12 modul 5

56
PIM 3112 Pengajian Akidah TAJUK 9 Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah : Definisi akidah, khurafat, ajaran sesat dan penyelewengan ideologi 1.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 9. Tajuk- tajuk dalam unit ini akan membincangkan maksud dan konsep akidah, kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu muslim, konsep khurafat, ajaran sesat dan penyelewengan ideologi secara etimologi dan epistimologi. 1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i. Mendefinisikan maksud dan konsep akidah. ii. Menyatakan kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu muslim. iii. Mendefinisi dan menjelaskan konsep khurafat, ajaran sesat dan penyelewengan ideologi secara etimologi dan epistimologi 1.3 Kerangka Tajuk 1 Definisi Maksud Dan Konsep Akidah.

Upload: paul-lancaster

Post on 16-Jan-2016

109 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modul ppg

TRANSCRIPT

Page 1: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

TAJUK 9 Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah : Definisi akidah, khurafat, ajaran sesat dan penyelewengan ideologi

1.1 Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi

Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 9. Tajuk-tajuk dalam unit ini

akan membincangkan maksud dan konsep akidah, kepentingan menjaga akidah

terhadap kehidupan individu muslim, konsep khurafat, ajaran sesat dan

penyelewengan ideologi secara etimologi dan epistimologi.

1.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Mendefinisikan maksud dan konsep akidah.

ii. Menyatakan kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu muslim.

iii. Mendefinisi dan menjelaskan konsep khurafat, ajaran sesat dan penyelewengan ideologi secara etimologi dan epistimologi

1.3 Kerangka Tajuk

1

Definisi Maksud Dan Konsep Akidah.

ISU-ISU PENYELEWENGAN

DALAM AKIDAH

Kepentingan Menjaga Akidah

Definisi Konsep Khurafat, Ajaran Sesat Dan Penyelewengan

Ideologi Secara Etimologi Dan Epistimologi

Page 2: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

1.4 Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah

Akhir-akhir ini umat Islam seluruh dunia berhadapan dengna pelbagai

ujian keimanan, kepercayaan dan pegangan Islam mereka. Isu yang melanda

mereka itu tertumpu kepada kelemahan umat Islam itu sendiri. Kelemahan itu

meliputi kemunduran dalam pelbagai bidang seperti kemiskinan, perpecahan dan

pelbagai krisis. Isu itu tidak menggambarkan kekuatan dan kelebihan umat Islam

seperti yang dijamin oleh Allah dalam al Quran melalui surah ali Imran:

Maksudnya:Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya

Masalah ini harus dicari punca dan jalan penyelesaiannya agar umat

Islam tidak terus ditindas lalu hilang dalam arus globalisasi ini. Adalah wajar agar

umat Islam kembali bermuhasabah diri untuk menilai semula pegangan dan

penghayatan mereka terhadap kehidupan beragama itu.

Yusuf al Qaradawi (1985) dalam Engku Zaki (1997) mengulas bahawa

kelemahan umat Islam adalah disebabkan oleh sikap mereka sendiri iaitu lupa

agama, tenggelam dengan kehendak dunia, pemikiran yang jumud, kelemahan

ekonomi, kuantiti tidak menepati kualiti, jiwa yang tidak kuat kerana

mengutamakan jasmani berbanding rohani serta pengaruh media massa yang

meruntuhkan pembinaan sahsiah muslim.

Perbincangan dalam bahagian ini akan menjurus kepada cabaran yang

datang dari umat Islam itu sendiri iaitu kejahilan dan kurang penghayatan

terhadap agama terutamanya berkaitan akidah. Pelbagai bentuk krisis akidah

yang berlaku dalam masyarakat yang menjadi kayu ukur kelemahan umat Islam.

Kejahilan ini merupakan faktor kepada berlakunya krisis akidah yang

2

Page 3: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

mewujudkan kemunculan ajaran sesat dan penyelewengan akidah. Sebagai

contohnya, umat Islam terbabit dengan ajaran sesat yang sememangnya

bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

1.4.1 Definisi maksud dan konsep akidah.

Di dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas

sesuatu amalan diterima oleh Allah. Ini bermaksud sebanyak manapun amalan

seseorang itu namun ia hanya diterima oleh Allah andai ia berasaskan kepada

akidah yang tepat dan diakui Allah.

Perkataan akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab

bermaksud simpulan ikatan tali. Manakala, ilmu akidah ialah ilmu yang

mempelajari dan menyelidiki perkara-perkara tentang ketuhanan, kerasulan dan

perkara samiyyat atau perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-

lain.

Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh

Ibnu Taimiyah ialah:

a) Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang

tersimpul / perjanjian.

b) Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya ada ikatan

yang sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah

menjadikan hambanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepadanya dan

Allahlah Pentadbir alam dan seluruh makhluknya. Dengan itu, ikatan yang

memang tersedia ini di ikat lagi dengan tali (agama) dengan terasnya

ialah akidah keimanan kepada ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya /

tunjangnya, semakin kukuhlah ikatan yang sama sekali tidak mudah

terputus.

3

Page 4: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

c) Maksud simpulan ialah simpulan antara Allah dengan hambanya ada

simpulan (simpulan mati) yang sebenarnya tidak boleh diurai atau

dirombak dengan begitu mudah, seperti ibarat tali yang disimpul mati, ia

tidak boleh diurai lagi kecuali dengan memotongnya dengan pisau, maka

terputuslah tali itu, lalu tidak dapatlah digunakan lagi. Begitulah kalau

diputuskan simpulan tali (akidah) dengan Allah ini dengan keputusan yang

muktamad.

d) Maksud Perjanjian ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya ada

perjanjian yakin pengakuan hamba terhadap Tuhannya yang mengaku

bahawa Allahlah Tuhan dan Tuannya yang Maha Berkuasa ke atasnya,

mentadbir alam serwajagat ini.

Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas,

iaitu berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat

erat dan disimpul kuat di dalam hati nurani seseorang yang beriman kepada

Allah dan seluruh rukun iman yang lain sehingga tidak mungkin akan terputus.

1.4.2 Kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu muslim.

Iman adalah hakikat dan tidak terpisah dengan kehidupan manusia. Iman

harus dijelmakan melalui semua bidang dan lapangan kehidupan. Melalui definisi

yang telah diketahui sebelum ini, iman berkait rapat dengan akidah atau

pegangan seseorang muslim. Iman menuntut seseorang itu agar meyakini

bahawa semua perkara yang ditetapkan oleh Allah mesti dipatuhi dan

menafikannya adalah juga penafian terhadap kuasa Allah.

1.4.3 Definisi Konsep Khurafat, Ajaran Sesat Dan Penyelewengan Ideologi Secara Etimologi Dan Epistimologi

4

Page 5: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

1.4.3.1 Konsep Khurafat Secara Etimologi Dan Epistimologi

Khurafat bermaksud semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,

ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau

kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga ditakrifkan

sebagai cerita mempesonakan yang dicampur adukkan dengan perkataan dusta.

Syeikh Idris al Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula menyimpulkan khurafat, semua

cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat,

ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Berdasarkan takrif yang disebutkan, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan

yang direka dan bersifat karut dan dusta. Antara faktor yang mendorong

berlakunya khurafat ialah:

1) Mudah mempercayai benda-benda tahyul

2) Kecetekan ilmu agama

3) Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat ialah tidak bersumberkan

nas syarak sama ada daripada al Quran mahupun hadis, cerita rekaan, dongeng,

khayalan atau kepercayaan karus, didasarkan kepada kepercayaan lama dan

adat yang bercanggah dengan Islam, berbentuk pemujaan dan permohonan

kepada makhluk halus bertujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada

akidah Islam, menggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya

untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada pada akidah dan syariat Islam.

5

Page 6: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Dalam hal ini, Islam sebagai agama menitikberatkan aspek akidah dan

syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat kepercayaan, perkataan dan

perbuatan tidak berdasarkan al Quran, hadis, ijma’ ulama dan Qias dilarang

sama sekali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ’Sesiapa yang

mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk

dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak

diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala.”

Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui

perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan

konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang

sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan

dosa yang tidak terampun di sisi Allah.

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk

memelihara kesucian akidah, kepercayaan, perkataan dan perbuatan daripada

amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama

yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan

seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia

akhirat. Jalan penyelesaian mengatasi kemelut khurafat ini aialah dengan

mendalami agama sebagaimana saranan hadis Rasulullah SAW yang

bermaksud: ‘Aku tinggalkan kamu dua perkara selama mana kamu berpegang

teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan

sunnahku.”

Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam

kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada

Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.

Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat

Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi

turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat

6

Page 7: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman

seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang

tidak diampuni Allah. Firman Allah SWT melalui surah an Nisa’ ayat 48”

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar

Oleh itu, setiap muslim wajib berhati-hati dalam kehidupan agar tidak

mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di

samping mengenalpasti ciri amalan khurafat. Ilmu akidah adalah perisai utama

yang boleh menyelamatkan seseorang muslim dari kesesatan dan seterusnya

memimpin ke arah keredhaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 106:

Maksudnya: “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat keadamu dan juga mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau melakukan yan demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)

1.4.3.2 Konsep Ajaran Sesat Secara Etimologi Dan Epistimologi

Ajaran sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah

bermula sejak beberapa lama dahulu. Negara kita Malaysia, tidak terlepas

daripada gejala besar ini yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan

boleh menggugat perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat

7

Page 8: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

ini jelas menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang

bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar.

Berbagai-bagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam

masyarakat Islam, dan ia telah berjaya mempengaruhi bukan sahaja golongan

yang cetek ilmu pengetahuannya sahaja, malah golongan profesional termasuk

mereka yang dalam bidang agama juga turut terpengaruh. Gejala ini boleh

memesongkan aqidah mereka yang terpengaruh dengan golongan yang

sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam, di samping memenuhi

kepentingan tertentu. Gerakan ini ada yang dijalankan secara terang-terangan

dan ada juga yang bergerak secara halus dan tersembunyi tanpa disedari.

Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai ‘sebarang ajaran atau

amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran

atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada

ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu

bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan As-

Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan

ajaran salah atau sesat sebagai ‘semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati

bertentangan dengan syariat Islam atau bertentangan dengan mana-mana

sumber hukum Islam (al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias) sedangkan ajaran dan

amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan dari ajaran Islam, serta

diajarkan kepada masyarakat sama ada dengan secara sulit atau rahsia atau

untuk ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai,

seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau

kumpulan yang berkenaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 36:

8

Page 9: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas.

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-adakan) itu tertolak. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru itu, ajaran salah atau sesat merupakan rekaan-rekaan yang wujud

dalam persoalan prinsip agama yang tiada sandarannya dalam al-Quran, hadis,

ijma’ atau qias sebagaimana Islam itu sendiri terbahagi kepada aqidah, syariat

dan akhlak, maka kesesatan juga boleh berlaku dalam tiga aspek tersebut sama

ada secara berasingan atau merangkumi keseluruhannya.

Istilah-istilah seperti ‘fanatik agama’, ‘pelampau agama’ dan ‘ekstrimis

agama’ atau ‘ortodok’ tidak boleh digunakan kerana istilah tersebut boleh

membawa makna yang berlainan dan tidak dapat memberi satu pengertian

ajaran sesat yang sebenar, di samping ianya akan memberi kesan yang tidak

baik kepada imej umat Islam dan perkembangan Islam itu sendiri.

Dari segi sejarah, Islam merupakan satu agama yang suci dan bersih

daripada unsur-unsur kesesatan dan penyelewengan. Walaubagaimanapun,

ajaran sesat telah mula wujud semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W. dengan

kemunculam Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi.

Semenjak zaman Rasulullah S.A.W. lagi seterusnya zaman para Sahabat r.a.

sehinggalah kini, musuh-musuh Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan

agama, sentiasa bergerak bagi merosak dan menghancurkan agama Islam dan

umat Islam. Mereka telah mendapat kejayaan pada zaman Bani Umayyah dan

selepasnya. Pada peringkat awalnya mereka hanya berjaya menyogokkan hadis-

hadis palsu di kalangan umat Islam.

9

Page 10: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Kemudian terdapat golongan yang mencampur-adukkan aqidah dan

syariat dengan pelbagai cara, antaranya mencampur-adukkan aqidah Islam

dengan aqidah Majusi, Nasrani dan seterusnya lahirlah ajaran berbentuk

‘batiniah’. Ajaran ini mencampur-adukkan pelbagai kepercayaan tradisional

sesuatu bangsa dan mempelbagaikan penyelewengan aqidah dengan ajaran

Islam.

Meneroka kepada fenomena ajaran sesat di negara kita, hakikat yang

perlu kita akui, terdapat banyak ajaran sesat yang muncul di tengah-tengah

kelompok masyarakat dari masa ke semasa ketika ini. Kemunculan kebanyakan

ajaran sesat ini dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat,

mencari kemasyhuran, kekayaan, bermotifkan seks serta kepercayaan lama

yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk

dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, Neo-

Platonisme dan lain-lain lagi yang meresap dalam ajaran Islam.

Di Malaysia, sebilangan masyarakat kita menerima pengaruh yang kuat

daripada tradisi ‘world view’ masyarakat negara tetangga iaitu Indonesia. Aliran-

aliran kepercayaan yang berpengaruh daripada negara jiran tersebut seperti

aliran-aliran kebatinan telah mencampur-adukkan antara tradisi kepercayaan

lama dengan tradisi Hindu-Buddha yang kemudiannya diselitkan dengan unsur-

unsur Islam. Adalah dipercayai ajaran sesat telah muncul di Malaysia pada awal

abad ke 19 di Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia dikenali

sebagai Ajaran Taslim yang diasaskan oleh Hj. Mohammad bin Shafie atau lebih

dikenali sebagai Hj. Ahmad Matahari. Di Selangor, ajaran sesat yang mula

bertapak adalah Ajaran Ahmadiah/Qadiani bertempat di Jeram, Kuala Selangor

pada tahun 1930-an. Ajaran ini telah difatwakan oleh para ulama’ seluruh dunia

sebagai terkeluar daripada ajaran Islam.

Manakala di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali

sebagai “Ayah Pin” yang membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman

beliau menarik perhatian awam. Pihak berkuasa tempatan akhirnya merobohkan

10

Page 11: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan tidak mendapat kelulusan pihak

berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali sebagai Kumpulan

Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan Hukum

Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi.

Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa Ayah Pin ke muka pengadilan

seringkali menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak

berkuasa beberapa tahun lepas. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap

pengikutnya, adalah didakwa dan disabitkan di bawah seksyen 10 iaitu berkaitan

kesalahan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dan seksyen 14

iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun

didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu

Kelantan atas kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan

dengan hukum syarak atau fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan

Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Jenis-jenis ajaran sesat.

1. Melalui pengajaran.

Penyusupan ajaran salah / sesat melalui kelas-kelas pengajian agama yang

kebiasannya bermula dengan pengajian asas sama ada berkaitan aqidah

(seperti cara untuk mengenal Tuhan), syariat (bab fiqh atau ibadah khusus

seperti sembahyang, puasa dan zakat) atau pun akhlak (seperti adab dalam

majlis ilmu, adab kepada guru dan sebagainya). Pengikut dijanjikan pelbagai

kelebihan dan keistimewaan oleh guru ajaran sesat seperti dijamin masuk

syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya melalui bayaran tertentu,

terselamat dari soalan dalam kubur dan sebagainya.

Kebiasaannya pengikut atau pengamal ajaran sesat tidak berpandukan kepada

sesebuah kitab atau buku karangan ulama’ muktabar sebagai rujukan. Tetapi

11

Page 12: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

hanya diberikan nota atau dengan mencatit dan menyalin semula buku yang

dikarang oleh guru kumpulan tersebut. Melalui nota atau catitan tersebut, guru

kumpulan ajaran sesat ini akan memainkan peranan memesongkan pemikiran

pengikutnya melalui pengajaran yang disampaikan.

2. Melalui kumpulan tarikat.

Bagi memerangkap masyarakat Islam yang lemah pegangan dan cetek

pengetahuan mengenai ajaran Islam, kebiasaannya guru ajaran sesat

menggunakan nama-nama tarikat yang mahsyur seperti Naqsyabandiah,

Mufarridiyah dan lain-lain. Tetapi dalam amalan dan pelaksanaannya, guru

tarikat tersebut menokok tambah seperti mengadakan sistem berwirid dan

bersuluk di dalam gua atau bilik-bilik khas dalam keadaan bercampur antara

lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Salasilah guru tarikat juga meragukan

dan terputus dari salasilah yang asal dan diyakini. Sesetengah guru tarikat juga

mendakwa amalan tarikat itu diambil terus dari Rasulullah SAW.

