13.zainimi

10
SIKAP PELAJAR SEMESTER SATUTERHADAP KEMAHIRAN LISAN BAHASA INGGERIS DI LIMA JABATAN AKADEMIK DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH: SATU ANALISIS Zainimi Nik Mohamed Jabatan Pengajian AmPoliteknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 06000 Jitra Kedah [email protected] ABSTRAK Kajian ini cuba meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Inggeris di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) yang merangkumi dua aspek iaitu sikap terhadap penggunaan bahasa dan sikap terhadap Bahasa Inggeris. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi sikap pelajar semester satu dari segi kognitif, afektif dan konatif di lima jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuteraan Mekanikal, Jabatan Kejuteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Multimedia & Komputer, Jabatan Kejuteraan Awam dan Jabatan Perdagangan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik yang terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian A yang memerlukan pelajar memilih jawapan yang terbaik berpandukan skala Likert mengenai sikap mereka terhadap kemahiran lisan bahasa Inggeris dan melengkapkan kenyataan yang diberi yang merangkumi sikap pelajar terhadap bahasa Inggeris. Manakala untuk bahagian B pula, pelajar dikehendaki mengisi pandangan mereka terhadap Bahasa Inggeris. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar di lima jabatan akademik yang berbeza iaitu seramai tujuh puluh orang pelajar. Dapatan kajian ini telah mendapati secara kognitif semua pelajar telah bersetuju akan kepentingan kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Selain itu, persepsi pelajar terhadap kesukaran kemahiran lisan Bahasa Inggeris bergantung pada tahap pengalaman mereka yang terdahulu. Dari segi afektif pula, secara keseluruhan semua pelajar memberikan sikap yang positif terhadap kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Mereka ingin mencuba untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Kajian ini juga mendapati, sebanyak 60 peratus pelajar yang terlibat mempunyai sikap tidak yakin dan rendah diri untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Dari segi konatif, pelajar telah menunjukkan minat untuk menggunakan Bahasa Inggeris dan ingin terus berbuat demikian pada masa akan datang. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang digunakan perlu sesuai dengan tahap kebolehan pelajar dengan melakukan pengubahsuaian kurikulum. Selain itu, pembelajaran perlu bersifat kolaboratif, iaitu pelajar yang berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris perlulah membantu rakan mereka yang agak lemah. Maka, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi pembentukan sikap pelajar seterusnya memberi kesan yang positif terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di masa hadapan. Kata kunci : sikap, kemahiran lisan Bahasa Inggeris, pengalaman pembelajaran, pendekatan pengajaran 1.0 PENGENALAN Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meninjau sikap para pelajar Polimas dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Sikap pelajar dalam pengajaran Bahasa Inggeris beerti kepercayaan atau kecenderungan tingkah laku pelajar yang mempunyai dimensi penilaian terhadap pengajaran mata pelajaran tersebut. Tinjauan terhadap aspek ini akan diukur dari perspektif persepsi pelajar yang mengambil modul AE 101. Dalam konteks ini, kemahiran

Upload: hissyammudin

Post on 30-Sep-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KONATIF

TRANSCRIPT

  • SIKAP PELAJAR SEMESTER SATUTERHADAP KEMAHIRAN LISAN BAHASA INGGERIS DI LIMA JABATAN AKADEMIK DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL

    HALIM MUADZAM SHAH: SATU ANALISIS

    Zainimi Nik Mohamed Jabatan Pengajian AmPoliteknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

