133812351-syariah-spm-definisi

Upload: myroon96

Post on 03-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    1/18

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    2/18

    syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum.

    Hukum taklifi Khitabullah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf

    supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan

    atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan

    sesuatu atau tidak.

    Ijab Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan

    sesuatu perbuatan dengan tuntuan pasti (jazam).

    Nadbun Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan

    sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (ghairu

    jazam).

    Tahrim Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatandengan tuntutan pasti (jazam).

    Karahah Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan

    dengan tuntutan tidak pasti (ghairu jazam).

    Ibahah Tuntuan syarak yang mengandungi pilihan kepada

    mukallaf sama ada untuk melakukan sesuatu atau

    meninggalkannnya.

    Hukum wadhai Khitabullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab,syarat atau penghalang (mani) kepada sesuatu hukum.

    Sebab Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum.

    Syarat Sesuatu yang kerana adanya ada hukum tetapi tidak

    semestinya apabila adanya ada hukum.

    Mani (Penghalang) Sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat

    dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dapat

    dilaksanakan.Sahih Perbuatam yang sempurna syarat dan rukunnya serta

    terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana

    yang ditetapkan oleh syarak.

    Batil Perbuatan yag tidak sempurna syarat dan rukunnya serta

    tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya

    sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

    Al-Quran Kitan Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammads.a.w. dalam bahasa Arab, mempunyai mukjizat,

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    3/18

    membacanya dikira ibadat dan disampaikan kepada

    generasi kemudian secara mutawatir.

    As-Sunnah Percakapan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. serta

    pengakuannya terhadap kenyataan atau tindakan orang

    lain.

    Ijma BahasaKeazaman atau persepakatan

    IstilahPersepakatan para ulama mujtahid umat Nabi

    Muhammad s.a.w. terhadap sesuatu hukum syarak pada

    sesuatu masa selepas kewafatan baginda.

    Al-Ijma As-Sarih Persepakatan yang berlaku secara jelas di kalangan

    semua mujtahid sama ada melalui kata-kata atauperbuatan.

    Al-Ijma As-Sukuti Persepakatan yang berlaku secara jelas di kalangan

    sebahagian mujtahid sama ada melalui kata-kata atau

    perbuatan. Sementara sebahagian yang lain mendiamkan

    diri tanpa menunjukkan sebarang tanda persetujuan atau

    sebaliknya.

    Qias BahasaPengukuran atau penyamaan.IstilahMenyamakan masalah yang tidak dijelaskan

    hukumnya dalam nas dengan masalah yang dijelaskan

    hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan illah

    pada kedua masalah tersebut.

    Al-Aslu Perkara yag dikiaskan kepadanya.

    Al-Faru Perkara yang dikiaskannya.

    Al-Illah Sifat yang sama antara al-aslu dengan al-faru.Hukum al-aslu Hukum Al-aslu yang sabit berdasarkan nas.

    Al-Istihsan BahasaMenganggap sesuatu sebagai baik.

    IstilahMenggunakan qias yang tidak nyata dengan

    meninggalkan qias yang nyata atau mengecualikan

    sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum berdasarkan

    dalil-dalil yang tertentu.

    Al-masalihul mursalah /Al-istislah

    Al-masalih (Bahasa)Kemaslahatan atau kebaikanAl-mursalah (Bahasa)Dilepaskan

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    4/18

    Al-masalihul mursalah (Istilah)Menentukan hukum

    sesuatu berdasarkan kemaslahatan tertentu yang tiada

    ketentuan nas mahu pun al-ijma yang menerima atau

    menolaknya.

    Al-istishab BahasaMinta bersama-sama atau bersahabat.

    IstilahMenggunakan sesuatu hukum yang sabit melalui

    dalil pada masa lalu sehingga ada dalil lain yang

    mengubahnya.

    Saddu az-Zarai BahasaMenutup jalan-jalan kejahatan.

    IstilahMenghalang perkara-perkara harus yang boleh

    membawa kepada perkara-perkara yang haram.Qaulu as-Sahabi Qaulu as-SahabiPandangan sahabat Rasulullah s.a.w.

