judul : pembangunan dan penggunaan modul … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang...

28
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL STATISTIK BERASASKAN ANALISIS NOTASI YANG MELIBATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011 Saya _______________ NGOO CHOON SERN________________________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 11, JLN BISTARI 16, PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI BANDAR BARU KANGKAR PULAI, Nama Penyelia 81110 KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: 16 NOVEMBER 2010 Tarikh: 16 NOVEMBER 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: truongquynh

Post on 05-Aug-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦

JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL STATISTIK

BERASASKAN ANALISIS NOTASI YANG MELIBATKAN

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011

Saya _______________ NGOO CHOON SERN________________________

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi

Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

11, JLN BISTARI 16, PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI

BANDAR BARU KANGKAR PULAI, Nama Penyelia

81110 KANGKAR PULAI,

JOHOR BAHRU, JOHOR.

Tarikh: 16 NOVEMBER 2010 Tarikh: 16 NOVEMBER 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan Matematik”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : Prof. Dr. Ismail Bin Kailani

Tarikh : 16 November 2010

Page 3: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

i

Pembangunan Dan Penggunaan Modul Statistik Berasaskan Analisis Notasi

Yang Melibatkan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif

NGOO CHOON SERN

Laporan disertasi ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pendidikan Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010

Page 4: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

ii

Saya akui karya ini yang bertajuk “Pembangunan Modul Statistik Berasaskan

Analisis Notasi Yang Melibatkan Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif”

adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya perjelaskan sumbernya.

Tandatangan :…………………….......

Nama Penulis : NGOO CHOON SERN

Tarikh : NOVEMBER 2010

Page 5: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

iii

DEDIKASI

Khas buat isteri tercinta, Pn. Teh Swee Lan; anak, Vivian Ngoo Jian Ying. Terima

kasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan.

Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

kejayaan ini, terima kasih di atas segala-galanya.

Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang dikasihi, terima kasih di atas sokongan

dan dorongan kalian.

Page 6: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

iv

PENGHARGAAN

Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya

laporan kajian ini berjaya disempurnakan.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada Penyelia saya, Prof.

Dr. Ismail bin Kailani di atas segala tunjuk ajar,bimbingan, nasihat, ilmu

pengetahuan serta dengan dorongan berterusan sepanjang saya menyempurnakan

disertasi ini.

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua

pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi bimbingan dan banyak

membantu sepanjang pengajian saya di UTM ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan di

sepanjang kajian ini dijalankan.

Page 7: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul Statistik yang berasaskan

analisis notasi dalam permainan badminton yang melibatkan kemahiran berfikir kritis

dan kreatif (KBKK) oleh pelajar tingkatan 2 yang menggunakan modul tersebut.

Pembangunan modul ini adalah berpandukan kepada rekabentuk pengajaran Model

ADDIE iaitu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan

dan fasa penilaian. Dalam fasa pembangunan, sebuah modul pembelajaran Statistik

tingkatan dua yang berasaskan analisis notasi dalam permainan badminton dibina. Isi

kandungannya adalah berdasarkan kepada aras-aras hasil pembelajaran yang

ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran matematik KBSM tingkatan dua. Dalam

fasa pelaksanaan, modul tersebut kemudiannya digunakan oleh 33 orang pelajar

tingkatan dua yang terlibat dalam kajian ini. Hasil kerja modul dianalisis untuk

mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam Statistik. Selain itu, hasil kerja pelajar

juga dianalisis untuk mengenalpasti jenis-jenis kemahiran berfikir kritis dan kreatif

(KBKK) yang telah digunakan. Petunjuk KBKK yang dicadangkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum dirujuk bagi tujuan pengenalpastian KBKK. Hasil dapatan

menunjukkan penggunaan modul pembelajaran ini mampu membantu penguasaan

pelajar dalam Statistik. Di samping itu, hasil dapatan juga menunjukkan pelbagai

jenis KBKK telah digunakan oleh pelajar semasa mereka menyelesaikan masalah

dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam modul.