    06000 Jitra Kedah [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini cuba meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Inggeris di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) yang merangkumi dua aspek iaitu sikap terhadap penggunaan bahasa dan sikap terhadap Bahasa Inggeris. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi sikap pelajar semester satu dari segi kognitif, afektif dan konatif di lima jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuteraan Mekanikal, Jabatan Kejuteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Multimedia & Komputer, Jabatan Kejuteraan Awam dan Jabatan Perdagangan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik yang terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian A yang memerlukan pelajar memilih jawapan yang terbaik berpandukan skala Likert mengenai sikap mereka terhadap kemahiran lisan bahasa Inggeris dan melengkapkan kenyataan yang diberi yang merangkumi sikap pelajar terhadap bahasa Inggeris. Manakala untuk bahagian B pula, pelajar dikehendaki mengisi pandangan mereka terhadap Bahasa Inggeris. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar di lima jabatan akademik yang berbeza iaitu seramai tujuh puluh orang pelajar. Dapatan kajian ini telah mendapati secara kognitif semua pelajar telah bersetuju akan kepentingan kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Selain itu, persepsi pelajar terhadap kesukaran kemahiran lisan Bahasa Inggeris bergantung pada tahap pengalaman mereka yang terdahulu. Dari segi afektif pula, secara keseluruhan semua pelajar memberikan sikap yang positif terhadap kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Mereka ingin mencuba untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Kajian ini juga mendapati, sebanyak 60 peratus pelajar yang terlibat mempunyai sikap tidak yakin dan rendah diri untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Dari segi konatif, pelajar telah menunjukkan minat untuk menggunakan Bahasa Inggeris dan ingin terus berbuat demikian pada masa akan datang. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang digunakan perlu sesuai dengan tahap kebolehan pelajar dengan melakukan pengubahsuaian kurikulum. Selain itu, pembelajaran perlu bersifat kolaboratif, iaitu pelajar yang berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris perlulah membantu rakan mereka yang agak lemah. Maka, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi pembentukan sikap pelajar seterusnya memberi kesan yang positif terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di masa hadapan. Kata kunci : sikap, kemahiran lisan Bahasa Inggeris, pengalaman pembelajaran, pendekatan pengajaran 1.0 PENGENALAN Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meninjau sikap para pelajar Polimas dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Sikap pelajar dalam pengajaran Bahasa Inggeris beerti kepercayaan atau kecenderungan tingkah laku pelajar yang mempunyai dimensi penilaian terhadap pengajaran mata pelajaran tersebut. Tinjauan terhadap aspek ini akan diukur dari perspektif persepsi pelajar yang mengambil modul AE 101. Dalam konteks ini, kemahiran

