1.pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Upload: samuel-noeid

Post on 04-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    1/7

    02/09/20

    PEMBANGUNAN POLITIK DALAM

    KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

    DI MALAYSIA

    THE CHANGING WORLD

    If anything is certain, it is that change is certain.

    The world we are planning for today

    Will not exist in this form tomorrow.

    Philip Crosby

    OBJEKTIF

    1. Memahami integrasi politik yang wujud antara pelbagai etnik diMalaysia melalui penubuhan Parti Perikatan.

    2. Membincangkan peristiwa rusuhan etnik Mei 1969 dan kerajaandarurat.

    3. Mengenalpasti penyusunan semula politik di Malaysia untukmenyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan konsep Rakyat MalaysiaBaru.

    4. Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi

    mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

    PENGENALAN

    Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dariaspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain.

    Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabilsupaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni.

    Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yangberbeza.

    Kerajaan telah berusaha bertungkus-lumus mewujudkan integrasi politikdan perpaduan nasional dalam usaha membentuk masyarakat Malaysiaselepas merdeka.

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    2/7

    02/09/20

    INTEGRASI POLITIK

    Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuhkesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuhkesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara(Rabushka, 1968).

    Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan.Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan integrasi politik t idaklagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum. Sebagaisatu proses pula, integrasi politik akan menyebabkan berlakunyaperubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah negara(Rabushka, 1968).

    Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik -

    pilihanraya setiap lima tahun --pemimpin-pemimpin parti

    politik yang memerintah negara hendaklah empunyai

    semangat perundingan dan kerjasama dikalangan parti-

    parti politik bagi memastikan penyertaan bersama dalam

    proses pentadbiran negara.

    PARTI PERIKATAN

    Satu keistimewaan Malaysia, parti-parti politik perkauman

    telah dapat mencipta hubungan kerja antara satu sama

    lain.

    Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah

    semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila

    cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA.

    Wujudnya parti Perikatan

    UMNO & MCA1952

    MIC masuk 1955

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    3/7

    02/09/20

    RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN

    DARURAT

    Pilihanraya Persekutuan tahun 1969

    Dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa.

    Semenjak merdeka, Malaysia telah berhadapan dengan

    ancaman luaran dan dalaman yang telah meredakan

    tuntutan kelompok etnik demi perpaduan negara.

    Pada tahun 1969, faktor-faktor tersebut tidak wujud lagi.

    Setiap kelompok etnik melihat pilihanraya tahun itu

    sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri

    terhadap pencerobohan kelompok lain.

    Keputusan pilihanraya - satu pukulan

    teruk kepada Parti Perikatan

    Masih memegang majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat,

    tetapi merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66,

    dan jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964

    kepada 48.5% pada tahun 1969

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    4/7

    02/09/20

    Perarakan antara parti politik pada 13 Mei bertukar, menjadi

    keganasan yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah artikel 150 dari

    Perlembagaan.

    Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysiadiperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yangdiketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak,selama 18 bulan.

    Berikutan peristiwa tersebut, Tunku Abdul Rahman telahmeletak jawatan sebagai pemimpin UMNO dan PerdanaMenteri.

    Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas mentadbirnegara

    PENYUSUNAN SEMULA POLITIK

    Februari 1971, berlaku pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh DewanRakyat setelah pemerintahan berparlimen dipulihkan.

    Pindaan-pindaan tersebut bertujuan menghapuskan isu-isu sensitif dikalangan rakyat pelbagai etnik supaya pemerintahan secara demokrasiberparlimen dapat berjalan dengan lancar serta memperbetulkan keadaanyang tidak seimbang dalam sektor-sektor tertentu.

    Sebarang perbincangan umum, walaupun oleh ahli-ahli parlimen, mengenaiperkara-perkara yang menyentuh kuasa dan taraf Raja -raja Melayu, hak-hakistimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasaKebangsaan dan Islam

    sebagai agama rasmi negara dianggap sebagai menghasut (Leonard danBarbara Andaya, 1983).

    Pindaan tersebut juga menentukan kuota bilangan pelajar

    bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi sebagai satu cara

    mewujudkan keseimbangan etnik dalam profesion.

