113jld. 2 - radia.moh.gov.my · 2. komponen radas penyinaran penyinaran / peranti yang menggunakan...

14

Upload: vuongkhue

Post on 08-Mar-2019

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

USER
Typewritten Text
11
USER
Typewritten Text
3
USER
Typewritten Text
JLD. 2
USER
Typewritten Text
USER
Typewritten Text
USER
Typewritten Text
USER
Typewritten Text

[2018]

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TATACARA PELUPUSAN RADAS

PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF

SELARAS DENGAN KETETAPAN DI BAWAH AKTA

PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 1

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2

2. SKOP 2

3. TATACARA PELUPUSAN 3

4. PROSES ALIRAN KERJA 4

5. RUJUKAN 5

6. LAMPIRAN

Lampiran 1 Borang A: Notifikasi : Pelupusan Radas Penyinaran / Peranti Yang Menggunakan Bahan Radioaktif di Bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

6 - 7

Lampiran 2 Borang B: Pengesahan Pelupusan Radas Penyinaran / Peranti Yang Menggunakan Bahan Radioaktif di Bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

8 - 9

Lampiran 3 Nota Kosainan Bagi Buangan Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005]

10 - 11

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 2

1.0 PENGENALAN

Dokumen ini menerangkan tatacara untuk pelupusan radas penyinaran atau peranti

yang menggunakan bahan radioaktif di fasiliti perubatan kerajaan dan swasta selaras

dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1)(b) Akta 304, tiada seorang pun boleh

berurusan dengan, memiliki atau melupus radas penyinaran, bahan radioaktif, bahan

nuklear dan benda ditetapkan dengan syarat ianya memiliki lesen/kelulusan yang sah

dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan. Manakala pihak berkuasa berkenaan di

bawah Akta 304 bagi maksud perubatan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

(KPK). Di samping keperluan pelupusan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom

1984 (Akta 304), tatacara ini juga mengambil kira pematuhan kepada Peraturan-

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Dokumen ini disediakan bagi menggantikan

Pekeliling Acceptable Method of Decommisioning of X-ray Machine.

Semua komponen dalam radas penyinaran tidak bersifat radioaktif dan tidak menjadi

radioaktif oleh sebab penggunaannya yang terdahulu. Sinar-X tidak akan terhasil jika

tiada bekalan kuasa elektrik disambung kepada radas penyinaran. Tatacara

pelupusan dan penggantian ini terpakai kepada semua jenis radas penyinaran

perubatan, pergigian dan veterinar seperti radiografi am, intra-oral, OPG, CBCT,

fluoroskopi, mammografi, pengimbas tomografi berkomputer dan pemecut linear serta

peranti yang menggunakan bahan radioaktif seperti kamera gamma dan SPECT.

Pelupusan radas penyinaran milik kerajaan perlu terlebih dahulu mematuhi prosedur

pelupusan aset kerajaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Prosedur Operasi

Standard Bagi Mengendali Pengurusan E-Waste Di Fasiliti Penjagaan Kesihatan KKM

yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.

2.0 SKOP

Skop tatacara pelupusan ini merangkumi radas penyinaran atau komponennya atau

peranti yang menggunakan bahan radioaktif yang dikawal di bawah Akta 304.

Dokumen ini tidak melibatkan proses penggantian/penjualan radas penyinaran

dan pelupusan bahan radioaktif. Bagi prosedur penggantian/perjualan radas

penyinaran atau pelupusan bahan radioaktif, sila rujuk prosedur

pendaftaran/perlesenan yang berkaitan.

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 3

3.0 TATACARA PELUPUSAN

Langkah-langkah pelupusan adalah seperti di bawah:

3.1 Sebelum melupuskan radas penyinaran, orang yang bertanggungjawab/

pemegang lesen perlu membuat pemakluman dengan mengisi Borang

Notifikasi Pelupusan (Borang A) dan mengemukakan kepada Bahagian

Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan dalam tempoh

2 bulan sebelum pelupusan dilaksanakan.