    Sahabat (Istilah Usul Fiqh)Orang yang pernah bertemu

    dengan Rasullah s.a.w. dalam keadaan beriman serta

    berdampingan dengannya untuk jangka masa yang lama.

    Qaulu as-Sahabi (Istilah Usul Fiqh)Kata-kata atau

    perbuatan orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah

    s.a.w. (sahabat nabi) dalam keadaan beriman sertaberdampingan dengannya untuk jangka masa yang lama.

    Amal Ahlil Madinah Perkataan atau perbuatan yng disepakati oleh penduduk

    al-Madinah dalam lingkungan tiga kurun hijriah yang

    pertama.

    Syaru man qablana Syariat rasul-rasul terdahulu yang terdapat dalam al-

    Quran atau as-Sunnah, tetapi tiada arahan supaya kita

    mengikuti atau menghindarinya.

    Al-Urfu wal adat (Istilah Usul Fiqh)Perkataan atau perbuatan yang

    menjadi kebiasaan sekumpulan manusia dan diterima

    baik oleh akal yang sejahtera.

    Tayamum BahasaMemilih sesuatu atau berkehendakkan sesuatu.

    IstilahMenyapu debu tanah yang bersih ke muka dan

    kedua tapak tangan sebagai ganti kepada wuduk

    keseluruhannya atau basuhan kepada mana-mana

    anggota wuduk atau kepada mandi wajib.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    5/18

    Qiamullail Bangun pada waktu malam selepas tidur dengan tujuan

    untuk beribadat kepada Allah.

    Puasa BahasaMenahan diri daripada sesuatu.

    IstilahMenahan diri daripada melakukan perkara-

    perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar

    sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

    Tatu Membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota

    tubuh secara kekal seperti muka, lengan dan belakang.

    Khusyuk dalam solat Melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah

    yag dilakukan dengan anggota badan dan hati serta

    menjaga syarat, adab-adab solat dengan sempurna.Syak dalam solat Keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat

    seperti lupa bilangan rakaat, membaca al-Fatihah dan

    sebagainya.

    Wasiat BahasaBerpesan.

    SyarakPesanan yang dibuat oleh seseorang kepada

    seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan

    terhadap harta yang dimilikinya selepas dia meninggaldunia.

    Pusaka BahasaPeninggalan si mati.

    Istilah fuqahaSesuatu yang ditinggalkan oleh si mati

    daripada harta benda dan hak-hak yang berhak diterima

    oleh warisnya dengan sebab kematian.

    Waqaf BahasaMenahan

    SyarakMenahan harta benda yang berfaedah yangmasih kekal ainnya dari diurus oleh tuan tersebut atau

    orang lain untuk tujuan harus kerana mendekatkan diri

    kepada Allah.

    Hibah/Hadiah SyarakSatu akad yang dapat memindahkan milik

    sesuatu barangan tanpa perlu menukar ganti, kerana ia

    dibuat secara sukarela.

    Atiah Pemberian ketika sakit.

    Salam Selamat dan sejahtera.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    6/18

    Memberi salam Memberi ucapan selamat dan sejahtera kepada

    seseorang dengan menggunakan ucapan khusus iaitu

    Assalamualaikum atau salamullahi alaikum.

    Haji BahasaMengunjungi tempat yang mulia.

    SyarakMengunjungi baitullah al-haram di Mekah untuk

    melakukan ibadat tertentu pada waktu tertentu

    berdasarkan syarat tertentu.

    Umrah BahasaZiarah

    IstilahMengunjungi baitullah al-haram di Mekah untuk

    melakukan ibadat tertentu, pada bila-bila masa.

    Niat ihram Berniat menunaikan haji atau umrah secara berasinganatau kedua-duanya sekali.

    Wukuf Berada di Arafah walaupun seketika.

    Tawaf Mengelilingi baitullah al-haram sebanyak tujuh kali dengan

    syarat-syarat tertentu dab dengan tujuan beribadat

    kepada Allah.

    Tawaf Ifadhah Tawaf rukun bagi ibadat haji dan umrah.

    Tawaf Qudum Tawaf selamat datang yang dilakukan oleh setiap orangyang baru sampai di Mekah.

    Tawaf Sunat Tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang

    disukai.

    Tawaf Wida Tawaf selamat tinggal.

