1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. pada tahun ... menyokong...

16
Bagi masa depan yang lebih baik Di sini untuk anda…

Upload: truongphuc

Post on 28-Jun-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Bagi masa depan yang lebih baikDi sini untuk anda…

Page 2: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Kita membuat pilihan setiap hari yang memberi kesan kepada cara hidup kita. Sesetengahnya kasual, beberapa yang penting tetapi kesemuanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan kita. Di TM, kami memikul tanggungjawab kami dengan serius, kepada rakyat, persekitaran dan masyarakat. Dengan memilih untuk menanamkan amalan yang mampan dalam semua yang kami lakukan, menyebarkan setiap pemikiran dan membimbing setiap tindakan, kami terus mementingkan anda, pada masa kini dan masa depan.

Page 3: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Moto syarikat kami adalah lebih dari sekadar membuat keuntungan. Kami memikul tanggungjawab untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dengan memperkasakan perniagaan, dan berkhidmat demi kepentingan anggota kami, pelanggan, komuniti dan alam sekitar.

Sebagai peneraju kepada Negara Digital bagi Malaysia, kami komited untuk membantu menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi digital. Dalam mencapai tujuan perniagaan kami, kami juga memenuhi tanggungjawab sosial dan alam sekitar sebagai warga korporat. Dengan kata lain, usaha kami melangkaui sekadar memacu prestasi kewangan. Pendekatan jangka panjang kami untuk perniagaan juga adalah untuk mewujudkan impak Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial yang positif.

Pada tahun 2018, berlaku peralihan bersejarah dalam kepimpinan negara dan pembaharuan dasar yang telah memberi kesan kepada operasi perniagaan kami, di mana peranan kami sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menempatkan kami dalam kedudukan yang unik. Dari satu segi, kami mahu terus memangkin projek pembangunan nasional, menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan peluang pendapatan. Dari segi lain pula, kami ingin berjaya sebagai perniagaan yang berdaya saing dan inovatif serta komited untuk memberikan pertumbuhan dan nilai kepada pihak berkepentingan kami. Singkatnya, kami perlu mengimbangi tanggungjawab yang lebih besar yang kami warisi sebagai organisasi yang memainkan pelbagai peranan dan pengalaman, sambil terus memantau untuk memenuhi jangkaan yang semakin meningkat dari pelbagai pihak berkepentingan.

Oleh itu, pada tahun 2018, kami telah mengadakan sesi penglibatan yang lebih terperinci dengan pihak berkepentingan utama kami termasuk pengawal selia, pelabur, pelanggan, anggota serta rakan kongsi perniagaan. Dari pelbagai maklum balas dan pandangan mereka, kami dapat menilai semula keutamaan kami dan menangani beberapa aspek material yang paling penting kepada perniagaan dan pihak berkepentingan kami. Ini akan menyediakan dan mempersiapkan untuk organisasi kami pada masa hadapan, serta mempersiapkan kami untuk menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku. Kesiapsiagaan dan transformasi digital, khususnya, akan mengukuhkan kedudukan TM sebagai organisasi berpandangan ke hadapan, berupaya untuk memberikan penyelesaian akan datang.

Di tengah-tengah perniagaan dan landskap operasi yang mencabar, kami merealisasikan strategi kami untuk mengenal pasti dan menguruskan risiko dan peluang jangka panjang, dengan pendekatan serta strategi jangka pendek dan jangka panjang. Kami memberi tumpuan terhadap membina perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab, yang akan mewujudkan nilai untuk semua pihak berkepentingan kami. Kami berusaha untuk meningkatkan pengalaman pihak berkepentingan dan tindak balas strategik kami terhadap keperluan dan jangkaan mereka. Ini adalah sebahagian daripada janji kami, untuk sentiasa berada “Di Sini Untuk Anda’.

84

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

PenyataKelestarian

Page 4: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

SKOP LAPORANPada tahun ini, sambil kami mengorak langkah dalam perjalanan pelaporan bersepadu kami, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk mendigitalkan laporan kelestarian kami ke dalam e-buku, yang akan lebih mudah diakses, mesra alam dan senang digunakan. Untuk butiran lanjut mengenai inisiatif kelestarian kami, sila rujuk Laporan Kelestarian 2018 kami www.tm.com.my/annualreport/downloads.html#sustain.

PIAWAIAN PELAPORANLaporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut beberapa piawaian dan rangka kerja tempatan dan antarabangsa:

• Piawaian Penyenaraian Pasaran Utama Malaysia Berkaitan Laporan Kelestarian

• Piawaian Laporan Kemampanan Inisiatif Pelaporan Global (GRI)

• Garis Panduan Pelaporan Kelestarian Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia untuk Syarikat-syarikat Malaysia

• Panduan Tanggungjawab Sosial ISO 26000: 2010

• Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs)

SEMPADAN PELAPORAN

Laporan Kelestarian dalam talian kami merangkumi operasi dan inisiatif TM di Malaysia, meliputi 15 negeri, di mana kami mempunyai kehadiran dan liputan yang kukuh. Kami telah mengenal pasti 22 topik penting untuk dimasukkan ke dalam laporan ini, yang semuanya berkaitan secara langsung/tidak langsung dengan perniagaan kami. Tindak balas kami terhadap isu-isu ini ditangani melalui penglibatan pihak berkepentingan dan latihan materialiti kami.

