140426 bh translation - freedom in carpentry (faris) · pdf filekampus baru itu. “di...

3
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission. HARYANI ISMAIL [email protected] BERTUKANG dan berkebun merupakan kecenderungan yang payah dipisahkan dari- pada kehidupan Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim. Mahasiswa tahun akhir jurusan Sarjana Muda Sastera dalam Seni Halus di Maktab Seni Lasalle itu memang cintakan kehijauan dan alam semula jadi. Lantaran itu, kededua minat itu digabung- kan bagi beberapa karya seni pemasangan yang kini terpampang indah di padang meng- hijau kampus baru Lasalle di Winstedt Road. Kampus yang merupakan tapak lama Ma- drasah Al-Irsyad Al-Islamiah itu dirasmikan Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyara- kat dan Belia, Encik Lawrence Wong, pada 4 April lalu. Bagaimanapun, kampus yang direka khas sebagai pusat kreatif bagi pelajar mengendali- kan tugasan studio seni secara bebas itu, te- lah pun beroperasi sejak Ogos tahun lalu. Lebih banyak ruang terbuka kini tersedia bagi pelajar Lasalle menyiapkan kerja-kerja seni mereka. Inilah satu usaha memperkaya dan memperkasa pengalaman pelajar dalam meluahkan kreativiti artistik. Encik Muhammad Nur Faris Nakamura yang lebih mesra dengan panggilan Faris Na- kamura, 25 tahun, menghasilkan dua kerusi kayu yang terpisah dengan pohonan menghi- jau. Ada juga bangku yang kelihatan seperti jongkang-jongket yang terasing dengan wu- judnya sebatang pokok. Menceritakan lebih lanjut tentang karya pemasangannya itu kepada Gah, Encik Faris yang berdarah kacukan Melayu-Jepun (datuk sebelah ibu orang Jepun) berkata: “Saya suka sekali dengan kehijauan yang menenangkan dan menyegarkan pandangan mata. Menanam pokok dan bereksperimen dengan kayu. Biasanya, karya saya meng- gunakan kayu dan tumbuhan yang disatu- kan. “Pernah saya hasilkan seni pemasangan yang kelihatannya seperti cebisan teka-teki yang diperbuat daripada kayu dalam satu pa- meran Art of Giving, tahun lalu. Bagai- manapun, ia juga menggunakan tumbuhan dan dihias seperti terarium.” Mengenai karyanya yang diharap dapat dijadikan hiasan tetap di padang kampus Winstedt itu, Encik Faris berkata ia mengi- sahkan tembok penghalang komunikasi dalam hubungan harian. “Lantaran itu, kayu dijadikan bahan seni pemasangan sebab banyak perlambangan yang boleh kita raih daripadanya. Pokok ada- lah hidupan alam, dengan kayunya boleh dicorak menjadi kerusi atau meja. “Manusia pun macam kayu sebenarnya sebab kita dicorak ibu bapa dan masyarakat dalam pelbagai hal. Manakala pepohon menghijau di jalanan pula biasanya di- gunakan sebagai tanda sempadan,” cerita- nya yang pernah aktif bermain seruling dalam Orkestra Alat Tiupan Belia. Dalam pada itu, beliau juga teruja dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di kampus baru itu. “Di kampus McNally Street, kerja-kerja seni perlu dibuat di studio bagi menjaga ke- bersihan kampus. Tapi di kampus Winstedt, dengan ruang sebesar dua padang bola, bany- ak yang boleh kami lakukan. Ada studio lua- ran yang boleh dimanfaatkan bagi kami be- bas bereksperimen,” ujarnya yang langsung ditawarkan kursus ijazah dan bukannya di- ploma kerana latar belakang aktiviti seni muzik yang disertai. Dekan Fakulti Reka Bentuk di Maktab Se- ni Lasalle, Cik Nur Hidayah Abu Bakar, pu- la menyifatkan kampus Winstedt sebagai ru- ang penjelajahan teknik fotografi juga. “Memandangkan fotografi adalah kom- ponen penting di Lasalle, kami berusaha membangun pusat fotografi kami di situ, pa- da masa akan datang. “Lantaran itu, ada empat studio foto dan kamar gelap yang disediakan di kampus ini di samping beberapa studio terbuka (lela- pang) bagi pelajar menggarap kemahiran se- ni mereka. “Kebebasan yang diberi akan menggalak- kan kreativiti. Kami juga memikirkan lang- kah membangun makmal reka bentuk mahu- pun makmal kajian fesyen di kampus ini. “Ada juga rancangan mendapatkan me- sin pencetakan ceparas (letterpress), yang mengembalikan tradisi kraf reka bentuk asal bagi kegunaan pelajar,” tambahnya. Bebas bertukang, ‘menanam’ seni SEMAI KREATIVITI: Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim menggabungkan cinta pada pertukangan dan berkebun bagi menghasilkan karya yang mengisahkan tembok penghalang komunikasi. – Foto-foto TUKIMAN WARJI DICORAK SEKITARAN: Penggunaan kayu dalam karya seni berupa cantuman dua kerusi dan tumbuhan menghijau ini menggambarkan keadaan manusia yang dicorak sekitaran dan berdepan dengan halangan dalam berkomunikasi. Pelajar Melayu berketurunan Jepun bereksperimen di Kampus Winstedt, Lasalle 12 Berita Harian | Sabtu, 26 April 2014 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: tranthien