Page 8: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to develop the Statistics Module based on the

Notation Analysis in badminton game involving critical and creative thinking skills

by Form 2 students who used the above module. This module was based on the

Model ADDIE instructional design; consisting of the analysis phase, design phase,

development phase, implementation phase and evaluation phase. In development

phase, a learning module Statistics was developed based on notational analysis in

badminton. The content was developed based on the levels as specified in the

Curriculum Specifications for Secondary Schools Mathematics Form 2. In

implementation phase, the developed module was then used on 33 Form Two

students involved in this research. The completed students’ work was analyzed to

determine the levels of understanding and mastering for the topic. Besides, the

students’ work was analyzed to determine the types of critical and creative thinking

skills used by the students. The critical and creative thinking indicators as suggested

by the Curriculum Development Center were referred. The findings showed that this

module is able to improve the mastering of Statistic. In addition, the findings also

showed that the students were able to apply various types of critical and creative

thinking skills while doing the activities in the module.

Page 9: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Aktiviti Dalam Pembelajaran Statistik 4

1.2.2 Pembelajaran Matematik dan Statistik

Berdasarkan Data Sukan 6

1.2.3 Analisis Notasi Dalam Pembelajaran Matematik 8

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kerangka Teori Kajian 12

Page 10: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

viii

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.7.1 Bidang Matematik 14

1.7.2 Guru 14

1.7.3 Pelajar 15

1.8 Skop Dan Batasan Kajian 15

1.9 Definisi Istilah 16

1.10 Penutup 19

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 20

2.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20

2.3 Model Pembangunan Modul 24

2.4 Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif 26

2.5 Media Video Dalam Pendidikan 29

2.6 Hubungan Antara Matematik Dan Sukan 30

2.7 Kemahiran Asas Dalam Permainan Perseorangan

Badminton 33

2.8 Analisis Notasi Dari Perspektif Matematik 40

2.9 Analisis Notasi Dalam Permainan Badminton 41

2.10 Penutup 45

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 46

3.2 Rekabentuk Kajian 46

3.3 Sampel Kajian 51

3.4 Instrumen Kajian 52

3.4.1 Modul Pembelajaran Topik Statistik 52

3.4.2 Kesahan Modul Pembelajaran Topik Statistik 52

3.4.3 Fail Sampel Perlawanan Video 53

3.5 Kajian Rintis 53

3.6 Prosedur Kajian 54

Page 11: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

ix

3.7 Analisis Data 57

3.7.1 Analisis Tahap Penguasaan Hasil Pembelajaran 57

3.7.2 Analisis Tahap Penguasaan KBKK 58

3.8 Penutup 59

4 PEMBANGUNAN MODUL

4.1 Pendahuluan 60

4.2 Modul Pembelajaran Topik Statistik 60

4.3 Modul Pembelajaran Statistik Berlandaskan

Hasil Pembelajaran 62

4.4 Kesahan Modul Pembelajaran Statistik 77

4.5 Penutup 78

5 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

5.1 Pendahuluan 79

5.2 Analisis Penguasaan Hasil Pembelajaran Topik Statistik 79

5.3 Analisis Penggunaan KBKK Dalam Modul

Pembelajaran Statistik 81

5.4 Analisis Jenis-jenis KBKK Yang

Dikenalpasti Dalam Modul 97

5.5 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

Kritis Mengikut Item 99

5.6 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir

Kreatif Mengikut Item 103

5.7 Analisis Penguasaan Keseluruhan KBKK Dalam Modul 108

5.8 Penutup 109

Page 12: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

x

6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pendahuluan 110

6.2 Perbincangan 110

6.2.1 Modul Pembelajaran Dalam Membantu

Menguasai Hasil Pembelajaran Statistik 111

6.2.2 Modul Pembelajaran Dalam Mempelbagaikan

Penggunaan KBKK 114

6.3 Kesimpulan Kajian 117

6.4 Implikasi Kajian 118

6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 119

6.6 Penutup 121

RUJUKAN 122

LAMPIRAN A - G 129-156

Page 13: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jangka masa kajian 51

3.2 Pelaksanaan Modul Pembelajaran Statistik 54

3.3 Tahap pencapaian prestasi akademik pelajar 57

3.4 Julat markat bagi penentuan tahap

penguasaan KBKK 58

4.1 Subtopik-subtopik di dalam Modul

Pembelajaran Statistik 61

4.2 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 1 62

4.3 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 2 65

4.4 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 3 68

4.5 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 4 70

4.6 Penerangan hasil pembelajaran dalam aktiviti 5 74

Page 14: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

xii

4.7 Peratus pendapat guru terhadap modul

yang dibangunkan 77

4.8 Ulasan-ulasan guru terhadap modul

yang dibangunkan 78

5.1 Tahap pencapaian pelajar dalam topik Statistik 80

5.2 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 1 82

5.3 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 2 86

5.4 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 3 89

5.5 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 4 92

5.6 Penerangan penggunaan KBKK dalam aktiviti 5 95

5.7 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir Kritis mengikut item 97

