fakulti pendidikan universiti teknologi malaysia … filehajah tajiah bt. keram haji mohammed bin...
TRANSCRIPT
i
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JOHOR DARUL TAKZIM
MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI KURSUS KIMPALAN
DAN FABRIKASI LOGAM DALAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL BAGI
LUKISAN TEKNIK TAJUK LUKISAN HAMPARAN KAEDAH
PENYEGITIGAAN
ASKANDAR BIN MELIKI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
2008
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI KURSUS KIMPALAN
DAN FABRIKASI LOGAM DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN TEKNIK BAGI TAJUK LUKISAN HAMPARAN KAEDAH PENYEGITIGAAN
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya ASKANDAR BIN MELIKI
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
( Tandatangan Penyelia )
Puan Nur Qistina Binti Abdullah Nama Penyelia
( Tandatangan penulis )
Alamat tetap : No 341, Tmn Bandar Jaya, Jln Tun Huhhein onn, 97000 Bintulu, Sarawak
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
iii
“Saya akuai karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya”
Tandatangan :--------------------------------
Nama Penulis : ASKANDAR BIN MELIKI
Tarikh : 4 APRIL 2008
iv
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penyelia : PUAN NUR QISTINA BINTI ABDULLAH
Tarikh : …………………………………
v
DEDIKASI
Teristimewa buat ibu dan mertuaku yang disayangi,
HAJAH TAJIAH BT. KERAM
HAJI MOHAMMED BIN ABDUL RAHMAN
NORMADIAH BT. HAJI YUSUF
yang sentiasa mendoakan kesejahteraanku,
jasa kalian akan ku ingat selamanya.
Untuk isteriku yang dicintai,
MORDIANA BINTI MOHAMMED
Yang amat memahami dan sentiasa memberi sokongan.
Putra-putraku yang dikasih,
MUHAMMAD ZUFAR BIN ASKANDAR
MUHAMMAD ZAFEER BIN ASKANDAR
Yang menjadi sumber ketabahan dan inspirasiku.
Kekanda, adinda dan para sahabat
Budi kalian ku kenang hingga akhir hayat.
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian berikan…
Semoga Allah s.w.t. akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Amin.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinNya
kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Selawat
dan salam buat Junjungan Nabi Muhamad s.a.w.
Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih saya rakamkan buat
Penyelia Projek Sarjana Muda (PSM), Puan Nur Qistina Binti Abdullah di atas dedikasi
serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pegawai-pegawai di Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Universiti Teknologi Malaysia
dalam memberikan kerjasama dalam pelaksanaan kajian PSM ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada
rakan-rakan dan semua pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan
ataupun khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses
menyiapkan kertas PSM ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Pembangunan perisian multimedia di peringkat sekolah didapati mampu
membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buat masa
sekarang perisian multimedia lukisan teknik yang bercirikan tempatan adalah sukar
untuk didapati di pasaran. Sehubungan dengan itu, projek ini bertujuan membangunkan
perisian multimedia yang digunakan untuk mengajar tajuk Lukisan Hamparan Kaedah
Penyegitigaan. Pembangunan perisian ini memerlukan dua fasa yang utama iaitu fasa
rekabentuk perisian dan fasa penilaian perisian. Ia dibangunkan dengan aplikasi
Macromedia SWiSHmax dibantu dengan perisian-perisian grafik, audio dan animasi
seperti, Macromedia Flash 8, photoshop 7 dan autocad 2005 untuk menyumbangkan
kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.. Penilaian yang diperolehi
mendapati bahawa perisian yang telah dihasilkan dapat memenuhi keperluan guru dan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk peningkatan, aspek-aspek reka
bentuk dan ketepatan isi kandungan juga harus diambilkira untuk menjadikannya satu
perisian yang lebih berkualiti.
viii
ABSTRACT
Multimedia software development in schools is believed to be able to support
teachers and students in the teaching and learning process. The local multimedia
software for technical drawing is hard to find in the market nowadays. Therefore, the
purpose of this project is to develop the multimedia software for teaching the topic
“Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan”. The development of this software needed
two phases, which are the designing phase and the software evaluation phase. This
software is developed with the application of Macromedia SWiSHmax and with the help
of authoring tools of Flash 8, Photoshop 7 and Autocad 2005 for its graphic, sound and
animation. These features are able to contribute to more effective learning atmosphere in
the classroom. From the evaluation conducted, the multimedia software produced is able
to fill in the needs of learning in the students and also a good source for the teachers. For
improvement, the drawing aspects and the accurate contain should be considered to
produced a better and quality multimedia software.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN i
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 3
1.4.1 Mampu menarik minat pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
4
1.4.2 Mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran guru serta dapat memberi
peluang pelajar membuat latih tubi yang
banyak.