    Tindakan ini bertujuan untuk mengkhususkan tempat belajar

    bagi anak-anak Melayu dan kaum Bumiputera lain di

    Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam bidang pengajian

    tertentu seperti kejuruteraan, perubatan dan sains.

    Kesan yang paling penting dari pindaan perlembagaan ialah

    sekatan melakukan perbincangan mengenai isu sensitif.

    Justeru kerajaan mudah melaksanakan dasar-dasarnya.

    Parlimen dan pihak media menjadi alat pengesahan dan sebulat

    suara dan tidak lagi menjadi pengkritik terhadap tindakan

    kerajaan.

    Istilah muhibah yang bermakna berbaik-baik antara semua

    kumpulan etnik menjadi cogankata kerajaan selepas tahun 1969

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    5/7

    02/09/20

    Barisan Nasional

    1971 -Tun Abdul Razak telah meluaskan gabungan

    Perikatan untuk membentuk satu Barisan Nasional yang

    terdiri daripada 10 parti politik, termasuk PAS, untuk

    bertanding dalam pilihanraya Persekutuan tahun 1974.

    Pilihanraya Persekutuan bulan Ogos1974

    Barisan Nasional berjaya mengatasi perbalahan antara

    parti mengenai pembahagian kerusi yang pernah

    menggentingkan suasana dalam Parti Perikatan.

    Kepimpinan Tun Abdul Razak, -mengenakan disiplin yang

    ketat sehingga Barisan Nasional dapat menghadapi

    pilihanraya tersebut dengan jayanya.

    Kejayaan Tun Abdul Razak melalui dasar-dasar yang

    sederhana yang dapat mengurangkan ketegangan serta

    menghapuskan kecurigaan dikalangan kumpulan-kumpulan

    etnik.

    Tun Abdul Razak digantikan oleh Datuk Hussein Onn,anak kepada pengasas UMNO iaitu Dato Onn bin Jaafar.

    - seorang yang berpengalaman dalam bidang politik nasional.Semasa pemerintahannya, beliau mampu menanganisebarang isu sensitif dalam politik Malaysia.

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    6/7

    02/09/20

    PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN

    PELBAGAI

    ETNIK DI MALAYSIA

    Masyarakat berbilang kaum dan agama- aliran pendidikan

    dan amalan budaya yang berbeza antara kaum - telah

    menyukarkan usaha menyatupadukan penduduk Malaysia.

    Timbul kesedaran tentang kepentingan penyatuan rakyat

    melalui pendidikan.

    Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan

    Kebangsaan untuk membentuk satu identiti baru.

    Pandangan anda

    Pendidikan dapat mewujudkan integrasicadangkan

    caranya.

    2

    Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuatmenerusi Laporan Razak 1956.

    Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib yangdibentuk selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun 1959 -dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato Abdul Rahman Talibdengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahliUMNO.

    Dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam AktaPelajaran 1961.

  • 7/31/2019 1.Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

    7/7

    02/09/20

    Seterusnya (1961), Dasar Pendidikan Kebangsaan telah

    digubal untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui

    pendidikan. Dasar ini memberi penekanan kepada

    keperluan pembangunan, pembentukan identiti,

    pemantapan pemikiran dan perpaduan negara.

    RAKYAT MALAYSIA BARU

    Kerajaan berusaha mewujudkan 'rakyat Malaysia baru'. - menolakkonsep asimilasi yang mahu menukar setiap orang di Malaysia supayamenjadi orang Melayu. Sebaliknya kerajaan menggalakkan integrasimasyarakat supaya menentukan satu identiti Malaysia yang mempunyaiterasnya tradisi-tradisi kebudayaan dan bahasa orang Melayu.

    Rancangan kemajuan tanah kerajaan, skim galakan ekonomi dan programlatihan teknik menyumbang ke arah memberi orang Melayu bahagianyang lebih besar dalam ekonomi negara.

    Tetapi kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu luar

    bandar semakin membimbangkan.

    Kesudahannya, ramai keluarga Melayu dari luar bandar

    berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

    TERIMA KASIH