TEMPOH PELAPORAN Semua data dan maklumat yang diliputi dalam laporan ini adalah bagi tahun kalendar 1 Januari 2018 – 31 Disember 2018, melainkan dinyatakan sebaliknya. Laporan terakhir diterbitkan pada April 2018 untuk tahun 1 Januari 2017 – 31  Disember 2017.

KEBEBASAN JAMINANKeaslian laporan ini telah disahkan melalui jaminan bebas, yang dijalankan melalui audit luaran oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk melebihi jangkaan untuk mendapatkan jaminan bebas seperti yang disarankan oleh Piawaian Laporan Kemampanan Inisiatif Pelaporan Global (GRI).

HUBUNGI KAMIKami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti laporan kami. Kami mengalu-alukan semua soalan dan maklum balas mengenai Laporan Kelestarian 2018 TM. Sila hubungi kami di [email protected]

85

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

PendedahanKelestarian

Page 5: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

MENJADIKAN HIDUP LEBIH MUDAH DEMI KESEJAHTERAAN MALAYSIA

Pendekatan kami terhadap kelestarian adalah berdasarkan wawasan Syarikat untuk menjadikan Hidup Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia. Ini, seterusnya, diterjemahkan kepada penghasilan Rangka Kerja Kelestarian kami, yang mempunyai lima (5) teras. Kami juga menyelaraskan aktiviti kami ke Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau UN SDG, supaya kami dapat memainkan peranan dalam menyediakan pelan tindakan untuk menangani cabaran yang telah dikenalpasti oleh komuniti global.

Memangkin transformasi Malaysia ke arah ‘Ekonomi Digital’ melalui rangkaian infrastruktur bersepadu, platform digital, keterhubungan lancar dan penyelesaian inovatif.

EKONOMI

Menguruskan impak alam sekitar melalui pengoptimuman sumber dan pengurangan jejak karbon kami, terutamanya dari operasi kami merentasi rantaian nilai.

ALAM SEKITAR

Memupuk anggota serta komuniti ke arah masa depan yang diupayakan dan diperkasakan oleh digital menerusi peningkatan kemahiran dan pendidikan, mengurangkan ketidaksamaan, dan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan.

SOSIAL

MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

KOMUNITI HIJAUNILAI EKONOMIPRINSIP-PRINSIP

YANG BAIKEKUITI SOSIAL

PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN YANG BERTANGGUNG JAWAB

MENANGANIPERUBAHAN IKLIM

BANDAR DAN KOMUNITI YANG MAMPAN

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

KEHIDUPANDI LAUT

KEHIDUPANDI DARAT

KEHIDUPAN SIHATDAN SEJAHTERA

PENDIDIKANBERKUALITI

KESAKSAMAANJANTINA

MENGURANGKANKETIDAKSAMAAN

86

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Rangka KerjaKelestarian

Page 6: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

MEMASTIKAN KUALITI DALAM SEMUA YANG KAMI LAKUKAN

MENYEMAIKAN INOVASI UNTUK KETERHUBUNGAN TANPA BATASAN

MENINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN

M1 Inovasi Produk

Digitisasi dan pendigitalisan telah mendorong kami ke arah inovasi produk dan perkhidmatan kami. Dengan rangkaian kabel gentian, tembaga dan dasar laut, kami telah menyemai budaya inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan digital baharu, sambil menyediakan keterhubungan tanpa batasan untuk rakyat Malaysia di seluruh negara dan dunia.

M2 Kualiti Perkhidmatan

Di TM, kami percaya pengalaman pelanggan adalah hubungan emosi. Pengalaman yang pelanggan lalui dengan organisasi kami adalah etos penjenamaan kami. Pada tahun ini, kami terus berusaha untuk melebihi jangkaan dengan menggabungkan teknologi digital dalam interaksi bersama pengguna, yang menghasilkan pengalaman pelanggan yang lebih bermakna tetapi mudah.

Sorotan 2018

Sorotan 2018

Kami sentiasa berada di hadapan untuk menyampaikan teknologi canggih dalam menghubungkan rakyat Malaysia. Kami juga menyedari peranan kami dalam kesejahteraan ekonomi negara. Tujuan kami adalah jelas bagi setiap Warga TM – sentiasa memberikan nilai terbaik dalam setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan untuk negara ini, membantu Malaysia mencapai aspirasi kehidupan dalam Ekonomi Digital.

• Pelaburan tinggi dalam mengembangkan Titik Kehadiran (PoP) – teknologi telekomunikasi berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna menyambung ke internet melalui Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) mereka.

• Memasang lebih daripada 90 km kabel dasar laut di bawah Inisiatif Jalur Lebar Luar Bandar (RBB).

• Melancarkan “Inisiatif Penambahbaikan Proses TM ONE” dan “Pusat Pembelajaran TM” bagi membolehkan kecekapan perniagaan yang berterusan dengan menghapuskan proses yang tidak perlu dalam semua proses teras.

• Memperkenalkan inisiatif Peneraju Penggunaan Digital (DDA) untuk mempromosikan saluran dan aplikasi digital kepada pelanggan kami untuk meningkatkan pendigitalan.

• Memperkenalkan sistem Rakaman Suara Interaktif (IVR) yang menyediakan bantuan diri kepada pelanggan yang cuba mencapai pusat panggilan kami.

• Meningkatkan proses melayani pelanggan unifi dengan membimbing mereka untuk melakukan ujian kelajuan melalui sambungan berwayar.

