syariah 2011

158
SUMBANGAN SHEIKH MURTADZA DALAM BIDANG SYARIAH DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS UBAIDAH BIN ABDUL BASIT DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH JABATAN SYARIAH AKADEMI ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 2011

Upload: adeng120284

Post on 26-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

DAYUS SUAMI, THESIS

TRANSCRIPT

Page 1: SYARIAH 2011

SUMBANGAN SHEIKH MURTADZA DALAM BIDANG SYARIAH DI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UBAIDAH BIN ABDUL BASIT

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH

JABATAN SYARIAH

AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

2011

Page 2: SYARIAH 2011

SUMBANGAN SHEIKH MURTADZA DALAM BIDANG SYARIAH DI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

UBAIDAH BIN ABDUL BASIT

(0812076)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH

JABATAN SYARIAH

AKADEMI ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

2011

Page 3: SYARIAH 2011

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

AKADEMI ISLAM

JABATAN SYARIAH

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH

UBAIDAH BIN ABDUL BASIT

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM 2011

_____________________ ______________

PENYELIA TARIKH

USTAZ SHUHADAK BIN MAHMUD

_____________________ ______________

KETUA JABATAN TARIKH

USTAZ MUHYIDIN BIN MOKTER

Page 4: SYARIAH 2011

PENGHARGAAN

اهلل الرحمن الرحيم بسم

أشرف األنبياء واملرسلني وعلى آله وأصحابه هلل رب العاملني والصالة والسالم على احلمدإال إنك أنت العليم احلكيم وال حول وال قوة أمجعني سبحانك ال علم لنا إال ما علمتنا

وافتح علىَّ الفهم أخرجين من ظلمات الوهم و أكرمين بنور اللهم .باهلل العلي العظيم أبواب فضلك يا أرحم الرامحني مبعرفتك و سهِّل يل

Alhandulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad s.a.w. dan pada ahli keluarga, sahabat-sahabat serta pengikut

baginda yang setia hingga akhir zaman.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Ustaz Shuhadak Bin Mahmud yang telah

banyak membantu dalam pencetusan ilham sepanjang pengkajian penulis dalam

latihan ilmiah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Ketua Jabatan, Ustaz Muhyidin

Bin Mokter, dan semua pensyarah-pensyarah diatas segala ilmu yang telah

dicurahkan sepanjang pengajian kepada penulis.

Penghargaan yang teristimewa buat keluarga tersayang. Ayahanda, Abdul Basit Bin

Abdul Wahab dan Bonda, Zaini Fitriyyah Binti Zainol Abidin. Doa, tunjuk ajar dan

sokongan kalian senantiasa mengiringi langkah penulis sepanjang hidup ini.

Ribuan terima kasih juga kepada semua teman-teman seperjuangan terutamanya

kepada saudara Mohd Aimanuddin Bin Mohd Rozli, saudara Syakir Bin Shaili, dan

saudari Nur Iliyana Binti Mohd Yusoff kerana telah banyak membantu dan memberi

sokongan dari sudut material,buah fikiran, dan sebagainya sepanjang pengajian

penulis di Kolej Universiti ini dan sepanjang penulisan latihan ilmiah ini. Semoga

kalian berjaya menempuh segala cabaran dan rintangan dalam memenuhi ilmu di

Page 5: SYARIAH 2011

dada sebagai bekalan di akhirat sana, selain untuk memartabatkan agama, bangsa

dan negara. Kenangan bersama kalian ketika suka dan duka tetap dalam ingatan

penulis sepanjang hayat, Insha-Allah.

Semoga usaha yang murni ini di berkati Allah s.w.t. dan mudah-mudahan penulisan

latihan ilmiah ini dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat Islam serta

generasi yang akan datang dan semoga segala ilmu dan usaha yang diperolehi serta

dicurahkan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dan dapat dimanfaatkan untuk

pembangunan ummah. Amin.

Sekian terima kasih.

Ubaidah Bin Abdul Basit

No 319, Lorong Angsana 1,

Taman Pinggiran Golf, 70400, Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 6: SYARIAH 2011

SINOPSIS

Latihan ilmiah ini menyentuh tentang Sumbangan Sheikh Murtadza bin Sheikh

Ahmad didalam bidang Syariah di Negeri Sembilan. Kajian ini bertujuan untuk

mengenang kembali jasa-jasa dan sumbangan tokoh yang pernah di lakukan

sepanjang kariernya dalam bidang syariah bermula dengan kerjayanya sebagai

pendidik, Imam, Qadhi dan Hakim serta Mufti kepada masyarakat Negeri Sembilan.

Selain itu, penulis juga ingin berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang

dimiliki tokoh agar dapat dijadikan panduan, iktibar dan pengajaran kepada semua

demi kebaikan bersama, selain menilai kredibiliti dan inisiatif tokoh dalam

menyatakan pandangan tentang semua perkara, termasuklah hal-hal politik, sosial

dan ekonomi.

Penulisan latihan ilmiah ini dibahagikan kepada empat bab. Bab Satu menerangkan

tentang permasalahan kajian, objektif , hipotesis, skop, metodologi dan kekangan

penyelidikan ini.

Bab Dua pula membincangkan tentang biografi dan ketokohan tokoh secara

mendalam. Bermula dengan pengenalan terhadap tokoh secara umum, perihal latar

belakang tokoh termasuk nama penuh dan kelahiran, riwayat hidup tokoh,

pengalaman dan perkhidmatan semasa berada dibawah selian kerajaan Negeri

Sembilan, dan di akhiri dengan keistimewaan tokoh.

Seterusnya, dalam Bab Tiga, penulis mula menceritakan secara terperinci mengenai

sumbangan tokoh didalam bidang syariah di Negeri Sembilan. bermula semasa awal

kepulangan tokoh dari luar negara, sewaktu tokoh menjadi guru dan pendidik di

sekolah menengah, sewaktu tokoh menjawat jawatan sebagai Imam Besar di Masjid

Negeri Sembilan, sewaktu tokoh menjawat jawatan Qadhi dan Hakim dan yang

terakhir ialah sewaktu tokoh menjawat jawatan Mufti bagi Kerajaan Negeri

Sembilan Darul Khusus.

Akhir sekali, dalam Bab Empat, penulis telah menyimpulkan kepentingan dan

keutamaan yang patut diberikan pada para ulamak khususnya di Malaysia. Di

Page 7: SYARIAH 2011

samping itu, penulis telah mengemukakan beberapa cadangan, saranan atau

mekanisme bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan berkaitan para ulamak dalam

kalangan masyarakat Malaysia khususnya di negeri Pepatih iaitu Negeri Sembilan

Darul Khusus.

Page 8: SYARIAH 2011

SENARAI KEPENDEKAN

Hj. Haji

Ibid Ibidem

Hlm. Halaman

r.a radhiallahu ‘anh

s.a.w. sallallah ‘alayh wa sallam

s.w.t. Subhanahu wa ta’ala

t.t Tanpa Tarikh

KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Ust. Ustaz

Prof. Professor

Dr. Doktor

Pn. Puan

Op.cit Opera citato

M.O.A Master Of Administration

dll dan lain-lain

JAKIM Jabatan Kebajikan Islam Malaysia

Page 9: SYARIAH 2011

SENARAI TRANSLITERASI

1. Konsonan

Konsonan pada huruf Arab tidak semestinya sepadan dengan huruf Rumi. Ada di

antara konsonan tersebut boleh dirumikan dan ada juga konsonan yang tidak boleh

dirumikan. Hal ini dapat dilihat seperti berikut :

Huruf Jawi Huruf Rumi Huruf Jawi Huruf Rumi

ṭ ط a, ‟ ( hamzah ) ا

ẓ ظ b ب

„ ع t ت

gh غ th ث

f ف j ج

q ق h ح

k ك kh خ

l ل d د

m م dh ذ

n ن r ر

w و z ز

h ه s س

y ي sy ش

h ة ṣ ص

ض

Page 10: SYARIAH 2011

2. Vokal

Dalam sistem vokal arab, ada vokal pendek, vokal panjang dan vokal diftong.

1.Pendek 2.Panjang 3.Diftong

___ َ َ ___ aا___ َ ___ ā ا____ _ َ َ َ ayأي___

___ َ َ ____ Iي___ َ ___ īي___ _ َ awأو____

____ َ َ ____u ūو___ و____

Sumber:

Kemeterian Pendidikan Malaysia. 1998. Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke

Huruf Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 11: SYARIAH 2011

DAFTAR ISI

KANDUNGAN

HALAMAN TAJUK

HALAMAN KANDUNGAN

PENGHARGAAN

SINOPSIS

SENARAI KEPENDEKAN

SENARAI TRANSLITERASI

DAFTAR ISI

BAB SATU : PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

1.4 SKOP KAJIAN

1.5 METODOLOGI KAJIAN

1.5.1 METODE PENENTUAN SUBJEK

1.5.2 METODE PENGUMPULAN DATA

1.5.2.1 METODE PENYELIDIKAN WAWANCARA

1.5.3 METODE PENGANALISAN DATA

1.5.3.1 METODE INDUKTI

HALAMAN

iv

vi

viii

ix

1

2

2

3

3

4

4

4

5

5

6

6

8

13

15

19

23

Page 12: SYARIAH 2011

1.5.3.2 METODE DEDUKTIF

1.6 KEKANGAN KAJIAN

BAB DUA : BIOGRAFI DAN KETOKOHAN

2.1 PENDAHULUAN

2.2 LATAR BELAKANG, NAMA PENUH, DAN KELAHIRAN

2.3 RIWAYAT HIDUP BELIAU

2.4 PENGALAMAN DAN PERKHIDMATAN

2.5 KEISTIMEWAAN BELIAU

2.5.1 KEWARA‟KAN DAN SIFAT ZUHUD

2.5.2 IHSAN, ADIL DAN LEMAH LEMBUT

2.5.3 PENYAYANG

2.5.4 ISTIQAMAH

BAB TIGA : SUMBANGAN SHEIKH MURTADZA DALAM

BIDANG SYARIAH DI NEGERI SEMBILAN

3.1 PENGENALAN TERHADAP SYARIAH

3.1.1 KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

3.2 SUMBANGAN SHEIKH MURTADZA DALAM BIDANG SYARIAH

3.2.1 GURU DAN PENDIDIK

3.2.2 QADHI, QADHI BESAR DAN HAKIM

3.2.3 IMAM BESAR

3.2.4 MUFTI

24

25

28

28

31

37

42

43

45

49

51

61

63

66

Page 13: SYARIAH 2011

BAB EMPAT : PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

4.2 RUMUSAN

4.3 CADANGAN DAN SARANAN

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 14: SYARIAH 2011

BAB SATU

PENDAHULUAN

1. Latar Belakang Kajian

Ulamak memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu sesebuah negara

yang gemilang serta dapat melahirkan modal insan yang lebih bertaqwa kepada

penciptaNya. Ulamak pada masa kini perlu menyiapkan bekalan ilmu agama yang

terbaik bagi mendidik bakal pewaris agama yang sempurna. Seperti yang telah

disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “ Ulamak adalah pewaris

para Nabi ”1, berdasarkan hadis tersebut, nyatalah sekiranya ulamak tidak diletakkan

ditempat yang sepatutnya, ia akan menyebabkan berlakunya kerosakan akhlak,

akidah dan berbagai jenis kerosakkan ummah didalam kalangan masyarakat pada

masa ini.

Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji serta mengenali tokoh ulamak

pada masa kini iaitu Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad. Selain itu

penulis jga cuba menjejaki latar belakang kehidupan beliau sebagai tokoh ulamak

yang berjasa kepada masyarakat serta banyak menulis, mentahqiq dan menta’liq

buku-buku ilmiah yang menjadi bahan rujukan kepada masyarakat Islam umumnya

di seluruh Malaysia dan khususnya di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Penulis berminat untuk membuat kajian ini kerana tertarik dengan penyampaian

pengajian-pengajian agama dan penulisan beliau yang bernas serta memberi banyak

manfaat kepada pembaca, pengkaji dan pendengarnya. Oleh itu, penulis mengambil

keputusan untuk mengkaji latar belakang beliau, pendidikan yang diterima, hasil

Page 15: SYARIAH 2011

karangan, hasil didikan,dan sumbangan beliau pada tanah air khususnya di Negeri

Sembilan.

1. Objektf Kajian

1. Mengetahui dengan lebih mendalam latar belakang Dato' Sheikh Haji Mohd

Murtadza bin Haji Ahmad

2. Mengenal pasti sumbangan beliau dalam bidang syariah

3. Mencari dan mengupas penglibatan beliau dalam penulisan buku-buku ilmiah

dan fatwa yang berkaitan.

4. Mengetahui sumber-sumber rujukan beliau dalam menentukan fatwa dan

hukum semasa.

3. Hipotesis kajian.

Sheikh Murtadza merupakan seorang ulama‟ yang sangat penyayang dan begitu

ikhlas dalam mencurahkan ilmu yang dimilikinya kepada penuntu-penuntut yang

menuntut padanya samada di sekitar Negeri Sembilan mahupun luar dari negeri

kelahiran beliau.

Sebagai seorang yang gigih dalam mengkaji ilmu wahyu dan sibuk dalam

menyampaikan ilmunya ke serata Malaysia dan terkadang di luar negara seperti di

Brunei dan Singapura, beliau tetap aktif dalam menghasilkan buku-buku ilmiah

sebagai panduan bagi masyarakat Islam khususnya di Negeri Sembilan.

Page 16: SYARIAH 2011

Kepetahan beliau ketika mengupas isu-isu semasa dengan hujah yang bernas

menjadikan beliau tuan guru dan tempat rujukan para ustaz dan pencinta ilmu di

negara kita.

Disamping itu,beliau juga sangat tegas dalam menitik beratkan adab-adab kepada

anak didiknya ketika beliau menyampaikan ilmu.

4. Skop kajian.

Kajian yang dibuat oleh penulis lebih tertumpu kepada sumbangan Dato' Sheikh Haji

Mohd Murtadza bin Haji Ahmad dalam bidang syariah. Mencari dan mengulas hasil

karangan beliau dalam penulisan buku-buku ilmiah. Beliau juga merupakan ulama‟

yang banyak menginfaqkan masanya untuk urusan agama, belajar, mengkaji dan

mencurahkan ilmu kepada segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu tanpa

mengira erti penat dan lelah.

5. Metodologi Kajian.

Penyelidikan merupakan satu usaha yang teratur bagi mencari jawapan-jawapan

kepada persoalan-persoalan khusus yang dikemukakan tentang suatu masalah yang

sudah dikenal pasti mengikut langkah-langkah yang diatur khas bagi menghasilkan

maklumat baru.

Page 17: SYARIAH 2011

Ia juga merupakan satu aktiviti mengumpul dan menganalisa data, bukan sahaja

sekadar memerihalkan maklumat tanpa huraian,sebab dan akibat. Metode yang

digunakn penulis adalah seperti berikut :

1. Metode Penentuan Subjek.

Penulis menggunakan metode penentuan subjek ini adalah untuk menetukan masalah

tertentu sebagai subjek kajian. Penulis telah memilih tajuk mengenai tokoh ulama‟

Sheikh Murtadza bin Sheikh Ahmad sebagai mewakili keseluruhan tajuk dalam

kajian ini. Manakala subjek yg dikhususkan dalam kajian ini ialah sumbangan beliau

dalam bidang syariah yang terdapat dalam bab tiga.

2. Metode Pengumpulan Data.

Metode ini digunakan penulis bagi mengumpul data-data yang akan dimasukkan

bagi menyempurnakan kajian ini. Penulis telah mengambil data-data itu dengan

bersumberkan data primer, nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.

