1_perlembagaan (2).doc

Upload: musa-muhamad

Post on 07-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAANPERSATUAN BAHASA INGGERIS1. NAMA DAN ALAMAT

Nama PertubuhanPERSATUAN BAHASA INGGERISAlamat

SK BANDAR BARU BANGI 43650 BANDAR BARU BANGI SELANGORAlamat lain (jika ada).................................................................................................

...................................................................................................2. TUJUAN

Tujuan penubuhan adalah:

a. Membantu pelajar agar maju dalam BAHASA INGGERISb. Menjalankan projek yang ada berkaitan dengan BAHASA INGGERISc. Menambahkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar.

d. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam lapangan yang berkaitan.

3. KEAHLIAN

Keahlian PERSATUAN BAHASA INGGERIS adalah terbuka kepada

semua pelajar sekolah ini.4. YURAN

Tiada sebarang kutipan yuran keahlian akan dilakukan kecuali bayaran pendaftaran bagi pasukan beruniform.

5. PENTADBIRAN

a. Pentadbiran PERSATUAN BAHASA INGGERIS adalah di bawah kelolaan:

i. Mesyuarat Agung Tahunan

ii. Jawatankuasa Pentadbiran

iii. Jawatankuasa Sementara

b. Tahun pergerakan bagi pertubuhan PERSATUAN BAHASA INGGERIS adalah mengikut tahun persekolahan biasa.

6. MESYUARAT AGUNG TAHUNANa. Mesyuarat Agung tahunan diadakan bagi setiap tahun tidak lewat daripada hari terakhir persekolahan.b. Pemberitahuan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu minggu sebelum mesyuarat.

c. Satu pertiga daripada jumlah ahli yang berdaftar adalah dikehendaki bagi membolehkan Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan.

d. Pengerusi Jawatankuasa hendaklah menjadi Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan.

e. Mesyuarat Agung Tahunan akan menerima laporan/penyata tahunan, memutuskan sebarang perkara mengenai pertubuhan, melantik Ahli Jawatankuasa Sementara dan memutuskan perkara-perkara dalam agenda.

7. MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

a. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan apabila:

i. Dirasakan mustahak oleh Jawatankuasa Pentadbiran.

ii. Diminta oleh sekurang-kurangnya 15 ahli secara bertulis.

b. Pemberitahuan Mesyuarat Agung Tergempar kepada ahli hendaklahdibuat tidak kurang daripada 6 jam mesyuarat itu diadakan.c. Kehadiran satu pertiga daripada ahli yang berdaftar adalah diperlukan bagi membolehkan mesyuarat ini dijalankan.

8. JAWATANKUASA PENTADBIRAN

a. Jawatankuasa Pentadbiran adalah mengandungi:

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Bendahari

v. Ahli Jawatankuasa (tidak kurang daripada 4 orang)

b. Jawatankuasa pentadbiran adalah badan yang menjalankan dasar dan hal ehwal pergerakannya.

c. Jawatankuasa pentadbiran hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap penggal persekolahan.

d. Kehadiran sekurang-kurangnya satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa Pentadbiran adalah perlu sebelum mesyuarat dapat dijalankan.

9. KEWAJIPAN DAN KUASA JAWATANKUASA PENTADBIR

a. Berkuasa melantik Jawatankuasa kecil untuk menguruskan perjalanan pertubuhan.

b. Berkuasa melantik mana-mana ahli untuk menggantikan kekosongan dalam jawatankuasa pentadbiran untuk berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan.

c. Membentuk dasar dan rancangan dalam melaksanakan perkara 2 perlembagaan ini (dengan persetujuan Penasihat).

d. Membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan satu laporan lengkap (Penyata Tahunan)bagi menerangkan aktiviti yang dijalankan.

10. TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENTADBIR

a. Pengerusi:

Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan.

b. Naib Pengerusi:

Menjalankan urusan Pengerusi dalam masa ketiadaan atau keuzurannya dan juga membantu Pengerusi pada bila-bila masa.

c. Setiausaha:

Mengelolakan kerja-kerja mengikut perlembagaan dan perintah Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Tergempar dan Mesyuarat Pentadbir.

11. JAWATANKUASA SEMENTARA

a. Jawatankuasa Sementara ialah badan yang mentadbir pertubuhan dalam tempoh selepas Mesyuarat Agung Tahunan dan sehingga kepada Mesyuarat Rasmi.

b. Ahli Jawatankuasa Sementara akan disahkan perlantikannya sebagai Ahli Jawatankuasa Pentadbir dalam mesyuarat rasmi yang akan diadakan selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari.

c. Syarat-syarat bagi mengadakan Mesyuarat Rasmi adalah sama seperti mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

d. Selain daripada mengesahkan perlantikan Ahli Jawatankuasa Pentadbiran, Mesyuarat Rasmi juga hendaklah membincangkan dan meluluskan Rancangan Tahunan Pertubuhan.

12. KEWANGAN

a. Kewangan pertubuhan hanya boleh dibelanjakan kerana perkara-perkara berikut:

i. Urusan pentadbiran pertubuhan menurut kelulusan Ahli Jawatankuasa dan apabila dibenarkan oleh Penasihat.

ii. Mengadakan kegiatan yang bersesuaian dengan kehendak perkara 2 Perlembagaan.b. Semua wang tunai hendaklah disimpan oleh Bendahari dalam masa penggal persekolahan (walau bagaimanapun Bendahari hanya boleh menyimpan wang tunai yang jumlahnya kurang daripada RM20. Jika wang tunai melebihi angka itu, wang itu hendaklah juga diserahkan kepada guru penasihat).

c. Dalam masa cuti penggal, Bendahari hendaklah menyerahkan semua wang pertubuhan bersama dengan buku kira-kira kewangan yang dikemaskinikan hendaklah diserahkan kepada guru penasihat.d. Semua wang pertubuhan hendaklah digunakan untuk mengendalikan aktiviti pertubuhan bagi tahun semasa. Pada akhir tahun persekolahan, buku kira-kira kewangan/penyata kewangan yang dikemaskini hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

13. PENASIHAT

Guru penasihat pertubuhan adalah dilantik oleh pentadbir sekolah. Nasihat dan pimpinan guru penasihat wajib diikuti oleh semua ahli dalam semua perkara.

14. PINDAAN

a. Segala pindaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dengan mendapat persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga ahli yang hadir.

b. Tiap-tiap pindaan akan berjalan kuatkuasanya hanya setelah diluluskan oleh pihak sekolah.

15. PEMBUBARAN

a. Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan sendiri melainkan dengan persetujuan tidak kurang satu pertiga daripada ahli yang hadir dan hanya sah apabila pembubaran itu diluluskan oleh Guru Besar.

b. Jika pertubuhan itu dibubarkan segala harta bendanya mestilah diserahkan kepada sekolah.Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah......................................................

Tarikh: ..............................

(Guru Besar/Cop)

....................................................

.....................................................

Tandatangan Pengerusi

Tandatangan Setiausaha

(

)

(

)

.................................................

( SANDRY SABRY BIN YAACOB )

UNIT KOKURIKULUM

SK BANDAR BARU BANGI

43650 BANDAR BARU BANGI Tel : 03-89250033

SELANGOR DARUL EHSAN Faks: 03-89250033