• Melengkapi kakitangan Profesional Perkhidmatan Pelanggan (CSP) kami di pusat panggilan dengan sistem yang membaca status teknikal jalur lebar secara automatik dan tindakan untuk membetulkan isu tersebut.

• Menggunakan platform data raya untuk menganalisis keupayaan rangkaian kami dalam liputan tetap dan mudah alih melalui Perancangan Akses Bersepadu (IAP).

• Menyediakan pelbagai program latihan untuk pegawai perkhidmatan pelanggan kami untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan perkhidmatan pelanggan mereka.

• Melancarkan Pusat Pengalaman TM ONE (EC) untuk memberikan pengalaman pelanggan dalam bentuk digital yang unik merentasi pelbagai titik sentuhan ekosistem interaktif.

• Melancarkan aplikasi HERO untuk membantu anggota menjana jualan sambil menguruskan maklum balas pelanggan dalam masa nyata.

• Menubuhkan Akademi Latihan Operasi Pengurusan Rangkaian (NMO) untuk melengkapkan operasi lapangan kami dengan kemahiran untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi.

• Mengeluarkan Kotak Pengakhiran Fiber dan Soket Dinding Gentian semasa pemasangan unifi untuk meningkatkan kualiti sambungan internet dan mengurangkan masa menunggu pelanggan.

• Melancarkan Meja Perkhidmatan Bersepadu (TM ONE) untuk pengalaman penglibatan saluran omni berintegrasi.

• Memperkenalkan EXPRESS, mekanisme penyelesaian masalah untuk memperbaiki keseluruhan pemulihan kerosakan gentian dan mengurangkan kos pembaikan yang tidak perlu kepada pelanggan.

Inisiatif Utama

Inisiatif Utama

28 Titik Kehadiran (PoP)di seluruh dunia termasuk

sembilan (9) PoP di Malaysia

>20 sistem kabel dasar laut

RM37.0 juta dikenalpasti dalam

penambahbaikan kos

77.0%liputan pengguna

unifi Mobile

>5.5 juta port jalur lebar telah dipasang

seluruh negara

Tahap ketersediaan perkhidmatan, kebolehpercayaan dan keselamatan tertinggi

menerusi pusat data ditingkatkan

Pemaju dapat memanfaatkan perkhidmatan yang ada untuk membina ekonomi Antaramuka

Pemprograman Aplikasi (API) masa depan

Pengguna boleh mendiagnosis sendiri WiFi mereka dan beralih ke saluran lain

Impak dan Pencapaian

• Membangunkan Platform Inovasi Terbuka (OIP) yang bertindak sebagai ekosistem untuk membangun dan melancarkan produk digital dengan pantas.

• Mempertingkatkan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) dan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) ke Standard Tier III DC dengan kemudahan terkini.

• Memperkenalkan Pusat Operasi Bersepadu (IOC) yang berfungsi sebagai pusat arahan berpusat untuk Rangkaian Operasi perkhidmatan pintar.

87

Seksyen : Kelestarian di TM

Di sini untuk anda…mencipta nilai lebih baik

Page 7: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

MENGURUSKAN RANTAIAN BEKALAN KAMI

M3 Rantaian Bekalan Bertanggungjawab M19 Dasar yang Adil dan Saksama M20 Pematuhan Pengawal Seliaan M22 Penglibatan

Pembekal kami dihendaki mematuhi set prinsip yang jelas berdasarkan piawaian antarabangsa dan sektor, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian mereka untuk bekerja dengan pasukan kami. Kontraktor juga dinasihatkan supaya memenuhi atau melangkaui piawaian antarabangsa mengenai alam sekitar, keselamatan, hak asasi manusia dan langkah-langkah kemampanan. Pematuhan mereka secara aktif dikesan untuk proses risiko dan analisis kami.

Sorotan 2018

70.0% pengurangan dalam purata masa menunggu

untuk pelanggan di cawangan TMpoint di

seluruh negara

13.0% peningkatan dalam prestasi resolusi

aduan pada tahun 2018

95.0% aduan diselesaikan dalam masa sasaran kami

1,500 peserta terlibat dengan Akademi Latihan NMO untuk

menyediakan pemulihan rangkaian pantas bagi mengurangkan tempoh

gangguan perkhidmatan

Mengurangkan masa panggilan antara pelanggan

dan CSP

Impak dan Pencapaian

Impak dan Pencapaian

• Memperkenalkan inisiatif Procurement Institutionalisation of Technology Application and Resources (PINTAR) untuk menginstitusikan proses yang lebih baik dalam rantaian nilai pemerolehan.

• Melancarkan Lapasar, portal pembelian dalam talian untuk memberikan harga kompetitif terbaik.

• Memperkenalkan Group Procurement Online System (GPOS) untuk mengautomasikan operasi, pengesanan dan pelaporan tugas dengan pendigitalan contohnya. pengesanan aktiviti pemerolehan.

• Memperkenalkan inisiatif Digital Application Procurement for Agile Transformation (DAPAT) bagi mempercepatkan proses fleksibel bagi Penyelesaian Digital atau Aplikasi yang disesuaikan, tanpa mencemarkan/mengkompromkan tadbir urus.

Inisiatif Utama

MELAKSANAKAN DENGAN INTEGRITI

M19 Dasar Yang Adil dan Saksama M20 Pematuhan Pengawal Seliaan

Lesen kami untuk beroperasi bergantung kepada keupayaan kami untuk memenuhi dan melebihi semua keperluan pengawalseliaan yang berkaitan. Kami akur dan mematuhi semua peraturan yang dikenakan bukan sahaja kerana kami perlu, tetapi kerana piawaian ini menegaskan tahap kami sendiri yang sentiasa mengamalkan integriti yang tertinggi dalam setiap operasi.

