14532608 hubungan antara gaya asuhan ibubapa dengan disiplin pelajarbaru

62
HUBUNGAN ANTARA GAYA ASUHAN IBUBAPA DENGAN DISIPLIN PELAJAR. BAB I 1.1 PENGENALAN Bahagian ini menjelaskan kajian yang dijalankan dari segi latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka konseptual kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Bahagian tujuan kajian menjelaskan objektif dan persoalan kajian serta hipotesis-hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuan kajian ini. Bahagian definisi istilah pula menjelaskan istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan memberi segala hak anak-anak supaya mereka berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Amanah itu wajib dilaksanakan bagi memastikan perkembangan jiwa anak-anak berada pada tahap yang paling baik sehingga mereka remaja dan meningkat dewasa. Unit keluarga didapati pada semua masyarakat dan remaja merupakan produk daripada persekitaran keluarga iaitu satu sumber primer dalam proses sosialisasi. Untuk itu segala pertentangan di dalam nilai sosial dan moral yang wujud dalam populasi remaja merupakan hasil daripada jenis sistem yang digunakan oleh sesebuah keluarga dan persekitaran di mana mereka disosialisasikan. (White,1996) 1

Upload: afiq-mubasyyir-amran

Post on 24-Oct-2015

83 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

HUBUNGAN ANTARA GAYA ASUHAN IBUBAPA DENGAN DISIPLIN

PELAJAR.

BAB I

1.1 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan kajian yang dijalankan dari segi latar belakang kajian,

pernyataan masalah, kerangka konseptual kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian,

batasan kajian dan definisi istilah. Bahagian tujuan kajian menjelaskan objektif dan

persoalan kajian serta hipotesis-hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuan

kajian ini. Bahagian definisi istilah pula menjelaskan istilah-istilah penting yang

digunakan dalam kajian ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan memberi

segala hak anak-anak supaya mereka berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu

bapanya. Amanah itu wajib dilaksanakan bagi memastikan perkembangan jiwa anak-anak

berada pada tahap yang paling baik sehingga mereka remaja dan meningkat dewasa.

Unit keluarga didapati pada semua masyarakat dan remaja merupakan produk

daripada persekitaran keluarga iaitu satu sumber primer dalam proses sosialisasi. Untuk

itu segala pertentangan di dalam nilai sosial dan moral yang wujud dalam populasi

remaja merupakan hasil daripada jenis sistem yang digunakan oleh sesebuah keluarga

dan persekitaran di mana mereka disosialisasikan. (White,1996)

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock (dalam Goode, 1982)

mentakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu

bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor

1

Page 2: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkan

kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan

kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati

mereka.

Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah

anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa

remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana

harmonis.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Banyak gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, maksiat, isu 'mat rempit',

kemerosotan disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya yang selalunya dikaitkan dengan

remaja. Lebih mengejutkan ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG),

Kementerian Pelajaran, Datuk Abdullah Abdul Kadir bahawa purata kes ponteng di

pedalaman cecah 40 peratus sehari. (Berita Harian, 17 Ogos 2005). Lebih

membimbangkan lagi, beliau berkata, kadar itu meningkat pada waktu tertentu, terutama

ketika musim buah-buahan atau hujan. Apabila gejala-gejala seperti ini berlaku institusi

keluarga sering dipersalahkan dan menjadi tempat tunding jari pihak-pihak tertentu.

(Lim, 2005)

Ini bertepatan dengan ulasan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam

isu kajian masalah sosial remaja di mana beliau menyarankan supaya berhenti

menyalahkan remaja sahaja. Sebaliknya orang tua yang selalu menghukum remaja juga

perlu menilai semula peranan mereka dalam hal ini. (Berita Harian, 1.3.2007)

Sementara itu, lima aspek personaliti dikenal pasti punca utama jenayah

membabitkan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun yang semakin kerap berlaku.

Kajian seorang pensyarah dan pelajar peringkat kedoktoran Pusat Pengajian Psikologi

dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun

2

Page 3: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

membabitkan kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara, mendapati lima

kelakuan itu dipengaruhi pelbagai konflik dalaman membabitkan institusi kekeluargaan

dan pendidikan. Kajian itu mendapati kebanyakan pelaku jenayah juvana itu mempunyai

personaliti tidak matang yang diwarisi daripada ibu bapa kerana didikan keluarga yang

kurang sempurna. Kepincangan institusi berkenaan menjadi salah satu faktor perlakuan

jenayah terjadi di kalangan kanak-kanak. (Berita Harian, 6.9.2005)

Kajian itu juga mengesahkan kanak-kanak yang kerap melakukan jenayah

seumpama itu hadir dari keluarga yang mempunyai masalah kendiri, tidak mampu

berkomunikasi dengan baik dan mempunyai hubungan kemanusiaan yang lemah kerana

tidak cenderung berfikir secara kritikal serta berbual mengenai perkara yang sihat dengan

anak-anak.

Berdasarkan kenyataan di atas maka pengkaji berminat untuk melihat kesan gaya

asuhan dan kaitannya dengan disiplin pelajar di sekolah. Maksud Hadis, 'setiap anak

yang lahir ke dunia fitrah semulajadinya suci dan bersih, ibu bapalah yang membentuk

anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ertinya tanggungjawab dan kesan asuhan ibubapa ke atas anak-anak sangatlah besar

kerana anak-anak kecil umpama kain putih yang sedia diberi apa saja corak yang disukai

oleh ibubapanya.

3

Page 4: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

1.4.1 Institusi Yang Mempengaruhi Remaja

Sumber: Diubahsuai daripada Myers, (1993).

Rajah 1.1 Institusi Yang Mempengaruhi Tingkahlaku Remaja.

Dalam proses pembesaran seorang remaja, banyak institusi yang boleh mempengaruhi

mereka tetapi yang paling penting ialah ibu bapa atau keluarga, rakan, sekolah atau guru

dan masyarakat. Institusi-institusi ini mempengaruhi remaja secara langsung. Seseorang

remaja akan terjerat dengan masalah kehidupannya bergantung kepada apa yang

dipengaruhi oleh keempat-empat institusi ini dan setakat mana keupayaan individu

remaja itu mengawal dirinya.

MASYARAKAT IBUBAPA

SEKOLAHRAKAN

REMAJA

4

Page 5: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

1.4.2 Pendekatan Teori

Dalam kajian ini teori yang akan diperbincangkan dengan terperinci ialah model gaya

asuhan Baumrind, teori ini akan dijadikan asas dalam sumber rujukan utama dalam

kajian. Pemilihan model gaya asuhan Baumrind ini adalah kerana model gaya asuhan ini

adalah satu model yang telah kukuh kerana ia telah digunakan sejak 25 tahun yang lalu

oleh ramai pengkaji sama ada pengkaji luar negara mahupun dalam negara.

1.4.3 Model Gaya Asuhan Baumrind

Model gaya asuhan telah diperkenalkan oleh Diana Baumrind pada tahun 1966 dan kajian

ini telah dilanjutkan lagi hingga tahun 1971, 1980, 1987 dan 1989. Kajian ini berkaitan

dengan kesan-kesan gaya asuhan yang berbeza ke atas remaja.

Berdasarkan pemerhatiannya Baumrind (1987) (dalam Conger & Galambos,

1988), telah mengenalpasti tiga profil personaliti asas kanak-kanak dan juga telah

mengklasifikasikan empat bentuk gaya asuhan anak-anak yang berbeza iaitu:

1. Demokratik :

Merupakan satu cara pembesaran di mana ibu bapa mengenakan peraturan atau

had-had batasan tingkahlaku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang

bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan

sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

2. Autokratik :

Merupakan sejenis gaya asuhan membesarkan anak di mana ibu bapa

mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkahlaku anak dengan membuat

peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak-anak dan tidak

membenarkan anak menyoal tentang perturan-peraturan dan nilai-nilai tersebut.

5

Page 6: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

3. Permisif Indulgen :

Cara pembesaran bersifat corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang

menekankan tentang tingkahlaku anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal

tetapi tinggi dalam responsif.

4. Permisif Negligen :

Gaya asuhan anak dicirikan dengan tiada langsung corak komunikasi terbuka

antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak terlibat atau

mengabaikan terus anak-anak. Dengan kata lain ibu bapa disifatkan tidak

mengawal dan tidak memberi respon terhadap anak-anak mereka.

Baumrind, (1988), telah menekankan kepentingan dua dimensi dalam cara pembesaran

anak-anak iaitu demandingness dan responsiveness ibu bapa. Mekanisme pembesaran

yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah diwakili oleh penyilangan antara

dua dimensi tersebut. Demandingness didefinasikan sebagai jumlah atau darjah ketegasan

serta kawalan yang dikenakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak manakala

responsiveness pula dilihat sebagai kekerapan interaksi dan kemesraan dengan anak sama

ada secara positif atau negatif.

Dimensi demandingness adalah merujuk kepada gaya asuhan berkaitan dengan

tahap ketegasan dan kawalan ibu bapa. Selalunya ibu bapa tegas terhadap apa yang

dilakukan oleh anak-anak dan akan memarahi sekiranya tidak mencapai tahap dan

ekspektasi yang mereka ingini.

Bagi demensi responsiveness pula cara asuhan berkaitan dengan tahap sokongan,

kemesraan dan penglibatan ibu bapa selalunya ibu bapa dalam dimensi ini akan

melibatkan diri dan memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak

6

Page 7: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

mereka. Mereka boleh mendengar dengan aktif, memberi respon, menunjukkan

kemesraan dan boleh memberi fokus kepada apa yang dititikberatkan oleh anak-anak

mereka.

Baumrind telah membuat kesimpulan bahawa ibu bapa yang kedua-duanya

demanding dan responsif mempunyai anak yang bertanggung jawab secara sosial.

Ringkasan dari Rajah 1.2 di bawah membawa makna bahawa gaya asuhan adalah :

Autokratik Tinggi Kawalan, Kurang Responsif

Permisif indulgen Tinggi Responsif Kurang Kawalan

Demokratik Tinggi Responsif Dan Kawalan

Permisif negligen Rendah Responsif Dan Kawalan

DIMENSIKAWALAN

Rendah Sederhana Tinggi

RESPONSIF

TinggiPermisif indulgen

Demokratik

Sederhana Sederhana

RendahPermisif negligen

Autokratik

Sumber : Judith A Schickedanz, 1998. Understanding Children And Adolescent, 3rd Edition. Rajah 1.2 Corak Asuhan Dua Dimensi Baumrind

Dalam kajian awalnya Baumrind melihat hubungan antara cara asuhan dan tingkahlaku

kanak-kanak. Dia mendapati kanak-kanak yang diasuh dengan cara asuhan demokratik

mempunyai keyakinan sosial dan tanggungjawab sosial. Manakala kanak-kanak yang

7

Page 8: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

diabaikan atau ditolak oleh ibu bapa, rendah tangunggjawab sosial dan keyakinan sosial.

Kanak-kanak yang diasuh dengan gaya demokratik akan tinggi keyakinan sosial dan

sederhana tanggungjawab sosial. Manakala kanak-kanak yang diasuh cara autokratik dan

permisif adalah berkemampuan atau berkecekapan sederhana.

8

Page 9: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

1.4.4 Kerangka Konseptual Kajian

(Gaya-gaya Asuhan)

(Pembolehubah Bersandar)

Sumber: Diubahsuai daripada Boocock (1972)

Rajah 1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan Rajah 1.3, kerangka konseptual kajian menyatakan bahawa gaya asuhan

terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya asuhan autokratik, gaya demokratik dan gaya

permisif. Manakala disiplin pelajar pula merujuk kepada tingkahlaku ponteng bagi

pelajar-pelajar menengah rendah. Oleh yang demikian, gaya asuhan mempunyai

hubungan dengan disiplin pelajar-pelajar di sekolah khususnya tingkahlaku ponteng.

Pengkaji merasakan pendekatan teori yang dinyatakan di atas sesuai dijadikan

rangka dan asas panduan kepada pengkaji dalam melihat hubungan antara cara asuhan

dengan salah laku ponteng.