4
x
1.4.3 Mengembangkan imaginasi pelajar. 4
1.5 Kepentingan Projek 4
1.5.1 Dapat membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih
interaktif dan mampu menanamkan minat
pelajar terhadap matapelajaran Lukisan
Teknik.
4
1.5.2 Dapat membantu pelajar mengembangkan
imaganasi dan sekali gus dapat melukis
lukisan hamparan kaedah penyegitigaan
dengan betul
4
1.5.3 Dapat mempercepatkan masa guru dalam
proses P&P dan pelajar dapat
memanafaatkan masa yang lebih untuk
melakukan latih tubi yang banyak
4
1.6 Skop Projek 4
1.7 Definasi Istilah 5
1.7.1 Perisian 5
1.7.2 Multimedia 5
1.7.3 Interaktif 5
1.7.4 Lukisan Kejuruteraan 5
1.7.5 Hamparan 6
1.7.6 Imaginasi 6
1.7.7 Latih Tubi 6
xi
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Pembelajaran Berbantukan Perisian Multimedia 8
2.3 Teori Pengajaran Dan Implikasi ke atas Perisian
Multimedia
9
2.4 Teori Pengajaran dan Pembelajaran yang diterapkan
dalam multimedia
10
2.4.1 Pendekatan Tingkahlaku 10
2.4.2 Pendekatan Kognitif 12
2.4.3 Pendekatan Konstruktif 12
2.5 Proses Pembelajaran 13
2.6 Multimedia 14
2.7 Pendidikan Melalui Multimedia 15
2.8 Elemen-Elemen Multimedia 16
2.8.1 Teks 16
2.8.2 Grafik 16
2.8.3 Animasi 17
2.8.4 Video 17
2.8.5 Audio 17
2.9 Kelebihan Multimedia Dalam Pembelajaran. 18
2.9.1 Penglibatan pelajar secara aktif 18
2.9.2 Merangsangkan pembelajaran 18
2.9.2 Merangsangkan pembelajaran 18
2.9.3 Kawalan Pembelajaran 18
2.9.4
Keboleh ulangan 19
2.9.5 Interaktif 19
2.9.6 Mudah alih 19
2.10 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 19
xii
2.11 Multimedia Dan Aplikasinya Dalam Pembelajaran
Lukisan Teknik
20
2.12 Pembinaan Perisian Multimedia Pendidikan 21
2.12.1 Analisa 21
2.12.1.1 Terhadap Pengguna Dan Pelajar 22
2.12.1.2 Terhadap Persekitaran
Pembelajaran.
22
2.12.1.3 Terhadap Kandungan Pelajaran
Atau Tingkah Laku
22
2.12.1.4 Terhadap Matlamat Pengajaran 22
2.12.2 Rekabentuk 23
2.12.2.1 Pembentukan objektif yang
khusus
23
2.12.2.2 Pembinaan item-item ujian 23
2.12.2.3 Pemilihan strategi pengajaran 24
2.12.3 Pembangunan 24
2.12.4 Pelaksanaan 24
2.12.5 Penilaian 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Model Rekabentuk Kajian 27
3.3 Rekabentuk Perisian Multimedia 28
3.4 Kaedah Perlaksanaan 29
3.4.1 Fasa Keperluan 29
3.4.1.1 Konsep 29
3.4.1.2 Kaedah Melukis 30
3.4.1.3 Latihan 30
xiii
3.4.2 Fasa rekabentuk 30
3.4.2.1 Carta Alir 31
3.4.2.2 Papan Cerita (Story Board) 35
3.4.3 Fasa pembangunan dan perlaksanaan 35
3.4.4 Penilaian 35
3.5 Perisian Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk Hamparan
Kaedah Penyegitigaan
37
3.5.1 Menarik minat pelajar 37
3.5.1.1 Rekabentuk am 37
3.5.1.2 Stuktur Perisian 37
3.5.1.3 Teks 38
3.5.1.4 Warna 38
3.5.1.5 Animasi 38
3.5.1.6 Audio 38
3.5.2 Mempercepatkan proses P&P 39
3.5.2.1 Masa 39
3.5.2.2 Latihan latih tubi 39
3.5.3 Mengembangkan imaginasi pelajar 39
3.5.3.1 Grafik 40
3.5.3.1 Konsep Penyegitigaan 40
3.6 Bahasa Pengubahan 40
3.6.1 Ciri-ciri SWiSHmax 41
3.6.1.1 Pengarangan dalam
pembangunan perisian yang
menekankan grafik dan animasi
yang bermutu tinggi
41
3.6.1.2 Mampu untuk mengintegrasikan
elemen audio bersamanya bagi
menghasilkan sesuatu
persembahan yang lebih menarik
41
3.6.1.3 Kemudahan penyediaan teks. 41
xiv
3.6.1.4 Kemudahan penyediaan grafik. 41
3.6.1.5 Kemudahan penyediaan animasi. 41
3.6.1.6 Kepelbagaian Interaksi dan
tindakbalas.