  • Bahasa Inggeris amat dititik beratkan kepada pelajar yang belajar di politeknik kerana ia merupakan asas yang penting sebagai persediaan pelajar menempuh alam pekerjaan. Selain itu, pelajar semester satu adalah diwajibkan mengambil subjek Bahasa Inggeris serta lulus. Masa yang diperuntukkan adalah sebanyak empat jam seminggu dengan dua jam kredit. Dari segi penilaian pemarkahan pula, sebanyak 60 peratus adalah melibatkan kemahiran lisan dalam Bahasa Inggeris. Berdasarkan kepada Teori Causal Attributional (Gardner,1985), perbezaan persekitaran dan faktor personal seperti pengetahuan, kepercayaan terdahulu dan perbezaan individu mempengaruhi persepsi seseorang pelajar untuk berjaya dan sikapnya terhadap pembelajaran (Pintrich & Schunk, 1996). Dalam konteks ini, pelajar di Polimas datang dari pelbagai latar belakang pengalaman pembelajaran Bahasa Inggeris. Kebanyakkan pelajar menunjukkan sikap tidak berkeyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Hal ini mungkin di sebabkan oleh sikap pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, mengikut Anderson (1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu emosi, sasaran, arah tuju, kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagi kepada ukuran positif, neutral dan negatif. Jika sesuatu sikap adalah positif, ia akan dituju dengan baik ke sasarannya dan sebaliknya. Sikap seseorang boleh diukur dengan memberi pernyataan yang membolehkannya memberi respons sama ada positif atau sebaliknya terhadap item yang diberikan. Dari segi bentuk psikologi, sikap didefinisikan sebagai suatu keadaan mental yang sedia wujud, yang dibentuk melalui pengalaman dan memberi tekanan dinamik terhadap tindak balas seseorang individu terhadap objek atau situasi yang berkaitan. Sikap dikatakan diproses melalui pembelajaran dan bersifat implisit. Maka, kajian ini mendefinisikan sikap sebagai suatu bentuk psikologi yang boleh diterangkan oleh kecenderungan tingkah laku seseorang individu yang menunjukkan kesediaan untuk memberi respons secara penilaian dan tekal. Sikap pelajar terhadap pengajaran Bahasa Inggeris merupakan kecenderungan tingkah laku pelajar untuk memberi respons baik atau sebaliknya terhadap item-item dalam soal selidik yang disediakan. Respons pelajar boleh diukur secara berterusan daripada positif (sangat setuju) ke negatif (sangat tidak setuju) dalam soal selidik yang ditadbirkan. Justeru itu, tinjauan ini telah memilih skala Likert untuk mengukur sikap pelajar memandangkan skala ini mudah digunakan dan kemungkinan berlaku kesilapan dalam menilai item-item juga adalah kecil. Ia mudah ditadbirkan dan dianalisis. Ia juga lebih tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi berbanding dengan Skala Thurstone (Chee, 1998). Dalam konteks ini, mengikut Chee (1998), terdapat empat jenis skala yang biasa digunakan untuk mengukur sikap iaitu Skala Thurstone (1928), Skala Likert (1932), Skala Guttman (1944) dan Skala Osgood (1957). Dalam kajian ini, sikap pelajar diukur melalui respons yang diberikan oleh mereka terhadap satu siri pernyataan (item) dalam komponen soal selidik tinjauan. Setiap item dibentuk dalam bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Tahap kekuatan sikap pelajar diukur melalui sejauh mana mereka bersetuju atau tidak bersetuju terhadap setiap item. Skala ini membolehkan pelajar menentukan pilihan masing-masing yang berterusan. 2.0 RASIONAL KAJIAN

    2.1 Kajian dilakukan setelah mendapati ramai pelajar semester satu yang menghadapi kesukaran untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris.

    2.2 Kegagalan pelajar untuk menguasai kemahiran lisan Bahasa Inggeris akan

    menjejaskan markah keseluruhan bagi modul AE 101 (60%) dan mereka terpaksa mengulang modul.

  • 3.0 ULASAN LITERATUR Sikap terhadap bahasa merujuk kepada sikap satu kelompok masyarakat atau sesuatukomuniti terhadap sesuatu bahasa seperti ia menarik, sedap didengar, mudah dipelajari dan sebagainya. Sikap seseorang itu biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkaitan dengan ekonomi, sosial, politik, budaya dan agama (Norizah, 2005). Menurut teori Sosio Pendidikan Gardner (Gardner, 1985), sikap merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam konstruk motivasi. Beliau juga membahagikan sikap kepada tiga komponen asas, iaitu kognitif, afektif dan konatif. Aspek kognitif berkaitan dengan kepercayaan seseorang terhadap bahasa, afektif pula melibatkan reaksi secara emosi terhadap kepercayaan dan konatif apabila melibatkan kelakuannya terhadap kepercayaan tersebut. Menurut Yorio (1986) faktor persepsi dan kepercayaan boleh mempengaruhi konatif atau tindak balas pelajar terhadap proses pembelajaran. Sebagai contohnya, sekiranya persepsi pelajar terhadap sesuatu subjek itu adalah rendah, maka mereka tidak akan memberikan fokus yang tinggi terhadap subjek tersebut. Perasaan malu dan takut untuk bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan masalah sebahagian besar dari pelajar. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting, malah mereka menjadi faktor kejayaan pembelajaran bahasa di dalam kelas (Abdul Aziz, 2000), ( Lee et al, 2009). Kecekapan guru dalam pengajaran bahasa adalah sama penting dengan kebolehan guru bertutur dalam bahasa tersebut dengan tepat dan lancar. Ini kerana guru merupakan model penting dalam pembelajaran bahasa ( Pintrich & Schunk, 1996). Di samping itu, kepelbagaian jabatan merupakan satu faktor yang menentukan sikap pelajar.Ini kerana sikap pelajar mempunyai kaitan dengan nilai yang diberikan terhadap kursus yang diambil. Dalam satu kajian, Feather (1988) mendapati bahawa kemasukan pelajar ke dalam jabatan Kejuteraan Mekanikal dan kejuteraan Elektrik berkait dengan jangkaan dan nilai yang diberikan terhadap matematik. Ramai pelajar yang mempunyai tahap nilai dan persepsi yang lebih tinggi terhadap keupayaan mereka dalam matematik, memilih jabatan Mekanikal atau Elektrik manakala pelajar yang mempunyai tahap nilai dan persepsi yang lebih baik terhadap keupayaan mereka dalam bahasa Inggeris, memilih jabatan Teknologi, Multimedia dan Komputer atau jabatan Perdagangan. Dalam konteks kajian ini, penelitian dibuat khusus terhadap sikap dan persepsi pelajar terhadap kemahiran bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini penting khususnya kepada Unit Bahasa Inggeris Polimas bagi mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dan seterusnya menyusun strategi yang tepat dalam pengajaran dan pembelajaran.