Selain itu, data yang dikumpul dalam kajian ini diambil dari data sekunder seperti

buku-buku terbitan beliau, kaji selidik di tempat kerja,dan carian internet mengenai

riwayat hidup Sheikh Murtadza dan seumpamanya.

Dalam metode pengumpulan data ini penulis telah menggunakan metode-metode

lain bagi mengumpul data-data. Metode-metode itu adalah seperti berikut:

Page 18: SYARIAH 2011

1. Metode Penyelidikan Wawancara.

Penulis juga mengambil pendekatan melalui kaedah wawancara khas bersama beliau

sendiri serta anak murid beliau dan staf-staf terdekat beliau yang berada di sekitar

Negeri Sembilan bagi menyiapkan latihan ini. Wawancara telah diadakan bersama :

1. Sheikh Haji Murtadza Bin Sheikh Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan

(Tokoh).

2. Al-Fadhil Ustaz Syaiful Nizam, Ketua Unit Tarikat, Jabatan Mufti Negeri

Sembilan.

3. Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Taslim, Imam Dua Masjid Negeri Sembilan.

4. Al-Fadhil Ustaz Abdul Basit Bin Abdul Wahab, Pegawai Hal Ehwal Agama

Islam Daerah Lenggeng, Negeri Sembilan.

3. Metode Penganalisisan Data.

Setelah maklumat menepati dan melengkapi kehendak kajian, maka maklumat-

maklumat atau data-data ini dianalisis supaya ia lebih teratur dan tersusun. Ia juga

dapat mengesan kesahihan, ketepatan dan kebenaran sesuatu data. Dalam metode

ini,penulis juga menggunakan dua kaedah :

1. Metode Induktif.

Metode ini ialah suatu cara menganalisis data melalui pola berfikir dengan mencari

bukti dari hal-hal yang bersifat khusus untuk mendapatkan bukti yang bersifat

Page 19: SYARIAH 2011

umum. Daripada metode yang digunakan, penulis telah menganalisis data dalam

kajian ini dan telah mengkhususkan masalah ini kepada sumbangan Sheikh Murtadza

bin Sheikh Ahmad dalam konteks syariah dan buku-buku ilmiah karangan beliau.

2. Metode Deduktif.

Metode ini pula merupakan suatu cara menganalisi data dan melakukan penulisan

yang berdasarkan pola berfikir dengan mencari pembuktian daripada dalil-dalil yang

bersifat umum untuk mencapai dalil-dalil yang bersifat khusus.

Penulis telah menggunakan metode ini pada umumnya merangkumi sejarah hidup

Sheikh Murtadza bin Sheikh Ahmad samada sifat, peribadi, ilmu, pendidikan dan

sebagainya. Manakala penulis telah mengkhususkan kepada segala pendapat-

pendapat dan fatwa beliau terhadap isu semasa yang berkaitan dengan syariah.

6. Kekangan Kajian.

Kekangan atau masalah, sudah menjadi lumrah dalamm kehidupan. Ini kerana setiap

sesuatu tindakan atau perkara yang ingin dilakukan pasti tidak lari dari sebarang

masalah begitulah juga seperti kajian ini. Dalam mencapai kejayaan dan

kecemerlangan dalam penyelidikan, penulis perlu bersabar dan terus bersemangat

dalam menghadapi serta menyelesaikan masalah dalam kajian ini.

Masalah penulis dalam kajian ini adalah kesuntukan masa dalam menyempurnakan

tugasan ini. Penulis terpaksa berkejar ke sana ke sini untuk mendapatkan bahan yang

Page 20: SYARIAH 2011

lengkap dan berkualiti untuk dijadikan bahan latihan ilmiah. Hal ini terjadi

kerana,penulis begitu banyak dibebani tanggungjawab dalam persatuan dan majlis-

majlis besar di kampus seperti Ekspo dan Festivel (Ekstivel), Persatuan Mahasiswa

Syariah (PERMAS), Sesi Pengambilan Pelajar Baru dan Orentasi (Ta‟aruf) dan

kelas-kelas pengajian. Kelewatan dalam mendapatkan kelulusan tajuk juga menjadi

salah satu kekangan penulis dalam menyiapkan latihan ilmiah ini. Walau

bagaimanapun, Alhamdulillah tugasan ini akhirnya dapat diselesaikan.

Page 21: SYARIAH 2011

BAB DUA

SOHIB AL- SAMAHAH AL-SYEIKH HAJI MURTADZA BIN SYEIKH HAJI

AHMAD

BIOGRAFI DAN KETOKOHAN

2.1 Pendahuluan

Kehidupan pada masa kini semakin maju dalam segala aspek terutamanya dari segi

teknologi, ekonomi dan sosial. Persoalannya, adakah kemajuan yang sedang kita

kecapi pada hari ini seiring dengan kemajuan kerohanian seperti yang telah di

ajarkan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ? Jawapannya ialah

tidak!

Kebanyakan masyarakat pada hari ini lebih memuliakan golongan penghibur atau

golongan artis berbanding golongan agama dan para alim ulamak. Mengapa hal ini

berlaku? Gejala seperti ini berlaku disebabkan sifat masyarakat Islam dan

pemerintah pada hari ini yang menolak Islam sebagai suatu sistem yang konfrehensif

dalam kehidupan. Musibah ini bertambah kronik apabila ditambahkan lagi dengan

kegagalan para pemimpin negara dalam menghayati nilai kepimpinan yang

berteraskan Islam dalam membentuk daulah Islamiyah yang bersumberkan hukum

Allah s.w.t di negara ini. Oleh kerana itu, satu usaha besar hendaklah dijana untuk

melahirkan satu persekitaran Islami yang mencintai ilmu dan para ulamak.

Perkataan Ulamak diambil daripada kalimah bahasa arab yang berasal daripada

perkataan ( العلم ) iaitu ilmu. Kemudian disandarkan perkataan “ilmu” itu kedalam

kata jama‟ pada pelaku yang membawa maksud banyak dan disebut Ulama yakni

bagi merujuk kepada mereka yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan berkaitan

Page 22: SYARIAH 2011

agama Islam2. Islam mengiktiraf kedudukan ulama sebagai pewaris para Nabi yang

mewarisi ilmu, amalan dan tanggungjawab dalam menyampaikan seruan dakwah

beserta jihad kepada umat manusia dimuka bumi .Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah

S.A.W dalam hadith ,

اءُ و ر ث ُة ْاأل ْنب ي اء اْلُعُلم

Maksudnya;

Ulamak adalah pewaris para nabi”.

( H.R At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda r.a)3

Lantaran kedudukannya yang begitu istimewa, Islam telah memberikan pelbagai

jolokan nama kepada para ulamak. Antaranya seperti murabbi, muallim, mursyid,

guru atau seumpamanya yang disamaertikan dengan ulamak. Mereka adalah satu

daripada cahaya-cahaya Allah s.w.t dimuka bumi yang menerangi jalan hidup

manusia untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Disamping itu, mereka juga

bagaikan mutiara yang sangat bernilai yang tiada tolok- bandingnya dengan segala

nilai harta kemewahan duniawi.

Oleh itu, Islam meletakkan kecintaan kepada para ulama bererti mencintai para nabi

seterusnya ia membuktikan kecintaan kepada Allah s.w.t. Hal yang demikian adalah

kerana ketiga-tiga rangkaian ikatan kasih tersebut saling berurutan dan berkait- rapat

antara satu sama lain. Kedudukan ulamak begitu mulia disisi Allah s.w.t. Firman

Allah s.w.t :

Page 23: SYARIAH 2011

Maksudnya;

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara

hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya

Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

( Al-Faathir : 28 )

Tugas dan tanggungjawab para ulamak sangat berat dan penting dalam memimpin

umat manusia ke jalan yang di redhai Allah s.w.t. Ulamak adalah pewaris para nabi

dan rasul. Kewujudan mereka sangat penting dalam masyarakat sebagai tempat

rujukan segala masalah khususnya yang berkaitan dengan soal agama.

Amanah yang dipikul oleh para ulamak sangat besar dan berat. Ilmu yang diperoleh

dan dikuasai merupakan hasil daripada usaha dan ketekunan yang berterusan dan

tidak dijadikan sebagai bahan simpanan atau untuk kegunaan diri mereka semata-

mata, malah sebanyak mana ilmu yang mereka miliki, sebanyak itulah dicurahkan

kepada murid atau sesiapa sahaja yang berminat dan berguru dengan mereka.

Ketokohan para ulamak nusantara silam seperti Sheikh Daud Fatani, Sheikh

Abdullah Fahim, Tok Kenali, Tok Janggut, Sheikh Abdul Rahman Limbong, Tuan

Tabal, Sheikh Hassan Sail, Tok Ku Paloh, Sheikh Hj Ahmad Said Al-Linggi dan

Sheikh Ibrahim Sijang adalah diantara puluhan atau ratusan nama ulama di alam

Melayu. Ulamak-ulamak ini amat mengagumkan kita dengan kegigihan mereka

menjalankan tugas sebagai pewaris para nabi dan pejuang agama yang berusaha

Page 24: SYARIAH 2011

bersunggug-sungguh untuk menjamin kelansungan “risalah” para nabi dan rasul

utusan Allah s.w.t dengan berkesan dan meluas kepada umat islam.

Mereka adalah pewaris para nabi yang tidak mengenali penat lelah serta tidak

mengharapkan apa-apa balasan yang berbentuk kebendaan, pangkat, apatah lagi

harta keduniaan. Cuma apa yang diharapkan hanyalah balasan akhirat dan kepuasan

rohani dalam menjalankan amanah Allah s.w.t dengan penuh ikhlas dan redha.

Hal ini dapat kita lihat di Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan adat Pepatih

misalnya, tidak ketinggalan melahirkan ulamak besar yang banya berjasa kepada

negeri ini khususnya dalam perkembangan syiar Islam, kepada masyarakat Islam

seluruhnya. Ulamak yang dimaksudkan itu ialah Sheikh Dato Hj. Murtadza bin

Sheikh Hj. Ahmad yang pernah menjadi Mufti kerajaan Negeri Sembilan yang ketiga

mulai tahun 1987 sehingga penghujung tahun 20094.

Bagi mengenang jasa, sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan oleh Sheikh Hj.

Murtadza bin Sheikh Ahmad, penulis telah mengambil inisiatif untuk membuat

kajian yang diadaptasikan dengan penulisan agar sumbangan, bakti dan kisah hidup

beliau dapat dijadikan panduan, iktibar, pengajaran oleh generasi masa kini dan akan

datang, sekali gus diambil manfaat untuk menjadi insan soleh yang berguna kepada

agama, bangsa dan tanah air.

Apa yang dapat penulis simpulkan disini adalah, ulamak merupakan mutiara dan

permata yang tidak ternilai harganya. Mereka juga seumpama pelita bagi umat

manusia pada hari ini. Hal ini kerana, umat manusia di akhir zaman ini kelihatan

semakin diselubungi kegelapan jahiliyah dan menyimpang jauh daripada ajaran

Islam didalam sistem kehidupan seharian mereka.

Page 25: SYARIAH 2011

Terjadinya suasana sebegini adalah berpunca daripada ketandusan moraliti dan

keagamaan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Perlunya umat manusia

pada hari ini kepada ulama diumpamakan seperti perlunya hidupan kepada sumber

makanan. Sekiranya terputus rantaian diantara keduanya, nescaya kehidupan umat

manusia bakal berakhir dengan kegelapan dan kesengsaraan pada masa akan datang.

Penulis akan berkongsi serba sedikit kajian mengenai latar belakang, riwayat hidup

dan ketokohan Sheikh Hj. Murtadza bin Sheikh Ahmad serta akan berusaha sebaik

mungkin untuk mengupas sedikit sebanyak latar belakang beliau. Menyelami dan

mengkaji sejarah kehidupan beliau sejak kecil, sehinggalah menjelang kesibukan

beliau dalam menyampaikan ilmu ketika menjadi tokoh ilmuan masa kini yang amat

berpengaruh dan disegani oleh banyak pihak.

Penulis juga akan turut mengkaji tentang keperibadian, perwatakan, keberanian dan

kelantangan beliau dalam menegakkan syiar Islam di negara ini secara tersusun.

Pengkajian mengenai sejarah hidup beliau sudah tentu perbahasannya merangkumi

perjalanan hidup yang bersungguh-sungguh dalam mengutip mutiara-mutiara ilmu

pengetahuan di merata tempat dan dari ramai para ulamak yang Mursyid. Penulis

juga akan turut menyelitkan karya-karya beliau yang berkaitan dalam bidang syariah.

Sheikh Hj. Murtadza bin Sheikh Hj. Ahmad merupakan salah seorang daripada

ulamak-ulamak tersohor di Negeri Sembilan khususnya dan di Malaysia amnya.

Beliau begitu terkenal dengan kelebihan ilmu syariah seperti fiqh, tafsir, hadis serta

pelbagai ilmu makrifat menyebabkan beliau menjadi rujukan para pencinta ilmu dan

segenap lapisan masyarakat dalam pelbagai masalah berkaitan agama di sekitar

Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain. Beliau juga turut dikenali sebagai ahli Sufi

di Negeri Sembilan berikutan pembabitan secara langsung beliau dengan Tariqat

Page 26: SYARIAH 2011

iaitu Tariqat Ahmadiah al- Idrisiyyah. Kepakaran beliau dalam pebagai bidang

menyebabkan beliau di lantik oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan secara langsung

untuk menjadi Mufti negeri Sembilan yg ke tiga selepas Almarhum Sheikh Dato

Haji Hassan Bin Haji Sail5 yang menggantikan almarhum ayahandanya iaitu Sheikh

Ahmad bin Sheikh Said.

2.2 Latar Belakang, Nama Penuh dan Kelahiran.

Sheikh Dato‟ Haji Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad dilahirkan pada 23 Safar 1356H

bersamaan 5 Mei 1937 di Rasah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau

dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana dan dididik menggunakan sistem

didikan pondok yang di pelopori oleh ayahandanya iaitu Sheikh Ahmad bin Said.

Ayahandanya, Sheikh Ahmad bin Sheikh Said adalah diantara ulamak nusantara

yang tersohor dan masyhur dengan kepakaran dan kefaqihannya dalam ilmu agama,

Tasauwuf, Usuluddin, Syariah dan Fiqh, beliau juga merupakan Khalifah Tariqat

yang kedua selepas Almarhum tuan guru Haji Abdullah bagi Tariqat Ahmadiah al-

Idrisiyyah di Negeri Sembilan pada waktu itu sehingga beliau meninggal dunia pada

7 januari 1964.

Dalam masa yang sama, Ayahandanya juga adalah mufti pertama yang dilantik oleh

Yamtuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu dan tetap menjadi mufti sehingga

beliau meninggal dunia.6 Akan tetapi, kehidupan mereka seharian tidaklah semewah

yang difikirkan kerana mereka tetap hidup dalam kehidupan yang serba sederhana.

Dengan berlatarbelakangkan keturunannya yang baik, zuhud dan alim, Sheikh

Murtadza telah dilatih dan diasuh semenjak kecil untuk menjadi seorang insan yang

Page 27: SYARIAH 2011

berguna pada masyarakat, agama, bangsa dan tanah air. Disebabkan sifat

ayahandanya yang begitu mencintai ilmu, sifat ini turut di teladani oleh Sheikh

Murtadza dalam kehidupan sehariannya sehingga kini.