    Saie Berjalan berulag-alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh

    kali.

    Tahallul Bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.Miqat Tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat haji atau

    umrah.

    Miqat Zamani Ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram.

    Miqat Makani Ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.

    Dam Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang

    menunaikan haji atau umrah.

    Tartib Wajib melakukan mengikut urutan.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    7/18

    Taqdir Gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih

    kurang.

    Tadil Syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah

    kepada gantian berdasarkan nilaian tersebut.

    Niabah dalam haji Seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri,

    tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa

    dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

    Sembelihan Menghilangkan nyawa binatang daratan yang halal

    dimakan dengan menggunakan alat yang tajam.

    Korban Penyembelihan binatang al-anam yang dilakukan pada

    hari kesepuluh Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik. Iadilakukan dengan tujuan beribadat kepada Allah.

    Akikah Penyembelihan binatang al-anam yang dilakukan ketika

    mencukur rambut bayi ynag baru dilahirkan.

    Muamalat Tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara

    sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-

    masing.

    Jual beli Memindah milik dengan ganti atas dasar kerelaan.Khiyar -Pilihan

    -Ertinya pihak pembeli dan penjual diberi hak membuat

    pilihan sama ada untuk meneruskan jual beli tersebut atau

    tidak meneruskanya dengan sebab-sebab yang tertentu.

    Khiyar Majlis Pemilihan yang dilakukan semasa masih berada dalam

    majlis akad jual beli penjual dan pembeli berhak memilih

    sama ada hendak meneruskan jual beli yang telahdiakadkan di majlis itu atau membatalkannya.

    Khiyar Syarat Persetujuan antara pihak-pihak yang berjual beli

    mensyaratkan semasa melakukan akad jual beli bahawa

    kedua-dua mereka atau satu daripadanya berhak memilih

    sama ada jual beli itu diteruskan atau dibatalkan.

    Khiyar Aib Pemilihan pembeli sama ada untuk meneruskan jual beli

    atau membatalkannya pada ketika didapati bahawaterdapat kecatatan pada barang yang dibeli itu.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    8/18

    Baiu as-salam Jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa

    akad dan penyerahan barang ditangguh sehingga ke satu

    masa yang ditetapkan.

    Al-bai bisamanin ajil/

    Jualan dengan harga

    tangguh

    Menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang

    yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayran

    harganya sehingga ke suatu masa yang ditetapkan atau

    dengan bayaran beransur-ansur.

    Syarikat Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan

    untung.

    Syarikat Imlak Syarikat yang berlaku apabila lebih daripada seorang

    memiliki sesuatu barang tanpa akad.Syarikat Uqud Syarikat yang berlaku apabila dua orang atau lebih

    melakukan akad untuk berkongsi dalam sesuatu

    kepentingan harta dan keuntungan daripada harta

    tersebut.

    Syarikat Inan Perkongsian dua orang dalam urusan harta bahawa

    mereka akan memperdagangkannya dengan keuntungan

    akan dibahagi dua.Syarikat Mufawadhah Perkongsian dua orang atau lebih untuk melakukan

    kerjasama dalam sesuatu urusan.

    Syarikat Wujuh Syarikat yang berlaku apabila dua orang atau lebih

    membeli sesuatu tanpa modal tetapi hanya bergantung

    kepada nama baik mereka dan kepercayaan pedagang-

    pedagang terhadap mereka dengan keuntungan dikongsi

    bersama.Syarikat Abdan Syarikat yang berlaku apabila dua orang atau lebih

    bersetuju untuk menerima pekerjaan, dengan ketentuan

    bahawa upah yang mereka terima dibahagikan menurut

    persetujuan masing-masing.

    Al-Mudharabah Akad antara dua pihak yang mengandungi penyerahan

    modal oleh satu pihak kepada satu pihak lagi untuk

    berniaga dengan berkongsi untung.

    Rahnu/ Gadaian Menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    9/18

    sandaran bagi hutang yang boleh dibayar dengannya

    apabila hutang itu tidak dapat dibayar.

    Wadiah Menyerahkan harta benda yang dimiliki oleh seseorang

    kepada seseorang yang lain untuk menjaganya.