3. Melalui kepercayaan, amalan tradisi dan pemujaan (mistik dan kultus).

Pengajaran dan pembelajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi

merupakan jalan atau cara yang paling mudah bagi masyarakat Melayu/Islam

menerima dan kemudiannya terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat. Antara

contohnya adalah melalui amalan perdukunan atau perbomohan dan rawatan

tradisional seperti kaedah rawatan yang mendakwa kehadiran para wali Allah ke

dalam tubuh perawat bagi membantu merawat pesakit atau menyelesaikan

masalah mereka.

Begitu juga dengan amalan pemujaan ke tempat-tempat tertentu yang dianggap

sebagai keramat atau wali yang mempunyai kelebihan. Contohnya amalan

memuja kubur, busut, bukit atau lain-lain yang seumpamanya. Kepercayaan

12

Page 13: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

kepada kuasa kesaktian melalui amalan seni mempertahankan diri, berdukun,

perbomohan, mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus, sahabat

dan syeikh tertentu melalui isyarat, amalan menurun dan sebagainya.

1.4.3.3 Konsep Penyelewengan Ideologi Secara Etimologi Dan Epistimologi

Sejarah kewujudan penyelewengan ideologi bermula dengan kekalahan

tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Louis (Perancis) dalam peperangan salib

ke-8 pada tahun 1291M (690H) telah mendorong beliau untuk menulis 1 watikah

yang menyatakan bahawa tiada lagi jalan untuk menewaskan umat Islam

melainkan melalui serangan pemikiran.

Bermula dari saat itulah Barat mula mengatur langkah. Pertembungan

antara Islam dan musuhnya kini beralih ke medan Aqidah & pemikiran. Barat

menggerakkan seribu satu senjata dan wasilah dalam usaha mereka

menyelewengkan umat Islam daripada landasan kebenaran. Benarlah firman

Allah SWT dalam Al-Quran:

Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (al Baqarah: 120)

Maksudnya :Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran)(al Baqarah: 217)

Musuh-musuh Islam tidak pernah jemu menjalankan tugas-tugas mereka.

Serangan pemikiran dilancarkan ke atas umat Islam meliputi hampir keseluruhan

bidang kehidupan manusia. Atas dasar inilah munculnya ideologi-ideologi

ciptaan yang merupakan racun berbisa kepada pemikiran umat Islam.

13

Page 14: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Ideologi berasal daripada perkataan Perancis, merupakan istilah yang

sukar untuk ditakrifkan. Para pengkaji bertentangan pendapat dalam

mentafsirkan istilah moden ini. Ada pendapat yang menyempitkan skopnya

dengan menghadkan ideologi kepada fahaman-fahaman dan aliran-aliran

pemikiran yang berkaitan dengan politik, kuasa & pemerintahan negara sahaja.

Sememangnya definisi inilah yang digunakan dan difahami oleh masyarakat.

Namun hakikatnya lebih luas daripada itu, meliputi segala jenis hasil pemikiran

dan thaqafah masyarakat, merangkumi politik, ekonomi, sosial, psikologi,

thaqafah dan sebagainya.

Oleh itu, ideologi ditakrifkan ‘Fahaman dan pegangan yang dihasilkan

melalui pemikiran dan thaqafah masyarakat. Ada juga yang mentakrifkan

ideologi sebagai ‘Rangkaian pemikiran dan pandangan bertujuan menentukan

pendirian seseorang terhadap isu-isu dan persoalan-persoalan kehidupan yang

dihadapi oleh masyarakat. Berdasarkan kepada takrif ini, perbezaan ketara

antara keduanya adalah ideologi bersumberkan akal manusia, manakala agama,

sumbernya wahyu Ilahi.

Oleh kerana ideologi manusia terlalu banyak, di mana bermulanya

ideologi pada ketika umat manusia mula melanggar hukum-hakam Allah SWT

dan menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai tuhan mereka.

i. Aliran Rasionalisme:

Rasionalisme atau aqlaniah adalah aliran yang menjadikan akal manusia

sebagai asas dan tunggak yang menentukan kebenaran atau kebatilan dengan

mengenepikan agama sebagai sumber utama dalam menentukan hukum.

Daripada aliran ini munculnya pelbagai mazhab dan teori dalam pelbagai ilmu

pemikiran dan kehidupan. Pendokong-pendokong fahaman ini menggunakan

14

Page 15: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

akal semata-mata hingga berkaitan perkara ghaib yang sememangnya diketahui

terbatas untuk pemikiran manusia. Justeru itu, lahirlah pandangan-pandangan

berkaitan hakikat manusia, kejadian alam yang didasarkan kepada akal semata-

mata, bertentangan dengan hakikat yang sebenar.

Fahaman ini lahir lebih awal sedikit daripada sekularisme iaitu selelpas

pemberontakan rakyat terhadap penyelewengan gereja. Rasionalisme menolak

ketuhanan sebagai sumber, sekaligus bermakna pemberontakan terhadap

agama Kristian di Eropah ketika itu. Walaubagaimanapun, fahaman ini

tenggelamselepas kemunculan sekularisme pada zaman kebangkitan Eropah

(Renaissance di kurun ke 16) yang menggabungkan antara akal dan fakta-gakta

ilmu yang dihasilkan melalui kajian dan percubaan.

ii. Sekularisme

Sekularisme berasal daripada perkataan Inggeris (secularism) yang

bererti fahaman tidak beragama. ‘Secular’ ditakrifkan oleh Kamus Oxford

sebagai ‘wordly or material, not religious or spritual’ yang bermaksud: keduniaan

atau kebendaan, tidak beragama atau tiada roh. Dalam Bahasa Arab, pada

ulama’ berbeza pendapat dalam mencari istilah terbaik untuk perkataan

‘secularisme’

Pendapat pertama menyatakan istilah sebetulnya adalah (العلمانية) yang

dinisbahkan kepada (العلم) yang bermaksud (العالم) alam atau dunia; iaitu

fahaman keduniaan dan kebendaan, material, bertentangan dengan roh, alam

ghaib dan ketuhanan. Bukannya (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم). Mereka

yang berpendapat sedemikian ialah dr Abdul Halim Mahmud, Dr. Mohd al Bahiy

dan Sheikh Jadal Haq Ali Jadal Haq. Mu’jam Arabi Asasi juga sealiran dengan

pendapat ini.

15

Page 16: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Pendapat kedua menyatakan terjemahan yang betul adalah (العلمانية)

dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana asal sekularisme adalah daripada

perkataan Latin (Secularius) yang bermaksud : Orang yang berilmu tinggi.

Pendapat ini dikemukakan oleh Dr Ali Juraishah. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

menyatakan, diterjemahkan (Secularism) kepada (العلمانية) dinisbahkan kepada (

ilmu kerana yang dikehendaki di situ adalah ilmu yang dihasilkan melalui (العلم

kajian-kajian, percubaan material dan pemikiran manusia yang tiada kaitan

dengan agama, wahyu dan ketuhanan.

Perlu difahami bahawa sekularisme tidak mengingkari kewujudan tuhan &

alam ghaib. Sekularisme hanya mengenepikan agama daripada urusan

kenegaraan, kemasyarakatan & ekonomi. Sekularisme berlainan daripada

fahaman Atheis yang mengingkari kewujudan tuhan. Sekularisme meletakkan

agama dalam ruang lingkup yang sempit dan membenarkan setiap individu

menganut agama yang disukainya.

Sekularisme lahir di tengah-tengah masyarakat Eropah yang dikuasai

gereja. Pada zaman kegelapan ( الظالم (عصر sehingga kurun ke 17, gereja

berkuasa penuh dalam pemerintahan negara. Penyelewengan agama Allah SWT

yang diturunkan kepada Nabi Isa AS dilakukan sesuka hati gereja berdasarkan

maslahat & kepentingan duniawi semata. Pada tahun 1215M, perhimpunan

Rome memberikan Pope hak pengampunan dosa & kesalahan. Pada 1869M

pula, perhimpunan yang sama memberikan Pope keistimewaan terpelihara

daripada dosa (عصمة) dan kesilapan, sekaligus memberikan hak ketaatan

mutlak kepada Pope daripada para penganut Kristian. Inilah gambaran

penyelewengan Gereja yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1478M, ditubuhkan di Sepanyol (ada

yang menyatakan di Perancis) mahkamah yang dinamakan ( التفتيش yang (محاكم

menggambarkan sifat gereja dan kemenangan mereka yang tidak terhingga.