3.2 Semua komponen utama radas penyinaran perlu dileraikan secara kekal

supaya ianya tidak dapat beroperasi semula. Panel kawalan perlu ditanggal

atau dimusnahkan. Semua wayar dan komponen elektrik/elektronik yang

terdapat dalam keseluruhan sistem radas penyinaran hendaklah dicabut atau

dipotong. Ini bagi memastikan radas penyinaran tidak boleh disambung dan

dipasang semula untuk menghasilkan X-ray.

3.3 Komponen-komponen radas penyinaran yang telah dileraikan juga boleh

dikembalikan kepada pembekal. Pembekal boleh menggunakan komponen-

komponen ini sebagai alat ganti dengan syarat mendapat kelulusan dari pihak

berkuasa berkenaan. Sistem radas penyinaran yang lengkap yang telah

dilupuskan melalui pembekal TIDAK BOLEH dijual kepada pengamal

perubatan, pergigian atau veterinar lain.

3.4 Memandangkan sistem radas penyinaran mengandungi komponen elektrikal

dan elektronik seperti wayar, logam berat dan kaca tiub sinar-X yang

dikategorikan sebagai e-waste, ianya perlu dilupuskan sebagai sisa buangan

terjadual yang tertakluk kepada Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005. Proses pelupusan e-waste ini boleh dirujuk di laman

sesawang Jabatan Alam Sekitar (http://www.doe.gov.my dan

https://eswis.doe.gov.my).

3.5 Orang yang bertanggungjawab/pemegang lesen berkenaan hendaklah

memaklumkan kepada BKRP dalam tempoh 2 minggu (14 hari bekerja)

selepas proses pelupusan selesai dilaksanakan dengan mengemukakan

Borang Pengesahan Pelupusan (Borang B) yang telah dilengkapkan berserta

dengan dokumen sokongan pelupusan dan/atau Nota Kosainan Bagi Buangan

Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005] (Lampiran 3).

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 4

Dikemukakan dalam tempoh 2 minggu / 14 hari bekerja selepas pelupusan dilaksanakan

* Berserta dengan dokumen sokongan pelupusan dan/atau nota kosainan bagi buangan terjadual (Lampiran 3).

Kaedah pelupusan : i. Dikembalikan kepada pembekal ii. Dilupuskan sebagai buangan

e-waste (SW110)

Dikemukakan dalam tempoh 2 bulan sebelum pelupusan dilaksanakan

4.0 PROSES ALIRAN KERJA

Tatacara pelupusan radas penyinaran dan peranti yang menggunakan bahan

radioaktif adalah seperti proses aliran kerja di bawah :

BUAT PENGESAHAN DAN KEMASKINI REKOD

TAMAT

KEMUKAKAN BORANG A (NOTIFIKASI PELUPUSAN) KEPADA BKRP

OBTJ/PEMEGANG LESEN

KLINIK / HOSPITAL

LAKSANAKAN PROSES PELUPUSAN OBTJ/PEMEGANG

LESEN KLINIK / HOSPITAL

OBTJ/PEMEGANG LESEN

KLINIK / HOSPITAL

KEMUKAKAN BORANG B (PENGESAHAN PELUPUSAN) KEPADA

BKRP

BHGN. KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN

BHGN. KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN

KELUARKAN SURAT KEBENARAN PELUPUSAN KEPADA PEMOHON

MULA

Nota: Pelupusan radas penyinaran milik kerajaan perlu terlebih dahulu mematuhi prosedur pelupusan aset kerajaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Prosedur Operasi Standard Bagi Mengendali Pengurusan E-Waste Di Fasiliti Penjagaan Kesihatan KKM 2016

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 5

5.0 RUJUKAN

5.1 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

5.2 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005

5.3 Guidelines For The Classification Of Used Electrical And Electronic Equipment

In Malaysia, Department Of Environment, 2nd Edition 2010.

5.4 Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.6, 2016

Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

5.5 Prosedur Operasi Standard bagi Pengurusan E-Wasted di Fasiliti Penjagaan

Kesihatan KKM, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM 2016.