5.8 Jenis-jenis Kemahiran Berfikir Kreatif mengikut item 98

5.9 Tahap penguasaan kemahiran membanding

dan membeza 99

5.10 Tahap penguasaan kemahiran mengumpul

dan mengelas 100

5.11 Tahap penguasaan kemahiran membuat urutan 100

5.12 Tahap penguasaan kemahiran menyusun

mengikut keutamaan 101

Page 15: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

xiii

5.13 Tahap penguasaan kemahiran mengesan

kecondongan 101

5.14 Tahap penguasaan kemahiran menilai 102

5.15 Tahap penguasaan kemahiran membuat

kesimpulan 102

5.16 Tahap penguasaan kemahiran menjana idea 103

5.17 Tahap penguasaan kemahiran membuat inferens 104

5.18 Tahap penguasaan kemahiran menghubung kaitkan 104

5.19 Tahap penguasaan kemahiran meramal 105

5.20 Tahap penguasaan kemahiran mensintesis 105

5.21 Tahap penguasaan kemahiran menganalogi 106

5.22 Tahap penguasaan kemahiran membuat

gambaran mentah 107

5.23 Tahap penguasaan kemahiran mereka cipta 107

5.24 Tahap penguasaan pelajar untuk setiap

kemahiran berfikir 108

Page 16: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka teori kajian 13

2.1 Implikasi daripada pengertian Konstruktivisme 23

2.2 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 25

2.3 Model kemahiran berfikir 28

2.4 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut servi

pendek (a) dan servis tinggi (b) 35

2.5 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan

Clear pertahanan (ai), pukulan Clear serangan (aii),

Smesy (b) dan pukulan Junam (c) 36

2.6 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan

Push (a), pukulan Dab (b) dan pukulan Net (c) 37

2.7 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan

Deras (a) dan pukulan Block (b) 38

2.8 Corak pergerakan bulu tangkis mengikut pukulan

Lob (a) dan pukulan Junam bawah pinggang (b) 39

Page 17: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

xv

3.1 Rangka kerja pembinaan modul 47

3.2 Carta alir perjalanan kajian 50

Page 18: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian 129

B Pengesahan Instrumen Kajian 132

C Petunjuk Kemahiran Kritis 135

D Petunjuk Kemahiran Kreatif 139

E Analisis Penggunaan KBKK Mengikut Item

Dalam Modul 143

F Skema Jawapan Modul Pembelajaran Statistik 149

G Modul Pembelajaran Statistik 156

Page 19: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia,

kandungan kurikulum matematik telah beberapa kali mengalami perubahan.

Perubahan kurikulum tidak dapat dielakkan dan sebenarnya perlu berlaku, kerana

melalui perubahan kita boleh berkembang. Kemampuan kita untuk memberi reaksi

yang sesuai dengan perubahan yang berlaku selalu menjadi asas untuk maju dan

berkembang. Menurut Ahmad Zanzali (1996) kurikulum matematik seharusnya

membantu melahirkan seorang insan syumul yang menganggap bahawa pendidikan

adalah satu proses yang berterusan, bertanggungjawab kepada masyarakat dan

keluarga. Selain dari itu, kurikulum matematik juga harus menghasilkan pelajar yang

berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi

dalam menghadapi atau menangani perubahan cabaran masa depan (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1991). (Nik Aziz Nik Pa, 1992; Nor Azlan Ahmad Zanzali,

1996)

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam matematik adalah berbeza dengan

mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran

dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan

tepat dan menyeluruh (Nik Azis, 1992). Yakni, kurikulum matematik dalam KBSM

Page 20: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

2

yang digubal bukan sahaja membekalkan pendidikan matematik yang umum,

menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, tetapi memberi fokus kepada

keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran,

penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah,

serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1988).

