada 22 November 2017. Sumber New Straits Times Online.

4.8 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik catat untung sebelum cukai RM48 juta pada

suku ketiga’ telah disiarkan pada 6 Februari 2017. Sumber Berita Harian Online.

4.9 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik dapat kontrak RM468.95j’ telah disiarkan pada

5 April 2017. Sumber Berita Harian Online.

4.10 Artikel akhbar bertajuk ‘Serba Dinamik mula didagangkan’ telah disiarkan pada 8

Februari 2017. Sumber Berita Harian Online.

5

Page 7: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

5.0 Prospektus

Prospektus Serba Dinamik Holdings Berhad ini telah dikeluarkan pada 30 Disember

2016. Pada kulit muka prospektus ini di paparkan gambar pekerja syarikat sedang beropersi

dalam bidang kejuruteraan dan yang kedua diterangkan penawaran awam awal (IPO) yang

meliputi penawaran institusi dan penawaran runcit. Penawaran runcit ditawarkan pada harga

RM1.50 sesaham. Selain itu dipaparkan Penasihat Utama Bersama iaitu RHB Investment

Bank dan Affin Hwang Investment Bank serta Penaja Jamin Bersama iaitu Am Investment

Bank dan Kenanga Investment Bank. Kulit muka prospektus ini juga mengandungi amaran

yang dikeluarkan supaya kandungan prospetus ini perlu difahami dengan baik kerana ianya

terdapat faktor-faktor risiko yang perlu diketahui oleh bakal pelabur. Selepas kulit muka,

terdapat 4 muka surat yang mengandungi terma syarikat berkaitan prospektus yang

dikeluarkan dan disertai dengan jadual waktu indikatif yang mengandungi satu halaman

sahaja. Isi kandungan seterusnya adalah berkaitan jadual kandungan yang mengandungi

tajuk dan sub tajuk yang tersenarai didalam prospektus ini. Sebelum tajuk utama

dibincangkan, prospektus ini mengandungi pembentangan maklumat kewangan dan lain-lain

maklumat, penyata memandang ke hadapan, glosari singkatan dan akronim dan glosari

istilah-istilah teknikal. Dalam prospektus ini terdapat 17 tajuk utama dan beberapa sub tajuk

yang berada dibawah tajuk utama.

Tajuk utama yang pertama adalah panduan korporat. Panduan korporat ini

mengandungi maklumat tentang pemegang-pemegang saham menjual, juruaudit dan

akauntan melapor, penasihat undang-undang, bank-bank utama, rumah terbitan, pendaftar

saham, penasihat utama bersama, bookrunner bersama, pengurus penaja jamin dan penaja

jamin bersama, penyelidik pasaran bebas, penyenaraian dipohon dan status syariah.

Tajuk utama yang kedua merupakan pengenalan. Pengenalan ini mengandungi

beberapa perkara seperti penilaian merit dan risiko dan juga nasihat supaya bakal pelabur

meminta penjelasan daripada broker saham untuk menjelaskan isi kandungan yang terdapat

didalam prospektus ini.

Tajuk utama yang ketiga adalah ringkasan. Ringkasan ini mengandungi maklumat

penting secara ringkas mengenai syarikat dan IPO yang dipetik dari teks penuh prospektus

ini. Ringkasan ini juga memberi peringatan kepada bakal pelabur supaya membaca

keseluruhan prospektus ini sebelum melabur. Sub tajuk ini adalah gambaran keseluruhan.

Gambaran keseluruhan menyatakan tentang operasi syarikat atau perkhidmatan yang

disediakan oleh pihak syarikat.

Tajuk utama yang keempat adalah butir-butir IPO. Tajuk utama ini terdiri dari sub tajuk

yang meliputi pembukaan dan penutupan permohonan, jadual waktu indikatif, butir-butir IPO,

6

Page 8: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

pemegang saham menjual, asas pengiraan harga saham IPO dan mekanisme pemulangan,

objektif IPO, pencairan, penggunaan perolehan, pembrokeran, komisen taja jamin, butir-butir

penajaan jamin, perdagangan dan penyelesaian. Dibawah sub tajuk pembukaan dan

penutupan permohonan dinyatakan tarikh serta masa untuk pembelian saham terbitan ini.