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 6

BORANG A BORANG NOTIFIKASI PELUPUSAN Tarikh :

BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Aras 4, Blok E3, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 PUTRAJAYA. Tel : (03) 8892 4802/4724/4725/4726 Fax : (03) 8892 4746 Tuan, NOTIFIKASI : PELUPUSAN RADAS PENYINARAN / PERANTI YANG MENGGUNAKAN BAHAN

RADIOAKTIF DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)

NOMBOR FAIL: _____________________

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin melupuskan radas penyinaran / peranti yang menggunakan

bahan radioaktif seperti butiran berikut;

Model Radas Penyinaran / Peranti : _________________________________________

No. Siri Panel Kawalan : _________________________________________

No. Siri Kepala Tiub : _________________________________________

Tahun Pemasangan : _________________________________________

2. Komponen radas penyinaran penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif yang

akan dilupuskan:

Pelupusan keseluruhan unit

Pelupusan tiub penyinaran sahaja

Pelupusan panel kawalan/generator sahaja

3. Kaedah pelupusan yang akan dilakukan adalah seperti berikut :

Dikembalikan kepada pembekal

* Sila pastikan pembekal berlesen dengan Jabatan LPTA

Dilupuskan secara buangan e-waste

* Sila pastikan syarikat berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar

Maklumat syarikat adalah seperti berikut:

Nama Kontraktor / Syarikat Pelupusan : _______________________________________

No. Lesen : _______________________________________

Alamat :

_______________________________________ _______________________________________

2/..

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 7

-2-

4. Pelupusan radas penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif berkenaan akan

dilakukan pada : ____/____/_____ (HH / BB / TTTT) dan saya bercadang / tidak bercadang* untuk

membeli radas penyinaran / peranti yang baru bagi menggantikan radas penyinaran / peranti yang akan

dilupuskan.

* Sila potong yang mana tidak berkenaan Sekian, terima kasih. Yang benar, ……………………..……………… (Tandatangan)

Nama Pemegang Lesen/ Orang Yang Bertanggungjawab

: ________________________________

No. Kad Pengenalan

: ________________________________

Cop Rasmi Klinik / Hospital

:

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 8

BORANG B BORANG PENGESAHAN PELUPUSAN Tarikh :

BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Aras 4, Blok E3, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 PUTRAJAYA. Tel : (03) 8892 4802/4724/4725/4726 Fax : (03) 8892 4746 Tuan, PENGESAHAN PELUPUSAN RADAS PENYINARAN / PERANTI YANG MENGGUNAKAN BAHAN

RADIOAKTIF DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)

NOMBOR FAIL: _____________________

Merujuk kepada perkara di atas, saya mengesahkan bahawa saya telah melupuskan komponen radas

penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif seperti butiran berikut:

Model Radas Penyinaran / Peranti : _________________________________________

No. Siri Panel Kawalan : _________________________________________

No. Siri Kepala Tiub : _________________________________________

Tahun Pemasangan : _________________________________________

2. Komponen radas penyinaran yang akan dilupuskan:

Pelupusan keseluruhan unit

Pelupusan tiub penyinaran sahaja

Pelupusan panel kawalan/generator sahaja

3. Pelupusan radas penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif / komponen

berkenaan telah dilakukan pada ____/____/_____ (HH / BB / TTTT) secara berikut :

Dikembalikan kepada pembekal

* Sila pastikan pembekal berlesen dengan Jabatan LPTA

Dilupuskan secara buangan e-waste

* Sila pastikan syarikat berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar

Maklumat syarikat adalah seperti berikut:

Nama Kontraktor / Syarikat Pelupusan : _______________________________________

No. Lesen : _______________________________________

Alamat :

_______________________________________ _______________________________________

2/..

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 9

-2-

4. Bersama-sama ini dikemukakan bukti bergambar kerja-kerja pelupusan dijalankan dan / atau

dokumen sokongan pelupusan radas penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif

(seperti dokumen pengesahan kerosakan atau service report daripada pembekal atau Nota Kosainan

Bagi Buangan Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005] bagi buangan secara e-waste).

Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………………………… (Tandatangan)

Nama Pemegang Lesen/ Orang Yang Bertanggungjawab

: ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Cop Rasmi Klinik

:

________________________________

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 10

LAMPIRAN 3

Nota Kosainan Bagi Buangan Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005]

TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG

MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 11