(Hanapi Misman, 2008; Ibrahim Md. Noh, 1995)

Kurikulum matematik dalam KBSM memberi tumpuan kepada penyelesaian

masalah dan pemikiran kritis. Para guru dikehendaki membimbing pelajar membina

konsep sendiri (Konstruktivisme) dalam minda dengan bantuan bahan-bahan

manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konstruktivis adalah unsur-unsur untuk

dilakukan tindakan, bukannya bahan paparan maklumat. Bukan untuk mengira, tetapi

untuk membina pengetahuan dan kemahiran (Ibrahim, 1995). Dalam sistem

pendidikan matematik di Malaysia misalnya, persoalan utama yang dihadapi oleh

seseorang tenaga pengajar ialah sering kali berhadapan dengan masalah dimana

pelajar mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu konsep dalam matematik dan

mengaplikasikannya dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Hanapi, 2008). Keadaan sedemikian bukan sahaja

berlaku dalam P&P topik seperti Kebarangkalian atau Set malahan topik Statistik

juga tidak berkecuali.

Menurut laporan prestasi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2001

pencapaian pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat khusus untuk topik

Statistik bagi kertas satu adalah dalam lingkungan 46.1 peratus manakala untuk

kertas 2 adalah dalam lingkungan 48.5 peratus (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2001). Dalam laporan prestasi PMR 2003 juga menunjukkan bahawa prestasi

keseluruhannya ramai calon tidak memahami kehendak beberapa soalan terutama

dalam soalan statistik dan kerap memberi jawapan yang tidak begitu tepat

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Dalam pada itu, Kupasan Mutu Jawapan

PMR 2007 turut menunjukkan bahawa masih terdapat ramai pelajar yang mengalami

kesukaran untuk menyelesaikan soalan untuk topik Statistik seperti tidak dapat

Page 21: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

3

mengira nilai daripada jadual kekerapan yang diberikan atau tidak mampu melukis

graf palang dengan tepat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007).

Menyedari hakikat ini, cadangan penggunaan teknologi yang bersesuaian dan

berkesan dijangkakan dapat membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan

hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam Statistik. Keberkesanan teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik bergantung kepada cara penggunaannya

untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep matematik secara mendalam,

bermakna dan tepat serta membolehkan pelajar meneroka idea-idea matematik

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Khususnya, media video perlu

dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan sebagai alat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi topik yang berkenaan. Penggunaan video dalam pendidikan yang

paling awal telah dibincangkan oleh Moore (1993) dimana rumusan kelebihan

pengunaan video dalam pengajaran Statistik banyak dibincangkan dalam artikalnya.

(Moore, 1993)

Dalam pada itu, Deluca (1991) turut menyatakan bahawa media video

merupakan alat bantu mengajar alternatif yang penting dan bersesuaian untuk semua

peringkat umur pelajar dalam kebanyakkan masa malahan mereka dapat memahami

paparan dan suara sesuatu program video ditayangkan kerana mereka sudah biasa

dan selesa dengan medium tersebut sejak kecil lagi. Wood dan Petocz (1999) pula

menyatakan bahawa media video berupaya untuk memotivasi pembelajaran,

bertindak sebagai rol model dan memupuk sikap positif pelajar terhadap subjek

matematik. Kajian oleh Petocz (1998) juga menyatakan bahawa para pelajar dan

guru bersetuju bahawa penggunaan contoh sebenar kehidupan harian daripada video

dapat merangsang minat pelajar untuk mempelajari idea-idea statistik dan

meningkatkan sikap positif mereka terhadap subjek berkenaan. (Deluca, 1991)

(Petocz, 1998; Wood & Petocz, 1999)

Page 22: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Aktiviti Dalam Pembelajaran Statistik

Perkataan Statistik asalnya daripada perkataan Itali statista yang bermaksud

“orang berpangkat” (Levin & Rubin, 2000). Statistik merupakan satu bidang

pengajian yang melibatkan proses mengumpul, memerihal dan menganalisis

maklumat yang boleh membantu kita dalam membuat keputusan (Tan & Halimah

Awang, 1994). Dalam Statistik, data adalah pengumpulan sebarang jumlah cerapan

yang berkait. Punca sumber data boleh datang daripada cerapan yang sebenar atau

dari rekod-rekod yang disimpan untuk tujuan biasa. Maklumat yang belum disusun

dan dianalisis disebut data mentah. Ia adalah “mentah” kerana ia belum diproses

melalui kaedah-kaedah statistik. Apabila data disusun dalam bentuk yang padat dan

mudah digunakan, pembuat keputusan boleh memperolehi maklumat-maklumat yang

boleh dipercayai daripada persekitaran dan menggunakannya untuk membuat

keputusan-keputusan bijak.