    4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah berdasarkan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mempunyai enam kenyataan mengenai kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Manakala bahagian kedua memerlukan pelajar untuk melengkapkan kenyataan tentang persepsi mereka terhadap kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Borang soal selidik diedarkan kepada tujuh puluh orang pelajar semester satu bagi jabatan-jabatan akademik di Polimas. Soalan yang dikemukakan meliputi sikap, persepsi, dan pengalaman pelajar terhadap kemahiran lisan dalam Bahasa Inggeris. Namun kajian ini tidak

  • merangkumi kemahiran menulis dan membaca dalan Bahasa Inggeris. Hasil kajian dikumpul dan dianalisa secara terperinci bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi. Skala Likert yang digunakan ialah Strongly Disagree (1), Disagree (2), Neutral(3), Agree(4) dan Strongly Agree(5) ( Lampiran 1). Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif. Pemilihan pendekatan kualitatif adalah untuk menjawab persoalan yang memerlukan jawapan kepada bagaimana dan apa yang berlaku, tajuk berbentuk penerokaan dan kajian yang memerlukan jawapan secara terperinci (Creswell, 2003). Secara ringkasnya, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data adalah menggunakan kaedah temubual secara mendalam, pemerhatian tanpa ikut serta dan analisis dokumen. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah perbandingan yang berterusan. Kesahan data dilakukan dengan membuat triangulasi daripada pelbagai sumber data, semakan rakan (member chek) dan menggunakan replika dalam kajian pelbagai kes. Secara umumnya, penyelidikan kualitatif dalam bidang pendidikan digunakan untuk menyiasat fenomena pendidikan dalam beberapa bentuk kajian. Antaranya ialah fenomenalogi, kajian kes, etnografi, grounded theory dan kajian secara naratif (Creswell, 2003). Namun, kaedah kajian kes adalah suatu bentuk kaedah kajian yang sering digunakan di dalam bidang pendidikan untuk mencapai salah satu objektif. Antaranya ialah menjelaskan sesuatu fenomena secara terperinci, kemungkinan dan menilai fenomena tersebut berlaku. Kajian ini juga membolehkan penyelidik meneroka secara mendalam dan menyeluruh fenomena yang dikaji dalam konteks yang sebenar (Gall et al.,2003). Peserta kajian dipilih berdasarkan tajuk, objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji serta berasaskan prinsip kesanggupan mereka melibatkan diri dalam kajian ini. Seramai 70 orang pelajar dipilih dalam kalangan pelajar semester satu di semua jabatan di Polimas. Kesahan dan kebolehpercayaan data dalam kajian kualitatif melibatkan prosedur kajian yang teratur dan beretika (Merriam, 1998). Menurut Hamnersley (1992) keesahan dalaman dalam penyelidikan kualitatif ditakrifkan sebagai sejauhmana tepatnya satu-satu gambaran yang diperhatikan mewakili fenomena yang dirujuk dan dikaji. Ia juga bertujuan untuk memastikan keberkesanan metodologi kajian dalam mengumpulkan data yang berkualiti untuk dapatan kajian ( Merriam, 1998). 5.0 ANALISIS DATA Sikap pelajar boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu kognitif, afektif dan konatif. Dari segi kognitif, didapati kesemua tujuh puluh orang responden bersetuju bahawa kemahiran lisan bahasa Inggeris adalah penting berbanding bahasa lain. Mereka telah memilih skala Likert 4 (Agree) dan 5 (Strongly Agree) bagi kenyataan: English language is very important compared to other languages. Dalam konteks ini, mereka juga menganggap kemahiran lisan Bahasa Inggeris penting untuk mendapat pekerjaan atau gaji yang lebih baik. Maka, responden telah memberi respon seperti berikut: Speaking skills is important because :I can get good job/ I will get high salary/ the company will pay more if I can speak English Dari segi afektif pula, kesemua responden bersetuju bahawa mereka telah cuba bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun tidak berapa lancar. Respondan telah memilih skala Likert 4 (Agree) dan 5 (Strongly Agree) dengan menyatakan: I try to speak English even though I am not good. Di samping itu, terdapat empat peratus responden dari setiap jabatan menganggap kemahiran lisan Bahasa Inggeris mereka terlalu lemah berbanding dengan rakan mereka yang lain. Persepsi seperti ini akan mewujudkan rasa tidak yakin dan rendah diri untuk berkomunikasi di