Post on 13-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 140426 BH Translation - Freedom in carpentry (Faris) · PDF filekampus baru itu. “Di kampus McNally Street, kerja-kerja seni perlu dibuat di studio bagi menjaga ke-bersihan kampus

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.

!HARYANI [email protected]

BERTUKANG dan berkebun merupakankecenderungan yang payah dipisahkan dari-pada kehidupan Encik Muhammad NurFaris Nakamura Mohamed Salim.

Mahasiswa tahun akhir jurusan SarjanaMuda Sastera dalam Seni Halus di MaktabSeni Lasalle itu memang cintakan kehijauandan alam semula jadi.

Lantaran itu, kededua minat itu digabung-kan bagi beberapa karya seni pemasanganyang kini terpampang indah di padang meng-hijau kampus baru Lasalle di Winstedt Road.

Kampus yang merupakan tapak lama Ma-drasah Al-Irsyad Al-Islamiah itu dirasmikanPemangku Menteri Kebudayaan, Masyara-kat dan Belia, Encik Lawrence Wong, pada 4April lalu.

Bagaimanapun, kampus yang direka khassebagai pusat kreatif bagi pelajar mengendali-kan tugasan studio seni secara bebas itu, te-lah pun beroperasi sejak Ogos tahun lalu.

Lebih banyak ruang terbuka kini tersediabagi pelajar Lasalle menyiapkan kerja-kerjaseni mereka. Inilah satu usaha memperkayadan memperkasa pengalaman pelajar dalammeluahkan kreativiti artistik.

Encik Muhammad Nur Faris Nakamurayang lebih mesra dengan panggilan Faris Na-kamura, 25 tahun, menghasilkan dua kerusikayu yang terpisah dengan pohonan menghi-jau.

Ada juga bangku yang kelihatan sepertijongkang-jongket yang terasing dengan wu-judnya sebatang pokok.

Menceritakan lebih lanjut tentang karyapemasangannya itu kepada Gah, Encik Farisyang berdarah kacukan Melayu-Jepun(datuk sebelah ibu orang Jepun) berkata:

“Saya suka sekali dengan kehijauan yangmenenangkan dan menyegarkan pandangan

mata. Menanam pokok dan bereksperimendengan kayu. Biasanya, karya saya meng-gunakan kayu dan tumbuhan yang disatu-kan.

“Pernah saya hasilkan seni pemasanganyang kelihatannya seperti cebisan teka-teki

yang diperbuat daripada kayu dalam satu pa-meran Art of Giving, tahun lalu. Bagai-manapun, ia juga menggunakan tumbuhandan dihias seperti terarium.”

Mengenai karyanya yang diharap dapatdijadikan hiasan tetap di padang kampus

Winstedt itu, Encik Faris berkata ia mengi-sahkan tembok penghalang komunikasidalam hubungan harian.

“Lantaran itu, kayu dijadikan bahan senipemasangan sebab banyak perlambanganyang boleh kita raih daripadanya. Pokok ada-lah hidupan alam, dengan kayunya bolehdicorak menjadi kerusi atau meja.

“Manusia pun macam kayu sebenarnyasebab kita dicorak ibu bapa dan masyarakatdalam pelbagai hal. Manakala pepohonmenghijau di jalanan pula biasanya di-gunakan sebagai tanda sempadan,” cerita-nya yang pernah aktif bermain serulingdalam Orkestra Alat Tiupan Belia.

Dalam pada itu, beliau juga teruja denganpelbagai kemudahan yang disediakan dikampus baru itu.