Sorotan 2018

• Meningkatkan sistem Pengisytiharan Aset dan Kepentingan dengan turut memerlukan pengisytiharan daripada pasangan anggota.

• Membangunkan Siri Video e-pembelajaran AMANAH untuk mendidik anggota tentang dasar etika dan integriti kami.

• Mengadakan beberapa Program Integriti TM untuk mendidik semua peringkat anggota dalam membina budaya pematuhan dan integriti.

Inisiatif Utama

>RM3.70 bilion(78.0% daripada jumlah pemerolehan) disumbangkan kepada

pembekal tempatan pada tahun 2018 berbanding RM1.36 bilion pada tahun 2017

8.37 penarafan dalam Indeks Kepuasan Pembekal (SSI) melebihi

sasaran 8.2

RM4.2 juta pengelakkan kos dikenalpasti

daripada proses yang lebih baik

>40 jampeningkatan produktiviti sebulan

10,000 jam penambahbaikan produktiviti termasuk sebut harga dalam talian (RFX)

>60.0% penambahbaikan masa kitaran proses perolehan

>7,000 pembekal aktif semasa

Penambahbaikan menerusi PINTAR

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

88

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Di sini untuk anda…mencipta nilai lebih baik

Page 8: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

99.4%anggota melengkapkan Pengisytiharan Aset dan Kepentingan

1 kesketidakpatuhan salah laku yang dilakukan oleh anggota dan pihak luar

yang berurusan dengan TM

Impak dan Pencapaian

Impak dan Pencapaian

Impak dan Pencapaian

MELINDUNGI ORANG RAMAI

MELINDUNGI ORANG AWAM

M5 Kesihatan & Keselamatan Pengguna

Kami mempunyai dasar dan piawaian mandatori untuk memastikan kami memenuhi apa yang dijanjikan. Sebagai contoh, Peralatan Premis Pelanggan (CPE) kami mesti mematuhi Spesifikasi Teknikal CPE TM. Fasal ini mempunyai piawaian teknikal yang tinggi yang memastikan produk yang dibekalkan selamat untuk dikendalikan di premis pengguna.

Sorotan 2018

• Terus mematuhi kod tingkah laku kami untuk menyediakan produk yang selamat dan berkualiti tinggi.

Inisiatif Utama

MENGUKUHKAN KESELAMATAN DAN PRIVASI DALAM TALIAN

M6 Data & Privasi Pengguna M21 Mekanisme Timbang Cara

Dengan beralihnya negara ke arah gaya hidup yang semakin digital, kebimbangan mengenai keselamatan dalam talian dan data peribadi telah tersebar luas. Kami menyedari peranan penting yang kami mainkan dalam melindungi pengguna kami daripada risiko-risiko ini. Oleh itu, Keselamatan Maklumat Kumpulan (GIS) kami sentiasa mencari sebarang kemungkinan pelanggaran keselamatan dalam melaksanakan inisiatif terbaik untuk meningkatkan keselamatan dalam talian.

Sorotan 2018

• Menganjurkan dan mengambil bahagian dalam Seminar Keselamatan Siber untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian di kalangan tenaga kerja.

• Menerima Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) untuk domain kritikal kami, yang selaras dengan keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.

• Menggunakan penyelesaian Pengesanan TM dan Tindak Balas Ancaman Pertahanan Lanjutan Berterusan (APT).

• Menerima pensijilan Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS) untuk sistem pembayaran kami.

• Meningkatkan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) dengan keupayaan dan peralatan untuk menguruskan ancaman dan insiden keselamatan dengan lebih baik.

• Mendidik anggota TM mengenai Dasar Keselamatan Maklumat melalui e-mel untuk meningkatkan kesedaran dan mengelakkan ancaman.

Inisiatif Utama

0 Kes kehilangan data pelanggan

Semua produk kami secara konsisten mematuhi piawaian

pengawalseliaan

0 pelanggaran keselamatan dan kes kecurian data pelanggan

0 aduan mengenai keselamatan produk dan perkhidmatan

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

89

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 9: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Masa depan kita bergantung kepada usaha kita sendiri dalam menjaga alam sekitar. Sebagai warga korporat, kami komited untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi supaya ia dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan. Kami faham bahawa impak yang kami tinggalkan ke atas alam sekitar memberi kesan kepada kesejahteraan semua dan dengan itu kami sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk memainkan peranan kami.

Impak dan Pencapaian

Impak dan Pencapaian

1.4% pengurangan penggunaan tenaga di

bangunan TM terpilih (2017: 59.2 MkWh; 2018: 58.4 MkWh)

9.9 MkWh pengurangan

di  nod TM

4.6 MkWhpengurangan bagi

16 tapak yang telah siap sepenuhnya.

5.7 MkWh penjimatan tenaga

hasil daripada pemasangan sistem

LED yang baharu

14,665 tCO2

dihasilkan dalam pelepasan GHG

2.5%pengurangan pelepasan

karbon daripada penggunaan elektrik

MENGURUSKAN PENGGUNAAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM

MENGENDALIKAN SUMBER DAN SISA KAMI

M7 Perubahan Iklim dan Pengurusan Tenaga

Terdapat persetujuan hampir menyeluruh mengenai akibat pelepasan gas rumah hijau (GHG) yang memudaratkan dalam perubahan iklim global, terutamanya pelepasan karbon dioksida (CO2). Kami terus memantau dan menguruskan jejak karbon dan penggunaan tenaga kami dengan lebih baik untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar.