Tajuk utama yang kelima adalah faktor-faktor risiko. Faktor-faktor risiko ini merupakan

peringatan kepada bakal pelabur supaya memberi perhatian khusus kepada fakta syarikat,

perniagaan dan operasi syarikat. Sub tajuk utama ini adalah risiko-risiko berkaitan dengan

perniagaan dan operasi syarikat yang menerangkan tentang operasi perniagaan yang

tertakluk pada perjanjian kontrak dan apa-apa gangguan yang boleh menjejaskan operasi

perniagaan dan prestasi perniagaan.

Tajuk utama yang keenam adalah maklumat mengenai kumpulan syarikat yang

memaparkan maklumat tentang syarikat, anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu serta

pencapaian dan pengiktirafan yang diraih. Sub tajuk utama ini pula adalah berkenaan dengan

syarikat yang menceritakan tentang latarbelakang dan sejarah syarikat, pengambil alihan

perniagaan baru dan langkah Pra-IPO.

Tajuk utama yang ketujuh adalah perniagaan kumpulan syarikat. Dalam tajuk ini

menerangkan tentang kegiatan yan dijalankan oleh pihak syarikat. Dibawah sub tajuk utama

ini iailah gambaran keseluruhan yang memberi penerangan dalam bentuk model perniagaan,

kegiatan perniagaan, pangkalan pelanggan, industri yang sediakan perkhidmatan, perniagaan

tambah maju kehadapan, kemudahan operasi dan strategi perniagaan maju kehadapan.

Tajuk utama yang kelapan adalah gambaran keseluruhan industri. Dalam tajuk ini

menerangkan gambaran keseluruhan industri yang telah dibuat oleh sebuah syarikat

konsultan yang dikenali sebagai Vital Factor Consulting Sdn Bhd untuk membuat penilaian

terhadap industri bebas mengenai penyelenggaraan aset bagi minyak dan gas serta

penjanaan kuasa. Sub tajuk utama ini adalah penyelenggaraan kemudahan dan peralatan loji

yang menjelaskan tentang perkhidmatan penyelenggaraan melibatkan pemeriksaan yang

dijalankan keatas kemudahan dan peralatan loji.

Tajuk utama yang kesembilan adalah maklumat mengenai para pengarah, pengurusan

penting, penganjur-penganjur dan pemegang saham utama. Dalam tajuk utama ini terdapat

beberapa sub tajuk yang meliputi lembaga pengarah, profil para pengarah, para pemegang

saham para pengarah dalam syarikat, kegiatan perniagaan utama yang dilaksanakan di luar

kumpulan dan jawatan utama para pengarah, penglibatan pengarah eksekutif dalam lain-lain

perniagaan dan banyak lagi. Salah satu sub tajuk utama ini adalah lembaga pengarah. Sub

tajuk ini membicarakan tentang lembaga pengarah yang menjalankan tugas berdasarkan kod

Malaysia mengenai tadbir urus Korporat 2012, MCCG 2012. MCCG 2012 menggariskan

7

Page 9: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

beberapa tanggungjawab yang perlu diikuti oleh lembaga pengarah dalam menjalankan tadbir

urus mereka didalam syarikat.

Tajuk utama yang kesepuluh adalah kelulusan dan syarat-syarat. Tajuk ini

menerangkan tentang kelulusan dan syarat-syarat serta moratorium keatas saham-saham

syarikat. Sub tajuk utama ini adalah mengenai kelulusan dan syarat-syarat yang

menerangkan tentang kelulusan IPO syarikat oleh SC dibawah Seksyen 214(1)(a) CMSA dan

syarat ekuiti bagi syarikat awam.

Tajuk utama yang kesebelas adalah urusniaga pihak berkaitan dan percanggahan

kepentingan. Dibawah tajuk ini terdapat sub tajuk yang merangkumi urusniaga pihak berkaitan

dan percanggahan kepentingan. Sub tajuk urusniaga pihak berkaitan menerangkan tentang

urusniaga yang dimasuki pembuat terbitan tersenarai atau anak-anak syarikatnya yang

melibatkan kepentingan langsung atau tidak langsung.

