18 09 2013 definisi dan sejarah kerjaya_sudah

9
Definisi dan sejarah Kerjaya Pengenalan Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan / kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil Che’ Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya. Perkembangan kerjaya pula adalah satu proses yang formal, tersusun serta suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Ia juga merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu organisasi untuk masa kini dan masa datang. Dalam pemilihan kerjaya pula, Ginzberg menyatakan tentang 3 teori yang menggerakkan seseorang ke arah kerjaya yang menjadi pilihan sama ada kekal atau sementara dalam hidupnya. a) Accidential theory – di mana individu secara tidak sengaja atau sengaja menceburi kerjaya tersebut akibat dari sesuatu peristiwa, desakan, pengaruh atau kebetulan. b) Impulse theory

Upload: siti-norbaizura-shafiqah

Post on 02-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Definisi dan sejarah kerjaya

TRANSCRIPT

Definisi dan sejarah Kerjaya

PengenalanMenurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan / kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil Che Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.

Perkembangan kerjaya pula adalah satu proses yang formal, tersusun serta suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Ia juga merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu organisasi untuk masa kini dan masa datang.

Dalam pemilihan kerjaya pula, Ginzberg menyatakan tentang 3 teori yang menggerakkan seseorang ke arah kerjaya yang menjadi pilihan sama ada kekal atau sementara dalam hidupnya. a) Accidential theory di mana individu secara tidak sengaja atau sengaja menceburi kerjaya tersebut akibat dari sesuatu peristiwa, desakan, pengaruh atau kebetulan. b) Impulse theory atas rasa hati atau emosi terhadap kerjaya yang dilihat, dibaca, diselidik atau dialami oleh individu lain yang signifikan dengannya. c) Bimbingan vokasional hasil dari maklumat-maklumat kerjaya dari bahan-bahan sebaran, baucer, handouts dan lain-lain atau kaunselor kaunseling kerjaya.

Proses membuat keputusan adalah kompleks dan unik kepada setiap individu, bergantung kepada faktor kognitif dan struktur sosial individu. Dalam pada itu, individu menilai pemilihan mereka dengan menimbang nilai-nilai, minat, pencapaian dan pengalaman serta secara luarannya mendapatkan penerimaan dan perakuan dalam persekitaran pekerjaan. (Mohamed Fadzil Che Din dan Rashidah Dato Haji Omar, 2002).Definisi dan sejarahDefinisi istilahKerjaya (career) merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan (Sharf, 1997) Ianya juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya (Sharf, 1997). Menurut National Career Development kerjaya adalah kerja dan tingkahlaku yang dilakukan oleh individu yang mengambil tempat sepanjang kehidupannya.Perkembangan kerjaya

Perkembangan kerjaya menurut Counseling Association ialah; .. A total of constellation of psychological, sociological, educational, physical, economic and chance factors that combine to influence the nature and significance of work in the total of life span of any given individual @ keseluruhan gabungan yang terdiri daripada psikologi, sosiologi, fizikal facility, building ekonomi dan faktor peluang.Peluang terdiri daripada yang nampak dan yang tak nampak.Pemilihan kerjaya merupakan keputusan yang diambil dan dipilih oleh individu untuk melakukan sesuatu kerja atau tingkahlaku pada masa tersebut.Job

Job task ( tugasan) merujuk kepada keadaa yang memerlukan kepada sesuatu kemahiran di dalam sesebuah organisasi. Pekerjaan

merujuk kepada pekerjaan-pekerjaan yang bterdapat di dalam sesebuah organisasi. Ianya wujud tanpa mengira sama ada seseorang individu menjawat jawatan tersebut atau tidak.Kaunseling kerjaya Merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri, minat, sikap yang melibatakan individu terlatih dan berlesen (Myrick, 1997, p.3)Aktiviti

Aktiviti bersangkutan dengan proses menolong pelajar untuk memilih kerjaya sepanjang kehidupan. Segala aspek keperluan individu. Menjelaskan pembuatan keputusan kerjaya.Bimbingan kerjaya.Merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. (Myrick, 1997, p.3.) Biasanya diberikan oleh pendidik profesional sepeeti guru dan kaunselor dan dibantu oleh sistem sokongan yang lain. (Myrick, 1997, p.3.). Jadi bimbingan kerjaya merupakan sebahagian drp program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada program bimbingan yang melibatkan memberikan kaunseling kepada pelajar berkaitan perkembangan kerjaya.Sejarah perkembangan kaunseling kerjaya.1) Revolusi perindustrianKebangkitan era perindustiran pada tahun 1800 banyak mengubah persekitaran.Manusia bertumpu di bandarImigrasi

Pertumbuhan dan banyak tumpuan di bandarIndividu hilang identitiLahirnya pergerakan untuk memperbetulkan keadaan dan kehidupan memperbaiki kualiti kehidupan.2) Pengkaji tentang perbezaan manusia

Reaksi daripada kepadatan dan keadaan kehidupan hasil daripada revolusi tersebut:

Dimulakan oleh Francis Galton (England, 1874)

1879 Wilhelm Wunt menubuhkan makmal eksperimen di Leipzig, Jerman untuk mengkaji tingkah laku manusia.

1883 Amerika Syarikat G. Stanley Hall menubuhkan makmal psikologi untuk mengukur ciri-ciri fizikal dan mental kanak-kanak.