Mahkamah ini bertugas menghukum sesiapa sahaja yang menentang atau

16

Page 17: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

mempertikaikan gereja & kebenaran ajaran pegangannya. Dianggarkan mangsa

mahkamah ini menjangkau angka 300 ribu. Sebanyak 32 ribu dibakar hidup-

hidup. Antaranya ialah ahli geografi terkenal, Bruno yang mengeluarkan teori

pusingan bumi.

Dari segi politik & ekonomi, sistem feudal berleluasa. Politik & ekonomi

dilindungi golongan feudal yang memperhambakan rakyat. Pemerintah-

pemerintah negara mengamalkan sistem diktator yang menghalang kesedaran

rakyat untuk bersuara dan menikmati hak-hak mereka. Tekanan-tekanan yang

melingkungi dunia barat inilah yang meledakkan kebangkitan rakyat bagi

mengubah keadaan. Lalu muncullah seruan agar dipisahkan agama daripada

urusan negara dengan meletakkan Kristian di sudut yang sempit sahaja. Lahirlah

para pemikir, ahli falsafah, tokoh reformasi seumpama Martin Luther, Voltier,

Jean Jack Rosseau dan sebagainya yang menyeru ke arah pembaharuan,

antaranya pemisahan agama daripada urusan pemerintahan.

Kemunculan arus pembaharuan ini berlaku apabila tercetusnya Revolusi

Perancis pada tahun 1789M yang mengangkat slogan ‘Gantunglah Raja Yang

Terakhir dengan Tali Perut Paderi Yang Terakhir. Revolusi Perancis telah

memberikan kesan beberapa perkara:

i) Menyempitkan bidang agama Kristian dalam bidang-bidang

keagamaan sahaja.

ii) Menolak kristian sebagai sistem politik, ekonomi dan pelbagai

sistem kehidupan

iii) Muncul aliran rasionalisme yang meletakkan akal sebagai asas

iv) Muncul fahaman sekularisme dan individualisme yang memberikan

kebebasan penuh kepada manusia dalam menjalani kehidupannya.

Suasana baru yang melanda Eropah telah membawa mereka kepada

Zaman Pembaharuan & Pembangunan. Eropah berjaya mencetuskan Revolusi

Perindustrian yang memberikan saham utama kepada Eropah bagi membina

17

Page 18: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

kekuatan mereka. Kemudian berlaku perluasan kuasa di Eropah apabila mereka

menjajah negara-negara di bawah Khilafah Uthmaniyah dan akhirnya

menghancurkan khilafah. Pada ketika itu bermulalah pertanrungan antara Islam

dan Sekularisme. Terdapat beberapa ciri fahaman sekularisme :

i) Mengenepikan perkara-perkara ketuhanan, alam roh dan segala

pegangan yang berkaitan dengannya dalam seluruh kajian dan

teori.

ii) Memusuhi agama , berusaha meletakkan agama dala lingkungan

yang sempit dan menjadikan agama sebagai hak kebebasan

individu

iii) Material (kebendaan) dan duniawai semata-mata.

Contoh sekularisme dalam beberapa bidang sosial:

i. Pendidikan.

a) Menyekat pendidikan agama

b) Menggalakkan pendidikan bukan agama

c) Memandang rendah pendidikan agama dan menyifatkannya

sebagai kolot dan mundur.

d) Mengehadkan peluang pekerjaan bagi lulusan agama

e) Membangunkan dengan pesat pusat-pusat pengajian yang tiada

pengajian agama.

f) Memperbanyakkan penghantaran peajar-pelajar ke luar negara

dalam pelbagai bidang ilmu selain bidang agama.

g) Menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan di sekolah dan

pusat pengajian.

h) Tiada Penekanan akhlak dan norma-norma Islam seperti menutup

aurat, pakaian cara Islam dan sebagainya.

ii. Media Massa.

18

Page 19: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Seandainya pensekularan pendidikan bertujuan melahirkan generasi yang

memisahkan agama dan kehidupan pada masa akan datang, maka

pensekularan media massa bertujuan mendoktrinkan pemikiran generasi masa

kini. Bidang pendidikan hanya membabitkan golongan pelajar sahaja, tetapi

media massa mampu menusuk masuk ke kepala setiap anggota masyarakat.

Media massa dikotori dengan cara:

a) Menyiarkan gambar dan filem yang lucah

b) Menyiarkan filem-filem yang menghina dan memburukkan Islam

c) Mengagung-agungkan kehidupan dunia, alam maksiat dan fasiq.

d) Mengagungkan artis dan seniman

e) Menggalakkan unsur-unsur seks, ganas dan keruntuhan nilai dan

akhlak.

f) Mengagungkan dunia barat sebagai seimbol kemajuan,

pembangunan dan kemajuan dunia.

g) Menyebarkan ideologi-ideologi manusia yang tidak bertepatan dan

bertentangan dengan agama.

iii. Undang-undang

Pensekularan undang-undang di dunia Islam bermula di Turki pada tahun

1857 kemudian merebak ke Mesir pada 1875 di mana munculnya beberapa

undang-undang yang diambil bukan bersumberkan Syariah Islamiah. Turki,

misalnya apabila khilafah dihapuskan secara rasmi pada tahun 1924, undang-

undang Turki diubah:

a) Undang-undang Sivil diambil dari Switzerland

b) Undang-undang perniagaan diambil dari Jerman

c) Undang-undang Jenayah diambil dari Itali.

19

Page 20: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Undang-undang Islam yang menjadi kanun di kebanyakan negara umat

Islam berjaya ditukar oleh Barat iaitu ketika penjajahan barat ke atas negara-

negara umat Islam. Cara-cara penyebaran sekularisme:

1) Orientalis- gerakan yang diasaskan oleh Barat untuk mengkaji ilmu,

adab, bahasa, kebudayaan dan tamadun timur khasnya Islam

dengan tujuan menjahanamkannya.

2) Kristianisasi

3) Gerakan Pembaratan- seperti usaha Mustafa Kamal Attartuk

membaratkan Turki selepas keruntuhan khilafah Uthmaniah

4) Penjajahan negara umat Islam.

5) Gerakan Yahudi Sedunia (freemason)

iv. Liberalisme.

Falsafah ini muncul di Eropah pada permulaan kurun ke 19. Tiada satu

definisi yang disepakati terhadap istilah ini. Kefahamannya berlainan antara

seorang ahli falsafah dengan yang lain. Fahaman ini mula muncul di England ,

bermaksud menyeru kepada kebebasan individu dalam menjalani hak-hak

mereka tanpa ada campurtangan negara. Fahaman ini menekankan aspek

persamaan taraf dan kebebasan. Ia memusuhi agama yang dianggap menyekat

kebebasan manusia. Liberalisme biasanya dikaitkan dengan slogan ‘

Pembangunan dan Kemajuan’. Berakar umbikan fahaman ini muncullah

kapitalime yang terpengaruh dengan pendapat Adam Smith yang memberikan

kebebasan berniaga dan berlumba dalam pasaran. Liberalisme muncul kesan

daripada kekejaman gereja dan kediktatoran pemerintah pada waktu itu yang

membawa kepada pemberontakan rakyat menuntut hak-hak mereka.

v. Kapitalisme.

20

Page 21: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Sistem ekonomi lahir ekoran daripada fahaman sekularisme,

individualisme dan liberalisme. Pengasasnya Adam Smitg (1723-1790) yang

mengarang buku bertajuk “ an Inquiry into Nature and Causes of the wealth of

Nations’. Buku beliau dikira pencetus kapitalisme sebagai sebuah sistem

ekonomi. Antara ciri-ciri kapitalisme ialah:

1. Kebebasan ekonomi

2. Kebebasan individu memiliki harta, dibahagikan kepada dua

peringkat: pemilikan mutlak tanpa sebarang had (peringkat

permulaan munculnya kapitalisme) dan pemilikan tidak mutlak

dihadkan sebaghagian milik sindividu sebagai kepentingan sosial

(peringkat yang berleluasa di negara-negara kapitalis ketika ini)

3. Sistem faedah atau riba’

Kegagalan sistem ini disebabkan oleh,

1) Pengangguran

2) Inflasi

3) Ihtikar

4) Sifat individualisme yang menghancurkan hubungan dalam

masyarakat

5) Kebebasan perniagaan yang tiada had meliputi anasir-anasir yang

memudaratkan seperti dadah dan arak.

vi. Sosialisme dan komunisme

Sosialisme adalah sistem ekonomi yang dihasilkan oleh pemikiran

komunis. Karl Marx dianggap pengasas kepada sistem ini. Sosialisme adalah

marhalah pelaksanaan ekonomi yang akhirnya membawa kepada komunisme.