M8 Penggunaan Tenaga dan Sisa

Kami mengambil tanggungjawab yang besar dalam mencari cara untuk meminimumkan penggunaan tenaga serta pembaziran sisa kami untuk membantu mengurangkan tekanan ke atas sumber semula jadi. Bangunan dan operasi kami menggunakan prinsip 3R iaitu Pengurangan, Penggunaan Semula dan Kitar Semula, yang seterusnya kepada anggota dan kontraktor kami.

Sorotan 2018

Sorotan 2018

• Terlibat dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO) menerusi model Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) untuk melaksanakan pelan pengurangan tenaga kami.

• Mengadakan program kecekapan tenaga dalam tenaga kerja melalui saluran komunikasi dalaman.

• Memperkenalkan program kecekapan tenaga di 150 bangunan di seluruh negara untuk meningkatkan Kecekapan Penggunaan Kuasa (PUE) di nod TM.

• Mengira ‘jejak air’ kami – pelepasan karbon daripada penggunaan air.• Menggunakan air kitar semula dari surau di Menara TM untuk menyiram

tumbuhan di sekeliling bangunan.• Bil kertas ditukar menjadi e-bil untuk mengurangkan pembaziran kertas

dan kos percetakan• Mengambil bahagian dalam Forum Teknikal – Pengurusan Sisa Terjadual

• Lampu kecekapan LED dipasang di bangunan-bangunan komersil kami.• Menempatkan seorang Pengurus Tenaga berdaftar untuk bangunan 3 MkWh

selama 6 bulan.• Mengukur pelepasan gas rumah hijau untuk memahami impak sepenuhnya.

untuk Stesen Pangkalan untuk membangunkan garis panduan standard dalam menguruskan sisa telekomunikasi.

• Menjalankan pemantauan zarah debu dengan kerap untuk memastikan pematuhan had peraturan.

• Menjalankan pemantauan bunyi secara berkala untuk memastikan bunyi yang dikeluarkan dari tapak berada dalam had yang boleh diterima.

Inisiatif Utama

Inisiatif Utama

1.73 tCO2 pengurangan dalam pelepasan karbon

daripada penggunaan air kitar semula dari surau untuk

tumbuhan sekitar Menara TM

Inisiatif Peningkatan e-Bill:

• 100.0% pelanggan unifi ditukarkan ke e-bil untuk

mengurangkan penggunaan kertas

• Dianugerahkan JomPay Cemerlang

di Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia 2018

100.0% hasil pemantauan debu jauh di bawah had

peraturan, oleh itu mencegah pendedahan anggota terhadap kanser paru-paru, tuberkulosis

dan penyakit paru-paru lain

100.0% tahap pemantauan bunyi berada dalam had yang boleh

diterima oleh pengawal selia, oleh itu menghalang paras bunyi tinggi yang

boleh mengakibatkan kerosakan pendengaran, hipertensi, peningkatan

kemalangan atau ketidakselesaan umum di tempat kerja

PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN YANG BERTANGGUNG JAWAB

MENANGANIPERUBAHAN IKLIM

PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN YANG BERTANGGUNG JAWAB

90

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Di sini untuk anda…untuk membina masa depan yang mampan

Page 10: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Impak dan Pencapaian

MENINGKATKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR

M9 Kesedaran/Pendidikan Hijau

Di samping memantau impak kami sendiri ke atas alam sekitar, kami juga bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang bagaimana setiap orang dapat memainkan peranan mereka. Sebagai penyokong kuat Agenda Pembangunan Mampan PBB, kami memahami keperluan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam membantu mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan untuk semua.

Sorotan 2018

• Mengendalikan Junior Environmental Leadership Series untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar untuk pelajar sekolah.

• Meneruskan inisiatif pendidikan MyCoral Marine untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan ekosistem marin.

• Mengadakan Program My Summit: Trail Ecology and Sustainability untuk mendidik pelajar sekolah dan universiti, dan Malim gunung tempatan tentang kepentingan memulihara sumber semula jadi dengan penekanan khusus terhadap pengurusan denai.

Inisiatif Utama

>2,500 pelajar dan guru terlibat dalam Junior Environmental

Leadership Series

>1,200 terumbu karang dibiakkan oleh lebih daripada

300 sukarelawan menerusi inisiatif pendidikan MyCoral

Marine

>190 peserta mendapat manfaat termasuk malim

gunung tempatan dari Program My Summit: Trail Ecology and Sustainability

1,000 kg bahan kitar semula dikumpulkan menerusi aktiviti

alam sekitar kami

• Mengambil bahagian dalam Earth Hour 2018 dengan menutup semua lampu di bangunan TM yang terpilih termasuk bangunan TM Terengganu selama satu (1) jam.

• Mengadakan Program Amal Pendidikan Alam Sekitar oleh unifi bagi memupuk anak-anak muda tentang pemuliharaan alam sekitar.

• Memperkenalkan kempen khidmat masyarakat mengenai Alam Sekitar untuk mewujudkan keprihatinan terhadap alam sekitar di kalangan Warga TM.

• Menganjurkan Kidzania Go! Program Pendidikan Khidmat Masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula di kalangan pelajar sekolah.