Sejak dari kecil lagi, kebijaksanaan dan ketokohan beliau terserlah dan dapat dilihat

dengan jelas berdasarkan perwatakan, prestasi pembelajaran dan sahsiah beliau dari

alam persekolahan, alam pengajian sehingga terlibat dengan dunia sekeliling yang

lebih meluas dan mencabar.

Berikut adalah kronologi beliau dalam menuntut ilmu dari kecil hingga dewasa dan

peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui dalam kehidupan sehariannya yang dapat

penulis simpulkan dengan mudah agar mudah difahami oleh para pembaca.

2.3 Riwayat Hidup Beliau.

Bermula pada tahun 1943, ketika beliau berumur 6 tahun, beliau memulakan

pembelajaran awalnya di Sekolah Kebangsaan Sega, Rantau, Negeri Sembilan

selama beberapa bulan. Selepas beberapa lama, ayahandanya membuat keputusan

untuk berpindah ke mukin Nyatoh dan beliau menyambung persekolahannya di

Sekolah Kebangsaan Nyatoh. Namun, selepas British kembali memerintah Malaysia,

beliau mula belajar di Sekolah Kebangsaan Dato‟ Syahbandar Haji Ahmad, Rasah,

Negeri Sembilan hingga tamat kelas 67.

Dalam usia semuda ini, pelbagai peristiwa-peristiwa menarik yang dilalui olehnya.

Antara peristiwa yang dapat dikongsi bersama adalah peristiwa dimana ketika beliau

berumur 13 tahun, beliau pernah menyaksikan sendiri kronologi peristiwa Natrah8.

Page 28: SYARIAH 2011

Peristiwa Natrah adalah sebuah peristiwa hitam dalam sejarah Islam dimalaysia atau

lebih tepatnya isu berkaitan pembaptisan seorang anak gadis berketurunan Belanda

yang sangat hangat diperkatakan ketika itu dan kesannya sehingga pada hari ini

masih dapat dirasai. Hal ini dapat dibuktikan apabila terterbitnya teater muzikal yang

bertajuk “Natrah”. Peristiwa ini di adaptasikan kembali dalam bentuk lakonan

semula oleh artis-artis tempatan masakini bagi mengingati peristiwa itu agar dapat di

ambil pengajaran dan tauladan daripadanya.

Selain itu, ketika beliau berumur 14 tahun iaitu pada tahun 1951, beliau juga pernah

menghadiri majlis perkahwinan Tun Abdul Razak di rumahnya dan dua tahun

berikutnya iaitu pada tahun 1953 beliau menghadiri pula majlis perkahwinan Tun

Hussien Onn.9

Setelah tamat persekolahan peringkat rendah di Negeri Sembilan, Pada tahun 1950,

beliau telah membuat keputusan untuk menyambung pegajiannya di Madrasah

Khairiah di Singapura, disamping berguru dengan bapa saudaranya iaitu Tuan Haji

Abd Rashid selama setahun. Selepas itu, pada tahun 1951, Sheikh Haji Murtadza

berpindah ke Madrasah Al-Attas10 di Johor Bahru selama enam tahun

Akhirnya, berkat kesabaran dan ketekunan beliau dalam mendalami ilmu agama dan

akedemik secara tersusun dan bersungguh-sungguh, pada tahun 1956 ketika beliau

berumur 19 tahun, beliau telah mendapat kelulusan Kelas Khas dengan kepujian dan

mendapat tempat ketiga daripada 1000 penuntut di madrasah tersebut. Pada tahun

yang sama juga, beliau telah lulus Syahadah Al-Sanawiyyah di madrasah yang sama.

Kecintaannya pada agama dan kejayaannya di Madrasah Al-Attas membuatkan

beliau disuntik inspirasi dan begitu bersemangat untuk meneruskan perjuangan

dalam menuntut ilmu Ilahi di dunia ini.

Page 29: SYARIAH 2011

Disebabkan kehendak dan keinginan yang berkobar-kobar di dalam jiwa, pada tahun

1957, Sheikh Murtadza telah berpindah dan menyambung pengajiannya ke

Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang hingga tahun 1960. Setelah tamat belajar dan

mendapat keputusan yang cemerlang disana, beliau telah dilantik menjadi guru

sandaran atau guru sementara di Madrasah yang sama untuk sementara waktu.

Pada tahun yang sama, ketika beliau berumur 23 tahun, Sheikh Haji Murtadza

membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya ke luar negara. Pada

pertengahan bulan Ogos 1960, beliau telah bertolak ke Mesir bagi menyambung

pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Pengajian pertamanya di

Mesir bermula di Maahad Al-Buuths, di Bandar Kaherah dalam bidang bahasa dan

syariah. Oleh kerana Al-Azhar menerima perubahan baru pada zaman Sheikh

Mahmud Shaltud dan Dr. Mohd Bahai, (al-„Auqaf). Semua pelajar diarahkan

menerima sistem baru iaitu penambahan pelajaran Sains dan agama di Al-Azhar dan

beliau adalah di antara pelajar yang kekal disana meneruskan pengajian sehingga

mendapat shahadah Senawi di Maahad Al-Kaherah pada tahun 1964, dan mendapat

sijil Menegah Al-Azhar pada tahun 196511.

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1966 ketika berumur 29 tahun, beliau

menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah wal Al-

Qanun sehingga tahun 1973 dan lulus dengan cemerlang dalam pengajiannya serta

lulus Sarjana Muda Al-Azhar. Sepanjang di Mesir, beliau turut bergiat aktif dalam

dunia berpersatuan. Beliau melibatkan diri secara langsung dengan Persatuan

Melayu Mesir atau lebih dikenali dengan nama singkatannya PMRAB untuk

beberapa ketika semasa beliau masih lagi bergelar mahasiswa.

Page 30: SYARIAH 2011

Beliau telah menjawat beberapa jawatan terpenting persatuan tersebut dan berkawan

rapat dengan ramai tokoh-tokoh di Malaysia sekarang diantaranya adalah Dr.Yusof

Nor, Dr. Abdul Hamid Othman, Dato‟ Hashim Yahya, Dato‟ Ust Azizan Abdul

Razak, Dr. Ismail Ibrahim, Almarhum Tan Sri Sheikh Mohsin, Almarhum Dato‟ Ust

Fadhil Noor, Dr. Daeng Sanusi, Ust Sulaiman Yasin, Tuan Guru Dato‟ Haji Nik

Abdul Aziz Nik Mat dan pelajar-pelajar Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan

Muldip serta bersama-sama rakan Malaysia membentuk Pakatan Mahasiswa Asia

Tenggara12.

Sewaktu bergiat aktif dalam PMRAB, bermula sebagai ahli biasa, beliau

kemudiannya di pilih sebagai ketua penerangan di dalam PMRAB dan tidak lama

selepas itu, beliau dilantik pula menjadi penasihat PMRAB disebabkan ketokohan

dan keaktifan beliau dalam memperjuangkan hak mahasiswa dan syiar Islam ketika

itu.

Keaktifan beliau dalam dunia persatuan tidak menghalang beliau untuk terus

aktif dalam memperjuangkan amanah Allah s.w.t yang dipikulnya ketika itu.

Menurutnya lagi, beliau juga sangat aktif dalam bidang sukan sewaktu di Mesir.

Antara sukan yang paling aktif dan sangat digemari olehnya adalah sukan bola

sepak.

Kemahirannya dalam sukan dan ketinggian komitmen yang dipamerkan oleh

beliau ketika itu menyebabkan beliau telah dilantik menjadi ketua pasukan. Didalam

pasukannya, beliau dilantik menjadi kapten dan anak-anak buahnya pula terdiri

daripada tokoh-tokoh tanah air yang terkenal seperti Sheikh Ghazali bin Abdul

Rahman sebagai sayap kanan, Zainal Abidin yang merupakan Doktor di Kaherah

pada ketika itu sebagai bahagian tengah, dan sayap kiri adalah Mufti Singapura.

Page 31: SYARIAH 2011

Beliau juga dikatakan pernah mengikuti perang diantara Perancis dan Israel - Mesir

atau lebih dikenali sebagai Perang Sinai13 yang tercetus di Padang Pasir Sinai di

Mesir. Beliau menamatkan pengajiannya di Mesir pada tahun 1973 ketika berumur

34 tahun dan kembali ke tanah air pada tahun 1974.14

2.4 Pegalaman dan Perkhidmatan.

“ Setinggi-tinggi terbang si Pipit, akhirnya kembali ke sarang jua ”, begitulah

ungkapan yang sesuai dengan beliau. Pada tahun 1974, beliau telah pulang ka tanah

air selepas berjaya menamatkan pelajaran di luar negara dengan jayanya.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau memilih untuk hidup seperti di Mesir

kerana pada permulaan kepulangan beliau ke tanah air, beliau memilih untuk tidak

bercampur gaul dengan anak melayu pada ketika itu disebabkan kerosakan akhlak

dan moral yang agak ketara. Akan tetapi, selepas beberapa bulan, beliau memilih

untuk mengubah persepsinya dan berniat untuk mengubah keadaan semampunya

demi mengikut acuan Islam. Bermula pada tahun itu juga, beliau telah bertugas

sebagai guru sementara di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, selama dua

tahun.

Beliau begitu terkenal dengan sifat kasih sayang yang dimilikinya sewaktu bergelar

guru di sekolah. Tambahnya, sifat ini diwarisi dari gurunya sewaktu di Mesir iaitu

As-Sheikh Soleh al-Ja’fari r.a.15 Semasa beliau menjadi guru, beliau banyak berdepan

dengan masalah pelajar nakal tetapi dapat diselesaikan dengan kasih sayang dan

kelembutan yang dimiliki olehnya. Selain itu, pencapaian murid-murid yang berada

dibawah seliaannya juga meningkat berbeza dengan sebelumnya.

Page 32: SYARIAH 2011

Ketika menjadi guru sementara di sekolah itu, pada pertengahan tahun 1976, beliau

telah di lantik menjadi Qadhi atau pegawai Agama daerah Kuala Pilah/ Jempol

dalam tempoh yang sama beliau juga dilantik menjadi Hakim bagi Mahkamah

Syariah di daerah yang sama. Menurutnya lagi, memegang dua jawatan yang sukar

dan berat ini bukanlah mudah, akan tetapi, selama beliau menjawat kedua-dua

jawatan ini, terdapat banyak perkara dan kes yang dapat diselesaikan dengan adil

sewaktu beliau menjadi Hakim bagi daerah tersebut.

Semasa beliau menjadi Qadhi daerah dan Hakim, dikatakan 15 kes talak berjaya

diselesaikan dengan baik dan tidak jatuh talak. Juga dikatakan dalam masa satu jam,

lima kes berjaya di selesaikan olehnya secara berturut-turut.16

Pada tanggal 10 September 1981, beliau dengan rasminya telah dilantik menjadi

Ketua Penerangan merangkap Imam Besar Masjid Negeri bagi Negeri Sembilan

Darul Khusus. Beliau mula berkhidmat pada tarikh berkenaan dan terus berkhidmat

sehingga beliau di lantik menjadi Ketua Pegawai Penerangan memangku Qadhi

Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Hakim Mahkamah Qadhi Besar seluruh

Negeri Sembilan. Dalam tempoh ini, beliau telah dihantar oleh pihak berkuasa

tempatan untuk menghadiri beberapa kursus yang diadakan samaada di Kuala Kubu,

JAKIM, kursus selama dua minggu bagi program Kursus Imam-Imam di Sabah di

atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Libya kemudian beliau mengikuti Kursus

Imam-Imam Seluruh Dunia di Mesir selama tiga bulan bermula pada Mac sehingga

Jun 1986 bersama 11 orang pegawai Agama yang dipilih di seluruh Malaysia atas

pilihan JAKIM.

Bagi sheikh Murtadza, bagi pemegang-pemegang tampuk pemerintahan Masjid

sepertinya adalah amat dilarang mencampur adukkan pentadbiran masjid dengan

Page 33: SYARIAH 2011

perkara-perkara yang berkaitan politik. Pentadbiran juga hendaklah berteraskan syiar

Islam dan kehendak syara‟ bukan mengikut acuan politik semasa. Ketelusan dan

kesungguhan beliau dapat dilihat dari usaha beliau sendiri yang mana ketika beliau

memegang pentadbiran masjid, sebanyak 100 masjid dilawatinya sambil beribadah

dalam tempoh sebulan. Setiap masjid yang dibawah pengawasan dan

pemerhatiannya tidak pernah tidak dikunjungi sekurang-kurangnya tiga kali semasa

beliau memegang jawatan tersebut.17

Sepanjang beliau menjadi Qadhi, beliau juga telah mengikuti beberapa kursus bagi

Qadhi-Qadhi seluruh Malaysia di beberapa tempat di dalam negara. Bermula pada

tahun 1987, beliau dengan rasminya telah dipilih oleh Yamtuan Besar Negeri

Sembilan dan dilantik menjadi Mufti bagi kerajaan Negeri Sembilan yang ketiga

bagi menggantikan Mantan Mufti kedua yang telah bersara akibat keuzuran iaitu

Almarhum Dato Sheikh Hassan Sail pada tahun 1986 dan ditabalkan secara rasminya

sebagai mufti pada tahun berikutnya.18

Mufti ialah seorang sarjana, atau tokoh atau jawatan yang telah diakui dan dikagumi

ramai dalam sesebuah negeri atau negara, terutama dikalangan sarjana sendiri untuk

membuat keputusan penting tentang agama Islam, khususnya berkaitan fatwa yang

diminta oleh orang awam dan masyarakat setempat.19

Sepanjang berkhidmat sebagai Mufti di Negeri Sembilan Darul Khusus, beliau telah

mengeluarkan beberapa buah buku-buku ilmiah, doa, zikir dan terjemahan melalui

Jabatan Mufti seperti Himpunan Fatwa-Fatwa Negeri Sembilan dari Tahun 1987-

2000, Nur Muhammad, at-Toriq As-Sufiah fi Malizia, Kemantapan Rohani Penjana

Negara Maju, Panduan Zikir Harian, Himpunan Zikir Harian, Kajian dan

Penyelidikan Ilmiah Siri 1 dan 2, Seminar Tasawwuf Negeri Sembilan 2007, Bahjah

Page 34: SYARIAH 2011

al-Nufus, Syarah al Hikam, terjemahan Manhaj Fiqh Al-Syafie jilid 1-5 dan perbagai

lagi. 20

Sebelum beliau menjadi Mufti, beliau telah menjalankan amanat dan

tanggungjawabnya dengan penuh beretika dan cemerlang. Semasa tempoh beliau

menjawat jawatan tersebut, beliau telah dianugerahkan dengan beberapa pangkat dan

kepujian antaranya ialah :

1. 1983- PJK - (Pingat Jasa Kebaktian)

2. 1986 – PMC- (Pingat Masyarakat Cemerlang)

3. 1988 - DSNS – (Dato‟ Setia Negeri Sembilan)

2.5 Keistimewaan Beliau.

ا نَّ َ ي ْنت ز ُعُه م ن اْلع با د ، و ل ك نْ اهلل ال ي ْقب ُض اْلع ْلم اْنت ز اعا ُرُؤْوسا النَّاسُ إ ذ ا َلْ يُ ْبق عا ل ما اَّتَّ ذ ح ّتَّ .ب ق ْبض اْلُعل ما ء

ت ْوا ب غ ْْي ع ْلٍم ف ض لُّوا ُجهَّاال ف ُسأ ُلوا و أ ض لُّوا ف أ ف ْ

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan

mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia

mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama

sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim

pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin

dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian

mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar

ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan ”.21

( H.R. Bukhari dan Muslim)

Manakala Hasan al-Basri pula berkata :

“Orang alim ialah orang yang takutkan Allah yang Maha Pemurah semasa dia tidak

dilihat orang lain atau semasa dia tidak melihat Allah atau tidak melihat azab Allah

Page 35: SYARIAH 2011

serta dia gemarkan perkara yang disukai Allah dan dia menolak perkara yang

dimurkai Allah ”.22

Ciri-ciri ulamak yang menjadi pewaris para nabi diantaranya adalah takutkan Allah

sebagaimana Firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di

antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.

Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha

Pengampun”.

( Al-Faatir : 28 )

Sheikh Murtadza bin Sheikh Ahmad amat terkenal dengan sifat-sifat mulia dan

terpuji dikalangan murid, rakan, pekerja dan kenalannya. Terdapat berbagai

keistimewaan beliau yang dapat penulis simpulkan disini sebagai perkongsian

kepada para pembaca.

2.5.1 Kewara’kan dan sifat Zuhud

Ibnu Abbas berkata :

“Ulama’ ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha

Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha

Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta

dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan.

Page 36: SYARIAH 2011

Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan

menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya ”.23

Melalui pandangan dari sudut lahiriah Sheikh Murtadza, apa yang dapat penulis

simpulkan adalah, beliau mempunyai sifat warak atau rendah diri yang begitu tinggi

walhal beliau merupakan seseorang yang bekedudukan tinggi dan mulia didalam

masyarakat. Kelembutan nya dalam menuturkan kata-kata sewaktu dalam temubual

bersama penulis amat penulis kagumi. Hal ini kerana, kewara‟kannya bukan lah

sesuatu yang dibuat-buat atau dilakonkan untuk mengambil hati kami, akan tetapi,

sifat ini memang telah lama subur dalam diri seorang insan yang bernama Murtadza

sejak dahulu lagi.

Lahirnya sifat ini adalah kerana hasil didikan dan asuhan daripada ayahandanya

yakni Almarhum Sheikh Ahmad. Dari pandangan material dan luaran, sifat zuhud

jelas kelihatan pada beliau apabila penulis melihat sendiri cara pemakaian, peralatan

rumah, perabot-perabot, perhiasan dalaman dan sebagainya. Kesederhanaan yang

diaplikasikannya dalam kehidupan sehari-harian menyebabkan penulis kembali

merenung akan sejauh mana zuhudnya diri ini jika dibandingkan dengan seseorang

yang mempunyai darjat yang tinggi dikalangan manusia tetapi mempunyai sifat

zuhud yang tinggi didalam dirinya dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian

2.5.2 Ihsan, Adil dan Lemah-Lembut

Ihsan diambil daripada bahasa Arab iaitu ( احسان) yang bererti "kesempurnaan" atau

"terbaik." Dalam terminologi agama Islam, ihsan bererti seseorang yang menyembah

Allah seolah-olah ia melihat-Nya, dan jika ia tidak mampu membayangkan melihat-

Page 37: SYARIAH 2011

Nya, maka orang tersebut membayangkan bahwa sesungguhnya Allah melihat

perbuatannya24.

Berdasarkan hadist riwayat Muslim dari Abu Hurairah ra.:

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah SAW muncul di

antara kaum muslimin. Lalu datang seseorang dan berkata: "Wahai Rasulullah,

apakah Iman itu?". Rasulullah SAW bersabda: "Iaitu engkau beriman kepada Allah,

kepada malaikat-Nya, kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, para utusan-Nya(Nabi

dan Rasul), dan beriman kepada Hari Kebangkitan akhir (Hari Kiamat)".

Orang itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?". Rasulullah SAW

bersabda: "Islam, iaitu engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-

Nya dengan apapun, mendirikan solat fardhu, mengeluarkan zakat wajib dan

berpuasa di bulan Ramadhan".

Orang itu kembali bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?". Rasulullah

SAW bersabda: "Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-

Nya. Jika engkau tidak mampu melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia selalu

melihatmu".25

Dari sudut bahasa Melayu pula, ihsan juga bermaksud berbuat baik atau berbuat

sebaik mungkin, manakala dalam pengertian istilah, ihsan dapat didefinisikan

sebagai ajaran atau konsep yang mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan

kepada perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai satu produktiviti kerja secara

Page 38: SYARIAH 2011

optimum, iaitu bekerja dan melaksanakan sesuatu tugas sesuai dengan hasil

sumbangan yang terbaik serta berkualiti tinggi. 26

Bagi sesiapa sahaja yang mengenali Sheikh Haji Murtadza, sifatnya dapat dilihat dan

dinilai dengan jelas akan wujudnya sifat ihsan dan sifat pemurah di dalam diri beliau.

Semasa beliau menjawat jawatan Mufti, berbagai amalan yang sering menjadi

amalannya dan diketahui umum adalah tabiat gemar berzikir setiap masa dan beliau

sering melakukan solat sunat dhuha pada waktu pagi sebelum masuknya waktu

minum pagi.

Amalan ini kebiasaannya sebelum dilakukan didalam bilik pejabatnya sendiri sekitar

jam 10 pagi sekiranya ketiadaan apa-apa pengajian dan kelas-kelas serta jemputan-

jemputan luar atau urusan dalaman seperti perjumpaan, perbincangan atau

mesyuarat.27 Kebanyakan staf yang pernah bekerja dengannya di Jabatan Mufti

dahulu, amat mengetahui tentang tabiatnya ini. Sifat ihsan didalam dirinya juga

dapat dibuktikan apabila datangnya sesiapa kebiasaanya golongan fakir miskin dan

mereka yang memerlukan bantuan kewangan kepadanya, beliau pasti akan

memberikan sumbangan walaupun pada ketika itu wang yang ada padanya hanyalah

mencukupi untuk sarapan pagi atau makan tengahari.

Sekiranya beliau benar-benar tidak dapat membantu, beliau akan meminta mana-

mana stafnya yang berada berdekatan untuk memberi sedikit sumbangan. Amalan

dan sifat yang dipraktikkan oleh beliau ini bukanlah berniat untuk menunjuk dan

berbanggakan diri, akan tetapi kerana senantiasa merasakan dirinya diperhatikan

oleh Allah s.w.t setiap masa tanpa leka.28

Page 39: SYARIAH 2011

Seterusnya, sewaktu beliau menjadi guru di sekolah agama dahulu, beliau tidak

pernah membezakan diantara pelajar yang lemah dan yang cerdik dalam

matapelajaran yang diajarkannya. Beliau tidak akan sama sekali membiar atau

meninggalkan pelajar-pelajarnya yang lemah begitu sahaja tanpa sebarang dorongan

dan tunjuk ajar. Beliau juga sama sekali tidak akan berkira untuk mencurahkan ilmu

yang dimiliki kepada anak muridnya walaupun kadangkala letih dan penat

mengajarinya kerana berulang-ulang kali sesi pengajarannya tentang perkara yang

sama. Hasilnya dapat dilihat dengan jelas semasa keputusan peperiksaan diumumkan

apabila matapelajaran yang diajari olehnya mencatatkan tiada seorang pun

dikalangan muridnya yang gagal akan tetapi ramai yang mendapat keputusan yang

cemerlang dan baik.29 Beliau juga merupakan seorang yang berlemah lembut dalam

berkata-kata tetapi tegas dalam menegakkan syiar Islam, contohnya sewaktu

memegang jawatan Mufti di Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebelum ini. Segala

yang salah akan cuba diperbetulkan dengan cara yang berhikmah akan tetapi tegas

dalam memperbetulkannya.

2.5.3 Penyayang

Beliau merupakan seorang yang amat penyayang kepada sesama manusia mahupun

haiwan. Hal ini dapat dibuktikan ketika mana beliau masih menuntut di Mesir.

Beliau sering membantu sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan darinya dari

segi kudrat mahupun material. Sifat berkira tidak pernah wujud dalam dirinya kerana

baginya rezeki itu ketentuan Ilahi dan ia wajar dikongsi oleh semua makhluk. Beliau

juga merupakan seorang guru dan ulama Mursyid yang sangat tawaduk serta amat

disegani oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.30

Page 40: SYARIAH 2011

2.5.4 Istiqamah

Diantara keistimewaan yang paling ketara dalam dirinya yang jelas terpampang bagi

sesiapa yang mengenalinya adalah beliau begitu istiqamah dalam apa jua yang

dikerjakan. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan

prinsip, berwibawa dan bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Selain itu, beliau

juga tidak pernah kelihatan letih dan lesu ketika menyampaikan ilmunya biarpun

jauh tempat pengajiannya dan lama tempoh pengajian itu, beliau tetap kelihatan

bersemangat dan segar. Hal ini membuatkan murid-murid dan mad‟u yang

mendengar pengajiannya menjadi sentiasa bersemangat dan segar sewaktu beliau

menyampaikan ilmu kepada mereka.

Page 41: SYARIAH 2011

BAB TIGA

SUMBANGAN SHEIKH MURTADZA DALAM BIDANG SYARIAH DI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

3.1 Pengenalan Terhadap Syariah

Terminologi syariah atau syariat yang biasa diungkap dalam Bahasa Malaysia

sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab. Dari segi bahasa, perkataan syariah

membawa dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang saling

berkait di antara satu sama lain. Pertamanya, ia membawa maksud sumber air dan

keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus31.

Pengertian pertama diasaskan kepada kebiasaan ungkapan orang Arab manakala

pengertian yang kedua merujuk kepada maksud ayat ke 18 dalam Surah al-Jathiyah:

“ Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu

syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), Maka

ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa

nafsu orang-orang yang tidak Mengetahui”.

( Al-Jathiyah : 18 )

Dari segi istilah atau teknikalnya frasa syariah membawa maksud segala hukum-

hakam yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-Nya melalui perantaraan para

Rasul-Nya32. Dinamakan hukum-hakam ini dengan syariah kerana ianya adalah lurus

tanpa ada kepalsuan (simpang-siur) dari jalan yang benar. Syariah juga membawa

pengertian mengenai segala perintah Allah ke atas hambaNya yang terdiri daripada

Page 42: SYARIAH 2011

seluruh hukum-hakam yang diperturunkan melalui para RasulNya samada perintah

tersebut berkaitan dengan perbuatan amali atau iktikadi.33

Berfirman Allah s.w.t. yang berbunyi :

“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang

Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu

mereka dengan meninggalkan kebenaran yang Telah

datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu,

kami berikan aturan dan jalan yang terang.

( Al-Maidah : 48 )

Menurut huraian lain oleh para ulama dan sarjana Islam, perkataan syariah yang

terdapat dalam al-Quran itu mempunyai dua makna iaitu pengertian yang khusus dan

pengertian yang umum. Bagi pengertian yang khusus, syariah dimaksudkan dengan

segala hukum yang telah diperundangkan oleh Allah s.w.t. untuk mengatur segenap

aspek kehidupan manusia.34 Manakala bagi pengertian yang umum pula, syariah

diertikan sebagai Din atau millah yang juga bermaksud agama. Lantaran itu, ia juga

merujuk kepada mana-mana sistem hidup sama ada yang digubal oleh manusia atau

yang diwahyukan dari langit. Namun, hanya apabila ianya diturunkan secara wahyu

oleh Allah s.w.t. kepada para Rasul-Nya, ia disebutkan sebagai syariah Islam.

Misalnya disebut sebagai syariat Nabi Ibrahim a.s., syariat Nabi Musa a.s., syariat

Nabi Isa a.s. dan syariat Nabi Muhammad s.a.w. . Segala syariah nabi-nabi terdahulu

dengan sendiriya telah tidak terpakai lagi selepas syariah nabi Muhammad s.a.w.

penutup segala nabi.35

Page 43: SYARIAH 2011

Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa syariah ialah segala perintah

Allah s.w.t. dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan

sangat luas bidangkuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan

Allah yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang

berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek iktiqadiyyah atau

batiniyyah36, amaliyyah37 dan juga aspek akhlakiyyah38.(39)

Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi, syariah bersifat

muqaddas iaitu sangat murni serta terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun

kekurangan. Kebenarannya pula bersifat mutlak. Lantaran itu, orang-orang kafir

yang cuba mencabarnya tidak pemah berjaya. Kandungan dan ruang lingkupnya pula

bersifat syumul dan komprehensif, kuatkuasanya bersifat universal dan ia dijamin

kekal terpelihara hingga ke hari kiamat. Meneliti kupasan syariah secara literal dan

teknikalnya juga menjelaskan bahawa keperluan manusia kepadanya adalah tidak

dapat dinafikan sama sekali bersesuaian.

Dengan sifatnya sebagai sumber air untuk kelangsungan kehidupan manusia dan

kebenaran atau kejelasannya daripada sebarang kepalsuan dan kebatilan. Disamping

itu, terdapat juga perkataan-perkataan lain yang mempunyai perkaitan yang amat

rapat dengan perkataan syariah ini. Di antara perkataan-perkataan tersebut ialah:

1- Fiqh atau Feqah yang bermaksud keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-

hakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalil-dalllnya yang

terperinci. Fiqh ini sebagai satu displin ilmu telah dibahaskan dalam empat hidang

yang besar iaitu Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh jenayah40.

Page 44: SYARIAH 2011

Fiqh ialah satu pecahan daripada syariah yang luas. Secara umum ia membawa

makna kefahaman tentang sesuatu. Sebagai satu istilah akademik, ia bermaksud

pemahaman secara mendalam. Pada zaman awal Islam, fiqh diertikan sebagai

memahami apa saja ajaran Islam sama ada yang bersifat amali atau i‟tiqadi. Imam

Abu Hanifah pernah menulis tentang ilmu tauhid dan kitab tersebut diberi nama al-

Fiqh al-Akbar (Fiqh Yang Agung)41

Kesimpulannya fiqh merupakan satu disiplin ilmu untuk memahami isi-isi syariat itu

sendiri. la diperolehi melalui usaha-usaha akal yang tajam oleh para fuqahak atau

ulamak terhadap nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Sunnah. Lapangan fiqh

merupakan lapangan ijtihadi. la terdedah kepada unsur-unsur penggunaan akal serta

ijtihad para mujtahid alam mencari ketentuan hukum syarak untuk diamalkan oleh

masyarakat yang berbeza dan pada zaman yang berlainan, atas landasan syariat yang

tetap dan tidak berubah-ubah. Fokus kepada perbahasan fiqh ialah mencari ketentuan

hukum syarak bagi perbuatan mukallaf sama ada harus, wajib, sunat, makruh, haram,

sah, batal dan sebagainya42

2) Hukum. Fuqahak mentakrifkan hukum sebagai "khitab" atau mesej Allah yang

berkaitan dengan perbuatan "mukallaf”. Mesej itu disampaikan kepada manusia

melalui kaedah wahyu (terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah). Nampaknya

aspek hukum dan bidang fiqh mempunyai kaitan yang rapat. Segala perintah atau

mesej yang hendak disampaikan oleh Allah mungkin sukar dihayati melainkan

sctelah dapat difahami dengan baik oleh manusia

Page 45: SYARIAH 2011

Lantaran itu juga hukum-hukum Allah hanya ditujukan kepada golongan mukallaf.

Pengkaji kepada hukum-hakam ini digelar sebagai "faqih" dalam kata mufrad

(tunggal) dan "fuqaha" dalam kata jamak (banyak). Maksudnya ialah seorang yang

amat memahami. Dalam konteks ini ia ditujukan kepada seseorang yang boleh

memahami secara halus dan terperinci tentang hukurn syarak. Usaha-usaha untuk

memahami ini perlu kepada pengkajian yang mendalam dan terperinci. Oleh itu,

Allah s.w.t. walaupun bersifat amat memahami segala sesuatu tidak disebut faqih

kerana pemahaman Allah mengenai sesuatu tidak memerlukan kepada pengkajian.