    Takaful Satu kontrak di mana seseorang itu bertanggungjawab

    membantu seseorang lain apabila berlaku sesuatu

    kejadian yang ditentukan dalam kontrak.

    Saham Suatu kepentingan dalam syarikat.

    Kalimah MaknaDosa BahasaHukuman atau balasan.

    SyarakBalasan buruk daripada Allah disebabkan

    melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau

    meninggalkan sesuatu yang diperintahnya.Pahala BahasaGanjaran atau balasan.

    SyarakGanjaran baik yang dikurniakan oleh Allah

    kerana mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-

    Nya.

    Dosa besar Setiap dosa yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis

    serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka

    atau mendapat kemurkaannya atau kutukan dan

    seksaannya.

    Dosa kecil Segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum had

    dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak

    disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan

    daripada Allah.

    Taubat Kembali ke pangkal jalan iaitu kembali kepada fitrah.

    Makrifatullah (Mengenal

    Allah)

    Mengetahui dan mempercayai dengan yakin tentang

    wujudnya Allah sebagai penciptanya dan pentadbir

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    10/18

    seluruh alam yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.

    Tauhid ar-Rububiyah Beriman dan beriktikad bahawa Allah sahaja yang

    memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk.

    Tauhid al-Uluhiyah Beriman dan mempercayai bahawa Allah adalah Tuhan

    yang berhak disembah dan dipatuhi.

    Tauhid al-Asma was-

    Sifat

    Mempercayai bahawa Allah mempunyai segala

    kesempurnaan dan bersih daripada sifat-sifat kekurangan

    serta sifat-sifat yang tidak layak baginya.

    Taklid Menerima atau mengambil pendapat orang lain tanpa

    mengetahui hujahnya dari al-Quran atau sunah Rasulullah

    s.a.w.Dalil Naqli Dalil dari al-Quran dan hadis.

    Fitrah Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah kepada

    manusia.

    Afalullah (Perbuatan

    Allah)

    Setiap kejadian yang berlaku di alam ini dengan kehendak

    dan iradat Allah.

    Afalul ibad (Perbuatan

    Manusia)

    Setiap perbuatan dan tindakan manusia bergantung

    kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri.Ijbari Sesuatu perkara yang berlaku bukan atas pilihan dan

    kehendak manusia sendiri.

    Ikhtiari Sesuatu yang berlaku atas kemahuan, pilihan dan

    kehendak manusia sendiri.

    Qada Pelaksanaan ketentuan Allah sejak azali lagi (seperti

    kejadian siang dan malam, hidup dan mati manusia,

    matahati terbit dari sebelah timur dan tenggelam disebelah barat dan lain-lain).

    Qadar Ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah kepada

    makhluk sejak azali lagi (seperti ajal, rezeki, dan buruk

    baik manusia).

    Beriman dengan qada

    dan qadar

    Mempercayai dan berkeyakinan bahawa Allah Taala

    berkuasa untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang

    ada di alam ini dengan kebijaksaan dan kehendak-Nya.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    11/18

    Tawakal Menurut ahlus sunah wal jamaahBerserah kepada Allah

    mengenai sesuatu urusan atau perkara setelah

    melakukan usaha dan ikhtiar dengan bersungguh-

    sungguh.

    Ilmu Kalam/ Ilmu

    Tauhid/ Ilmu Akidah/

    Ilmu Usuluddin

    Menurut Ibnu KhaldunIlmu yang membicarakan tentang

    alasan-alasan untuk mempertahankan kepercayaan iman

    dengan menggunakan akal fikiran dan bantahan terhadap

    fahaman yang bertentangan dengan aliran salaf dan ahlus

    sunah.

    Ayat dan Hadis

    Mutasyabihat

    Nas-nas yang secara zahirnya boleh menimbulkan

    kekeliruan terhadap sifat-sifat Allah yang menyerupaimakhluk.

    Perundangan Islam BahasaJalan lurus yang menunjukkan manusia kepada

    kebaikan.

    IstilahSesuatu yang disyariatkan oleh Allah kepada

    hamba-Nya daripada akidah, ibadah, akhlak, muamalat

    dan peraturan-peraturan kehidupan untuk memberi

    kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Keadilan Menurut IslamMeletakkan sesuatu pada tempatnya.