  • dalam Bahasa Inggeris. Kenyataan ini dibuktikan seperti: I think my speaking skills: is very bad/ is very weak/ is not good because I cannot speak English like my friends. Begitu juga, daripada tujuh puluh orang responden, empat puluh tiga peratus di dapati cuba untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris tetapi mereka menghadapi masalah untuk berinteraksi dalam bahasa tersebut. Responden memberi reaksi dengan jawapan: I try to speak English.. :but I do not know how to say it / with my friends but it is very difficult for me/but I think English is not easy. Sehubungan dengan itu, mereka juga tidak bersetuju dan memilih skala Likert 2 (Disagree) bahawa kemahiran lisan Bahasa Inggeris mereka adalah baik berbanding dengan rakan sekelas yang lain seperti kenyataan yang diberikan:I think my speaking skills is good compared to my classmates. Namun bagi dua puluh sembilan peratus responden, mereka memberikan jawapan yang positif. I try to speak English.. : and I make sure to speak English with my friends/ so I can get good English result/ every time I have my English class. Walau bagaimanapun, terdapat dua peratus responden yang mempunyai asas kemahiran lisan yang agak baik memberi respon yang berbeza. Mereka merasakan kemahiran lisan yang sedia ada boleh diperbaiki. Namun ada yang mendapati pertuturan mereka bertambah baik jika mereka menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dijalankan. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti berikut: I think my speaking skills.:need to be improved so I can speak like my teacher/is getting better because I speak English in class/ is not bad. Manakala, sebanyak lima peratus responden didapati memahami apa yang dipertuturkan di dalam Bahasa Inggeris tetapi menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Contoh jawapan mereka adalah seperti berikut: I am able to understand what others say to me.:but I have problem to reply/ but I feel too hard to respond/ but dont know to say the words. Sementara itu, dari segi penggunaan kemahiran lisan Bahasa Inggeris, didapati empat puluh tiga peratus responden menyatakan bahawa mereka perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris agar mudah untuk mendapatkan pekerjaan tetapi terdapat juga responden yang mengakui mereka ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan atau orang lain. Antara respon yang diberi adalah seperti berikut: I must be able to speak English because:easy to get a job/ my friends will like me /people will respect me. Manakala tiga peratus responden dari setiap jabatan menyatakan mereka tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris bersama rakan-rakan atau guru semasa pengajaran Bahasa Inggeris di jalankan. Mereka telah memilih skala Likert 1 (Strongly Disagree) dan 2 (Disagree) bagi kenyataan I have confident to speak English in my English class with my friends /teacher. Oleh sebab itu, Burke (2007) mencadangkan agar pelajar yang baik tidak seharusnya diasingkan daripada pelajar yang lemah supaya berlaku komunikasi yang menyeluruh sesama mereka. Dari segi konatif, semua pelajar bersikap positif dengan memilih skala Likert 4 (Agree) dan 5 (Strongly Agree) bahawa kemahiran lisan Bahasa Inggeris penting dan ingin terus menggunakan Bahasa Inggeris. Ia adalah berdasarkan kenyataan I want to speak English in the future. Justeru itu, pensyarah perlu memainkan peranan sebagai model pembelajaran. Ini mampu meningkatkan tahap motivasi pelajar (Pintrich & Schunk, 1996) kerana pelajar bukan sahaja tahu apa tugasan yang sepatutnya dilakukan tetapi juga cara dan strategi yang perlu digunakan untuk melakukan tugasan tersebut (Rhee & Pintrich, 2004). Penjelasan hasil soal selidik tadi dapat dirumuskan melalui Jadual 1 di bawah.