Perbezaan antara kedua-dua ideologi ini adalah dari segi slogannya. Sosialisme

mempunyai slogan ‘ Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan tenaganya

(penentu kerja) dan bagi setiap individu mengikut kerja yang dilakukan (upah)’.

21

Page 22: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Slogan komunisme pula ‘ Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan

tenaganya dan bagi setiap individu mengikut keperluannya ‘

Ciri-ciri utama sistem ini adalah menghapuskan hak milik harta individu.

Namun penghapusan ini tidaklah secara total seperti yang dilaungkan. Negara

memiliki komponen-komponen pengeluaran dan rakyat berhak memiliki barang

keperluan. Kegagalan sistem sosialis tidak dapat dinafikan lagi. Fenomena

ekonomi dan kemunduran yang wujud di negara-negara sosialis dan kejatuhan

Soviet Union menjadi sejelas-jelas bukti kegagalan sistem ini.

Dalam usaha Barat memastikan kejayaan mereka meracuni pemikiran

umat Islam, pelbagai slogan yang mengaburkan mata dilaungkan di samping

ideologi-ideologi perosak yang lain. Melalui penjajahan, zionis dan musuh-musuh

Islam yang lain, mereka berjaya mengubah corak pemikiran umat Islam. Antara

slogan yang dilaungkan ialah kebebasan, persamaan taraf dalam segalanya

sehingga wanita menuntut persamaan taraf dengan lelaki, kemajuan dan

kemunduran diukur berdasarkan material, semangat perkauman (nasionalisme)

dan kebebasan wanita yang menuntut hak-hak kebebasan tanpa had. Jalan

pintas untuk merosakkan sesebuah masyarakat adalah melalui cara merosakkan

terlebih dahulu kaum wanitanya. Ideologi yang merosakkan ini merebak ke

negara-negara umat Islam melalui bidang sosial, politik dan ekonomi.

Ideologi ini berkembang kerana kejahilan umat Islam sendiri kerana

mereka meninggalkan kesyumulan Islam. Usaha keras penyebaran ideologi di

samping kejahilan dan kealpaan umat Islam bahawa mereka sedang dikuasai

menyemarakkan lagi aktiviti penguasaan pemikiran oleh ideologi-ideologi

menyesatkan itu di samping rasa kagum terhadap kemajuan Barat. Senario ini

tidak pernah berakhir berdasarkan iktibar perjuangan Rasulullah dalam

menyampaikan dakwah Baginda yang sentiasa menerima cabaran dan usaha

untuk merosakkan Islam. Umat Islam perlu bersedia menghadapi cabaran ini

sekiranya tidak mahu melihat Islam diliputi awan mendung.

22

Page 23: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

TAJUK 10 Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah : Khurafat, Ajaran Sesat dan Ideologi

1.1 Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi

Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 10. Tajuk-tajuk dalam unit ini

membincangkan tentang penyelewengan akidah, implikasi penyelewengan

23

Page 24: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara, usaha-usaha membanteras

amalan sesat dalam negara.

1.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Membawa contoh penyelewengan akidah dalam kategori khurafat, ajaran sesat dan ideologi

ii. Menyatakan implikasi penyelewengan akidah terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

iii. Menyenaraikan usaha yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun, NGO dan lain-lain dalam upaya membenteras amalan sesat dalam negara.

1.3 Kerangka Tajuk

1.4 Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah

Mutakhir ini umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai

cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap

Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini dalam kalangan umat

Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda

umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup,

kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesame sendiri dan berbagai

lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku

ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah Taala kepada umat Islam sebagai

24

Contoh Penyelewengan

Akidah

ISU-ISU PENYELEWENGAN

DALAM AKIDAH

Implikasi Penyelewangan

Akidah

Usaha Membenteras Ajaran Sesat

Page 25: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai

aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam

hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang

dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan.

Umat Islam juga sentiasa diancam oleh musuh-musuhnya yang

menunggu peluang menjatuhkannya. Kegiatan seperti ini telah bermula sejak

zaman Nabi lagi seperti kemunculan individu yang mengaku sebagai nabi,

golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan golongan murtad.

1.4.1 Contoh Penyelewengan Akidah Dalam Kategori Khurafat, Ajaran Sesat Dan Ideologi

1.4.1.1 Penyelewengan Khurafat

Jika dihalusi secara mendalam, amalan khurafat memang banyak berlaku

dalam masyarakat Islam masa kini bahkan masih lagi menebal dalam tradisi dan

kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,

kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang

kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh

nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan

kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung

hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.

Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang

sebahagiannya jelas bertentangan dengan hukum syarak seperti anak gadis

dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh

keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut. Itulah antara

kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam

setiap sendi masyarakat Islam.

25

Page 26: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

1.4.1.2 Penyelewengan Ajaran Sesat

Sejarah dan contoh ajaran sesat telah diterangkan pada tajuk sebelum ini.

Namun, kupasan pada kali ini akan berkisar kepada medium ajaran sesat. Ajaran

sesat boleh dikenal pasti melalui pengajaran, kumpulan tarikat dan amalan

tradisi. Penyusupan ajaran sesat melalui kelas-kelas pengajian agama bermula

pengajian asas sama ada bersangkutan akidah, syariat ataupun akhlak.

Pengikut dijanjikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan oleh guru ajaran sesat

seperti dijamin masuk syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya

melalui bayaran tertentu, terselamat dari soalan kubur dan sebagainya.

Kebiasaannya pengikut atau pengamal ajaran sesat tidak berpandukan kepada

sesebuah kitab atau buku karangan ulama’ muktabar sebagai rujukan tetapi

melalui nota atau catatan yang disalin semula dari kitab karangan guru kumpulan

ini. Ini adalah cara mudah guru tersebut memesongkan pemikiran pengikutnya.

Melalui tarikat pula, sasaran kumpulan ajaran sesat ini adalah

memerangkap masyarakat yang lemah dan cetek pengetahuan mengenai ajaran

Islam. Kebiasaannya guru ajaran sesat menggunakan nama-nama tarikat yang

masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiah. Namun, dalam amalan dan

pelaksanaannya, guru tersebut menokok tambah seperti mebgadakan sistem

berwirid dan bersuluk di dalam gua atau bilik khas dalam keadaan berlakunya

percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram. Sesetengah guru tarikat

juga mendakwa amalan itu diambil daripada Rasulullah SAW.

Pengajaran dan pembelajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi

merupakan cara paling mudah masyarakat Melayu Islam menerima dan

kemudiannya terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat. Contohnya amalan

perdukunan dan perbomohan dan rawatan tradisional seperti kaedah rawatan

yang mendakwa kehadiran para wali Allah ke dalam tubuh perawat bagi

membantu pesakit. Begitu juga dengan amalan-amalan pemujaan tempat-

26

Page 27: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

tempat tertentu yang dianggap keramat atau wali yang mempunyai kelebihan.

Sebagai contoh amalan memuja kubur, busut dan bukit, kepercayaan kepada

kuasa kesaktian melalui amalan seni mempertahankan diri, berdukun,

perbomohan, mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus, sahabat,

sheikh tertentu melalui isyarat dan amalan menurun.

, 1.4.1.3 Penyelewengan Ideologi

Penyelewengan ideologi telah diberikan kupasan secara mendalam

dalamtajuk sebelum ini. Dalam kemajuan dan globalisasi, umat Islam terdedah

cabaran yang menguji kekuatan akidah. Pelbagai fahaman, ideologi moden

seperti kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi

umat Islam dengan mudah. Kita dikejutkan dengan fahaman liberalisme,

pluralisme dan komunisme yang diperkatakan semula hari ini. Kita juga

digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita

dihimpit budaya songsang black metal, punk, gejala gay, seks bebas, judi dan

LGBT.

Gejala ini disebabkan lemah keimanan berakar daripada kurang didikan

agama daripada keluarga terutama kedua ibu bapa, kelemahan akidah turut

mendedahkan mereka kepada amalan buruk yang meruntuhkan kemuliaan dan

darjat manusia.