KEHIDUPANLAUTAN

PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN YANG BERTANGGUNG JAWAB

PENDIDIKANBERKUALITI

91

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 11: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Kami adalah organisasi yang berteraskan rakyat – kejayaan perjalanan kami disokong oleh tenaga kerja kami yang berdedikasi, kesetiaan pelanggan dan komuniti setempat. Perniagaan kami dibina oleh rangkaian ini. Kami percaya bahawa dengan memberi semula kepada masyarakat, kami akan dapat mewujudkan persekitaran yang mampan dan dapat memberi manfaat kepada semua orang. Oleh itu, adalah kewajipan dan tanggungjawab kami untuk memperkasakan kehidupan anggota dan komuniti kami, serta menyediakan mereka untuk kecemerlangan masa depan digital.

Impak dan Pencapaian

MEMUPUK BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

MENARIK BAKAT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ANGGOTA KAMI

M10 Tarikan dan Pengekalan Bakat

Anggota kami adalah tulang belakang organisasi. Kami tidak akan berada di mana kami sekarang tanpa tenaga kerja kami yang berdedikasi. Oleh itu, adalah penting untuk terus membawa bakat terbaik kepada organisasi. Program biasiswa Yayasan TM (YTM) diwujudkan untuk membolehkan kami mencungkil dan merekrut bakat berpotensi tinggi.

M10 Tarikan dan Pengekalan Bakat M11 Latihan dan Pembangunan

Ianya tidak mencukupi untuk menarik minat bakat terbaik sahaja. Kami juga bertanggungjawab menyediakan peluang latihan dan pembangunan yang mencukupi untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka. Program latihan kami bukan hanya termasuk perkembangan kerjaya, kami juga menyediakan panduan mengenai bidang-bidang lain seperti masalah kewangan, hubungan kesihatan dan keluarga.

Sorotan 2018

Sorotan 2018

• Mengambil kira-kira 100 orang pemegang biasiswa YTM yang lulus dari universiti terkemuka di seluruh dunia untuk menyertai tenaga kerja kami.

• Meningkatkan kemahiran kepimpinan pemegang biasiswa kami menerusi program Pembangunan Kepimpinan YTM.

• Menubuhkan pasukan Latihan dan Pembangunan TM untuk menetapkan hala tuju strategi Latihan dan Pembangunan kami.

• Menyampaikan pelbagai program Latihan dan Pembangunan untuk meningkatkan keupayaan digital anggota, perubahan penetapan minda,

• Menghadiri pameran kerjaya di dalam dan luar negara untuk merekrut rakyat Malaysia yang mempunyai masa depan yang cerah dan berbakat.

• Mengenal pasti dan melatih sekumpulan pekerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi berkaitan dengan perniagaan TM, seperti pemikiran reka bentuk, program kepimpinan dan penglibatan.

kemahiran teknikal, dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) serta kemahiran insani.

• Memperkenalkan aplikasi EduBite, aplikasi pembelajaran digital dalaman yang menggalakkan Latihan dan Pembangunan yang berterusan.

Inisiatif Utama

Inisiatif Utama

Impak dan Pencapaian

Pemenang Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia 2018

>700 pemimpin berpotensi telah dikenalpasti di kalangan Warga TM

>97.0% kadar pengekalan sejak 2016

>23,000 anggota mengambil bahagian dalam Latihan dan

Pembangunan

>RM17.0 juta dibelanjakan bagi Latihan dan

Pembangunan

>450,000 jumlah jam latihan >1.400 sesi latihan yang dijalankan melalui pelbagai mod termasuk

kelas dan e-pembelajaran

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

PENDIDIKANBERKUALITI

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

PENDIDIKANBERKUALITI

92

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Di sini untuk anda…untuk memperkasa kehidupan

Page 12: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

ANGGOTA GEMBIRA, RUANG KERJA SIHAT

MENINGKATKAN PENGALAMAN KERJA

M12 Kesihatan dan Keselamatan Anggota M15 Keseimbangan Kehidupan Kerja M18 Budaya Korporat M22 Penglibatan

Perniagaan kami dalam memenuhi keperluan komunikasi semua rakyat Malaysia memerlukan tenaga kerja yang sihat dan bermotivasi. Kami memahami peranan penting yang kami mainkan dalam melatih dan menjaga kesejahteraan anggota kami, bukan hanya untuk kecekapan operasi tetapi juga tanggungjawab kami sebagai warga korporat.

M15 Latihan dan Pembangunan M11 Keseimbangan Kehidupan Kerja M17 Pampasan dan Ganjaran M22 Mekanisme Timbang Cara

Sejak dua (2) tahun yang lalu, kami telah mengambil langkah bersepadu ke arah pendigitalan proses dalaman kami, dan Sumber Manusia (HR) merupakan bidang di mana usaha ini telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa. Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mendigitalkan perkhidmatan HR, pelbagai aplikasi telah dibangunkan secara dalaman untuk menyediakan akses kepada alat dan sumber yang lebih baik untuk anggota, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sorotan 2018

Sorotan 2018

• Memperkenalkan Life Coach, program kaunseling khusus untuk memastikan kesejahteraan mental anggota.

• Mengadakan Kempen Cara Hidup Sihat untuk menggalakkan kesihatan fizikal anggota.

• Menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma bagi anggota kami yang lebih senior.

• Menjalankan program penglibatan anggota sepanjang tahun.