Masadir atau sumber syariah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu al-Quran, al-

Hadis, Ijma dan Qiyas.43

1. Al-Qur'an

Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama

kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW.

Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang

isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan.

2. Hadis

Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang

kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain:

Mempertegas dan Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an

Menetapkan hukum yang belum ada di dalam Al-Qur'an

Page 46: SYARIAH 2011

3.Ijma'

Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam

menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam

suatu perkara yang terjadi.

4. Qiyas

Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah

yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu

perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara

terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab.

5. Ijtihad

Ijtihad adalah sebuah usaha seseorang faqih untuk menetapkan hukum Islam

berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah

wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum

namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan44. Beberapa komponen ijtihad adalah:

Ijma’: Kesepakatan para ulama

Qiyas: Diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas

hukumnya

Maslahah Mursalah: Untuk kemaslahatan umat

'Urf : Kebiasaan45

Page 47: SYARIAH 2011

3.1.1 Kepentingan Syariah dalam Kehidupan

Bersesuaian dengan sifatnya yang benar, lurus dan menjadi tumpuan semua manusia,

syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. tanpa mempunyai apa-apa tujuan selain

untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan pada masa

yang sama menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa

mereka. Inilah fokus utama maqasid atau tujuan syariah. Apabila manusia menerima

pakai syariah Islam sebagai dasar perundangan samada bagi menjelaskan hak dan

tanggungjawab sesama mereka atau sebagai kaedah penyelesaian pertikaian di antara

pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan utama atau maqasid syariah ini akan dapat

direalisasikan.

Kebaikan dan penghindaran daripada kemudharatan yang datang seiring dapat dilihat

dan dimanifestasikan dalam sekurang-kurangnya lima lima maqasid syariah iaitu:46

1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama.

Ia merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan atau hierarki maqasid

syariah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada

belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan.

Firman Allah s.w.t :

Page 48: SYARIAH 2011

“ Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-

Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak

pula diperanakkan”.

(Al-lkhlas ayat 1-3)

2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia.

Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh

badan manusia. Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga

keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan

yang boieh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain.

Firman Allah s.w.t.:

“ Oleh Karena itu kami tetapkan (suatu

hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa

yang membunuh seorang manusia, bukan

Karena orang itu (membunuh) orang lain,

atau bukan Karena membuat kerusakan

dimuka bumi, Maka seakan-akan dia Telah

membunuh manusia seluruhnya. dan

barangsiapa yang memelihara kehidupan

seorang manusia, Maka seolah-olah dia Telah

memelihara kehidupan manusia semuanya.

( Al-Maidah : 32 )

Page 49: SYARIAH 2011

3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal.

Salah satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia dan

tidak dianugerahkan kepada makhlukNya yang lain ialah akal dan kekuatan berfikir.

Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk

memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t.

Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk

kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi

dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk

menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.47

Firman Allah s.w.t. :

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang

Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari

segumpal darah ”.

(Al- Alaq : 1-2)

4. Menjamin kehormatan dan maruah diri.

Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap

individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Lantaran itulah

syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Malah Islam sendiri, antaranya

dibina di atas akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. pemah bersabda yang bennaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia". jika

diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya

Page 50: SYARIAH 2011

bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhonnat.

Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat,

menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat khususiyyah ini jika

ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan

kemuliaan akhlak. 48

5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta.

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga

amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari

hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang-

undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan.

lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri

yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan

prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan

membelanjakan sesuatu harta. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan

untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah.49

Page 51: SYARIAH 2011

Firman Allah s.w.t. :

“ Dan carilah pada apa yang Telah

dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan)

negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan

bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan

berbuat baiklah (kepada orang lain)

sebagaimana Allah Telah berbuat baik,

kepadamu, dan janganlah kamu berbuat

kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah

tidak menyukai orang-orang yang berbuat

kerusakan ”.

( Al-Qasas : 77 )

Syariah Islam juga telah menetapkan cara dan kaedah yang tertentu bagi

membelanjakan harta. Di antaranya syariah Islam telah mewajibkan zakat kepada

harta-harta yang tertentu dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah

dalam keadaan-keadaan tertentu.

Firman Allah s.w.t. :

Page 52: SYARIAH 2011

“ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan

Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu

sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat

baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai

orang-orang yang berbuat baik ”.

( Al-Baqarah : 195 )

Kesimpulannya inilah lima perkara yang dimaksudkan dengan maqasid syariah.

Syariah Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjamin bahawa kelima-lima

perkara di atas direalisasikan dalam kehidupan semua manusia. Malah, kelima-lima

perkara di atas dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri setiap

individu yang tidak dapat tidak mesti dipenuhi.

Namun begitu, bagi menentukan bahawa kehidupan semua individu adalah

seimbang, syariah Islam juga telah menetapkan bahawa semua keperluan ini perlu

diberikan penarafan melalui apa yang disebutkan sebagai Maslahat Dharuriyyah50

,

Maslahat Hajiyyah51

, Maslahat Tahsiniyyah atau Kamaliyyah52

.

3.2 Sumbangan Sheikh Murtadza dalam Bidang Syariah

Tugas seorang yang berilmu dan selayaknya digelar da‟ie atau pendakwah bukanlah

sesuatu yang mudah dan menyeronokkan bagi mereka yang tidak menjalankannya

dengan niat untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Keperitan dalam menyampaikan

hukum-hukum Allah s.w.t di muka bumi ini jelas dapat dilihat jika kita menyingkap

kembali perjuangan para Rasul, Nabi, para sahabat dan ulamak-ulamak silam, akan

tetapi keperitan yang dilihat oleh mata kasar ini dianggap suatu kemanisan bagi

mereka kerana nawaitu yang tersemat didada sewaktu menjalankan amanah Allah

Page 53: SYARIAH 2011

s.w.t adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t di dunia dan

akhirat.

Perjuangan dalam menyampaikan ilmu-ilmu Allah yang luas seumpama lautan ini

diteruskan oleh ulamak-ulamak masa kini bagi menyedarkan umat manusia akan

hukum-hukum Allah s.w.t yang kian dilupakan dan di ambil mudah. Di antara

ulamak- ulamak di maksudkan adalah Syeikh Murtadza bin Syeikh Ahmad sendiri.

Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia syariah setelah pulang dari menuntut ilmu

Allah s.w.t. di Mesir, beliau begitu banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat

disekelilingnya terutamanya didalam bidang syariah. Sumbangan terbesar yang

dilakukan olehnya adalah semasa beliau menjawat jawatan Mufti di Jabatan Mufti

Negeri Sembilan Darul Khusus. Disini penulis akan cuba menyenaraikan beberapa

sumbangan beliau dalam bidang syariah di Negeri Sembilan secara teratur dan

mengikut kronologi jawatan yang disandang olehnya.

3.2.1 Guru dan Pendidik

Guru sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit (गरुू), ataupun dikenali juga sebagai

pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh yang merupakan tenaga pengajar dalam

institusi pendidikan seperti sekolah atau kelas bimbingan. Dalam zaman moden ini,

guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam

sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan

handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor

atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta

Page 54: SYARIAH 2011

diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip

pengajaran.

Mendidik bukanlah perkara yang mudah bagi seorang yang bergelar guru,

kesungguhan dan keperihatinan dalam mendidik begitu diperlukan sehingga di suatu

saat ia memerlukan kesabaran yang tinggi semata-mata demi untuk membentuk

genarasi baru yang lebih berguna dan dapat memberi manfaat pada masa akan

datang. Begitulah yang dilalui oleh Sheikh Murtadza di dalam permulaannya

membentuk insan-insan di sekelilingnya bagi menjadi pelapis agama dan akademik

terbaik yang berguna untuk agama, masyarakat dan tanah air pada masa hadapan.

Bermula pada tahun 1974, beliau telah mula bertugas sebagai guru sementara di

SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban pada tahun yang sama selama dua tahun

sehingga tahun 1976. Semasa beliau bergelar guru disana, Sheikh Murtadza terkenal

dengan sifat kasih sayang dan keperihatinannya kepada anak-anak muridnya serta

rakan-rakan guru yang lain.

Semasa beliau menjadi guru, beliau banyak berdepan dengan masalah pelajar yang di

kategorikan sebagai nakal tetapi dapat diselesaikan dengan kasih sayang dan

kelembutan yang dimiliki olehnya. Antara mata pelajaran yang pernah diajar oleh

beliau diantaranya ialah Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi. Semasa di

bawah pengawasan dan penyeliaannya, pencapaian murid-murid dibawah jagaannya

juga meningkat berbeza dengan sebelumnya53

.

Page 55: SYARIAH 2011

3.1.2 Qadhi dan Hakim

Qadhi, diambil daripada perkataan bahasa arab (قاضي‎) (juga dikenali Qazi atau Kazi

atau Kadi), adalah seorang hakim yang membuat keputusan bersandarkan syariat

Islam.

Dari sudut bahasa, Qadhi ialah orang yang membuat keputusan tentang

sesuatu perkara . Menurut kamus Islamiah Sanusi, Qadhi ialah orang yang

menghukum, hakim syari‟e, yang memutuskan perkara atau perbicaraan. Sementara

M.O.A. Abdul pula mendefenisikan :

“ Qadhi is the judge, the arbiter who settles disputes between persons who appear to

him, he pronounces sentences of the law on civil as well as criminal cases ” 54

Di Malaysia, Qadhi sering dipertanggungjawabkan oleh institusi masjid atau

jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan bakal

isteri dengan bakal suami. Qadhi perlu memastikan rukun-rukun nikah serta mas

kahwin telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar. Di samping

tanggungjawabnya menikahkan suami isteri,

Qadhi juga perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan

seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti

jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara. Ini bagi memastikan status resume

suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.

Bagi Qadhi Besar pula, jawatan ini diadakan dengan tujuan untuk penyelarasan

terhadap pentadbiran Qadhi-Qadhi daerah dan wilayah.55Qadhi selalunya dilantik dari

kalangan orang-orang alim (yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam

Page 56: SYARIAH 2011

dengan luas) seperti ustaz, muallim, Mufti, Sheikhul Islam dan sebagainya. Qadhi

juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Seseorang Qadhi perlu membuat keputusannya menurut hukum Syarīah. Ini

termasuk kes seperti yang membabitkan warisan, wakaf, perkahwinan, dan

perceraian. Pada asalnya tugas seorang Qhadi hanya terhad kepada membuat

keputusan menjatuhkan hukuman mengenai kes yang dihadapkan kepadanya. Tetapi

kemudiannya, ia turut membabitkan pentakbiran harta wakaf, penjagaan anak yatim,

dan lain-lain.

Pada sebelum abad ke-8 seseorang, Qadhi perlu mahir dalam bidang Al-Quran,

Hadis, dan Ijma sebelum membuat keputusan berdasarkan pengetahuan beliau.

Keadaan ini kemudiannya berubah bagi membenarkan seseorang Qadhi bagi

mengikut pendapat salah satu daripada empat mazhab utama, menurut mazhab yang

terbesar yang dipakai di kawasannya.

Sejarah Islam lampau telah mencatatkan bahawa Khalifah kedua, iaitu Khalifah

Umar Al-Khattab, merupakan orang pertama melantik Qadhi bagi mewakili beliau

bagi menyelesaikan pertikaian dalam masyarakat.56

Bagi Syeikh Murtadza pula, setelah dua tahun mendidik dan bergelar pendidik di

sekolah, suratan takdir telah menentukan beliau telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk

menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam membentuk manusia bagi

menegakkan syiar-syiar Islam khususnya di dalam Negeri Sembilan. Pada tahun

1976, beliau telah dilantik dengan rasminya menjadi Qadhi dan Hakim dalam masa

yang sama.

Page 57: SYARIAH 2011

Diantara tokoh-tokoh ulamak terkemuka atau lebih dikenali dengan jawatan Qadhi di

zaman permulaan perkembangan Islam di Negeri Sembilan diantaranya adalah

Syeikh Haji Jamaluddin Bin Haji Idris Bin Haji Mukmin Bin Nakhoda dan juga

Tuan Haji Muhammad Said Bin Syeikh Haji Jamaluddin. Kedua-dua ulamak ini

penah mendapat pendidikan di mekah sebelum kembali ke Negeri Sembilan untuk

membantu pentadbiran Islam. Mereka juga bertugas sebagai Qadhi, Imam dan

menubuhkan sekolah-sekolah pondok. Ada diantara ulamak mendapat pendidikan

dari Indonesia, Pattani (selatan Thailand), Singapura, Johor dan Kedah. Kebanyakan

daripada kalangan yang telah tamat pengajian akan pulang ke tempat asal dan

berkhidmat sebagai guru agama, Qadhi atau Imam di masjid-masjid dan surau.57

Menurut undang-undang kerajaan Negeri Sembilan, Institusi Qadhi di Negeri

Sembilan telah dibahagikan kepa tiga bahagian iaitu :

1. Qadhi Besar Negeri Sembilan

2. Qadhi Daerah

a. Qadhi Daerah Seremban

b. Qadhi Daerah Tampin

c. Qadhi Daerah Rembau

d. Qadhi Daerah Kuala Pilah

e. Qadhi Daerah Jelebu

f. Qadhi Daerah Port Dickson

g. Qadhi Daerah Jempol

3. Qadhi Wilayah

a. Qadhi Wilayah Gemas

Page 58: SYARIAH 2011

b. Qadhi Wilayah Johol

c. Qadhi Wilayah Durian Tipus

Jawatan Qadhi Besar yang pertama di Negeri Sembilan bermula pada 1 Oktober

1961 iaitu selepas hampir setahun Pentadbiran Hukum Syarak 1960 dilaksanakan58.

Semasa beliau menjawat jawatan Qadhi dan dalam masa yang sama dilantik menjadi

Hakim daerah Jempul/Kuala Pilah, sumbangannya lebih menjurus kepada

penyelesaian masalah berkaitan permasalahan individu didalam mahkamah mahupun

di Jabatan Agama daerah Kuala pilah seperti cerai, fasakh dan masalah-masalah

yang berkait dengannya dan bukanlah dikhususkan dalam bidang syariah.

Sumbangannya dapat dilihat dengan jelas semasa beliau menjadi Qadhi daerah dan

Hakim. Hal ini kerana,beliau dikatakan berjaya menyelesaikan 15 kes talak dengan

baik dan tidak jatuh talak. Menurut beliau lagi, ketika menyandang jawatan tersebut,

dikatakan dalam masa satu jam, lima kes berjaya di selesaikan olehnya dengan

penyelesaian yang adil dan bagi kes talak, pasangan yang hendak bercerai

membatalkan niat mereka untuk bercerai lalu kembali bersama dengan pasangan

masing-masing59.

Page 59: SYARIAH 2011

3.2.3 Imam Besar

Imam atau ketua berasal daripada perkataan bahasa Arab (إمام) bererti pemimpin.

