(1)modul kemahiran belajar

Upload: njumaatun5171

Post on 06-Apr-2018

402 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    1/13

    MODUL KEMAHIRAN BELAJAR

    SINOPSIS

    Modul kemahiran belajar ini sesuai dijalankan kepada semua pelajar tidak kira di sekolah rendah,

    menengah mahupun di universiti. Pelaksanaan modul ini, pelajar akan dapat mengetahui tentang

    kekuatan dan kelemahan diri mereka seterusnya dapat menggunakan teknik belajar yang sesuai

    untuk memperolehi pencapaian akademik yang baik dan cemerlang. Melalui modul ini para pelajar

    bukan sahaja akan memperolehi teknik belajar yang berkesan, malah dapat mengetahui kekuatan

    kumpulan masing-masing dalam membantu diri mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

    OBJEKTIF

    1. Ahli dapat mengetahui peri pentingnya mempunyai kaedah kemahiran

    mendengar,menghafal dan mengingat untuk pembelajaran yang berkesan.

    2. Menjana pemikiran yang kreatif dan kritis dalam pembelajaran.

    3. Menggalakkan pelajar menggembleng pelbagai kaedah kemahiran mendengar, menghafal

    dan mengingat dalam teknik belajar yang berkesan.

    4. Mewujudkan sikap kerjasama para peserta khususnya dalam menimba ilmu pengetahuan.

    5. Meningkatkan kemahiran komunikasi para peserta agar dapat mencapai matlamat semasa

    proses pembelajaran.

    6. Melatih pelajar untuk membuat sebarang perancangan dan pelan tindakan berdasarkankekuatan yang ada pada diri masing-masing sebelum melakukan sesuatu agar tidak

    merugikan diri sendiri.

    7. Meningkatkan kebolehan dan keupayaan diri melalui proses pengulangan sesuatu perkara

    yang agak sukar dilakukan

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    2/13

    KUMPULAN SASARAN

    Pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

    KAEDAH

    1. Aktiviti dimulakan dengan sesi ice-breakingdan energizerdalam kumpulan yang besar.

    2. Aktiviti energizer berterusan sehingga selesai modul di mana aktiviti ini diselitkan dalam

    mana-mana aktiviti lain ikut kemahuan fasilitator.

    3. Kumpulan yang besar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang kecil mengikut tema

    yang telah ditetapkan.

    4. Beberapa aktiviti dijalankan dalam dengan pecahan kumpulan ini.

    5. Pada akhir modul, pelajar akan bersama-sama menyanyikan lagu dalam kumpulan yang

    besar untuk menaikkan semangat belajar.

    MASA

    1 jam 40 minit

    PERLAKSANAAN MODUL

    ENERGIZER: TOM-TOM CHOP!!

    Masa: 15 minit

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    3/13

    Alatan dan bahan: Tiada

    Pelaksanaan Aktiviti:

    1. Fasilitator memberikan arahan serta menunjukkan kepada para peserta tentang cara-cara

    untuk melakukan aktiviti Tom-tom Chop!!

    i. Pertama: Pelajar dikehendaki menepuk sekali dan menyentuh hidung.

    ii. Kedua: Pelajar dikehendaki menepuk sebanyak dua kali dan menyentuh dagu.

    iii. Ketiga: pelajar dikehendaki menepuk sebanyak tiga kali dan menyentuh siku.

    2. Fasilitator juga harus menjelaskan satu mewakili tepukan pertama, dua mewakili tepukan

    kedua dan tiga mewakili tepukan ketiga.

    3. Setelah jelas aktiviti ini dijalankan mengikut urutan 123321321123

    4. Fasilitator harus menjelaskan bahawa aktiviti ini akan berterusan sehingga ke akhir sesi dan

    akan dijalankan pada bila-bila masa bergantung kepada fasilitator.

    Falsafah dan pengajaran:

    1. Menyegarkan minda para peserta.

    2. Menyuntik semangat para peserta untuk mulakan sesi.

    3. Meningkatkan kefahaman peserta.

    4. Meguji tahap kepekaan dan kecekapan peserta.

    ICE-BREAKING: TANGKAP MUAT

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    4/13

    Masa: 20 minit

    Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop) iringi muzik

    Pelaksanaan aktiviti:

    1. Para peserta dikehendaki membuat satu bulatan yang besar dan membilang dari nombor satu

    sehingga 6 seterusnya diulang sehingga ke peserta akhir.

    2. Peserta yang bernombor genap dikehendaki membuat satu bulatan besar didalam manakala

    peserta yang bernombor ganjil membuat bulatan di luar bulatan genap.

    3. Apabila muzik dimainkan, peserta bernombor genap harus bergerak megikut arah pusingan

    jam. Sebaliknya peserta yang bernombor ganjil perlu bergerak mengikut arah lawan jam.

    4. Setelah muzik diberhentikan, para peserta secara automatik akan mendapat pasangan

    masing-masing yang berhadapan dengan mereka.

    5. Seterusnya para peserta bersama pasangan masing-masing dikehendaki menghafal nama

    penuh peserta dan juga ibu bapa peserta dan fasilitator akan memilih beberapa peserta untuk

    tampil ke hadapan menceritakan tentang keluarga pasangan masing-masing.