    Tabiin Mereka yang bertemu dan bersahabat dengan sahabat-

    sahabat Nabi Muhammad s.a.w. serta meriwayatkan

    hadis daripadanya.

    TabiI at-Tabiin Mereka yang bertemu dengan para tabiin, meriwayatkan

    hadis daripada mereka serta mati dalam Islam, bermula

    awal kurun kedua hingga pertengahan kurun keempat.Am BahasaMenyeluruh, merangkumi berbagai perkara

    sama ada lafaz dan lain-lainnya.

    IstilahLafaz yang digunakan untuk makna yang umum

    dan merangkumi semua makna yang sesuai baginya.

    Khas BahasaKhusus atau terhad.

    IstilahLafaz yang menunjukkan makna khusus bagi

    sesuatu perkara sama ada nama khas seperti Muhammad

    atau sesuatu jenis yang tertentu seperti lelaki atau

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    12/18

    bilangan tertentu satu, dua atau sebagainya.

    Takhsis Membataskan sebahagian nas am dari hukum am

    dengan dalil.

    Mutlak Lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu perkara atau

    beberapa perkara yang tidak tertentu dalam jenisnya serta

    tidak disertai dengan pengikatnya.

    Muqayyad Lafaz yang menunjukkan sesuatu perkara atau beberapa

    perkara yang tidak tertentu di dalam jenisnya tetapi

    disertai dengan sifat yang mengikatnya.

    Nasakh BahasaMenghapuskan atau mengubah

    IstilahMembatalkan sesuatu hukum syarak dengan dalilsyarak yang baru atau menghapuskan hukum syarak

    yang telah sabit dengan cara yang dikehendaki oleh

    syarak dalam bentuk-bentuk yang tertentu.

    Nasakh yang berganti Menasakhkan hukum yang lama dengan menggantikan

    hukum yang baru sama ada hukuman ganti itu lebih

    ringan, sama atau lebih berat daripada hukum lama yang

    telah dimansuhkan.Nasakh yang tidak

    berganti

    Nasakh yang menghapuskan terus sesuatu hukum tanpa

    diganti dengan apa-apa hukuman yang lain.

    As-Sufaha 1- Said bin JubairAnak-anak yatim dan orang yang tidak

    mempunyai keupayaan untuk mentadbir.

    2-Araj dari Mujahid Mereka dari kaum perempuan.

    3- Dari Mujahid dan Abi MalikWanita dan kanak-kanak

    yang masih kecil.4- Abu Musa al-Asyari Sesiapa sahaja yang tidak boleh

    mengurus dan perlu dijaga.

    Amwalakum (bukannya

    amwalahum)

    1- Menurut tafsir al-Qurtubi, harta tersebut berada di

    tangan penjaganya dan mereka mengawasi harta

    tersebut.

    2- Dalam tafsir al-Munir , disandarkan harta tersebut

    kepada penjaganya kerana beberapa sebab seperti

    berikut :-

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    13/18

    Harta anak yatim tersebut berada di tanganmereka.

    Sebagai galakan agar mereka memelihara harta tersebut

    sebagaimana mereka memelihara harta mereka sendiri.

    Peperangan BahasaPertempuran dengan senjata antara satu negeri

    dengan negeri yang lain.

    IstilahMenurut Doktor Wahbah az-Zuhaili, ialah

    memerangi orang kafir untuk mempertahankan Islam.

    Perdamaian Rundingan antara dua pihak yang membawa kepada

    keamanan.

    Arak BahasaDalam al-Quran, arak disebut sebagaikhamrun, berasal daripada khamara yang bererti

    menutupi.

    IstilahSetiap minuman yang memabukkan hasil

    daripada perahan anggur dan lain-lain.

    Zina BahasaPersetubuhan haram.

    IstilahPerhubungan seks haram antara lelaki danperempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

    Muhsan Penzina yang sudah berkahwin.

    Ghairul Muhsan Penzina yang belum berkahwin.

    Waqaf BahasaSeerti dengan habbasa yang bermaksud

    menahan sesuatu.

    IstilahMenahan harta yang kekal bentuknya (zatnya)

    yang manfaatnya dapat digunakan untuk kebaikan.