41
3.6.1.7 Berkeupayaan untuk
menghasilkan suatu persembahan
yang lebih hidup dengan
mengabungkan unsur interaktiviti
ke dalamnya.
41
3.6.1.8 Kebolehcabangan (link). 41
3.6.1.9 multimedia. 41
3.6.1.10 Boleh di mainkan di mana-mana
komputer apabila sudah diimpot
dalam fail SWF.
41
3.6.2 Ikon-ikon SWiSHmax 42
3.6.2.1 Ikon Paparan – segala kerja yang
dilakukan seperti teks, grafik dan
objek disusun.
42
3.6.2.2 Ikon Pergerakan/ Animasi –
membolehkan segala objek atau
teks yang berada di dalam ikon
paparan digerakkan ke mana jua
yang anda ingini.
42
3.6.2.3 Ikon Scene – berkeupayaan untuk
menyusun struktur atau rangka
bagi sistem penjelajahan
sesebuah program yang
dibangunkan.
42
3.6.2.4 Ikon Skrip – mengawal aliran
perjalanan sesebuah projek..
42
xv
3.6.2.5 Ikon Masa – membantu pengguna
mengawal Perjalanan sesebuah
projek dan juga berfungsi supaya
program menjadi lebih menarik.
42
3.6.2.6 Ikon Video Digital –
membolehkan movie atau video
digital atau animasi dimasukkan
ke dalam program pengguna
42
3.6.2.7 Ikon Audio – menyediakan
pilihan untuk pengguna
memasukkan unsur-unsur (bunyi)
ke dalam program.
43
3.6.2.8 Ikon Warna 43
3.6.2.9 Ikon Efek – membolehkan
pembangun memilih pergerakan
sesuatu objek yang dilukis
mengikut kesesuaian.
43
3.7 Bahasa Dan Arahan 43
3.8 Spesifikasi Perkakasan Dan Perisian 43
3.8.1 Perisian (Software) 43
3.8.2 Pemacu Cakera boleh Tulis (CD
Rewriteable)
44
3.9 Populasi Kajian 44
3.10 Instrumen Kajian 44
3.11 Kaedah Analisis Data 45
xvi
BAB 4 PERISIAN LUKISAN TENIK BAGI TAJUK
HAMPARAN KAEDAH PENYEGITIGAAN
4.1 Pendahuluan 46
4.2 Pakej Perisian 46
4.3 Panduan perisian 47
4.4 Pengenalan Kepada Perisian 48
4.5 Paparan Menu Utama 48
4.6 Paparan Objektif 50
4.7 Paparan Isi pelajaran 51
4.7.1 Paparan Pengenalan 51
4.7.2 Paparan Konsep Hamparan Kaedah Penyegitigaan
52
4.7.3 Paparan panjang sebenar 53
4.7.4 Paparan toturial 1 53
4.7.5 Paparan jawapan toturial 1 54
4.7.6 Paparan toturial 2 55
4.7.7 Paparan jawapan toturial 2 56
4.7.8 Paparan Latihan 1 56
4.7.9 Paparan Latihan 2 57
4.7.10 Paparan Latihan 3 58
4.7.11 Paparan Latihan 4 58
4.7.12 Paparan Latihan 5 59
4.7.13 Paparan Latihan 6 60
4.8 Paparan Menu Keluar 60
4.9 Paparan Menu Penghargaan 61
4.10 Dapatan Hasil Penilaian Soal Selidik 61
4.10.1 Interaktif 62
4.10.2 Grafik 62
4.10.3 Animasi 62
4.10.4 Teks 63
4.10.5 Audio 63
xvii
4.10.6 Konsep Penyegitigaan 63
4.10.7 Kaedah Melukis 63
4.10.8 Latihan 64
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 65
5.2 Perbincangan 65
5.3 Rumusan 66
5.4 Cadangan Lanjutan Kajian 68
5.4.1 Grafik 68
5.4.2 Audio 68
5.4.3 Video 68
5.5 Cadangan Susulan 69
5.6 Kesimpulan 69
RUJUKAN 70-72
LAMPIRAN 73
SOAL SELIDIK 74-79
PENGESAHAN UTM 80
EPRD 81
PENGESAHAN JPN 82
xviii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
CD - Compact Disk
CD ROM - Compact Disk Read Only
MSC - Multimedia Super Corido
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
xix
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
Rujukan 70-72
Lampiran 73
Borang Soal Selidik 74-79
Salinan Surat Kebenaran Penyelidikan Dari
Fakulti Pendidikan, UTM
80
EPRD 81
Surat Kebenaran Penyelidikan Dari JPN 82
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penggunaan teknologi maklumat di Malaysia pada masa kini sedang pesat
membangun. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan oleh wujudnya Multimedia Super
Coridor (MSC) yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, di mana
secara tidak langsung mengutamakan penggunaan komputer sebagai alat pencapaian
maklumat serta mampu digunakan sebagai alat memudahkan tugas-tugas harian. Oleh
itu, peluang bagi guru untuk menggunakan sepenuhnya kelebihan teknologi maklumat
dalam membanggunkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Di
antara peluang yang dapat dimanafaatkan oleh guru ialah membanggunkan perisian
multimedia untuk matapelajaran Lukisan Teknik sebagai alat bantuan mengajar (ABM)
yang bersifat interaktif.