    6. Muzik dimainkan semula dan para peserta bergerak dengan arah pusingan jam dam lawan

    jam.

    7. Apabila muzik diberhentikan, seperti sebelum ini para peserta secara automatik akan

    bersama pasangan lain yang berhadapan dengan mereka.

    8. Para peserta harus menghafal tarikh lahir, sekolah rendah dan sekolah menengah pasangan

    masing-masing dan fasilitator akan memilih beberapa peserta untuk tampil ke hadapan

    menceritakan tentang pasangannya.

    9. Muzik dimainkan semula, para peserta bergerak ikut arah jam dan lawan jam.

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    5/13

    10. Setelah muzik diberhentikan, para peserta secara automatik bersama pasangan lain yang

    berhadapan dengan mereka.

    11. Seterusnya setiap pasangan harus mencipta satu trademark bersama pasangan masing-

    masing dan fasilitator akan memilih beberapa pasangan untuk mempersembahkan trademarktersebut.

    12. Fasilitator akan meminta maklum balas atau refleksi para peserta tentang aktiviti ini.

    Falsafah dan pengajaran:

    1. Kita perlu pandai mengadaptasi diri dengan pelbagai situasi.

    2. Jika kita bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi, kita tidak akan rasa

    dipinggir atau diketepikan.

    3. Kita perlu berkomunikasi dengan baik agar dapat berinteraksi dengan mudah serta

    mengeratkan perhubungan.

    4. Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan kita perlu menerima

    kelebihan dan kekurangan tersebut.

    AKTIVITI 1: EXCELLENTNYA MINDAKU

    Masa: 20 minit

    Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop)

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    6/13

    Pelaksanaan:

    1. Pada permulaan aktiviti, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang telah

    ditetapkan oleh fasilitator iaitu kumpulan genap dan ganjil.

    2. Fasilitator memberikan serba sedikit arahan aktiviti kali ini yang berbentuk nyanyian dan

    pertandingan.

    3. Sebelum dijalankan, fasilitator akan mengajar para peserta tentang cara-cara menyanyikan

    lagu tersebut.

    4. Setelah para peserta faham dan mula mengingat lagu tersebut, pertandingan tersebut

    dimulakan.

    5. Kumpulan ganjil akan mulakan nyanyian kemudian diteruskan oleh kumpulan genap.

    Nyanyian tersebut diteruskan dengan mengulangi semua angka yang telah disebut.

    Nyanyian semakin lama semakin laju.

    6. Kumpulan yang dapat meneruskan nyanyian tanpa henti akan dikira sebagai pemenang bagi

    pertandingan ini.

    Falsafah dan pengajaran:

    1. Peserta dapat mengekalkan ingatan mereka kearah ingatan jangka panjang dan disimpan

    dalam memori mereka.

    2. Pengulangan kata atau ayat yang dilakukan secara berulang-ulang akan meningkatkan daya

    ingatan seseorang pelajar bahkan pada masa ini para peserta dapat menunjukkan

    kemampuan sebenar daya ingatan mereka.

    3. Peserta juga akan lebih berhati-hati semasa mengulangi ayat yang mempunyai bunyi yang

    hampir sama untuk diingati kerana kesalahan yang tidak disengajakan akan menyebabkan ia

    berulang kembali.

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    7/13

    Lampiran aktiviti pertama: Excellentnya Mindaku

    Satu orang pergi, pergi potong lalang,

    Satu orang dengan parang pergi potong lalang

    Dua orang pergi, pergi potong lalang,

    Dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

    Tiga orang pergi, pergi potong lalang,

    Tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

    Empat orang pergi, pergi potong lalang,

    Empat orang, tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

    Lima orang pergi, pergi potong lalang,

    Lima orang, empat orang, tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi potong lalang

    Enam orang pergi, pergi potong lalang,

    Enam orang, lima orang, empat orang, tiga orang, dua orang, satu orang dengan parang pergi

    potong lalang

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    8/13

    Dan seterusnya bergantung kepada kemampuan para peserta serta masa yang telah

    ditetapkan.

    AKTIVITI 2: KECIL-KECIL CILI PADI

    Masa: 20 minit

    Alatan dan bahan: Kertas A4, batang mancis, pen/pensil, komputer riba (laptop).

    Pelaksanaan:

    1. Bergantung kepada kekreatifan fasilitator untuk meminta para peserta membentuk enam

    kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang ahli.

    2. Setiap kumpulan diberikan 26 batang mancis dan juga sehelai kertas A4.

    3. Dengan menggunakan 26 batang mancis tersebut, para peserta diminta untuk membentuk

    BULAN di KIRI dan BINTANG di sebelah kanan pada kertas A4 yang diberikan tadi.

    4. Bergantung kepada kekreatifan para peserta dalam kumpulan masing-masing untuk

    membentuk BULAN dan BINTANG dengan menggunakan 26 batang mancis tersebut.

    5. Dalam masa yang sama setiap kumpulan perlu menyenaraikan sebanyak mungkin simpulan

    bahasa dan destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia.