• Aplikasi SMILE: mengesan tahap penglibatan anggota dalam masa nyata.• Aplikasi GROW: membolehkan anggota menguruskan matlamat prestasi dan

penilaian mereka.• TM Medic Mobile: menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan perubatan• Aplikasi ERA: membolehkan anggota memohon kekosongan jawatan dalam syarikat.

• Melancarkan inisiatif Sayangi TM untuk membantu anggota menghadapi persekitaran perniagaan mencabar yang memberi kesan terhadap prestasi kewangan kami tahun ini. – Voluntary Annual Leave Purchase– Voluntary Self-Declared Recovery Leave– Voluntary Work Anywhere– Flexi Working Arrangement-Flexiweek– EPF Employer Contribution Adjustment

Inisiatif Utama

Inisiatif Utama

Impak dan Pencapaian

Bilangan muat turun oleh anggota

TM Medic Mobile>11,000

• Aplikasi FLOW: membolehkan anggota berkomunikasi semasa mereka bekerja secara di luar.

• Aplikasi Douit: membolehkan aggota menghasilkan pendapatan tambahan dan menerokai bidang lain yang diminati di luar skop kerja semasa.

GROW>6,000

ERA>800

FLOW>16,000

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

KEHIDUPAN SIHATDAN SEJAHTERA

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Impak dan Pencapaian

Voluntary Annual Leave Purchase

>700 pekerja telah memohon

untuk lebih daripada 1,900 hari cuti

Voluntary Self-Declared Recovery Leave

>8,400 pekerja telah menggunakan lebih daripada 13,300 hari

Voluntary Work Anywhere

>4,000 pekerja telah memilih program ini

EPF Employer Contribution Adjustment

>4,900 pekerja telah memilih program ini

93

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 13: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Impak dan Pencapaian

0 kematian akibat pekerjaan

17.0% pengurangan dalam jumlah kejadian (2017: 135;

2018: 111)

44.7% pengurangan masa kecederaan (LTI) (2017:

851; 2018: 471)

27.1% pengurangan kes LTI (2017: 59; 2018: 43)

18.1% pengurangan dalam kecederaan yang boleh

dirakam (2017: 72; 2018: 59)

PENGLIBATAN DENGAN KESATUAN PEKERJA

MEMBINA BUDAYA KERJA BERTERANGKUMAN

M19 Dasar Yang Adil dan Saksama M21 Mekanisme Timbang Cara M22 Penglibatan

Di TM, kami memahami keperluan untuk Kesatuan Pekerja dalam melindungi hak pekerja dan rakan kongsi. Kami menjalankan penglibatan secara tetap dengan Kesatuan Pekerja kami untuk mewujudkan hubungan yang terbuka dan positif. Kami cuba secara konsisten mendengar keluhan mereka dan mengekalkan keharmonian perindustrian.

M14 Kepelbagaian & Keterangkuman

Kami memahami nilai kepelbagaian bagi tenaga kerja kami dan berusaha untuk mencerminkan kepelbagaian budaya negara dalam Warga TM. Kami juga menyokong kuat untuk kesaksamaan jantina, seperti yang dilihat dalam pengambilan, pembangunan, kenaikan pangkat dan ganjaran kami, dengan perkembangan kerjaya yang berdasarkan kelayakan dan bukannya jantina.

9,165 ahli Kesatuan NUTE, UTES, SUTE dan SUTEN

32.0% jawatan Pengurusan Tertinggi dan Kanan diisi oleh wanita

38.0% anggota dilindungi oleh perjanjian kolektif

21.0% jawatan dalam Lembaga Pengarah yang dipegang oleh wanita

Sorotan 2018

Sorotan 2018

Impak dan Pencapaian

Impak dan Pencapaian

MEMASTIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN ANGGOTA

M12 Kesihatan dan Keselamatan Anggota

Kesihatan dan keselamatan anggota, serta kontraktor kami, adalah penting. Kami mempunyai budaya keselamatan yang kukuh dan disokong oleh latihan, pengawasan dan pemantauan yang berterusan untuk memastikan semua anggota di TM mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi tugas mereka dengan selamat. Kami berpandukan Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (OSHE) TM.

• Menerima Pensijilan ISO 45001: 2018 di atas kejayaan pelaksanaan piawaian keselamatan yang baharu.

• Mengadakan Program Latihan Pegawai Penyeliaan untuk meningkatkan keberkesanan penyeliaan aktiviti berisiko tinggi.

• Memasukkan keperluan OSHE dalam proses pemerolehan.• Mengadakan Latihan Simulasi Bencana TM 2018 untuk mengukuhkan

penyelarasan anggota di tapak untuk kemungkinan krisis.

Sorotan 2018

Inisiatif Utama

KEHIDUPAN SIHATDAN SEJAHTERA

PEKERJAAN YANG BAIK DAN PERTUMBUHAN EKONOMI

KESAKSAMAANJANTINA

MENGURANGKANKETIDAKSAMAAN

94

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Di sini untuk anda…untuk memperkasa kehidupan

Page 14: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Impak dan Pencapaian

>400 pelajar sekolah menengah menerima biasiswa YTM

>RM23.0 juta dibelanjakan untuk>1,500 pelajar pada tahun 2018

>RM7.0 juta disumbangkan kepada Seni, Budaya dan Warisan pada tahun 2018

MENDIDIK INOVATOR MASA DEPAN

YAYASAN TM (YTM)

UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU)

M16 Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti

YTM ditubuhkan sebagai unit biasiswa di TM pada 10 November 1994. Sejak itu, ia telah memberi bantuan kepada lebih daripada 15,000 pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian menengah dan tertiari di Malaysia dan di luar negara, dengan nilai penajaan melebihi RM500.0 juta. Yayasan TM tetap komited dalam misi untuk menyokong pembangunan negara melalui pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan pemimpin masa depan.