    Perkahwinan BahasaDalam bahasa Arab ialah nikah yangbermaksud himpun atau cantum.

    Istilah syarakAkad yang menghalalkan persetubuhan

    antara lelaki dan perempuan mengikut syarat yang

    tertentu.

    Wali Mujbir Orang yang berhak mengahwinkan perempuan yang

    masih gadis tanpa perlu meminta keizinannya. (Terdiri

    daripada bapa dan datuk)

    Wali Aqrab Wali yang hampir dengan perempuan atau isteri seperti

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    14/18

    datuk sebelah bapa, bapa dan saudara lelaki.

    Wali Abad Wali yang dijauh iaitu wali selain daripada bapa, datuk

    sebelah bapa dan saudara lelaki dalam susunan wali.

    Wali Hakim Sultan atau orang yang telah dilantik oleh sultan seperti

    kadi.

    Meminang Menzahirkan keinginan seorang lelaki untuk berkahwin

    dengan seorang perempuan dengan memberitahu hasrat

    itu kepada perempuan tersebut atau walinya, sama ada

    secara langsung atau perantaraan orang lain.

    Mahar Pemberian wajib daripada suami kepada isterinya

    disebabkan akad nikah.Mahar Mislu Kadar yang ditentukan mengikut kadar mahar saudara-

    saudara perempuan pihak isteri yang telah berkahwin.

    Mahar Musamma Mahar yang disebut dalam akad yang ditentukan

    kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-kedua pihak.

    Walimah BahasaBerkumpul.

    Istilah syarakJamuan atau kenduri yang diadakan

    sempena majlis perkahwina bertujuan memberitahu orangramai tentang perkahwinan tersebut.

    Nafkah BahasaMengeluarkan sesuatu untuk kebaikan.

    IstilahMemberi perbelanjaan kepada orang-orang

    dibawah tanggungannya seperti makan, minum, pakaian,

    dan tempat tinggal yang sesuai dan secukupnya.

    Mutah BahasaSesuatu yang menggembirakan.

    Istilah syarakHarta yang wajib dibayar oleh suamikepada isteri yang telah diceraikan atas kehendak suami

    dengan syarat yang tertentu.

    Hadhanah BahasaHimpunan

    IstilahMenjaga kanak-kanak yang belum mumaiyiz bagi

    sesiapa yang berhak menjaganya dengan mendidik,

    mengasuh dan mengurus dirinya hingga mumaiyiz.

    Talak BahasaMelepaskan ikatan dan membebaskannya.Istilah syarakMembatalkan atau melepaskan ikatan

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    15/18

    akad perkahwinan dengan menggunakan perkataan talak

    (cerai) dan seumpamanya.

    Talak Rujie Talak satu dan talak dua.

    Talak Bain Sughra Talak yang telah tamat tempoh iddah dan talak isteri yang

    belum disetubuhi.

    Talak Bain Kubra Suami yang mentalak isterinya (dengan talak tiga) dan

    tidak boleh kembali lagi kepada isterinya kecuali setelah

    wanita tersebut berkahwin denga lelaki lain dan

    disetubuhi, kemudian dia bercerai dan tamat iddahnya.

    Lafaz sarih Lafaz yang jelas pada zahirnya membawa erti talak,

    seperti kata suami kepada isterinya Aku mentalakkankamu atau aku menceraikan kamu.

    Lafaz Kinayah Lafaz atau kata-kata yang boleh membawa erti talak atau

    bukan talak, seperti kata suami Pergilah engkau dari

    rumah ini atau Pergilah engkau kepada keluarga

    engkau. Lafaz kinayah tidak sah kecuali disertai dengan

    niat cerai.

    Rujuk BahasaKembali.Istilah syarakSuami mengembalikan isteri yang ditalak

    dengan talak rujie kepadanya ketika isteri masih dalam

    iddah tanpa memerlukan akad yang baru.

    Iddah BahasaTempoh quru(suci) dan bilangan bulan.

    Istilah syarakTempoh menunggu bagi seorang isteri

    untuk mengetahui kesucian rahimnya, mematuhi perintah

    Allah dan berdukacita atas kematian suaminya.Fasakh BahasaBatal

    Istilah syarakMembatalkan akad perkahwinan dengan

    sebab-sebab tertentu melalui kuasa hakim atas

    permintaan isteri mahu pun suami.