Tajuk utama yang kedua belas adalah maklumat kewangan. Sub tajuk utama ini

meliputi sejarah maklumat kewangan, perbincangan dan analisis pengurusan mengenai

kedudukan kewangan, keputusan operasi dan prospek, permodalan dan keterhutangan, pro

forma penyata data kedudukan kewangan disatukan terpilih, surat akauntan melapor

mengenai pro forma penyata kedudukan kewangan disatukan dan polisi dividen. Sub tajuk

seperti sejarah maklumat kewangan menerangkan tentang sejarah data kewangan disatukan

terpilih yang dipetik dari laporan akauntan syarikat dan dimasukkan dalam Seksyen 13

prosektus ini.

Tajuk utama yang ketiga belas adalah laporan akauntan. Dalam tajuk ini diterangkan

berkenaan laporan akuantan yang telah dibuat oleh sebuah syarikat akauntan berdaftar yang

dikenali sebagai KPMG Chatered Accountants. Syarikat akauntan ini telah

dipertanggungjawabkan untuk menyediakan laporan mengenai penyata kewangan yang

terkandung dalam laporan akauntan syarikat.

Tajuk utama yang keempat belas adalah laporan pengarah yang dibuat dalam bentuk

surat rasmi yang ditujukan kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Surat rasmi ini

dibuat bagi menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh pemegang-pemegang

saham terhadap syarikat. Surat rasmi ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan

Kumpulan/Ketua Eksekutif Kumpulan.

Tajuk utama yang kelima belas adalah maklumat tambahan. Sub tajuk ini meliputi

modal saham, petikan tataurusan, had ke atas hak untuk memegang sekuriti atau hak

melaksanakan pengundian, maklumat am, litigasi material, kontrak material, kebenaran,

dokumen-dokumen tersedia untuk pemeriksaan dan penyata tanggungjawab. Sub tajuk utama

8

Page 10: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

modal saham menerangkan tentang saham yang dikeluarkan didalam prospektus ini yang

mana saham syarikat mempunyai satu kelas saham sahaja dan bertaraf sama antara satu

sama lain dan tidak ada hak khas terlampir pada saham-saham tersebut.

Tajuk utama yang keenam belas adalah tatacara bagi permohonan. Sub tajuk utama

ini merangkumi pembukaan dan penutupan permohonan, cara-cara permohonan dan kategori

pelabur, tatacara bagi permohonan dan penerimaan, tatacara bagi permohonan melalui

borang permohonan dibawah penawaran runcit kepada orang awam Malaysia, tatacara bagi

permohonan melalui permohonan saham elektronik, tatacara bagi permohonan melalui

permohonan saham internet, terma dan syarat-syarat, kuasa para pengarah dan rumah

terbitan, terlebih atau terkurang langganan, pemohon yang tidak berjaya atau berjaya

sebahagian sahaja, pemohon yang berjaya dan pertanyaan. Sub tajuk seperti pembukaan

dan penutupan permohonan menerangkan tentang tarikh dan masa pembukaan dan

penutupan penawaran runcit dan permohonan yang lewat atau tidak menepati masa tersebut

tidak akan dilayan sama sekali.

Tajuk utama yang ketujuh belas adalah senarai ada yang merangkumi nama, alamat,

nombor telefon, kod broker bank-bank pelaburan atau syarikat sekuriti yang terlibat dalam

penawaran saham pada prospektus ini dan penyenaraian tersebut dipermudahkan lagi

mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Selepas dari tajuk-tajuk utama yang telah disenaraikan, prospektus ini diakhiri dengan

beberapa lampiran yang dibahagikan kepada dua iaitu lampiran A dan lampiran B. Lampiran

A mengandungi lesen-lesen, permit-permit dan kelulusan utama. Lampiran B pula

mengandungi senarai butir-butir hartanah material dan peralatan material yang dimiliki oleh

syarikat seperti bangunan, tanah, loji dan mesin.