Dalam erti biasa, Imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para

jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Erti lain ialah mereka

yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke

jalan yang benar60

Selesai menjalankan tugas yang berat lagi mencabar semasa bergelar qadhi dan

hakim, beliau sekali lagi diuji oleh Allah s.w.t untuk terus bergelar pendakwah dan

pendidik. Pada tanggal 10 September tahun 1981, beliau telah dilantik oleh Masjid

Negeri Sembilan untuk menjadi Imam Besar di masjid itu berkuatkuasa pa 11

September 1981. Perlantikan dan pemberian amanah yang berat lagi menyukarkan

itu diterima beliau dengan hati yang tenang dan berlapang dada kerana baginya itu

adalah salah satu daripada tanggungjawapnya sebagai seorang Muslim yang bergelar

pendakwah.61

Diantara tugas-tugas seorang yang dilantik menjadi imam besar adalah seperti

berikut :

1) Bertanggungjawab sebagai ketua pentadbiran masjid.

2) Bertanggungjawap menjadi Imam solat lima waktu dan membaca khutbah solat

Jumaat di Masjid Negeri.

3) Bertanggungjawab dalam hal-hal pentadbiran, pengurusan, dan kewangan pejabat

di waktu pejabat dan mengawasi kakitangan.

Page 60: SYARIAH 2011

4) Bertanggungjawab mengetuai majlis-majlis agama dan perayaan agama seperti

zikir dan tahlil.

5) Menjadi ahli jawatankuasa Khutbah dan mengarang Khutbah Jumaat.

6) Menyambut tetamu-tetamu kehormat dalam majlis hari-hari kebesaran Islam

mahupun pelawat masjid.

7) Membaca doa di majlis-majlis rasmi.

8) Menjadi penolong pendahtar/nikah kahwin dalam kariah masjid Negeri.

9) Bertanggungjawab merancang, menyusun tugasan kakitangan. Takwim dan

menyelaras aktiviti-aktiviti masjid dan kelas-kelas agama.

10) mengawasi dan memantau kebersihan masjid.

11) lain-lain tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa.62

Semasa beliau menjawat jawatan Imam Besar Negeri Sembilan bermula pada 10

September 1981 hingga tahun 1991, sumbangan beliau terhadap syariah tidak

direkodkan secara khusus. Kebanyakan sumbangan beliau lebih menjurus hal-hal

berkaitan masjid yang berada dibawah pemantauannya dan pengurusan masjid-

masjid tersebut di seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus.

Berdasarkan kajian dan temubual yang dilakukan oleh penulis, kesemua masjid yang

berada dibawah pengawasannya pada waktu itu melebihi 30 buah masjid termasuk

surau, dan dikatakan bahawa tidak pernah sebuah pun dari masjid-masjid dan surau

Page 61: SYARIAH 2011

ini yang tidak pernah dikunjunginya sendiri samaada untuk tujuan pantauan

mahupun beribadah sekurang-kurangnya tiga kali. Dalam masa yang sama juga,

beliau banyak dijemput ke masjid-masjid disekitar Negeri Sembilan bagi

menyampaikan kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama. Beliau juga dikatakan

mengadakan kelas-kelas untuk pengajian fiqh dan tasauwwuf di Rasah, Negeri

Sembilan seminggu 2 hingga tiga kali dan di Melaka sebulan sekali.

Semasa beliau bergelar Imam Besar, bagi Sheikh Murtadza, pemegang tampuk

pemerintahan masjid sepertinya adalah amat dilarang mencampur adukkan

pentadbiran masjid dengan perkara-perkara yang berkaitan politik. Pentadbiran juga

hendaklah berteraskan syiar Islam dan kehendak syara‟ bukan mengikut acuan

politik semasa.63

3.2.4 Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

Mufti merupakan suatu jawatan penting dalam kelompok masyarakat. Ia

bertanggungjawab sebagai pakar rujuk dalam menyelesaikan masalah umat Islam

serta menjawab segala kemusykilan agama yang ditimbulkan. Justeru itu, seseorang

yang mengisi jawatan ini perlulah dilengkapi dengan ilmu agama yang tinggi,

bersahsiah mulia serta dihormati oleh masyarakat.64

Setelah beberapa lama mengharungi onak duri perjalanan dakwah yang bersulam

jerih payah, keutuhan iman beliau telah diuji untuk sekian kalinya apabila beliau

telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi mufti bagi kerajaan Negeri Sembilan

pada tahun 1987. Perlantikannya sebagai mufti pada waktu itu adalah bagi

menggantikan Sheikh Mohd Hassan bin Sail yang ketika itu merupakan mufti kedua

Page 62: SYARIAH 2011

Negeri Sembilan telah bersara dari jawatannya akibat keuzuran. Bermula pada tahun

1987, Sheikh Murtadza dengan rasminya telah dilantik menjadi mufti bagi Kerajaan

Negeri Sembilan dan beliau telah di lantik menjadi mufti oleh Yamtuan Besar Negeri

Sembilan, Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj.65

Antara sumbangan terbesar beliau sepanjang penglibatannya di dalam kerajaan dan

masyarakat adalah ketika beliau menjawat jawatan mufti di Negeri Sembilan Darul

Khusus. Bermula pada tahun 1996, beliau diantara individu yang begitu kuat

berusaha untuk memisahkan Jabatan Mufti daripada Jabatan Agama Islam Negeri

Sembilan bagi member kuasa penuh kepada Jabatan Mufti pada waktu itu untuk

memutuskan sesuatu perkara dalam sesuatu permasalahan.

Usaha beliau untuk mengkhususkan Jabatan Mufti menjadi satu jabatan rasmi

akhirnya berjaya apabila pada tahun 1997, Jabatan Mufti telah diputuskan oleh

kerajaan negeri untuk dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam dan menjadi satu

jabatan khusus pertama bagi Jabatan Mufti di Malaysia. Kejayaan beliau telah

memberikan impak yang besar pada Jabatan Mufti negeri-negeri lain apabila setelah

Jabatan Mufti Negeri Sembilan diasingkan dari pada Jabatan Agama Islam, perkara

tersebut telah diikuti oleh semua negeri-negeri di Malaysia66.

Tahun 1998 mencatat sejarah apabila pada tahun itu, Sheikh Murtadza telah

menubuhkan Unit Terjemahan didalam Jabatan Mufti bagi menterjemah kitab-kitab

pengajian hasil karangan ulama‟-ulama‟ tersohor zaman dahulu dan ulama‟ pada

masakini ke dalam bahasa melayu untuk diajarkan di masjid-masjid sekitar Negeri

Sembilan67. Tujuan utama beliau menubuhkan unit ini adalah bagi memudahkan

rakyat Negeri Sembilan khususnya untuk memahami dan mempelajari ilmu-ilmu

feqah seterusnya menjadikannya amalan didalam kehidupan seharian mereka dan

Page 63: SYARIAH 2011

secara tidak langsung akan membentuk sebuah masyarakat Islam yang mengamalkan

Islam secara syumul.

Kesan daripada penubuhan unit ini di jabatan mufti, beberapa kitab telah berjaya

diterjemahkan kedalam bahasa melayu antaranya adalah Manhaj Fiqh Al-Syafi’ie

yang dikarang oleh tiga ulama terkenal iaitu Dr. Mustafa Al-Khin dan Dr. Mustafa

Al-Bugha „Ali Al-Sharbaji. Proses penterjemahan kitab ini hampir berjaya

sepenuhnya kerana pada hari ini kitab ini telah berjaya di terjemahkan ke dalam

bahasa melayu sebanyak enam jilid yang berkisar tentang hukum hakam Islam

seperti waqaf, faraidh, zakat dan puasa, bersuci dan solat, haji dan umrah, nikah,

cerai, nusyuz dan iddah, nazar, berburu, sembelihan , aqiqah, nazar, bersumpah dan

hukum hakam yang berkaitan dengan Islam. Buku-buku lain yang dihasilkan

antaranya juga ialah kitab Talqin, yang diterbitkan bagi memudahkan masyarakat

awam khususnya organisasi masjid dan surau di sekitar Negeri Sembilan dan

menutup tuduhan yang mengatakan haram bertalqin pada orang yang telah

meninggal dunia. Unit ini juga telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku kajian

mengenai ulamak iaitu Tokoh Ulama Silam; Dato Haji Hassan Bin Haji Sail dan

Dato Haji Burhanudin Bin Haji Taha dan sebagainya.

Sumbangan beliau terhadap syariah semakin jelas dapat dilihat apabila beliau telah

mengusulkan cadangan penubuhan Enakmen Tarikat kepada Dato‟ Dr. Abdullah

Md. Zin yang pada waktu itu memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri bagi memantau pergerakkan tarikat-tarikat yang bergiat aktif di dalam

Negeri Sembilan. Cetusan idea penubuhan enakmen ini terhasil daripada pengalaman

beliau semasa di Mesir. Universiti Al-Azhar pada waktu itu telah menubuhkan

Page 64: SYARIAH 2011

sebuah majlis pemantau tarikat-tarikat sekitar mesir yang diberi nama majlis Al-

A’ala68.

Tujuan pengusulan cadangan penubuhan enakmen ini juga adalah bagi memastikan

ajaran yang dipraktikkan didalam tarikat yang di amalkan di sekitar Negeri Sembilan

mengikut prosedur dan ajaran Islam yang betul dan tidak menyeleweng daripada

ajaran Islam yang sebenarnya. Hal ini kerana pada waktu itu terlalu banyak tarikat

yang diamalkan di Negeri Sembilan dan kebanyakkan darinya tidak diketahui akan

kebenaran dan ketulenan sumbernya.

Hasil daripada usahanya bersama-sama individu yang lain, akhirnya tertubuhlah

enakmen ini pada tahun 2004 dan berkuatkuasa pada tahun 2005. Penubuhan

enakmen ini juga adalah penubuhan pertama didalam Malaysia pada waktu itu dan

Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang menggunakan enakmen ini69. Kesan

daripada penubuhan enakmen ini oleh beliau di Negeri Sembilan, enakmen ini turut

di tubuhkan di setiap negeri di Malaysia dan dikuatkuasakan serta merta menjadi

undang-undang didalam setiap negeri.

Sumbangan beliau semasa menjawat jawatan mufti ketika itu bukan sahaja tertumpu

didalam urusan pejabat sahaja dan semata-mata demi kepentingan Jabatan Mufti,

malah sumbangan beliau kepada masyarakat begitu besar nilanya sekiranya di ukur

dari segenap aspek. Semasa beliau bergelar mufti di Negeri Sembilan, beberapa

fatwa telah diwartakan secara rasmi didalam perlembagaan Negeri Sembilan.

Diantara fatwa terbaru yang digezetkan adalah kebenaran bersolat fardhu Jumaat

didalam kem Pusat Latihan Khidmat Negara atau singkatannya PLKN. Fatwa ini

mula di kuatkuasakan pada tahun 2008 akan tetapi ianya ditarik balik selepas itu di

atas sebab-sebab tertentu.70

Page 65: SYARIAH 2011

Di antara fatwa-fatwa yang digazetkan semasa beliau menjadi mufti bermula pada

tahun 1994 sehingga tahun 2004 adalah seperti berikut :

1) Pengharaman Aurad Muhammadiah.

Pada tarikh 4 Ogos 1994, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah memutuskan bahawa

ajaran Ust Hj. Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai “Abuya” yang pada

ketika itu mengetuai Jemaah Al-Arqam;

Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan

aqidah dan Syariah Islamiyah serta boleh mengelirukan hanya merujuk kepada

Kumpulan Darul Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-

fahaman yang terkandung didalam buku yang bertajuk “ Aurad Muhammadiah

Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan ” dan “ Manaqib (Riwayat

Hidup) Sheikh Muhammad Abdullah Bin Suhaimi ” kerana ia merupakan suatu

kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta

boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.71

2) Pengharaman Buku-buku dan Risalah Ajaran Sesat.

Pada tarikh 20 Jun 1996, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah

menfatwakan bahawa ; Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang

kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan

risalah-riasalah berikut :

a. Qamar Al-Huda

b. Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh,

c. Risalah Kesufian – Anjuran Baharin Salleh,

Page 66: SYARIAH 2011

d. Sebaik-baik Makrifah Yang Dipertujukkan Bagi Hati,

(selepas ini disebut secara kolektif sebagai “buku-buku dan risalah tersebut”) adalah

menyalahi aqidah Islam dan menyesatkan.72

3) Talqin.

Pada tarikh 11 September 1997, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menfatwakan

bahawa ;

1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ikhtidar (hampir

mati) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa didalam ikhtidar (hampr mati) maka sunat diajarkannya mengucap dua

kalimah syahadah iaitu La Ilaha Illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan

maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku

Muhammad s.a.w. hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang ;

a. Membid‟ahkan manamana orang lain yang membacakan talqin kepada

mayat,

b. Memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat

adalah dilarang,

c. Menyiar, menyebar, menghebah atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun

bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

Page 67: SYARIAH 2011

4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin, atau

penyokong mana-mana kumpulan orang yang dilarang didalam perenggan 3.73

4) Zakat Pendapatan

Pada tarikh 2 Julai 1998, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menfatwakan bahawa;

Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang

Islam yang layak bagi seluruh Negeri Sembilan.74

5) Risalah “Tiang Ugama” Menyalahi Aqidah Islam

Pada tarikh 25 November 1999, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menfatwakan

bahawa ;

1. Risalah “Tiang Ugama” (risalah tersebut) adalah menyalahi aqidah Islam.

2. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang ;

a. Mengajar, mempelajari, mengamal, menyebar atau berpegang kepada ajaran-

ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam risalah tersebut,

b. Memiliki, mencetak, menerbitkan, menyiarkanm menyebarkan atau

mengedarkan dengan apa-apa jua cara sekalipun rsalah tersebut termasuklah

dalam-

I. Apa-apa versi atau variasinya;

II. Apa-apa terjemahannya kedalam mana-mana bahasa,

Page 68: SYARIAH 2011

III. Apa-apa bahan publisiti atau media,

IV. Apa-apa bentuk termasuk melalui bahan cetak atau eletronik atau sebaliknya,

3. Mana-mana orang adalah dilarang membantu dengan apa jua cara orang atau

kumpulan orang yang disebut didalam peranggan 2.75

Fatwa-fatwa di atas adalah di antara fatwa-fatwa yang telah diwartakan di Negeri

Sembilan semasa beliau memegang jawatan sebagai mufti bagi kerajaan Negeri

Sembilan selama 19 tahun sejak tahun 1992 sehingga penghujung tahun 2008.

Disamping itu, sumbangan beliau juga dapat dilihat dalam konteks pembukuan

amalan-amalan harian. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau telah mengarahkan

penerbitan buku Yassin beserta doa-doa yang dibenarkan untuk diedarkan di seluruh

Negeri Sembilan.

Setelah selesai pembukuan Yassin beserta doa-doa itu, beliau telah membukukan

pula buku mengenai Zikir-zikir Harian bagi memudahkan seluruh masyarakat Islam

khususnya di Negeri Sembilan mengamalkan zikir didalam kehidupan seharian

mereka dan secara tidak langsung pengamalan zikir ini dapat membentuk suasana

Islam yang sebenar didalam kehidupan seharian mereka.

Sumbangan Sheikh Murtadza kadangkala bersifat praktikal semasa beliau menjadi

mufti. Sifat zuhud dan bertanggungjawab yang berada didalam dirinya dapat dilihat

dengan jelas semasa beliau bergelar mufti. Penulis mengatakan demikian kerana,

semasa beliau menjadi mufti, sebarang permasalahan akan di bahagikan kepada

setiap bahagian dan unit-unit rasmi bagimenyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Akan tetapi, sekiranya permasalahan yang terjadi tidak mampu diselesaikan oleh

Page 69: SYARIAH 2011

unit-unit atau bahagian-bahagian yang bertanggungjawab, beliau sendiri akan turun

padang bagi menyelesaikan permasalahan tersebut76.