    Khulu BahasaCabut atau tanggal.

    IstilahPerpisahan antara suami isteri dengan bayaran

    (tukaran) tertentu kepada suami melalui lafaz talak atau

    khulu.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    16/18

    Nusyuz BahasaDerhaka atau tidak taat.

    IstilahSeorang isteri yang menderhaka terhadap

    suaminya dan mengabaikan kewajipan yang telah

    ditentukan oleh Allah iaitu mentaati suaminya.

    Zihar BahasaBerasal daripada perkataan az-Zahru

    bermaksud belakang.

    IstilahSeseorang suami menyamakan isterinya dengan

    perempuan yang diharamkan kahwin dengannya selama-

    lamanya, seperti ibu dan saudaranya.

    Poligami Seseorang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu

    dalam satu masa.Kehakiman (al-Qadha) BahasaMemerintahkan, menghukumkan,

    menyempurnakan, menunaikan, menyelesaikan,

    mewajibkan dan memutuskan.

    IstilahMenyelesaikan pertikaian dan tuntutan antara dua

    pihak atau lebih melalui proses undang-undang

    berdasarkan hukum syarak.

    Jenayah BahasaDosa atau maksiat.Istilah:

    Makna KhasLarangan syarak yang ditetapkan oleh

    Allah dengan pembalasan had atau takzir sama ada

    melakukan perkara tegahan atau meninggalkan perkara

    yang disuruh.

    Makna Am Satu pencerobohan yang ditujukan terhadap

    nyawa, pancaindera atau anggota manusia seperti

    pembunuhan, kelukaan, pukulan dan lain-lain.

    Qisas BahasaPerturutan kesan atau bersamaan.

    IstilahMengenakan hukuman yang sama dengan

    jenayah yang dilakukan terhadap orang lain yang

    melibatkan fizikal sama ada perbuatan membunuh atau

    lain-lain daripada perkara-perkara yang mencederakan

    jasmani.

    Hudud BahasaHalangan

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    17/18

    Istilah (Menurut Jumhur Ulama) Hukuman yang

    ditentukan kadarnya oleh syarak sama ada menjadi hak

    Allah atau hak manusia.

    Berzina Melakukan hubungan seks antara lelaki dan perempuan

    tanpa akad perkahwinan yang sah.

    Qazaf Membuat tuduhan zina ke atas seorang yang baik atau

    menafikan nasab keturunan.

    Mencuri Mengambil harta orang lain tanpa pengetahuan dan

    keizinan pemiliknya.

    Hirabah (Merompak

    atau Menyamun)

    Tindakan mengganggu laluan orang ramai dengan tujuan

    mengambil harta secara kekerasan sama ada dilakukanoleh satu kumpulan atau individu.

    Bughah (Pemberontak) Penderhakaan dan penentangan satu kumpulan terhadap

    pemerintah yang sah dan adil dengan menggunakan

    kekuatan dan kekerasan serta berniat jahat.

    Murtad Keluar daripada Islam.

    Takzir BahasaHalangan, pencegahan atau pertolongan.

    IstilahHukuman terhadap perbuatan maksiat ataujenayah yang tidak ditentukan kadarnya oleh syarak sama

    ada ia merupakan hak Allah atau hak manusia.

    Pengampunan Menurut ash-ShafiIe Melepaskan qisas dengan

    percuma atau dengan bayaran diat.

    Ikrar Pemberitahuan tentang hak orang lain ke atas dirinya.

    Syahadah atau

    Kesaksian

    Keterangan benar melalui penglihatan, pendengaran atau

    pancaindera yang lain.Qarinah Fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang lain

    dalam sesuatu kes.

    Sumpah (al-Yamin) Salah satu pihak yang bertikai mengukuhkan

    pemberitahuan dengan menyebut nama Allah atau sifat-

    sifat-Nya.

    Pencegahan Umum Mencegah orang ramai daripada melakukan jenayah.

    Pencegahan Khusus Mencegah Penjenayah daripada mengulangi kesalahan.

  • 7/28/2019 133812351-Syariah-SPM-Definisi

    18/18