9

Page 11: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

6.0 Laporan Tahunan

Muka surat pertama memaparkan muka hadapan atau kulit Laporan tahunan 2016

bagi Syarikat Serba Dinamik Holdings. Tajuk laporan tahunan 2016 terletak dibahagian

penjuru atas sebelah kanan manakala dibahagian tengah kulit terdapat gambar yang

memaparkan 4 ahli lembaga pengarah sedang memerhatikan paparan skrin manakala 2 lagi

gambar memaparkan pekerja-pekerja syarikat menjalankan operasi harian dalam bidang

kejuruteraan. Logo syarikat terletak dibahagian penjuru bawah sebelah kanan berserta

dengan nombor pendaftaran syarikat. Latar belakang warna muka hadapan laporan tahunan

syarikat ini adalah berwarna hijau dan putih yang menjadi warna rasmi syarikat.

Muka surat kedua mengandungi maklumat tentang syarikat, visi dan misi syarikat.

Maklumat tentang syarikat Serba Dinamik dinyatakan secara ringkas tentang perkhidmatan

yang diberikan oleh pihak syarikat yang meliputi penyediaan perkhidmatan kejuruteraan

minyak dan gas serta penyediaan kelengkapan industri di beberapa buah negara. Dibahagian

bawah maklumat tentang syarikat dinyatakan tentang visi dan misi syarikat. Dibahagian

bawah sekali dinyatakan tentang penafian yang diberikan oleh pihak syarikat bahawa laporan

tahunan yang disediakan oleh Syarikat Serba Dinamik Group mungkin mengandungi

kenyataan jangkaan masa hadapan dan disediakan berasaskan pada pandangan semasa.

Justeru itu pemegang unit dan pelabur dinasihatkan supaya tidak menjadikan prestasi

tersebut sebagai kayu pengukur prestasi syarikat di masa akan datang. Muka surat ini berlatar

belakangkan muka hadapan bangunan pejabat pengurusan Serba Dinamik Holdings Berhad.

Muka surat ketiga merupakan senarai kandungan yang terdapat dalam laporan

tahunan syarikat 2016. Senarai kandungan tersebut meliputi 3 tajuk utama iaitu ‘Tinjauan

Korporat Dan Peniagaan (Corporate And Business Review), Tadbir Urus Korporat (Corporate

Governance) dan ‘Penyata Kewangan (Financial Statements). Tinjauan Korporat Dan

Perniagaan mengandungi sub tajuk yang meliputi Informasi Korporat, Struktur Korporat,

Sekilas Fakta, Mesej Pengerusi, Kata Aluan dari Kumpulan CEO, Ahli Lembaga Pengarah,

Pengurusan Utama, Perbincangan Pengurusan Dan Penyata Analisis, Laporan Korporat.

Tadbir Urus Korporat mengandungi sub tajuk seperti Penyata Tadbir Urus Korporat, Penyata

Pengurusan Risiko Dan Kawalan Dalaman dan Laporan Jawatankuasa Audit. Penyata

Kewangan pula mengandungi sub tajuk seperti Penyata Kewangan, Analisis Pemegang

Saham, Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pertama, Borang Proksi. Latar belakang muka surat

ini mengandungi imej pekerja sedangkan menjalankan operasi kejuruteraan dan dibahagian

bawah muka surat ini di paparkan imej bangunan pejabat pengurusan syarikat.

Muka surat 4 mengandungi informasi korporat yang berada dibawah tajuk utama iaitu

Tinjauan Korporat Dan Perniagaan. Informasi korporat ini mengandungi senarai ahli lembaga

10

Page 12: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

pengarah, senarai ahli audit dan penilaian risiko, Juruaudit, Nominasi dan Jawatankuasa

Remunerasi, Jawatankuasa pelaburan, Setiausaha syarikat, maklumat termasuk alamat,

nombor telefon ibu pejabat, pejabat pendaftaran dan pendaftaran saham. Nombor telefon,

nombor faks serta email bagi pegawai hubungan pelabur serta maklumat tentang

penyenaraian bursa saham.