Hari ini, komputer membolehkan ahli-ahli statistik mengumpul cerapan yang

amat banyak dan segera disembahkan dalam bentuk jadual, graf dan nombor.

Kesemua ini adalah dalam bentuk yang padat dan mudah digunakan. Boleh

dikatakan statistik digunakan dalam semua lapangan hidup kita (Chang & Halimah,

1994). Namun begitu, istilah statistik memberi makna yang berbeza kepada setiap

kumpulan orang. Kepada peminat bola sepak, statistik adalah aksi berebut,

menghantar bola dan memperolehi mata; kepada jurulatih, statistik adalah

kemungkinan pasukannya melakukan hantaran pendek di tengah padang. Kepada

pengurus stesen janakuasa, statistik adalah aras pencemaran yang dikeluarkan ke

dalam atmosfera dan sebagainya. Setiap daripada mereka di atas menggunakan

statistik dengan tepat, meskipun setiap cara penggunaannya berbeza (Levin & Rubin,

2000).

Page 23: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

5

Sebagai contoh, permainan ragbi pusingan terakhir sedang berlangsung dan

pasukan Giant ketinggalan sebanyak 4 mata; bola berada di tangan mereka pada

garisan 20-ela pasukan Charger. Penyelaras benteng pertahanan pasukan Charger

meminta masa rehat dan menuju ke garisan tepi untuk berbincang dengan jurulatih.

Jurulatih mengetahui bahawa oleh kerana jaringan gol padang tidak akan

menamatkan permainan dengan keputusan seri, pasukan Giant akan sama ada

melakukan penghantaran bola antara sesama mereka atau akan cuba membuat larian

terus ke garisan penamat.

Berdasarkan rujukan komputer, pembantu statistiknya menyatakan bahawa

dalam 50 situasi yang serupa sebelum ini, pasukan Giant telah melakukan

penghantaran bola sebanyak 35 kali dan dua per tiga (2/3) daripada penghantaran

tersebut merupakan hantaran pendek, betul-betul di tengah padang. Jurulatih Charger

mengarahkan penyelaras pertahanannya untuk menjangkakan hantaran pendek,

betul-betul di tengah padang. Bola direbut, pemain apit kanan pasukan Giant

melakukan apa yang dijangkakan dan pasukan Charger berusaha dengan gigih untuk

menghalang penghantaran bola tersebut. Dalam hal ini, statistik telah memberikan

cadangan pertahanan yang betul (Levin & Rubin, 2000). Oleh itu, adalah penting

untuk setiap orang, tanpa mengira pekerjaan masing-masing mahupun pelajar,

memahami ilmu statistik, iaitu cara data dikumpul dan ditafsirkan.

1.2.2 Pembelajaran Matematik dan Statistik Berdasarkan Data Sukan

Secara umumnya, masih ramai orang yang bertanggapan bahawa matematik

dan sukan merupakan bidang yang jauh berbeza ataupun tidak mempunyai sebarang

perkaitan di antara satu sama lain. Kesilapan tanggapan ini menjadi lebih ketara di

kalangan remaja sekolah kerana kurangnya pendedahan dan faktor pihak sekolah

yang menitikberatkan pembelajaran matematik dan sains tetapi mengabaikan

pendidikan fizikal (Sadovskil & Sadovskil, 1993). Sebaliknya, seorang ahli

matematik yang terkenal, iaitu Emanuel Lasker dan juga merupakan pemain catur

Page 24: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

6

(chess) handalan atau pemain nombor satu dunia telah membuktikan perkaitan

pengetahuan matematik yang dimilikinya untuk menguasai permainan catur selama

27 tahun (Sadovskil & Sadovskil, 1993).

Dalam pada itu, buku yang bertajuk “Mathematics and Sports” dan

“Mathematics and Science for Exercise and Sport : The Basics” juga menjelaskan

bahawa matematik dan sukan mempunyai perkaitan yang sangat rapat, terutamanya

penggunaan statistik dan aplikasi prinsip kebarangkalian dalam memahami tentang

sukan dan membantu dalam meningkatkan prestasi sukan mahupun penggunaannya

dalam pengajaran idea-idea matematik dalam kelas (Sadovskil & Sadovskil, 1993;

Williams, James, & Wilson, 2008). Dalam jurnal yang bertajuk “ Uses and

Limitations of Mathematics In Sport” turut menjelaskan pendekatan matematik

seringkali digunakan dalam membantu menentukan objektif sesuatu sukan melalui

kaedah mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian tertentu dalam sukan yang

berpotensi untuk diperbaiki atau dipertingkatkan demi mendapatkan hasil yang lebih

baik (Haigh, 2008).

Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu

diwujudkan supaya pelajar dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural,

serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain

secara amnya seperti bidang sukan. Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan

bidang sukan, pelajar dijangkakan lebih menyedari kegunaan matematik. Secara

amnya mengaplikasikan penggunaan contoh sukan dalam P&P matematik bukan

sahaja dapat meningkatkan minat pelajar terhadap matematik malahan mampu

membantu mereka lebih memahami konsep-konsep dalam matematik

memandangkan ramai pelajar pada masa kini yang begitu berminat dengan sukan

(Shi, 2003).

Page 25: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

7

Menurut Noubary (2009) penggunaan contoh sukan dalam pengajaran kelas

statistiknya memberi peluang yang memberangsangkan untuk menarik perhatian

pelajar dan mereka berasa lebih seronok untuk menghabiskan masa berjam-jam

dalam menganalisis data daripada sukan kegemaran mereka tanpa berasa jemu.

Beliau telah menyenaraikan sebab-sebab sukan dipilih sebagai alat yang praktikal

dalam pengajarannya, antara termasuklah :

• Kepelbagaian dalam bidang sukan. Contohnya, sukan individu, sukan

berpasukan, sukan kombat, sukan skor dan sebagainya.

• Sukan dimainkan tanpa mengira jantina, bangsa, tahap kecergasan fizikal

mahupun taraf ekonomi yang berbeza.

• Sukan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian terutamanya bagi

golongan muda.

• Secara biasanya, kebanyakkan pelajar seronok dengan sukan dan

menunjukkan minat yang mendalam apabila pembelajaran matematik

dikaitkan dengan bidang sukan.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kajian lain yang turut menunjukkan bahawa

penggunaan data statistik sukan yang bersesuaian dapat memotivasikan pelajar dan

mereka lebih berminat untuk mempelajari subjek statistik. Maklum balas daripada

kelas menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar berseronok dengan penggunaan

contoh sukan untuk mempelajari konsep yang abstrak dengan menggunakan

pendekatan yang lebih dikenali oleh mereka (Kvam & Sokol, 2004; Lock, 2006;

Reiter, 2006). Jadi boleh dikatakan bahawa aplikasi penggunaan contoh sukan dalam

pembelajaran matematik merupakan senapang dua mata yang berupaya memberi

peluang kepada pelajar untuk menggunakan ilmu matematik secara kontektual dalam

bidang ilmu sukan dan mempelajari kedua-dua ilmu secara serentak.

Page 26: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

8

1.2.3 Analisis Notasi Dalam Pembelajaran Matematik

Analisis notasi dalam sukan yang paling awal dibangunkan oleh Fullerton

pada tahun 1912 dan digunakan untuk mentukan kebarangkalian seseorang pemain

baseball dalam melakukan aksi batting, pitching dan fielding. Akan tetapi, sistem

notasi buat pertama kalinya dicipta khas untuk analisis sukan adalah dihasilkan oleh

Messersmith dan Bucher (1939) dalam usaha menotasi jarak liputan bagi pemain

tertentu dalam perlawanan bola keranjang. Pada tahun 1973, Sistem analisis notasi

secara manual (hand analysis system) buat pertama kalinya digunakan oleh Downey

ke atas permainan raket tenis di Britain. Skuasy dan bola sepak merupakaan antara

sukan yang paling awal digunakan untuk dianalisis secara notasi dengan bantuan

sistem komputer di Britain (Hughes, Hughes, & Behan, 2007).

Dari perspektif matematik, sistem analisis notasi mempunyai hubungkait

yang sangat rapat dengan prinsip-prinsip matematik, iaitu statistik dan

kebarangkalian. Pengiraan statistik (mathematical statistics) menjadi prinsip utama

dalam analisis notasi dimana pelbagai tingkah laku (pembolehubah) dalam sesuatu

sukan diteliti dan dicatat dalam bentuk taburan kekerapan sebelum analisis data

dilakukan. Contohnya, bilangan pukulan dalam sesuatu rali permainan, taburan jenis

pukulan mengikut lokasi gelanggang, jenis pukulan yang mempunyai kekerapan

yang tertinggi, taburan jenis pukulan untuk mematikan rali permainan mahupun

taburan jenis pukulan yang menyebabkan kesilapan dan kekalahan rali dalam sesuatu

permainan sukan (Hughes & Bartkett, 2004).