Sebagai umat Islam, perlulah kita menjaga diri dan ahli keluarga daripada

terjerumus ke dalam azab neraka Allah sebagaimana firmanNya dalam surah al

Tahrim ayat:6

27

Page 28: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Maksudnya: ”Wahai orang yang beriman! Pelharalah diri kamu dankeluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Penjaganya malaikat yang keras kasar, tidak menderhakai Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pua tetap melakukan segala yang diperintahkan’

1.4.2 Implikasi Penyelewangan Akidah Terhadap Individu, Keluarga, Masyarakat Dan Negara

1.4.2.1 Implikasi Terhadap Individu

Melihat kepada perkembangan ajaran sesat yang semakin banyak

bercambah bagaikan cendawan tumbuh, timbul satu persoalan setakat manakah

ajaran sesat boleh memberi kesan kepada keislaman dan keimanan seseorang

pengikut dan pengasas ajaran tersebut selain ia memberi ancaman yang cukup

besar kepada masyarakat dan negara yang tercinta dari aspek keharmonian

masyarakat dan keamanan negara. Perkara ini perlu diberikan perhatian yang

serius kerana ia melibatkan persoalan akidah. Ia adalah satu persoalan yang

menyentuh urat nadi kehidupan dan masa depan seseorang dan umat Islam

keseluruhannya di dalam kehidupan dunia ini. Ia tidak sahaja berhubung kait

dengan persoalan kehidupan di dunia, tetapi juga melewati alam akhirat.

Kemuncak dari itu, persoalan akidah juga boleh menentukan status sesebuah

negara sama ada ia merupakan sebuah negara Islam ataupun sebaliknya.

Berdasarkan kepada kupasan panjang lebar berkenaan kategori ajaran

sesat dan juga ciri-ciri utama ajaran sesat yang lalu, dapat disimpulkan bahawa

sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia

boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang

ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan

dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir dan dalam masa yang sama

menyebabkan amalan tidak diterima

28

Page 29: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

1.4.2.2 Implikasi Terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara

Penyelewengan akidah ini menyebabkan berlakunya perpecahan dan

permusuhan sesama umat Islam. Ini berlaku khususnya apabila sesebuah ajaran

berkenaan mendakwa orang yang selain dari kumpulannya adalah salah atau

kurang keislamannya. Jika dibandingkan dengan mereka. Terdapat juga

dakwaan yang mengatakan orang yang tidak mengikuti kumpulan mereka adalah

kafir. Penyelewengan ini juga menggalakkan kehidupan yang bertunjangkan

pemuasan nafsu sehingga melahirkan anak luar nikah dan amalan seks bebas

dalam masyarakat.

Penularan ajaran Islam yang diselewengkan ini menimbulkan ancaman

pada keselamatan negara dan keharmonian masyarakat seperti yang berlaku

pada 2 Julai 2000 melibatkan kumpulan al Maunah dan beberapa contoh lain. Ia

juga menghalang kemajuan dan pembangunan masyarakat serta negara.

Banyak tenaga, masa dan peruntukan perlu dhabiskan untuk menangani gejala

ini. Kemajuan dakwah Islamiah juga tergugat kerana usaha menangani ajaran

sesat akan diberi keutamaan berbanding fokus usaha dakwah. Ia juga memberi

gambaran dan imej yang tidak baik kepada Islam dan umat Islam khasnya

terhadap saudara baru dan mereka yang masih belum beragama Islam.

1.4.3 Usaha Yang Dilakukan Oleh Pihak Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, NGO Dan Lain-Lain Dalam Upaya Membenteras Ajaran Sesat Dalam Negara.

Dalam usaha menangani penyebaran dan pengamalan ajaran sesat di

negara ini, terdapat tiga aspek yang perlu diberi penekanan (Siti Zubaidah, 2010)

Pertama dari segi status ajaran itu sendiri sama ada yang difatwakan atau tidak;

kedua, membabitkan usaha pembanterasan iaitu pencegahan penyebaran dan

penguatkuasaan fatwa serta undang-undang. Yang ketiga berkaitan dengan

usaha pemulihan iaitu mengembalikan pengikut ajaran sesat ke pangkal jalan

menerusi pemulihan akidah dan kepercayaan. Ketiga-tiga aspek ini dibincangkan

29

Page 30: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

dengan lebih lanjut di bawah ini. Jika ditinjau fatwa yang dikeluarkan oleh pihak

berkuasa negeri, didapati bahawa banyak juga fatwa yang berkaitan dengan

pengharaman ajaran salah. Dalam satu kajian pada tahun 2000, Khadijah

Hambali dalam Siti Zubaidah Ismail (2010) menyimpulkan bahawa fatwa

berhubung pengharaman ajaran sesat merupakan kategori fatwa yang kerap

dikeluarkan dan diwartakan oleh hampir setiap Jabatan Mufti negeri. Apa yang

lebih ketara ialah, hampir 33% daripada kategori fatwa dalam bidang Usuluddin

menyentuh tentang ajaran sesat. Soalnya, setelah difatwakan haram,

bagaimanakah pula dari segi penguatkuasaan fatwa berkenaan oleh pihak

berkuasa, sejauhmanakah ia mengikat umat Islam untuk mematuhinya dan

adakah masyarakat Islam menyedari kewujudan fatwa-fatwa berkaitan ajaran

salah itu.

Fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana jawatankuasa fatwa negeri atau

kebangsaan, masih belum mempunyai sebarang kesan baik dari segi

penguatkuasaan mahupun kuasa perundangan. Fatwa yang dikeluarkan

hanyalah menjelaskan kedudukan hukum sesuatu perkara dan ia tidak mengikat

untuk diikuti. Hanya setelah ia diwartakan barulah ia ada kuasa dari segi

perundangan. Maknanya, setiap umat Islam adalah terikat dan perlu mentaati

fatwa berkenaan. Seksyen 31(3) dan (4) Enakmen Perundangan Islam Selangor

1989 menjelaskan:

(3) Sebaik sahaja dijelaskan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat orang Islam yang tinggal di negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang dengan fatwa itu, kecuali ia dibenarkan oleh Hukum Syarak, menyimpang dari fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf dalam semua Mahkamah dalam negeri Selangor sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.

Pada realitinya pula, tidak semua fatwa ini diwartakan dan sesetengahnya

pula mengambil masa untuk diwartakan. Isu pewartaan fatwa berkait rapat

dengan keputusan pihak kerajaan sama ada hendak mewartakan sesuatu fatwa

30

Page 31: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

atau sebaliknya bergantung kepada faktor semasa dan kepentingan yang

dipertimbangkan. Sebagai contoh fatwa pengharaman Tarikat Naqsyabandiah

Kadirun Yahya dikeluarkan pada tahun 1985, tetapi hanya diwartakan pada

tahun 1995. Setelah fatwa diwartakan, implikasinya ialah sesiapa yang

melanggar fatwa berkenaan boleh diambil tindakan berdasarkan undang-undang

yang ada, antara lain, seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995

kerana tidak mematuhi fatwa. Sekadar memberi alasan tidak tahu wujudnya

fatwa berkenaan seperti dalam kes Pendakwa Syarie lwn Fahyu Hanim Ahmad,

Noni Mohammad dan Sharina Shaari, yang mendakwa tidak tahu wujud fatwa

haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik tidak

boleh diterima di sisi undang-undang.

Berkenaan dengan pengetahuan masyarakat tentang sesuatu fatwa,

sama ada yang diwartakan atau tidak, ia ada kaitan dengan sejauhmana usaha

dan inisiatif yang dijalankan oleh setiap pihak berkuasa negeri. Pada masa kini,

apa yang ketara ialah tidak semua negeri mengambil usaha untuk mencetak dan

menyebarkan koleksi fatwa yang ada untuk tatapan, bacaan dan pengetahuan

masyarakat umum secara percuma. Kalau ada dicetak sekalipun, ia tidak

disebarkan dengan meluas, seperti diletak di masjid-masjid negeri, disebarkan di

sekolah-sekolah, kolej, universiti atau agensi kerajaan dan swasta. Mungkin

koleksi fatwa ada diletakkan di dalam laman sesawang jabatan agama Islam

negeri dan juga laman web e-fatwa, tetapi sudah tentu khalayak yang berminat

mencari di situ adalah golongan tertentu sahaja. Dalam kes melibatkan Ayah Pin

contohnya, fatwa pengharamannya telah pun diputuskan dan boleh dikatakan

hampir semua negeri telah mewartakan pengharamannya. Akan tetapi, kenapa

pula sesetengah anggota masyarakat masih boleh diperdayakan oleh orang

sebegini. Adakah kerana mereka terlalu taasub dengan kuasa dan keistimewaan

yang ada padanya atau tidak tahu tentang pengharaman ajaran ini kerana

maklumat mengenainya tidak disebarkan secara meluas.

