1.perbezaan kbsr dan kssr

Upload: yazihjahiri

Post on 03-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 1.Perbezaan Kbsr Dan Kssr

    1/3

    A.PERBEZAAN KBSR DAN KSSR1. Reka Bentuk KurikulumReka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu:

    1.1.Bidang komunikasi,Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang

    mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil.

    Antara objektif penting pembentukan KBSR juga telah menekankan penguasaan

    terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira

    1.2.Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar

    Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu

    Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran

    yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan

    Islam dan Pendidikan Moral.

    1.3.Bidang perkembangan diri individu

    Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada

    komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan

    Seni dan Pendidikan Jasmani.

    Manakala KSSR terbahagi kepada 6 Tunjang.Tunjang-tunjang KSSR adalah seperti

    berikut:

    1.3.1 Tunjang Komunikasi

    Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

    1.3.2 Tunjang .Sains & Teknologi

    Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

    Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik

    Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

    1.3.3. Perkembangan Fizikal & Estetika

  • 7/28/2019 1.Perbezaan Kbsr Dan Kssr

    2/3

    Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

    Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

    1.3.4.Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai

    Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

    1.3.5.Tunjang Kemanusiaan

    Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara

    dan global

    Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

    1.3.6. Tunjang Keterampilan Diri

    Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

    2. Bahan Kurikulum.

    KBSR menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran.

    Sukatan pelajaran dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan

    sesuatu subjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran yang diperincikan

    daripada Sukatan Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk

    perancangan tahunan sepanjang tahun yang mengandungi Objektif,Hasil

    Pembeajaran,aktiviti dan nilai-nilai.

    Selain itu dalam KBSR penggunaan buku teks dan buku panduan guru juga untuk

    dibekalkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

    Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu

    2.1 Dokumen Standard.

    Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan

    pengajaran mereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen

    utama yang terdapat dalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan

    umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh

    dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar

    mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan

    melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai

    dalam bentuk yang boleh diukur.

  • 7/28/2019 1.Perbezaan Kbsr Dan Kssr

    3/3

    2.2 Modul Pengajaran.

    Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan

    pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk

    mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

    2.3 Modul pembelajaran.

    Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman

    terhadap sesuatu isi pembelajaran.

    Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka

    pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu

    membaca ,menulis, mengira dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu

    membaca,menulis dan mengira