“Di kampus McNally Street, kerja-kerjaseni perlu dibuat di studio bagi menjaga ke-bersihan kampus. Tapi di kampus Winstedt,dengan ruang sebesar dua padang bola, bany-ak yang boleh kami lakukan. Ada studio lua-ran yang boleh dimanfaatkan bagi kami be-

bas bereksperimen,” ujarnya yang langsungditawarkan kursus ijazah dan bukannya di-ploma kerana latar belakang aktiviti senimuzik yang disertai.

Dekan Fakulti Reka Bentuk di Maktab Se-ni Lasalle, Cik Nur Hidayah Abu Bakar, pu-la menyifatkan kampus Winstedt sebagai ru-ang penjelajahan teknik fotografi juga.

“Memandangkan fotografi adalah kom-ponen penting di Lasalle, kami berusahamembangun pusat fotografi kami di situ, pa-da masa akan datang.

“Lantaran itu, ada empat studio foto dankamar gelap yang disediakan di kampus inidi samping beberapa studio terbuka (lela-pang) bagi pelajar menggarap kemahiran se-ni mereka.

“Kebebasan yang diberi akan menggalak-kan kreativiti. Kami juga memikirkan lang-kah membangun makmal reka bentuk mahu-pun makmal kajian fesyen di kampus ini.

“Ada juga rancangan mendapatkan me-sin pencetakan ceparas (letterpress), yangmengembalikan tradisi kraf reka bentuk asalbagi kegunaan pelajar,” tambahnya.

DUA restoran halal adalah antararestoran terbaik Singapura yang dipilihpengunjung laman web AsiaOne.

Restoran Carousel di Hotel RoyalPlaza on Scotts merangkul anugerahkategori restoran bufet terbaik selamalima tahun berturut-turut.

Ini sekali gus melayakkan Carouselmenerima anugerah People’s ChoiceHall of Fame. Anugerah ini mengiktiraf-kan pemenang yang kini memenangianugerah itu sebanyak lima kali.

Restoran Ayam Penyet Ria meme-nangi kategori restoran Asia terbaik,mengalahkan restoran 4 Fingers CrispyCicken dan The Banana Leaf Apolo.

Kedua-dua restoran itu telah meneri-

ma pengiktirafan di majlis penyampai-an Anugerah People’s Choice AsiaOne2014, anjuran AsiaOne, di auditoriumNews Centre pada 23 April lalu.

Anugerah tahunan keenam ini telahmengumumkan pemenang dalam 28kategori dengan melebihi 200,000 undi-an daripada para pengunjung AsiaOnedalam tempoh melebihi tiga bulan.

Pengurus besar Hotel Royal Plazaon Scotts, Encik Patrick Fiat, berkatakejayaan restoran Carousel ialah hasildaripada kesudian mereka mendengarmaklum balas pelanggan.

Contohnya, Carousel adalah tempatpilihan sambutan hari jadi ramai pelang-gan.

Kakitangan Carousel akan menya-nyi simfoni hari jadi pada setiap malamselepas pelanggan memberitahunya ba-hawa nyanyian lagu hari jadi asli meng-ganggu pelanggan.

“Mereka menghasilkan simfoni harijadi,” kata Encik Fiat.

“Pada 8.15 setiap malam, semua ka-kitangan termasuk di dapur berhentibekerja. Kakitangan Carousel akanmenyanyi bersama-sama lagu hari jadidalam irama jaz.”

Restoran Carousel yang menawar-kan 15 jenis makanan laut segar dikaunter bufet akan menawarkan sajiantapas gaya Asia pada Julai dan mengo-lah semula kaunter pencuci mulut padahujung tahun ini.

Rahsia kejayaan restoran AyamPenyet Ria terletak pada kombinasi sa-jian enak, khidmat cekap dan harga ber-patutan.

Ayam penyet adalah sajian palingpopular kerana pelanggan suka rasaayam goreng dan sambal pedas resto-ran itu.

Restoran Ayam Penyet Ria yang per-tama dibuka di gedung Lucky Plaza. Ki-ni, ia mempunyai enam cawangan.Tahun ini, ia akan menyambut ulangtahunnya yang ke-10 di sini.

Bebas bertukang, ‘menanam’ seni

Carousel menang anugerahkategori restoran bufet terbaik kali kelima

MENANG ANUGERAH: (Dari kiri) Pengurus makanan dan minuman restoran Carousel, Encik Abraham Tan; souscef eksekutif, Encik Darren Ong; dan pengurus besar Hotel Royal Plaza on Scotts, Encik Patrick Fiat, di AnugerahPeople’s Choice AsiaOne yang keenam pada 23 April lalu. Restoran Carousel menang kategori restoran bufetterbaik selama lima tahun berturut-turut. – Foto THE STRAITS TIMES

SEMAI KREATIVITI: Encik Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim menggabungkan cintapada pertukangan dan berkebun bagi menghasilkan karya yang mengisahkan tembok penghalangkomunikasi. – Foto-foto TUKIMAN WARJI

DICORAK SEKITARAN: Penggunaan kayu dalam karya seni berupa cantuman dua kerusi dan tumbuhanmenghijau ini menggambarkan keadaan manusia yang dicorak sekitaran dan berdepan dengan halangandalam berkomunikasi.

