bahagian a(i) · web viewtidak melebihi 80 patah kata. kenyataan yang menjelaskan bahawa buku-buku...

4
SULIT 02/2 2 Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang masalah penjualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Kenyataan yang menjelaskan bahawa buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bernilai RM40 juta tidak terjual di pasaran menimbulkan pelbagai andaian. Adakah rakyat Malaysia tidak gemar membaca? Atau adakah bahan bacaan yang dihasilkan terlalu bersifat akademik dan tidak bersesuaian dengan cita rasa rakyat? Ada pendapat mengatakan bahawa tabiat membaca dalam kalangan penduduk Malaysia masih rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara maju. Sebenarnya tabiat minat membaca banyak bergantung pada tahap kemajuan sesebuah negara itu. Bagi rakyat yang berpendapatan rendah, mereka menganggap buku tidak sepenting makanan yang wajib diambil setiap hari. Jumlah pendapatan bulanan yang rendah juga menjadi penyebab kenapa permasalahan ini wujud. Pendapatan mereka yang tidak seberapa dan ditambah pula dengan jumlah keluarga yang besar menyebabkan majoriti daripada mereka terpaksa mendahulukan keperluan asas seperti makanan, pakaian berbanding dengan buku. Selain itu, minat membaca dalam kalangan penduduk juga tidak memberangsangkan. Hal ini demikian kerana sifat-sifat buku itu sendiri yang tidak berjaya menarik perhatian pembaca. Sesebuah mestilah dipersembahkan dalam bentuk yang menarik seperti kualiti kertas yang baik, ilustrasi yang cantik dan teknik penulisan yang terkini. Faktor harga juga turut mempengaruhi minat pembeli. Kebanyakan buku akademik dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan majalah picisan yang menjadi kegilaan remaja. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mestilah melakukan kajian bagaimanakah kaedah menghasilkan buku akademik yang dapat dijual dengan harga yang lebih murah. Sistem pemasaran buku yang tidak dilaksanakan dengan baik sebenarnya boleh menjadi faktor penyebab kenapa penjualan buku menjadi lembab. Sepatutnya buku-buku akademik keluaran DBP wajar dijual di pelbagai tempat,dan tidak semestinya di toko-toko buku yang besar

Upload: nguyenhanh

Post on 09-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian A(i) · Web viewtidak melebihi 80 patah kata. Kenyataan yang menjelaskan bahawa buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bernilai RM40 juta tidak terjual di pasaran

SULIT 02/22

Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan: 40 minit]

[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang masalah penjualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata.

Kenyataan yang menjelaskan bahawa buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bernilai RM40 juta tidak terjual di pasaran menimbulkan pelbagai andaian. Adakah rakyat Malaysia tidak gemar membaca? Atau adakah bahan bacaan yang dihasilkan terlalu bersifat akademik dan tidak bersesuaian dengan cita rasa rakyat?

Ada pendapat mengatakan bahawa tabiat membaca dalam kalangan penduduk Malaysia masih rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara maju. Sebenarnya tabiat minat membaca banyak bergantung pada tahap kemajuan sesebuah negara itu. Bagi rakyat yang berpendapatan rendah, mereka menganggap buku tidak sepenting makanan yang wajib diambil setiap hari.

Jumlah pendapatan bulanan yang rendah juga menjadi penyebab kenapa permasalahan ini wujud. Pendapatan mereka yang tidak seberapa dan ditambah pula dengan jumlah keluarga yang besar menyebabkan majoriti daripada mereka terpaksa mendahulukan keperluan asas seperti makanan, pakaian berbanding dengan buku.

Selain itu, minat membaca dalam kalangan penduduk juga tidak memberangsangkan. Hal ini demikian kerana sifat-sifat buku itu sendiri yang tidak berjaya menarik perhatian pembaca. Sesebuah mestilah dipersembahkan dalam bentuk yang menarik seperti kualiti kertas yang baik, ilustrasi yang cantik dan teknik penulisan yang terkini.

Faktor harga juga turut mempengaruhi minat pembeli. Kebanyakan buku akademik dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan majalah picisan yang menjadi kegilaan remaja. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mestilah melakukan kajian bagaimanakah kaedah menghasilkan buku akademik yang dapat dijual dengan harga yang lebih murah.

Sistem pemasaran buku yang tidak dilaksanakan dengan baik sebenarnya boleh menjadi faktor penyebab kenapa penjualan buku menjadi lembab. Sepatutnya buku-buku akademik keluaran DBP wajar dijual di pelbagai tempat,dan tidak semestinya di toko-toko buku yang besar sahaja. Biarlah buku-buku sebegini mudah diperoleh seperti juga buku-buku komik, kartun dan majalah picisan yang lain. Nescaya buku-buku keluaran DBP dapat dijual dengan laris.

Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan buku-buku akademik keluaran DBP menghadapi masalah penjualan di pasaran.

(Diubahsuaikan daripada Format Pentaksiran BM, LPM)

Page 2: Bahagian A(i) · Web viewtidak melebihi 80 patah kata. Kenyataan yang menjelaskan bahawa buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bernilai RM40 juta tidak terjual di pasaran

SULIT 02/23

Bahagian A(ii): Pemahaman[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah yang anda faham tentang rangkai kata majalah picisan?[2 markah]

2. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan penjualan buku akademik.[4 markah]

3. Huraikan secara ringkas dua cara yang dapat dilaksanakan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

[4 markah]

Bahagian B[Masa yang dicadangkan: 25 minit]

[20 markah]

Lihat gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan penganjuran Sukan Olahraga Tahunan kepada pelajar. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah kata.

Page 3: Bahagian A(i) · Web viewtidak melebihi 80 patah kata. Kenyataan yang menjelaskan bahawa buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bernilai RM40 juta tidak terjual di pasaran

SULIT 02/24

Foto Cikgu Azemi

Bahagian C[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[40 markah]

Tulis suatu karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.

(a) Alam sekitar yang tercemar boleh menyebabkan kehidupan manusia terancam.Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang tercemar.

(b) Rakan atau sahabat merupakan orang yang penting dalam kehidupan kita.Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh apabila mempunyai rakan atau sahabat yang ramai.

(c) Anda sekeluarga telah bercuti di salah sebuah destinasi perkelahan yang menarik.Ceritakan pengalaman anda semasa perkelahan itu.

(d) Anda telah terpilih untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili para pelajar sempena majlis perpisahan Tuan Pengetua yang akan bersara pada minggu depan.Sediakan teks ucapan selengkapnya.

(e) Peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh” sering digunakan dalam usaha untuk mengeratkan perpaduan masyarakat di negara kita. Tulislah sebuah cerita yang sesuai dengan peribahasa itu selengkapnya.

Bahagian D[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, 2 atau 3.

(a) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud.(b) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain.

TEMA : Ialah idea utama yang menjadi pokok sesuatu novel.

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan temanya dan berikan DUA contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan tema tersebut.

(c) Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin.

Disediakan oleh:Cikgu Mohamad Azemi Zawawi

Ketua Panitia Bahasa MelayuSM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.