31

Page 32: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Namun, masalah dengan ajaran sesat ini ialah terdapat juga ajaran yang

baru bertapak dan masih belum berjaya dihidu oleh pihak berkuasa. Justeru,

statusnya masih sama-samar terutama apabila ia mencampur adukkan antara

yang kebenaran dengan kebatilan. Dalam hal ini, masyarakat awam hendaklah

turun padang dan membantu pihak berkuasa dengan membuat aduan dan

bekerjasama mengemukakan maklumat apabila berkaitan.

Sebagaimana yang disebut di atas, membanteras ajaran sesat daripada

merebak dalam masyarakat memerlukan kerjasama anggota masyarakat sendiri

dalam merealisasikan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar. Pendakwaan

ke atas sesuatu kes ajaran sesat bergantung kepada kekuatan bukti yang

dikumpul oleh unit siasatan Bahagian Penguatkuasaan di bawah jabatan agama

Islam negeri.

Apabila wujud sesuatu aduan berkaitan aktiviti berkaitan ajaran sesat,

pegawai penguatkuasa agama perlu menjalankan risikan terlebih dahulu bagi

mengenal pasti keadaan aktiviti yang dilaporkan. Dalam keadaan tertentu juga,

mereka perlu menentukan seksyen manakah yang relevan dengan aduan bagi

membolehkan siasatan dan risikan dijalankan. Ini penting kerana dalam

menjalankan siasatan, fokus pengumpulan maklumat dan bukti mestilah terarah

kepada memenuhi elemen-elemen kesalahan yang diadukan itu.

Cabaran utama dalam pengumpulan bukti ialah bagaimana mendapatkan

first-hand information. Boleh dikatakan bahawa hampir kesemua kumpulan

ajaran sesat ini secara amnya bergerak secara rahsia terutama menjalankan

kegiatannya di malam hari atau awal pagi dan di lokasi tertentu yang mana

aksesnya adalah terhad dan kurang disedari oleh masyarakat sekeliling. Ini

sedikit sebanyak menyukarkan pihak berkuasa agama untuk mengumpul

maklumat dan bukti. Dalam hal ini, pegawai penguatkuasa agama banyak

bergantung kepada maklumat orang awam, khususnya pengikut atau bekas

pengikut yang telah kembali ke pangkuan jalan yang secara sukarela menjadi

32

Page 33: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

pelapor atau pengadu. Maklumat daripada bekas pengikut amat membantu

dalam membuka jalan ke arah tindakan selanjutnya. Maklumat yang diperolehi

perlu dirakam dan bekas pengikut itu mesti menjadi saksi utama dalam

perbicaraan. Ini kerana maklumat yang dirakam semata-mata menjadi hearsay

evidence yang tidak dapat diterima oleh mahkamah (seksyen 60 Akta Prosedur

Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997).

Di samping itu, usaha pengumpulan bukti juga menuntut mereka

membuat penyamaran sebagai ahli kumpulan dalam usaha menyiasat kegiatan

itu. Amat jelas bahawa penyamaran merupakan satu-satunya jalan untuk

menembusi masuk aktiviti yang dilakukan. Setiap kes yang disiasat memerlukan

pelbagai bentuk bukti antaranya yang berbentuk hard evidence, di samping

keterangan saksi dan sebagainya. Untuk itu, serbuan ketika aktiviti sesat sedang

berlangsung amatlah penting dalam mendapatkan bukti yang diperlukan.

Pegawai terbabit mestilah dapat mengenal pasti tarikh, masa, perlakuan salah

atau aktiviti suspek dan tempat yang menjadi sasaran serbuan. Inilah cabaran

utama yang perlu dihadapi kerana kadang-kala tidak semua perkara berkenaan

dapat disempurnakan.

Dalam kes yang melibatkan Ayah Pin misalnya, walaupun lokasinya dapat

dikesan, namun bukti yang diperlukan ialah bukti fizikal dia sedang melakukan

sesuatu upacara, menyebut atau mendakwa sesuatu yang bertentangan dengan

Syarak atau berkata sesuatu yang menepati maksud mana-mana kesalahan

gagal diperolehi sehingga kini. Terdapat pelbagai kenyataan yang dikeluarkan

olehnya yang disiarkan dalam akhbar dan laman sesawang. Antaranya beliau

mendakwa dirinya tuhan, mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan

boleh menganut mana-mana agama kerana tuhan adalah satu serta pelbagai

lagi dakwaan karut yang bertentangan dengan Islam. Dalam hal ini, pegawai

penyiasat di kalangan pegawai penguatkuasa agama mesti mengadakan

siasatan lanjut seperti mengkaji kesahihan dakwaan ini. Pemberita yang

menemuramah yang mendengar beliau berkata sedemikian boleh disoal-siasat

33

Page 34: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

demi mendapatkan keterangan mengenai dakwaan tersebut beserta dengan

maklumat tentang tarikh, masa dan tempat beliau menyatakan sedemikian. Jika

cukup bukti, ini barangkali memadai untuk mensabitkannya di bawah kesalahan

membuat dakwaan palsu seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2001, seksyen 4

Enakmen yang sama bagi kesalahan mengajar doktrin palsu dan seksyen 5 bagi

kesalahan mengembangkan doktrin agama selain dari agama Islam di kalangan

orang yang beragama Islam. Bukan satu akhbar yang didapati menyiarkan

kenyataan sedemikian baru-baru ini baik media cetak mahupun menerusi laman

web (contoh http://www.malaysiakini.com) ataupun rakaman dalam bentuk vcd.

Sungguhpun pihak penguatkuasa agama mempunyai peraturan bahawa

mereka hanya boleh bertindak sekiranya ada aduan, barangkali mereka boleh

menggunakan kuasa budibicara agar di kalangan mereka sendiri yang menjadi

pengadu bagi maksud mengisi Borang 5 seperti yang dikehendaki oleh undang-

undang tatacara jenayah syariah. Oleh kerana kesalahan-kesalahan di bawah

seksyen 4,5 dan 6 seperti yang dijelaskan di atas merupakan kesalahan boleh

tangkap, maka pihak berkuasa agama tidak perlu mendapatkan waran

Pendakwa Syarie. Walaupun kertas siasatan terhadapnya telahpun dibuka di

Besut, Terengganu, namun jika dia disyaki melakukan kesalahan yang serupa di

negeri lain, maka dia juga boleh didakwa di negeri berkenaan seperti yang

berlaku kepada Mohamed bin Ya yang pernah didakwa di Ipoh, Kota Bharu dan

juga Besut. Sungguh pun begitu, terdapat pelbagai cabaran dari segi tatacara

pengendalian siasatan terhadap kes ajaran sesat ini. Seseorang suspek yang

ditahan untuk siasatan, hanya boleh ditahan selama tempoh 24 jam sahaja.

Memandangkan soal-siasat dan rakaman percakapan suspek tidak boleh

diambil secara mandatori, maka sekiranya suspek enggan bekerjasama

memberikan keterangan dalam tempoh berkenaan, maka tiada sebarang

tindakan dapat dikenakan. Selepas 24 jam, beliau hendaklah dihadapkan ke

mahkamah jika pertuduhan telah berjaya disediakan oleh pihak pendakwa. Jika

34

Page 35: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

tidak, maka dia mesti dibebaskan. Apabila dibebaskan, kadang-kala mereka ini

tidak dapat dikesan lagi kerana telah berpindah ke tempat lain. Ini menyebabkan

fail kes itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dari segi sumber tenaga kerja pula, didapati penguatkuasa agama,

seperti pegawai hal ehwal Islam di jabatan agama Islam yang lain juga, tertakluk

kepada pertukaran bahagian, kenaikan pangkat dan sebagainya. Terdapat

keadaan di mana pegawai yang mengendalikan penyiasatan sesuatu kes telah

pun berpindah ke bahagian lain. Ini menyebabkan fail kes yang belum

diselesaikan itu tergendala dan tidak dapat diteruskan kerana pegawai yang

menggantikannya masih belum ada atau belum serasi dengan tugas.

Apabila pendakwaan berjaya dilakukan di mahkamah, suspek ajaran

sesat akan diadili dan mahkamah akan menentukan status mereka sama ada

bersalah atau tidak. Sekiranya mereka didapati bersalah, maka hukuman yang

bakal dikenakan mestilah juga termasuk proses pemulihan akidah yang hanya

dapat dilaksanakan di pusat bimbingan Islam sebagaimana yang diperuntukkan

di bawah seksyen akta/enakmen kesalahan jenayah syariah negeri. Hakim

mestilah mengenakan hukuman dihantar ke pusat bimbingan Islam sebagai satu

hukuman mandatori, tidak melebihi enam bulan sebagai ganti pemenjaraan

biasa. Soalnya sekarang, adakah pusat ini wujud di setiap negeri sebagaimana

yang semestinya.