Muka surat 5 mengandungi informasi tentang struktur korporat Serba Dinamik

Holdings Sdn Bhd yang memiliki beberapa pegangan saham anak syarikat dibawahnya

dimana syarikat Serba Dinamik Group Bhd, Serba Dinamik RMC FZE, A R Global

Engineering Sdn Bhd, Serba Dinamik International Ltd, Serba Dinamik IT Sdn Bhd, Serba

Dinamik Sdn Bhd memiliki sebanyak 100% saham syarikat manakala SD Controls Sdn Bhd

memiliki 80%, Serba Dinamik Brunei Sdn Bhd 75%, SD Advance Engineering memiliki 51%

saham syarikat. Milikan saham juga terdapat pada sub syarikat milik anak syarikat yang

berada dibawah Serba Dinamik Holdings Sdn Bhd. Laporan struktur korporat telah dijelaskan

lagi dalam bentuk lakaran Nonagon bagi memudahkan pemahaman pembaca dan telah

disiapkan pada 31 Mac 2017.

Muka surat 6 mengandungi informasi dibawah tajuk sekilas fakta. Sekilas fakta ini

menerangkan laporan kewangan yang berakhir sehingga 2016. Pendapatan kumpulan

syarikat berjumlah RM1.4 bilion manakala pendapatan bagi perkhidmatan O&M berjumlah

RM1.3 bilion sementara pendapatan dalam kerja EPCC berjumlah RM152.4 juta manakala

lain-lain pendapatan berjumlah RM3.3 juta. Jumlah pekerja yang berkhidmat di bawah

Syarikat Dinamik Holdings setakat 31 Disember 2016 berjumlah 839 orang.

Muka surat 7 masih lagi dibawah tajuk sekilas fakta tetapi menerangkan tentang

sejarah dan kejayaan syarikat serta model perniagaan syarikat. Sejarah dan kejayaan syarikat

ini bermula sejak tahun 1993 yang memulakan perniagaan di Bintulu, Sarawak dengan

mengikat kontrak untuk operasi MRO. Pada tahun 1997 syarikat menjadi vendor kepada

Petronas, pada tahun 2001 mengikat kontrak pertama dengan negara luar iaitu di Qatar, pada

tahun 2002 membangunkan Syarikat Serba Dinamik International Ltd yang berfokuskan

kepada kontrak seberang laut, pada tahun 2004 membangunkan operasi di Paka, Dungun,

Terengganu bagi menyediakan tenaga kerja dalam Oil & Gas, pada tahun 2005

membangunkan syarikat PT Serba Dinamik Indonesia bagi urusan di Indonesia, pada tahun

2007 mendapatkan kelulusan dari Petronas dalam program pembangunan vendor, pada

tahun 2015 memperolehi permintaan dari 6 buah syarikat untuk perkhidmatan dalam bidang

teknikal, pada tahun 2017 tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia serta

memperolehi 40% faedah ekuiti dalam Konsortium Armanie JV Sdn Bhd. Model perniagaan

syarikat dibahagi kepada 3 bahagian iaitu aktiviti perniagaan, berasaskan pelanggan dan

11

Page 13: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

perkhidmatan industri. Aktiviti perniagaan syarikat termasuklah perkhidmatan 0&M, EPCC dan

lain-lain produk dan perkhidmatan. Berasaskan pelanggan meliputi operator O&G,

pemprosesan gas dan penapisan minyak, pengilangan petrokimia, syarikat kejuruteraan dan

kontraktor dan pengeluar tenaga bebas. Lain-lain produk dan perkhidmatan termasuklah O&M

dan penjanaan kuasa.

Muka surat 8 memuatkan mesej dari pengerusi Syarikat Serba Dinamik Holdings yang

dituju khas kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Pada muka surat ini memaparkan

gambar pengerusi serta ruangan dari kata-katanya sebagai mesej kepada pemegang-

pemegang saham syarikat. Mesej yang disampaikan oleh beliau yang menyatakan bahawa

pada tahun 2016 merupakan tahun yang baik bagi Syarikat Serba Dinamik Holdings dimana

secara rasminya telah tersenarai di papan utama Bursa Malaysia pada 8 Februari 2017.