  • Jadual 1: Keputusan Analisa Bahagian A Berpandukan Skala Likert

    Department No Item Likert Scales

    1 2 3 4 5

    Mechanical Engineering

    1. English Language is very important compared to other languages

    10

    2. I try to speak English even though I am not good 7 3

    3. I have confident to speak English in my English class with my friends or teacher

    4 2 4

    4. I think my speaking skills is good compared to my classmates

    1 4 5

    5. I want to speak English in the future 6 4

    Civil Engineering

    1. English Language is very important compared to other languages

    8 2

    2. I try to speak English even though I am not good 6 4

    3. I have confident to speak English in my English class with my friends or teacher

    1 4 5

    4. I think my speaking skills is good compared to my classmates

    4 6

    5. I want to speak English in the future 7 3

    Electrical

    Engineering

    1. English Language is very important compared to other languages

    7 3

    2. I try to speak English even though I am not good 5 5

    3. I have confident to speak English in my English class with my friends or teacher

    3 3 3 1

    4. I think my speaking skills is good compared to my classmates

    5 5

    5. I want to speak English in the future 5 5

    Commerce

    1. English Language is very important compared to other languages

    9 1

    2. I try to speak English even though I am not good 10

    3. I have confident to speak English in my English class with my friends or teacher

    2 3 5

    4. I think my speaking skills is good compared to my classmates

    5 4 1

    5. I want to speak English in the future 8 2

    Information,

    Technology & Communicati

    on

    1. English Language is very important compared to other languages

    8 2

    2. I try to speak English even though I am not good 10

    3. I have confident to speak English in my English class with my friends or teacher

    2 3 4 1

    4. I think my speaking skills is good compared to my classmates

    4 6

    5. I want to speak English in the future 7 3

    Sementara itu, keputusan analisa yang didapati untuk bahagian B untuk Soalan satu: Speaking skills is important because,responden telah memberi tiga jenis jawapan. Pertama: I can get good job, analisa jawapan tersebut adalah seperti: JKM ( 11% ), JKA ( 7%), JP (14%), JKE (6%) dan JTMK (9%).

  • Kedua: I will get high salary /pay /more income, analisa jawapan tersebut adalah seperti: JKM

    ( 3%), JKA ( 6%), JKE (7%) dan JTMK (6%).

    Ketiga: the company will pay more if I can speak/talk in English, analisa jawapan tersebut

    adalah: JKA (1%) dan JKE (1% ).

    Sementara itu,untuk soalan dua: I think my speaking skills ,responden telah memberi dua jenis jawapan. Pertama: is very bad/weak, analisa jawapan tersebut adalah: JKM (6%), JKA (4%), JP (4%), JKE (6%) dan JTMK (4%). Kedua: not good because I cannot speak English like my friends, analisa jawapan tersebut

    adalah: JKM (6%), JKA (4%), JP (4%), JKE (4%) dan JTMK (6%).

