pengajian luar kampus
DESCRIPTION
ISUTRANSCRIPT
Isu-isu Kontemporari bagi Golongan Pesara/Pencen Oleh: Zailani Zakaria, Asiah Munajam, Loo Fung Lan, Shahariah Zainal. UKM, Bangi. 2013.
1.0 Pengenalan
Setiap individu akan mengalami perubahan dalam hidup mereka serta melalui
pusingan kehidupan. Hidup ini ibarat roda kadang-kadang kita di atas dan
kadang-kadang kita di bawah. Samalah juga di dunia pekerjaan, setiap yang
bekerja akan mengakhiri bidang pekerjaan mereka pada satu hari nanti. Sama
ada secara wajib atau dengan sukarela. Saat-saat ini merupakan perubahan
yang amat ketara yang dilalui oleh seseorang individu itu dalam kehidupan
mereka.
Setelah mereka bersara banyak perubahan yang akan dilalui dan banyak
juga masa yang terluang yang selama ini banyak dipenuhi dengan kerja semata.
Semasa bekerja, pekerjaan seseorang itu sering digunakan sebagai petunjuk
kepada keupayaannya, status sosio ekonominya, tingkah laku dan tingkat
kejayaannya dalam masyarakat. Namun selepas bersara, individu tersebut
mengalami kedudukan kewangan yang berkurangan. Mereka tidak dapat lagi
berbelanja mewah seperti dahulu. Secara langsung atau tidak, mereka
mendapati dirinya kurang atau hilang peluang untuk berinteraksi dengan bekas
rakan-rakan sekerja, status social, identiti diri, penghormatan dan penghargaan
kendiri.
Pada setiap tahun kita dapati beribu-ribu orang memulakan persaraan
mereka tidak kira secara wajib ataupun pilihan. Di Malaysia, bermula 1 Julai
2008 umur persaraan wajib telah bertambah dari 56 tahun kepada umur 58
tahun bagi pekerja sektor awam. Pengumuman ini telah diisytiharkan Perdana
Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semasa pembentangan
Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Pada 7 Oktober 2011, YAB Dato' Seri Haji
Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pula mengumumkan peningkatan umur
persaraan dari 58 tahun ke 60 Tahun kepada pekerja sektor awam dengan
beberapa penambahbaikan faedah persaraan berkuat kuasa pada1 Januari
2012. Kenaikan umur persaraan ini adalah pengorbanan yang harus rakyat
lakukan jika mahu mencapai wawasan 2020 serta untuk melestarikan
penggunaan sumber manusia yang lebih baik.
Pada 13 Jun 2012 Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam ketika membacakan Rang Undang-undang Umur Persaraan
Minimum 2012 buat pertama kali berkata, pekerja sektor swasta hanya boleh
bersara wajib setelah mencapai umur 60 tahun iaitu yang ditetapkan sebagai
umur persaraan minimum. Majikan juga tidak boleh membersarakan secara
pramasa seseorang pekerja yang belum mencapai umur persaraan minimum.
Bagaimanapun seseorang pekerja itu boleh bersara apabila mencapai umur
persaraan pilihan yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau
perjanjian kolektif. Rang undang-undang ini turut memperincikan bahawa pekerja
yang dibersarakan secara pramasa boleh mengadu secara bertulis kepada Ketua
Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh persaraan.
Justeru itu, dengan meningkatnya umur persaraan membolehkan bakal
pesara membuat pilihan sama ada ingin bersara awal atau sebaliknya. Selepas
seseorang mula menjejakkan kaki ke alam persaraan mereka akan mengalami
transisi atau perubahan kepada kehidupan mereka. Antara proses transisi yang
akan dialami oleh golongan pesara seperti perubahan penyesuaian psikologi,
kewangan, kerjaya dan sebagainya. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan
ia mungkin akan mengakibatkan perubahan dalam struktur masyarakat selain
daripada masalah-masalah sosial yang lain.
Pernyataan ini turut disokong George, Fillenbaum & Palmore (1984), yang
menyatakan bahawa persaraan akan membawa banyak perubahan di antaranya
ialah kekurangan pendapatan, kehilangan struktur dan amalan harian,
kehilangan interaksi dengan rakan sekerja, kehilangan status sosial,
penghormatan, identiti dan rasa kejayaan. Dapatan kajian menunjukkan
persaraan itu sendiri mempunyai kesan yang kecil ke atas pesara tetapi
sebaliknya perubahan seperti yang dinyatakan banyak mempengaruhi kehidupan
pesara, sama ada ke arah kehidupan yang lebih baik atau sebaliknya.
Selain itu, persaraan membawa perspektif yang berbeza-beza bagi setiap
individu. Sesetengah individu beranggapan bahawa persaraan merupakan masa
yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka kerana setelah beberapa tahun mereka
bekerja, kini tiba masa untuk mereka berehat pula. Namun ada sesetengah pula
beranggapan persaraan merupakan sesuatu yang mereka takuti kerana ini
menunjukkan mereka sudah tua dan akan merasakan ada sesuatu yang hilang
dalam kehidupan mereka. Individu-individu seperti inilah yang tidak dapat
menerima dan menghadapi hakikat yang sebenar bahawa mereka sudah bersara
dan tidak perlu bekerja lagi.
2.0 Definisi Persaraan
Takrifan persaraan sentiasa berubah-ubah dan sering menimbulkan kekeliruan.
Persaraan kebiasaannya dianggap sebagai akhir pengakhiran kepada sesuatu
pekerjaan dan permulaan usia tua. Oleh kerana kualiti kehidupan dan tahap
kesihatan adalah lebih baik dan jangka hayat juga semakin panjang, maka ramai
berpendapat bahawa persaraan sebagai satu peluang besar untuk mereka
melakukan perkara-perkara baru dan mencari sesuatu yang lebih bermakna
dalam kehidupan mereka (Williams 2005).
Williams (2005), memberikan dua definisi persaraan kerana kedua-duanya
merupakan komponen yang penting dalam memberi pengertian kepada istilah
persaraan iaitu yang pertama ialah praktikal dan yang kedua ialah memberi
tumpuan kepada tuntutan emosi semasa bersara. Menurutnya lagi, pada
peringkat praktikal, persaraan adalah merupakan peringkat di mana berlaku
perubahan kerjaya apabila seseorang tidak lagi perlu bekerja sepenuh masa dan
bebas memilih corak hidup yang diingini. Persaraan mempunyai semua ciri
praktikal apabila kerjaya mula berubah, seperti keperluan untuk melakukan
perancangan, keperluan untuk belajar tentang kekuatan dan keutamaan kendiri,
keperluan untuk rangkaian, perubahan dalam pendapatan, keperluan untuk
mencuba dan membuat pilihan ke atas perkara-perkara baru.
Pada peringkat emosi, persaraan adalah satu proses membiarkan pergi
dan seterusnya menerima pembaharuan dalam kerjaya baru pula. Emosi yang
dirasai semasa bersara umpama perasaan yang dialami oleh mereka yang
pertama kali sampai ke sebuah negara asing yang tidak pernah dilawati sebelum
ini. Pada mulanya mungkin bermacam-macam perasaan muncul seperti takut,
tidak keruan, dan keliru namun apabila telah biasa dengan keadaan baru itu
maka perasaan seronok pula akan muncul. Peralihan emosi persaraan biasanya
akan mengambil antara masa enam hingga lebih daripada lapan belas bulan
sehingga betul-betul dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.
Gustman dan Steinmeier (2000), Status persaraan dianggap sebagai
tempoh untuk keluar daripada pasaran kerja atau sebagai menentukan
pendapatan pada hari tua sedangkan sumber pendapatan semasa hari tua masih
lagi dianggap penting oleh sesetengah individu. Selain itu, persaraan juga boleh
ditakrifkan sebagai penerimaan faedah persaraan, satu konsep yang
dilaksanakan agar dapat memberi faedah kepada mereka yang bersara.
Persaraan memberikan kesan langsung dalam kehidupan individu kerana
sumber pendapatan akan terjejas. Skim pencen merupakan antara sumber
kewangan golongan warga tua, namun skim ini hanya terhad dinikmati oleh
penjawat awam atau segelintir kecil pekerja sektor swasta kerana terlalu sedikit
majikan di sektor swasta yang menawarkan skim ini.
Teori dan kajian empirikal menunjukkan konsep persaraan ditakrifkan
kepada beberapa pengertian iaitu separa bersara, bersara secara sukarela,
penerima pencen, dan bersara awal. Persaraan adalah satu proses dan
bukannya suatu peristiwa atau keadaan yang dialami seseorang pada satu-satu
masa tertentu sahaja. Secara keseluruhannya, konsep persaraan memberi
maksud kepada beberapa perkara dalam banyak keadaan.(Beehr dan Adams
2003).
Morgan (2011 ) mengenal pasti pengertian persaraan dan
membahagikannya kepada dua definisi sebagaimana yang dinyatakan Atchley
(1976) dan Ekerdt dan De Viney (1990). Atchley (1976) mendefinisikan
persaraan kepada beberapa pengertian iaitu boleh merujuk kepada peristiwa
atau upacara, Satu fasa dalam kitaran hidup manusia sebagai persediaan untuk
meninggalkan bidang pekerjaan, proses berpisah daripada peranan sosial atau
pekerjaan. Menurutnya lagi, berdasarkan apa yang dilihat kebanyakan pesara
tidak meninggalkan dunia pekerjaan sepenuhnya sebaliknya mereka masih lagi
bekerja selepas bersara sama ada bekerja sepenuh masa ataupun hanya
bekerja secara sambilan.
Selain itu, Ekerdt dan De Viney (1990) menggariskan empat petunjuk yang
digunakan oleh pengkaji-pengkaji untuk menunjukkan sama ada seseorang itu
bersara atau sebaliknya: menerima pencen, berhenti kerja sepenuhnya, keluar
dari bidang pekerjaan utama atau kerjaya golongan dewasa dan menunjukkan
pengurangan yang signifikan kepada waktu kerja. Persaraan juga membawa
maksud berhenti daripada dunia pekerjaan, bergantung pada pencen atau
pendapatan daripada pertubuhan keselamatan sosial, telah mencapai peringkat
umur tertentu yang mewajibkan bersara, mempunyai pengenalan diri sebagai
pesara dan kurangnya waktu bekerja berbanding sebagai pekerja sepenuh masa
(Maglin & Radosh 2003).
Menurut Saari Ahmad (2011), persaraan merupakan satu bentuk
penghijrahan di mana individu mengalami perubahan alam kerjayanya daripada
bekerja untuk mendapat upah kepada persekitaran tidak bekerja dan tiada upah.
Individu yang bersara pastinya akan mengalami perubahan dalam
kehidupannya. Perubahan persekitaran kehidupan ini akan memberi kesan atau
impak tertentu kepada diri individu merangkumi pemikiran, emosi dan tingkah
laku.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mentakrifkan pesara sebagai
pegawai yang telah diberi taraf berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau
pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239, atau yang disifatkan sebagai
pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227 atau pekerja berpencen di
bawah Seksyen 7 Akta 239. Ini bermakna kakitangan sektor awam yang bersara
dan memilih skim pencen akan menerima pencen bulanan.
3.0 Persediaan Sebelum Menghadapi Persaraan
Sering kali ahli psikologi dapati bahawa sebahagian besar masalah yang
dihadapi oleh bakal pesara dan juga pesara ialah mereka tidak didedahkan
persediaan untuk menghadapi bersara. Di negara-negara maju soal persaraan
diambil kira dengan teliti. Ini ditambah dengan hakikat bahawa umur pesara
sekarang semakin meningkat hasil kemajuan ilmu perubatan. Malaysia juga
tidak terlepas daripada hakikat ini. Oleh itu, jangka hayat seseorang akan
bertambah dan jika dulu jangka hayat selepas bersara agak pendek tetapi
sekarang meningkat sehingga 20 atau 30 tahun selepas bersara (Khairol Anuar
2008).
Bersara boleh menjadi peringkat yang menyeronokkan dalam hidup
seseorang. Ada yang merancang untuk bekerja hingga berumur 45 tahun, dan
selepas itu mahu menghabiskan umur mereka dengan bersantai di pantai atau
mengelilingi dunia. Untuk bersara awal, sudah pasti bergantung kepada berapa
banyak wang yang berjaya dikumpulkan di sepanjang tempoh bekerja dan ini
biasanya bergantung kepada kebijaksanaan merancang persediaan untuk
bersara. Penting untuk memiliki perancangan asas persaraan dan mengemas
kini perancangan itu secara berkala dari segi kewangan atau lain-lain. (Chris
2013).
FOMCA dalam ceramahnya mengenai persaraan menyatakan persaraan
adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji,
sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan
persaraan yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan
sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk
menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus
memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.
Persediaan persaraan sebaik-baiknya bermula sebaik sahaja bekerja dan terus
melabur sehingga bersara untuk memastikan pendapatan yang mencukupi
apabila bersara.
Persediaan untuk menempuh hari-hari persaraan memerlukan
perancangan rapi dan persiapan mental yang secukupnya. Dari sudut kewangan,
sebelum bersara lagi kita harus melihatnya sebagai keperluan jangka panjang.
Begitu juga dari aspek kesihatan, pastikan anda tahu sumber mana yang boleh di
cari, sama ada insurans dan sebagainya. Sekiranya anda seorang bekas
pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi
mereka yang bukan pegawai kerajaan, kos rawatan penyakit mungkin tinggi
sekiranya kerap keluar masuk hospital.
Memetik rencana Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2011, berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh oleh Syarikat Axa Affin Life Insurance Berhad dalam
Laporan Skop Persaraan Axa 2010 menunjukkan sebanyak 38 peratus pekerja
mula bersedia untuk bersara apabila umur mereka menjangkau 40 tahun dan
selebihnya hanya mula melakukan persediaan bila usia menjelang 50 tahun.
Hanya 14 peratus pekerja yang pasti tentang pendapatan mereka selepas
bersara manakala 37 peratus lagi berupaya memikirkan pencen mereka
mencukupi untuk kehidupan selepas bersara nanti. Kajian juga menunjukkan
bahawa tiada desakan bagi rakyat Malaysia untuk melakukan perancangan
bersara mereka terlalu awal. Biasanya mereka yang mula merancang apabila
mempunyai anak ataupun kerana sudah mempunyai perancangan untuk
berkahwin.
Shaharnah (2009) menyatakan tahap kesedaran menabung untuk
kehidupan selepas persaraan di Malaysia yang umur persaraan dalam kalangan
rakyatnya ialah antara 50 hingga 55 tahun masih rendah berbanding negara lain.
Terdapat segelintir rakyat Malaysia bersedia untuk terus bekerja walaupun
selepas umur persaraan wajib dengan menyambung kontrak. Berdasarkan
pemerhatian, mereka masih mahu menyumbang tenaga bekerja sehingga usia
61 tahun atau lebih, sama ada kerana sememangnya suka bekerja atau
memerlukan pendapatan untuk sara hidup.
Ng dan Tey (2006) dalam kajian ke atas 1142 warga emas di bandar
mendapati mereka yang sudah mencapai umur bersara bersedia untuk bekerja
atau aktif di dalam aktiviti ekonomi sekiranya kesihatan mereka baik dan
bagi yang tidak mempunyai sumber pendapatan, bekerja selepas bersara
menjadi satu keperluan. Malah terdapat responden yang sanggup mempelajari
teknologi baru dengan menghadiri latihan kemahiran atau kursus pra-
persaraan semata-mata bagi memenuhi keperluan pasaran buruh.
Persaraan bukanlah penamat untuk segalanya, jika anda masih lagi
mampu dan aktif anda boleh ikut persatuan-persatuan yang di sediakan untuk
memenuhi masa, Lantaran itu, persediaan yang secukupnya amat diperlukan
bagi menempuh alam persaraan.Ini kerana golongan pesara mempunyai
banyak pengalaman yang seharusnya dapat dicurahkan dan dikongsi bersama
golongan generasi muda. Pokok pangkalnya, lagi awal anda merancang
persaraan anda, lagi cerah masa depan persaraan anda.
4.0 Punca-Punca Persaraan
Umur persaraan wajib di kalangan rakyat Malaysia adalah pada usia 60 tahun,
namun ada segelintir pekerja mengambil keputusan sama ada untuk berhenti
awal iaitu sebelum 58 tahun dan ada juga menyimpan hasrat untuk menyambung
kontrak bekerja selepas berusia 60 tahun. Terdapat beberapa punca dan sebab
yang mempengaruhi tindakan dan pemikiran seseorang individu untuk membuat
keputusan sama ada untuk berhenti bekerja sebelum tempoh persaraan wajib
dan sebaliknya.
Menurut Ucello & Rix (1998), pekerja yang mempunyai masalah
kesihatan lebih cenderung untuk bersara lebih awal daripada umur persaraan
wajib mereka. Selain itu, pekerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan anggota
badan untuk menjalankan tugasan harian mereka juga lebih berpotensi
mengambil keputusan untuk berhenti bekerja lebih awal daripada golongan
pekerja yang tidak memerlukan kekuatan tersebut. Ini kerana, semakin
meningkat usia seseorang manusia, kekuatan fizikal dan tubuh badan mereka
semakin berkurangan dan menyebabkan pekerja tersebut tidak mampu
menjalankan tugas mereka dengan sehabis baik dan dikhuatiri akan
memudaratkan kesihatan diri sendiri jika ingin meneruskan kerjaya mereka.
Oleh yang sedemikian, sebahagian daripada golongan tersebut
mengambil keputusan untuk bersara awal daripada tempoh bersara wajib.
Contoh pekerjaan yang memerlukan kekuatan fizikal adalah seperti tentera,
buruh kasar, mereka yang terlibat dalam aktiviti perlombongan dan sebagainya.
Pekerjaan tersebut memerlukan ketangkasan dan stamina yang tinggi untuk
menjalankan tanggungjawab harian mereka. Jika seseorang tentera tidak
mempunyai kekuatan tubuh badan yang tinggi, individu tersebut mungkin tidak
mampu mempertahankan negara dengan baik dan akan membahayakan
kesihatan dan negara jika individu dihantar ke medan perang kerana stamina
yang ada tidak mencukupi untuk melawan musuh-musuh yang jauh lebih
tangkas.
Menurut Joo dan Pauwels (2002), status perkahwinan seseorang pekerja
juga mempengaruhi keputusan untuk berhenti bekerja. Hasil kajian yang
dijalankan oleh Szinovacz and De Viney (2000), pasangan suami isteri yang
kedua - duanya bekerja lebih cenderung untuk bersara dan tidak menyambung
kontrak pekerjaan kerana mereka memandang persaraan itu
mampu menampung ekonomi dan perbelanjaan harian selepas bersara.
Contohnya, suami akan cenderung berhenti bersara jika isterinya mempunyai
sejarah latar belakang pekerjaan yang lama kerana ia menggambarkan wang
insentif yang bakal diterima oleh isterinya adalah banyak dan mampu untuk
menampung kehidupan mereka selepas bersara.
Bagi wanita pula, mereka bergantung kepada pendapatan suami dalam
membuat keputusan untuk bersara. Misalnya jika pendapatan suami agak
lumayan dan mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, kaum
wanita akan lebih cenderung untuk bersara awal untuk menjaga anak-anak,
menjaga saudara yang sakit dan komitmen keluarga yang lain. Namun bagi
golongan kaum wanita yang tidak berkahwin, mereka lebih berminat untuk
menyambung kontrak pekerjaan selepas tamat tempoh perkhidmatan. Ini kerana
bagi sesetengah kaum wanita yang tidak berkahwin, mereka merasakan
pekerjaan itu boleh mendatangkan kepuasan hidup dan mereka lebih komited
terhadap karier daripada golongan wanita yang berkahwin.
Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab yang
besar terhadap keluarga dan mereka lebih banyak meluangkan masa
menjalankan tugasan harian. Jika golongan ini berhenti bekerja, mereka mungkin
akan berasa bosan kerana tidak mempunyai suami dan anak- anak
untuk berkongsi dan menjalani kehidupan harian selepas bersara. Oleh sebab
itu, golongan tersebut lebih teruja untuk menyambung kontrak pekerjaan selepas
bersara kerana mereka akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian, bertemu
dengan rakan sejawat di tempat kerja, berkongsi pengalaman dan tidak akan lagi
berasa bosan dan sunyi.
Selain itu, menurut Zappala' et al. (2008) pekerja yang menjalankan
tugasan harian yang sama dan tidak mempunyai kepelbagaian dalam pekerjaan
harian lebih berpotensi untuk bersara awal daripada mereka yang mempunyai
kepuasan yang tinggi terhadap pekerjaan mereka. Pekerja yang menjalankan
tugasan harian yang sama mungkin mempunyai tahap kepuasan kerja yang
rendah kerana mereka merasa bosan menjalankan kerja yang sama dan
berulang setiap hari. Selain itu, pemikiran dan mentaliti mereka juga
tidak berkembang, pengalaman kerja yang tidak merangkumi aspek yang luas
berbanding dengan mereka yang mempunyai tugasan harian yang mencabar
dan memerlukan keupayaan yang tinggi.
Kajian juga menunjukkan bahawa golongan professional dan
berpendapatan tinggi lebih cenderung untuk menyambung kontrak pekerjaan
daripada golongan yang berpendapatan rendah.Ini disebabkan golongan yang
berprofil tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan merasakan bahawa
mereka mempunyai kepentingan dan pengaruh yang besar dalam organisasi
dalam menentukan hala tuju dan kejayaan organisasi tersebut.
Selain itu, sebahagian golongan professional juga telah mencapai tangga
gaji yang tertinggi sebelum bersara. Oleh sebab itu, jika mereka menyambung
kontrak pekerjaan, mereka akan menikmati bayaran gaji yang tertinggi dan dapat
menampung gaya hidup yang mewah. Sebahagian golongan profesional akan
merasa tertekan apabila mereka kehilangan pekerjaan selepas bersara kerana
wang pencen yang diterima tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup
mewah sebelum mereka bersara. Maka, ramai di antara mereka mengambil
keputusan untuk menyambung kontrak pekerjaan. Selain itu, kebarangkalian
golongan yang mendapat pencen lepas bersara untuk menyambung pekerjaan
mereka adalah lebih rendah daripada golongan yang tidak mendapat gaji selepas
bersara.
Bagi kakitangan kerajaan mereka mempunyai skim pencen, manakala
pekerja swasta mencarum wajib di dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja
(KWSP) sebagai bekalan simpanan hari tua selain pembelian saham dan bon.
Alternatif boleh dilakukan dengan menambah simpanan hari tua menerusi skim
insurans persaraan. Namun, di negara ini kesedaran menabung bagi skim
persaraan itu masih rendah.
Para ekonomi dan pengurus kewangan dapat memberitahu bahawa
seorang yang menjalani hidup yang sederhana tidak mempunyai wang simpanan
yang mencukupi untuk menghadapi dunia persaraan dalam keadaan selesa.
Golongan yang tidak mempunyai asset, wang simpanan yang banyak dan
mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara juga lebih cenderung
untuk menyambung kontrak pekerjaan. Ini disebabkan wang yang diperlukan
untuk memenuhi keperluan harian khususnya makanan dan pakaian, selain
membayar bil tidak mencukupi. Pekerja yang ingin bersara awal perlu
perancangan awal dengan melakukan tabungan simpanan supaya dapat
menempuh alam persaraan dengan tenang dan berkeyakinan kerana
mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh dan stabil.
Faktor persekitaran di tempat kerja juga memainkan peranan penting
dalam membuat keputusan untuk bersara awal. Jarak perjalanan yang jauh dan
kesesakan lalu lintas di jalan raya
untuk menuju ke tempat kerja juga turut menyumbang dalam pembuatan keputus
an bersara. Contohnya jika seseorang pekerja terpaksa berulang alik ke tempat
kerja yang jauh dan tidak dapat membuat pertukaran ke tempat kerja yang
berhampiran dengan kediaman, mereka akan lebih cenderung untuk bersara
awal. Ini disebabkan oleh kos pengangkutan yang mahal, keletihan semasa
memandu kenderaan, tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga kerana
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan lain-lain lagi.
5.0 Isu-isu Pesara/Orang Pencen
Setiap individu melalui peringkat kehidupan yang berbeza-beza, menghadapi
situasi yang berlainan dan mengalami pengalaman baru setiap hari. Pengurusan
kewangan yang bijak dapat membantu kita melalui peringkat-peringkat
kehidupan yang berbeza ini. Lazimnya seorang pesara memerlukan lebih kurang
60% daripada gaji terakhir beliau untuk mengekalkan taraf hidupnya pada masa
persaraannya. kajian-kajian lepas yang dilakukan menunjukkan bahawa
persaraan itu sendiri memberi kesan yang kecil ke atas pesara tetapi sebaliknya
perubahan seperti yang dinyatakan di atas banyak mempengaruhi kehidupan
pesara, sama ada ke arah kehidupan yang lebih baik atau sebaliknya (George,
Fillenbaum & Palmore,1984).
5.1 Status Ekonomi Selepas Persaraan
Ini adalah beberapa soalan yang ditanya oleh pesara kepada diri mereka
sebelum mereka memasuki tahun-tahun persaraan mereka.
"Apa yang saya akan lakukan?"
"Siapa dan di mana rakan-rakan saya?"
"Siapa yang mengambil berat tentang saya?"
"Adakah sesiapa yang memahami apa yang berlaku kepada saya?"
Tekanan atau kebimbangan yang berkaitan dengan persaraan sebenarnya
bermula pada tahun-tahun sebelum bersara. Apabila masa kita muda, konsep
bersara adalah jauh dan diberi sedikit perhatian, namun kita juga menganggap
adalah hak kita untuk mempunyai persaraan yang lebih baik. Apabila masa
semakin dekat dengan tahun persaraan, bagaimanapun, rasa gerak hati dan
azab boleh menetapkan sebagai kita menghadapi realiti bahawa tahun bekerja
kami akan berakhir. Persaraan sering dianggap sama seperti kematian dalam
banyak konteks, ia sebagai akhir hayat produktif. Ini menyebabkan ramai
daripada kita mengelak untuk berbincang atau berfikir secara rasional tentang
persaraan kita sendiri, apatah lagi merancang bagaimana kita akan
menghadapinya. Ini hanya akan menghasilkan tekanan yang lebih teruk daripada
ia perlu.
Pertimbangan utama yang perlu adalah pertimbangan ekonomi,
terutamanya keupayaan untuk mengekalkan standard hidup setanding dengan
tahun bekerja seseorang individu. Ramai pesara kecewa apabila mereka
mengetahui bahawa standarad hidup merek jauh kurang daripada yang mereka
harapkan. Sebahagian besar pesara hari ini hanya mempunyai sejumlah pencen
yang kecil. Bagaimanapun, jarang ada yang sepadan dengan pendapatan pada
peringkat tengah dan akhir tahun-tahun bekerja. Akibatnya, terdapat banyak
pesara yang berpotensi telah dipaksa untuk terus bekerja untuk mengekalkan
gaya hidup pada ‘usia emas’ mereka.
Peningkatan jangka hayat penduduk telah menarik minat ahli
ekonomi dan psikologi membuat pelbagai kajian mengenai golongan warga
emas. Isu yang selalu difokuskan ialah mengenai kesihatan dan pendapatan.
Warga emas sering dikategorikan sebagai ‘economically vulnerable’ disebabkan
oleh pendapatan yang semakin berkurang selepas usia persaraan dan
ketidakupayaan untuk bekerja atas alasan kesihatan yang tidak
mengizinkan. Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia Ke-8, isi rumah yang
diketuai oleh warga emas 65 tahun ke atas mengalami insiden kemiskinan
yang tinggi iaitu 22.7 peratus. Choudhry dan Leonesio (1997) menyatakan
kemungkinan untuk warga emas wanita hidup dalam kemiskinan adalah dua
kali ganda lebih tinggi daripada warga emas lelaki.
Norlaila et al. (2009) menyatakan bahawa masalah kesihatan dan
pendapatan tidak mencukupi merupakan dua masalah utama yang dihadapi
oleh warga tua sama ada lelaki atau wanita. Masalah pendapatan yang tidak
cukup lebih ketara bagi golongan pesara yang masih menanggung anak-anak
dan mempunyai pinjaman yang belum dilangsaikan.
Kes 1:
Phil A. adalah penyelia kakitangan daerah yang berpengalaman. Bulan pertama
selepas Phil A. bersara, dia tidak berasa kenyataan bahawa dia tidak akan
kembali bekerja lagi, dia hanya berasa seperti percutian sebulan. Tetapi
kemudian Phil bangun satu pagi dan menyedari bahawa dia tidak akan kembali
bekerja lagi. Dia menghabiskan bahagian besar daripada hidupnya dalam kerja
untuk menyara keluarga adalah satu perkara yang utama dalam hidupnya. Tetapi
dengan tiba-tiba Phil bersara dan berhenti bekerja, dia kehilangan sasaran dan
objektifnya yang telah dia berusaha sepanjang umur yang lalu. Perasaan ini
seperti apabila seorang yang bujang dan mempunyai sekumpulan lelaki yang
bersama-sama dengan dan kemudian satu daripada lelaki berkahwin. Dia tidak
lagi menjadi anggota kumpulan itu, dia berasa dia dibuang oleh kumpulan. Itulah
sama seperti apa yang pesara merasakan - dia orang buangan, dan dia tidak
tahu bagaimana untuk mendapatkan kembali masuk kepada kumpulannya yang
sedia ada. Phil tidak sesuai dengan mana-mana lelaki yang masih bekerja
kerana dia tidak boleh bercakap mengenai perkara-perkara harian mereka. Satu-
satunya perkara yang dia boleh bercakap adalah tentang perkara-perkara yang
berlaku pada masa lalu. Beberapa pesara membuka perniagaan kecil atau cuba
untuk mencipta kerjaya baru. Satu lelaki membeli sebuah dusun dan
menghabiskan semua masa menjaga pokok-pokok itu. Dia masih membuat wang
dan produktif melakukan sesuatu.
Kebanyakan pekerja hanya mengambil berat tentang perkara-perkara
sehari demi hari. Mereka berpendapat bahawa persaraan merupakan perkara
yang sangat jauh dan abstrak. Sehingga hari persaraan tiba-tiba datang. Mereka
tidak bersedia untuk persaraan. Mungkin mereka menghabiskan bulan pertama
atau dua untuk membaiki atau menghiaskan rumah, tetapi apabila semua kerja
rumah telah disiapkan, maka apa lagi? Banyak lelaki mengatakan "Saya akan
bermain golf setiap hari ". Ia jarang berlaku sebegitu. Dengan siapa mereka akan
bermain 3 atau 4 kali seminggu? Sedangkan kebanyakan orang masih bekerja
dan tidak mempunyai masa. Terdapat pesara-pesara yang tidak membuat
perancangan persaraan dengan baik, mereka kelihatan hidup dalam keadakan
serba kekurangan. Mereka seolah-olah tidak dapat mengawal kehidupan mereka
dan masuk ke peringkat yang baru.
5.2 Dilema Penjagaan Kesihatan
Isu utama untuk warga emas hari ini adalah kos penjagaan kesihatan yang
meningkat. Peningkatan kos perbelanjaan penjagaan kesihatan yang seolah-olah
tidak terkawal telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun sahaja.
Sebagai contoh, di US, kini terdapat lebih daripada 33 juta penerima manfaat
‘Medicare’, dan bilangan ini terus meningkat sebanyak kira-kira 15% setiap
tahun. Pembiayaan untuk manfaat ini adalah menjadi agak rapuh, dan
bergantung terutamanya kepada cukai gaji daripada 138 juta pekerja. Ini
mengambil cukai yang dibayar oleh empat pekerja aktif untuk membayar kos
penjagaan kesihatan setiap penerima ‘Medicare’. Memandangkan keadaan
demografi semasa ini, masa depan mereka adalah tiada penentu. Bilangan
warga emas akan melonjak sebagai usia ‘Baby Boomers’ dan kelihatan bahawa
wang yang ada akan habis dalam tempoh 15 tahun akan datang! Jika sistem
semasa gagal seperti diramalkan, warga tua akan dipaksa untuk menggunakan
simpanan mereka dan atau aset untuk membiayai kos penjagaan kesihatan
mereka sendiri.
5.3 Tekanan Perasaan
Berbeza dengan generasi yang lalu, pekerja pertengahan umur hari ini mungkin
mendapati persaraan adalah lebih sukar difahami. Pekerja hari ini adalah mudah
beralih dan tidak sebagaimana dahulu yang mungkin menghabiskan keseluruhan
kerjaya mereka dengan organisasi yang sama. Penyusunan semula korporat,
penutupan loji, teknologi berubah dan pasaran beralih telah menjejas secara
mendadak tempoh masa orang tinggal di tempat kerja yang sama. Ini secara
langsung memberi kesan kepada pembiayaan pencen dan boleh membatalkan
kelayakan seseorang untuk mendapat faedah pencen.
Menurut Khairul Azhar (2012), beberapa isu berkaitan kesihatan mental
dalam kalangan warga tua atau golongan pesara dikenal pasti berpunca dari
beberapa faktor. Pertama, corak personaliti dan cara berfikir individu
sememangnya memberi kesan kepada mereka untuk bertindak balas terhadap
persekitaran ketika menempuhi kehidupan di usia lanjut mereka. Personaliti dan
pemikiran yang telah terbentuk pada sebelumnya memerlukan penyesuaian
ketika di usia tua. Ini memerlukan warga tua untuk bersikap terbuka dan sentiasa
dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan
komplikasi akibat usia tua. Akan timbul masalah apabila mereka gagal
menyesuaikan diri dengan kehidupan di usia tua.
Selain itu, terdapat individu warga tua yang berasa amat tertekan dengan
kemerosotan fungsi kognitif, emosi, fizikal dan tingkah laku akibat dari proses
penuaan ini sehingga ke tahap sukar untuk menerimanya, di samping belenggu
pelbagai penyakit akibat tua. Semua isu ini wajar diberi perhatian yang baik bagi
membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang sempurna ketika
di usia tua.
Seterusnya, pengalaman dan peristiwa negatif kehidupan silam turut
mempengaruhi tahap kesihatan mental warga tua. Peristiwa traumatik seperti
penyakit yang telah lama dihidapi, sejarah penyakit mental lain, pengalaman
pernah menjadi mangsa jenayah, buli, dera dan sebagainya akan menjejaskan
kestabilan mental mereka. Ia akan muncul kembali dalam bentuk imbasan-
imbasan memori yang tidak terkawal dan amat mengganggu mereka. Dalam
peringkat ini, mereka amat memerlukan rawatan dan sokongan bagi
mengatasinya. Begitu juga, pada peringkat ini, pelbagai penyakit berkaitan lanjut
usia seperti delirium, dementia atau nyanyuk, masalah lupa atau amnesia, sering
terjadi.
Walaupun masalah seperti ini tidak dapat dipulihkan sepenuhnya seperti
sedia kala, namun terdapat kaedah rawatan yang sesuai bagi membantu mereka
mempelajari dan mengekalkan fungsi berkaitan agar dapat menjalani kehidupan
di hari tua dengan cara yang lebih baik lagi. Memandangkan pertambahan
bilangan warga tua yang amat drastik, kemudahan perkhidmatan kesihatan
mental golongan ini perlu menjangkaui konteks hospital dan pusat-pusat
kesihatan konvensional. Cara dan kaedah baru perlu diperkenalkan seperti
menyediakan perkhidmatan di peringkat keluarga dan komuniti. Namun,
bersediakan sektor perkhidmatan kesihatan negara kita ke arah itu?
5.4 Menghadapi Kematian
Menyediakan diri untuk tahun-tahun selepas persaraan dan sebelum kematian
adalah penting. ‘Tahun Emas’ bagi warga emas adalah penuh dengan cabaran
dan peralihan. Mereka mungkin mengalami keseksaan penyakit dan memerlukan
perbelanjaan perubatan yang tidak dapat dijangkakan. Mereka juga perlu
menghadapi kenyatan kematian kawan-kawan baik yang berterusan, termasuk
pasangan yang dikasihi seumur hidup. Penagalaman-pengalaman ini akan
mengganggu emosi dan permikiran mereka dalam kehidupan ‘tahun emas’
mereka.
Pelarasan kewangan utama perlu dilakukan dengan perncangan. Pesara
dihendaki menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang berbeza sama sekali
dengan yang sebelumnya. Mereka perlu membina sistem sokongan rakan-rakan
dan keluarga, seperti perancangan awal dan menjangkakan apa yang mungkin
berlaku. Mereaka perlu menghadapi kenyataan hidup iaitu kematian.
Penulisan wasiat dan menjangkakan keperluan yang masih hidup
pasangan dan ahli keluarga perlu ditangani! Membuat pengaturan pengebumian
terlebih dahulu, sebenarnya adalah perkara yang sangat bertimbang rasa
dilakukan untuk ahli keluarga yang mashi hidup. Mengetahui bahawa mereka
telah melakukan semua yang boleh mengenai penjagaan akhir tahun adalah cara
yang sangat sihat menghadapi realiti terhadap kematian sendiri. Semua aspek
kehidupan persaraan perlu dibincangkan secara terbuka dengan ahli keluarga
dan kawan-kawan rapat. Kebanyakan tekanan psikologi yang dikaitkan dengan
"usia emas" ini boleh dikurangkan dengan ketara jika perancangan yang
pragmatik diadakan, dikongsi dan dilaksanakan sebelum persaraan.
5.5 Ancaman kepada Kestabilan Perkahwinan
Persaraan membawa perubahan kepada cara hidup yang lama diamalkan oleh
pasangan suami isteri. Perubahan ini mungkin mengancam kestabilan dan
keharmonian dalam perkahwinan. Ini berlaku apabila salah satu dari pasangan
yang telah bersara atau merancang untuk bersara, manakala yang lain mahu
terus bekerja. Idea mengenai gaya hidup persaraan yang mungkin bercanggah,
contohnya, satu pasangan mungkin mahu terus sibuk dengan pelancongan, hobi
dan kerja-kerja sukarela, manakala yang lain hanya mahu melakukan rutin harian
yang lebih santai.
Pada mulanya, ia adalah sukar untuk menentukan perlu menghabiskan
berapa banyak masa bersama-sama. Terutama dengan kes yang jika salah satu
dari pasangan adalah aktif dalam sosial, manakala yang lain satu adalah lebih
introspektif. Dalam senario ini, salah satu yang aktif sosial mungkin berasa
diabaikan, manakala salah satu yang introspektif dapat berasa ruang peribadinya
diganggu. Sesetengah orang mungkin cuba melakukan segala-galanya sebagai
pasangan, tetapi kekurangan ruang peribadi boleh menyebabkan tekanan dan
konflik hubungan antara pasangan itu.
Seterusnya, perkahwinan yang stabil boleh terjejas akibat perubahan
hidup yang disebabkan oleh persaraan. Perancangan hidup bersama-sama
dengan pasangan merupakan bahagian kesediaan yang penting bagi persaraan.
Kebersamaan boleh mengambil makna yang baru apabila terutama apabila masa
pasangan bersama adalah terhad semasa dalam kehidupan kerja yang lalu.
Seorang isteri yang tidak bekerja di luar rumah mungkin berasa bahawa ruang
dan masa peribadi telah diganggu apabila suaminya berada di rumah selama-
lamanya. Di samping itu, bagi pasangan yang kedua-dua suami isteri yang
bekerja akan berlaku percanggahan pendapat tentang keutamaan keperluan dan
ruang peribadi selepas bersara.
Kisah suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan bercerai
mungkin sudah menjadi cerita biasa. Namun, perceraian yang berlaku itu
mungkin boleh menjadi episod sedih dan malang kepada wanita itu jika
berkahwin dengan seorang penjawat awam yang hampir mencecah tempoh
persaraan. Bayangkan nasib dan perasaan bekas isteri itu, selepas berkahwin
lebih berpuluh-puluh tahun serta sentiasa memberikan sokongan dan banyak
berkorban menjaga rumah tangga demi memastikan suami dapat berkhidmat
dengan baik sehingga mendapat peluang kenaikan pangkat; tiba-tiba diceraikan
dalam usia semakin meningkat senja.
Akibat perceraian itu, pencen yang sepatutnya dinikmati bersama suami
bagi menghabiskan sisa-sisa usia, sebaliknya satu sen pun tidak dapat dikecapi.
Lebih membuatkan hati bekas isteri itu terhiris jika bekas suami mempunyai isteri
baru yang dikahwini sebelum bersara. Lalu, sudah pastilah wang pencen itu
dinikmati isteri baru itu. Ini kerana menurut peruntukan yang ditetapkan, isteri
diceraikan sekali pun sehari sebelum tempoh persaraan oleh penjawat awam
terbabit, sekali gus tidak layak atau boleh menerima pencen. Jika pesara itu
berkahwin sehari sebelum pesara pula, isteri yang baru dikahwini boleh atau
layak menerima pencen. Dalam hal ini, ramai yang pasti akan bersimpati dengan
nasib bekas isteri berkenaan kerana ‘kesenangan’ waktu tua yang sepatutnya
dikecapi tiba-tiba menjadi sebaliknya.
Kes 2:
Bob dan saya suka menghabiskan sebahagian besar masa kita bersama-sama.
Tetapi dia lebih suka menonton filem daripada saya, jadi dia sering pergi ke filem
sendiri semasa saya menggunakan masa untuk menulis atau untuk melakukan
perkara yang saya sukai dan tidak semesti kita berkongsi bersama. Satu kejutan
semasa persaraan telah berlaku, keinginan kami untuk bersosial kadangkala
bercanggah. Saya suka bergaul bersama-sama dengan jiran-jiran dan rakan-
rakan dan menghadiri acara komuniti lebih kerap daripada Bob. Kami telah
bersetuju bahawa saya akan melakukan apa sahaja yang saya suka bersosial
dan Bob akan menyertai saya apabila dia mempunyai kecenderungan. Rakan-
rakan kami adalah sangat menyokong perjanjian kami - sangat gembira melihat
Bob apabila dia memilih untuk menyertai kami, termasuk saya walaupun budaya
pasangan yang lazim di sini. Walau bagaimanapun ,kami melihat beberapa
pasangan berjuang untuk kepentingan, keperluan dan keutamaan mereka. Ben
dan Brenda ialah pasangan yang saya lihat umumnya gembira. Ben suka
membaca dan melayari Internet. Tetapi Brenda berasa geram terhadap Ben
apabila Ben menghabiskan masanya pada computer dan buku. Rekreasi utama
Brenda ialah membeli-belah, di mana Ben benci kerana dia dihendaki memandu
ke pasaraya utama yang sekurang-kurangnya dalam jarak 30 minit. Perbezaan
mereka ini tidak agak begitu jelas apabila mereka sibuk bekerja. Sekarang,
dalam persaraan, mereka berjuang untuk mencari jalan untuk berkompromi
dengan kehidupan setiap hari.
Persaraan tidak bermakna kehidupan kita sudah berakhir, tetapi hanya
merupakan sebagai ‘bab’ baru yang lain. Persaraan menandakan hanya
pemberhentian kerja, dan kita perlu melihat ia sebagai biasa dan fasa dijangka
hidup. Tahun-tahun persaraan boleh dan harus hanya sebagai produktif, aktif,
dan menarik kerana semua tahun-tahun sebelumnya digabungkan. Keseronokan
ini hanya mengambil masa yang berbeza bentuk. Terdapat contoh-contoh
banyak tokoh masyarakat yang telah mengekalkan daya hidup mereka dan
menyumbang, mencipta, dan mengambil bahagian dalam masyarakat dan hal
ehwal dunia. Mencari model peranan dan belajar daripada kejayaan mereka
dalam persaraan sebagai asas untuk anda sendiri produktiviti dan kesejahteraan.
6.0 Enam Peringkat Dalam Persaraan
Peristiwa hidup yang paling utama yang mengalami perubahan adalah seperti
perkahwinan atau perceraian. Ia melibatkan proses pelarasan emosi yang
berterusan. Perkahwinan, perceraian dan isu-isu lain yang berkaitan dengan
keluarga telah menjadi tumpuan penyelidikan dan analisis oleh kedua-dua ahli
terapi klinikal dan institusi agama. Malangnya, emosi dan psikologi yang
berkaitan tentang persaraan masih belum diterokai sehingga baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai persaraan semakin diberi
tumpuan oleh penyelidik. Ia adalah jelas bahawa proses psikologi dalam proses
persaraan mengikut pola yang sama dalam alam semula jadi. Terdapat enam
peringkat dalam persaraan bagi para pesara untuk memahami perubahan yang
berlaku dalam tempoh selepas persaraan dan seterusnya dapat menyediakan
diri terhadap persaraan.
Pesara perlu menghadapi peralihan yang terakhir dalam kehidupan
mereka. Peralihan pertama datang apabila kita meninggalkan rumah untuk
memulakan kehidupan sekolah di tadika, dan selepas sekolah rendah,
menengah dan kolej. Satu lagi peralihan utama datang apabila kita menyertai
dunia pekerjaan. Sekarang kita bekerja sepanjang minggu tetapi masih
mempunyai hujung minggu untuk diri kita sendiri. Kemudian akhirnya datang
persaraan, masa bekerja telah berlalu. Pesara mempunyai seluruh hidup mereka
untuk diri mereka sendiri. Peralihan ke dalam persaraan boleh dipecahkan
kepada enam fasa utama.
6.1 Pra-persaraan - Masa Perancangan
Pada tahun-tahun bekerja, persaraan boleh muncul sebagai syurga yang jauh.
Pekerja tahu bahawa peringkat yang akan dating ini adalah kehidupan untuk
mereka sendiri dan boleh melakukan segala apa yang mereka boleh. Tetapi
kebanyakan orang sering memberi sedikit masa untuk berfikir tentang apa yang
mereka benar-benar akan melakukan sebaik sahaja mereka mencapai bersara.
6.2 Hari persaraan
Setakat peringkat singkat dalam proses persaraan adalah pemberhentian
sebenar pekerjaan sendiri. Ini sering ditandai dengan beberapa jenis makan
malam, parti atau perayaan lain, dan telah menjadi suatu upacara penggenapan
bagi ramai, terutama bagi orang-orang dengan kerjaya tinggi. Dalam beberapa
hal, acara ini adalah setanding dengan majlis yang menandakan permulaan
perkahwinan.
6.3 Fasa ‘Bulan Madu’
Sudah tentu, persara akan ‘berbulan madu’ mengikuti majlis dan upacara
persaraan. Setelah sambutan persaraan, tempoh yang seterusnya, di mana
pesara dapat melakukan semua perkara yang mereka mahu lakukan apabila
mereka berhenti kerja, seperti melancong, menikmati hobi, lawatan saudara-
mara dan sebagainya. Fasa ini tidak mempunyai tempoh masa yang ditetapkan
dan akan berbeza bergantung kepada berapa banyak aktiviti bulan madu pesara
yang telah dirancang.
6.4 Rasa tidak puas hati
Apabila emosi tinggi selepas hari persaraan telah reda dan sekarang pesara
perlu menghadapi kehidupan persaraan yang sebenar. Selepas mengharapkan
hari ini sekian lama, ramai pesara akan menghadapi rasa kekecewaan, apabila
mereka perlu menghadapi isu-isu kehidupan sebenar selepas ‘bulan madu’
sudah berakhir. Persaraan tidak bermakna bercuti kekal, ia juga boleh membawa
kerendahan, bosan, perasaan tidak berguna dan kekecewaan.
6.5 Orientasi - Membina Identiti Baru
Mujurlah, fasa kekecewaan persaraan itu tidak kekal selama-lamanya. Sama
seperti pasangan berkahwin akhirnya belajar bagaimana untuk hidup bersama-
sama, pesara mula membiasakan diri dengan landskap keadaan baru dan
mengemudi kehidupan mereka dengan sewajarnya. Ini adalah peringkat yang
paling sukar dalam proses persaraan bagi emosi dan akan mengambil masa dan
usaha yang lama dan banyak untuk mencapainya. Mungkin aspek yang paling
sukar dalam peringkat ini adalah untuk menguruskan soalan-soalan sendiri yang
tidak dapat dielakkan yang perlu dijawab sekali lagi, seperti "Siapakah saya,
sekarang?", "Apakah tujuan saya di ketika ini?" dan "Adakah saya masih berguna
dalam beberapa kapasiti?" Jawapan yang baru dan memuaskan perlu dicari
untuk soalan-soalan ini. Pesara perlu mengatasi perasaan kekecewaan dan
seterusnya membina identity baru dalam peringkat ini.
6.6 Rutin - Melangkah Fasa Terakhir Kehidupan
Akhirnya, jadual harian yang baru diwujudkan, dan identiti baru telah sekurang-
kurangnya sebahagiannya dicipta. Akhirnya, landskap baru menjadi wilayah
biasa, dan pesara boleh menikmati fasa terakhir kehidupan mereka dengan rasa
tujuan baru.
7.0 Kesimpulan
Perancangan hidup adalah kunci penting untuk pesara berjaya. Pekerja yang
telah diberi masa dan pemikiran yang serius kepada apa yang mereka akan
lakukan selepas mereka bersara secara amnya akan mengalami peralihan yang
lancar daripada orang-orang yang tidak mempunyai. Impian dan matlamat yang
tidak boleh dicapai dengan satu perjalanan atau projek boleh diterjemahkan ke
dalam jangka panjang pekerjaan separuh masa atau kerja-kerja sukarela.
Persaraan adalah satu fasa yang harus dilalui oleh setiap orang yang
bekerja sama ada secara sukarela atau tidak. Walau bagaimanapun, di sini kami
ingin memetik kata-kata daripada Allen Lagarbo mengenai persaraan “Christmas,
weddings, funerals, graduations, retirements, and births are like speed bumps in
life; we slow down, look around, think about our lives, and then once over the
bump, we speed up to our usual pace.” Iaitu, sebagai satu peringkat yang perlu
dilalui dalam perjalanan hidup kita. Menurut kata-kata ini kita akan terdorong
untuk meneruskan kehidupan harian secara aktif, dan ini boleh menghilangkan
pelbagai kegusaran termasuk kerisauan tentang umur yang semakin meningkat.
Di samping itu, walaupun ada sesetengah pesara yang bekerja semula,
mereka harus menjaga kesihatan. Mereka juga harus sentiasa aktif sama ada
dari segi fizikal dan mental. Justeru itu, ianya dapat mengekalkan kesihatan
mereka. Oleh itu, persediaan sebelum persaraan dan selepas persaraan adalah
penting. Hal ini kerana ianya akan menentukan kejayaan mereka selepas
bersara. Oleh itu, mereka hendaklah jadikan persaraan sebagai persaraan yang
kreatif dengan melakukan sesuatu yang memberi kepuasan serta berfaedah
kepada masyarakat dan negara. Melalui kursus-kursus yang dijalankan dapat
memberi pendedahan kepada mereka untuk merancang hari persaraan mereka
kelak
RUJUKAN: ______________. 2011. Umur persaraan wajib dilanjut kepada 60 tahun. Berita Harian Online.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Umurpersaraanwajibdilanjutkepada60tahun/Article. [28 Mei 2013].
Beehr, T.A. & Adams, G. A. 2003. Introduction and overview of current research and thinking on retirement. Dlm. Adams, G. A. & Beehr, T. A.(pnyt). Retirement: Reasons,
Processes, and Results, hlm. 1-5. New York: Springer Publishing Company, Inc.
Choudhury, S & Leonesio, M.V. 1997. Life Cycle Aspects Of Poverty Among Older Women. Social Security
Bulletin. 60(2).17-36.
Chris Gan. 2013. Menabung sebagai persediaan bersara bahagian 1. Malaysian Investor. http://www.min.com.my/bm/articles/financial-planning/menabung-sebagai-persediaan- bersara-bahagian-1[25 Mei 2013].
FOMCA. 2011. Persediaan pekerja muda menghadapi persaraan. http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/persaraan/514-persediaan-
pekerja-muda- menghadapi-persaraan [26 Mei 2013].
George, L.K., Fillenbaum, G.G., & Palmore, E.B. 1984. Consequences of retirement. Journal of Gerontology. 39: 109-116
Gustman A.L., & Steinmeier T.L. 2000. Retirement outcomes in the health and retirement study. Social Security Bulletin Vol. 63 No. 4: 57-71.
Fishkin, G.L. 2008. Avoiding the stress of retirement.
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Retirement_issues_to_co nsiderwww.investopedia.com/articles/retirement/07/sixstages.asp [1 Jun 2013].
Khairol Anuar Masuan. 2008. Persediaan hadapi persaraan. Utusan Malaysia, 19 Januari. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=re_06.htm [23 Mei 2013].
Khairul Azhar Idris. 2012. Kesihatan mental warga tua. http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/8374-kesihatan-mental-warga-
tua [23 Mei 2013].
Maglin, N.B. & Radosh, A. 2003. Introduction. Dlm. Maglin, N.B. & Radosh, A.(pnyt) Women Confronting Retirement: A Nontraditional Guide. New Jersey : Rutgers University Press.
Mohd. Asron Mustapha. 2012. Pekerja swasta bersara wajib 60 tahun. Berita Harian Online. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0614&sec=Dalam_Negeri&pg= dn_01.htm [28 Mei 2013].
Morgan, L. A. & Kunkel S.R. 2007. Aging, Society, and the Life Course. 3rd. ed. New York: Springer Publishing Company, LLC.
Nazruzila Razniza Mohd Nadzri. 2012. Jaminan kewangan pada usia emas. Dewan Masyarakat Ogos. http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=2449 [28 Mei 2013].
Ng,S.T. & Tey, N.P. 2006. “Retirement and Percieved Health Status of the Urban Erdely”. Asia-
Pacific Journal of Public Health, Vol. 18, Supplement.
Norlaila Abu Bakar, Nor Aini Hj. Idris & Doris Padmini Selavaratnam. 2009. Kesejahteraan ekonomi warga emas di Malaysia : perbezaan gender. Prosiding Perkem iv, Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV)Jilid 1: hlm. 316-323.
Noor Fazrina Kamal. 2011. Bersediakah untuk bersara? Utusan Malaysia, 25 Januari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=re_08.htm [28 Mei 2013]. Shaharnah. 2009. Persediaan persaraan masih rendah.
http://fifapg9.blogspot.com/2009/04/persediaan-persaraan-masih-rendah.html [23 Mei 2013].
So-Hyun Joo & Vanda W. Pauwels. 2002. Factors affecting workers' retirement confidence: a
gender perspective. Association for Financial Counseling and Planning Education 13 (2):1-10.
Szinovacz, M. & De Viney, S. 2000. Marital Characteristics And Retirement Decisions. Research On Aging 22: 470-489.
Uccello, C.E. & Rix, S.E. 1998. Factors Influencing Retirement: Their Implications for
Raising Retirement Age. Washington, DC: Public Policy Institute, AARP.
Williams, J.D. 2005. Defining retirement. Clinical Psychologist.
http://www.jackdwilliamsphd.com/aboutretirementcoaching/definingretirement.html [28 Mei 2013].
Zappala', S., Depolo, M., Fraccaroli, F., Guglielmi, D. & Sarchielli, G. 2008. Postponing job retirement?: psychosocial influences on the preference for early or late retirement career. Career Development International 13(2): 50 - 167.