Beliau juga menyatakan bahawa (IPO) yang ditawarkan merupakan yang terbesar untuk

orang awam di negara ini dan telah mengalami terlebih langganan sebanyak 5 kali walaupun

sentimen pasaran dalam industri minyak & gas adalah lemah pada masa itu. Bagi pihak

Lembaga Pengarah, beliau gembira untuk membentangkan Laporan Tahunan pertama yang

tersenarai dalam penyata kewangan syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan yang

berakhir pada 31 Disember 2016.

Muka surat 9 masih lagi berkisar dengan ucapan pengerusi syarikat tetapi dalam

bentuk tinjauan dan pandangan beliau pada masa hadapan. Pengerusi syarikat dalam

tinjauannya menyatakan bahawa pada tahun 2016, persekitaran ekonomi global menyaksikan

perkembangan serta ketidaktentuan pasaran kewangan berikutan kebimbangan mengenai

isu-isu dalam ekonomi yang pesat seperti dasar dan ketidakpastian politik selepas keputusan

yang dibuat oleh Amerika Syarikat dalam pilihan raya presiden dan komitmen oleh United

Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah. Walau bagaimanapun, ekonomi tempatan untuk

tahun kewangan yang ditinjau menyaksikan mengalami pertumbuhan yang stabil terutamanya

didorong oleh permintaan domestik. Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% pada

suku keempat suku tahun 2016 (Suku 2016: 4.3%; Quarter-on-Quarter: 1.4%) dan disokong

oleh perbelanjaan dalam sektor swasta yang berterusan. Pengerusi juga menyatakan bahawa

penawaran menyaksikan pertumbuhan terus didorong oleh pembuatan dan sektor

perkhidmatan. Sepanjang tahun ini, Serba Dinamik telah berjaya mengatasi keadaan dalam

tuntutan pasaran dan berjaya mengukuhkan kedudukan kewangannya dalam sektor

perkhidmatan serta memperluaskan perkhidmatan dalam sector peralatan yang digunakan

dalam industri O & G. Walaupun beliau sedar keadaan pasaran sangat mencabar namun

syarikat terus menjamin kontrak dalam perkhidmatan O & M dan EPCC serta memulakan

model perniagaan pemilikan aset dengan kilang CNG di Malaysia dan di Muaro Jambi,

Indonesia. Beliau juga menyatakan telah memperoleh kontrak untuk pembangunan,

12

Page 14: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

pemilikan, operasi dan penyelenggaraan beberapa loji kuasa gas kecil dan utiliti air di

Indonesia serta taman perindustrian di Sarawak. Beliau juga berbesar hati menyatakan

bahawa negara Malaysia telah dijadikan kubu didalam perniagaan setelah bertahun-tahun

terlibat dalam perniagaan manakala di peringkat antarabangsa pula telah menyaksikan

pertumbuhan sebanyak 64% daripada jumlah hasil kumpulan syarikat. Beliau juga mendapati

terdapat peningkatan dalam aktiviti di luar negara walaupun dengan kemerosotan nilai ringgit

namun prestasi kewangan secara keseluruhan dari pasaran luar negara masih lagi kekal baik.

Pandangan pengerusi syarikat pada masa hadapan menjangkakan landskap ekonomi

untuk Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada tahun 2017 walaupun terdapat ura-ura

peningkatan dalam pasaran domestik. Peningkatan ini termasuk peningkatan dalam

ketidakpastian terhadap perkembangan politik dan pertumbuhan ekonomi utama serta harga

komoditi yang tidak menentu. Namun, pengerusi syarikat cuba berusaha untuk mencapai

Keluaran Dalam Negara Kasar ("KDNK") sebanyak 4.5% untuk tahun yang akan datang

dengan permintaan domestik yang kekal sebagai kunci pemacu pertumbuhan. Sektor O&G

sebaliknya dijangka mengalami cabaran untuk tahun 2017. Lebihan penawaran daripada

pengeluaran LNG global telah mengakibatkan penurunan lebih daripada 70% dalam harga

LNG berbanding tahun 2014. Ucapan pengerusi yang merujuk pada laporan oleh Malaysian

Petroleum Resources Corporation(MPRC) menyatakan keuntungan gabungan bagi syarikat-

syarikat perkhidmatan dan peralatan Malaysia O&G mencatatkan 52% hingga RM3.1 bilion

pada tahun kewangan 2016 berbanding RM6.5 bilion daripada RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Bagi memastikan kelestarian syarikat yang berterusan terhadap cabaran yang berterusan ini,

pengerusi telah merangka strategi pertumbuhan perniagaan yang mantap dengan

memanfaatkan kecekapan operasi dalam industri O&G dan penjanaan kuasa dan juga

memperluaskan model perniagaan pemilikan aset. Pengerusi syarikat menjangkakan operasi

O&M dan EPCC dapat mengekalkan prestasi pada tahun 2017 kerana beliau komited untuk

terus meningkatkan aktiviti perniagaan dengan menawarkan pelbagai produk dan

perkhidmatan kepada para pelanggan di dalam dan di luar negara. Sebagai tambahan kepada

status baru yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, beliau percaya bahawa pada

tahun 2017 akan menjadi tahun yang mencabar bagi industri tetapi berharap akan dapat

mencapai hasil yang luar biasa seperti yang telah dilakukan untuk tahun 2016.

Muka surat 10 merupakan ucapan penghargaan pengerusi. Pengerusi mengambil

kesempatan untuk memberi penghargaan sepenuh hatinya kepada rakan-rakan yang

merupakan ahli lembaga kerana sumbangan mereka yang tidak henti-henti dalam

memastikan kejayaan syarikat sentiasa berterusan. Bagi pihak syarikat pula, pengerusi

mengucapkan terima kasih kepada pelanggan perniagaannya yang dihargai, rakan sekutu,

rakan kongsi, bank dan kakitangan serta para pemegang saham yang begitu setia memberi

13

Page 15: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

sokongan dan keyakinan terhadap Syarikat Serba Dinamik. Muka surat ini diakhiri dengan tag

nama pengerusi syarikat iaitu Dato’ Mohamed Nor bin Abu Bakar yang merupakan

‘Chairman / Independent Non-Executive Director’.

7. Rumusan

Setelah meneliti beberapa perkara seperti profil syarikat, keratan akhbar serta laporan

tahunan bagi Syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd mendapati bahawa syarikat ini

mempunyai reputasi yang sangat cemerlang. Syarikat tempatan ini mampu menceburi bidang

yang boleh dikatakan sangat mencabar dalam bidang kejuruteraan minyak dan gas. Bukan

calang-calang syarikat boleh bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih besar di pentas

antarabangsa terutama dalam bidang kejuruteraan. Kita juga patut berasa bangga bahawa

tulang belakang syarikat ini terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pengurusan utama

yang bukan sahaja rakyat tempatan tetapi juga adalah berbangsa Melayu beragama Islam.

Merujuk laporan tahunan 2016, kebanyakan ahli lembaga pengarah mempunyai latarbelakang

akademik yang cemerlang dari universiti terkemuka tempatan dan juga luar negara. Melihat

kepada pengerusi syarikat sendiri mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan kimia dari

Universiti Heriot-Watt, Scotland. Jadi tidak hairanlah jika mereka-mereka ini mampu

membawa syarikat yang bermula dari taraf sdn bhd sehingga mencapai taraf berhad serta

berjaya tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Selama 24 tahun mereka bertarung

dengan mengharungi pahit getir dan cabaran dalam industri kejuruteraan yang bermula pada

tahun 1993 sehingga kini dan akhirnya membuahkan hasil yang sangat cemerlang. Ini terbukti

jelas setelah dirujuk pada keratan-keratan akhbar yang mana syarikat ini mendapat liputan

dari media tempatan dengan memaparkan kisah-kisah kejayaan antaranya mendapat

perolehan sebanyak RM649.7 juta, saham meningkat disebabkan pertumbuhan yang kukuh,

meluaskan empayar perniagaan hingga ke Tanzania, mencatat keuntungan sebelum cukai

sebanyak RM48 juta pada suku ketiga dan sebagainya. Kejayaan-kejayaan ini juga didokong

oleh pekerja-pekerja yang mempunyai komitmen kerja dan semangat pasukan yang tinggi.