Universiti swasta kami, MMU, menyediakan pendidikan berkualiti bagi anak muda Malaysia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, dengan memberi penekanan khusus terhadap inovasi, kreativiti dan keusahawanan.

Sorotan 2018

Sorotan 2018

• Melaksanakan Program Biasiswa Pemimpin Muda dan Pemimpin Masa Depan.

• Melaksanakan Program Pasport Pengembara Muda untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).

• Bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah program Sukarelawan ICT Malaysia (MIV).

• Menubuhkan MMU Digital Futures Research Hub untuk berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan penyelidik dari pelbagai disiplin untuk

• Memperkenalkan Program Intervensi Prestasi untuk membantu dan memantau prestasi akademik pemegang biasiswa.

• Mengadakan Program Digital Makers untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk memupuk kreativiti dan kemahiran digital mereka.

• Memulihkan Pejabat Pos & Telegraf (P & T) yang pertama di Malaysia untuk menubuhkan Muzium Telegraf.

berkongsi pengetahuan, pengalaman dan penyelidikan mereka mengenai isu-isu mengenai pendigitalisan masyarakat.

• Menandatangani MoU dengan Maruwa untuk bekerjasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan.

Inisiatif Utama

Inisiatif Utama

Kedudukan antara 301-350 untuk Sistem Komputer dan Sistem

Maklumat oleh QS World University Rankings 2018

Purata 90.0% pelajar MMU mendapat pekerjaan dalam

tempoh 6 bulan pertama selepas menamatkan

pengajian

Penambahbaikan dari kedudukan 179 (pada tahun 2017) ke 175 (pada tahun

2018) dalam QS Asia University Rankings

>56,000 graduan memasuki tenaga

kerja domestik

Menyediakan latihan amali dan peluang kerjaya kepada

pelajar MMU di Maruwa, pemimpin global dalam

bidang elektronik

Impak dan Pencapaian

PENDIDIKANBERKUALITI

95

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Page 15: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Impak dan Pencapaian

>200 usahawan wanita dilatih

melalui PUW sejak tahun 2015

30.0% peningkatan akademik

keseluruhannya di kalangan pelajar dari

Program Coachunity TM

>28,000 individu mendapat manfaat di

bawah Program Sekolah Angkat TM sejak

tahun  2003

Alumni Program TM Robotics dianugerahkan

dengan Anugerah Kecemerlangan bagi Prestasi Robot dalam Pertandingan

Robotik Kebangsaan 2018

>3,000 pelajar, pendidik dan dan penggiat

industri yang terlibat dalam Program TM

3Ducation dan mempelajari tentang teknologi

percetakan 3D sejak 2016

>RM300,000 disumbangkan kepada komuniti

tempatan melalui program-program CR

MEMPERKASAKAN NEGARA DIGITAL

PROGRAM TANGGUNGJAWAB KORPORAT UTAMA BAGI TAHUN 2018

M13 Kesukarelawanan Anggota M16 Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti

Kami melaksanakan inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Korporat (CR) kami dengan prihatin. Walau bagaimanapun, program CR kami tidak terhad kepada kerja-kerja amal sahaja. Program kami diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs), dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4).

Sorotan 2018

• Program Usahawan Wanita (PUW 4.0): untuk membantu meningkatkan usahawan wanita dengan menggunakan teknologi baru sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan perniagaan mereka.

• Program Sekolah Angkat TM: untuk memupuk kecemerlangan akademik dan bukan akademik.

• TM 3Ducation Program: untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk pelajar dan guru dalam teknologi 3D.

• Program Nano Maker Kit TM: untuk membolehkan pelajar mengumpul dan menganalisis data kajian yang dikumpulkan semasa pembelajaran Fizik, Matematik dan ICT.

• Program Robotik TM: untuk mendedahkan pelajar kepada kejuruteraan robot dan membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka.

• Program Coachunity TM: untuk menggalakkan kecemerlangan akademik melalui pembangunan sukan di kalangan kanak-kanak sekolah luar bandar.

• Program Pendidikan Khidmat Masyarakat KidZania Go! : untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan kitar semula.

• Melancarkan Aplikasi ENSANI untuk membolehkan pengguna menyalurkan sumbangan mereka menggunakan perbankan dalam talian dan e-dompet.

• Mengadakan Kempen “Clean as You Go” untuk meningkatkan kesedaran tentang mengurangkan sisa, penggunaan plastik dan inisiatif kitar semula.

Inisiatif Utama

PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN YANG BERTANGGUNG JAWAB

PENDIDIKANBERKUALITI

KESAKSAMAANJANTINA

96

Seksyen : Kelestarian di TM

Telekom Malaysia BerhadLaporan Tahunan Bersepadu 2018

Di sini untuk anda…untuk memperkasa kehidupan

Page 16: 1$%'$+$%2+320%+(4 !#$%&'%()*+%,+#%-).$/%.$0 fileyang positif. Pada tahun ... menyokong perniagaan tempatan dan mewujudkan ... Laporan Kelestarian 2018 TM telah dihasilkan mengikut

Hafiz GhaniPelajar MMU