Situasi seperti ini amatlah sukar dilihat pada hari in melainkan sewaktu kempen

mengundi bagi pilihanraya dimana kebanyakan calon pemimpin akan berlumba-

lumba turun padang bagi memberikan bantuan berbentuk tenaga, sumbangan atau

lawatan semata-mata bagi meraih undi dan untuk kepentingan peribadi bukanlah

kerana kesungguhan untuk memberikan bantuan.

Page 70: SYARIAH 2011

BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar)

mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya

Allah mengasihi dan mengampuni dosa-

dosamu." Allah Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang.

(Ali Imran : 31)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan yang menciptakan sekelian alam,

serta selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan seluruh

ahli keluarganya, sahabat-sahabat baginda, tabi‟ tabie‟ien, saf-saf ulamak, dan

seterusnya kepada seluruh ahlul bayt. Tidak lupa juga kepada semua umat Islam

seluruhnya. Alhamdulillah.

Pertama-tamanya di awal kalam, penulis ingin memanjat dan merafa‟kan kesyukuran

kepada Allah s.w.t di atas kurniaan dan rahmatnya, dapat penulis menyiapkan

tugasan latihan ilmiah ini bagi mengulas dan memperincikan dengan lebih lanjut

tajuk yang telah diberikan kepada penulis bagi latihan ilmiah ini iaitu sumbangan

Syeikh Murtadza dalam bidang Syariah di Negeri Sembilan.

Page 71: SYARIAH 2011

Ucapan terima kasih buat semua yang telah banyak membantu penulis bagi

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada kedua ibu bapa penulis iaitu ibunda tercinta Hajjah Zaini Fitriyah

Bte Zainol Abidin dan ayahanda tercinta Haji Abdul Basit bin Wahab kerana banyak

memberikan dorongan, semangat dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, ingin sekali lagi penulis mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada penyelia bagi tugasan ini iaitu Ustaz Shuhadak bin Mahmud kerana

telah banyak memberi dorongan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang tidak

terhingga kepada penulis sehingga dapat penulis menyiapkan latihan ilmiah ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua sahabat-sahabat yang banyak

memberi bantuan dari segi fizikal dan mental terutamanya kepada saudara Mohd

Aimanuddin bin Rozli, Saudara Syakir bin Shaili, Saudari Nur Iliyana bte Mohd

Yusoff, dan seterusnya kepada semua sahabat-sahabat yang banyak memberi

bantuan dan nasihat kepada penulis sehingga dapat penulis menyiapkan tugasan ini

dengan sempurna. Tanpa bantuan anda semua, pasti penulis akan mengalami

kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.

Bermula dari Oktober 2010 hingga ke hari ini, akhirnya penulis telah berjaya

menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Berbagai ilmu, pengalaman dan

pengajaran yang dapat penulis perolehi dalam menyiapkan tugasan ini. Apa yang

dapat penulis simpulkan disini, hasil yang diperoleh setelah penelitian serta

pengkajian yang dibuat secara terperinci oleh penulis, sedikit sebanyak telah

membantu diri yang lemah lagi daif ini untuk memahami, seterusnya membuat

penilaian lebih lanjut berkenaan dengan topik yang telah diamanahkan kepada

Page 72: SYARIAH 2011

penulis iaitu sumbangan Syeikh Murtadza dalam bidang Syariah di Negeri Sembilan.

Selanjutnya, penulis akan menyenarai dan menerangkan dengan lebih terperinci

berkaitan dengan bab-bab yang terdapat didalam latihan ilmiah ini.,

Penulis terlebih dahulu membahaskan dengan lebih terperinci berkenaan dengan

latar belakang masalah, iaitu berkenaan masalah yang mungkin timbul dan sebarang

kekangan sepanjang penulisan ini dibuat dan sebagainya. Selain itu, didalam bab

satu juga penulis menyatakan objektif kajian atau dengan kata lain tujuan kajian ini

dilakukan, hipotesis kajian, skop kajian serta pelbagai metodologi penyelidikan

antaranya metode penentuan subjek, metode pengumpulan data, kajian melalui

lapangan dengan melakukan wawancara bersama Sheikh Murtadza bin Sheikh

Ahmad sendiri, pekerja-pekerja yang pernah berkhidmat dibawah seliannya, dan

beberapa orang yang pernah menghadiri majlis ilmu bersamanya.

Setelah menggunakan metode-metode yang dinyatakan diatas maka lengkaplah apa

yang perlu ada pada latihan ilmiah.

4.2 Rumusan

Allah s.w.t. berfirman :

Page 73: SYARIAH 2011

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang

Allah berikan kepadanya Al kitab, hikmah dan

kenabian, lalu dia Berkata kepada manusia:

"Hendaklah kamu menjadi penyembah-

penyembahku bukan penyembah Allah." akan

tetapi (Dia berkata): "Hendaklah kamu

menjadi orang-orang rabbani, Karena kamu

selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan

kamu tetap mempelajarinya.

( Ali Imran : 79 )

Ulamak adalah merupakan golongan yang mewarisi risalah yang telah dibawa oleh

Rasulullah s.a.w. Daripada merekalah umat Islam hari ini dapat mendalami fisiologi

ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi dengan lebih mendalam dan terperinci. Golongan ini

juga merupakan diantara tonggak utama dalam membina teras-teras insan bagi

memperjuangkan syiar islam di muka bumi ini. Hari ini dapat kita perhatikan

kebangkitan roh-roh jihad didalam diri para mujahid yang begitu utuh sehingga

menghasilkan jiwa-jiwa baru yang berani, segar dan berilmu hasil daripada didikan,

asuhan, dan pentarbiyahan seorang hamba yang bergelar ulamak.

Seperti yang dapat kita perhatikan pada masa kini, kebangkitan rakyat di Palestin

dalam memerangi rejim Zionis sejak tahun 1942 hingga kini adalah kerana

perjuangan mereka bertulang belakangkan para ulamak sufi dan moden seperti As-

Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Ar-Raniri, Dr. Muhammad Rashid Redha, Sheikh Haji

Husaini dan ramai lagi. Begitu juga dengan banyak negara-negara Islam lain.

Di Mesir, sumber mengatakan bahawa, kejatuhan pemerintahan kuku besi perdana

menteri Mesir, Hosni Mubarak juga antara faktor utamanya adalah disebabkan fatwa

Syeikh Yussuf Al-Qardhawi selain kezaliman beliau sendiri dan kesan daripada

tumbangnya kerajaan Tunisia dibawah pemerintahan kuku besi perdana menterinya

Page 74: SYARIAH 2011

iaitu Zainal Abidin bin Ali. Fatwa daripada As-Syeikh Yusuf Qardhawi mengatakan

bahawa sekiranya mati ketika tunjuk perasaan dilakukan bagi menolak pemerintahan

Hosni Mubarak, maka kematian itu adalah syahid. Berikutan fatwa yang di

keluarkan oleh ulama besar ini, ia menjadi diantara punca-punca terbesar

bersemaraknya keberanian rakyat Mesir dalam menentang pemerintahan Hosni

Mubarak sehinggah kejatuhan beliau yang di isytiharkan sendiri oleh Timbalannya

iaitu Omar Sulaiman pada 13 Februari 2011 sehari selepas Hosni Mubarak

menyatakan keengganannya untuk turun daripada jawatan yang disandangnya.

Daripada beberapa epilog perjuangan yang telah penulis paparkan, dapatlah kita

melihat bahawa ulama merupakan suatu aset yang amat penting bagi umat Islam

masa kini dalam mempertahankan kedaulatan Islam yang kian terancam dengan

pelbagai ancaman daripada golongan kuffar yang senantiasa mengimpikan akan

kejatuhan agama Allah s.w.t. di muka bumi ini.

Berbalik kepada fokus utama perbahasan dalam latihan ilmiah ini, tokoh yang dikaji

penulis juga tidak kurang hebatnya dalam memperjuangkan syiar Islam di tanah air

ini khususnya di Negeri Sembilan Darul Khusus. Berbagai sumbangan yang telah

diberikan olehnya ketika berkerja dibawah seliaan kerajaan Negeri Sembilan dan

juga selepas bersara. Sumbangan dari sudut ilmiah dan pentarbiyahan adalah

sumbangan yang terbesar yang dilakukan oleh beliau. Bermula dari alam

persekolahan ketika bergelar guru, kemudian ketika bergelar imam dan qadhi dan

terakhir ketika beliau bergelar mufti, sumbangan yang diberikan olehnya dari

berbagai sudut begitu banyak dan tidak ternilai harganya.

1. Secara ringkasnya, ketokohan Sheikh Murtadza begitu jelas dapat dilihat oleh

sesiapa yang mengenalinya seperti penulis sendiri. Beliau begitu banyak

Page 75: SYARIAH 2011

mencurahkan ilmu kepada masyarakat sekeliling terutamanya kepada mereka

yang bernah berguru dengannya dengan bermacam jenis ilmu seperti fiqh,

hadis, tafsir Al-Quran, sirah Nabawiyah dan sebagainya.

2. Kemahiran beliau dalam menyampaikan ilmu begitu menyerlah dan amat

berkesan kerana penyampaian beliau amat ringkas dan padat tetapi mudah

diserap dan difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ini kerana

beliau sering menyelitkan jenaka, sirah-sirah dan cerita yang menyebabkan

pendengar tidak akan bosan dan sentiasa bersemangat untuk mendengar

pengajarannya.

3. Pengalaman dan ilmunya yang begitu banyak menebabkan penulis begitu

kagum kepada beliau kerana beliau tidak pernah bermegah-megah dengan

kelebihan yang ada padanya dikhalayak ramai malah sifat rendah diri dan

tawaduk sentiasa jelas kelihatan padanya biarpun beliau merupakan tuan guru

yang disegani ramai.

Semoga dengan sempurnanya latihan ilmiah ini, kita dapat mengambil sedikit

pengajaran untuk dijadikan pedoman serta panduan hidup dalam berhadapan dengan

masa depan yang semakin mencabar dari semasa ke semasa

4.3 Cadangan dan Saranan

Penulis sangat berharap dengan terhasilnya latihan ilmiah ini sedikit sebanyak dapat

membantu menambahkan sumber rujukan kepada Akademi Islam khususnya dalam

bidang Syariah. Penulis juga berharap agar latihan ilmiah ini sedikit sebanya dapat

menambahkan bahan bacaan di Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Page 76: SYARIAH 2011

Selangor sebagai panduan dan rujukan kepada mahasiswa dan seluruh pengunjung

perpustakaan tersebut.

1. Penulis amat berharap dengan terhasilnya latihan ilmiah ini, dapat

menyedarkan banyak pihak akan usaha-usaha ulamak-ulamak pada hari ini

dalam mengembangkan syiar Islam khususnya di Tanah Melayu ini sedar

dapat menilai sendiri akan keikhlasan para ulamak dalam menegakkan

hukum-hukum Allah s.w.t di muka bumi ini selain cuba untuk mengambil

tahu akan latar belakang tokoh-tokoh ini secara lebih mendalam.

2. Penulis berharap agar dengan terhasilnya latihan ilmiah ini dapat

menambahkan lagi koleksi bacaan umum khususnya berkaitan dengan tokoh

ternama yang telah banyak berjasa dalam mengembangkan syiar Islam di

tanah air dan juga nusantara

3. Penulis berharap agar latihan ilmiah ini akan menjadi dokumentasi sejarah

dan sumber rujukan yang penting kepada generasi akan datang untuk

mengetahui betapa ulamak juga berperanan penting dalam proses

pembangunan negara terutamanya dari aspek siasah diri dan kerohanian

ummah.

4. Penulis berharap agar latihan ilmiah ini dapat membuatkan para pembaca

dapat mencontohi semangat juang para ulamak dalam memperkasakan

ummah dan agama Islam bagi memastikan agama suci ini terus berdaulat

disamping dapat memberi sumbangan yang berkesan terhadap perkembangan

dan kemajuan dakwah Islamiah di nagara ini melalui buah pemikiran dan

perjuanagn yang pernah dipelopori oleh tokoh yang dikaji penulis.

5. Beberapa langkah awal boleh diambil untuk memperkembangkan lagi

pengetahuan berkenaan tokoh seperti ini, dimana kita boleh memaparkan

Page 77: SYARIAH 2011

secara langsung atau tidak langsung mengenai latar belakang, sumbangan dan

karya beliau di tempat awam seperti di masjid, surau, perpustakaan, kolej,

universiti dan tempat-tempat lain yang menjadi tumpuan orang ramai.

6. Penulis juga berharap agar segala-galanya mengenai tokoh ini dapat

didokumentasikan dan di dokumentarikan di media massa seperti di

televisyen dan internet agar dapat dijadikan contoh dan pengajaran bagi

masyarakat seluruh tanah air.

7. Melakukan atau membuat program-program yang dapat memperkenalkan

tokoh-tokoh dahulu dan masa kini seperti Syeikh Murtadza secara lebih

mendalam kepada masyarakat Islam di Malaysia

8. Pihak media cetak seperti surat khabar dan majalah boleh menyediakan satu

ruangan khas bagi menceritakan kisah-kisah dan latar belakang tokoh-tokoh

ilmuan.

9. Pihak kerajaan sendiri seharusnya memandang serius terhadap masalah

kekurangan dan kesempitan sumber pengetahuan berkaitan tokoh-tokoh

ilmuan malah mereka perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi

masalah tersebut.

Penulis berdoa agar Allah s.w.t memberkati segala usaha ulamak yang kita sanjung

sekarang dan semoga kita juga sentiasa berada pada landasan yang sama seperti

mana yang dipelopori oleh tokoh ini. Akhir kata, sebagai sebuah kajian awal, sudah

tentu terdapat banyak kelemahan dan kekurangan didalam latihan ilmiah ini yang

tersendiri. Hanya kepada Allah s.w.t dipohon hidayah dan taufik-Nya.

Page 78: SYARIAH 2011

BIBILIOGRAFI

a. Buku.

1. Mohd Hishamuddin Bin Mansur. Tokoh Ulamak : Dato; Haji Hassan Bin

Haji Sail. 2010. Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

2. Fatini Yaacob Natrah.2010. Natrah Cinta, Rusuhan, Air Mata. Universiti

Teknologi Malaysia: UTM.

3. Damien Cash. 2001. Suez crisis. The Oxford Companion to Australian

History. Ed. Graeme Davison, John Hirst and Stuart Macintyre. Oxford

University Press.

4. Sunarto, Ahmad. 2002. Terjemah Hadits Shahih Muslim (Kitab Iman: Iman,

Islam dan Ihsan. Bandung. Penerbit Husaini Publication Sdn. Bhd.

5. Siti Adnon Haji Abd Wahid. Tokoh Ulamak; Dato Haji Burhanudin Bin

Taha. 2008. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Hlm 36.

6. Unit Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri 1994-2004. 2007. Jabatan Mufti

Negeri Sembilan Darul Khusus. Hlm 1.

b. Buku Arab

1. Muhammad Bin Makram Bin Manzur. Lisan Al-Arab. Jilid 8. Hlm 98. Dar

As-Sodir. Beirut

2. Soleh Bin Abdul Aziz Bin Muhammad Bin Ibrahim. Mausu’ah al-Hadis As-

Syarif Al-Kutub As-Sittah. Jami‟ Tirmizi. Rujukan 39 – al-ilm. Bab 17-19. No

2682. Hlm 1922. Riadh. Arab Saudi.

Page 79: SYARIAH 2011

3. Doktor Muhammad Fuad bin Muhammad Suari. Al-Madkhal Ila Dirosah al-

Fiqh Al-Islami. 2008. Edisi ke-2. Hlm 2. IIUM Press. Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia.