Merujuk laporan tahunan 2016, jumlah keseluruhan pekerja syarikat sehingga Disember 2016

adalah seramai 839 orang. Angka yang sekecil ini mampu menyokong syarikat yang

mempunyai empayar yang sangat besar dalam bidang kejuruteraan minyak dan gas. Harapan

semoga syarikat ini akan menjadi role model kepada syarikat-syarikat tempatan yang lain

untuk berdaya maju dalam bidang yang diceburi. Selain itu sama-sama kita berdoa semoga

syarikat ini sentiasa beroleh kejayaan dari tahun ke tahun bagi membantu membuka peluang

pekerjaan kepada anak-anak bangsa serta mendapat rahmat dari Allah taala dalam usaha

operasi mereka dalam memartabatkan bangsa, agama dan tanahair di pentas dunia.

14

Page 16: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

8. Rujukan

Board of Directors. (n.d.). Retrieved November 08, 2017, from http://serbadinamik.com/board-

of-directors/

Key Management. (n.d.). Retrieved November 08, 2017, from

http://serbadinamik.com/key-management/

Holdings, S. D., Berhad. (2016, December 30). Prospektus. Retrieved November 22,

2017,from http://serbadinamik.listedcompany.com/misc/prospectus_bm.pdf

Serba Dinamik peroleh projek lebih RM500j. (2017, July 25). Retrieved November 21, 2017,

from https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/07/305579/serba-dinamik-peroleh-

projek-lebih-rm500j

Perolehan Serba Dinamik RM649.7 juta. (n.d.). Retrieved November 21, 2017, from

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/perolehan-serba-dinamik-rm649-7-juta-1.513999

Najib Aroff, Astro Awani | Februari 09, 2017 09:49 MYT. (n.d.). Serba Dinamik yakin

pendapatan kukuh disebalik sektor OG perlahan. Retrieved November 21, 2017, from

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/serba-dinamik-yakin-pendapatan-kukuh-disebalik-

sektor-o-g-perlahan-131649

Unjuran pertumbuhan kukuh lonjak saham Serba Dinamik. (2017, September 19). Retrieved

November 21, 2017, from

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/09/327572/unjuran-pertumbuhan-kukuh-

lonjak-saham-serba-dinamik

M. (2016, December 31). Serba Dinamik dijangka pertingkat modal pasaran kepada RM2

bilion. Retrieved November 21, 2017, from https://www.hmetro.com.my/node/192980

MAHPAR, M. H. (2017, October 09). Serba Dinamik to set up joint-venture plant in Tanzania.

Retrieved November 21, 2017, from

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/10/10/serba-dinamik-to-set-up-

jointventure-plant-in-tanzania/

Bahari, B. (2017, February 08). Serba Dinamik Holdings officially listed on Bursa Main Market.

Retrieved November 21, 2017, from https://www.nst.com.my/news/2017/02/210560/serba-

dinamik-holdings-officially-listed-bursa-main-market

15

Page 17: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

Serba Dinamik catat untung sebelum cukai RM48 juta pada suku ketiga. (2017, February 06).

Retrieved November 21, 2017, from https://www.bharian.com.my/node/244810

Serba Dinamik dapat kontrak RM468.95j. (2017, April 05). Retrieved November 21, 2017,

from https://www.bharian.com.my/node/268338

Serba Dinamik mula didagangkan. (2017, February 08). Retrieved November 21, 2017, from

https://www.bharian.com.my/node/245716

16

Page 18: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/SampleAsgmnt 2 Kom... · Web viewTidak lupa juga ucapan terima kasih buat ibu, Hasnah Binti Awang yang selalu mendoakan kesejahteraan

9.0 Lampiran

9.1 Lampiran keratan akhbar

9.2 Lampiran Prospektus

9.3 Lampiran Laporan Tahunan

17