AUTOKRATIK

DEMOKRATIK

PERMISIF

DISIPLINPELAJAR

(Pembolehubah Bebas)

9

Page 10: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pola-pola gaya asuhan yang diamalkan di

kalangan ibu bapa. Di samping itu, penelitian ke atas perkaitan antara gaya asuhan ke

atas disiplin anak-anak menjadi tujuan penting untuk menjalankan kajian ini. Masalah

disiplin anak-anak remaja merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian ialah salah laku

ponteng. Ia kerap diperkatakan dan kegagalan gaya asuhan ibu bapa juga sering

dikaitkan. Ini kerana tidak mustahil masalah disiplin anak remaja tersebut adalah bertitik

tolak daripada masalah tingkah laku mereka di rumah sejak zaman kanak-kanak lagi.

Pelbagai faktor telah dihungkaitkan dengan fenomena salah laku remaja,

khususnya pelajar sekolah menengah. Antara faktor yang berkemungkinan menyebabkan

masalah disiplin pelajar ialah faktor keluarga, khususnya aspek gaya asuhan ibu bapa

terhadap anak-anak yang didapati menyumbang kepada salah laku pelajar. Oleh itu kajian

ini dijalankan untuk melihat gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa, faktor-faktor

fizikal seperti tahap sosioekonomi ibu bapa, tahap pendidikan ibu dan bapa, jenis

pekerjaan ibu dan bapa juga mempengaruhi gaya asuhan. Bagaimanakah jenis gaya

asuhan memberi impak negatif kepada masalah disiplin pelajar.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenalpasti pola gaya asuhan ibu bapa di kalangan pelajar-pelajar

bermasalah disiplin.

2. Untuk mengenalpasti hubungan di antara masalah disiplin pelajar dengan gaya-

gaya asuhan ibu bapa.

10

Page 11: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

1.7 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah pola gaya-gaya asuhan di kalangan pelajar-pelajar bermasalah

disiplin.

2. Adakah terdapat terdapat perbezaan min bagi gaya-gaya asuhan di kalangan

pelajar-pelajar bermasalah disiplin berdasarkan jantina.

3. Adakah terdapat terdapat perbezaan min bagi gaya-gaya asuhan di kalangan

pelajar-pelajar bermasalah disiplin berdasarkan SES.

4. Apakah terdapat perhubungan di antara gaya-gaya asuhan dengan pelajar-

pelajar bermasalah disiplin.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

Ho1: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya-gaya asuhan

berdasarkan jantina.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara gaya-gaya asuhan

berdasarkan SES.

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan

gaya asuhan jenis autokratik.

Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan

gaya asuhan jenis demokratik.

Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah disiplin dengan

gaya asuhan jenis permisif.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat tentang gaya asuhan yang diamalkan

oleh ibu bapa ke atas remaja yang dalam konteks ini ialah pelajar sekolah menengah.

Kajian berkenaan cara asuhan ini penting untuk membantu pihak sekolah menangani

masalah-masalah disiplin di kalangan pelajar dengan lebih baik.

11

Page 12: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Di samping ia juga bertujuan mengenalpasti permasalahan yang wujud di dalam

mencorakkan remaja yang berada di persekitaran felda, luar bandar dan perkampungan

nelayan. Dengan ini remaja yang tinggal di kawasan-kawasan berkenaan akan mudah

difahami dengan lebih mendalam. Di samping itu ia juga menyediakan atau merancang

langkah-langkah dan kaedah-kaedah berupa pencegahan ataupun rawatan peringkat awal

apabila punca berkaitan masalah disiplin mereka dikenal pasti khususnya masalah

ponteng yang jika diawasi akan merugikan masa depan mereka.

Kajian ini dianggap sebagai garis panduan bagi membaiki masalah disiplin bukan

sahaja dengan mengenakan hukuman dan dendaan tetapi lebih cenderung kepada

memberi bimbingan dan nasihat. Seterusnya ia diharap boleh dijadikan maklum balas

terutamanya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah serta

ibu bapa untuk mengenal pasti cara terbaik dalam usaha mengatasi masalah disiplin dan

mendisiplinkan pelajar-pelajar.

Akhir sekali ia sangat berguna juga kepada kaunselor-kaunselor untuk

membimbing pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan disiplin untuk menjadi warga

yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

1.10 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan terbatas kepada perkara seperti di bawah :

a) Responden dalam kajian ini adalah terbatas kepada pelajar menengah rendah di tiga

buah sekolah di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Tiga buah sekolah tersebut

diambil dari setiap zon yang terdapat di daerah Rompin iaitu zon Muadzam Shah, zon

Pantai dan zon Chanis. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Muadzam Shah, Pahang.

12

Page 13: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, Pahang.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang.

Oleh itu, dari tiga buah sekolah yang dipilih, kajian ini hanya akan dapat

digeneralisasikan di daerah Rompin, Pahang, sahaja.

b) Kajian ini melibatkan gaya-gaya asuhan ibu bapa terhadap disiplin pelajar di sekolah-

sekolah menengah di daerah Rompin sahaja. Ia tidak digeneralisasikan kepada semua

sekolah menengah. Kajian ini memperlihatkan hubungan gaya asuhan dengan disiplin

pelajar. Pola-pola gaya asuhan boleh berubah mengikut peredaran zaman serta perubahan

situasi pendidikan.

1.11 DEFINISI ISTILAH

Bahagian ini memberikan definisi kepada istilah-istilah penting yang digunakan dalam

kajian ini.

1.11.1 Gaya Asuhan

Gaya asuhan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membentuk atau mengawal anak

mereka di sepanjang proses tumbesaran yang mana boleh memberi kesan corak

tingkalaku remaja. Menurut Edler (1980), terdapat tujuh cara asuhan terhadap anak

remaja seperti berkut :

a) Gaya asuhan pertama ialah autokratik di mana anak tidak dibenarkan untuk

memberikan sebarang pendapat. Keputusan adalah di tangan ibu bapa dan kemesraan

tidak wujud.

b) Gaya asuhan kedua pula ialah autoritarian. Cara gaya ini agak berbeza dengan

autokratik kerana gaya ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk memberi

13

Page 14: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

pendapat dalam proses membuat keputusan. Akan tetapi keputusan muktamat akan

ditentukan oleh ibu bapa.

c) Gaya asuhan ketiga ialah demokratik dan ini menerangkan hak dan kuasa

dalam membuat keputusan adalah berkongsi bersama tetapi keputusan tetap di tangan ibu

bapa.

d) Gaya asuhan keempat ialah permisif, di mana anak remaja mengambil

tanggungjawab di atas keputusan dan tindakan yang bakal diambil, ibu bapa tidak

bertanggungjawab di atas sebarang keputusan yang dibuat oleh anak mereka.

e) Gaya asuhan kelima ialah Equalitarian, di mana anak dan ibu bapa mempunyai

hak dan tanggungjawab bersama di atas setiap keputusan yang diambil.

f) Gaya asuhan keenam ialah Laissez-fair yang meletakkan tanggungjawab

kepada anak untuk mengawal keputusan yang dibuat. Ibu bapa boleh menyumbang

pendapat dan pandangan.

g) Manakala gaya asuhan ketujuh pula ialah ignoring yang menunjukkan ibu bapa

langsung tidak mengambil bahagian di dalam sebarang tindakan dan proses membuat

keputusan.

Di dalam kajian ini pengkaji mengambil klasifikasi yang dikemukakan oleh

Baumrind (1991) sebagai asas kepada pengukuran gaya asuhan. Beliau telah

mengklasifikasikan gaya asuhan kepada tiga iaitu :

a) Demokratik

Gaya asuhan demokratik menunjukkan ibu bapa lebih melibatkan diri secara aktif dalam

membentuk tingkahlaku anak, mengawalnya, mengadakan perbincangan, meminta anak

menjadi matang dan memupuk peribadi anak. Teknik yang digunakan lebih kepada

14

Page 15: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

demokratik dan banyak membuat perbincangan terbuka berkenaan perasaan, perspektif

dan sebagainya. Dalam menangani tingkahlaku negatif anak, ibu bapa akan memberitahu

mengapa anak perlu mengikut peraturan. Ibu bapa juga akan memahami mengapa anak

bertingkahlaku sedemikian. Anak akan mempunyai keyakinan dan kawalan diri yang

tinggi dan lebih mengutamakan kualiti dan pencapaian tinggi dalam pelbagai bidang.

(Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

Gaya demokratik juga melibatkan kedua-dua arahan dan tindak balas. Ibu bapa

akan mengawasi dan memaklumkan dengan jelas mengikut tahap anak-anak. Mereka

tegas tetapi tidak mengganggu dan menyekat. Kaedah disiplin yang digunakan adalah

lebih kepada menyokong berbanding dengan menghukum. Ibu bapa yang mengamalkan

gaya ini inginkan anak mereka menjadi tegas, bertanggungjawab sosial dan teratur serta

bekerjasama.

b) Autokratik

Gaya autokratik pula mengenakan tuntutan yang tinggi dan banyak memberi arahan

tetapi tidak bertindak balas. Ibu bapa yang mendidik anak mereka dalam kategori ini

mahukan kepatuhan anak-anak mereka. Gaya ini juga berdasarkan status dan

mengharapkan arahan mereka dipatuhi tanpa sebarang alasan. Mereka menyediakan

persekitaran yang tersusun dan berstruktur dengan peraturan yang dinyatakan dengan

jelas. Gaya bercorak autokratik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu autoritarian

bukan arahan yang berbentuk arahan tetapi tidak bersifat mengganggu atau autokratik

dalam menggunakan kuasa. Bahagian yang kedua pula ialah autoritarian arahan iaitu

didikan yang berdasarkan arahan yang banyak mengganggu.

Ibu bapa lebih mengawal dan meminta anak menjadi matang dalam segala

perkara. Mereka juga rendah dalam memupuk dan berkomunikasi dengan anak,

mementingkan unsur kuasa dan autoriti dalam cara asuhan. Ini akan menjadikan anak

tidak gembira, stress di sekolah. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

15

Page 16: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Cara autokratik kurang menerangkan sebab atau penjelasan dan kurang

menitikberatkan perihal anak. Anak diminta menerima peraturan tanpa persoalan kerana

ibu bapa tahu apa yang terbaik. Tiada ganjaran yang diberikan kerana dikira akan

menanjakan anak. Hubungan fizikal seperti sebat dan rotan digunakan untuk mengawal

tingkahlaku dan akhirnya menimbulkan dendam di dalam diri anak-anak. Malah ibu bapa

juga tidak mengambil tahu mengapa anak bertingkahlaku sedemikian. (Hurlock 1964)

c) Permisif

Gaya permisif menunjukkan ibu bapa lebih kepada memupuk dan berkomunikasi dengan

anak tetapi kurang mengawal dan kurang mematangkan anak dalam pelbagai perkara. Ibu

bapa lebih mengikut kemahuan anak dan hasilnya anak akan kurang kepercayaan pada

diri dan kurang mampu mengawal diri. (Baumrind, 1973 dalam Seifert et al, 1991)

Gaya permisif lebih kepada bertindak balas daripada membuat tuntutan. Ia tidak

bersifat tradisional dan tidak berdasarkan kekerasan, ia juga tidak memerlukan tingkah

laku yang matang, menggalakkan peraturan sendiri dan mengelak daripada berdepan. Ibu

bapa dalam kategori ini juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu demokratik-

walaupun lembut, mereka banyak meneliti dan menumpukan perhatian dan bekerjasama

dengan anak-anak mereka serta tidak mengarah. Manakala kumpulan yang kedua pula

ialah ibu bapa yang tidak mengarah.

1.11.2 Disiplin

Menurut Ee Ah Meng (1994), disiplin merupakan peraturan yang dipersetujui oleh

sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi

kesempurnaan kehidupan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara

berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sikap rasional serta keyakinan

diri seseorang itu. Dalam bilik darjah disiplin memainkan peranan untuk mewujudkan

16

Page 17: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

suasana bilik darjah yang sihat dan harmonis dan seterusnya menggalakkan proses

tersebut berlaku dengan lebih berkesan lagi. Bagaimanapun dalam setiap bilik darjah,

tidak kira apa jenis kepimpinan yang wujud di kalangan guru, masalah disiplin sentiasa

ada terutama di peringkat sekolah menengah.