Pelajar Melayuberketurunan Jepun

bereksperimen di KampusWinstedt, Lasalle

Ayam Penyet Ria pularangkul kategori

restoran Asia terbaik

SMS/MMS: 9477 8899

E-mail: [email protected]

Call: 1800 733 44 55

Have a

story

to

Call, text or e-mail us. If your story is

published, you get a...

o

f your story is

share?

p , y g

$100

BURGER KING

VOUCHER

et a...

INGG

12 Berita Harian | Sabtu, 26 April 2014

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Page 2: 140426 BH Translation - Freedom in carpentry (Faris) · PDF filekampus baru itu. “Di kampus McNally Street, kerja-kerja seni perlu dibuat di studio bagi menjaga ke-bersihan kampus

PUBLICATION SECTION/PAGE DATE JOURNALIST

Berita Harian 12 26 April 2014 Haryani Ismail

Freedom in carpentry; ‘planting’ art

A Malay student with Japanese ancestry experiments with art at LASALLE’s Winstedt Campus.

Haryani Ismail [email protected]

Mr Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim’s fondness for carpentry and gardening plays a huge part in his life.

The student, who in his final year of study at LASALLE College of the Arts’ Fine Arts programme, loves greenery and nature.

Therefore, both interests were combined for a few installation art pieces that can be seen around the green field at the new LASALLE campus at Winstedt Road.

The campus, located at the old site of Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiyah was officially launched by the Acting Minister of Culture, Community and Youth, Mr Lawrence Wong, on the 4th of April.

However, the campus, which was designed specially as a creative centre for students to freely utilise its studios, had already been in operation since August last year.

There are now more open spaces for LASALLE students to realise their art work. This is part of the campus’ efforts to enhance and enrich their students’ artistic creativity.

Mr Muhammad Nur Faris Nakamura Mohamed Salim or more affectionately known as Faris Nakamura, 25, produced an installation comprising two chairs separated by a green plant.

There is also a chair which looks like a see-saw and is divided by a tree.

Elaborating to Gah! further on his installation piece, Mr Faris who is mixed Malay-Japanese (his maternal grandfather is Japanese) said:

“I really like the peaceful greenery and the refreshing view. Usually, my art pieces are made from wood and plants that I put together.

“I recently exhibited an installation that resembed bits and pieces of a puzzle made from wood, in an exhibition called Art of Giving last year. I also used plants and fashioned the installation like a terrarium.”

The installation, which he hopes will be a permanent art piece at the Winstedt campus, symbolises the communication barriers in daily lives.

Page 3: 140426 BH Translation - Freedom in carpentry (Faris) · PDF filekampus baru itu. “Di kampus McNally Street, kerja-kerja seni perlu dibuat di studio bagi menjaga ke-bersihan kampus

“Wood is used as the material for installation art because there is a lot of symbolic meaning that we can derive from it. Trees are part of nature, and with wood from trees, we can create chairs or tables.

“Humans are like wood too because we are moulded by our parents and society in many different ways. Another symbol of greenery is its use as boundary markers along the roads,” said the artist, who used to be an active member of the Youth Brass Orchestra.

In the meantime, he is also excited about the facilities provided at the new campus.

“At the McNally Street campus, all artwork has to be done in the studio to keep the campus clean. But at the Winstedt campus, which is the size of two football fields, there are plenty of things we can do. There is also an outdoor studio, which we are free to experiment with,” he stated. He was offered a place in the degree programme given his background and involvement in art and music activities.

Ms Nur Hidayah Abu Bakar, Dean, Faculty of Design at LASALLE College describes the Winstedt campus as a space for the exploration of photography techniques as well.

“In view of the fact that photography is a crucial component at LASALLE, we are working on establishing our photography centre there in the near future.

“At the moment there are four photo studios and a dark room provided at the campus and a few other open studios (outdoor) for students to work on their artistic skills.

“Freedom encourages creativity. We are also thinking about steps to establish designing labs or even fashion research labs at this campus.

“We also have plans to get a letterpress for our students to use, which would bring back original and traditional craft designs,” she added.