    Terdapat beberapa orang responden yang berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris memberikan tiga jenis jawapan. Pertama:needs to be improved so I can speak English like my teacher, analisa jawapan adalah seperti berikut: JKA (3%), JP (3%) dan JKE (1%). Kedua: is getting better because I speak English in class, analisa jawapan tersebut adalah:

    JKM (3%), JKA (1%), JP (3%) dan JTMK (1%).

    Ketiga: is not bad, analisa jawapan tersebut adalah: JKA (1%), JKE (3%) dan JTMK (3%). Bagi soalan Tiga: I try to speak English ,terdapat tiga jenis jawapan. Pertama: but I do not know how to say it. Analisa jawapan adalah seperti : JKM (11%), JKA (4%), JP (4%), JKE (6%) dan JTMK (9%). Kedua: with my friends but it is very difficult for me, analisa jawapan tersebut adalah: JKA

    (3%) dan JKE (4%).

    Ketiga:I think English is not easy, analisa jawapan tersebut adalah: JP (1%) sahaja.

    Terdapat dua puluh sembilan peratus responden memberikan tiga jawapan yang positif. Mereka menyatakan I try to speak English . Pertama: and make sure to speak English with my friends. Analisanya seperti : JKM (3%), JKA (1%), JP(1%), JKE (1%) dan JTMK (3%). Kedua: so I can get good result, analisa jawapan tersebut adalah: JKM (4%), JKA (1%) dan JTMK (6%). Ketiga:every time I have my English class,analisa jawapan tersebut adalah:JKM (1%), JKA

    (2%), JP (1%) dan JTMK (1%).

  • Selain itu, bagi soalan Empat: I am able to understand what others say to me ,responden telah memberi tiga jenis jawapan.

    Pertama: but I have problem to reply , analisa jawapan tersebut adalah: JKM (7%), JKA ( 6%), JP (6%) dan JKE (7%).

    Kedua: my problem is I do not know what to say back, analisa jawapan tersebut adalah: JKM

    (6%), JKA (6%), JP (7%), JKE (7%) dan JTMK (6%).

    Ketiga: but dont know to say the words, analisa jawapan tersebut adalah:JKM (6%), JP (7%)

    dan JKE (7%).

    Bagi soalan yang terakhir: I must be able to speak English because , responden telah memberi tiga jenis jawapan. Pertama: easy to get a job, analisa jawapan tersebut adalah:JKM (3%), JKA (3%), JP (6%), JKE (3%) dan JTMK (1%). Kedua: my friends will like me, analisa jawapan tersebut adalah: JKM (1%), JKA (3%), JP

    (4%), JKE (3%) dan JTMK (3%).

    Ketiga:people will respect me,analisa jawapan tersebut adalah:JKM (3%), JKA (1%), JP (4%),

    JKE (1%) dan JTMK (1%).

    6.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kedudukan sesuatu bahasa dalam komuniti telah dikenal pasti sebelum ini boleh mempengaruhi nilai yang diberikan oleh pelajar terhadap bahasa tersebut (Csizer & Drnyei, 2005, Norizah, 2005, Rueda & Chen, 2005). Walaupun begitu, dari segi kesukaran bertutur dalam Bahasa Inggeris, pelajar yang mempunyai asas Bahasa Inggeris mempunyai kelebihan serta menganggapnya sebagai mudah. Anggapan sebegini meningkatkan lagi kepercayaan mereka untuk berjaya dalam pembelajaran (Lynch, 2008) dan meningkatkan lagi usaha serta ketekalan mereka untuk belajar (Brophy,1998). Tambahan pula, tahap pembelajaran Bahasa Inggeris semester satu di Polimas bermula pada peringkat asas dan kebanyakan kandungan pelajaran telah dipelajari semasa berada di sekolah. Jika lebih banyak ruang dan peluang diberikan, nescaya para pelajar tidak akan menghadapi kesukaran untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Dari segi kognitif, kesemua pelajar bersetuju bahawa kemahiran lisan Bahasa Inggeris adalah penting. Ini dibuktikan dengan pemilihan jawapan berskala 4 dan 5 bagi kesemua pelajar yang terlibat dari kelima-lima jabatan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar ingin mempelajari kemahiran lisan Bahasa Inggeris dan bersikap positif sama ada dari segi kognitif, afektif dan konatif. Faktor ini penting kerana secara tidak langsung ia membantu ke arah pembentukan sikap pelajar untuk menguasai kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki terutama apabila membabitkan kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan berbeza tahap

  • kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Teknik pengajaran yang sesuai dapat mempengaruhi sikap pelajar untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Pendekatan di dalam kelas juga perlu mengambil kira kewujudan pelajar yang tidak berkeyakinan supaya mereka tidak merasa tertekan semasa belajar dan hilang rasa ingin mempelajari Bahasa Inggeris. Kajian ini berharap agar pelajar akan terus menunjukan sikap yang positif terhadap Bahasa Inggeris dan seterusnya mempraktikkan kemahiran lisan mereka. RUJUKAN Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Anderson, L.W. (1994). Attitude, measurement of In.T. Husen (ed.). The International

    Encyclopedia of Education. (2nd

    ed.), 1.Oxford: Pergamon. Brophy, J. (1998). Motivating students to learn. New York: McGraw-Hill. Burke, B. M. (2007). Creating communicative classrooms with experiential design.Foreign Language Annals, 40(3), 441-462. Chee Kim Mang. (1998). Sikap pelajar yang berumur 15 hingga 16 tahun terhadap Ekonomi sebagai satu mata pelajaran sekolah: satu tinjauan. Jurnal Pendidikan Gerak, Bil. 10. 29-35.

    Creswell, J.W. (2003). Reseach Design: Quualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approach. Thousand Oaks, Ca:Sage. Csizer, K., & Drnyei, Z. (2005).Language learners' motivational profiles and theirmotivated learning behavior.Language Learning, 55(4), 613-659. Feather, N. T. (1988). Values, valences, and course enrollment: Testing the role ofpersonal values within an expectancy-valence framework. Journal of EducationalPsychology, 80(3), 381-391. Gardner, R. C. (1985). Social psychology and second language learning: The role ofattitudes and motivation. London: Edward Arnold Publishers. Hammersley, M. (1992). Whats Wrong With Ethnography?: Methodological Explorations. London & New York: Routledge. Lee, J. C. K., Yin, H., & Zhang, Z. (2009).Exploring the influence of the classroomenvironment on students motivation and self-regulated learning in Hong Kong.The Asia-Pacific Education Researcher, 18(2), 219-232. Lynch, D. J. (2008). Confronting challenges: Motivational Beliefs and Learning Strategiesin

    Difficult College Courses.College Student Journal, 42(2), 416-421. Merriam, Sharan. (1998). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. New

    York.

  • Norizah Ardi. (2005). Sikap Terhadap Bahasa Melayu dan Penggunaannya di Kalangan Pelajar

    Universiti di Selatan Thailand.Tesis Ph.D., Universiti Malaya, KualaLumpur. Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996).Motivation in education: Theory, research and

    applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc. Rhee, C. R., & Pintrich, P. R. (2004).Teaching to Facilitate Self-Regulated Learning. Dlm.Oon

    Seng Tan, Agnes Chang & Jessie Ee (pnyt.), Thinking About Thinking.Singapore: Mc Graw Hill Education.

    Rueda, R., & Chen, C. B. (2005). Assessing Motivational Factors in Foreign Language

    Learning: Cultural Variation in Key Constructs. Educational Assessment, 10(3),209-229. Thurstone, L. L. (1928). Attitude can be measured. American Journal Sociology, 33,529-554

    Yorio, C. (1986). Consumerism in Second Language Learning and Teaching Canadian Modern

    Language Review, 42(3), 668-687.