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, disiplin didefinisikan sebagai

kesanggupan seseorang uindividu untuk menghormati dan mematuhi budaya masyarakat.

Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja, menjalankan tugas atau

membuat sesuatu dengan cukup tertib dan teratur serta sanggup mengawal tingkahlaku

dan menghormati hak individu lain selain itu, individu yang berdisiplin mempunyai

semangat tolong menolong serta sanggup membaiki keadaan yang sedia ada menerusi

usaha membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

Dalam konteks kajian ini, masalah disiplin merujuk kepada perlakuan salah laku

pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap ponteng iaitu ponteng sekolah.

Umumnya disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan

untuk membentuk para pelajar supaya selari dengan kehendak agama, norma-norma

masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Dalam keadaan banyak unsur yang

mempengaruhi perkembangan mental pelajar usaha menanam nilai yang baik menjadi

sukar juga. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial (peraturan),

bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.

Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:

“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them

if they do not”

Mengikut Kamus Bahasa Melayu (1995), disiplin ditakrifkan sebagai 'kepatuhan,

kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”.  Manakala mengikut

Kamus Dewan, (1989) disiplin didefinisikan sebagai “latihan, terutamanya pemikiran dan

17

Page 18: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan

sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.

Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau

mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.

Terdapat 3 kategori masalah disiplin iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin

yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan

tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat pula direkodkan. 

(Disiplin Sekolah Semakin Merosot, http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html)

Di dalam kajian ini pengkaji memilih satu sahaja daripada masalah disiplin yang

hendak dikaji iaitu ponteng sekolah.

1.11.3 Pelajar

Mengikut Lindgren (1972), pelajar adalah merujuk kepada individu atau kumpulan

individu yang membentuk kumpulan dalam bilik darjah yang mewakili program

pendidikan yang diwujudkan atau dijalankan. Dalam kajian ini pelajar adalah merujuk

kepada pelajar yang berada dalam peringkat menengah rendah di tiga buah sekolah di

Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur.

Kesimpulannya masalah tingkah laku berlaku berdasarkan faktor dalaman dan

faktor luaran seperti kenyataan yang telah dinyatakan. Ia berlaku sama ada berdasarkan

perkembangan diri pelajar yang mengalami proses perkembangan remaja di samping

beberapa dorongan yang disumbangkan oleh keluarga bagi memenuhi keperluan harian

mereka.

Secara umumnya kajian ini akan melihat sejauhmana perkaitan di antara gaya

asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa di rumah dengan masalah disiplin pelajar-pelajar.

Masalah disiplin pelajar secara khusus ialah masalah ponteng sekolah. Ini penting di

dalam usaha untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan ponteng di kalangan

18

Page 19: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

pelajar. Persoalan-persoalan berkenaan gaya-gaya asuhan yang tersenarai akan terjawab

dan kajian ini akan memperlihatkan segala jawapan berkenaan persoalan-persoalan

tersebut secara ilmiah sama ada dari segi hipotesis dan sebagainya.

RUMUSAN

Dalam bab ini, penulis telah menjelaskan tentang masalah-masalah disiplin pelajar

sekolah menengah, yang secara khusus merujuk kepada tingkahlaku ponteng, tujuan

kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian dan kerangka konsepsual kajian

untuk melihat dengan lebih jelas tentang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. Bab

ini juga menjelaskan berkenaan dengan kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi-

definisi dalam penulisan. Bab seterusnya penulis akan menerangkan tentang kajian-kajian

lepas yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan masalah perlakuan

ponteng.

19

Page 20: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan konsep gaya asuhan dan hubungannya dengan masalah disiplin.

Ia juga turut membincangkan maklumat dan tinjauan penyelidikan yang telah dijalankan

oleh penyelidik tempatan dan luar negara berhubung gaya asuhan dan masalah disiplin

iaitu ponteng sekolah.

2.2 GAYA-GAYA ASUHAN

Melalui pembacaan yang dilakukan maka didapati bahawa jenis gaya asuhan yang

memberi impak positif kepada tahap disiplin anak ialah jenis demokratik. (Taris & Bok,

1996) Malah gaya asuhan ini merupakan gaya asuhan yang paling berjaya di dalam

jangka masa panjang.(Seifert,1991)

Manakala jenis asuhan autokratik merupakan gaya asuhan yang membawa kepada

persekitaran yang mengawal (kritikal) oleh ibu bapa. Selain itu jenis asuhan ini

memperlihatkan tingkat yang tinggi dalam mendesak dan ugutan terhadap anak oleh bapa

di dalam mempraktikkan disiplin yang tidak konsisten dan kasar. (Elder, 1994)

Malah gaya asuhan ini yang dicirikan sebagai tingkahlaku ibu bapa yang terlalu

mengongkong dan mengawal, tidak memberi sokongan dan kerjasama, tidak menghargai

dan empati perasaan anak, perhubungan dan komunikasi tidak mesra serta mengenakan

peraturan yang terlalu ketat dan menggunakan deraan bagi mengawal tingkahlaku anak.

Tingkahlaku ibu bapa seperti menjerit, memukul dengan tangan dan menampar atau

memukul dengan objek juga akan menyebabkan anak menjadi tertekan. (Bachok

Mohamad,1990), (Kandel,1990 dan Simon,1991 di dalam Conger & Elder,1994).

20

Page 21: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Ibu bapa merupakan model utama dalam mendisiplinkan anak-anak. Sehubungan

itu bentuk gaya keibubapaan memainkan peranan sangat penting, sama ada secara

langsung atau tidak terutama dalam menentukan perhubungan yang terjalin di antara ibu

bapa dengan anak.

Berdasarkan kajian Buri (199I), mendapati bahawa terdapat tiga jenis gaya asuhan

yang dicadangkan oleh Baumrind (197I), telah dipraktikkan dalam kehidupan

berumahtangga, iaitu gaya demokratik (tinggi desakan dan tinggi kemesraan),

autoritarian (tinggi desakan dan rendah kemesraan) dan permisif (rendah desakan dan

tinggi kemesraan). Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya asuhan demokratik

merupakan gaya yang terbaik berbanding gaya autokratik dan permisif. Keadaan ini telah

dibuktikan dengan merujuk kepada balasan daripada anak remaja melalui tingkah

lakunya. Biasanya anak-anak yang dididik secara autoritatif, iaitu yang tinggi permintaan

dan boleh bertolak ansur lebih cenderung bertingkahlaku lebih baik berbanding dengan

remaja yang dididik secara autoritarian yang hanya mementingkan kawalan, peraturan

dan kepatuhan semata-mata tanpa kewujudan sikap saling bertolak ansur. Manakala gaya

permisif pula terlalu memberi kebebasan sehingga kurangnya kawalan dan terlalu

bertolak ansur.

Cara demokratik merujuk kepada gaya asuhan yang membawa pendekatan

tingkah laku ke arah usaha mematangkan pemikiran anak, iaitu melalui penekanan kuasa

terhadap anak, ia dipraktikkan dengan jelas melalui kemesraan dan lebih menyokong

terhadap persekitaran anak tersebut. Keadaan ini lebih ketara apabila rundingan dan

perbincangan tentang sesuatu peraturan dan perkara rutin dengan tingkah laku yang

diambil. Sementara itu penglibatan ibu dengan anak terutamanya dalam membuat

sebarang keputusan merupakan satu proses ke arah melengkapkan diri remaja dengan

pengalaman. Ini adalah kerana melalui penglibatan anak itu sendiri, secara tidak langsung

ianya turut menyemai sifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap persekitaran.

21

Page 22: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Remaja yang dididik dengan gaya asuhan demokratik nampak kekuatan dalaman

dan luaran, mereka mampu menghubungkan mereka kepada kepelbagaian kehidupan

sosial yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kematangan

psikologikal, kemampuan berhujah, kepatuhan, pencapaian yang baik di sekolah dan

kepandaian menyesuaikan diri di alam pekerjaan (Baumrind, 1971; Steinberg, Elmen, &

Mounts, 1989).

Hasil kajian Steinberg, Elmen, & Mounts (1989) mendapati bahawa gaya

keibubapaan demokratik mempunyai perkaitan yang tinggi dalam pembentukan

penyelarasan diri. Kebenaran ini disokong pula melalui kajian yang memperlihatkan

bahawa hukuman fizikal mempunyai kaitan dan boleh membawa kepada 'pencerobohan'

terhadap diri anak, ( Straus, 1991; Straus, Sugarman, dan Giles-Sims, 1997), di mana

para saintis memberi pandangan bahawa disiplin melalui fizikal sebagai satu tamparan,

tidak seperti kebiasaan dan tidak bersesuaian lagi dengan gaya asuhan demokratik.

Persepsi ini tidak lama dahulu dicabar oleh Baumrind (1967) yang menyatakan bahawa

kebanyakan ibu bapa tidak menunjukkan kekasaran ketika anak di peringkat prasekolah,

tetapi ada juga kenyataan yang menyatakan bahawa kekasaran apabila bergabung dengan

sesuatu yang negatif seterusnya akan menghasilkan tindakan yang agresif kepada anak

tersebut (Deluty,1985).

A.S. Alice Rani ( 1997 ) menyatakan, pembentukan personaliti anak-anak remaja

dikaitkan dengan gaya asuhan ibu bapa. Gaya asuhan autokratik membentuk individu

yang pendiam dan sukar bergaul, seterusnya gaya asuhan demokratik biasanya

membentuk remaja yang pandai bergaul, berfikiran terbuka dan penyayang. Manakala

remaja yang kurang bersemangat, kurang perasaan permusuhan adalah daripada keluarga

yang permisif. Gaya asuhan ibu bapa yang negatif memberikan kesan kepada anak-anak

seperti anak yang tidak berdisiplin dan proses sosialisasi mereka akan mengalami

kebuntuan.

Kajian lain pula menyatakan bahawa kepelbagaian jenis perkembangan anak

remaja, seperti perkembangan psikososial, masalah tingkah laku bahkan pencapaian

22

Page 23: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

akademik pun mempunyai perkaitan dengan gaya ibu bapa yang mengamalkan gaya

demokratik (Baumrind, 1971; Steinberg, Elmen, & Mounts, 1989; Lamborn,. Mounts,

Steinberg dan Dornbusch, 1991). Tambahan pula, anak-anak merupakan golongan yang

sedang meningkat ke alam remaja dan membesar serta memerlukan pengawalan yang

sebaiknya. Oleh itu tingkah laku mereka memerlukan perhatian, sama sahaja remaja

lelaki atau perempuan, ini kerana didapati bahawa perubahan dalam struktur keluarga

boleh membawa kesan kepada tingkahlaku remaja.

Gaya asuhan autokratik lebih cenderung memberi tekanan dalam mendapatkan

sesuatu kepastian, terutamanya dalam memenuhi permintaan ibu bapa tersebut. Ibu bapa

seperti ini biasanya akan berjaya dalam arahannya kerana menggunakan kekerasan dan

disiplin. Anak-anak yang dihasilkan melalui gaya ini menunjukkan bahawa mereka

mengalami masalah perkembangan kualiti diri, tidak berminat di dalam pelajaran, serta

sentiasa menarik diri daripada hubungan sosial. Keadaan begini akhirnya boleh

membawa perasaan risau dan murung serta kurang berkemahiran dalam bersosial

(Lamborn, Mounts, Steinberg, dan Dornbush, 1991; Steinberg et al., 1994; Bee, 1995).

Gaya asuhan permisif cenderung menghasilkan anak kurang matang dan bersifat

impulsif, agresif, kurang berdikari dan kurang rasa bertanggungjawab. Remaja didapati

tidak mempunyai arah tujuan yang tepat berbanding remaja-remaja yang melalui asuhan

dengan gaya-gaya yang lain. Sungguhpun diketahui bahawa jenis asuhan autokratik dan

permisif menimbulkan impak negatif terhadap tahap disiplin, melalui kajian Choa (1994)

mendapati sebaliknya. Kajian paradok yang dilakukan di antara orang Eropah-Amerika

dengan orang Cina mendapati bahawa gaya autokratik yang diamalkan oleh orang Cina

memperlihatkan peningkatan tahap disiplin walaupun gaya asuhan ini telah dikenalpasti

sebagai gaya yang membawa kepada tahap disiplin rendah bagi orang Eropah-Amerika.

Namun gaya autokratik ini bukanlah diamalkan secara keseluruhan di dalam kehidupan

tetapi hanya di dalam aspek mengajar dan perkara melibatkan pendidikan sahaja.

Laporan Baumrind, (1991), menyatakan bahawa remaja yang berada dalam

keluarga yang demokratik akan berterusan cergas dan cekap dalam sosial dan kognitif.

23

Page 24: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Manakala remaja yang ditolak atau diabaikan menunjukkan tingkahlaku anti sosial,

kurang kawalan, kurang tanggungjawab sosial dan kebolehan kognitif, tingkahlaku

bermasalah dan menolak model ibu bapa. Baumrind juga mendapati bahawa remaja dari

keluarga yang demokratik akan berkeyakinan diri tinggi dan tidak suka bergantung.

Pada zaman dahulu anak-anak hidup dalam suasana robust atau lasak. Ibu bapa

ketika itu juga mendidik anak-anak mereka dengan kesat. Mengikut ibu bapa dulu, kalau

dididik dengan lembut anak-anak akan rosak. Bagaimanapun sekarang kekerasan bukan

cara terbaik mendidik anak yang hidup dalam keadaan dan suasana yang berbeza dari

pada dahulu. Pendedahan anak-anak terutamanya dengan teknologi maklumat tanpa

sempadan dan hiburan yang canggih menyebabkan remaja lebih terbuka. Mereka boleh

membezakan sikap ibu bapa mereka sama ada positif atau negatif, garang atau lembut.

Tingkah laku remaja dibentuk oleh ibu bapa sejak ia kecil lagi. Segala gerak geri

perhubungan secara lisan dan sahsiahnya. Penyelewengan dalam tingkah laku juga

tertakluk kepada perubahan fizikal, perubahan dalam keluarga, remaja yang cepat matang

dari segi fizikal masih memerlukan sokongan dan bimbingan ibu bapa kerana ia belum

lagi matang dalam perkembangan emosi. Remaja akan merasa kurang selesa ke atas

perubahan fizikal dan juga akan menghadapi perasaan tekanan jiwa dalam keadaan masih

belum bersedia menerima hakikat hidup remaja.

Jadi tidak hairanlah semakin pesat negara membangun dengan pelbagai teknologi

moden semakin banyak pula kemerosotan sosial berlaku di kalangan masyarakat

terutamanya generasi remaja. Malah ia semakin menular hingga ke seluruh negara. Tidak

kira di bandar mahu pun di desa. Persoalannya adakah gaya asuhan ibu bapa memainkan

peranan dan mempunyai hubungan yang rapat dalam tersebar luasnya salah laku di

kalangan remaja.

Sekiranya sikap sebenar remaja dapat dibandingkan dengan sikap ibu bapa secara

terperinci maka akan didapati bahawa terdapat perbezaan jurang di antara keduanya.

Rusnani (2000), contohnya menyatakan bahawa terdapat perbezaan persepsi di antara

24

Page 25: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

remaja dengan ibu bapa tentang perhubungan sosial. Jurang ini juga disebabkan oleh

harapan ibu bapa yang menginginkan remaja meneruskan nilai-nilai yang dipegang oleh

ibubapanya. Remaja pula pada satu pihak sedang berhadapan dengan perubahan dalaman

dan luaran yang membawa kepada krisis.

25

Page 26: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

2.2.1 Gaya Asuhan Dan Kebolehan Sosial

Sumber : Judith A. Scihickedanz, 1998, Understanding Children And Adolescents, 3rd edition.Rajah 1.1 Gaya Asuhan dan Kebolehan Sosial

Gaya Asuhan Ciri Asuhan Tingkahlaku Remaja

1. Autokratik

Menghukum, terlalu mengawal, tegas, terasing, tidak bersedia memberi penjelasan atau mempertimbangkan peraturan.

Interaksi sosial yang tidak berkesan, kurang cekap, tidak puas hati dan menarik diri.

2. Demokratik

Menggalakkan, tidak bergantung, tegas, kawalan dengan penjelasan, mendengar luahan dan pendapat, bersedia memberi penjelasan dan mempertimbangkan peraturan.

Kebolohan sosial, bertanggungjawab, cekap, ada kawalan kendiri, suka mencuba, puas hati dengan diri.

3.Permisif Indulgen

Kurang penglibatan, tidak menghukum, kurang pengharapan, memberi kebebasan yang sepatutnya kepada remaja.

Tidak mantap, lemah kawalan diri, lemah ciri kepimpinan.

4.Permisif Negligen

Menolak atau mengabaikan tanggungjawab mengasuh anak.

Anti sosial, tidak matang, masalah psikologikal, tiada arah tujuan.

26

Page 27: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Walaupun klasifikasi dalam pendekatan ini diutarakan empat bahagian asuhan namun

dalam kajian ini, pengkaji cuma menggunakan tiga klasifikasi gaya asuhan sahaja iaitu

autokratik, demokratik dan permisif. Di mana pengkaji menggabungkan permisif

indulgen dengan permisif negligen satu bahagian sahaja iaitu permisif.

Dapatlah dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep asuhan tersebut mempunyai

pendekatan yang berbeza. Namun apa yang penting adalah hasil yang bakal diperolehi,

ini kerana anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga demokratik akan lebih

bertanggungjawab, yakin, adaptif, kreatif, mempunyai daya ingin tahu serta pandai

bergaul dan cemerlang di sekolah. Manakala anak yang dibesarkan melalui gaya asuhan

autokratik menunjukkan bahawa mereka lebih pasif, kurang pandai bergaul, kurang yakin

dan kurang cemerlang pencapaiannya. Berikutnya anak-anak yang melalui gaya asuhan

permisif akan cenderung kurang matang, tidak bertanggungjawab, tidak mempunyai arah

tujuan yang tepat dan lebih akur kepada rakan sebaya. Sehubungan itu jelas kelihatan

kejayaan atau kegagalan mendidik anak dipengaruhi oleh penggunaan strategi yang

bersesuaian serta strategi tersebut perlulah bersesuaian denagn matlamat mendisiplinkan

anak.

2.3 Model Tingkah Laku

Sebenarnya menurut model tingkah laku, perlakuan manusia boleh diramal, dilihat dan

dikawal. Malahan tingkah laku manusia sentiasa dipengaruhi persekitaran yang berubah

ke arah positif atau negatif. Daripada rangsangan terhadap alam persekitaran, manusia

akan bertindak balas dan berlakulah pembinaan tingkah laku. Maka menurut teori ini,

jelas menunjukkan faktor persekitaran lebih penting dari faktor baka (Nor Anisah, 1992).

Stevenson (1974) menyatakan unsur tingkah laku yang diwarisi hanya pantulan-pantulan

fisiologikal, tetapi tingkah laku yang lain merupakan hasil pembelajaran. Oleh itu,

pendidikan merupakan satu unsur teras dalam pembentukan dan pengubahan tingkah

laku.

27

Page 28: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Rangsangan-rangsangan negatif terhadap alam persekitaran tadi kelak membentuk

personaliti anti-sosial dan hasilnya ialah tindak balas anti-sosial juga. Misalnya, keluarga

yang suka bermain judi, anak-anak mereka akan meniru tingkah laku itu dan

menghayatinya. Pendekatan tingkah laku merupakan pendekatan rangsangan dan gerak

balas terhadapnya yang berlaku dalam persekitaran seseorang. Kesan memerhati dan

meniru tingkah laku adalah lebih efektif, oleh itu ibu bapa merupakan model yang paling

rapat kepada anak-anak mereka.

Peranan pembimbing sangatlah penting seperti menjadi model yang terbaik,

bahkan menurut teori tingkah laku, peranan ibu bapa sangat kritikal. Pada asasnya,

tingkah laku manusia ditentukan hukum-hukum tertentu yang boleh diterangkan secara

saintifik. Hukum ini menunjukkan bagaimana faktor persekitaran berhubung rapat

dengan tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia dapat diubah melalui mekanisma-

mekanisma pelazim (rangsangan dan peneguhan).

Pavlov (1927) telah "menjalankan penyelidikan tentang pelaziman klasik, yang

memberikan implikasi bahawa :

(a) Tingkah laku dipengaruhi oleh keberkesanan sistem saraf, iaitu individu yang

baik sistem sarafnya lebih mudah menguasai gerak balas tertentu melalui

rangsangan terlazim dan tidak terlazim.

(b) Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui ulangan.

(c) Faktor motivasi memain peranan penting bagi menghasilkan gerak balas.

(d) Dalam proses membina disiplin, tingkah laku yang dapat dilihat dan dikawal

perlu diberi perhatian.

(e) Pemindahan tingkah laku boleh berlaku melalui proses generalisasi untuk

membolehkan pengalaman digunakan dalam situasi-situasi yang lain.

(f) Penghapusan gerak balas terlazim memang boleh dihasilkan bagi sesuatu

tingkah laku.

28

Page 29: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Menurut Skinner (1979), pembelajaran akan berlaku, jika mempunyai rangsangan

dan tindak balas yang berulang. Skinner membahagikan tingkah laku kepada dua

bahagian, iaitu tingkah laku pantulan yang dapat dipelajari melalui pelaziman klasik dan

tingkah laku operan yang ditunjukkan seseorang tanpa rancangan yang nyata. Apa juga

tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan atau keadaan yang menyenangkan, maka

tingkah laku itu akan menjadi lazim.

Teori pelaziman dan kaedah pembentukan tingkah laku telah digunakan sebagai

alat untuk membentuk disiplin yang positif. Setiap individu akan melalui peringkat

perubahan pada diri, bermula dan peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan

sehingga tua. Sehubungan itu, persekitran sama ada ibu bapa, keluarga dan sebagainya

merupakan model dan boleh mempengaruhi setiap peringkat perubahan tersebut sama ada

ke arah berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku turut berkembang dan dipertahankan

melalui peneguhan positif serta negatif dan melalui dendaan.

Kesimpulannya, Skinner percaya bahawa manusia boleh berkembang dengan

pelbagai cara dan tingkah laku tertentu yang boleh timbul atau hilang bergantung kepada

konsekuen-konsekuen tingkah laku tersebut, iaitu sama ada positif atau negatif.

2.3.1 Teori Perkembangan Kognitif

Piaget ( 1953); Chomsky ( 1968 ) dan Bernstein ( 1977) ( dalam Docking, 1987 ) telah

memberi tumpuan terhadap cara kanak-kanak menterjemahkan pengalaman- pengalaman

dan bagaimana kanak-kanak yang sedang membesar menyesuaikan diri dengan

pengalaman-pengalaman baru dan membentuk corak-corak pembelajaran yang lebih

kompleks. Piaget menekankan fungsi dan tindak balas minda kepada persekitaran. Piaget

melihat manusia sebagai penggerak dan bersifat rasional dan intelek. Kanak-kanak pula

dilihat sebagai punya gagasan, iaitu mempunyai daya ingin tahu dan aktif bergerak balas

terhadap persekitaran mengikut fahaman atau keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut.

Keupayaan kognitif kanak-kanak banyak bergantung kepada :

29

Page 30: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

a. Bagaimana kanak-kanak bergerak balas terhadap peristiwa di

persekitaran.

b. Apakah kesan-kesan peristiwa-peristiwa tersebut terhadap

perkembangan kanak-kanak.

Wall (dalam Docking, 1987) memberi penjelasan tentang masalah tingkah laku

dengan menggunakan model Piaget. Seseorang kanak-kanak cuba membentuk cara-

cara bertindak berdasarkan pengalaman dirinya. Pengalaman-pengalaman baru

membolehkannya mcmbuat skema berdasarkan interaksinya kepada dunia fizikal dan

interaksinya dengan orang ramai. Dia akan mengubah skema ini berdasarkan

pengalaman-pengalaman baru berhubung alam sekitarnya. Lama kelamaan, dia dapat

mengagak tindak balas yang dihadapinya. Walau bagaimanapun, jika seseorang

kanak-kanak kerap berhadapan dengan tindak balas yang tidak dapat diagak terlebih

dahulu, maka dia terpaksa mengubah perlakuan untuk menyesuaikan dengan

skemanya.

Skema kognitif kanak-kanak melibatkan dua aspek , iaitu asimilasi di mana

merupakan satu proses apabila pengetahuan baru yang diserap oleh kanak-kanak dan

dimasukkan ke dalam skema yang ada dalam kanak-kanak. Manakala akomodasi

merupakan satu proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubuhsuaian

kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima itu

tidak sepadan dengan skema yang sedia ada.

2.3.2 Teori-Teori Pembelajaran Sosial

Teori-teori pembelajaran sosial menekankan pembentukan tingkah laku adalah hasil

daripada pemerhatian, membendung pemerhatian itu, menghasilkan tingkah laku yang

dibendung serta peneguhan dan motivasi terhadap tingkah laku yang dihasilkan.

(Bandura, 1977 ).

30

Page 31: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa tingkah laku adalah dipelajari.

Kanak-kanak biasanya mengikuti tingkah laku daripada orang-orang di sekitarnya.

Proses ini menjadi lebih cepat jika mereka diberikan galakan dan peneguhan. Sebagai

contohnya, jika seseorang kanak-kanak dipuji kerana menolong membuat sesuatu,

maka ada kemungkinan besar dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

meneruskan perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika seseorang kanak-kanak itu berhadapan dengan

keganasan dan tingkah laku yang agresif di rumah, kemungkinan besar kanak-kanak

itu rnempelajari tingkah laku ini, Ini bermakna, faktor-faktor persekitaran boleh

mempengaruhi tingkah laku seseorang. Teori-teori ini banyak menekankan pengaruh

model dalam menjelaskan tingkah laku seseorang.

Dalam menjelaskan teorinya, Bandura mengutarakan empat eleman utama

yang harus diberi penekanan dalam menghuraikan pembelajaran yang berlaku hasil

pemerhatian. Eleman pertama ialah perhatian. Kanak-kanak selalunya menumpukan

perhatian terhadap ibu bapa, abang atau kakak dan guru-guru.

Seterusnya pembendungan merupakan tahap kedua dalam pembelajaran. Ini

boleh berlaku dengan cara mengingati perbuatan-perbuatan yang diperhatikan.

Pembendungan boleh menjadi kukuh dengan berfikir tentang itu berulang kali atau

melatih perbuatan yang diperhatikan. Penghasilan pula merupakan tahap ketiga dalam

pembelajaran. Ini bermakna seseorang itu "melakonkan" apa yang dipelajarinya dalam

kehidupan seharian. Ini memerlukan latihan supaya penghasilannya licin tanpa

sebarang masalah. Motivasi dan peneguhan merupakan tahap keempat dalam teori

pembelajaran teori ini. Kita mungkin mempelajarai sesuatu melalui pemerhatian,

tetapi kita mungkin tidak mempertunjukkan apa yang dipelajari itu. Maka motivasi

dan peneguhan boleh menyebabkan sesuatu yang diperhatikan dan dipelajari

dipertunjukkan.

31

Page 32: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

2.4 Masalah Disiplin

Dzulkarnain (1999), menjelaskan masalah disiplin merupakan kerenah yang sering

berlaku dalam sesebuah sekolah atau di dalam bilik darjah. Masalah disiplin yang paling

kerap berlaku di kalangan pelajar antaranya melawan guru, ponteng sekolah, ponteng

kelas, lambat datang ke sekolah, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, mencuri,

berpakaian tidak kemas, salah guna dadah, peras ugut, buat bising, cuai terhadap

pelajaran, berambut panjang, berjudi, meminum minuman keras, menganggu guru

rnengajar, menganggotai kumpulan haram, menonton video lucah dan mencabul

kehormatan orang lain.

Sa'eadah (2002) pula menjelaskan ketidakmampuan ibu bapa menanamkan nilai-

nilai murni dalam usaha mendidik anak-anak mereka turut mempengaruhi disiplin

kanak-kanak tersebut. Selain dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah, meminum

minuman keras dan berjudi yang kian berleluasa di kalangan kanak-kanak. Abdul Raof

(1991), melaporkan masalah disiplin juga berpunca daripada saiz kelas yang terlalu

besar.

Salah laku didefinisikan sebagai tingkah laku yang menyimpang, iaitu

melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia. Terdapat sembilan kategori salah laku yang telah digariskan oleh

Kementerian Pendidikan sebagai melanggar disiplin sekolah. Kategori itu adalah

jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan, laku musnah

(vandalism), tidak jujur, ponteng dan kategori lain-lain tingkah laku. (Rokiah Ismail

2001).

Menurut Ghazali Othman (2002), salah laku merupakan bentuk dan jenis

masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Salah laku terbahagi kepada dua jenis iaitu

jenis yang ringan dan berat. Jenis salah laku ringan adalah seperti kesalahan merokok,

ponteng kelas, ponteng sekolah, mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

32

Page 33: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

seperti membuat bising dan banyak lagi. Jenis salah laku berat pula ialah seperti

penyalahgunaan dadah, merompak, memeras ugut, vandalisme, membunuh, merogol

dan lain-lain lagi.

2.4.1 Ponteng

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), mendefinisikan ponteng sebagai kegiatan

meninggalkan sekolah tanpa sebab atau pengetahuan guru. Ini bermaksud tidak hadir

ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Menurut Yaakub (I977), dan Ismail (1983), ponteng bermaksud pelajar yang

tidak hadir atau tidak datang ke sekolah tanpa izin guru atau ibu bapa. Menurutnya

lagi pelajar yang meninggalkan kelas tanpa keizinan guru, lari atau keluar dari

kawasan sekolah pada waktu ia sepatutnya berada dalam bilik darjah atau kelas untuk

mengikuti pengajaran dan pembelajaran juga termasuk dalam pengertian ponteng.

Menurut Unit Hal Ehwal Pelajar, (2000), Kementerian Pendidikan Malaysia ponteng

adalah tingkah laku tidak hadir sekolah, asrama, kelas, perhimpunan, kegiatan

kokurikulum, ujian atau peperiksaan. Menurut panduan yang diberikan oleh Unit

Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), tahap ponteng

sekolah seperti jadual 1.2

33

Page 34: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Jumlah Hari Ponteng dan Amaran

Surat

AmaranPonteng Berturut-turut Ponteng Berkala

Pertama Pada Hari Ke-3 Pada Hari Ke-10

Kedua 7 Hari Selepas Amaran Pertama 10 Hari Selepas Amaran Pertama

Terakhir 7 Hari Selepas Amaran Ke-2 20 Hari Selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah

14 Hari Selepas Amaran Terakhir 20 Hari Selepas Amaran Terakhir

Jumlah Hari Tidak Hadir

31 Hari berturut-turut 60 Hari Berturut-turut

Sumber: Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994.

Pelajar dikatakan ponteng apabila tidak hadir ke sekolah selama tiga hari

berturut-turut. Hukumannya ialah pelajar yang didapati ponteng berturut-turut dalam

tempoh tersebut akan diberi surat amaran pertama dan surat amaran kedua akan

menyusul jika tidak hadir selama tujuh hari berserta tiga hari sebelumnya. Surat

amarah terakhir akan dikeluarkan jika pelajar masih tidak hadir selama tujuh hari

seterusnya berserta sepuluh hari sebelumnya. Jika tidak ada alasan munasabah

daripada pelajar atau ibu bapa atau penjaga setelah empat belas hari berterusan

berserta tujuh belas hari sebelumnya, maka pelajar boleh dibuang sekolah mengikut

Undang-undang Ordinan Pelajar 1957, Peraturan-peraturan pelajar (Disiplin

Sekolah)1959. (Utusan Malaysia 3 April 2001)

Dalam konteks kajian ini pelajar ponteng ialah pelajar-pelajar menengah

rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga. Mereka tidak hadi ke sekolah sekurang-

kurangnya selama tiga hari dalam sebulam secara berterusan atau tujuh hari dalam

sebulan secara berkala. Kriteria ini digunakan kerana pelajar-pelajar sekolah tidak

hadir selama tiga hari dalam sebulan bermakna dia telah ponteng sekolah lebih

kurang 15 peratus daripada masa persekolahannya dalam sebulan. Bagi pelajar yang

tidak hadir selama tujuh hari dalam sebulan bermaksud pelajar itu ponteng hampir

dua hari dalam seminggu. Ini bermakna dia ponteng sekolah selama 40 peratus

34

Page 35: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

daripada masa persekolahannya dalam seminggu atau 35 peratus dalam sebulan.

Penetapan ini dibuat untuk memastikan amalan ponteng yang dilakukan pelajar-

pelajar adalah munasabah dan benar sebagai kes ponteng yang tepat.

2.4.2 Faktor Keremajaan Menimbulkan Masalah Disiplin Di Sekolah :

Usia pelajar-pelajar sekolah menengah adalah usia remaja. Menurut Ahmad Amin

(1998), keremajaan umumnya ditakrifkan sebagai jambatan di antara zaman kanak-kanak

dan dewasa. Ia selanjutnya menjadi satu masa yang penuh dengan kerisauan kerana

timbulnya keperluan untuk membuat keputusan mengenai kerjaya dan corak hidup.

Semua ini berpotensi mewujudkan konflik dan krisis. Perubahan yang banyak berlaku

setelah akil baligh memerlukan perhatian yang khusus dan pemahaman daripada

golongan yang lebih dewasa. Penglibatan ini akan membolehkan golongan remaja

melalui perubahan ke arah kedewasaan dengan jayanya.

Menurut Kasmini (1993), remaja merupakan peralihan umur dari zaman kanak-

kanak ke zaman dewasa. Pada kebiasaannya zaman ini bermula dengan kedatangan haid

pertama bagi perempuan dan keluarnya air mani bagi lelaki. Keadaan ini berlaku pada

peringkat umur di antara 11 dan 13 tahun di kalangan perempuan dan di antara 13 dan

17 tahun di kalangan lelaki. Pada peringkat umur remaja ini banyak perubahan fizikal

berlaku. Perubahan fizikal ini dipengaruhi oleh pengeluran hormon. Tempoh perubahan

fizikal biasanya memakan masa selama 4 hingga 5 tahun bagi lelaki dan bagi perempuan

tempohnya pendek iaitu, antara 3 hingga 4 tahun sahaja. Oleh itu kanak-kanak

perempuan menempuhi alam remaja lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki, mereka

lebih banyak mengalami gangguan emosi di peringkat awal lagi jika dibandingkan

dengan kanak-kanak lelaki.

Pada peringkat keremajaan ini sangat penting memastikan dan memupuk

pengenalan diri seseorang untuk mengelak timbulnya kekeliruan tentang peranan diri. Ini

bermaksud setelah berakhirnya zaman kanak-kanak seseorang remaja perlu dan tahu

35

Page 36: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

siapa dirinya dan tahu segala ciri-ciri diri, baik atau buruk dan ada keyakinan untuk

menonjolkan identiti diri mereka kepada orang lain.

Kekeliruan dan rasa tidak pasti dengan identiti diri menjadikan mereka sukar

dalam kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang matlamat hidup. Mereka tidak ada

tujuan hidup dan tidak tahu ke mana hendak dituju. Remaja yang berada dalam keadaan

begini akan lebih mudah terpengaruh dengan unsur luaran tanpa berfikir panjang. Mereka

tidak risau akan akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya terlibat dengan perkara yang

tidak wajar.

Menurut Corey et al. (2000), umur 12 hingga 18 tahun merupakan peringkat

remaja yang merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Masa ini

dianggap sebagai satu tempoh yang sukar untuk memilih satu dasar yang boleh dijadikan

penentu, di mana seseorang remaja boleh dibimbing ke arah membuat penilaian pada

sikap dan tingkah laku yang diperlihatkan boleh menolong dirinya untuk memasuki era

dewasa dengan kefahaman yang realistik mengenai tanggungjawabnya kepada dunia

sosialnya.

Pemikiran remaja adalah pada tahap pemikiran secara 'formal'. Mereka sudah ada

kesedaran untuk berfikir, boleh menggunakannya untuk membuat keputusan dan

mengambil tindakan mengikut pertimbangan. Mereka boleh membuat kesimpulan, boleh

bertukar-tukar fikiran, membuat hipotesis dan mencuba hipotesis mereka walaupun masih

belum mencapai peringkat kematangan.

Menurut (Mohd. Nazar 1992; Muhd. Mansur 1998; Noriah 2000) keremajaan

dikatakan berakhir apabila seseorang itu mencapai umur 17 tahun atau 18 tahun, kerana

waktu ini adalah situasi baru di mana segala keinginan hidup untuk berkeluarga

meningkat, terutamanya di kalangan remaja perempuan. Waktu begini para remaja mula

rnementingkan susuk badannya dan menjaga tubuh badannya dengan baik, pandai

bersolek, memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai terhadap dirinya. Remaja

juga ketika ini melalui medan perubahan yang cepat sama ada jasmani, emosi, rohani dan

36

Page 37: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

inteleknya. Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan ibu bapa, rakan sebaya dan

kumpulan masyarakat amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan rernaja.

Noraini (1993), pula mendapati masalah yang dihadapi oleh remaja akan

menyebabkan remaja berada dalam ketegangan dan kebimbangan, keadaan ini boleh

membawa kepada berlakunya perlakuan mengasingkan diri, melanggar peraturan,

kenakalan dan masalah tingkah laku yang lain. Remaja mempunyai sikap yang terlalu

egoistik, menganggap diri mereka sebagai tumpuan seluruh dunia dan sebagai satu-

satunya tumpuan minat. Mereka mementingkan diri sendiri dan bersifat kebendaan di

samping emosi yang sering kali berubah-ubah antara riang dan sedih.

Mohd. Salleh (1998), menjelaskan peringkat perkembangan remaja merupakan

satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat dewasa. Ia

merupakan satu kumpulan anak muda yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun.

Sesetengah golongan remaja menganggap mereka tidak boleh lagi diperbudak-budakkan

kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi rohani, jasmani,

intelek dan sosial. Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkan

kebebasan yang sebanyak mungkin dan seterusnya menunjukkan identiti yang tersendiri..

Apa yang membimbangkan ibu bapa dan masyarakat ialah golongan remaja sama ada

yang sedang bersekolah atau yang tidak bersekolah, sudah mulai menyedari tentang

perkembangan mental-emosi mereka dan mental-emosi orang lain. Justeru mereka

sentiasa ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu. Konflik dalam diri inilah menyebabkan

kehidupan golongan remaja penuh dengan kegelisahan dan cabaran.

Menurut Wan Mohd. Zaid (1993) dan Suradi (2000) murid sekolah menengah

ialah golongan remaja. Dalam kehidupan remaja terdapat beberapa masalah tertentu

seperti remaja mengalami perubahan jasmani. Umur baligh berbeza di kalangan kanak-

kanak dan perubahan tubuh badan juga berbeza-beza. Masa remaja juga merupakan

waktu orang muda perlu berusaha mencari dan mendapatkan kebebasan sendiri. Usaha

untuk kebebasan ini kerap kali menjadikan mereka berani mencabar dalam tindakan-

37

Page 38: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

tindakan kemasyarakatan. Mereka tidak harus dicaci, sebaliknya mereka memerlukan

galakan dan timbang rasa daripada orang dewasa.

Tanggungjawab remaja di dalam hidup ialah mencapai nilai untuk membentuk

kehidupan mereka. Melalui perbincangan tidak formal remaja boleh menilai pandangan-

pandangan dan menerbitkan satu set nilai yang boleh diterima. Remaja juga perlu

mencapai kejayaan dalam erti kata dunia yang lebih mantap. Mereka perlu mendapatkan

pengakuan dewasa untuk membina keyakinan diri mereka dan akan dapat mengelakkan

dari pengaruh yang tidak membawa kebaikan kepada golongan remaja.

Menurut (Kimble 1990; Mohammad 1992; Oil 1997), remaja adalah golongan

yang mudah terpengaruh dan sentiasa melakukan sesuatu mengikut gaya masa kini dan

memberontak jika keseronokan dan kebebasan mereka dihalang. Mereka sering

berkhayal, ingin mencapai sesuatu yang di luar kemampuan mereka dan membuat

permintaan yang tidak realistik.

Kesimpulannya perilaku remaja boleh dilihat melalui keadaan dalaman serta

fisiologi manusia yang mana tingkah laku itu digerakkan dari diri individu di peringkat

bayi dan awal kanak-kanak sehingga akhirnya menjadi kenyataan untuk tujuan-tujuan

tertentu di masa dewasa nanti. Bimbingan dari orang dewasa, ibu bapa dan keluarga akan

dapat membantu remaja mengatasi masalah tingkah laku dari berterusan.

2.4.3 Teori Punca Masalah Disiplin Pelajar

Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap

devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian

merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori

subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya

kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca

daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar

38

Page 39: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan

dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian.

Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan

merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut

kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian

Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik

neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian

iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan

mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya

lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat

persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

Ramai ibu bapa moden menyerahkan tugas mendidik anak pada guru di sekolah.

Memang guru memainkan peranan penting untuk mendidik. Mendidik membawa makna

yang jauh lebih besar daripada sekadar mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan.

Pengaruh guru pada pelajar juga bukan kecil. Namun, guru hanya terbabit dalam

sebahagian proses pembentukan karakter itu. Selebihnya terletak pada bahu ibu bapa.

Memang wujud keadaan pelajar akur pada disiplin sekolah, mematuhi arahan

guru dan berbudi bahasa di dalam kelas tetapi mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ apabila

berada di luar sekolah. Mereka menganggap disiplin dan tingkah laku yang baik hanya di

dalam pagar sekolah atau apabila mereka memakai pakaian sekolah.

Oleh sebab itu, peranan ibu bapa masih penting. Masa kanak-kanak berada di

rumah masih banyak dibandingkan dengan masa bersama guru. Dari hari pertama

kelahirannya hingga seorang kanak-kanak masuk ke tahun satu, mereka sepatutnya

berada di rumah selama 30,000 jam. Hanya peratusan kecil waktu dihabiskan di nurseri

atau taman didikan kanak-kanak. Bagaimanapun realiti moden hari ini ialah ibu bapa

menghantar anak kecil dari pagi hingga petang ke nurseri atau tadika.

39

Page 40: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Sepanjang seorang kanak-kanak bersekolah rendah (enam tahun) mereka

mempunyai masa lebih 52,000 jam. Daripada jumlah itu, mengambil kira mereka di

sekolah enam jam sehari selama kira-kira 200 hari setahun, mereka menghabiskan masa

7,200 jam di sekolah. Ia bermakna hanya satu pertujuh masa mereka di sekolah

berbanding di rumah. Memang benar waktu enam jam di sekolah banyak mempengaruhi

kanak-kanak tetapi waktu di rumah dan bersama ibu bapa sebenarnya jauh lebih penting

dalam mencorakkan kanak-kanak ini.

Malah hubungan di antara apa yang berlaku di rumah dan sekolah sudah sekian

lama menarik perhatian pakar kanak-kanak dan ahli psikologi. Kanak-kanak yang datang

daripada keluarga tidak stabil membawa ciri yang khusus. Kanak-kanak yang terbiar juga

membawa karakter berbeza. Besar kemungkinan mereka memberontak, kasar dan sukar

dikawal. Sebagai perbezaannya kanak-kanak yang mendapat kasih sayang ibu bapa

menunjukkan sifat tersendiri.

Ramai orang menganggap dengan adanya ibu bapa di rumah sudah memadai. Di

sini pentingnya apa yang disebut ‘masa kualiti’ untuk anak. Waktu sebenar interaksi

bersifat ilmu (educational interaction) di antara ibu bapa dengan anak mereka hanya 12.2

minit sehari bagi ibu dan 7.7 minit bagi bapa. Ini termasuk waktu membaca. Kajian ke

atas ibu bapa dan ibu atau bapa tunggal di Amerika Syarikat (AS) mendapati waktu ibu

bapa ‘bercakap’ dengan anak mereka hanya 10.7 minit bagi ibu bekerja dan empat minit

bagi bapa yang bekerja.( Berita Harian, 30.9.2006)

2.4.4 Hubungan Antara Ibu Dan Anak

Hubungan emosi berkualiti dan rapat terutama yang melibatkan ibu dengan anak

akan mewujudkan hubungan keluarga yang baik dan mendapati bahawa tidak wujud

konflik kebergantungan serta ia mempunyai perkaitan secara positif dengan penghargaan

kendiri anak. (Buchanan dan Dombush,1991 dalam McCurdy,1996)

40

Page 41: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Sungguh pun demikian apa yang dikesalkan ialah sikap bapa yang kurang

memainkan peranan dan kurang berkongsi kuasa dengan anak sehingga anak tidak rapat

dengan mereka (Weinmann,1990 Di Dalam Balk,1995)

Di dalam usaha meningkatkan perkembangan anak maka seharusnya ibu dan bapa

rapat dengan mereka agar elemen didikan dapat diterapkan. Sehubngan itu penerimaan

anak terhadap ibu bapa harus berada pada tahap yang terbaik. Ini ditambah dengan tahap

perkembangan anak yang sedang berada dalam waktu transisi. (Moser, Paternite dan

Dixon, 1996)

Jika anak mempersepsikan ibu dan bapa sebagai autonomy supportive maka

mereka juga akan mempunyai lebih autonomi di dalam aktiviti sekolah, merasa diri

mereka mempunyai tahap persaingan dan boleh mengawal diri di dalam kelas berbanding

mereka yang mempersepsikan ibu bapa sebagai pengawal. (Grolnick 1991, di dalam

Dresner, 1996)

2.4.5 Peranan Ibu Dan Bapa Di Dalam Mengasuh Anak

Sememangnya peranan ibu dan bapa di dalam memastikan perkembangan anak

terutamanya di sudut pendidikan tidak dapat dinafikan. Sehubungan itu ibu bapa perlu

bersama-sama memainkan peranannya di dalam mendidik anak. Namun apa yang berlaku

ialah golongan bapa kurang berperanan tetapi menyerahkan urusan mendidik anak

kepada golongan ibu. (Paulson & Sputa,1996),(Forehand & Nousiainen,1993 Di dalam

Paulson,1996)

Realiti yang wujud ialah golongan bapa kurang menerima anak sehingga

menyebabkan hubungan mereka adalah jauh dan tidak rapat. (Wienmann & New

Combe,1990 Di Dalam Balk,1995), dan hanya terlibat mengasuh anak jika diperlukan

terutama dalam mendisiplinkan mereka (Simon,Conger & Wu,1992, Di Dalam Conger &

Elder, 1994) Hubungan yang tidak menggalakkan di antara bapa dan anak ini akan

mewujudkan konflik. Ini merupakan salah satu sebab menurunnya tahap disiplin.

41

Page 42: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Namun apa yang melegakan ialah penglibatan golongan ibu di dalam urusan

mandidik anak adalah lebih baik dan bersifat autoritatif. Ibu didapati lebih tinggi dalam

mengawal, menerima, rapat dengan anak (Forehand & Nousiainen,1993 Di Dalam

Paulson, 1996) dan lebih kepada kombinasi di antara kuasa, keseimbangan, keintiman

serta lebih kepada konflik (Pipp, Shaver, Jenning & Lamborn,1985 Di Dalam Paulson,

1996)

Sungguhpun demikian terdapat juga sikap ibu bapa yang memandang remeh

penglibatan mereka di dalam mengasuh anak apabila anak mereka mula memasuki alam

persekolahan menengah wal hal di dalam waktu ini anak amat memerlukan sokongan dan

perhatian daripada mereka. Menurut Paulson dan Sputa (1996), penurunan tahap asuhan

dan penglibatan ibu bapa terhadap anak semakin ketara apabila anak meningkat daripada

gred 9 kepada gred 12.

Ibu bapa perlu mengubah sikap dan pesekitaran keluarga sekirannya ingin

menumbangkan terhadap peningkatan tingkahlaku anak. Antaranya yang boleh dilakukan

ialah membenarkan anak mereka berkembang dan membentuk elemen dalaman melalui

tingkahlaku yang diperakukan seperti persaingan yang tinggi, memahami dan

pengawalan diri yang baik serta memberikan autonomi kepada anak. (Grolnick,1991,

Dresner dan Golnick,1996 dan Allen dan Collegues, 1994 di Dalam Delaney,1996)

Selain itu kedua ibu bapa perlu banyak terlibat dalam aktiviti anak seperti

meluangkan masa dan bertingkahlaku menyayangi. Ini akan menyebabkan anak merasa

lebih persaingan, dapat mengawal diri dan lebih berorientasi kan motivasi dan autonomi

(Grolnick,1991)

2.4.6 Tingkahlaku Anak

Gaya asuhan yang tidak konsisten dan kritikal akan mewujudkan konflik di dalam diri

terutama apabila melalui waktu transisi di antara alam kanak-kanak dan remaja. Malahan

42

Page 43: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni akan menyebabkan wujudnya

tingkahlaku bermasalah. (Astone dan Mc Lananagan, 1994)

Persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni ini bleh didefinasikan

seperti pertelingkahan dalam hak pemeliharaan bagi ibu bapa yang telah bercerai, proses

perceraian, sikap anak yang tidak mahu tinggal serumah dengan ibu dan bapa kandung.

(Kurdek,1993) dan (McCurdy & Scherman,1996)

Moses (1996), Dresner (1996), McCurdy ,(1996), Kurdek, (1994), Buchanan,

(1991) dan Weinmann, (1990) pula banyak mempersoalkan penerimaan anak terhadap

bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak tidak akan menerima ibu bapa yang kritikal

terhadap diri mereka dan ini akan mewujudkan konflik di antara mereka dan secara tidak

langsung akan mempengaruhi tahap disiplin mereka di sekolah.

2.5 Kelas Sosial

Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak

stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang

dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor

utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.

Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi

sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah,

semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian

yang sewajarnya.

Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian

Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996), yang jelas menunjukkan faktor keluarga

merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi

semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani.

43

Page 44: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Kelas sosial bermaksud usaha membahagi-bahagikan manusia mengikut kategori-

kategori tertentu berdasarkan pekerjaan mereka. Pekerjaan dijadikan asas penentu kepada

bentuk pendidikan dan pendapatan seseorang di dalam masyarakat. Pengaruh sosio

ekonomi ini pula menentukan pencapaian prestasi akademik para pelajar. Pekerjaan bapa

merupakan kriteria yang paling kerap digunakan untuk menentukan kelas sosial kanak-

kanak atau status sosio ekonomi mereka.

Status sosio ekonomi atau kelas sosial merupakan unsur penelah yang paling tekal

dan kukuh bagi menentukan tahap disiplin kanak-kanak di sekolah. Taraf sosio ekonomi

dan disiplin menunjukkan hubungan yang positif, iaitu semakin tinggi status sosio

ekonomi ibu bapanya, maka lebih tinggilah tahap disiplin kanak-kanak itu. Tahap disiplin

bukan sahaja unsur penentu yang tepat bagi pencapaian kanak-kanak di sekolah tetapi ia

juga merupakan satu penyebab kepada ketidakhadiran, ponteng, keciciran, kemundurun

dalam pelajaran atau peluang untuk memimpin di sekolah dan sebagainya.

Kajian-kajian yang dibuat di negara kita mendapati adanya satu hubungan yang

sinifikan di antara taraf sosio ekonomi dan pencapaian atau gejala tidak mendaftar diri

(Laporan Keciciran,1973). Kajian Isahak Haron (1977) mengenai hubungan antara kelas

sosial dan pencapaian pendidikan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,

terdapat satu hubungan yang umum antara kelas sosial dan pencapaian akademik, tetapi

kekuatan hubungannya adalah berbeza bagi ketiga-tiga kaum.

Hubungan status sosio ekonomi dengan pencapaian akademik adalah paling

ketara dalam masyarakat India , masyarakat Cina pada tahap sederhana dan masyarakat

Melayu paling tidak ketara. Mayarakat Melayu paling kurang disusunlapiskan berbanding

masyarakat Cina dan India. Marimuthu (1975) dalam penyelidikan tentang pengaruh latar

belakang keluarga dalam pelajaran belia Tamil, mendapati adanya threshold effect

dalam pengelompokkan taraf sosio ekonomi yang menentukan sama ada belia itu

berdaftar di sekolah atau tidak. Di dalam kelas pekerja , ibu bapa dibahagikan kepada dua

kumpulan , iaitu satu yang melampau tahap kemiskinan dan satu lagi di bawah tahap

kemiskinan. Bagi kumpulan di bawah tahap kemiskinan perbezaan dalam pendaftaran

adalah dipengaruhi oleh faktor ekonomi sementara bagi golongan lain yang melebihi

44

Page 45: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

tahap kemiskinan, faktor bukan ekonomi seperti pendidikan ibu bapa adalah lebih penting

daripada pendapatan mereka.

RUMUSAN

Selain itu didapati bahawa ibu lebih memainkan peranan sebagai pendidik dan rapat

dengan anak berbanding bapa. Anak pula didapati lebih menerima ibu bapa yang

memberi sokongan dan menggalakkan perkembangan diri. Memlalui kajian yang dibuat

oleh pengkaji seperti Paulson (1996), Forehand (1993), Simon (1992) dan Pipps (1985),

didapati bahawa kuasa keterlibatan di dalam mengasuh anak lebih kepada ibu manakala

bapa lebih kepada aspek melaksanakan peraturan. Didapati juga ibu bapa yang kurang

terlibat di dalam proses ini akan menyebabkan permasalahan di dalam keluarga terutama

di antara ibu bapa dan anak remaja.

Manakala aspek keluargaan anak lebih ditumpukan oleh Taris (1995),

Aston(1994) dan Kurdek (1993). Permasalahan ini dilihat sebagai tingkahlaku mendesak

oleh anak dan ketidakinginan anak untuk tinggal bersama keluarga. Ini menimbulkan

konflik di dalam keluarga tersebut di antara ibu bapa dan anak.

45

Page 46: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tentang langkah yang diambil dalam merancang dan

menjalankan kajian. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian,

tempat kajian, pemilihan sampel kajian, alat kajian, proses dan prosedur melaksanakan

kajian secara berkumpulan dan penganalisaan data.

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif di mana kaedah soal selidik digunakan untuk

mengumpul maklumat dan ia lebih kepada bentuk survey kajian ini bertujuan melihat

apakah jenis gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa dan hubungannya dengan tahap

disiplin pelajar di sekolah.

RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini memberi fokus hubungan antara disiplin pelajar dengan gaya asuhan ibu bapa.

Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar menengah rendah di tiga buah sekolah di

Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kaedah

persampelan rawak mudah. Seramai 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar

perempuan dari setiap sekolah dipilih daripada jadual kedatangan pelajar.

46

Page 47: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

INSTRUMEN KAJIAN

Satu alat ukur disediakan untuk tujuan pengumpulan data dan soal selidik ini mempunyai

2 bahagian. Bahagian A dalam soal selidik ini mengandungi item-item demografik yang

bertujuan memperolehi maklumat latar belakang responden dan keluarga mereka.

Manakala Bahagian B pula mengandungi item-item bagi mengenalpasti gaya asuhan ibu

bapa Lampiran 3. Borang jawapan pula dibahagikan kepada Bahagian Bapa dan Ibu , ini

bagi memudahkan proses pemarkahan dan analisis.

Bahagian A (demografi)

Aspek responden meliputi prerkara berkenaan jantina dan tahap pendidikan ibu dan bapa,

jumlah pendapatan ibu bapa, jenis pekerjaan ibu dan bapa dan nama sekolah.

Bahagian B

(Item Gaya Asuhan Ibu Dan Bapa)

Gaya Asuhan No. Item

Autokratik 1, 4, 7,10,13,16,19,22,25,28.

Demokratik 2,5,8,11,14,17,20,23,26,29.

Permisif 3,6,9,12,15,18,21,24,27,30.

Bahagian B terdiri daripada item-item untuk mengukur apakah gaya asuhan yang

diamalkan oleh keluarga responden. Jumlah item ialah sebanyak 30 soalan dan setiap 10

soalan mewakili satu jenis gaya asuhan demokratik, demokratik dan permisif . Dominasi

3 gaya asuhan ibu anak dan bapa anak serta perkaitan hubungan dengan masalah disiplin

47

Page 48: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

responden mampu diperolehi. Soalan kajian berbentuk terbuka dan responden perlu

memberikan jawapan berdasarkan ukuran skala likert iaitu:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

Soal selidik untuk mengenalpasti gaya asuhan ibu bapa berdasarkan persepsi pelajar soal

selidik yang digunakan ialah soal selidik yang dibina oleh Ahmad Badruddin Abdullah

(1999), untuk mengukur 'Cara Gaya Keibubapaan Terhadap Pelajar Berpencapaian

Rendah'. Beliau mengadaptasikan skala pengukuran gaya asuhan daripada Maureen M.

Acker, (1995), alat ukuran ini telahpun diuji konsistensinya oleh pengkaji tersebut

melalui kaedah uji dan uji kembali (pre dan post test). Perbezaan dari segi ruang masa di

antara pra dan pasca test adalah selama 1 bulan dan ia memperlihatkan nilai konsistensi

sebanyak 0.616. Manakala ujian pearson melalui kaedah interkorelasi di antara sub skala

cara gaya keibubapaan dan tahap disiplin digunakan bagi mengkaji kaitan di antara cara

gaya asuhan dengan tahap disiplin pelajar.

Di dalam kajian ini pengkaji akan mengukur tiga gaya asuhan keibubapaan iaitu

autokratik, demokratikan dan permisif.

Status Sosio Ekonomi Sosial

Untuk menetapkan status sosio-ekonomi, tiga jenis penunjuk telah digunakan iaitu :

i. Taraf pendidikan ibu bapa,

ii. Pekerjaan ibu bapa dan

iii. Pendapatan bulanan ibu bapa.

48

Page 49: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Ketiga-tiga jenis petunjuk ini telah digunakan oleh Lim (1999) dalam kajiannya 'Gaya

Keibubapaan dan Hubungannya dengan Tingkahlaku Anak'. Tesis Sarjana,UKM. Taraf

pendidikan ibu bapa diukur dengan menggunakan maklumat tentang pencapaian

akademik tertinggi mereka. Pencapaian akademik ini adalah dari yang serendah-

rendahnya, iaitu tidak bersekolah kepada tahap yang tertinggi sekali, iaitu ijazah dari

universiti Tahap kelulusan yang ditetapkan ialah 6. Kod yang diberi kepada tahap yang

rendah sekali ialah 1 dan yang tertinggi sekali ialah 6.

Penunjuk yang kedua yang digunakan untuk menetapkan status sosio-ekonomi ialah

pekerjaan ibu bapa. Dalam kajian ini kategori pekerjaan adalah dari tahap yang rendah ke

tahap yang tinggi. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut :

Kategori Kod

Pekerjaan tidak mahir seperti buruh. 1

Pekerjaan separuh mahir seperti kerani. 2

Pekerjaan mahir seperti peniaga. 3

Pertengahan seperti guru. 4

Profesional seperti peguam, doktor. 5

Petunjuk yang ketiga pula ialah pendapatan bulanan ibu bapa. Pendapatan mereka

dikategorikan kepada enam kategori, tahap yang ditetapkan adalah dari tidak

Katogeri Kod

Tidak bersekolah 1

Sekolah Rendah 2

PMR/SRP 3

SPM 4

STPM 5

Ijazah/ Diploma 6

49

Page 50: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

berpendapatan yang dikodkan 1 dan lebih daripada RM4000 sebulan yang dikodkan

sebagai 6. Dalam kajian ini, kod pendapatan bulanan responden dan pasangannya diambil

kira dalam jumlah skor penentuan status sosio-ekonomi.