Menurut Hughes (2004) peranan seorang penganalisis notasi dikatakan

menyerupai seorang ahli matematik. Ini kerana proses analisis notasi memerlukan

sejumlah kemahiran matematik yang sangat penting dalam usaha mengutip data,

memproses data dan menganalisis data yang dikutip. Misalnya, pensyarah Matematik

Noubary (2009) telah menggunakan kutipan statistik hasil analisis notasi dalam

lontaran percuma bagi permainan bola keranjang dan permainan tenis sebagai alat

pedagogi dalam pengajaran kelas statistiknya.

Page 27: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

9

Secara amnya, isi kandungan dan aktiviti pembelajaran dalam Statistik

sekolah menengah bermula dengan contoh-contoh sumber data yang sedia ada dan

biasanya tugas pelajar adalah melakukan tindakan ke atas data yang sedia ada seperti

membentuk jadual kekerapan dan seterusnya melukiskan graf yang dikehendaki

tanpa memahami makna atau ciri-ciri disebalik data yang telah dikumpulkan.

Berdasarkan objektif tertentu yang terkandung dalam kurikulum KBSM, satu inisiatif

perlu dilakukan dimana pelajar sendiri seharusnya melakukan proses memungut data

dan mengendalikan data agar dapat membolehkan mereka melihat dengan segera

sebahagian ciri-ciri data yang telah dikumpulkan. Dengan kata lain, komunikasi

dalam matematik melalui proses visualisasi dikatakan telah berlaku dimana pelajar

membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas

program video dan membuat perwakilan dalam bentuk jadual dan graf (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1991).

Dalam konteks ini, penggunaaan pendekatan sistem analisis notasi

dijangkakan dapat memikul tugas penting ini dimana peluang sentiasa terbuka

kepada pelajar untuk mendapatkan sumber data sebenar melalui pemerhatian atau

cerapan pada sesuatu bidang disiplin khususnya bidang sukan. Istilah “notasi” dalam

sukan merupakan prosedur yang digunakan untuk merekodkan pergerakan atau

perlakuan dalam bentuk penulisan atau elektronik dengan menggunakan simbol yang

dipersetujui. Justeru analisis notasi merupakan prosedur pengumpulan data yang

sistematik dan analisis maklumat yang terperinci terhadap prestasi dalam sesuatu

bidang sukan (Hughes & Franks, 2004). Yakni sistem berkenaan mempunyai potensi

yang tinggi dalam membantu pembelajaran Statistik malahan mampu

memperluaskan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) di

kalangan pelajar.

Page 28: JUDUL : PEMBANGUNAN DAN PENGGUNAAN MODUL … filekasih di atas segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Buat keluarga yang disayangi terutama ayah yang tidak jemu-jemu mendoakan

10

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan data statistik sukan dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik telah mendapat perhatian di kalangan pendidik dan terdapat banyak

laporan mengenainya dalam literasi. Sebagai contoh, analisis data statistik dalam

permainan tenis dan lontaran percuma dalam permainan bola keranjang telah

digunakan dalam aktiviti pembelajaran statistik di sekolah (Noubary, 2009). Dalam

sesuatu pertandingan, statistik mengenai pemain merupakan maklumat yang

dipaparkan dan diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Misalnya

jurulatih akan menggunakan hasil analisis statistik untuk membantu pemain

memperbaiki corak permainan dan seterusnya meningkatkan prestasi pemain (Levin

& Rubin, 2000).

Dalam pada itu, kajian-kajian lepas turut memberi saranan bahawa penggunaan

data statistik sukan dalam pembelajaran matematik khususnya Statistik berupaya

untuk membantu pelajar dalam proses pembinaan struktur kognitif bagi memahami

matematik malahan mampu memupuk minat dan motivasi mereka terhadap subjek

matematik (Kvam & Sokol, 2004; Lock, 2006; Reiter, 2006). Walaubagaimanapun,

terdapat beberapa masalah yang menjadi persoalan pokok yang mesti dikaji iaitu,

adakah modul pembelajaran yang dibina berasaskan analisis notasi dalam permainan

badminton dapat membantu pelajar dalam pembelajaran Statistik? Dan adakah modul

tersebut dapat memperlbagaikan penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif (KBKK) di kalangan pelajar.