    6. Setiap kumpulan diberikan masa kira-kira tujuh hingga sepuluh minit bagi menyiapkan

    bentuk tersebut dan membawanya ke hadapan di mana fasilitator berada.

    7. Ketika membawa hasil kerja tersebut, setiap peserta wajib memegang sekurang-kurangnya

    bucu kertas A4 dan perlu berhati-hati agar hasil kerja mereka berada dalam keadaan elok

    semasa sampai ke hadapan.

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    9/13

    8. Jika sebaliknya, kumpulan tersebut harus menyusun kembali bentuk tersebut.

    9. Kumpulan yang berjaya menunjukkan hasil kerja mereka terlebih dahulu dan hasil kerja

    mereka berada dalam keadaan baik akan dikira sebagai pemenang.

    10. Setelah aktiviti selesai, fasilitator menanyakan kepada beberapa peserta tentang perjalanan

    aktiviti tersebut seterusnya membuat refleksi.

    Falsafah dan pengajaran:

    1. Para peserta sedar bahawa sukarnya mengurus masa dengan sistematik dan mereka perlu

    bijak dalam membahagikan masa.

    2. Masa tidak akan pernah tunggu kita, maka kita perlu sentiasa berusaha untuk merebut semua

    peluang yang ada di hadapan kita bagi membolehkan setiap yang kita inginkan dapat

    dicapai.

    3. Kemahiran dan sikap kreatif amat penting untuk membolehkan kita menyiapkan semua

    tugasan yang baik terutamanya ketika waktu kecemasan.

    4. Menyedarkan para peserta betapa pentingnya kerjasama dalam sesebuah kumpulan bagi

    menyiapkan tugasan yang diberikan dalam waktu yang singkat.

    ENERGIZER: TITANIC

    Masa: 15 minit

    Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop)

    Pelaksanaan:

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    10/13

    1. Para peserta diminta duduk dalam keadaan selesa dan santai sementara fasilitator

    menerangkan tentang perjalanan aktiviti ini.

    2. Setelah itu fasilitator membayangkan kepada para peserta ke alam fantasi seperti contoh di

    bawah:

    Kononnya semua peserta sedang belayar menaiki sebuah kapal besar dalam sebuah

    percutian di tengah-tengah lautan, dalam keasyikan menikmati keindahan di tengah-tengah

    lautan

    Tiba-tiba berlaku sedikit perlanggaran kecil sehingga menyebabkan kebocoran

    pada kapal tersebut. Semua peserta kelam kabut menyelamatkan diri masing-masing.

    Bermacam-macam gelagat peserta dapat disaksikan semasa cuba menyelamatkan diri di

    atas kapal tersebut Semua pergerakan adalah bergantung kepada fasilitator yang

    memberikan arahan.

    (contoh: bergerak ke kiri, ke kanan, melompat, terpelanting, jatuh, tenggelam)

    3. Para peserta harus sentiasa peka dengan arahan yang diberikan.

    4. Akhir aktiviti, para peserta diminta berkongsi serba sedikit tentang aktiviti ini.

    Falsafah dan pengajaran:

    1. Menyegarkan kembali minda para peserta.

    2. Mengekalkan semangat para peserta untuk teruskan aktiviti.

    3. Menguji tahap kepekaan dan kecekapan para peserta.

    COOLING DOWN: SUNTIKAN SEMANGAT

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    11/13

    Masa: 10 minit

    Alatan dan bahan: Komputer riba (laptop), pembesar suara

    Pelaksanaan:

    1. Peserta diminta berdiri dalam bulatan dan berada dalam keadaan santai.

    2. Fasilitator akan memaparkan lirik lagu Pesan Abang pada skrin di hadapan untuk tatapan

    para peserta.

    3. Para peserta diminta menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dengan sepenuh hati

    bersama iringan muzik.

    Lampiran Coolling Down: Lagu Pesan Abang

    Adikku muda remaja

    Awasi bila melangkah

    Wajahmu manis bak bunga

    Pasti ramai yang tergoda

    Tidak dilarang kau bersuka

    Asal tahu kan batasnya

    Jangan sampai adik terlupa

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    12/13

    Harapan dan cita-cita

    Ibu dan ayah

    Menaruh harapan

    Agar kau Berjaya

    Di hari kemudian

    Bila tiba waktu petang

    Dari sekolah kau pulang

    Bergalas buku di pinggang

    Siapa lihat pasti tertawan

    Adik masih bersekolah

    Awas segala dugaan

    Adik kan ambil ambil periksa

    Agar senang masa depan

    (ulang korus hingga akhir)

    Falsafah dan pengajaran:

  • 8/2/2019 (1)Modul Kemahiran Belajar

    13/13

    1. Aktiviti ini akan jadi lebih menarik dengan selingan nyanyian ini.

    2. Penghayatan lirik dan lagu ini boleh meningkatkan motivasi para peserta untuk belajar

    bersungguh-sungguh.

    3. Aktiviti hiburan juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk motivasi dan perangsang

    untuk belajar jika digunakan dengan cara yang betul.