Katogeri Kod

Tidak berpendapatan 1

Kurang daripada RM1000 2

Antara RM1001- RM2000 3

Antara RM 2001- RM3000 4

Antara RM3001- RM4000 5

Lcbih RM4001 6

Untuk menentukan status secara keseluruhan, maka ketiga-tiga jenis penunjuk ini

dicampurkan. Status sosio-ekonomi ditetapkan dengan merujuk kepada skor yang

diperolehi bagi ketiga-tiga jenis penunjuk ini. Taraf sosio-ekonomi ditunjukkan seperti

berikut:

Jumlah Skor Taraf Sosio-ekonomi

Antara 1-14 Rendah

Antara 15-19 Sederhana

20 atau lebih Tinggi

50

Page 51: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji bagi mementukan kebolehpercayaan instrumen

kajian. Penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas 30 orang responden dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Muadzam Agama Pahang, Muadzam Shah. Responden terdiri

daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

TATACARA PENGANALISAAN DATA

Data keseluruhan diambil dan kemudian diketegorikan dengan mengguanakan alat

statistik SPSS atau menurut Taylor dan Bogdan, 1984, tujuan penganalisaan maklumat

bertujuan untuk menghasilkan kesimpulan dan generalisasi daripada maklumat yang

diperolehi. Malah penanalisaan data juga bertujuan untuk menjadikan sesuatu maklumat

itu lebih berguna dan bermakna. (Majid konting, 1993)

Gambaran secara terperenci proses penganalisaan data dapat diperlihatkan seperti

berikut:

1. Borang jawapan yang telah diisi oleh responden diambil dan dikira skor yang

diperolehi di dalam aspek jenis gaya asuhan pada bahagian bapa dan ibu.

2. Merekod data Bahagian A, demografi dan Bahagian B item mengenalpasti

gaya asuhan bapa dan ibu.

Data yang diperolehi derekodkan di dalam SPSS dengan mengasingkan aspek yang ingin

dikaji iaitu jantina responden, tahap pendidikan ibu dan bapa, jumlah pendapatan bulanan

ibubapa dan item-item pengukuran 3 jenis gaya asuhan berdasarkan borang jawapan

pelajar.

51

Page 52: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

3. Melakukan penganalisaan.

Kaedah interkorelasi pearson dilakukan terhadap 3 sub skala gaya asuhan keibubapaan

yang mewakili cara asuhan ibu dan bapa terhadap skor tahap disiplin pelajar. Selain itu

maklumat-maklumat demografi di Bahagian A menggunakan ukuran kecenderungan

memusat yang terdiri daripada min, median dan mode.

4. Mendapat maklumat penganalisaan.

Skor-skor atau dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisi adan dibentuk satu

rumusan oleh pengkaji dan dengan kajian-kajian lepas. Ini bertujuan agar dapatan

tersebut boleh dibuat kesimpulan keseluruhan.

5. Melakukan kesimpulan dan perbincangan berdasarkan maklumat yang

diperolehi.

Akhirnya satu kesimpulan dibentuk bagi memperlihatkan dapatan maklumat bersama

cadangan dan perbincangan oleh pengkaji.

RUMUSAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang memerlukan penganalisaan data yang benar-benar

tepat dan sehubungan itu SPSS digunakan kerana ia mampu memberikan data yang

menjurus kepada persoalan kajian. Kaedah yang digunakan mampu untuk menilai

persoalan kajian iaitu berkenaan cara asuhan keibubapaan dan hubungannya dengan

masalah disiplin pelajar.

52

Page 53: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

RUJUKAN

Abdul Rauf Dalip, 1991, Situasi Disiplin Sekolah Sorotan Imbas Laporan Kajiselidik, Disiplin Dalam Pendidikan, KL, Nurin Enterprise.

Ahmad Amin,1998, Peranan Ibu Bapa, Kajang, Makruf Publisher & Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Badruddin Abdullah, 1999. Cara Gaya Keibubapaan Terhadap Pelajar Berpencapaian Rendah Di Felda Palong Negeri Sembilan, Tesis Sarjana, UPM,

A.S. Alice Rani A/P Anthony Samy, 1997, Gaya Asuhan Keluarga Dan Pembentukan Personality Remaja, Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan UPM.

Astone, N.M. & Mclanagan, S.S.1994, Family Structure, Residential Mobility And School Dropout : A Research Note. Demografi,31.

Bachok Mohamad, 1990, Pengaruh Gaya Dan Tingkahlaku Ibu Bapa Terhadap Penghargaan Kendiri Remaja, Kertas Projek Yang Tidak Diterbitkan, Serdang, Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

Balk,David E, 1995, Adolescent Development : Early Through Late Adolescence, Pacific Grovee : Brooks Cole Pub Company.

Bandura, A. 1977, Social Learning Theory, Eaglewpod Cliffs : Prentice Hall

Berita Harian, 17.8.2005, Purata Kes Ponteng Di Pedalaman Cecah 40 Peratus , http://apps2.emoe.gov.my/

Berita Harian, 1.3.2007, Henti Salahkan Remaja, YB. Dato Shahrizat Jalil.

Berita Harian, 30.9.2006, Disiplin: Usah Salahkan Guru Sahaja, Johan Jaafar, Article.

Berita Harian, 6.9.2005, Lima Punca Budak Lakukan Jenayah, http://apps2.emoe.gov.my/

53

Page 54: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Boocock, S.S. 1972, An Introduction to Sosiology of Learning, Boston : Houghton Mifflin Company.

Buri, J.R. 1991, Parental Authority Questionaire. Journal Of Personality Assessment. 57,110-119.

Baumrind D 1978 Parental Disciplinary Pattern And Social Competence In Children. Youth And Society 9, 239-276.

Baumrind D, 1989, Rearing Competence Children, Child Development Today And Tomorrow, Sans Francisco. Josey-Bass, 349-378

Baumrind, D. 1991. Influence Of Parenting Style On Adolescent Competence And Substance Use. Journal Of Early Adolescence. 11 (1), 56-59.

Baumrind D, 1996, Effect Of Authoritative Parental Control On Child Behavior. Child Development 37, 897-906.

Conger, Rand D.& Elder,Glen H, 1994, Family In Troubled Home. New York: Walter De Gruyter.

Conger, John Janeway And Galambos, Nancy L. 1996 Adolescence And Yauth Psychological Development In The Changing World, 5th Edition, New Jersey Longman.

Corey,G. 2000, Theory And Practice Of Group Counselling. 5th Edition.Pasific Grove, California Brooks Cole Publishing Company.

Choa, Ruth K. 1994, Beyond Parental Control And Authoritarian Parenting Style: Understanding Chinese Parenting Through The Cultural Nation Of Training. Adolescent, Vol 29,No 115.Libra Pulishers Inc:San Diego

Dresner , Rachel & Grolnick,Wendy S.,1996, Construction Of Early Parenting, Intimacy And Autonomy In Young Women, Journal Of Social And Personal Relationship.Vol 13.Lon Don : Sage Publication.

Delaney, Mary E ,1996, Across The Transition To Adolescent: Qualities Of Parent/Adolescent Relationships And Adjustment, Journal Of Early Adolescent,Vol 16, August 1996 Sage Publication.

Deluty, R.H.1985. Cognitive Mediation Of Aggressive, Assertive And Sumissive Behavior In Children. International Journal Of Behavioral Development. 8 : 355-369

54

Page 55: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Docking, J.W. 1987, Control And Discipline In School. London: Paul Chapman Pulishing.

Dzulkarnain, 1999, Pengaruh Budaya Ibu Bapa, Rakan Sebaya, Masyarakat dan Sekolah Dalam Pembentukan Disiplin Pelajar, Tesis PhD, UKM.

Ee Ah Meng. 1994. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Penerbit Fajar Bakti.

Elder.G.H..Jr.,1980, Parental Power Legitimation and Its Effects On The Adolescent, Sociometry, 26, hal. 50-65

Elder,G.H. And Bowerman,C.E. (1994). Family Structure And Child Rearing Pattern: The Effect Of Family Size And Sex Composition. American Psychological Review,Vol 28, 891-905.

Goode, William J. (1982). The Family. New Jersey ; Prentice Hall Inc.

Ismail Yusuf. 1983. Displin Di Sekolah: Ponteng, Laporan Persidangan Nasional Mengenai Kaum Remaja Di Malaysia. Kuala Lumpur DBP.

Judith A Schickedanz, 1998. Understanding Children And Adolescent, 3rd Edition.

Kamus Bahasa Melayu (1995), terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Kurdek,Lawrence A & Fine,Mark A ,1994, Family Acceptence And Family Control As Preditors Of Adjustment In Young Adolescence : Linear, Curvilinear Or Interactive Effects. Journal Of Child Develpment Vol 65.

Kamus Dewan, Terbitan DBP, KL (1996)

Kandel,Denise B ,1990, Parenting Style,Drug Use And Children's Adjustment In Family Of Young Adults, Journal Of Marriege And The Family,183-196.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Pelajaran. Kuala Lumpur DBP.

55

Page 56: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000, Pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pengurusan Disiplin Murid Sekolah. Unit HEM, Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lindgren, H.C. ,1972, Educational Psychology in the Classroom. 4th Edition, New York. John Wiley & Son.Inc.

Lim Chau, 2005, Gaya Keibubapaan Dan Hubungannya Dengan Tingkah laku Anak, Tesis Sarjana, UKM.

Lamborn, S.D. , Mounts, N.S., Steinberg, L. Dan Dornbusch, S.M. 1991. Patterns Of Competence And Adjustment Among Adolescents From Authoritative, Indulgent And Neglecful Families, Child Development. 61, 485-494.

Mccurdy,Susan J. & Scherman, Abraham 1996. Effect Of Family On The Adolescent Separation-Individuatian Process, Adolescence.Vol 31.San Deigo:Libra Pulication.

Moser,Michele R,Paternite,Carl E. & Dixon,Wallace E,1996. Merrill-Palmer Quaterly. Journal Of Development Psychology. Vol.42 Detroit : Wayn State University Press.

Maureen M. Acker, (1995), Demographics, Parenting Scale & CBCL Scores For A Clinic And Control Group, Psychology Department, Stony Brook University, Stony Brook, NY.

Myers D.G. 1993, Social Psychology. Ed Ke-4, New York: Mac Graw-Hill.

Nor Anisah. 1992. Konsep Manusia Menurut Pandangan Islam , Satu Pemiliran Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur, Arena Ilmu Sdn Bhd.

Paulson, Sharon E, And Sputa, Cherly, L. 1996, Pattern Of Parenting During Adolescence : Perceptions Of Adolscence And Parent. Adolescence.Vol 31, 369-380.

Pavlov, I.P. 1927, Conditional Reflexes. London. Oxford University Press.

Rice, F. P. 1997, The Adolescence Development Relationship And Culture , Boston; Allyn Bacon.

Rokiah Hj Ismail,2000, Salah Laku Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Pengalaman Bersama Keluarga, Rakan Sebaya Dan Sekolah, Bab 21, Negara Pasaran Dan Pemodenan Malaysia (Abd Rahman Embong).

56

Page 57: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Rusnani Abdul Kadir 2000, Kaunseling Dalam Masyarakat Keperluan Pendidikan Seksual Kepada Remaja, Seminar Kaunseling Pendidikan Kebangsaan, Persatuan Kaunseling U.M. K. Lumpur, 1-2 Sept 2000.

Seifet Kelvin. L and Hoffnung, Robert J., (1991) Child And Adolcence Development. Boston : Houghton Mifflin Company.

Skinner.1979. The Shaping Of A Behaviorist. New York : Knoff Inc.

Steinberg, E.G. Elmen, J.D. And Mounts, N.S. 1989. Authoritative Parenting, Psychology Maturity And Academic Success Among Adolescents, Child Development. 60, 1424-1436.

Stevenson L. 1974. Seven Theories Of Human Nature. London. Oxford University Press.

Straus, M.A. Sugarman, D.B., And Giles Sims, J. 1997, Spanking By Parents And Subsequent Antisocial Behavior Of Childrent. Archieves Of Pediatric And Adolescent Medicine. 151, 761-767.

Taris, Toon And Bok, Inge A ,1996, Perenting Environment And Scholastic Achievment During Adolcennce : Aretrospective Study. Early Child Development And Care . Vol 121,67-81.

Utusan Malaysia, 3.4.2001. http://www.utusan.com.my/

White, Fiona. A, 1996, Family Process As Predictors Of Adolscents Preference For Ascribed Sources Of Moral Authorithy: A Proposed Model. Adolescents, vol. 31, 121-127, Libra Publisher, San Diego.

Yaakub Yusuf.1977. Satu Perbandingan Mengenai Nilai-nilai Murid Yang Ponteng Dengan Ibu Bapa Yang Tidak Ponteng. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

57

Page 58: 14532608 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

58