1890 James Cattell menerbitkan artikel berkaitan ujian mental mengukur perbezaan individu.

John Dewey membuat reformasi dalam pendidikan iaitu kerjaya perlu berdasarkan kepada motivasi, minat dan perkembangan.1896- di Peranchis Alfred Binet dan V. Henry menerbitkan artikel berkaitan penilaian mental manusia.3.Early Career Guidance Programs Merrill (early 1900) Industrial artsJesse B. Davis Father of school counseling; 11th grade educational and vocational guidance 1898-1907. Later as principal, required students to actively reflect on career decisions.Frank Parsons; bapa kepada bimbingan kerjaya 1800 * Choosing a vocation buku yang diterbitkan pada tahun 1909* Minat yang mendalam dalam pembaharuan masyarakat* Menekankan konsep clear understanding of self, aptitudes, abilities, interests, resources, limitations, etc4.Konferen kebangsaan berkaitan bimbingan vokasionalKonfence kertama 1910 Di Boston diadakan. Ramai penceramah termasuk Charles W. Elliot President Harvard menekankan kepada keperluan bimbingan dan kerjaya di sekolah.Rentetan - banyak lagi tertubuhnya bimbingan kerjaya secara terancang di U.S.5.Konferens kedua 1912 di New York. 6.Konference Ketiga 1913 di Michigan dan tertubuhnya national Vocational Guidance Association, Inccorporated. Sekarang dikenali sebgaai National Career Development Association. (NCDA).7.Psikologi industriPerkara yang berkaitan dengan perkembangan bimbingan kerjaya ialah hasil kerja Hugo Munsterberg (psikologist Jerman)Beliau menyertai University of Harvard dan memperkenalkan beberapa kaedah untuk mengenalpasti bakat (aptitude) dan ciri-ciri individu yangs esuai dengan sesuatu kerjaya.8.The measurement movement (1900-1940)Banyak dipengaruhi oleh William Wundt. Diikuti oleh Kreplin & Ebbinghaus membina bahan penilaian dan perintis kepada gerakan penilaian.Di U.S. James Cattell menggunakan ujian kecerdasan mental.Peranchis Alfred Binet memperkenalkan ujian kecerdasan pertama pada 1905 dikenali sebgai Binet - Simon / 1905 Scale.9.Rentetean tersebut - istilah IQ (intelligent quotient) terkenal.Gerakan penilaian bertambah rancak ujian bakat diperkenalkan oleh Clark L. Hull Aptitude Testing pada 1928. Ianya menekankan kepada memadankan trait individu dengan penawaran pekerjaan.10. Perang Dunia Pertama.Need for testing of large groups.Robert M. Yerkes develop first group inteligence tests. (alpha - verbal tests, and beta nonverbal tests)Post World War 1 - achievement testing- increased in schools 1920, - personality testing slow to develop became integral to career assesment.- too much reliance on testing early on little consideration for others aspects of human development and experience.A Federal Legislation 1917, Smith Hughes act. Suggest federal donate money for nationwide vocational education. Counselor training at Universities.-1936 George Dean Act. Continued support vocational education-1933 Wagner Peyser Act. Established U.S. Employment Service.11.Other activities 1939 - Dictionary of Occupational Titles-1938 Bnai Brith Vocational Service Bereau.-1939 Jewish Occupational Councill career guidance for Jewish immigrants. Established models for delivery of programs. 1940 to present counseling publications, World War 2, Federal programs, theories of career development, development of career education, profesional movement & Advances in technology. Williamson & Rogers, E. G. Williamson How to counsel students, 1942, Drew on Parsons; Trait & Factor as directive counseling; Carl Rogers counseling & Psychotheraphy, 1942, attacked directive counseling, ..affect, motivation, self awareness, non-directive, client-centred.12.Perang Dunia Kedua- Again needed testing proceduresto classify recruits.-Army General Classification Test; assess recruits, maximize potential, placement into areas of sevice. Assistance to veterans educational, vocatioanal planning (GI Bill), 1944 as career guidance centers.-More assesment renewed focus and interest, 1938 mental measurements Yearsbook; increased college enrollment (GI Bill), College Enterance Examination Boards: American College testing Program (ACT)13.The 1960s

-Individual awareness potential and expiriences, self-assertion.

-Manpower legislation-occupational training programs

-Economic Oppurtunity Act Head start, Job Crops, Community Action

Programs. 1963 Vocational Educational Act.o Formal trainning for jobs seekers.o Occupational adjustment in charging market.o More funding for school guidance as well.14.NOICC

-A National occupation information Coordinating 1976

-A Bereau of Labor Statistics

-Employment and Training Administration

-An Office of Vocational And Adult Education

-A National Center for Educational Statistics.

-Develop occupational informational system, employment and training

on federal, states, local levels. Asist in organization and operation of state committees (SOICCs) Assist all users in sharing and use of occupational information. A Labor market information for the needs of youth.15.Summary:-A Career guidance movement began at the turn of the 20th century.-A Greatly influenced by o Industry and technologyo Social change and reformo Government funding and programso Testing and assisment of human.o Links between school and career counseling history and development are strong.o Shifting focus from making a living to the meaning of work to the individual self.o An understanding of this history & development increases insight into the role of the Career Counselor.Sejarah Perkembangan Kaunseling di MalaysiaMalaysia, yang dahulunya disebut Malaya. Yang bernenek moyangkan orang Melayu, kaum melayu. Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat Melayu. Ini adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk A Guide to Career in Malaya for parents, teachers and pupils telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.

Pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk Handbook Facilities in the Federation of Malaya. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah pada tahun 1966.

Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing. KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 5/1976, menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap sekolah.

Pada tahun 1969, hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di pusat-pusat bandar sahaja tetapi, sekolahsekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya pendedahan mengenai dasar kerajaan ini.

Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru bimbingan.

Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga masalah yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa guru bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang secukupnya serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan guru bimbingan merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing pelajar. Kesedaran akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik pada tahun 1973. Persatuan ini membantu para pelajar dalam hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.

Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat di Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia