(14) bab 12

2

Click here to load reader

Upload: hanif

Post on 23-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jjjjjjj

TRANSCRIPT

Page 1: (14) BAB 12

BAB 12

KOMEN DAN CANDANGAN

Setelah melalui pengalaman bekerja selama lebih kurang enam bulan di

UCM CONSTRUCTION SDN. BHD., yang mana latihan tersebut perlu dilalui oleh

semua pelajar yang belajar di politeknik telah memberi pendedahan kepada alam

pekerjaan yang sebenar. Oleh itu saya ingin memberikan beberapa buah fikiran

dan komen untuk dikongsi bersama untuk kebaikan semua pihak.

Unit latihan industri perlulah mengadakan lawatan yang kerap ke tempat

latihan pelajar. Ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pihak

201

Page 2: (14) BAB 12

politeknik dan juga firma berkenaan serta mengetahui masalah dan kebajikan para

pelajar politerknik yang mengikuti latihan tersebut.

Pendedahan kepada unit emperirial seperti ela, kaki dan inci sudah tidak

digunakan dalam pengajian pada pengajian pada hari ini, tetapi apabila pelajar

ditempatkan ditempat latihan industri kebanyakan penggunaan unit empirial ini

masih digunakan untuk pengukuran dan ini menyulitkan kepada pelajar untuk

memahami dan menukarkannya kepada unit metrik.

Penggunaan Bahasa Inggeris juga perlu dititikberatkan untuk membolehkan

para pelajar mahir berkomunikasi dengan baik dan lebih bersedia untuk berinteraksi

dengan pihak luar. Pengubahan sikap pelajar yang berterusan bermula dari awal

latihan industri sehingga akhir latihan industri. Dengan menunjukkan contoh yang

baik kepada semua lapisan masyarakat dan juga disiplin semasa menjalankan

tugas ini akan memberi imej yang baik kepada nama politeknik.

Kajian terhadap sesebuah firma juga penting, ini adalah bertujuan untuk

penempatan pelajar yang mengikuti latihan mengikut apa yang dipelajari semasa

berada di politeknik, supaya apa yang dipelajari kelak mampu membimbing mereka

kearah pekerjaan yang sempurna dan dedikasi. Pendedahan kemahiran membaca

pelan perlu diberikan penekanan untuk membantu pelajar agar lebih cepat bertindak

selepas membaca pelan. Sikap amanah dan bertanggungjawab perlu ditanam ke

dalam diri setiap pelajar apabila mendapat sesuatu kerja, supaya dapat melakukan

kerja dengan tekun dan dedikasi tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Semoga dengan cadangan yang diberikan, dapat dipertimbangkan oleh

pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kerana kebanyakan cadangan saya

adalah berdasarkan kepada pengalaman yang telah saya sendiri lalui semasa

menjalankan latihan industri.

202