4. Muhammad Ali As-Sayis. Tarikh Al-Fiqh Al-Islami. 1999. Hlm 21. Darul

Fikr. Beirut.

5.

c) Laman Sesawang

1. Biodata Mufti Negeri Sembilan.

2009.http://akubukanyangterbaik.blogspot.com/2009/11/dato-haji-murtadza-

bin-haji-ahmad-mufti.html

2. Madrasah Al-Attas al-Arabiah Johor. 2010.

http://members.tripod.com/alattas_johor/pengenalan.htm. 5 Januari

3. TARIQAT AL-JA'FARIYYAH AL-AHMADIYYAH AL-

MUHAMMADIYYAH MALAYSIA . Bibliografi Syeikh Soleh Al-Ja’fari

Al-Husaini r.a. 2009. 14 Mac.

http://abnajaafariyyah.blogspot.com/2009/03/bibliografi-syeikh-soleh-al-

jafari-al.html

4. Mufti. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mufti

5. Ihsan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ihsan

6. Qadhi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Qadi

7. Imam. http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam

Page 80: SYARIAH 2011

d) Temubual

1. Sheikh Haji Murtadza Bin Sheikh Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan

(Tokoh).

2. Al-Fadhil Ustaz Syaiful Nizam, Ketua Unit Tarikat, Jabatan Mufti Negeri

Sembilan.

3. Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Taslim, Imam Dua Masjid Negeri Sembilan.

4. Al-Fadhil Ustaz Abdul Basit Bin Abdul Wahab, Pegawai Hal Ehwal Agama

Islam Daerah Lenggeng, Negeri Sembilan

Page 81: SYARIAH 2011

LAMPIRAN

( ketika di Mesir Bersama Sahabat Seperjuangan )

( Bersama Meraikan Kemenangan Pasukan Bola Sepak yang di sertainya Di Mesir )

(Sijil PMRAM)

( Ketika di Maahad Al-Mahshori )

( Di Singapura Bersama Keluarga Bapa Saudara )

( ketika Sesi Temu Bual Di Rumahnya di Rasah )

(Sheikh Soleh Al-Ja‟faari)

Page 82: SYARIAH 2011

(Diantara Majalah-Majalah dalam dan luar negara yang berkaitan dengan Sheikh

Murtadza)

Page 83: SYARIAH 2011

1Soleh Bin Abdul Aziz Bin Muhammad Bin Ibrahim. Mausu’ah al-Hadis As-Syarif

Al-Kutub As-Sittah. Jami‟ Tirmizi. Rujukan 39 – al-ilm. Bab 17-19. No 2682. Hlm

1922. Riadh. Arab Saudi.

Page 84: SYARIAH 2011

2Muhammad Bin Makram Bin Manzur. Lisan Al-Arab. Jilid 8. Hlm 98. Dar As-

Sodir. Beirut

Page 85: SYARIAH 2011

3Soleh Bin Abdul Aziz Bin Muhammad Bin Ibrahim. Mausu’ah al-Hadis As-Syarif

Al-Kutub As-Sittah. Jami‟ Tirmizi. Rujukan 39 – al-ilm. Bab 17-19. No 2682. Hlm

1922. Riadh. Arab Saudi.

Page 86: SYARIAH 2011

4Temubual bersama Sheikh Murtadza. Mantan Mufti Negeri Sembilan.

Rasah.Negeri Sembilan Darul Khusus pada 7 Oktober 2010. Jam 11.10 pagi.

Page 87: SYARIAH 2011

5Dato Hj. Hassan bin Hj. Sail atau lebih dikenali sebagai sheikh Hassan Sail, telah

dilahirkan pada 16 Ogos 1922 di kampong Pulau Bukit, Chengkau, Rembau Negeri

Sembilan dan meninggal dunia pada 1992. Beliau merupakan mantan Mufti kedua

kerajaan Negeri Sembilan yang bermula pada tahun 1969 sehingga 1992.

Mohd Hishamuddin Bin Mansor. Tokoh Ulama Dato’ Haji Abu Hassan Bin Haji

Sail. 2010. Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Page 88: SYARIAH 2011

6Ibid. Temubual

Page 89: SYARIAH 2011

7Biodata Mufti Negeri Sembilan. 2009.

http://akubukanyangterbaik.blogspot.com/2009/11/dato-haji-murtadza-bin-haji-

ahmad-mufti.html

Page 90: SYARIAH 2011

8Nadra Maarof atau nama Belanda, Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita

keturunan Belanda yang menyebabkan berlakunya Rusuhan Natrah di Singapura

pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana Nadra secara mudahnya di murtadkan

oleh mahkamah Singapura melalui ayahnya dan menyebabkan perkara tersebut

berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya

Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen,

Belanda.

Fatini Yaacob Natrah.2010. Natrah Cinta, Rusuhan, Air Mata. Universiti Teknologi

Malaysia: UTM.

Page 91: SYARIAH 2011

9Ibid. temubual.

Page 92: SYARIAH 2011

10Madrasah Al Attas, Johor, dibina oleh Al Habib Hassan bin Ahmad Al Attas

pada tahun 1913, terletak di atas bukit Timbalan, Johor Baharu. Memulakan sesi

pembelajarannya dengan bermula 80 orang pelajar. Mudirnya yang pertama adalah

Tuan Hj Ahmad Gusti dibantu oleh YM Tuan Syed Alwi bin Ahmad Al Attas dan

Tuan Syeikh Arafat Mansor dari Kaherah Mesir.

Madrasah Al-Attas al-Arabiah Johor. 2010.

http://members.tripod.com/alattas_johor/pengenalan.htm. 5 Januari

Page 93: SYARIAH 2011

11Ibid. temubual

Page 94: SYARIAH 2011

12Ibid. Temubual.

Page 95: SYARIAH 2011

13(Perang Sinai) Krisis Suez (bahasa Arab: الثالثي العدوان - السويس أزمة ʾAzmat al-

Sūwais/Al-ʿIdwān al-Thalāthī '; bahasa Perancis: Crise du canal de Suez; bahasa

Ibrani: קדש מבצע Kadesh, atau סיני מלחמת, Perang Sinai) adalah serangan militer

Britania Raya, Perancis dan Israel terhadap Mesir yang dimulai pada tanggal 29

Oktober 1956. Serangan ini dilancarkan kerana pada tanggal 26 Julai 1956, Mesir

menasionalisasikan Terusan Suez setelah tawaran Britania Raya dan Amerika

Serikat untuk mendanai pembangunan Bendungan Aswan dicabut.

Damien Cash. 2001. Suez crisis. The Oxford Companion to Australian History. Ed.

Graeme Davison, John Hirst and Stuart Macintyre. Oxford University Press.

Page 96: SYARIAH 2011

14Biodata Mufti Negeri Sembilan. 2009.

http://akubukanyangterbaik.blogspot.com/2009. Op.cit.

Page 97: SYARIAH 2011

15Nama beliau ialah Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai‟e

yang bersambung keturunannya dengan Saiyidina Jaafar As-Sodiq bin Muhammad

Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib

suami Saidatina Fatimah Az-Zahra‟ binti Rasulullah s.a.w.

Kelebihan Syeikh Soleh di sini ialah beliau berasal dari keturunan Saidina Husain

manakala sanad tariqatnya dari Saidina Hasan. TARIQAT AL-JA'FARIYYAH AL-

AHMADIYYAH AL-MUHAMMADIYYAH MALAYSIA . Bibliografi Syeikh

Soleh Al-Ja’fari Al-Husaini r.a. 2009. 14 Mac.

http://abnajaafariyyah.blogspot.com/2009/03/bibliografi-syeikh-soleh-al-jafari-

al.html

Page 98: SYARIAH 2011

16Ibid. Temubual

Page 99: SYARIAH 2011

17Ibid. Temubual

Page 100: SYARIAH 2011

18 Biodata Mufti Negeri Sembilan. 2009.

http://akubukanyangterbaik.blogspot.com/2009. Op.cit.

Page 101: SYARIAH 2011

19 Mufti. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mufti

Page 102: SYARIAH 2011

20Ibid. Temubual

Page 103: SYARIAH 2011

21Soleh Bin Abdul Aziz Bin Muhammad Bin Ibrahim. Mausu’ah al-Hadis as-Syarif

Al-Kutub As-Sittah. Jami‟ Tirmizi. Rujukan 39 – al-ilm. Bab 4-8. No 2652. Hlm

1919. Riadh. Arab Saudi.

Page 104: SYARIAH 2011

22Sunarto, Ahmad. 2002. Terjemah Hadits Shahih Muslim (Kitab Iman: Iman, Islam

dan Ihsan. Bandung. Penerbit Husaini Publication Sdn. Bhd.

Page 105: SYARIAH 2011

23Sunarto, Ahmad. 2002. Terjemah Hadits Shahih Muslim (Kitab Iman: Iman, Islam

dan Ihsan. Bandung. Penerbit Husaini Publication Sdn. Bhd.

Page 106: SYARIAH 2011

24Ibid

Page 107: SYARIAH 2011

25Ibid.

Page 108: SYARIAH 2011

26Ihsan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ihsan

Page 109: SYARIAH 2011

27Temubual bersama Ust Abdul Basit. Pegawai Hal Agama Islam daerah Lenggeng.

Paroi. Seremban. Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada 23 Oktober 2010 jam 9.20

pagi

Page 110: SYARIAH 2011

28Ibid. Temubual bersama Ust Abdul Basit.

Page 111: SYARIAH 2011

29Ibid. Temubual bersama Sheikh Murtadza.

Page 112: SYARIAH 2011

30Ibid. Temubual bersama Ust Abdul Basit.

Page 113: SYARIAH 2011

31Muhammad Bin Makram Bin Manzur. Lisan Al-Arab. Jilid 8. Hlm 185. Dar As-

Sodir. Beirut

Page 114: SYARIAH 2011

32Doktor Muhammad Fuad bin Muhammad Suari. Al-Madkhal Ila Dirosah al-Fiqh

Al-Islami. 2008. Edisi ke-2. Hlm 2. IIUM Press. Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia.

Page 115: SYARIAH 2011

33Ibid. Hlm 3

Page 116: SYARIAH 2011

34Ibid. hlm 6-7

Page 117: SYARIAH 2011

35Ibid. hlm 7

Page 118: SYARIAH 2011

36Iktikadiyyah atau Batiniyyah adalah hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan

keimanan.

Page 119: SYARIAH 2011

37Amaliyyah bermaksud hal- hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat,

munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau

perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan

Allah s.w.t., sesama manusia, dan alam lain

Page 120: SYARIAH 2011

38Akhlakiyyah adalah sesuatu yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral

manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bernegara

Page 121: SYARIAH 2011

39Ibid. hlm 47-48

Page 122: SYARIAH 2011

40Ibid. hlm 29.

Page 123: SYARIAH 2011

41ibid. hlm 10.

Page 124: SYARIAH 2011

42Ibid.

Page 125: SYARIAH 2011

43Ibid.

Page 126: SYARIAH 2011

44Ibid. hlm 20

Page 127: SYARIAH 2011

45Ibid. Hlm 20

Page 128: SYARIAH 2011

46Muhammad Ali As-Sayis. Tarikh Al-Fiqh Al-Islami. 1999. Hlm 21. Darul Fikr.

Beirut.

Page 129: SYARIAH 2011

47Muhammad Ali As-Sayis. Tarikh Al-Fiqh Al-Islami. 1999. Hlm 21. Darul Fikr.

Beirut.

Page 130: SYARIAH 2011

48Ibid. Hlm 21

Page 131: SYARIAH 2011

49Ibid. Hlm 21.

Page 132: SYARIAH 2011

50 Dharuriyyah bermaksud keperluan asasi. Sekiranya tidak dimiliki atau ada boleh

mendatangkan kesan mudharat kepada diri.

Page 133: SYARIAH 2011

51Hajiyyah bermaksud keperluan yang kurang asasi. Keperluan yang memudahkan

kehidupan seharian manusia seperti kereta, telefon bimbit dan sebagainya.

Page 134: SYARIAH 2011

52 Bermaksud keperluan yang bukan asasi dan bukan keperluan yang memudahkan

kehidupan manusia. Sekadar memenuhi kehendak hati manusia seperti perhiasan,

dan perkakasan yang mencantikkan dan mengelokkan pandangan seperti barangan

perhiasan.

Page 135: SYARIAH 2011

53Temubual bersama Sheikh Murtadza. Mantan Mufti Negeri Sembilan.

Rasah.Negeri Sembilan Darul Khusus pada 7 Oktober 2010. Jam 11.10 pagi

Page 136: SYARIAH 2011

54Siti Adnon Haji Abd Wahid. Tokoh Ulamak; Dato Haji Burhanudin Bin Taha.

2008. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Hlm 36.

Page 137: SYARIAH 2011

55Siti Adnon Haji Abd Wahid. Tokoh Ulamak; Dato Haji Burhanudin Bin Taha.

2008. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Hlm 39.

Page 138: SYARIAH 2011

56Qadhi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Qadi

Page 139: SYARIAH 2011

57Siti Adnon Haji Abd Wahid. Tokoh Ulamak; Dato Haji Burhanudin Bin Taha.

2008. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Hlm 38.

Page 140: SYARIAH 2011

58Ibid. hlm 39

Page 141: SYARIAH 2011

59Ibid. Temubual.

Page 142: SYARIAH 2011

60 Imam. http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam

Page 143: SYARIAH 2011

61Temubual bersama Sheikh Murtadza. Mantan Mufti Negeri Sembilan.

Rasah.Negeri Sembilan Darul Khusus pada 7 Oktober 2010. Jam 11.25 pagi.

Page 144: SYARIAH 2011

62Temubual bersama Ust Firdaus Taslim, Imam Dua, Masjid Negeri Sembilan. Pada

18 Januari 2011 di Pejabat Masjid Negeri Sembilan jam 3.30 petang.

Page 145: SYARIAH 2011

63Ibid. Temubual.

Page 146: SYARIAH 2011

64Mohd Hishamuddin Bin Mansur. Tokoh Ulamak; Dato Haji Hassan Bin Haji Sail

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan 1969-1987. 2008. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri

Sembilan Darul Khusus. Hlm 67.

Page 147: SYARIAH 2011

65Temubual bersama Sheikh Murtadza. Mantan Mufti Negeri Sembilan.

Rasah.Negeri Sembilan Darul Khusus pada 7 Oktober 2010. Jam 11.45 pagi

Page 148: SYARIAH 2011

66 Temubual bersama Ustaz Syaiful Nizam. Ketua Unit Tarikat di Jabatan Mufti

Negeri Sembilan. Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Negeri Sembilan Darul Khusus

pada 19 Januari 2010. Jam 11.10 pagi.

Page 149: SYARIAH 2011

67Ibid. Temubual

Page 150: SYARIAH 2011

68Ibid. Temubual

Page 151: SYARIAH 2011

69Ibid. Temubual.

Page 152: SYARIAH 2011

70Ibid. Temubual.

Page 153: SYARIAH 2011

71Unit Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Himpunan

Fatwa Warta Kerajaan Negeri 1994-2004. 2007. Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Darul Khusus. Hlm 1.

Page 154: SYARIAH 2011

72Ibid. hlm 5-6.

Page 155: SYARIAH 2011

73Ibid. hlm 8-10

Page 156: SYARIAH 2011

74Ibid. hlm 13-14

Page 157: SYARIAH 2011

75Ibid. hlm 15-16

Page 158: SYARIAH 2011

76Ibid. Temubual.