Jika diperhatikan sejak peristiwa Nabi palsu di zaman selepas Nabi

Muhammad SAW, hanya satu sahaja hukuman yang dilaksanakan terhadap

mereka yang mendakwa dirinya nabi iaitu hukuman bunuh. Tidak lagi diminta

bertaubat atau dipulihkan akidah mereka. Ini mungkin bersesuaian dengan darar

yang berlaku, yakni bukan sahaja mengaku diri sebagai Nabi, malah memerangi

Islam secara terang-terangan sehingga memecah-belahkan umat dan pelbagai

lagi kemusnahan.

35

Page 36: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Dalam kes Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad, pesalah

berusia 72 tahun yang didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran

salah, telah dihukum penjara selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam

kali sebatan dan perlu menjalani proses pemulihan selepas dipenjarakan itu di

Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Selangor. Ini bermakna beliau

akan menjalani hukuman penjara biasa terlebih dahulu di bawah kendalian

Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh tahun baru

menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah

syariah. Timbul persoalan di sini iaitu, bilakah pula proses taubat perlu dilakukan

olehnya dengan pemantauan pihak berkuasa. Adakah memadai mendapatinya

bersalah, tanpa memastikan yang beliau benar-benar telah insaf dan bertaubat.

Jika begini keadaannya, timbul persoalan tentang keadaan beliau dalam penjara

serta jangka hayatnya. Berkemungkinan (hanya kemungkinan) penyebaran

ajaran boleh berlaku jika dia belum benar-benar insaf dan bertaubat atas

kesalahannya.

Apakah bentuk pemulihan yang bakal dilaluinya dalam tempoh

pemenjaraannya. Jika dia menjalani proses kaunseling biasa dan menjalani

kehidupan sebagaimana banduan lain, maka bagaimana kita dapat memastikan

akidahnya telah diperbetulkan. Adalah lebih baik jika proses pemulihan akidah

dijalankan terus di penjara dengan menugaskan pegawai agama sedia ada untuk

mengendalikan pesalah sebegini atau dia diasingkan terus dari banduan lain

dengan meletakkannya di blok khas untuk pesalah akidah. Di sinilah kerjasama

di antara pihak mahkamah syariah dan Jabatan Penjara Malaysia serta institusi

seperti jabatan agama Islam amatlah perlu bagi menyelaraskan perkara ini.

Berkenaan dengan pengikut ajaran salah pula, proses yang sama perlu

dikenakan terhadap mereka iaitu didakwa di mahkamah dan jika didapati

bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan diwajibkan menjalani proses pemulihan

akidah.

36

Page 37: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Dalam kes Mohamed bin Ya dan Lain-Lain lwn Pendakwa Syarie

Kelantan, lima orang tertuduh telah disabitkan atas kesalahan melakukan adat

istiadat yang bertentangan dengan agama Islam. Mereka adalah pengikut ajaran

Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin, sebuah kumpulan yang telah difatwakan haram

di Kelantan ketika itu. Dalam rayuan mereka terhadap hukuman penjara, satu

tahun, Mahkamah Rayuan telah mengubah hukuman berkenaan kepada

berkelakuan baik selama tempoh tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh

berkenaan mahkamah telah mengarahkan agar mereka melaporkan diri kepada

kadi jajahan tempat tinggal mereka untuk melafazkan taubat. Akan tetapi,

disebabkan masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan

garispanduan taubat, maka taubat tersebut dikatakan tidak berjaya

direalisasikan.

Satu isu berbangkit di sini ialah tentang status pusat bimbingan Islam

(PBI) yang merupakan tempat khas yang diperuntukkan untuk memurnikan

akidah pesalah. PBI ini boleh disediakan berasaskan peruntukan undang-

undang, umpamanya seksyen 53 dan seksyen 54 (1); Enakmen Jenayah

Syariah Selangor No. 9, 1995. PBI merupakan sebuah pusat di bawah kendalian

Majlis Agama Islam negeri dan ia mempunyai objektif sebagai pusat bimbingan

dan kaunseling bagi mereka yang memerlukan pemulihan akidah. Setakat ini

hanya negeri Selangor sahaja yang mengadakan PBI ini dan menamakannya

Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Manakala negeri lain masih belum

menunjukkan sebarang usaha ke arah pembinaannya biarpun dari segi undang-

undang, ia dibolehkan. Pengurusan dan pentadbiran pusat ini dibuat

berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman

2001. Ia menjadi pusat tahanan kepada pesalah yang diperintahkan oleh

Mahkamah Syariah bagi menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan yang

berhubungan dengan aqidah sama ada di Selangor atau negeri lain.

Walaubagaimanapun dalam masa yang sama ia turut menempatkan kes-

kes sukarela, lazimnya berkaitan moral, setelah mendapat kebenaran Pengarah

37

Page 38: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Berdasarkan kajian yang dijalankan

setakat 2008, penulis dapati bahawa pusat ini telah menerima seramai 15 orang

pesalah dari mahkamah, tetapi belum pernah menerima seorang pun pesalah

ajaran sesat. Dari segi modul pembelajaran agama yang disediakan, didapati

bahawa pengisiannya adalah satu sahaja dan terpakai kepada semua pelatih

yang dimasukkan ke situ. Sudah tiba masanya modul khas diwujudkan bagi

pesalah akidah. Satu lagi pusat pemulihan akidah ialah Pusat Pemantapan

Akidah JAKIM di Jelebu yang dibina di bawah kerajaan Pusat dan diletakkan di

bawah pengurusan bahagian Dakwah JAKIM.

Satu perkara yang perlu diterima hakikatnya ialah kedua-dua pusat ini

tidak diwartakan sebagai penjara dan tidak berada di bawah pengurusan

Jabatan Penjara Malaysia. Justeru, perintah mahkamah (supaya dihantar ke

pusat pemulihan akidah) itu adalah bersifat perintah (order) tambahan kepada

hukuman (punishment) yang perlu dilaksanakan terhadapnya.

Peranan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga tidak kurang

pentingnya. Sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal

pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini, JAKIM juga telah mengadakan

inisiatif yang memberangsangkan dalam menangani fenomena ajaran sesat.

Jabatan ini telah mewujudkan Rancangan Lima Tahun Membanteras Ajaran

Sesat. Yang pertama bermula dari tahun 1995 hingga 1999. Manakala

Rancangan Lima dibendung hingga ke akar umbi. Jawatankuasa Task Force ini

diurusetiakan oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Ia

berbentuk ad-hoc dan beroperasi berasaskan kes. Ia dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah JAKIM dengan keahlian jawatankuasa daripada semua agensi seperti

Kementerian Dalam Negeri, jabatan agama Islam negeri, Majlis Keselamatan

Negara, Polis DiRaja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan beberapa lagi.

Contoh kerjasama yang pernah dilaksanakan ialah apabila kerajaan menangani

isu Syarikat Rufaqa Corporation (SRC) dan juga isu Arifin Muhamad (Ayah Pin).

38

Page 39: 12 Modul 5

PIM 3112 Pengajian Akidah

Jawatankuasa yang bersifat tetap pula ialah Jawatankuasa Pemandu

Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa

Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS) dan Panel Kajian Akidah (PKA).

Namun sejauhmanakah keberkesanan usaha kerjasama di antara pihak

berkuasa negeri dan persekutuan ini tidak dapat dipastikan. Adalah diharapkan

dengan adanya keupayaan di pelbagai peringkat agensi kerajaan dan negeri,

usaha pembanterasan ajaran sesat dapat dipertingkatkan.

Cadangan langkah mengatasi itu juga telah mendapat sokongan

bersesuaian dengan langkah yang diambil oleh kerajaanSelangor seperti yang

dinyatakan oleh Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes b Abd Wahid Mufti Negeri

Selangor (ketika itu) dengan menyatakan tambahan cadangan iaitu memberi

penerangan terhadap kekeliruan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Di

samping tu, memperbanyakkan penerbitan bahan yang berkaitan ajaran sesat

sebagai panduan kepada umat Islam. Kerjasama semua pihak juga perlu dalam

usaha menyalurkan maklumat berkaitan ajaran sesat di sesebuah kawasan

sebelum ia berkembang dengan lebih luas lagi

Anda boleh rehat kemudian sila teruskan pembacaan anda untuk unit seterusnya

39