Menurut Jamalluddin dan Zaidatul, (2000) “Kebaikan perisian multimedia dalam
pendidikan, bahan multimedia sebenarnya merujuk kepada bahan yang menyatukan dua
media ataupun lebih iaitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan serta animasi
menjadikannya satu persembahan yang jelas dan mudah difahami,”.
Sehubungan dengan itu, adalah sangat sesuai perisian ini dibangunkan
kerana ia dapat menarik minat pelajar mengikuti pengajaran Lukisan Teknik dan
2
dapat membantu guru mempercepatkan proses P&P serta mampu
mengembangkan imaginasi pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Para pelajar yang mengikuti kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam di Sekolah
Menengah Teknik akan mempelajari matapelajaran Lukisan Teknik. Berdasarkan
pengalaman saya yang terlibat dalam pembelajaran Lukisan Teknik selama lebih kurang
lima tahun di Sekolah Menengah Teknik Bintulu, Sarawak, apa yang menjadi masalah
kepada pelajar ialah mereka bosan mengikuti matapelajaran Lukisan Teknik kerana
tidak dapat mengambarkan lukisan yang diajar oleh guru. Menurut Koay (1995),
masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh pelajar yang tidak boleh membuat gambaran
ruang, oleh sebab itu mereka tiadak dapat mengeluarkan imaginasi untuk
menggambarkan Lukisan Teknik tersebut.
Masalah guru yang masih mengajar menggunakan cara lama, iaitu menggunakan
papan tulis untuk melukis lukisan semasa proses P&P dijalankan juga membosankan
pelajar kerana mereka terpaksa menunggu lama untuk menerima penerangan daripada
guru. Masalah yang berkaitan juga timbul apabila pelajar meminta guru mengulangi
bahagian-bahagian yang tidak difahami, guru terpaksa melukis semula dan membuang
masa P&P tersebut. Oleh itu adalah sangat sesuai dibanggunkan Perisian multimedia
sebagai ABM guru terutama dalam matapelajaran Lukisan Teknik kerana matapelajaran
ini agak susah untuk difahami dengan menghafal sebaliknya perlu mengetahui konsep
Lukisan Hamparan Penyegitigaan secara mendalam. Apabila konsep lukisan ini sudah
dapat difahami pelajar maka masalah minat pelajar terhadap Lukisan Teknik tidak
timbul, pengajaran guru pun menjadi lebih cepat dan pelajar dapan menimbulkan
imaginasi dengan mudah.
3
Kajian yang dijalankan oleh Koay (1995) yang mengkaji mengenai penggunaan
alat bantuan pengajaran dikalangan guru ketukangan di Sekolah Menengah Teknik
di Malaysia, didapati penggunaan alat bantuan mengajar yang berbantukan perisian
multimedia lebih berkesan jika dibandingkan dengan cara tradisonal. Oleh yang
demikian adalah sangat wajar bagi guru yang mengajar lukisan teknik untuk
menggunakan perisian multimedia sebagai ABM, kerana ia boleh memudahkan pelajar
agar dapat gambaran yang lebih jelas.
Sehubungan dengan itu, adalah dirasakan perlu untuk membangunkan satu
perisian multimedia dalam matapelajaran lukisan Teknik bertajuk “Hamparan Kaedah
Penyegitigaan”. Diharapkan perisian ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap
lukisan teknik dan mempercepatkan proses P&P guru serta dapat membantu
menimbulkan imaginasi pelajar dalam Lukisan Teknik dengan mudah.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia sebagai Alat
Bantuan Mengajar yang lebih interktif terhadap pengajaran guru dan pembelajaran
murid dalam matapelajaran Lukisan Teknik bagi kursus Kimpalan dan Fabrikasi logam
untuk tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah membangunkan perisian multimedia yang :